Friday, November 30, 2012

Naib Ketua Wanita Umno Semporna Ikut Jejak Suaminya menyertai PKR

Kalasahan bersama suami
Naib Ketua Wanita Umno Semporna, Kalasahan Abd Salam hari ini mengumumkan keluar parti itu mengikuti langkah suaminya Abd Habi Mustapha untuk yertai PKR.

Selain bertindak mengikut jejak suaminya, Kalasahan mendakwa bahawa tindak tanduk Ketua Bahagian itu- Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Naib Presiden Umno merupakan salah satu penyebab beliau menyertai parti pembangkang.

Shafie menurut Kalasahan tidak mengamalkan kepimpinan yang adil sebaliknya bercorak pilih kasih dan kronisma.

"Umno Semporna sama ada di peringkat Bahagian ataupun cawangan tidak ditadbir urus berlandaskan perlembagaan parti kerana terlalu banyak berlaku ketidaktelusan dalam pentadbiran serta perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian Umno Semporna," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dakwanya lagi, Shafie gagal membawa pembaharuan dan mengatasi masalah kebanjiran pendatang asing, kekurangan bekalan air, ketidakstabilan bekalan elektrik, pencapaian pendidikan sekolah-sekolah tercorot di negeri Sabah dan kesesakan lalu lintas.

"Sepatutnya, sebagai menteri penuh yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, beliau telah gagal secara total dalam menjalankan tanggungjawab memajukan Samporna," dakwanya lagi.

Sementara itu, Kalasahan turut mendakwa, sikap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang terlalu lembut sehingga menyeret dirinya dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menyebabkan beliau kesal mengenai perkara itu.

"Beliau terlalu lembut maka itu saya tidak suka. Saya juga kesal, nama Wanita Umno turut tercemar berikutan kontroversi itu," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan keyakinan bahawa selepas ini, akan ramai lagi ahli Umno Bahagian Samporna terutamanya Wanita Umno akan mengikuti jejak langkah beliau.

Thursday, November 29, 2012

AGM Umno 2012: Ucapan Dasar Presiden- Hebat

KUALA LUMPUR: Berikut petikan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno ketika merasmikan Perhimpunan Agung Umno 2012 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini: 

Antara Petikan Ucapan Presiden

* "Calon boleh menang yang dipilih oleh parti hendaklah mampu memberi nilai tambah, yakni, bukan sahaja sekadar diterima oleh lingkungan parti, malah, hendaklah juga disenangi oleh masyarakat setempat sebagai pengundi, lebih daripada itu, boleh bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan sukarela serta masyarakat madani, kerana merekalah sebetulnya para pengundi." * "Kenyataannya lagi, lebih 95 peratus rakyat Malaysia dilahirkan pasca penubuhan Umno. Oleh sebab itu, penilaian yang dibuat pengundi generasi baru hari ini bukan didasarkan kepada pengalaman masa lalu apatah lagi apa yang telah dilakukan semalam sebaliknya ia berasaskan merit hari ini beserta wawasan masa depan." 

* "Dalam konteks ini, saya ingin menyeru, jadilah pemimpin parti yang rajin mengkhidmati rakyat, berwibawa dan bersikap rendah diri. Bak kata orang tua-tua, ular yang menyusur akar, pasti tidak akan hilang bisanya." 

* "Hal disiplin berorganisasi ini perlu dimengertikan baik-baik. Ia merupakan faktor tonggak yang akan menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah pertubuhan untuk mencapai matlamat yang diingini. Dalam bidang ketenteraan, ia mampu menentukan kemenangan atau kekalahan di medan perang." 

* "Dalam sebuah pertubuhan siasah pula, yang wujud dalam sistem demokrasi berparlimen, disiplin berorganisasi menentukan sama ada parti politik itu berpeluang menang atau kalah dalam pilihan raya. Inti patinya, disiplin berorganisasi bermaksud meletakkan kepentingan organisasi secara di atas..., di atas kepentingan individu." 

* "Pada sisi lain, pendapat dan teori politik konvensional yang mengatakan bahawa perubahan dan pembaharuan akan hanya berjaya jika kita menukar kerajaan tidak boleh diterima pakai di Malaysia." 

* "Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat." 

* "Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji. Tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus membaiki labu atau mempercayai serigala menjaga biri-biri." 

* "Inilah...inilah tahap kualiti dan hal ketidakmampuan perancangan ekonomi parti lawan. Namun, ia tidak langsung mengejutkan kita, kerana, semasa krisis kewangan Asia melanda Malaysia pada tahun 1997-1998, terbukti, Menteri Kewangan, saya ulang, Menteri Kewangan ketika itulah orangnya, yang kini, menjadi Ketua Pembangkang, bukanlah pengurus ekonomi yang cekap." 

* "Orang ini memang selayaknya digelar sebagai sesumpah politik. Bila bercakap di Amerika Syarikat dan kepada bangsa lain, berbeza nadanya, bila bersyarah kepada orang Melayu dan orang Islam, lain pula ceritanya. Semasa bersama kita dalam Umno, caranya sekian, sekarang jadi Ketua Umum Pembangkang, segala pendirian dan fe'elnya berubah pulak." 

* "Dalam Buku Jingga juga pembangkang menjanjikan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 tetapi realitinya kerajaan Barisan Nasionallah yang berani mengambil langkah, tidak setakat memansuhkan ISA tetapi juga Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan tiga pengisytiharan darurat serta membiarkan ordinan-ordinan yang digubal, lupus." 

* "Dek kerana itu, tuduhan-tuduhan oleh pihak tertentu bahawa Umno parti nasionalis yang sekular amatlah tersasar. Baru-baru ini, sampai kepada tahap, sanggup mendoakan kecelakaan kepada Umno. Sedangkan kita, adalah saudara seakidah." 

* "Alangkah peliknya perbuatan mereka ini. Dalam detik-detik saudara kita di Gaza sedang ditimpa musibah dan begitu memerlukan solidariti umat, mereka di sini pula sibuk mahukan kejatuhan orang lain." 

* "Jadinya, kita ingin berpesan, cukup-cukuplah cuba memperdaya rakyat. Suatu ketika dahulu Umno dituduh kafir melalui amanat Tuan Guru, yang tidak perlulah saya sebut namanya kerana seluruh Malaysia pasti kenal siapa dia. Umno dicap kafir kerana bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang tidak beragama Islam, kononnya tidak menyokong penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud." 

* "Pilihan kepada tuan-tuan dan puan-puan kini antara Barisan Nasional sebagai sebuah parti dengan rancangan holistik tentang halatuju masa depan negara atau parti pembangkang yang kelam kelibut serta bercelaru dibelenggu matlamat pakatan mereka, sama ada mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular, sebuah negara teokratik atau sebuah negara berkebajikan." 

* "Berbalik kepada DAP, kalau kita kaji lagi, sifir dan tafsiran demokrasi ala Parti itu amat mudah. Jika bersetuju dengan kepimpinan, semuanya ok. Akan tetapi, seandainya seseorang ahli mempunyai pandangan berbeza, misalnya Tunku Aziz, mantan Naib Pengerusi mereka, yang tidak bersetuju dengan demonstrasi jalanan Bersih 3.0 dan tempoh jawatannya sebagai Senator tidak disambung untuk penggal kedua." 

* "Perbezaan yang terbesar antara kita dan pembangkang ialah bagi kita, janji dibuat untuk ditepati. Bukan seperti pembangkang yang sering berkata palsu apabila memancing undi, tetapi sesudah menjadi kerajaan semuanya kosong belaka." 

* "Pilihan raya juga amat jelas, untuk kita melihat anak-anak tanpa mengira kaum mahupun agama berhilai ketawa, membesar dan berlibur bersama-sama atau didewasakan dengan kebencian yang membara." 

* "Jika kita kehilangan harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat dipulih semula. Tetapi, jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi. Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah sendiri." 

* "Justeru, saya selaku Presiden Umno, bersama-sama Timbalan Presiden, serta seluruh saf kepimpinan parti, bersumpah dengan nama Allah dan RasulNya, berikrar dan berjanji, terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, terus memartabat rumpun Melayu, terus membenteng akidah umat dan terus memelihara agama Islam." 

Perhimpunan Umno 2012 dingin

APAKAH kedinginan Perhimpunan Agung Umno ini disebabkan kerana musim hujan? AYT rindu dengan hujah-hujah bernas yang menjadi trade Mark perhimpunan itu, baik pemuda, wanita atau puteri. 

Namun kali ini, boleh dikatakan tidak terdapat pendebat-pendebat yang boleh meransang minda, sebaliknya pendebat, sangat bergantung kepada skrip yang disediakan.

Pendebat, sangat terikat dengan satu skrip.. membelasah pembangkang, termasuk ucapan Perasmian Tan Sri Muhyiddin.

Bagi yang mengikuti perkembangan politik tanah air, ucapan perasmian Timbalan Presiden Umno itu merupakan rangkuman daripada pendapat-pendapat para penganalisis politik mahupun pemerhati politik apa kah persendirian ataupun para blogger.

Sementara itu, ucapan pengolongan baik daripada Pemuda, wanita mahupun Puteri, banyak berisi, bahawa Umno adalah petarung yang sungguh handal, tidak gentar berhadapan dengan sesiapapun.

Sayap pemuda, wanita mahupun puteri gagal melontarkan hujahan yang bersifat menyeluruh, yang mencerminkan bahawa semua rakyat adalah penyokong Umno dan Umno adalah payung kepada rakyat secara keseluruhannya.

Sepatutnya, walaupun para pemimpin itu sedar bahawa tidak semua rakyat menyokong Umno atau BN, tetapi sebagai parti yang besar yang mempertahankan kerajaan dan seterusnya mahu terus memerintah, sayogianya memperjuangkan segenap masyarakat, apa kah itu penyokong ataupun pembangkang. Seharusnya  tertanam dalam benak mereka, winner take all.

Semoga esok, melalui ucapan dasar Presiden Parti, konsep 1Malaysia diberi keutamaan, agar seluruh rakyat merasakan, Umno itu menjaga semua rakyat negara ini, tanpa melihat latarbelakang, baik bangsa mahupun agama. 

Melalui pendekatan itu, maka secara automatik menjawab tohman pembangkang bahawa Umno atau BN zalim adalah mainan politik.

Tuesday, November 27, 2012

Gara-gara Khalwat: Pengarah Kesihatan Malaysia digantung kerja

PUTRAJAYA - Mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diadakan semalam memutuskan untuk menggantung kerja Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman berkuat kuasa 14 November lepas, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.

Namun tidak diketahui keputusan bagi pasangan Dr Hassan yang juga pegawai kementerian yang sama yang ditangkap khalwat bersama-sama pada pagi 14 September lalu di sebuah bilik Hotel Fullman, Putrajaya.

"SPA dalam mesyuarat itu telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II,Kementerian Kesihatan," katanya dalam satu kenyataan.

Mahmood berkata, Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan oleh Suruhanjaya terhadapnya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember depan.

Dr Hasan, 56, dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36,  masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah berkhalwat.

Anwar hanya pakar Demonstrasi: Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Mana-mana pihak yang tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) harus menerima kenyataan itu dan diharap tidak membuat sebarang provokasi seperti demonstrasi yang akhirnya akan menyebabkan huru-hara berlaku dalam negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pada masa kini terdapat juga pihak yang sudah pun mencipta suasana tidak selesa itu dengan memberitahu orang ramai bahawa PRU13 akan datang adalah pilihan raya yang tidak adil.

"Mereka menghasut orang ramai sekiranya keputusan tidak memihak kepada mereka, mereka akan membuat demonstrasi.

"Ada pihak yang tidak boleh menerima kekalahan dan akan membuat demonstrasi.

"Mereka akan mengata ketidakadilan dan penipuan telah berlaku," kata beliau pada sidang media Forum Antarabangsa bertemakan Konflik dan Perdamaian Dalam Politik: Mengimbas Kembali atau Memandang Ke Hadapan di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan media tentang demokrasi yang dilihat sudah tidak lagi relevan pada masa ini.

Beliau bagaimanapun berpendapat, pendekatan demokrasi itu sendiri tidak cacat tetapi terpulang kepada pengamalnya.

"Semuanya bergantung kepada pengamalnya terutamanya ketika menerima kekalahan," kata beliau.

Mengulas mengenai taktik pembangkang yang menggunakan demonstrasi untuk menyatakan bantahan, beliau mendakwa, perkara itu menjadi satu instrumen kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengatur langkah ke Putrajaya dan untuk menjadi
Perdana Menteri.

Dr Mahathir juga mendakwa, merancang demontrasi merupakan kemahiran tinggi Anwar dalam membuat persiapannya itu.

"Persiapan Anwar ialah membuat demonstrasi awam. Sebelum ini tidak pernah ada demonstrasi.

"Malah masa dia (Anwar) dalam kerajaan, dia sendiri menentang demonstrasi,tetapi sekarang sejak dia keluar penjara, sering kali berlaku demonstrasi termasuk Bersih dan Himpinan Hijau," katanya.

Sunday, November 25, 2012

Perhimpunan Agung Umno-Amanat Najib ditunggu

AMANAT yang macam mana Najib sampaikan pada Perhimpunan kali ini? Kita semua tahu, ini lah julung kalinya Presiden Umno itu mengetuai BN berhadapan dengan pilihanraya umum.

April tahun lalu, semasa PRN Sarawak, sebagai Perdana Menteri, Najib merintis jalan mengetuai pilihanraya umum negeri Sarawak. Kita sudah ketahui-alhasil daripada PRN Sarawak itu, BN negeri masih menang dengan kuasa 2/3 walaupun banyak kehilangan kerusi, terutama bagi kawasan-kawasan majoriti kaum cina.

Apa yang mengembirakan pihak BN, adalah berbagai ramalan sebelum PRN Sarawak, bahawa negeri Bumi kenyalang itu akan berubah kerajaan, kerana isu yang dimainkan menumpuhkan kepada Ketua Menteri Sarawak. Namun selepas diketahui keputusannya, BN Sarawak tetap teguh.

Bagi berhadapan dengan PRU-13, Najib mahu rakyat menilai  keberhasilan, perancangan, program yang telah beliau laksanakan.

Adalah sesuai meminta mandat daripada rakyat, apabila tindakan-tindakan benar-benar ditepati. Berasaskan kepada penepatan janji itu, maka terpulanglah kepada kebijaksanaa rakyat, apa kah mahu mempertahankan kerajaan.

Di lain pihak, Najib memberi peluang seluas-luasnya kepada rakyat membandingkan keupayaan BN memerintah berbanding PR di negeri-negeri Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

AYT beranggapan, bahawa amanat Najib pada PAU yang bermula pada 27 November ini, akan berkisar kepada komitmen BN terhadap rakyat dibandingkan dengan keupayaan PR

Mungkin Amanat Najib itu akan mengandungi perbezaan perjuangan antara BN dan PR. Kerana dalam BN, terdapat dasar yang konsisten. 

Dalam pakatan itu ada parti yang nak asas perlembagaan dipinda. Sebab DAP dengan ideologi Malaysian Malaysia yang tidak menerima prinsip dan semangat Perlembagaan. Dan Pas pula mahu wujudkan negara Islam ikut tafsiran mereka. Itu pun jadi tanda tanya kerana definisi negara Islam itu pun masih kabur lagi.

"Ketiga, ada PKR yang memperjuangkan pendirian yang boleh disangsi termasuk kefahaman yang terlalu liberal dan pluralisme yang juga boleh menimbulkan banyak kontroversi.

Selama lebih empat tahun, rakyat menyaksikan bagaimana agressifnya pembangkang dengan visi mereka merampas Putrajaya melalui slogan Ubah dan Tukar. Sebaliknya BN kelihatan moderate dalam pendekatan kerana  selaku kerajaan yang memerintah, perlu ada batasan dan sifat tanggungjawab dalam setiap tindakan yang diambil.

"Pembangkang lain, dia tak ada sempadan termasuk nak lempar fitnah, beri fakta palsu dan sebagainya. Pembangkang boleh buat. Tapi kita dalam kerajaan kena ada rasa tanggungjawab dalam apa-apa yang kita nak lakukan. Itu mungkin menggambarkan seolah-olah kita tak agresif," Petikan kata-kata Najib.

Saturday, November 24, 2012

PM PR: Akar Umbi Pas tidak percaya pada Anwar

SATU perkara yang pasti, akar umbi Pas tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ketidak percayaan itu dizahirkan melalui Muktamar Pas ke-58 yang berlabuh minggu lepas.

Seharusnya, pimpinan Pas mengambil peduli perasaan akar umbinya, berbanding memaksa kehehendak mereka yang dibayang-bayangi DAP dan PKR.

Pimpinan Pas "downplay" seruan akar umbinya, terutama pendapat yang dilontarkan oleh setiausaha Agungnya- Mustapa Ali.

Mustapha lebih minat agar Anwar menjadi Perdana Menteri berbanding presidennya sendiri. Pandangan Mustapha dipengaruhi sangat oleh pengistiharan Lim Kit Siang, bahawa Anwar perlu dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7 negara, jika Pakatan Rakyat menumbangkan Barisan Nasional.

Seharusnya semua jajaran pimpinan Pas berdiri teguh di belakang Presidennya, agar supaya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, bukannya berjuang untuk orang lain menjadi Perdana Menteri.

Dengan pengakuan pemimpin Pas terutama Mustapha Ali, bahawa jika PR menang, maka Anwar perlu dilantik sebagai Perdana Menteri, secara automatik menidakkan pengakuan Pas sebelum ini, bahawa parti itu adalah pengganti Umno.

Pemimpin PAS yakin seyakinnya, bahawa Parti mereka tidak mampu menjadi pengganti Umno, atas sebab itu, mereka juga tidak yakin dengan Presidennya boleh dilantik sebagai Perdana Menteri.

Akar umbi Pas percaya bahawa Pas boleh menjadi pengganti Umno, kerana mereka termakan dakyah para pemimpinnya, namun kini keyakinan akar umbi itu, rupanya hanya buih-buih laut, kenyataan yang palsu.

Friday, November 23, 2012

Orang Minyak Dari Sabah Ditahan Di Bentong, Pahang

Polis berjaya menyelesaikan misteri orang minyak yang digembar-gemburkan berlaku pertengahan tahun lalu menerusi pengakuan daripada suspek yang ditahan pada 14 November lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, hasil siasatan ke atas suspek berusia 42 tahun dan berasal dari Tambunan, Sabah itu berjaya menemui bukti lelaki terbabit melakukan 13 kes melibatkan jenayah rogol, bunuh dan samun.

Menurutnya, suspek dipercayai melakukan enam kes rogol dan empat kes bunuh melibatkan lima kematian yang berlaku sejak Mac 2009 hingga 14 November lalu.

“Suspek yang kini masih ditahan reman sehingga 27 November dilaporkan tidak mempunyai masalah mental dan memberi kerjasama baik kepada polis yang menjalankan siasatan.

“Selain 13 kes itu, polis juga sedang menjalankan siasatan melibatkan beberapa lagi kes pecah rumah yang dipercayai dilakukan suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian sebelum Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Bentong di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, dekat sini.

Abdul Aziz berkata, hasil siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah bekerja di kilang dan pencuci kereta, namun kemudiannya tidak mempunyai pekerjaan tetap sejak tiga tahun lalu.

Katanya, polis percaya dalam tempoh itu suspek menjalankan kegiatan jenayah yang dilaporkan.

“Bagaimanapun sebelum penangkapannya, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

“Menerusi bukti yang ada polis yakin dapat mendakwa suspek atas kes yang dilakukan selama ini,” katanya.

Pada 14 November lalu, suspek berjaya ditahan di hutan belakang Taman Hussein, dekat sini, oleh tiga anggota polis berpangkat konstabel dan seorang orang awam ketika cuba meninjau kawasan perumahan di situ menggunakan teropong.

Dalam kejadian itu, seorang anggota cedera di bahagian leher akibat dilibas dengan pisau Rambo oleh suspek.

Dr Asri Menulis: Relevan Kah Pas Dalam Realiti Baru?

SAYA pernah mengkritik Umno dalam tulisan saya sempena Perhimpunan Agung Umno yang lepas dan sebelum. Ketika itu saya tetamu parti tersebut di perhimpunan mereka. Orang Umno tidak menzahirkan kemarahan atas kritikan itu.

Perasaan mereka, saya tidak tahu.

Muktamar Pas baru sahaja berlalu. Kali ini saya ingin sedikit melontarkan persoalan untuk berkongsi dengan Pas. Maaf, bagi saya Pas merupakan parti politik yang agar sukar menerima teguran. Sekalipun tidak dinafikan ada juga pimpinan Pas yang bersikap terbuka.

Pemuda Pas merupakan sayap yang sepatutnya menggambarkan 'open-mindedness', tapi menzahirkan reaksi yang agak keras setiap kali menerima kritikan. Pembaca boleh membaca reaksi timbalan ketuanya dalam memberi pandangan balas terhadap saya ketika saya melontar pandangan agar jangan tiru pendekatan Taliban dan jangan wujudkan negara mullah.

Dalam wacana di Sinar baru-baru ini mengenai ulama dan pemerintah, banyak kritikan saya tertumpu kepada Umno, tetapi pihak Pemuda Pas yang begitu melenting hanya kerana pandangan sepintas lalu agar Pas jangan nanti membentuk negara mullah.

Umno tidak sangat melantah. Saya mula risau tentang masa depan hak bersuara rakyat terhadap kerajaan jika Pas direzekikan ALLAH menguasai Putrajaya. Apakah pendekatan Umno sebelum PRU-12 akan dihidupkan semula? Atau lebih parah, atas nama Tuhan rakyat dilarang berbicara? Harapnya tidak begitu.

Berubah

Gerakan Islam di seluruh dunia terpaksa akur bahawa mereka perlu berubah jika ingin memastikan mereka terus relevan. Bukan sahaja gerakan Islam, bahkan apa sahaja gerakan dalam dunia ini terpaksa akur bahawa cuaca baru yang sedang dihayati oleh umat manusia memerlukan satu kerangka baru dalam pemikiran dan perlaksanaan.

Politik adalah satu bidang yang membabitkan persoalan menguruskan manusia. Manusia itu terdedah kepada pengaruh tempat dan masa. Budaya dan cara berubah disebabkan persekitaran yang berbeza. Sudah tentu, iklim politik pada zaman Nabi s.a.w dan al-Khulafa al-Rasyidin tidak sama dengan zaman selepasnya.

Sudah pasti budaya dan cara politik pada zaman Umawiyyah dan ‘Abbasiyyah tidak sama dengan yang selepas itu. Demikian politik dalam era ‘nation states’ tidak sama dengan era empayar sebelum itu.

Globalisasi dan era ledakan maklumat telah mencetuskan pelbagai fenomena baru dalam kehidupan manusia.

Sesiapa yang cuba melaksanakan secara literal ataupun mengadaptasikan sepenuhnya teks politik zaman lampau ke zaman kini, maka dia seorang yang naïf dan dangkal dalam memahami tabiat politik (naturalness of politics) , sekaligus rasional dan tabiat Islam (naturalness of Islam) itu sendiri.

Retorik

Semasa awal kebangkitan Islam, gerakan Islam khususnya yang banyak bercakap tentang politik banyak melaungkan slogan-slogan yang belum diuji keberkesanannya.

Sebahagian slogan itu didokong oleh sebahagian mereka dengan penuh 'dogmatic' dan 'rhetoric'.

Padahal, sebahagian besarnya hanyalah ijtihad ataupun tafsiran yang dibuat dengan pengaruh tertentu. Sedangkan Islam lebih luas dan terbuka dibandingkan dogma dan retorik tersebut.

Kesempitan beberapa pegangan mereka khususnya apa yang dikaitkan dengan teori ‘daulah Islamiyyah’ ataupun ‘Islamic State’ telah menghalang mereka maju ke hadapan. Slogan mereka menakutkan sebahagian rakyat. Islam yang menjadi agama rahmat, diungkap dan dilaungkan secara yang menggusarkan.

Fokus terhadap menghukum rakyat dengan ‘hukuman syariah’ lebih banyak dari bicara tentang memberikan 'service' dan hak-hak rakyat yang dibela oleh syariah.

Pendekatan sebahagian slogan Islam itu seakan ingin menjadikan rakyat ‘robot patuh shariah’ bukan sebagai manusia merdeka yang taat kepada Tuhan dengan penuh pilihan.

Nilai Semula

Setelah melalui beberapa pengalaman, akhirnya banyak gerakan Islam mula menilai semula. Dalam kalangan mereka mula memperkatakan tentang ijtihad-ijtihad baru mengenai politik. Mereka juga mula membahaskan betapa perlunya memahami teks dalam kerangka konteks.

Mula sedar betapa politik terdedah kepada perubahan. Islam hanya menetapkan dasar-dasar umum. Derita Dunia Muslim bukan kerana soal tiada hudud ataupun pemimpin tidak berserban, tetapi derita Dunia Muslim disebabkan 'bad governance', rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan lain-lain penyakit yang men’jahanam’kan negara.

Memalukan Dunia Muslim dibandingkan Barat yang sering mereka kutuk. Jika dilihat di sudut Islam agama yang mempentingkan kebersihan dan peraturan pun, malang sekali negara-negara umat Islam kebanyakan kotor, pengurusan yang buruk dan segala kemunduran hidup.

Sedangkan Barat yang meninggalkan agama itu jauh lebih bersih, kemas pengurusan mereka dan maju. Islam tidak salah, tetapi umatnya bersalah kerana meninggalkan ajaran Islam dalam hal-hal berkenaan.

Datang gerakan Islam pulak memberikan fokus yang tidak menggambarkan sifat Islam yang memberikan 'service' kepada kemaslahatan manusia. Maka, perubahan ataupun tajdid dalam gerakan Islam itu amat diperlukan.

Rakyat muslim mula muak dengan pemerintah-pemerintah mereka yang ada. Rasuah, salah guna kuasa, memerah harta negara dan kezaliman menghiasi politik Dunia Muslim. Rakyat membenci pemerintah mereka sekian lama.

Era teknologi telah membuka peluang besar untuk kebangkitan yang lebih berkesan. Kombinasi antara teknologi dan hasrat perubahan politik menampakkan hasilnya. ‘Arab Spring’ menjadi bukti bahawa era baru mampu melakar politik gaya baru.

Siapakah yang akan menjadi harapan rakyat?

Gerakan Islam yang terlibat dengan politik cuba tampil ke hadapan sebagai satu alternatif baru. Persoalannya, apakah yang rakyat mahukan? Apakah mereka mahu keluar dari cengkaman golongan 'secularist' kepada cengkaman golongan mullah (clerics)?

Apakah mereka mahu kerakusan kuasa atas nama dunia ditukar kerakusan kuasa atas nama Tuhan dan agama? Sudah tentu tidak! Mereka mahukan hak, keadilan dan kenikmatan hidup sebagai insan yang bermaruah dan merdeka. Mereka sudah rimas dengan cengkaman penguasa. Islam yang rahmat diharapkan dapat menawarkan khidmat yang mereka idamkan. Mereka ingin melihat orang yang miskin dan melarat diberikan makan.

Bandar yang kotor menjadi bersih. Pengurusan yang buruk menjadi terurus. Rakyat diberikan ilmu dan pendidikan. Harta negara dibahagi secara adil dan kerajaan diurus dengan penuh amanah.

Mereka bukan bermimpi untuk melihat tangan rakyat dipotong, ataupun wanita direjam dengan batu, ataupun wanita dipukul kerana tidak bertudung dan seterusnya. Itu bukan mimpi mereka. Itu juga bukan mimpi Islam yang penuh rahmat ini. Mereka mengharapkan gerakan Islam menghilangkan sengsara mereka, bukan sekadar untuk menghukum mereka.

Mendapat Tempat

Atas kesedaran tentang hakikat politik Islami dan memahami tabiat baru dunia kini, banyak gerakan Islam mula membuat pendekatan baru. Slogan-slogan yang menakutkan telah cuba ditinggalkan.

Pendekatan ‘haram’, haram, haram mula ditukarkan dengan mencari dan memberi alternative halal yang lebih baik kepada rakyat.

Slogan-slogan Islam yang lebih memberikan harapan mula dilaungkan. Mereka mula memberikan khidmat kepada rakyat. Menambat hati mereka dengan janji yang selaras dengan cita dan cinta rakyat. Al-Ikhwan al-Muslimin juga mencari pendekatan baru di Mesir.

Demikian al-Nahdah di Tunisia. Turki dilihat mengepalai hal ini. Walaupun kerajaan Turki berasaskan secularism, tapi tokoh-tokoh Islam Turki tidak menjerit perlembagaan kufur atau ingin menghapuskan perlembagaan, sebaliknya bekerja dalam kerangka yang ada.

Ini sama dengan apa yang dibuat oleh Ashamah, Najashi di Habshah yang mengepalai negaranya yang Kristian. Dia menganut Islam secara senyap dan berhubungan dengan Nabi s.a.w melalui utusan dan surat menyurat. Nabi s.a.w tidak pernah menyuruhnya meletakkan jawatan, sebaliknya dia bekerja dalam kerangka yang ada dan termampu.

Maka, pemikiran tajdid dalam memahami realiti baru amat diperlukan oleh Pas.

Usahanya itu adalah bagi membolehkan Pas terus relevan dan mencapai maqasid politik yang dikehendaki oleh syarak. Usaha seperti ini amatlah penting, walaupun biasanya ia akan dikritik oleh penganut dogma lama. Pas itu sendiri hari ini hakikatnya telah cuba berubah dalam menangani persekitaran yang ada. Apakah Pas akan berjaya menawar khidmat islami yang relevan dengan kemanusiaan hari ini?

* Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, pensyarah USM dan bekas Mufti Perlis

Thursday, November 22, 2012

INI Kali Ler BN







Sekarang 9.15 malam, CTS berada di Seksyen 24, Shah Alam mendengar Jelajah Merdeka Rakyat. Kehadiran lebih kurang 1 juta, termasuk orang bunian dan makhluk halus. Pada ketika ini, Menteri Besar Selangor, TS Khalid Ibrahim sedang berucap. Cerita AES, Tun Dr Mahathir tunduk kepada George Soros, UMNO menindas Palestin dan beberapa pembohongan lain. Kalau dengan kehadiran jutaan orang masyarakat Shah Alam hadir mendengar Menteri Besar dan Ketua Umum PGayR, hehehe ini kalilah!

Jawatan PM: Hadi lebih layak berbanding Anwar: Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjadi perdana menteri berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh menjadi perdana menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar, sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah," katanya.

Dr Mahathir, yang sebelum itu berucap pada Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Menjadi Mangsa Peperangan di sini, mengulas mengenai pendirikan perwakilan pada Muktamar Pas ke-58 baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi menjadi perdana menteri jika pakatan pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.- Bernama

Wednesday, November 21, 2012

PRU-13: Austarlia tolak rayuan Anwar

MELBOURNE - Menteri Luar Australia Senator Bob Carr berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.

Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.

"Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.

"Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia," katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.

Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.

Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata beliau bimbang, pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.

Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.

Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia, Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia. - Bernama

Isu Perdana Menteri Pakatan: Pas sanggup perlekeh Dewan Ulamanya sendiri

PAS sanggup memperlekeh cadangan Dewan Ulamanya sendiri berhubung siapa yang lebih layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Dewan Ulama Pas mengemukakan semasa Muktamar Pas ke-58 di Kota Bahru Kelantan, bahawa Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang lebih layak dilantik sebagai Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim pilihan parti DAP dan PKR.

Pendapat Dewan Ulama Pas itu juga mendapat sokongan daripada Dewan muslimat Pas.

Mustapha Ali (Setiausaha Agung Pas), memperlekeh pendapat Dewan ulama partinya sendiri, dengan mengatakan bahawa pendapat berhubung jawatan Perdana Menteri, bukan merupakan usul pada Muktamar itu.

Mustapha Ali, terpaksa akur dengan pendirian DAP, kerana baik Lim Kit Siang mahupun anaknya Lim Guan Eng bertegas, bahawa Anwar perlu dilantik sebagai Perdana Menteri.

Mengulas pertikaman lidah antara DAP dan Pas berhubung jawtan Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memberi cadangan kepada PR, agak melantik Karpal Singh sebagai Perdana Menteri, kerana  Pengerusi DAP itu merupakan terkanan dalam dunia politik tanah air berbanding Anwar atau Hadi.

Tuesday, November 20, 2012

Anwar PM: Disebalik keinginan DAP

Tun Dr Mahathir mendedahkan, kenapa DAP mahu Anwar Jadi Perdana Menteri. Pertama DAP mahu sokongan kaum melayu, kerana ada jaminan bahawa Perdana Menteri adalah melayu. Kedua, Anwar dengan senang menjadi kuda tunggangan, kerana masalah moral Anwar banyak sangat diketahui DAP. Jika Datuk Haji Hadi, agak sukar DAP menyokongnya, kerana takutkan label islam terhadap Presiden Pas itu.

PAS telah buktikan, semasa pemerintahan sekejap di Perak, MB yang bukan berlatar agama, mudah sahaja ditunggangi. Contohnya, pemberian tempoh tol tanah, daripada 99 tahun ditukar kepada 999 tahun.

Ternampak sangat, bagaimana PR mabuk kuasa, belum pun menang, sudah berebut jawatan. Bayangkan kalau sudah menang, kejadian akan lebih dahsyat lagi.



Gaza: BN dan PR seirama kutuk Isreal

Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) menyatakan sokongan ke atas usul yang dibentangkan berkaitan serangan Israel, tetapi menggesa kerajaan mengambil tindakan lebih tegas bagi melindungi kepentingan rakyat Palestin di Gaza.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan negara-negara lain wajar mengambil langkah melawat dan menghadirkan diri di Gaza dan kawasan berdekatan untuk menegaskan inisiatif-inisiatif diambil.

Menurutnya, kerajaan juga perlu memperluaskan skop bukan hanya mengecam Israel, tetapi memberi tekanan ke atas Amerika Syarikat kerana negara itu memberi bantuan dan sokongan kepada Israel secara berterusan.

"Itu (Gaza) hanya cebisan daripada kekejaman Israel, memang Israel itu pengganas, saya sokong tapi kerajaan perlu ambil langkah lain.

"Saya gesa kerajaan bukan hanya kecam Israel tapi bagi tekanan," kata beliau yang juga Ketua Umum PKR ketika membahaskan usul dibentangkan di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata, DAP menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan oleh Parlimen.

Beliau yang juga Penasihat DAP turut melahirkan rasa kecewa terhadap serangan Israel ke atas Gaza dan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang menyokong Israel.

"Saya wakil dari DAP dan PR menyokong sepenuhnya usul yang dibentangkan.

"Saya dukacita atas serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh Zionis Israel itu dan saya kecewa dengan Obama," katanya.

Selain itu, Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menyatakan sokongan kepada usul tersebut tetapi mengemukakan beberapa cadangan untuk memberi tekanana kepada Israel.

Hadi yang juga Presiden Pas berkata, pemulauan ekonomi ke atas Israel perlu dibuat termasuk media yang digesa supaya tidak membela rejim Zionis.
Hadi juga berkata, jika perlu, pasukan ketenteraan juga boleh dihantar untuk memberi bantuan dalam perkara itu, selain mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin yang zalim.

Tambahnya, "kita boleh ambil tindakan menyenarai pemimpin zalim dan dimasukkan ke dalam jenayah perang antarabangsa dan membiarkan masyarakat antarabangsa menghukumnya."

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar turut menyokong kesemua 10 ketetapan dalam usul yang dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Monday, November 19, 2012

Serangan 11/9- Arab tiada kemampuan seumpama itu: Tun Dr Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa golongan Arab, secara semulajadinya, tidak mampu melaksanakan serangan terperinci 11 September 2011 yang didakwa dilakukan pengganas Arab.

Mahathir bagaimanapun berkata, "perancangan terperinci, latihan jitu dan pelaksanaan" yang diperlukan untuk serangan itu adalah sesuatu yang mampu dilakukan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat, Institut Perisikan dan Operasi Khas Israel (Mossad).

Katanya, golongan Arab mungkin hulubalang hebat di masa silam namun kemudiannya hilang pengaruh apabila tewas ke tangan kuasa Barat.

Orang Arab sangat tidak cekap malah tidak mampu menang walau satu peperangan sekalipun, walau jumlah tentera mereka melebihi tentera Israel.

Tambahnya, orang Arab tidak mampu merancang atau merangka strategi dan pelaksanaannya juga teruk.

Orang Arab juga tidak berdisiplin dan tidak mampu merahsiakan rancangan mereka, katanya lagi dalam ucaptama di persidangan Yayasan Keamanan Perdana Global untuk membongkar isu serangan 11 September di Kuala Lumpur hari ini.

Bas Mewah PKR: Khalid beli sendiri- Banyaknya duit MB Selangor

BAS Mewah yang digunakan PKR untuk berkempen, diakui oleh Menteri Besar Selangor-Tan Sri Khalid Ibrahim, bahawa bas itu adalah milik pribadinya.

Bas yang berharga RM650 ribu itu, diakui Khalid dibelinya melalui sistem sewa beli dengan angsuran RM10,833 sebulan.

Moralnya: MB ini banyak duit , sehingga sanggup membeli Bas demi kegunaan parti.

Jawatan PM: Pas mahu Hadi-Lim Kit Siang Mahu Anwar

JIKA Pakatan Rakyat mampu menawan Putrajaya, belum tentu Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri. Sanggahan supaya Anwar tidak dilantik pada jawatan itu, datang daripada PAS, kerana menurut Pas, tiada yang lebih layak dilantik sebagai PM ke-7 melainkan Presiden Parti itu- Datuk Seri Hadi Awang.

Bantahan daripada parti Pas, agar supaya Anwar tidak dilantik ke jawatan Perdana Menteri, selain tamparan hebat kepada Anwar juga kepada Lim Kit Siang yang mengumumkan bahawa Anwarlah Perdana Menteri ke-7, jika Pakatan Rakyat mampu merampas Putrajaya.

Anwar yang dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, sepatutnya telah menjadi Perdana Menteri selepas sukan komonwel pada tahun itu, sepertimana pengumuman Perdana Menteri masa itu, Tun Dr Mahathir. Namun, akibat terbongkarnya salah laku moral Anwar yang mengakibatkan beliau dipecat, maka sehingga kini Anwar mengidam jawatan itu.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berlambang sebiji mata ditubuhkan atas rasa dendam kumpulan Anwar, kerana beliau gagal dilantik sebagai Perdana Menteri. Penubuhan PKR semata-mata untuk merealisasikan cita-cita Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, berasaskan senario terkini, nampaknya idaman Anwar menjadi Perdana Menteri akan terbantut lagi. Kekangan yang Anwar hadapi, selain Pakatan Rakyat tidak akan mampu mendapat jumlah kerusi yang memungkinkan pakatan tiga parti itu menubuhkan kerajaan pusat, juga kekangan daripada parti dalam Pakatan Rakyat, yakni Pas.

Walaupun pada PRU-12, seolah-olah Pakatan Rakyat akan menjadi parti alternatif kepada BN, kerana Pakatan tiga parti itu mampu mendapat 82 kerusi parlimen, namun kecenderungan pengundi, telah berubah.  Bukti nyata kecenderungan pengundi itu, apabila pada lapan PRK terakhir selepas PRU-12, semua PRK itu dimenangi BN, walaupun pada lapan PRK sebelumnya semuanya dimenangi Pakatan Rakyat.

Tsunami politik yang melanda BN pada PRU-12 di Semenanjung yang cuba dimanafaatkan oleh Pakatan Rakyat, ternyata telah cair berasaskan keputusan lapan PRK terakhir.

Usaha Pakatan Rakyat untuk mengwujudkan persepsi bahawa BN kini lemah dan underdog, kerana lewatnya pembubaran dewan rakyat, akan memakan diri sendiri. BN dengan teratur mengatur dan menyusun gerak kerja di semua peringkat. BN tidak sibuk dengan ceramah yang bercorak retorik sepertimana yang dilakukan Pakatan Rakyat, sebaliknya semua jajaran BN mendampingi rakyat dengan usaha yang nyata dan pasti.

Para pemimpin BN di semua peringkat sejak awal-awal lagi telah turun padang, selain menyelesaikan masalah-masalah rakyat, akan tetepi juga agar mereka senantiasa dekat dengan rakyat. Pemimpin BN lebih mendepani dalam mengetahui permasalahan rakyat, berbanding Pakatan Rakyat, kerana, sejak merdeka lagi, BN telah terlibat merancang bagaimana membangun rakyat dan negara.

BN tidak perlu berebut siapa Perdana Menteri, kerana melalui sistem BN, telah jelas siapa akan menjadi Perdana Menteri. Berlainan dengan Pakatan Rakyat, mereka sibuk berebut, siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri.

Sunday, November 18, 2012

Hadi meminta agar Tuhan memenangkan islam

Kalaulah takrifan Hadi, bahawa sesiapa yang mengucap kalimah syahadah itu islam, maka ahli-ahli dan penyokong Umno 99 peratus beragama islam. Demikian juga Pas, ahli-ahlinya dan penyokongnya hampir 99 peratus islam. 

Kalaulah yang dimaksudkan Hadi itu kemenangan islam, maka di negara ini sejak merdeka lagi kemenangan senantiasa berpihak kepada islam. 

Kita mengetahui, Perdana Menteri Malaysia daripada yang pertama hinggalah yang ke enam adalah orang islam dan kebetulan daripada Umno. 

Rupanya doa dan permintaan Hadi itu selama ini termakbul, kerana belum pernah bukan islam menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Kerana Hadi meminta Tuhan agar mememangkan sekali lagi umat islam, maka pada PRU-13 akan datang, sekali lagi Umno akan menang, kerana parti itu mewakili kaum melayu yang semuanya beragama islam.

Tuhan mengerti, bahawa Pas berasal daripada Umno, atas sebab itu, Pas tidak pernah menang di peringkat nasional, namun Tuhan itu, sangat adil, memberikan kemenangan kepada umat islam di Kelantan dan Kedah.

Sebenarnya kemenangan Pas di Terengganu pada tahun 1999 adalah ujian kepada parti itu terutama Presidennya sendiri Datuk Hadi Awang. Namun, mereka tidak mengambil iktibar kepada kemenangan itu, atas sebab itu Pas kalah pada tahun 2004.

Pada kali ini, kerana Tuhan melihat bahawa Pas sudah menjadi tamak dan bercita-cita pula mahu merampas Putrajaya dengan bantuan DAP dan PKR, maka sekali lagi, Pas akan kehilangan Kedah dan tidak akan dapat mengulangi kejayaan tahun 2008.

Selain itu, Tuhan juga tahu, bahawa Pas kini telah berubah matalamat perjuangannya, sehingga sanggup mendoakan sesama agamanya hancur binasa.

Tuhan tahu, walaupun Umno bertentangan dengan Pas pada sebarang pilihanraya, namun ahli-ahli umno dan penyokongnya, tidak pernah mendoakan agar Pas hancur lebur.

Umno berhadapan dengan Pas melalui pilihanraya secara gentleman melalui demokrasi. Oleh kerana pendekatan dan perjuangan umno lebih dekat dengan rakyat, atas sebab itu, Umno senantiasa menang.

Yakinlah semakin meluap-luapnya keinginan Pas untuk merampas Putrajaya, maka semakin jauhlah parti itu dengan Putrajaya. Putrajaya nampak dekat, tapi jauh, sungguh jauh.

Majlis Syura Pas mahu tutup mulut pemimpin yang kritik parti

KOTA BARU: Majlis Syura Ulama PAS memandang berat kenyataan pimpinan parti itu yang secara terbuka mendakwa parti itu tersasar daripada perjuangan sebenar untuk menegakkan Islam.

Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din berkata badan tertinggi parti itu tegas untuk 'menutup mulut' pemimpin berkenaan daripada terus mengeritik parti.

Parti Pas beranggapan sebarangan kritikan terhadap parti, adalah ditunjangi Umno/Bn. Sesiapa sahaja pemimpin parti yang mengeluarkan pendapat yang berbeza dengan hala haluan parti, pasti didalangi Umno/Bn.

"Atas kesedaran itulah Syura Ulama bersidang bagi memikirkan cara terbaik untuk diamkan org ini daripada bercakap," katanya pada sisi penggulungan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar PAS ke-58 di sini, Sabtu.

Tanpa mendedahkan nama individu tertentu, Haron sebaliknya hanya melabelkan pemimpin berkenaan sebagai 'bukan calang-calang pemimpin'.

"Ada bekas ahli, ahli yang dipecat atau ahli dan pemimpin dari dalam PAS sendiri yang keluarkan komen tidak sedap didengar hingga menimbulkan kebimbangan.

"Kita memerhati perkara ini dengan penuh teliti, tetapi isu ini (PAS tersasar landasan) tetap dimainkan dan suara itu mengatakan bahawa PAS kena semak kembali (kerjasama politik). Orang itu bukanlah calang-calang," katanya.

Baru-baru ini bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mencetuskan kontroversi apabila mengeluarkan kenyataan yang mendakwa PAS sudah lari daripada matlamat asal perjuangannya.

Malah Nasharuddin yang juga ahli Majlis Syura Ulama turut menggesa agar PAS mengkaji semula kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang.

Sehubungan itu menurut Haron, Majlis Syura Ulama menegaskan bahawa PAS masih lagi parti yang sama sejak ia ditubuhkan dan menepis dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menuduh parti Islam itu tergelincir daripada perjuangan memartabatkan Islam mereka.

Menerusi mesyuarat badan itu pada Jumaat malam, Majlis Syura Ulama menegaskan secara sebulat suara bahawa perjuangan PAS dan arah tuju parti itu masih sama, walaupun berlaku perubahan arah perjuangan daripada negara islam kepada negara berkebajikan.

Demi menepis kenyataan beberapa pemimpin parti itu termasuk mantan Timbalan Presidennya Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Mantan Pesurujaya Pas Selangor- Datuk Dr Hassan Ali, Haron Din terpaksa mengunapakai bahasa politik, kononnya PAS masih utuh dan masih tetap atas perjuangan asalnya.

Saturday, November 17, 2012

Wanita baru lepas idah-Mat Bagla juga jadi pilihan

LEDANG - Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.

Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga baru sahaja menamatkan tempoh idah selepas diceraikan buat kali ketiga oleh suaminya.

“Saya hanya menumpang bermalam di sini kerana tidak ada tempat tinggal selepas dihalau keluarga. Saya buntu dan tidak tahu mahu minta pertolongan dengan siapa sementara menunggu hari esok untuk mencari pekerjaan lain,” katanya.

Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan operator kilang, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika bekerja di kilang sama.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, bertindak atas aduan awam, sepasukan anggota diketuai Pegawai Penguatkuasa, Mohd Zainal Kadiran dan dibantu beberapa anggota polis memeriksa rumah berkenaan.

Menurutnya, anggota penguat kuasa menunggu selama lima minit sebelum pintu rumah dibuka seorang lelaki yang juga rakan kepada lelaki terbabit.

“Pemeriksaan lanjut dalam sebuah bilik menemui pasangan terbabit yang sedang baring di atas katil dalam keadaan mencurigakan. Bagaimanapun, lelaki terbabit menangis kerana ketakutan sebaik sahaja penguat kuasa menyoal siasatnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen yang membuktikan mereka mempunyai hubungan mahram atau berstatus suami isteri.

“Mereka dibawa ke balai polis di sini, untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama bagi siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, pasangan terbabit ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tun Dr Mahathir mahu Pas perjelas Hudud mengikut tafsiran parti itu

KOTA KINABALU - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Pas perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud. 

Beliau berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam. 

Dr Mahathir berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama. 

"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan pada  orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam. 

"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam," katanya. 

"Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri. 

"Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Dr Mahathir mengulas kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merestui orang Melayu menyertai DAP memandangkan sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menyatakan tentangannya terhadap pelaksanaan hukum Hudud. 

Terdahulu, Mahathir menyampaikan ucaptama pada kongres tahunan ke-22 Persatuan Pakar Bedah Torasik dan Kardiovaskular Asia (ATCSA) di sini. 

Kongres itu dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. - Bernama

Mengapa Hadi hindar Hudud dalam ucapannya?

Mengapa Presiden Pas- Datuk Hadi Awang tidak menyentuh undang-undang Hudud dalam ucapannya pada Muktamar Pas ke-58? 

Mungkin penyebab utama, menagapa Presiden Pas itu tidak membangkit isu Hudud, kerana DAP sekutunya menentang pelaksanaan hudud. 

Benarlah, Pas mengikut telunjuk DAP, kerana perkara dasarpun, boleh Pas kompromi.

Ucapan Hadi yang memakan masa hampir 2 jam, tidak membangkitkan isu hudud, sebaliknya ucapan Presiden Pas itu, memberi harapan kepada perwakilan, bahawa pakatan antara Pas-DAP-PKR akan ke Putrajaya, sebaik keputusan PRU-13 diketahui.

Pada PRU-12 lalu, Pas menyumbang 24 kerusi Parlimen daripada 82 kerusi yang dimenangi pembangkang. Jumlah kerusi Pas adalah yang tersedikit, yang didahului PKR dengan jumlah 31 dan DAP 27.

Untuk menawan Putrajaya, sekurang-kurangnya diperlukan 112 kerusi parlimen bagi menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

KP Kesihatan dan Pasangannya diarah bercuti: KSN

KSN-Dato Ali Hamsa
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia- Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan diarah bercuti sementara menunggu tindakan tatatertib yang bakal diambil oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan menggunapakai Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib) 1993.

Dr Hassan dan pasangannya ditangkap oleh JAWI pada pukul 2.18 Pagi pada Rabu di Hotel Fullman Putrajaya. Mereka dihadapkan di mahkamah pada hari yang sama dan telah mengaku salah. Dr Hassan didenda RM3,000 sementara pasangannya yang juga berstatus isteri orang yang sah didenda RM2,900. Masing-masing telah membayar denda.

Dr Hassan yang berasal daripada Sabah berumur 56 tahun dan seorang duda.

Jawatan Perdana Menteri: Hadi jauh lebih layak berbanding Anwar-Muktamar Pas

MUKTAMAR Pas di Kota Baharu Kelantan mengakuai bahawa Presiden Pas Datuk Haji Hadi Awang jauh lebih layak menjadi Perdana Menteri berbanding Anwar Ibrahim, jika Pakatan mampu menang pada Pilihanraya dan membentuk kerajaan Pusat.

Perwakilan Pas pada Muktamar itu mengakui, bahawa parti itu berkempen untuk Presiden mereka, bakal dilantik sebagai Perdana Menteri berbanding pemimpin Pakatan Rakyat yang lain termasuk Anwar.

Di lain pihak, DAP mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri, samalah dengan PKR, namun jika Pas mempunyai kerusi lebih banyak berbanding PKR atau DAP, parti itu tetap inginkan Hadi sebagai Perdana Menteri.

Hadi menurut perwakilan Pas jauh lebih bersih daripada segi moral berbanding Anwar. Pas tidak akan sanggup berperdana Menteri kepada seseorang yang diragukan kredibilitinya daripada segi moral.

Berasaskan kepada pengakuan perwakilan Pas itu, maka diramalkan agar sukar untuk Anwar mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri, kerana kalau dipaksakan juga, kemungkinan besar Pas akan memilih haluannya sendiri.

Anwar dikatakan mempunyai fahaman yang bercanggah dengan anutan agama islam, apabila beliau menyokong kesamarataan beragama termasuk menyokong LGBT (lesbian-gay-biseksual dan Transeksual).

Kenyataan anak Anwar- Nurul Izzah pada 3 November lalu, yang mempersoalkan kekangan memilih agama bagi kaum melayu, mengiakan pahaman Anwar itu.

Friday, November 16, 2012

PRU-13: Apa pilihan kaum melayu?

APA pilihan kaum melayu? Kalau dilihat daripada segi parti.. sudah tentu UMNO pilihan melayu, kerana parti itu membawa nama melayu. 

Seperkara lagi, mengapa Umno perlu menjadi pilihan melayu, kerana parti itu satu-satunya parti yang mempunyai keahlian berjuta-juta, dan semuanya melayu, kecuali sedikit daripada KDM dan kaum siam.

Kaum melayu perlu memilih Umno, kerana Umnolah negara mencapai kemerdekaan. Umnolah yang menentang malayan union. Umnolah yang mempertahankan raja-raja melayu.

Sejak merdeka, Umnolah yang menjadi tunjang kepada kerajaan. Kerana kempimpinan Umnolah, suatu ketika negara ini, hanya terkenal sebagai negara pertanian, namun kini diiktiraf sebagai negara membangun di mana punca pendapatan negara bukan lagi daripada pertanian akan tetapi telah beralih kepada industri.

Melihat kepada senario di atas sebenarnya jika kaum melayu semua memilih Umno, maka tiada kuasa gahib yang menghalang pemerintahan yang ditunjangi melayu. Namun, akibat perpecahan kaum melayu itu sendiri, maka kini, kekuasaan kaum melayu terancam. 

Memang benar, dibalik-balikpun, kaum melayu akan terus berkuasa; namun kekuasaan melayu itu tidak mutlak lagi. Kini, kaum melayu sangat tergantung kepada bukan melayu untuk mendapatkan kuasa. Tanpa sokongan kaum lain, kaum melayu akan hilang kuasa.

Kenapa kah kaum melayu tidak sedar-sedar? sedangkan kemerdekaan negara sudah melepasi setengah abad.. Kenapa kah kaum melayu, semakin lama mengecapi kemerdekaan, maka jurang kesetiakawanan semakin renggang!!!. Kenapa??? Hanya Najib, Anwar, Hadi yang boleh menjawab....

Kes KP Kesihatan-Khalwat dengan isteri orang: SPA masih tunggu laporan

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) belum menerima laporan daripada jawatankuasa tatatertib Kementerian Kesihatan berhubung kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, bentuk tindakan yang akan dikenakan SPA ke atas Dr Hasan bergantung kepada laporan yang dikemuka kementerian dan jabatan berkaitan.

"Sehingga waktu ini, kami belum menerima apa-apa dari kementerian itu. Setiap Isnin kita akan adakan mesyuarat SPA dan Isnin depan (19 November di Sabah) akan ada satu mesyuarat. Jadi apa bentuk tindakan itu kita akan buat dalam mesyuarat," katanya pada sidang akhbar sebelum menandatangani memorandum persefahaman antara SPA dan agensi pekerjaan Kayell Sdn Bhd, di sini hari ini.

Kelmarin, Dr Hasan, 56 dan pasangannya Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36 yang masih berstatus isteri orang, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Muktamar PAS- dipenuhi gimik politik

Muktamar Pas, enggan membahas kenyataan Nurul Izzah. Malah Dewan Ulama parti itu menganggap, kenyataan Naib Presiden PKR itu, hanya perkara kecil. 

Sayang, kenyataan yang begitu jelas daripada Nurul Izzah, bahawa kebebasan agama perlu juga untuk kaum melayu, yang sememangnya beragama islam. Bagaimana Pas boleh menganggap, bahawa kaum melayu yang islam boleh diberi kebebasan memilih agama.

Namun yang menghiarankan, Ucapan Perasmian Presiden Parti itu bagi Dewan Muslimat, menuduh Umno mengamalkan kurafat. Satu tuduhan yang diada-adakan, sedangkan kenyataan Nurul Izzah sungguh memberi cabaran kepada agama islam sendiri.

Mufti Perak Datuk Harussani malah menganggap, kenyataan Nurul Izzah itu tergolong dalam dosa-dosa besar, atas sebab itu, mufti itu meminta Nurul bertaubat kepada Allah Subhanawata.

Mukatamar Pas kali ini, telah memperjelas kedudukan Parti yang mengatasnamakan islam itu, sebenarnya hanya parti biasa. 

Kecenderungan parti itu merebut tampuk pemerintahan dalam negara terserlah melalui muktamar kali ini. Bermula pada muktamar kali ini, rakyat yang menyokong parti itu, perlu memahami, bahawa Pas bukan lagi parti yang berlandaskan islam, sebaliknya sama dengan parti-parti yang terdaftar dalam negara.

Jika sebelum ini Pas menuduh Umno sebagai parti kafir, kini jolokan itu boleh juga dijenamakan kepada Pas. 

Pada PRU-13 akan datang, rakyat yang boleh mengundi, perlu faham dan megerti, bahawa parti mana yang mampu mentadbir negara dengan baik adalah parti yang perlu didokong, bukan parti yang penuh retorik dan senantiasa berubah-ubah prinsipnya.

Bayangkan Pas sanggup mengubah prinsip perjuangannya semata-mata untuk berganding bahu dengan DAP dan PKR bagi memenuhi cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

Tidak menghairankan, jika Pas dan sekutunya DAP dan PKR diberi mandat berkuasa di peringkat persekutuan, tidak mustahil pakatan itu akan melaksanakan kenyataan Nurul Izzah, bahawa dalam negara ini akan berlaku kebebasan beragama untuk semua kaum termasuk kaum melayu. 

Thursday, November 15, 2012

DG Kementerian Kesihatan Malaysia: Cinta tak kenal isteri orang kah atau bukan

AKIBAT cinta, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia- Datuk Seri Dr Hassan Abdul Rahman sanggup merampas wanita yang masih berstatus isteri orang.

Kebetulan isteri orang itu, adalah kakitangan Kementerian Kesihatan sendiri.

DR Hassan didapati berkhalwat di sebuah bilik hotel Pullman Putrajaya kira-kira 2.18 pagi Rabu. Beliau dengan pasangannya dihadapkan ke mahkamah Tinggi Syariah pada Khamis dan kedua-duanya mengaku salah. Dr hassan didenda RM3,000 manakala pasangannya didenda RM2,900.

Moral kepada perbuatan ini, Cinta mengatasi batas-batas agama dan peradaban. Cinta tidak mengira sesiapa, cinta boleh menjerumuskan seseorang tidak kira siapa, kedudukan atau status seseorang itu.

Apa kah perbuatan Ketua Pengarah ini mempengaruhi kedudukan dalam Kementerian? kalau dilihat daripada peradaban dan budaya apa lagi kalau dinilai daripada segi agama, Dr Hassan perlu diambil tindakan salah laku oleh pihak kementerian.

Adalah lebih terhormat bagi beliau, sebelum tindakan diambil, adalah lebih baik beliau meletakan jawatan, demi memelihara imej kementerian dan Kerajaan.

Wednesday, November 14, 2012

Isteri orang berkhalwat dengan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman hari ini didenda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan khalwat.

Jika Dr Hasan, 56, gagal membayar denda itu, beliau boleh dipenjara selama tiga bulan.

Beliau didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai kementerian sama, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini kira-kira 2.18 pagi hari ini.

Wan Syarifah Nooraazmanita turut mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut dan dikenakan denda RM2,900 atau penjara 30 hari jika gagal membayar denda itu.

Mereka membayar denda itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain mengenakan hukuman denda itu setelah mengambil kira bahawa ia merupakan kesalahan pertama bagi kedua-dua mereka dan mereka telah mengaku insaf terhadap kesalahan tersebut serta mempunyai niat melangsungkan perkahwinan selepas ini.

Dr Hasan didakwa mengikut Seksyen 27(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 manakala Wan Syarifah Nooraazmanita didakwa mengikut Seksyen 27 (b) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dari dua tahun jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan oleh pendakwa syarie Che Saupi Che Husin dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), sepasukan anggota penguatkuasa dari JAWI bertindak memeriksa bilik tersebut selepas menerima maklumat awam.

Pasukan itu kemudiannya mengetuk pintu bilik itu dan lebih kurang lima minit ia dibuka oleh Dr Hasan yang berbaju kemeja berwarna biru dan berseluar coklat.

Selepas dibenarkan masuk oleh Dr Hasan, pemeriksaan mereka mendapati Wan Syarifah Nooraazmanita yang memakai baju dan berseluar hitam sedang duduk di kerusi berhampiran katil.

Hasil siasatan lanjut mendapati Dr Hasan merupakan seorang duda dan Wan Syarifah Nooraazmanita masih lagi isteri yang sah kepada pasangannya.

Wan Syarifah Nooraazmanita, bagaimanapun memberitahu mahkamah bahawa beliau dalam proses perceraian dengan suaminya.

Ketika merayu hukuman ringan, Dr Hasan berkata beliau mengaku bersalah dan bertanggungjawab atas kesalahan itu dan beliau belajar daripada kesilapannya dan insaf. - Bernama

Kenyataan Nurul Izzah- Pemikiran Pemimpin Pas jadi mandul

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Parti yang sungguh gembira dengan kenyataan ini, sudah tentunya DAP, malah Pas tidak membantah kenyataan ini, ertinya Pas juga bersetuju. Malah Salahuddin Ayub-MP Kubang Kerian daripada Pas berkata- kenyataan Nurul itu, merupakan isu terpencil.. masalallah.. apa dah jadi dengan Pas?

Berasaskan kenyataan ini, suatu hari jika PR memerintah, kaum melayu di negara ini yang biasanya beragama islam, pada masa itu, melayu itu tidak semestinya beragama islam lagi.

Kalau PR memerintah- Melayu tidak semestinya beragama islam

Laporan portal berita pro pembangkang pada 3 Nov memetik Nurul Izzah sebagai berkata:

Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

“Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama…bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata,” katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk ‘Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?’ di Subang Jaya pada 3 Nov.

Parti yang sungguh gembira dengan kenyataan ini, sudah tentunya DAP, malah Pas tidak membantah kenyataan ini, ertinya Pas juga bersetuju.

Berasaskan kenyataan ini, suatu hari jika PR memerintah, kaum melayu di negara ini yang biasanya beragama islam, pada masa itu, melayu itu tidak semestinya beragama islam lagi.

Tuesday, November 13, 2012

Kondo Batu Caves batal- Jika BN tawan Selangor-Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan akan membatalkan projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves sekiranya BN berjaya menawan Selangor.

"Kompleks Batu Caves ini mesti kita kekalkan dan kita pertahankan 
daripada berlaku sebarang perkara yang boleh merosakan kedudukannya sebagai satu tempat mulia bagi orang Hindu.

"Saya nak katakan, kerajaan BN akan pertahankan kompleks Batu Caves. Kita beri jaminan bahawa seandainya BN berjaya ambil alih Selangor, projek kondominium 29 tingkat akan dibatalkan.

"Pembangunan di kawasan ini boleh ancam Batu Caves. Pengakuan saya buat ini merupakan satu pengakuan kerajaan BN, sebuah kerajaan janji ditepati," kata Najib.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis rumah terbuka Deepavali di perkarangan kompleks Batu Caves anjuran MIC hari ini. 

Turut hadir pada ialah Presiden MIC Datuk G Palanivel, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim, bekas Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu dan juga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Sebelum ini, terdapat kontroversi bantahan daripada kaum India meminta agar kondominium Park Avenue di kawasan Batu Caves dihentikan. 

Sehubungan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Ibrahim mengumumkan akan menubuhkan  pasukan petugas bebas untuk menyiasat isu kondominium yang berdekatan kuil Subramaniar itu. 

Pada 7 November lalu, Exco Kerajaan Negeri, Ronnie Liu pula berkata kerajaan Selangor mungkin membatalkan kelulusan projek bangunan setinggi 29 tingkat itu bagi mengabaikan bantahan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Selain itu, ketika berucap, Najib turut berkata akan 
mempertimbangkan supaya kompleks batu Caves itu menjadi sebuah tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco). 

Najib berkata, permohonan bagi menjadikan tempat itu sebagai warisan dunia akan dibuat pada tahun 2015 selepas tempoh menganggotai World Heritage Committee (WHC) tamat. 

"Kabinet melalui kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan meminta supaya Batu Caves ini dapat dipertimbangkan sebagai sebuah tapak warisan dunia oleh Unesco. 

"Ada sikit soal teknikal kerana pada masa ini Malaysia masih merupakan anggota World Heritage Committee. Kita tak boleh buat permohonan pada masa ini kerana takut berlaku pertembungan," katanya lagi. 

Najib turut berkata, sempena hari Deepavali hari ini, beliau bersama ahli kabinet lain telah memutuskan untuk memberikan cuti am sempena perayaan itu kepada Wilayah Persekutuan Labuan. 

"Walaupun tak begitu besar kesannya tetapi sebagi simbolik, kabinet telah memutuskan cuti am hari Deepavali dilanjutkan kepada Wilayah Persekutuan Labuan. Walaupun labuan tak ramai orang hindu, tetapi secara simbolik Labuan sebahagian daripada Wilayah Persekutuan dan layak terima hari Deepavali sebagai cuti am," katanya.

Blog Archive