Thursday, August 29, 2013

Nak Tahu Kongsi Gelap di Malaysia-- BACA

49 kumpulan kongsi gelap dengan 40,313 ahli didedah - KDN

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu). 

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertai kongsi gelap di Sabah dan Sarawak. 

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:

1. Geng 04
2. Geng 08 3. Double 7
4. Tiga Line
5. Geng 30
6. Geng 38
7. Geng 24
8. Geng 18
9. Geng 36
10.Geng 21
11.Ang Soon Thong
12.Wah Kee
13.Sio Sam Ong 
14.PNEH
15.Hong Hong San
16.Hai San
17.Siang Ang Bin
18.New Cell 20
19.Jit It Hai
20.Sio Koon Tong
21.Gee Lam Kor
22.Gee Leng Hor
23.Koh Kuan
24.Tiang Yee Tong
25.Geng Heng Lor
26.Geng 35
27.Geng 303
28.Geng Satu Hati
29.ATAP
30.Hung Ann
31.Sui Yuk
32.Otai
33.Borneo Red EMP
34.Ah Ngau
35.Batu Tiga
37.Batu 10
38.Sibu Ti
39.Ah Seng
40.Ah Chin
41.Lee Lung
42.Ki Gab 
43.Sg Merah 
44:Sg Badut
45:Ting Ching Lee
46.Tua Cak Lee
47.Teksi Station
48.Pintu
49.Krokop

Pergolakan Parti LDP semakin Parah

Komponen tertua BN Sabah LDP bergolak dengan parahnya. Para pemimpin parti itu, walaupun bukan sebulat suara mahu menyingkirkan Presiden Parti- Datuk VK Liew, namun usaha kearah itu semakin jelas, apabila Timbalan Presidennya juga turut sama menyokong agar Liew ditandingi semasa pemilihan parti oktober ini.

Pada Selasa, Setiausaha Agung Parti itu, Datuk Teo Chee Kang yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas pada kabinet Sabah dipecat kononnya tidak menjalankan keputusan Majlis Tertinggi yang diadakan pada 9 Jun 2013 di mana dalam keputusan itu, jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.

Dalam persidangan beberapa bahagian parti itu, Teo dicadangkan untuk bertanding jawatan Presiden, dan ironinya beliau bersetuju menerima pencalonan itu.

Pada September 2010, kepimpinan LDP juga goncang, kerana Naib Presiden parti itu yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah- Datuk Peter Pang En keluar daripada parti, ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Datuk Chin Su Phin yang hilang kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah- Datuk Seri Musa Haji Aman.

Nampaknya, krisis LDP kali ini, Presiden parti itu terperangkap oleh Timbalan Presidennya sendiri sekali lagi, apabila beliau menyokong Teo untuk merebut jawatan Presiden, dan beliau bersedia mempertahankan jawatan Timbalan.

Teo, dilantik oleh VKLiew pada tahun 2006, sebaik sahaja beliau dilantik sebagai Presiden parti menggantikan Tan Seri Chong Kah Kiat.

VKliew kehilangan sokongan apabila, beliau gagal mempertahan kerusi Parlimen Sandakan pada PRU-13 lalu, sekaligus kehilangan jawatan dalam politik.

Sebagai mantan wakil rakyat dan mantan Timbalan Menteri, beliau tidak mempunyai apa-apa lagi yang boleh ditawarkan kepada penyokong atau ahli parti, daripada segi "handout" projek, adalah salah satu faktor beliau mahu disingkirkan daripada kedudukan Presiden.

Berlainan dengan Datuk Teo Chee Kang, para ahli dan penyokong berharap sebagai Menteri kabinet Sabah, sekurang-kurangnya dapat membantu ahli atau penyokong mendapatkan "handout" projek, sekurang-kurangnya itulah harapan mereka.

Proses penyingkiran VKLiew, selain bertujuan mendapatkan projek, juga usaha segelintir para pemimpin parti itu mendapatkan kuasa politik.

Walaupun LDP sebuah komponen BN Sabah menghadapi krisis kepimpinan, ianya tidak akan mengganggu gugat kestabilan politik Sabah, kerana pada asasnya kekuatan komponen BN tertua itu terletak kepada kaum bumiputera. Kawasan-kawasan yang ditandingi parti itu dan dimenangi seperti Dun Tanjong Kapor, Dun Merotai, Dun Karamunting, kecuali Parlimen Sandakan adalah kawasan majoriti bumiputera.

Sebenarnya VKLiew gagal membaca pendirian Timbalannya yang menjadi punca keluarnya Naib presiden parti itu Datuk Peter Pang tiga tahun lalu. Kini, Presiden parti itu terperangkap kali ke-dua, dan pada kali ini termasuk mengulingnya daripada kedudukan Presiden.

Semalam, Timbalan Presiden parti itu- bersama-sama dengan 27 AMT, mengadakan mesyuarat tergempar dan meminta mesyuarat Agong Luar Biasa parti yang dijadualkan bulan depan, kononnya untuk membincangkan krisis parti. Memandangkan jumlah yang hadir itu melebih 2/3 AMT parti, maka adalah dijangka pada Mesyuarat itu, akan diusulkan, Undi Tidak Percaya kepada Presdien.

Apakah VKLiew mampu mengatasi krisis dalam partinya? sama-sama kita tunggu.

Wednesday, August 28, 2013

Parti LDP Sabah Bergolak: Setiausaha Agung Dipecat

Parti Liberal Demokratik (LDP) salah satu komponen Barisan Nasional (Bn) Sabah bergolak. Setiausaha Agung parti itu Datuk Teo Chee Kang yang juga Menteri Tugas-Tugas dalam kabinet Negeri Sabah merangkap ADUN N2 Tanjong Kapor, Kudat dipecat daripada jawatan parti dengan serta merta.

Presiden parti itu Datuk VKLiew yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan mantan MP Sandakan, telah memecat Teo kerana dikatakan melanggar peraturan parti dan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Agung Parti.

Teo baru-baru ini telah bersetuju menerima pencalonan daripada beberapa bahagian Parti untuk bertanding Jawatan Presiden yang dijadual pada bulan Oktober. Penerimaa Teo itu, telah melanggar keputusan Parti, bahawa dua jawatan tertinggi, iaitu Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan.

Dalam perkembangan yang sama Presiden parti itu telah melantik Ketua Bahagian Karambunai Lorreto Padua Jr seorang peguam bagi menggantikan Teo, dan perlantikan itu berkuatkuasa serta merta.

Semalam Padua telah menyelar Teo dan beberapa Ahli Majlis tertinggi yang tidak mengotakan persetujuan mereka pada awalnya di mana jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan pada Masyuarat Pemilihan parti itu.

Teo merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapor untuk penggal kedua. Pada PRU-13 lalu, beliau menang mengalah calon daripada PKR William Chin Chung Kui dengan majoriti 1,985, berbanding kemenangannya pada PRU-12 yang bermajoriti 3,619.

Kawasan Tanjong Kapor adalah kawasan campuran, namun daripada segi jumlah pengundi, kawasan itu boleh dikategorikan sebagai kawasan bumiputera.

Tuesday, August 27, 2013

Hari Merdeka! Anda Sudah Merasa Merdeka Kah?

Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh kemerdekaan yang saban tahun disambut rakyat negara ini. Tarikh itu walaupun bukan merupakan tarikh pembentukan negara, namun diraihkan sebagai hari kemerdekaan.

Pada 31 Ogos 1957, iaitu 56 tahun lalu, tanah melayu mendapat kemerdekaan daripada penjajah, British. Maka mulai tarikh itu Tanah Melayu terbebas daripada cengkaman penjajah lebih 400 tahun lamanya.

Berikutan merdekanya tanah Melayu, maka negara-negara yang belum merdeka pada masa itu, hanya Sabah, Sarawak dan Singpura; manakala negara-negara lain yang berada di lokasi Asia Tengara, sudahpun dimerdekakan oleh penjajah masing-masing kecuali Thailand, di mana negara itu tidak pernah dijajah oleh bangsa asing.

Berikutan merdekanya Tanah Melayu, maka keinginan merdeka daripada Sabah, Sarawak serta Singapura turut membuak-buak, atas sebab itu rakyat negara-negara itu bersetuju bergabung dengan Tanah Melayu membentuk negara Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Dengan laungan keramat itu, maka perasaan tidak dapat digambarkan betapa bahagianya bangsa yang merdeka. Merdeka dalam semua perkara. Bebas memilih anutan hidup, bebas segala-galanya.

Selama 56 tahun, atau 50 tahun bagi Sabah dan Sarawak; kini timbul pengertian merdeka itu sendiri. Ada rakyat yang merdeka atas nama sahaja, namun belum merasa merdeka dalam segi kehidupan.

Selama setengah abad, bagi mereka yang memang merdeka dalam soal-soal kehidupan, memangpun merdeka sehingga kini, malah kemerdekaan mereka ditambah dengan kesejahteraan. Namun, mereka yang memang benar-benar dimerdekakan setengah abad yang lalu, masih belum merasakan apa erti kemerdekaan sepenuhnya. Kalau tidak percaya, Tanya pada sesiapa yang ada di depan, di belakang, di kiri kanan saudara, sudah tentu, mereka-mereka itu akan memberi jawapan yang berlainan antara satu sama lain, dalam pengertian kemerdekaan.

Pengertian kemerdekaan, hanya akan mendapat jawapan yang sama pada satu kumpulan yang monomus, namun jawapan yang berbeza akan diperolehi daripada kumpulan majmuk.

Sampai kapan kah? rakyat yang dimerdekakan lebih setengah abad yang lalu memberi jawapan yang sinomim? atau kah akan memerlukan masa setengah abad lagi? bagi menemukan jawapan yang sesuai dengan pengertian kemerdekaan.

Naib Presiden Umno: Musa dapat sokongan lagi

Seorang lagi tokoh Umno Sabah hari ini tampil menyatakan sokongan kepada ketua perhubungan Umno negeri Datuk Seri Musa Aman untuk merebut jawatan kerusi naib presiden parti dalam pemilihan Oktober depan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga setiausaha BN negeri menyatakan sokongan tersebut kerana menurutnya Umno Sabah kini dianggap sebagai salah satu negeri kubu kuat Umno di Malaysia.

"(Musa Aman) belum mengumumkan secara rasmi akan bertanding kerusi naiib presiden tetapi lebih ramai (bertanding) lebih bagus.

"Saya fikir beliau ada peluang yang baik untuk menang salah satu kerusi memandangkan Umno Sabah pada masa ini adalah salah satu Umno negeri yang paling kuat," katanya kepada pemberita pagi tadi.

Menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata demikian ditanya sekiranya beliau menyokong seruan untuk Musa Aman bertanding kerusi itu yang dilaporkan dibuat 21 bahagian Umno Sabah. ( Hanya tiga Bahagian tidak menyatakan sokongan terhadap Ketua Menteri Sabah itu- Bahagian Semporna, Kalabakan dan Kinabatangan, sementara Libaran diketuai oleh Musa sendiri).

Naib Presiden Umno dari Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal sebelum ini mengesahkan akan mempertahankan kerusi tersebut dan pendirian yang sama turut dinyatakan dua lagi naib presiden lain - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Abdul Rahman turut membidas gesaan agar para menteri Kabinet tidak bertanding bagi jawatan ahli majlis tertinggi dalam pemilihan kali ini.

"Saya tidak fikir (gesaan) itu betul kerana (jika gesaan itu diikuti) siapa yang akan jadi ahli majlis tertinggi?

"Biar ahli tentukan perkara ini kerana ahli-ahli Umno adalah sekumpulan orang yang bijak," katanya.

Beliau mengulas gesaan naib ketua Umno bahagian Pulai, Datuk Tengku Putra Aminurrashid Tengku Hamid Jumat yang dilaporkan akhbar Sinar Harian semalam.

Menurut Tengku Putra, langkah itu bagi mengelakkan kekeliruan dan percanggahan bidang kuasa para pemimpin terbabit.

Monday, August 26, 2013

Naib Presiden Umno: Kenapa Safie Gelabah?

JAWATAN NAIB PRESIDEN PARTI- Belumpun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman membuat keputusan sama ada mahu mempertahankan jawatan ahli majlis tertinggi Umno atau bertanding jawatan Naib Presiden Umno, tetapi salah seorang penyandang jawatan itu yang mahu mempertahankan jawatannya "telah" gelabah.

Adalah mengejutkan apabila salah seorang penyandang jawatan itu Datuk Seri Shafie Apdal berkata, “Kalau ada (pemimpin) datang dari Sabah, pilihlah yang lebih afdal. Tapi saya yakin tak ada. Kalau ada, pilihlah yang afdal, kalau tak keberatan,” katanya dalam satu Majlis di Negeri Sembilan minggu lalu.

Adakah Menteri Pembangunan Luar Bandar itu lebih AFDAL dari Musa Aman? Apakah maksud beliau berkata demikian seolah-olah beliau yang lebih afdal dari Musa yang telah terbukti berjaya memacu ekonomi negeri Sabah sejak mengetuai pimpinan negeri lapan tahun lalu.

Perseteruan di antara Musa dengan Shafie bukan rahsia lagi. Musa masih berdiam diri tetapi kenapa Shafie perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu?

Apakah kejayaan Shafie yang boleh dibanggakan di Kementerian Pembangunan Luar Bandar? Adakah prestasinya lebih baik dari Musa? seharusnya Shafie tak perlu mengangkat bakul sendiri  seolah-olah beliau lebih afdal dari Musa.

Memanglah mengendalikan kementerian di peringkat pusat memberi kelebihan kepada beliau untuk meraih undi tetapi perwakilan sudah matang dalam memilih Naib Presiden Umno kali ini.

Selain dari Shafie, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin turut mengeluarkan kenyataan yang bersifat rungutan. Beliau yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau “tidak nampak sebab besar” mengapa Musa perlu bertanding jawatan ketiga tertinggi dalam hiraki parti itu.

“Kalau boleh, pada pandangan saya, wajar kita memberi (peluang) kepada pemimpin yang telah berada di situ untuk memastikan kesinambungan dalam kepimpinan tertinggi parti, demikian kata MP Kinabatangan itu.

“Kalau dua calon dari Sabah, saya nampak, (peluang) kedua-dua mereka pasti terjejas. Perwakilan mungkin tidak akan memberi sokongan kepada pemimpin dari Sabah untuk menerajui pimpinan yang lebih tinggi,” katanya.

Nampaknya Shafie dan Bung Mokhtar membuat kesimpulan yang bersifat mendahului, sedangkan Musa tidak pernah mengesahkan akan bertanding walaupun didesak oleh 21 Bahagian di Sabah.

Di dalam soal ini, AYT memuji  ulasan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak yang berkata mana-mana pihak tidak seharusnya membuat rumusan awal memandangkan Musa masih belum membuat apa-apa keputusan.

“Saya ingin menekankan bahawa Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah masih belum membuat sebarang keputusan mengenai perkara ini. Jadi, persoalan mengenai bertanding tidak timbul,” katanya ketika ditemui dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Kota Belud Sabtu lalu yang bertempat di Dewan Datuk Musbah Kg Taungusi. Pada majlis itu Musa dan mantan Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam turut hadir.

Menurut Salleh, masih terlalu awal untuk mana-nama pihak membuat kesimpulan sama ada Musa akan bertanding atau tidak jawatan itu

Katanya, UMNO Sabah hanya menyatakan sokongan padu kepada Musa sekiranya beliau memutuskan untuk bertanding dan apa sahaja keputusan Musa akan diterima baik.

Sebelum ini Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan menyatakan Musa adalah antara calon terbaik untuk bertanding jawatan itu dan mendapat sokongan daripada UMNO Sabah, menyusul cadangan daripada pihak-pihak tertentu agar beliau bertanding jawatan Naib Presiden, atas sebab keupayaannya dalam segi waktu dan jadual serta kemampuan beliau mengayumi bahagian-bahagian Umno terutama di Sabah.

Perebutan jawatan Naib Presiden UMNO dijangka sengit apabila tiga penyandangnya  telah menyatakan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti 19 Oktober ini.  Selain Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi , mantan penyandang jawatan itu Tan Sri Mohd Isa Samad akan turut bertanding. Seorang lagi mantan penyandang jawatan itu Datuk Ali Rustam juga mengintai jawatan yang pernah disandangnya itu.

Bagi AYT, sesiapa sahaja yang bertanding, berilah peluang kepada perwakilan untuk memilih Naib Presiden Umno yang benar-benar afdal dan dapat membantu Presiden dan Timbalan Presiden bagi menyusun hala tuju parti akan kekal relevan sepanjang masa demi kepentingan bangsa, agama dan negara.

Ali Rustam Bakal Menyertai Kabinet

Bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam bakal dilantik sebagai Senator sekaligus memberinya laluan untuk menyertai kerajaan Persekutuan.

Sekiranya mantan Ketua Menteri Melaka itu, menyertai kabinet, maka selepas 20 tahun, Melaka terwakili semula dalam kabinet.

Mohd Ali sebelum dilantik ke Barisan Kabinet Persekutuan, terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi kuota DUN Melaka.

Sebagai Mantan Timbalan Menteri Pengangkutan, Mohd Ali bakal mengisi jawatan itu, kerana Menteri yang menjalankan tugas adalah Datuk Hishamuddin yang juga Menteri Pertahanan.

Saturday, August 24, 2013

Rayuan Sodomi II: Anwar Takut Kalah-Mohon Gugurkan Datuk Shafee Abdullah Digugurkan

Pasukan peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan usul di Mahkamah Rayuan di Putrajaya semalam untuk melucutkan kelayakan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah daripada bertindak sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes liwat membabitkan ketua pembangkang itu.

Seorang daripada peguam yang mewakili Anwar, Ram Karpal Singh, semasa dihubungi semalam mengesahkan perkara itu dengan menyatakan usul itu difailkan pada 4 petang di Mahkamah Rayuan.

Beliau berkata permohonan itu akan didengar pada hari pertama pendengaran rayuan itu pada 17 September.

Muhammad Shafee diberikan kuasa oleh Peguam Negara untuk mengetuai pasukan pendakwa dalam rayuan terhadap pembebasan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara jam 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan itu pada 9 Januari tahun lepas.

Friday, August 23, 2013

Pembunuhan Altantuya: Keputusan Hakim Membebaskan Sirul dan Azilah

Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Tiga anggota panel hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara mengetepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas membenarkan rayuan mereka terhadap pensabitan dan hukuman.

Bagaimanapun, pihak pendakwa akan mempunyai peluang untuk merayu di Mahkamah Persekutuan - mahkamah tertinggi di negara ini.

Penghakiman itu dibacakan oleh Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang memutuskan berlaku penyalaharahan yang serius oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam mensabitkan mereka.

Ia termasuk tidak memanggil DSP Musa Safri, dan kegagalan untuk mengemukakan diari balai polis yang menyatakan bahawa Azilah (kiri) berada di Bukit Aman pada masa berkenaan.

Pada April 2009, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Zaki Md Yassin telah mensabitkan dua anggota polis itu atas tuduhan bunuh. Manakala penganalisis politik Abdul Razak Baginda dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dengan pembunuhan itu.

Azilah diwakili oleh peguam Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar, manakala peguam Kamarul Hisham Kamaruddin dan Hasnal Rezua Merican mewakili Sirul.

Timbalan Peguamcara Negara 11, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah mengetuai pasukan pendakwaraya yang turut dianggota DPP Manoj Kurup dan Noorin Badaruddin.

Altantuya telah dibunuh di hutan Puncak Alam dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sementara itu, Bernama melaporkan Hakim Tengku Maimun berkata mengenai alibi pembelaan Azilah Hadri, mahkamah tidak menemui mana-mana dalam alasan penghakiman hakim perbicaraan yang beliau telah menimbangkan sama ada diari stesen menunjukkan atau cenderung menunjukkan tentang kehadiran Azilah pada masa berkenaan dan dia tidak akan boleh atau tidak mungkin berada di tempat kejadian jenayah.

"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.

Kedua-duanya disabitkan dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 2009 kerana membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Okt 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.

Sebagai langkah segera, pihak pendakwa diketuai Peguam Cara II Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu pemberita Pejabat Peguam Negara akan memfailkan rayuan terhadap pembebasan dua anggota polis itu.

Dalam penghakiman, mahkamah mengemukakan lapan alasan bagi pembebasan Azilah dan Sirul Azhar.

Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zaki Md Yasin tidak membuat sebarang dapatan mengenai sama ada pihak pendakwa telah membuktikan mengenai kewujudan perancangan awal oleh dua anggota polis itu untuk melakukan pembunuhan dan pembunuhan itu dilakukan rentetan daripada perancangan awal itu.

"Dalam penghakiman kami, ketiadaan dapatan sebegitu oleh hakim perbicaraan yang bijaksana mengenai ramuan niat bersama yang membawa kepada penyalaharahan dengan cara tanpa arahan," katanya.

Mengenai log panggilan dan ramalan liputan, beliau berkata mahkamah mendapati keterangan oleh tiga saksi daripada beberapa syarikat telekomunikasi telah membawa kepada isu kebolehpercayaan dan ketepatan log panggilan dan ramalan liputan.

Hakim Tengku Maimun berkata amat penting untuk hakim perbicaraan menumpukan pada cabaran dibangkitkan oleh pihak pembelaan mengenai eksibit dan untuk membuat dapatan sama ada terdapat pindaan atau gangguan terhadap data dan sama ada ketulenan data boleh dipersoalkan atau tidak.

"Apa yang dikesalkan, hakim mahkamah tinggi gagal berbuat demikian, yang dalam penghakiman kami adalah penyalaharahan yang serius sehingga tidak boleh bergantung kepada eksibit itu yang dikatakan tidak kukuh," kata hakim.

Bagi alasan lain, mahkamah memutuskan hakim perbicaraan juga tidak memberi perhatian dan tidak memeriksa sama ada wujud percanggahan dan ketidakkonsistenan keterangan saksi-saksi pendakwa.

Katanya hakim perbicaraan juga tidak memeriksa kredibiliti saksi-saksi pendakwa dan tidak memberi perhatian sama ada Azilah dan Sirul Azhar telah menimbulkan keraguan mengenai ketepatan kenyataan mereka mengikut Seksyen 27 Akta Keterangan 1950.

Hakim Tengku Maimun juga berkata hakim perbicaraan tidak memikirkan sama ada penemuan tempat jenayah dan barangan kemas si mati adalah hasil daripada maklumat diberikan oleh dua anggota polis itu dan bukannya daripada sumber lain.

Beliau berkata mahkamah mendapati berlaku keadaan tanpa arah oleh hakim perbicaraan apabila gagal menilai keterangan sebelum menerima kenyataan itu mengikut Seksyen 27. 

Bagi alasan lain, Hakim Tengku Maimun berkata mahkamah mendapati tiada sebarang keterangan untuk menunjukkan sebarang kaitan antara selipar dengan kesan darah Altantuya yang ditemui dalam jip Sirul Azhar, dengan beliau (Sirul Azhar).

Beliau berkata pihak pendakwa tidak menutup jurang dalam kesnya dalam isu itu.

Serupa juga, kata hakim, dengan katrij yang ditemui dalam kereta Sirul Azhar yang merupakan tertuduh kedua, mahkamah mendapati wujud jurang dalam kes pendakwa di mana hakim perbicaraan gagal memberikan perhatian.

Akhir sekali, mahkamah memutuskan kegagalan pihak pendakwa memanggil atau menawarkan pemeriksaan balas ke atas DSP Musa Safri yang ketika itu pengawal Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mungkin mencetuskan inferens berbeza di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan, terhadap pihak pendakwa.

"Ingin dinyatakan, dengan tidak memanggil DSP Musa, mengenai fakta kes ini, sedangkan keterangan DSP Musa amat penting untuk mendedahkan naratif bahawa kes pendakwa berdasarkan apa," kata hakim.

Tun Dr Mahathir Jawab Pak Lah: Kalau Saya Berundur Awal- Negara Kaya Raya Sekarang

Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya menjernihkan suasana apabila tampil menjawab dakwaan dalam sebuah buku oleh penggantinya, Tun Abdullah Badawi bahawa Malaysia akan muflis sekiranya nasihat beliau diikuti.

Dalam entri terbaru diblognya, chedet.cc. pada Khamis, Perdana Menteri keempat selama 22 tahun itu bagaimanapun, turut menyatakan kegembiraannya dengan penjelasan Pak Lah dalam bukunya, The Awakening, bahawa bukan beliau membuat kenyataan tersebut, namun ia dibuat oleh penemuduga, yang menyatakan sekiranya dia mengikut nasihat beliau negara akan muflis.

Dr Mahathir berkata: "Ya, saya setuju bahawa saya seorang Perdana Meneri yang boros dan menghabiskan duit kerajaan dengan membina Lebuh Raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinang, West Port, KLIA, Putrajaya, Cyberjaya dan beberapa projek lain."

Beliau berkata, "semua ini perlu dihentikan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap."

Dr Mahathir berkata, Abdullah berjaya menghentikan projek jambatan bengkok dan landasan berkembar elektrik.

Jelasnya, pembinaan jambatan itu menelan belanja RM 1 bilion sementara bagi pembatalan projek tersebut kerajaan terpaksa membayar pampasan bernilai RM200 juta kerana kerja yang tidak siap.

Dr Mahathir berkata projek kereta api dari Johor Baru ke Padang Besar menelan belanja RM14 bilion - lebih daripada RM2 bilion setiap setahun selama enam tahun.

RM14 bilion pula dapat diselamatkan namun ada keperluan yang lebih baik untuk membina landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar, dengan kos RM12 bilion, tambahnya.

"Kontrak telah diberikan kepada syarikat antarabangsa untuk membina landasan dari Seremban ke Gemas. Saya tidak tahu berapa kosnya. Seolah-olah RM14 bilion dapat dijimatkan untuk membina landasan yang lebih pendek. Namun masih banyak wang yang boleh dijimatkan," katanya.

Bukan itu sahaja, Dr Mahathir berkata jet kecil yang beliau gunakan masih dianggap hanya sesuai untuk Timbalan Perdana Menteri sementara jet yang lebih besar dibeli tidak menggunakan saluran biasa namun dibeli daripada individu persendirian.

"Ada penafian dibuat oleh pihak kerajaan bahawa A320 telah dibeli bukan untuk kegunaan Perdana Menteri. Namun pesawat itu masih digunakan oleh Perdana Menteri hingga hari ini. Yang mengagumkan bagaimana perjanjian itu berjaya. Siapakah yang benar-benar memiliki pesawat tersebut? Berapakah jumlah wang yang berjaya diselamatkan oleh kerajaan dalam perjanjian tersebut?," katanya.

Menyentuh mengenai koridor ekonomi yang diperkenalkan oleh Abdullah, Dr Mahathir berkata setiap koridor menelan kos sebanyak RM70 bilion.

"Difahamkan peruntukan tersebut termasuk pelaburan daripada sektor swasta. Di bawah pentadbiran Abdullah, kerajaan membenarkan pelaburan swasta digunakan. Namun ia adalah baik kerana pulangannya nampak bagus," katanya.

"Ia pasti sebuah kerajaan yang kaya apabila pilihan raya umum ke-12 berlangsung. Apa yang menyedihkan rakyat tidak menghargai berbilion-bilion wang yang berjaya diselamatkan. Mereka menolak parti pemerintah, dengan memberikan lima negeri serta wilayah persekutuan kepada pembangkang, dengan majoriti yang lebih kecil kepada parti sedia ada," katanya.

"Cuba bayangkan berapa banyak bilion lagi dapat dijimatkan sekiranya saya meletakkan jawatan lebih awal sebelum pembinaan lebuh raya Utara Selatan, Jambatan Pulau Pinangm KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan menjadi hos kepada projek mega lain. Sudah pasti hari ini kita akan memiliki simpanan Ringgit setinggi gunung," katanya.

Saturday, August 17, 2013

Pemilihan Umno: Pilihlah Pemimpin Berjiwa Rakyat

Ahli Umno berhak untuk menilai prestasi seseorang pemimpin parti itu dan seterusnya menentukan sama ada mereka perlu dikekalkan atau tidak dalam jawatan masing-masing, kerana sebagai parti yang mengamalkan sistem demokrasi, hak ahli Umno untuk memilih pemimpin adalah terjamin.

Pemilihan dalam parti, sebenarnya hak ahli atau perwakilan untuk menentukan pemimpin mana perlu dipilih, dikekalkan atau disingkir.

Anggota parti berhak membuat penilaian berdasarkan kepada prestasi sepanjang tempoh pemimpin yang diberi amanah memimpin.

Pemilihan parti pada 19 Oktober adalah untuk menentukan dan memilih barisan kempimpinan parti untuk mencorakan hala tuju parti dalam keadaan politik yang penuh mencabar, selain persedian berdepan dengan PRU-14.

Para ahli parti perlu menjawab persepsi yang melanda parti, terutama dakwaan yang mengatakan bahawa pada keadaan sekarang parti bukan lagi memperjuangkan bangsa, agama dan negara akan tetapi hanya mempertahankan kuasa segolongan pemimpin dalam parti.

Anggapan bahawa parti tidak akan relevan,kalau parti tidak melakukan perubahan besar-besaran termasuk para pemimpinnya.

Sifat kebosanan telah melanda, bukan sahaja kepada ahli parti tetapi rakyat secara umumnya, kerana  acap kali, kerajaan yang ditubuhkan hanya dianggotai oleh orang-orang tertentu, demikian juga jawatan-jawatan politik serta GLC.

Melalui sistem pemilihan parti yang baru, harapan besar sangat ditunggu, agar supaya berlaku perubahan besar dalam barisan kempimpinan parti.

Pemimpin yang benar-benar peka, penuh maklumat, penuh visi untuk bangsa, negara dan agama yang perlu dipilih.

Pemimpin yang hanya tahu kawasannya saja dan atau orang-orang terdekatnya sahaja, perlu disingkir jauh-jauh, kerana parti memerlukan pemimpin yang mesra rakyat secara umumnya.

Para ahli melihat, bahawa mereka yang membarisi kepimpinan parti sekarang, hanya kenal dengan penyokong rapatnya sahaja, akan tetapi tidak peduli langsung dengan ahli dan penyokong parti yang bukan berdaftar di kawasannya sebagai pengundi. Pemimpin seperti ini, jangan lagi diberi peluang membarisi kepimpinan parti, kerana mereka akan menjadi liabilti kepada parti secara keseluruhan.

Friday, August 16, 2013

ADUN Luyang Sabah Keluar DAP?

SEMALAM OKB sempat borak-borak dengan seorang pemimpin DAP kawasan DUN Luyang Kota Kinabalu. Perkara yang diceritakannya adalah kemungkin ADUN Luyang Dr Hiew king Cheu akan keluar daripada DAP dan menjadi ADUN Bebas.

Dr Hiew adalah mantan MP Kota Kinabalu daripada 2008-2013, sebelum bertanding di peringkat DUN pada PRU-13 lalu.

Pada PRU-13, Hiew menang dengan majoriti 8,676 mengalahkan tiga calon lain daripada MCA, SAPP dan STAR. Hiew mendapat undi 11,213, sementara calon Bn Agnes Shim daripada MCA mendapat undi 2,537.

Hiew berdepan dengan masalah dalaman parti apabila ADUN DAP yang lain daripada Sabah membuat cadangan agar mengambil tindakan terhadap beliau kerana engkar kesepakatan antara mereka dalam pemilihan Ketua Pembangkang DUN Sabah antara Datuk Lajim Ukin dan Datuk Welfred Mojilip Bumburing.

Namun, apa yang menjadi lucu daripada cerita pemimpin akar umbi DAP itu, tindakan DUN Luyang itu bercanggah dengan pilihan ADUN Dap lain, atas sebab dorongan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Haji Aman.

Menurut cerita di kalangan ahli akar umbi DAP kawasan Luyang, Hiew kononnya diberi ganjaran kewangan oleh Musa untuk keluar daripada partinya.

Apa kah ada kebenaran cerita itu??

Ikuti Siaran The Star seperti berikut.

Sabah DAP Luyang assemblyman Hiew King Cheu is toying with the idea of leaving the party to be an independent.

Hiew said that he was now getting feedback from his supporters to see what would be the best step for him to take if he decided to leave DAP.

“The people have supported me and if being where I am does not bring development to my constituents, then five years until the next general election without any improvement would be waste of time and a loss to the people,” said the former Kota Kinabalu MP.

“I have received some feedback from supporters and majority of them advised me to get out and find alternatives to do what can be done for the people,” he explained.

Hiew, who is also the Sabah DAP advisor, said that the chances of changing the government as hoped before the May 5 polls was no longer possible.

“Five years is a long time and instead of me not getting anything done and having to withstand being played around within my own party, it is better that I consider other options which is best to the people,” he said, adding it did not necessarily mean he has to join Barisan Nasional for that.

“I am still waiting for more feedback. I am in no rush to make any decisions,” he said.

Trouble started to brew within the Sabah DAP when four party YBs complained to DAP’s disciplinary board to take actions against Hiew for supporting PKR’s Datuk Lajim Ukin instead of Tamparuli assemblyman Datuk Wilfred Bumburing for the post of state opposition leader in June.

“My members are trying to kill me inside, but it is fine because with my experience and knowledge being so long in politics, I am sure I can do much better for my constituents if I really decide to go independent,” Hiew said.

“If I can take the pressure given by my own members, then the pressure I may face from the party would be nothing,” he added.

Hiew also described some of the DAP members as disrespectful and ungrateful for treating him the way he was being treated now.

In the recent general election, DAP won four state seats, PKR seven while the Sabah State Reform Party won one against the 48 won by the Barisan.

Pemilihan Umno: Presiden dan Timbalan bakal menang tanpa tanding

MESKIPUN ada yang menyebutkan bahawa KULI bakal mencalonkan diri bertanding Jawatan Presiden pada Pemilihan Parti Oktober ini, namun pada hakekatnya  perkara itu tidak akan berlaku.

Zaman KULI telah lama berlalu. Umno sekaarang telah mengalami transformasi luarbiasa. Untuk itu pemimpin veteran seperti KULI bukan merupakan pemimpin yang "relevan" lagi dalam mencorakkan masa depan parti.

Tidak sama seperti pemilihan parti yang lalu-lalu, kini pemilihan parti tidak terasa sehebat dahulu. Penyebabnya, para pemimpin yang mempunyai hasrat bertanding tidak dapat meluahkan niat mereka seawal mungkin, kerana takut pada bayang-banyang "Hidung Tak Mancung Pipi Tersorong-Sorong".

Pada pemilihan yang terdahulu, para pemimpin yang mempunyai niat untuk bertanding, tidak perlu menyatakan niat mereka sedini mungkin, kerana pecalonan dijalankan di peringkat cawangan dan bahagian. Selepas semua cawangan atau bahagian bermesyuarat, barulah pemimpin yang dicalonkan diminta untuk menerima atau menolak pencalonan. Namun pada pemilihan kali ini, seseorang pemimpin yang ingin bertanding, PERLU mendaftarkan diri untuk bertanding.

Di bawah sistem pemilihan baru yang akan dilaksana kali ini, syarat memenuhi keperluan kuota sudah dimansuhkan dan sesiapa sahaja boleh bertanding dengan syarat mendaftarkan diri untuk berbuat demikian.

Tujuh pindaan dibuat terhadap perlembagaan Umno yang diluluskan perwakilan pada Oktober 2009 menjadikan pemilihan kali ini menarik perhatian ramai, antaranya:

146,500 anggota peringkat akar umbi akan memilih secara langsung pucuk pimpinan parti berbanding 2,500 orang perwakilan sahaja sebelum ini. Mereka juga akan memilih langsung pimpinan di bahagian masing-masing.

Hapusnya sistem kuota yang sekali gus membuka ruang seluas-luasnya kepada anggota untuk bertanding dengan syarat minimum bagi pertandingan mana-mana jawatan Majlis Tertinggi ialah pernah memegang jawatan Anggota Majlis Tertinggi atau Anggota Jawatankuasa (AJK) bahagian selama satu penggal.

Syarat untuk bertanding AJK bahagian ialah telah menjadi anggota parti selama tiga tahun.

Sebelum pindaan perlembagaan parti, jawatan tertinggi parti memerlukan seseorang yang mahu bertanding terlebih dahulu mendapat jumlah atau kuota sokongan tertentu daripada 191 bahagian Umno iaitu:

Presiden - 30 peratus atau sokongan daripada 57 bahagian.
Timbalan Presiden - 20 peratus atau 38 bahagian.
Naib Presiden - 10 peratus atau 19 bahagian.
Anggota Majlis Tertinggi - 5 peratus atau 10 bahagian.
Ketua Pemuda - 20 peratus atau 38 bahagian.
Ketua Wanita - 20 peratus atau 38 bahagian.
Ketua Puteri - 20 peratus atau 38 bahagian.

Selain itu, untuk jawatan naib bagi ketiga-tiga sayap parti itu pula, perlu mendapat sokongan sebanyak 28 bahagian atau 15 peratus.

Thursday, August 15, 2013

Kenapa Perlu Wujud Kerajaan Perpaduan?

KEPUTUSAN Pilihanraya Umum merupakan tolok ukur kehendak rakyat. Melalui pilihanraya umum rakyat telah membuat keputusan, kerajaan yang bagai mana yang dikehendaki. Untuk itu, parti mana yang mampu mendapat kerusi terbanyak dan seterusnya membentuk kerajaan, perlu dipertahankan sesuai dengan aspirasi rakyat.

Sekiranya keputusan yang dibuat oleh rakyat diubah suai oleh mereka selepas sesuatu piliahnraya umum, seolah-olah parti  atau pemimpin yang menang itu tidak menghormati aspirasi dan kehendak rakyat.

Pada PRU-13 lalu, rakyat sudah berbicara dan telahpun membuat keputusan dengan memberikan 133 kerusi Parlimen kepada Barisan Nasional dan 89 kerusi Parlimen kepada PKR-DAP-PAS. Melalui keputusan itu, rakyat negara ini mahu mengwujudkan satu kerajaan yang tidak boleh melakukan sesuka hati bagaimana mengurus kerajaan terutama yang berkaitan dengan kekayaan negara.

Rakyat telah memutuskan satu kerajaan yang mempunyai kuasa majoriti bukan kuasa 2/3, kerana rakyat telah maklum, bahawa kerajaan yang mempunyai kuasa tradisi itu, mempunyai kecenderungan membuat sesuatu tindakan yang melampui aspirasi rakyat yang memberi mandat.

Rakyat telah melihat, sejak tahun 2008, selepas kuasa tradisi 2/3 tidak dimiliki parti yang membentuk kerajaan, maka rakyat benar-benar diberi perhatian dan mengembalikan kuasa rakyat di tempat yang sepatutnya.

Kini, selapas tahun 2008, pendekatan kerajaan terutama para pemimpinnya telah berubah dan menyahut kehendak rakyat. Bahkan, para pemimpin telah mengubah pendekatan, daripada taraf VVIP kepada taraf mesra rakyat, dan mengambil pendekatan yang pro-rakyat umpamanya pendekatan "turun padang"; "tanpa permaidani merah" (tanpa bunga manggar"; pemimpin bertemu rakyat tanpa protokol yang ketat dan seumpamanya.

Sebenarnya menurut pemerhatian AYT, para pemimpin sudah berubah secara menyeluruh; hanya yang belum berubah adalah para pegawai yang dilantik membantu para pemimpin. Sifat-sifat "lebih sudu daripada kuah" masih berlaku. Sekiranya sifat-sifat ini terhapus, maka rakyat akan senang hati dan sudah tentunya memperpanjang hayat setiap pemimpin dalam dunia politik.

Pada PRU-13 lalu, para pemimpin BN yang tidak mesra rakyat telahpun dihukum oleh rakyat dan sekaligus menamatkan kerajaya mereka dalam jawatan politik; walaupun bukan kesemuanya, seperti Mantan Ketua Menteri Melaka dan Johor.

Ura-ura "pembentukan Kerajaan Perpaduan" sepertimana ditulis di berbagai media seharusnya tidak timbul. Sekiranya diwujudkan kerajaan perpaduan atau apapun istilahnya antara Parti yang menang dengan yang kalah selepas pilihanraya umum, maka erti mandat daripada rakyat seolah-olah diperlekeh dan tidak dihormati.

Seharusnya kerajaan yang diberi mandat perlu menghabiskan tempoh yang diberikan dan jika sekiranya wujud perundingan, maka ianya diadakan sebaik tempoh itu akan berakhir dan masa kembali kepada rakyat untuk meminta mandat semula.

Jangan sama sekali mengkhianti mandat dan kepercayaan rakyat; kerana ianya akan membawa padah yang sangat pedih.

Wednesday, August 14, 2013

Naib Presiden Umno- Musa dapat sokongan 20 Bahagian Umno setakat ini

SETAKAT ini, Datuk Musa Aman mendapat sokongan 20 Bahagian Umno Sabah untuk beliau bertanding Jawatan Naib Presiden parti.

Sabah mempunyai 25 Bahagian Umno daripada 191 Bahagian daripada seluruh negara. Selain itu, Sabah mempunyai perwakilan yang teramai dan diperkirakan 60,000 perwakilan parti itu akan mengunakan hak mereka memilih pada Mesyuarat  Pemilihan  Parti 19 Oktober ini.

Jika Musa masuk bertanding jawatan Naib Presiden, maka beliau akan bersama-sama Datuk Safie Apdal daripada Sabah bertanding pada jawatan itu.

Safie adalah pemimpin Sabah pertama yang menang jawatan Naib Presiden parti melalui pemilihan parti pada tahun 2008.

Pada pemilihan kali ini, ramai pemimpin Umno dan akar umbi mahukan Musa bertanding jawatan Naib Presiden berasaskan rekod beliau sejak menerajui Umno Sabah pada tahun 2003.

Rata-rata pemimpin Sabah mengatakan bahawa Musa mempunyai rekod yang baik dalam parti dan kerajaan, merupakan pilihan yang sesuai dari Sabah untuk salah satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno.

Permintaan terhadap Musa, yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah secara jelasnya bersaing untuk bertanding jawatan itu yang dilihat untuk mengetepikan Shafie walaupun pihak dalaman Umno Sabah merasakan "ia hanya membuatkan Shafie bekerja keras untuk undinya."

Musa, bagaimanapun, tidak memberikan petunjuk mengenai apakah jawatan yang akan ditandingi beliau, dengan para penyokong kuatnya mengatakan bahawa "beliau boleh bertanding bagi jawatan naib presiden tetapi mungkin fokus untuk berada pada peringkat majlis tertinggi."

Paling terbaru yang menyuarakan sokongan untuk Musa adalah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin yang berkata, beliau telah mencadangkan supaya Musa bertanding pada pemilihan parti yang lepas tetapi beliau hanya pergi untuk jawatan majlis tertinggi.

"Tetapi kali ini, jika beliau memutuskan untuk bertanding jawatan itu (naib presiden), saya akan memberi sokongan penuh," kata Ketua Umno bahagian Putatan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Salleh Said Keruak turut menyatakan bahawa Ketua Menteri adalah pilihan terbaik untuk jawatan naib presiden kerana beliau menerajui Sabah dengan memperoleh kemenangan untuk negeri itu dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beberapa Umno bahagian pada bulan lepas mencadangkan Salleh, yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk bertanding dalam jawatan naib presiden.

Saleh, bagaimanapun, mempertahankan bahawa Ketua Menteri merupakan calon bagi naib presiden yang lebih baik, dan sejak itu Musa menerima sokongan daripada beberapa pemimpin negeri, termasuk bahagian Umno dari Sipitang, Tawau, Beluran, Kota Kinbalau, Sepanggar dan Papar.

Turut menyifatkan Musa sebagai pemimpin yang berkaliber, karisma, berkeupayaan serta akan memberi sokongan kepada Musa sekiranya bertanding bagi jawatan naib presiden adalah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.

Tuesday, August 13, 2013

Naib Presiden Umno: Peluang Musa cerah

JIKA akar Umbi parti Umno melihat dan menilai kedinamikan kepimpinan, maka perwakilan Umno perlu memberi peluang kepada Datuk Musa Aman menduduki salah satu kerusi Naib Presiden Umno pada pemilihan yang berlangsung pada 19 Oktober ini.

Kenyataan sokongan daripada berbagai pihak yang bermula daripada Timbalan Pengerusi Umno Sabah merangkap Ketua Bahagian Umno Kota Belud- Datuk Dr Salleh Tun Said menjalang Hariraya lalu dan kemudian kenyataan sokongan itu dikongsi oleh berberapa Ketua Bahagian, termasuk Datuk Yahya Hussien dan Datuk Tawfik Abu Bakar Titingan, mencerminkan gema sokongan kepada Ketua Menteri Sabah itu bertanding jawatan Naib Presiden parti amat diperlukan.

Trek rekod  Musa sejak menjadi Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003 sungguh amat signifikan terhadap pembangunan Sabah. Dalam tempoh sepuluh tahun, kadar kemiskinan Sabah turun dua digit, manakala bajet tahunan negeri saban tahun terus meningkat, malah mencipta sejarah tersendiri, apabila bajet negeri julung kalinya melepasi angka empat bilion ringgit.

Pencapaian kewangan negeri di mana pada tahun 2003 hanya RM184 juta, saban tahun terus meningkat, malah pada tahun 2012, simpanan Sabah melepasi angka tiga bilion ringgit, melebihi negeri Selangor di mana simpananya hanya RM1.6 bilion.

Membangun Sabah, bukannya mudah kerana keluasan negeri yang sungguh besar selain taburan penduduk yang tidak merata.

Sabah pada suatu masa mempunyai sumber balak yang luas, kini balak bukan lagi sebagai sumber kewangan negeri, namun atas kemampuan pengurusan kewangan yang cekap, maka Sabah mampu secara terus menerus dapat mempersembahkan bajet yang besar untuk pembangunan negeri.

Keupayaan Musa bukan sahaja daripada segi pembangunan negeri, akan tetapi sumbangan beliau dalam kerajaan Barisan Nasional; di mana melalui dua pilihanraya umum yang sangat kritikal bagi kerajaan Pusat, Sabah di bawah kepimpinannya mampu menyumbang jumlah kerusi yang diperlukan.

Pada PRU-13 lalu, semua kerusi yang ditandingi Umno di peringkat Parlimen semuanya dimenangi Bn, sehingga membolehkan Bn Sabah menyumbang 22 kerusi Parlimen kepada Bn. Jumlah kerusi itu merupakan kerusi kedua tertinggi selepas Bn Sarawak.

Keupayaan Bn Sabah menyumbang kerusi parlimen kepada Bn, menyebabkan Bn Sabah digelar sebagai Simpanan Tetap Bn.

Melihat kepada sumbangan Umno Sabah kepada Parti Bn, adalah tepat agar Pengerusinya diberi kedudukan sebagai Naib Presiden parti, agar supaya beliau dapat menyumbang kepada pemantapan parti secara keseluruhan.

Pada pemilihan kali ini yang melibatkan lebih 150,000 perwakilan, maka sesiapa yang menang dalam pertandingan, boleh lah dianggap sebagai mewakili aspirasi ahli di semua peringkat. Justeru itu, AYT melihat, pengelibatan Musa dalam pertandingan sangat dialu-alukan.

Monday, August 12, 2013

Kerani-Mangsa Bom Di Kelantan

Seorang kerani sekolah Mohd Yusrizal Mohd Zain, 32 mati akibat letupan bom yang berasal daripada satu bungkusan yang diletakkan di sebuah kereta MPV di rumah mertuanya di Tumpat pada Ahad.

Akibat letupan itu, dua tangan mangsa terputus dan perut terburai.

Menurut polis, orang ramai jangan bimbang, kerana kejadian itu adalah kes terpencil.

Buku Pak Lah: Kenyataan Media Pak Lah

Sejak dua tiga hari yang lepas, banyak berita diterbit mengenai 'buku Pak Lah'. Isu ini juga mendapat liputan luas dalam media sosial dengan pelbagai reaksi dan komen.

Sebelum saya memberi apa-apa komen, mungkin saya perlu memberi sedikit penjelasan tentang buku tersebut. 

Pertamanya, buku tersebut tidak ditulis oleh saya. Buku ini disusun oleh dua ahli akademik, James Chin dan Bridget Welsh, dengan memuatkan beberapa rencana oleh pelbagai penulis yang telah menyumbangkan tulisan masing-masing mengenai pentadbiran saya sebagai Perdana Menteri. Ada yang dikhabarkan positif dan banyak juga yang negatif dan kritikal. 

Kedua, saya sendiri hanya terlibat melalui wawancara yang dibuat oleh James Chin dan Bridget Welsh. Wawancara ini lebih kepada menjawab soalan-soalan yang dibangkitkan oleh penulis-penulis yang telah menyumbang kepada buku tersebut dan memberi saya ruang untuk menjelaskan beberapa perkara dari sudut saya sendiri. 

Ketiga, saya tidak menaja atau meminta buku tersebut diterbitkan. Sudah menjadi perkara biasa para akademik membuat analisa tentang sejarah politik negara kita dan sudah pasti era saya tidak terlepas dari kajian ilmiah. Saya cuma telah setuju untuk diwawancara agar suara, pendapat serta penjelasan saya dapat dimuatkan didalam buku tersebut. 

Keempat, oleh kerana saya bukan penerbit, pencetak, pengarang ataupun penulis buku tersebut, saya tidak tahu, tidak diberitahu dan tidak bertanggungjawab diatas mana-mana jemputan untuk melancarkan atau membincangkan buku tersebut. Berita yang mengatakan pemimpin dari parti pembangkang dijemput untuk melancarkan buku ini di Singapura - kalaupun benar - adalah keputusan penerbit buku, bukan saya.

Kelima, saya tidak merancang untuk menghadiri pelancaran buku tersebut. Ini kerana saya tidak mahu orang membuat andaian yang buku ini ditulis atau ditaja oleh saya. Saya cuma menjawab soalan yang ditanya. Biarlah jawapan-jawapan saya menjadi tumpuan pembaca. 

Berlatarbelakangkan fakta-fakta diatas, saya berharap orang awam mendapat gambaran yang lebih jelas tentang 'buku Pak Lah'. Sekali lagi, ini bukan buku yang ditulis atau ditaja oleh saya.

Mungkin ada yang bertanya, kenapa Pak Lah setuju untuk diwawancara oleh pengarang-pengarang yang dikatakan selalu menulis rencana yang kritikal? Saya bersetuju diwawancara kerana perlu ada penjelasan saya sendiri didalam kajian ilmiah ini.

Suka atau tidak, setuju atau tidak, saya berpegang kepada prinsip keterbukaan sebagai paksi kepada demokrasi yang matang.

Prinsip keterbukaan inilah yang saya amalkan apabila didatangi dengan permohonan oleh para pengarang buku ini untuk diwawancara.

Walaupun saya dimaklumkan buku ini bakal memuatkan rencana yang kritis dan 'unflattering' tentang kepimpinan saya, saya masih setuju diwawancara atas semangat keterbukaan demi perdebatan yang seimbang dengan mengambil kira semua sudut pandangan. 

Sudah pasti pandangan-pandangan dalam buku ini akan mengundang reaksi-reaksi tertentu.

Terpulanglah kepada semua pihak untuk membuat rumusan masing-masing. Prinsip keterbukaan bermaksud kita sedia memberi ruang kepada semua untuk bersuara.

Tetapi janganlah pula ada yang membuat andaian bahawa buku ini ditulis oleh Pak Lah yang sudah bersubahat dengan pembangkang untuk menentang partinya sendiri.

Itu sudah memesong fakta dan menjadi fitnah. Apa juga teguran yang diberikan dalam wawancara saya yang dimuatkan dalam buku ini dibuat kerana saya ingin melihat UMNO terus diberikan mandat dan kepercayaan oleh rakyat.

Saya tak pernah meninggalkan UMNO dan Insya'Allah bila tiba masanya nanti, saya akan menghembuskan nafas terakhir saya di dunia ini masih lagi sebagai ahli UMNO yang cintakan negaranya.

12 Ogos 2013. Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi

Dato Rahman Dahlan Umum Bertanding AMT Umno.

SESUAI dengan janji beliau semalam kepada AYT, bahawa beliau akan mengumumkan dalam masa 24 jam apakah beliau akan bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi Umno, sepertimana disarankan sebelum ini melalui blog ini; berikut adalah pengeumuman Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.


PENCALONAN UNTUK MASA DEPAN

Selepas berfikir panjang dan membuat pertimbangan menyeluruh, saya dengan rasa rendah diri mengumumkan hasrat untuk bertanding bagi kerusi Majlis Tertinggi UMNO, pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.

Sesungguhnya, saya percaya masanya sudah tiba bagi saya mengambil langkah penting itu dan menyertai percaturan ini.

Setiap anggota parti boleh melihat sendiri perkembangan UMNO sejak ia ditubuhkan hingga ke kedudukan sekarang, sebagai parti paling kukuh dalam sejarah tanah air, selain diiktiraf sebagai satu daripada parti demokratik paling berjaya di dunia.


Diakui, kita mempunyai perspektif tersendiri terhadap parti ini, bergantung kepada sumbangan kita selama ini dan apa yang dicapai sepanjang tempoh 67 tahun lalu.

Apa sekalipun tanggapannya, kawan dan lawan tidak boleh menafikan parti keramat ini memberi kestabilan politik dan pencapaian ekonomi memberangsangkan buat Malaysia.

Pun demikian, walau sehebat dan setinggi mana sekalipun pencapaian UMNO setakat ini, saya percaya masa depannya perlu dicorakkan dengan idea serta pendekatan baru.

Dinamik politik Malaysia mempengaruhi banyak perubahan dan membawa bersama pelbagai cabaran unik yang perlu ditangani dengan langkah berani. Pola pengundian dalam dua pilihan raya umum lalu menyedarkan kita mengenai hakikat cabaran baru serta unik yang sedang dihadapi.

Harus diingat, UMNO pernah berdepan banyak cabaran hebat sebelum ini dan dalam setiap keadaan, parti keramat ini tampil lebih kukuh dan matang. Saya penuh yakin UMNO juga akan melepasi cabaran yang dihadapi kini seperti mana sebelum ini.

Seperti mana rakan lain yang turut menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan parti akan datang, kehadiran saya bukan sekadar untuk mengisi jawatan. Saya nekad dalam memastikan UMNO kekal sebagai pilihan utama pengundi, terutama generasi muda yang mewakili sebahagian besar kumpulan pengundi. Justeru, pengalaman saya sebagai pengasas bersama Kelab UMNO ketika menjadi pemimpin pelajar di seberang laut, bekas Ketua Pemuda MNO bahagian dan bekas Setiausaha Pemuda UMNO, memberi saya kelebihan untuk membantu parti menawan semula sokongan generasi muda yang amat besar kepentingannya.

Sebagai Setiausaha Barisan Nasional Sabah dan Ahli Parlimen Kota Belud, kerusi Majlis Tertinggi akan membolehkan saya membantu dalam membentuk aspirasi serta visi UMNO di kalangan masyarakat terbanyak.

Akhir kata, mengimbau tahun demi tahun, kedudukan UMNO Sabah tampil semakin kukuh, besar dan inklusif. Peluang berkhidmat untuk parti dan negara adalah penghormatan besar bagi seorang ahli politik dari Sabah seperti saya.

Terima kasih.

Dato' Abdul Rahman Dahlan

Sunday, August 11, 2013

Pemilihan AMT Umno Ditangguh ke 19 Oktober

Umno menganjak tarikh akhir mesyuarat cawangannya dan menetapkan tarikh baharu untuk persidangan peringkat bahagian, tiga sayap, hari penamaan calon dan pemilihan parti.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata perkara itu diputuskan Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas menerima permintaan daripada cawangan dan bahagian.

Mereka mencadangkan demikian kerana mesyuarat cawangan berlangsung semasa Ramadan dan Syawal, manakala pada bulan Oktober ini yang diperuntuk bagi persidangan bahagian dan pemilihan parti, menyaksikan kunjungan Presiden China Xi Jinping dan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke negara ini, katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan berkata susulan itu, pengurusan Umno bersetuju tarikh akhir mesyuarat cawangan dilanjut kepada 15 Sept daripada 31 Ogos sebelum ini, manakala persidangan bahagian dan pemilihan anggota Majlis Tertinggi (MT) dianjak daripada 5 kepada 19 Okt.

Tarikh pendaftaran calon MT pula diubah daripada 7 kepada 28 Sept, manakala penamaan calon untuk tiga sayap akan diadakan pada 21 Sept.

Persidangan tiga sayap yang dijadualkan pada 28 Sept dianjak kepada 12 Okt, kata Tengku Adnan.

"Pihak pengurusan Umno sudah memaklumkan kepada anggota MT berkenaan perkara ini," katanya.

Sebanyak 146,500 anggota parti di peringkat akar umbi di 191 bahagian akan terlibat dalam pemilihan MT meliputi presiden, timbalan presiden, tiga naib presiden dan 25 anggota MT selain memilih anggota jawatankuasa bahagian.- Bernama

Friday, August 09, 2013

Buku Abdullah: Balas Dendam Kah? atau Satu Jawapan?

Setelah bertahun-tahun berdiam diri dan memendam rasa dengan kritikan dan serangan yang tidak sudah-sudah daripada Mahathir, Pak Lah akhirnya memilih untuk menjawab sebahagian daripada kritikan yang dilemparkan terhadapnya itu melalui penerbitan sebuah buku yang bertajuk "Awakening - The Abdullah Badawi Years In Malaysia" yang akan berada di pasaran tidak berapa lama lagi.

Buku itu, bukan tulisan Tun Abdullah Ahmad Badawi  sebagai bekas perdana menteri, atas sebab  itu beliau  tidak mempunyai kawalan mengenai kandungan mahupun pelancaran buku itu. Sumber, Isi dan tulisan dalam buku itu hanya merupakan hasil daripada perbualan Abdullah dengan dua editor buku berkenaan, kandungan buku itu ditulis oleh tidak kurang 30 penulis yang berlainan latar belakang termasuk pemimpin pembangkang. 

Artikel turut disumbangkan oleh pemimpin Umno tidak lagi mempunyai tempat di parti itu seperti Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dan bekas bendahari Umno Datuk Azim Zabidi, sementara Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah pula menulis pra-kata buku itu. 

Pemimpin pembangkang yang menyumbang pula terdiri daripada Nik Nazmi Nik Ahmad, Liew Chin Tong dan Farish Noor. 

Bagi sesetengah pihak yang telah membaca sebahagian buku berkenaan mendapati ia lebih kerap membidas Abdullah daripada menceritakan keadaan yang sebenarnya. 

Antaranya, Abdullah dilaporkan berkata Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang pemimpin yang penuh kontradiksi dan sekiranya hasrat bekas perdana menteri itu dituruti, Malaysia hari ini sudah muflis. 

Ia juga menceritakan bahawa Abdullah meminta bekas presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu supaya bersara setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008. 

Turut dimuatkan adalah kenyataan Abdullah yang berkata tidak salah memperjuangkan satu-satu kaum di negara ini tetapi perjuangan itu tidak seharusnya seperti yang dilakukan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA). 

Setakat ini, PERKASA dan Samy Vellu ternyata berang dengan laporan itu dan telah membidas Abdullah. Hanya Dr Mahtahir yang tidak mahu mengulas kerana katanya, beliau belum membaca buku itu lagi. 

Buku itu akan berada di pasaran pada bulan ini dengan dakwaan Abdullah sendiri dijadual melancarkannya. 

Ia disunting oleh Bridget Welsh dan James UH Chin - dua pensyarah yang sering menulis di portal mesra pembangkang Malaysiakini. 

Buku setebal 620 halaman itu diterbitkan oleh Strategic Information dan Research Development Centre (SIRD), Kuala Lumpur.

Maklumat awal mengenai buku ini sudah dikeluarkan beberapa hari lalu, namun majlis pelancarannya dijangka akan diadakan selepas Hari Raya nanti yang akan dilakukan oleh Pak Lah sendiri.

Buku ini nampaknya menjadi medan untuk Pak Lah menjawab sebahagian daripada kritikan oleh Mahathir terhadapnya terutamanya mengenai pentadbiran negara, kedudukan kewangan yang ditinggalkan oleh Mahathir, keadaannya yang sering tertidur dan diketahui oleh Mahathir sebagai suatu penyakit tetapi sering digunakan untuk menunjukkan kelemahannya dan lain-lain lagi berkaitan pelbagai perkara sepanjang beliau menjadi Perdana Menteri.

Terbitnya buku ini selepas berakhirnya pilihanraya umum yang paling sengit dalam sejarah dan menjelang pemilihan UMNO yang akan berlangsung kira-kira dua bulan lagi tentunya boleh mengundang tafsiran yang berbagai-bagai. Masa terbitnya buku ini tentunya bukan suatu kebetulan tetapi barangkali setelah ditapis dan dianalisa kesan buruk dan baik dalam pelbagai segi.

Apatah lagi sekarang ini anak Mahathir iaitu Mukhriz dan menantu Pak Lah, Khairy Jamaluddin, masing-masing telah mendapat jawatan sebagai Menteri Besar Kedah dan Menteri Belia dan Sukan dan dijangka akan bertanding jawatan kanan dalam pemilihan kali ini manakala Mahathir pula seakan mahu menunjukkan pengaruhnya yang berterusan dalam UMNO dengan keaktifannya bersuara dan menghadiri pelbagai perjumpaan di sana-sini.

KJ dijangka akan terus mempertahankan jawatan Ketua Pemudanya manakala Mukhriz yang kalah ditangan KJ dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda empat tahun lalu pula sedang diasak untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO setelah faktor Mahathir dikatakan menjadi kunci kemenangan BN menawan semula Kedah daripada tangan Pas.

Ini menjadikan sementara bapa dan bapa mertua kedua-dua pemimpin itu terus berbalah, anak dan menantu mereka pula sedang meneruskan pendakian dalam hireaki UMNO.

Terbitnya buku Pak Lah ini menjelang sambutan 1 Syawal turut mengundang rasa teruja banyak pihak kerana selepas ini tentunya akan menerima reaksi balas daripada Mahathir pula. Mengenali watak Mahathir yang tidak pernah mengalah dengan sesiapa yang cuba mencari pasal dengannya, adalah dijangkakan reaksi Mahathir mengenai buku ini dan apa-apa perkara yang melibatkan dirinya sebagaimana yang tertulis dalam buku itu pastinya lebih pedas dan panas lagi.

Sementara umat Islam lain sedang rancak untuk bermaaf-maafan dan melupakan persengketaan lama, episod pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah ini nampaknya baru hendak meletus kembali  setelah agak lama ianya menyepi dan harapan untuk melihat kedua-dua negarawan ini berbaik-baik kembali turut menjadi semakin tipis.

Pendirian Tun Dr Mahathir untuk tidak memberi ulasan berkaitan buku Pak Lah itu, apabila diajukan kepada beliau, mencerminkan, bahawa mantan Perdana Menteri itu, tidak mahu memperhangat suasana lebaran yang sedang disambut oleh umat islam negara ini.

Bagi mereka yang mahu kehangatan balas membalas antara dua mantan Perdana Menteri itu, rupanya belum menjadi kenyataan, setidak-tidak dalam masa sekarang; dan atas sebab itu juga para tukang sampuk atau nasi tambah  belum dapat mengambil kesempatan, atas "pertelingkahan" kedua-dua mantan Perdana Menteri.

Mukhriz dan KJ pula mungkin menjadi anak dan menantu yang paling tidak gembira kerana terpaksa menyaksikan pelbagai pendedahan dan londeh-melondeh daripada bapa dan bapa mertua masing-masing serta dalam masa yang sama mengundang pula reaksi daripada pihak-pihak yang mungkin lebih tidak menyenangkan mereka. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar oleh mereka kerana memilih menjadi pemimpin dan dalam masa yang sama menjadi anak kepada Mahathir dan menantu kepada Pak Lah.

Sebelum ini Mahathir bukan saja kerap mengkritik Pak Lah, baik dalam majlis terbuka atau perjumpaan tertutup, bahkan dalam buku memoir "A Doctor In The House" yang ditulisnya, Mahathir juga banyak mengkritik kepimpinan Pak Lah yang disifatkannya lemah dan mengundang banyak masalah kepada parti dan negara.

Namun Pak Lah, sejak berundur daripada jawatan Perdan Menteri tidak pernah menjawab walau sepatah perkataan pun terhadap kritikan yang dilemparkan terhadapnya manakala Mahathir pula seakan-akan tidak pernah puas melakukan serangan dengan sering mengaitkan apa saja masalah dalam UMNO dan negara sebagai berpunca daripada era kepimpinan Pak Lah.

Rupa-rupanya Pak Lah berdiam diri selama ini kerana beliau sedang mengumpulkan fakta untuk menjawab dan menyerang kembali semula kritikan terhadapnya dan beliau memilih untuk menjawabnya melalui penerbitan sebuah buku.

Dengan terbitnya buku ini dan pertelingkahan Mahathir dan Pak Lah kembali menjadi panas, sebenarnya menarik juga untuk melihat apakah pendirian dan sikap Najib mengenainya. Walaupun pengaruh Pak Lah tidak sekuat Mahathir di dalam UMNO tetapi Najib memang diketahui amat gembira dengan sikap dan pendirian Pak Lah yang sentiasa menyokongnya sedangkan Mahathir agak flip-flop terhadapnya, kadang-kadang menyokong dan kadang-kadang mengkririk.

Malah selepas berakhirnya pilihanraya umum lalu, walaupun menyokong supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak ditandingi tetapi Mahathir diketahui mulai bersikap membelasah Najib terutama dalam perjumpaan tertutup dengan mereka yang bertemu dengannya.

Mungkinkah Najib sebenarnya gembira dan sedang tersenyum dengan terbitnya buku ini kerana sekurang-kurangnya ada orang lain sekarang ini sedang mengkritik Mahathir yang secara belakang-belakang turut mengkritiknya juga. Dengan kemungkinan berlakunya berbalas-balas kenyataan antara Mahathir dan Pak Lah selepas ini, secara langsung Najib tidak lagi menjadi tumpuan serangan oleh Mahathir dan beliau juga sudah boleh melupakan belasahan Mahathir terhadapnya sebelum ini.

Thursday, August 08, 2013

Pembunuh di Malaysia-Sudah macam cara MAFIA

Kereta mewah mangsa yang ditembak ala MAFIA
HAMPIR dua minggu, pembunuhan ala mafia berlaku dalam negara.  Kejadian terbaru, berlaku GEORGE TOWN Pulau Pinang; Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini.

Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis

Menurut Ketua Polis Daerah George Town Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang.

Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik.

Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan.

Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian.

Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala.

Blog Archive