Saturday, September 29, 2012

Lelong Barangan Wan Azizah- Jam Omega mana?

SEPATUTNYA jam omega Anwar yang dikaitkan dengan Datuk T dilelolng semalam, untuk tujuan mendapat Dana Pilihanraya PR.

Jam itu akan bernilai lebih tinggi berbanding Surat Cinta Anwar kepada Wan Azizah. Dimana jam omega itu??

Bajet 2013: BN- Janji Ditepati-Minta Rakyat Jadi Hakim

Datuk Seri Najib Tun Razak mengakhiri ucapan Bajet 2013 dengan menegaskan masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan.

Dalam ucapannya, Najib yang juga Menteri Kewangan dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, masanya hampir tiba apabila rakyat akan membuat pilihan bagi menentukan masa depan mereka dan anak-anak mereka sambil menggesa rakyat memberikan mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada.

Perdana Menteri berkata persoalan yang perlu ditanya semasa membuat keputusan ialah sama ada kehidupan mereka hari ini lebih baik berbanding semalam dan sama ada hari esok menjanjikan harapan yang sarat dengan peluang serta potensi.

"Jika jawapannya ya, maka tanpa ragu-ragu berilah mandat kepada kerajaan yang ada untuk meneruskan dan menambahbaik apa yang ada," katanya ketika membentangkan Bajet 2013 berjumlah RM251.6 bilion di Dewan Rakyat, hari ini.

Najib yang mengumumkan bahawa Bajet 2013 sebagai yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13, berkata ia merupakan antara siri-siri belanjawan yang akan mendorong negara tercinta ke arah pencapaian wawasan nasional.

"Sebagai parti yang telah dimandatkan, kami menyeru rakyat menilai secara kritikal dan rasional akan titipan rekod kejayaan yang dimiliki oleh Barisan Nasional (BN). Kerajaan BN dan sebelum itu perikatan telah selama 55 tahun mencipta kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata, hakikat rakyat telah memberi mandat kepada kerajaan BN sebanyak 12 kali tanpa putus sejak 1959 bermakna sesuatu yang betul telah dilakukan oleh kerajaan sedia ada.

"Kita tahu ada pihak yang menyeru supaya mereka diberi peluang untuk membentuk kerajaan. Secara berlapang dada, dalam sebuah negara yang demokratik, kita faham tidak salah menawarkan diri, kerana mereka juga ada hak, namun pada akhirnya, rakyatlah yang akan menentukan siapa akan mendapat mandat melalui peti undi," kata beliau.

Sambil memetik madah pujangga, bumi mana tak ditimpa hujan, gading mana yang tidak retak, Najib turut mengakui bahawa kerajaan BN tidak bebas daripada kekhilafan tetapi yang membezakan BN dengan pakatan pembangkang ialah mereka tidak mempunyai ketawadu'an untuk mengakui kesilapan sebaliknya mencipta alasan demi alasan dengan penuh gempita menyalahkan orang lain.

Najib berkata, pucuk pangkalnya, pihak yang menawarkan alternatif ini juga perlu dinilai catatan rekod mereka.

"Kerana mereka bukan tidak dikenali rakyat Malaysia. Malah, ada di kalangan mereka pernah diamanahkan sebagai kepimpinan tertinggi yang mengurus khazanah negara. Tidak cukup dengan itu, hari ini di beberapa negeri mereka juga mengepalai kerajaan.

"Kalau hari ini mereka menjanji itu dan ini, rakyat Malaysia harus bertanya, apabila kerajaan berkenaan, ketika masih berjawatan dulu, kenapa tidak melaksanakan apa yang dikokokkan.

"Hakikatnya, jika kita berpeluang, tidak melaksanakan segala yang dijanji, apatah pula jaminan mereka akan melunaskannya jika diberi kuasa sekarang," katanya.

"Bukankah apabila berhadapan dengan krisis kewangan Asia, hampir ranap negara ini dibuatnya?" kata beliau.

Katanya jika kini, di negeri-negeri yang ditadbir mereka, apa yang terkandung dalam manifesto mereka sendiri pun masih tinggal janji, mana mungkin mereka boleh dipercayai dengan amanah dan kuasa.

"Ini berbeza dengan kerajaan BN. Apabila berjanji, ditepati. Bahkan sebelum berjanji pun lagi, kita bersikap bertanggungjawab, dengan menentukan sama ada janji itu boleh ditunaikan atau tidak. Bukannya mengambil sikap asal menang, segala-galanya sanggup dipertaruhkan. Sebaliknya bila menang, janji hilang entah ke mana."

Najib berkata, kerajaan BN juga pada hakikatnya tidak pernah menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala kepada rakyat sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan terhadap segala masalah mereka.

Memetik kata-kata seorang ahli falsafah Yunani "The measure of a man is what he does with power" Najib berkata justeru pada hari ini, untuk berkuasa, ada sesetengah pihak sanggup mengadu domba antara agama dan bangsa, sanggup menggadai segala-galanya hatta prinsip sekalipun demi kerakusan kuasa.

Katanya, kerajaan BN dibimbing prinsip "fastabiqul khairat" seperti yang terkandung dalam ayat al-Quran yang dibacanya di awal ucapannya, iaitu berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Beliau turut membidas sikap pihak tertentu yang mencadangkan supaya keseluruhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan dan menyifatkannya sebagai perbuatan yang amat tidak bertanggungjawab kerana jika dimansuhkan, rakyat Malaysialah yang akan terbeban menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN.

Katanya, pada hakikatnya kerajaan BN adalah perintis kepada perpaduan kaum yang menjadi teras kestabilan nasional tetapi pihak lain yang ingin menjadi kerajaan merintis kekuatan melalui konflik dan kebencian dan kerajaan difitnah serta dituduh semahunya.

"Maka, saya menyeru rakyat Malaysia supaya menghakimi Kerajaan BN dengan amal perbuatan bukannya retorik. Marilah bersama-sama saya dan rakan-rakan untuk kita melepas bebaskan segala potensi yang ada bagi membina sebuah negara yang boleh kita banggakan. Sebuah negara yang mana yang susah dibantu, yang lemah dilindungi, yang berada membantu, yang kuat melindungi, yang muda dikasihi, yang tua dihargai, yang memerlukan dikhidmati dan yang berbakat digilap.

"Sesungguhnya kita mahukan Malaysia yang tersanjung di persada antarabangsa. Malaysia yang makmur dan aman. Malaysia yang menjadi cahaya dan oasis di tengah-tengah ketidaktentuan global. Mudah-mudahan dengan izin-Nya dan sokongan padu rakyat, kita bakal membina sebuah realiti dari impian.

Kepada ALLAH kita berserah," katanya mengakhiri ucapan pembentangan Bajet 2013 itu.

Friday, September 28, 2012

Perogol bersiri berjaya ditangkap

Empat gadis dikenalpasti menjadi mangsa seorang lelaki, dipercayai perogol bersiri, yang ditahan polis kelmarin, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah.
  
Beliau berkata gadis berumur antara 17 dan 22 tahun itu dipercayai terpedaya dengan taktik lelaki itu yang menawarkan pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa lamanweb.
  
"Modus operandi lelaki itu adalah dengan mengiklankan tawaran pekerjaan sebagai jurujual melalui beberapa laman web sebelum memujuk dan memperdaya mereka agar menghadiri 'temu duga' di bilik hotel bajet di ibu negara," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) semalam.

Beliau berkata mangsa akan dihubungi suspek kononnya telah disenarai  pendek untuk menjalani sesi temu duga dan menetapkan temu janji di hotel-hotel sekitar ibukota sebelum meminta mangsa mendaftar masuk atas nama mereka sendiri.
  
Ku menasihat pencari kerja melalui laman web khususnya wanita supaya  lebih berhati-hati agar tidak terpedaya dengan individu yang menawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan.
  
Semalam, polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun, yang diklasifikasikan sebagai perogol bersiri dan amat dikehendaki polis sejak 2010, di sebuah rumah di Seksyen 27, Shah Alam, pada 2 pagi.
  
Suspek kini direman bagi membantu kes membabitkan samun dan rogol mengikut Seksyen 376 dan 392 Kanun Keseksaan, katanya.  Bernama

Wednesday, September 26, 2012

Jet Anwar: Seorang kata sewa-seorang kata pinjam

PELIK bunyinya apabila pembangkang memberi jawapan mengenai JET peribadi yang digunakan Anwar melawat Sabah dan Sarawak pada 15 September lalu.

Kerana merasa seronok, TIAN CHUA twit beliau dan rombongan berlepas daripada Lapangan Terbang Subang menggunakan jet peribadi yang disewa.
Namun menurut Anwar, JET peribadi kepunyaan kawannya dipinjamkan kepada beliau tanpa sebarang bayaran atau komitmen. Semuanya percuma.

Sewa tapi tidak perlu bayar apa-apa. pinjman saja tiada komitmen..  masih adakah FREE LUNCH sekarang, selain majlis terbuka keagamaan?

TIDAK DAPAT DIBAYANGKAN KALAU ANWAR PERDANA MENTERI?..

Ustaz Nasha itu agen UMNO: Lim Guan Eng

SETIAUSAHA Agung DAP-LIM Guan Eng mengulangi-DAP tidak akan menerima undang-undang HUDUD. Guan Eng mengulangi bahawa semua pemimpin kanan parti itu termasuk Lim Kit Siang, Karpal Singh menolak Hudud.

Guan Eng mempersoal pendirian mantan Timbalan Presiden PAS-Nasharuddin Mat Isa yang mendesak agar PAS keluar daripada Pakatan dengan DAP kerana pendirian parti itu yang secara konsisten menolak Hudud.

Menurut Guan Eng, semasa Nasha masih memegang jawatan nombor dua parti PAS, isu  undang-undang Hudud yang ditolak DAP tidak pernah beliau timbulkan, namun selepas bukan lagi menjadi Timbalan Presiden parti rakan DAP-PKR itu dalam Pakatan Rakyat, kini beliau timbulkan pula masalah Hudud.

Pendirian terbaru Nasha itu seolah-olah agen Umno kata Guan Eng.

Sunday, September 23, 2012

Dana SOROS untuk jadikan Anwar PM: Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Akhbar edisi Ahad Utusan Malaysia hari ini menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros.

Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar.

"Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing?

"Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

"Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara.

"Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya.

Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

"Dia derma dia tahulah ada tujuan dia demokrasi kononnya. Nama dana dia pun berkenaan promosi demokrasi dan kebebasan.

"Jadi kita (seolah-olah) tiada kebebasanlah di sini," katanya lagi.

Ditanya sama ada portal berita Malaysiakini juga terlibat dalam "konspirasi tersebut, Mahathir berkata: "Semua ada kaitan". Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan sewaktu satu forum di Kuala Lumpur pagi ini.

Selain Utusan, akhbar utama termasuk Berita Harian dan New Straits Times sebelum ini memaparkan dakwaan bahawa badan National Endowment for Democracy (NED) dan organisasi antarabangsa menyalurkan dana kepada NGO tempatan dan Malaysiakini.

Laporan sama juga disiarkan di berita waktu perdana TV3, yang mendakwa dana asing berkenaan, termasuk daripada Open Society Foundation yang diasaskan Soros, bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan di seluruh dunia dan diganti dengan kerajaan proksi.

Saturday, September 22, 2012

Pembangunan Pulau Pinang bukan kerana Lim Guan Eng: Tunku Abdul Aziz

Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.

"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.

Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.

Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.

Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.

"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.

Mengulas mengenai situasi di Pulau Pinang, beliau berkata, ketika negari itu berkembang dalam tempoh empat tahun lalu, ia dibangunkan kerana mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan bukan kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Sebaliknya, nenek moyang anda yang membina kejayaan ini," katanya.

Menurut beliau, Lim merupakan seorang ahli politik yang 'terjun' ke Pulau Pinang kerana tidak berkemampuan di Melaka.

Friday, September 21, 2012

Teka teki PRU-13 hampir terjawab

PENTUAN Persidangan Agung Umno yang ditetapkan pada 27 November bertepatan dengan hari terakhir sidang dewan rakyat, memperkuat tekaan tarikh PRU-13 akan berlangsung selepas April 2013.

Mandat Dewan Rakyat sekarang secara automatik terbubar pada 28 April 2013. Jika sebelum tarikh itu SPB Agong tidak membubarkan Parlimen, maka SPR perlu mengadakan PRU-13 dalam tempoh 60 hari.

Berasaskan pengumunan Najib berkaitan PAU Umno, maka ramai yang meramalkan bahawa Persidangan  Dewan Rakyat yang membuka tirai Isnin ini dijangka menjadi tumpuan umum, bukan sahaja kerana pembentangan Bajet 2013, tetapi juga bagi membaca tarikh pilihan raya umum ke-13.(Mesyuarat yang bermula Isnin ini merupakan mesyuarat ketiga penggal kelima dan lazimnya Parlimen bersidang sebanyak empat kali pada setiap penggal).
  
Spekulasi bahawa ini mesyuarat terakhir kembali hangat setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berseloroh menyatakan sudah teringin mengumumkan pilihan raya ketika melawat Machang, Kelantan awal bulan ini.

Jika Dewan Rakyat tidak dibubarkan sebelum 28 April 2013, maka secara automatik Parlimen dan semua Dewan undangan Negeri akan terbubar dengan sendirinya kecuali Sarawak.

Jika ini yang belaku, maka tidak timbul lagi pilihanraya berasingan antara Parlimen dan DUN di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Sebenarnya jika cara ini ditempoh Najib, maka ianya merupakan rekod, kerana julung kali berlaku di negara ini selepas berjaya mengadakan PRU selama 12 kali.

Jika benarlah Najib tidak menasehatkan SPB Agong supaya membubarkan Parlimen sebelum tarikh tamat, maka ianya satu cara yang adil, kerana penentuan tarikh pilihanraya ditentukan sepenuhnya oleh badan bebas-yakni SPR.

Dengan cara menunggu Dewan Rakyat terbubar dengan sendirinya , maka pihak  pembangkang  tidak lagi boleh menuding jari kepada Perdana Menteri, berhubung tarikh pilihanraya.

Sebaiknya inilah jalan terbaik..


Foto Bernama yang jadi kontraversi


Pertubuhan Berita Nasional Malaysia(Bernama) telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan satu daripada gambarnya baru-baru ini telah dibega, kata Ketua Pengarangnya Datuk Yong Soo Heong.

"Siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia telah dihantar," katanya hari ini semasa mengulas sekeping gambar Bernama yang dirakamkan di Pekan Sabtu lepas.

Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj, kata Soo Heong.

"Kami melihat perkara ini dengan serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Bernama sentiasa berusaha mengekalkan standard profesionalisme yang tinggi dan memandang serius integriti di tempat kerja," tegasnya. - Bernama

Thursday, September 20, 2012

PRU-13: Jika Pembangkang menang-Negara berdepan risiko: Tun Mahathir

Malaysia akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri berkata, pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan undang-undang Hudud.

"Encik Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.

"Selepas itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul 'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Ibu Negara semalam.

Dr Mahathir, yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-13.

Bagaimanapun, beliau berkata, BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih tumpuan terhadap pelan pembangunan.

Tanpa majoriti yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.

"Kita memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih kerajaan bagi menentukan masa depan kita.

"Jika anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya," katanya.

Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.

"Saya tak boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya. - Bernama

Wednesday, September 19, 2012

PRU-13: BN masih boleh menang: Tun Mahathir

MANTAN Perdana Menteri Tun Dr Mahathir masih berkeyakinan bahawa BN masih boleh menang pada PRU-13, namun jika kemenangan itu, adalah kemenangan yang hanya dengan majoriti mudah; ianya tidak baik untuk negara.

Kerajaan yang membentuk kerajaan dengan majoriti mudah akan senantiasa membuat polisi yang popular, walaupun polisi itu tidak baik untuk perkembangan negara.

Selain itu, kerajaan yang tidak mempunyai kuasa 2/3 dalam dewan rakyat akan senantiasa sibuk mempertahankan kerajaan, tanpa punya masa untuk merancang membangun negara. Selain itu, kerajaan demikian terlalu rentan terhadap keajatuhan, jika berlaku lompat parti beramai-ramai.

Atas sebab itu, rakyat perlu menentukan kerajaan yang benar-benar kuat untuk memerintah negara, agar supaya negara secara umumnya bertambah maju.

Kemajuan sesebuah negara diukur daripada segi GNPnya, dan selain itu, peluang-peluang perniagaan yang senantiasa tersedia, agar rakyat menikmatinya daripada segi peluang kerja.

Walaupun keupayaan pembangkang dikatakan berada pada puncaknya ketika ini atas asas, mereka menguasai dua negeri kaya-Selangor dan Pulau Pinang selain Wilayah Persekutuan, Kedah dan Kelantan, namun parti-parti pembangkang belum mampu menembus kawasan-kawasan tradisi BN, terutama di kawasan luar bandar di Semenanjung dan secara keseluruhan di Sabah dan Sarawak.

Berasaskan kedudukan jumlah kerusi Dewan Rakyat, kerajaan dengan majoriti mudah adalah mampu menang 112 kerusi, manakala kuasa 2/3 adalah 148 kerusi daripada jumlah keseluruhan 222.

Pada PRU-2008, BN hanya mampu menang 139+1 dan kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3.

Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85, manakala PR 80, sementara 1 bebas menerusi Datuk Ibrahim Ali.

Di Sabah dan Sarawak pula kerusi yang tersedia 56 kerusi termasuk WP Labuan. Daripada jumlah kerusi itu BN menang 54 kerusi.

Berasaskan kepada keputusan PRU-2008 itulah Sabah dan Sarawak dianggap sebagai simpanan tetap BN, kerana walaupun tsunami politik melanda BN di Semenanjung, namun Sabah dan Sarawaklah menjadi penyelamat.

Atas asas kedudukan Sabah dan Sarawak itulah, Pembangkang melalui Anwar berusaha dengan berbagai cara untuk menwujudkan persepsi bahawa Sabah dan Sarawak bukan lagi simpanan tetap BN, melalui tindakan membeli para pemimpin BN. Sebenarnya usaha Anwar membeli para pemimpin BN bermula pada tahun 2008 sebelum Hari Malaysia, yang lebih dikenali sebagai Gerakan 16 September.

Atas kemampuan Anwar memikat, maka para pemimpin seperti Datuk Yong Teck Lee berjaya dipujuk untuk keluar daripada BN, kemudian diikuti oleh MP Beaufort-Datuk Lajim Ukin dan MP Tuaran-Datuk Welfred Mojilip Bumburing.

Usaha Anwar membeli seramai mungkin pemimpin berterusan, apabila berjaya menggait mantan Bendahari Umno Sabah- Tan Sri Ibrahim Menudin dan  pemimpin veteran yang suka melompat parti Datuk Yahya Lampong.

Anwar mencuba mengelabui mata rakyat Semenanjung, bahawa Sabah dan Sarawak bukan lagi simpanan tetap BN, dengan persepsi itu, maka rakyat Semenanjung diharapkan memberi sokongan padu terhadap PR pada PRU-13 akan datang, kerana "sure" PR akan membentuk kerajaan baru di Putrajaya, kerana rakyat Sabah dan Sarawak juga turut sama.

Sebenarnya dalam keadaan sekarang, tiada parti yang boleh membentuk kerajaan persekutuan tanpa sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, kerana kekuatan antara BN dan PR di Semenanjung hampir seimbang.

Suasana politik semasa di Semenanjung adalah mustahil baik BN atau PR boleh menang di atas 100 kerusi Parlimen. 

Jikapun berlaku kejutan, mungkin BN mampu menambah antara 10-15 kerusi diatas pencapaian tahun 2008; demikian juga PR mungkin boleh menambah jumlah kerusi yang sama. Namun, penentu tetap terletak di Sabah dan Sarawak. Di Sarawak mungkin PR boleh menang antara 4-6 kerusi Parlimen, sementara di Sabah mungkin dengan jumlah yang sama. Jika senario ini berlaku, maka kekuatiran mantan Perdana menteri Tun dr Mahathir akan benar-benar belaku. Kerajaan yang dibentuk nanti adalah kerajaan yang lemah. Kerajaan yang lemah, boleh mengakibatkan negara mundur ke belakang, dengan itu, wawasan 2020 terlihat dekat, namun terlalu jauh untuk digapai.

Thursday, September 13, 2012

Kerajaan Pakatan Rakyat Takut PRU Serentak! Hanya Kelantan sedia Pilihanraya serentak..

Rakyat boleh menilai berhubung hasrat kerajaan negeri  yang dikuasai Pakatan Rakyat-Kecuali Kelantan yang mahu mengadakan pilihan raya negeri dan Parlimen secara berasingan walaupun Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapinya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sama ada tindakan kerajaan negeri-negeri yang dikuasa PR itu disebabkan bimbang mereka akan kalah, Muhyiddin berkata, ia juga terserah kepada rakyat untuk menilainya.


"Mungkin juga kerajaan-kerajaan itu gusar kerana rakyat di negeri2 itu sudah bersedia menyokong BN dan hanya menunggu masa mengembalikan negeri itu kepada BN untuk ditadbir," katanya kepada pemberita di Putrajaya, hari ini.

Beliau mengulas mengenai laporan portal yang memetik pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan diadakan berasingan daripada pilihan raya umum; memecahkan tradisi lama dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat semalam dengan memetik "masalah yang tidak dapat diselesaikan" pada senarai pemilih di negeri itu yang dikatakan termasuk ribuan pengundi yang diragui.

"Kalau rakyat Selangor sudah bersedia buat keputusan menyokong BN, agaknya waktu pilihan raya Parlimen mereka akan sokong BN tetapi kalau tiada pilihan raya di peringkat negeri setidaknya Anwar Ibrahim dan pengikutnya akan kata mereka tidak kalah di peringkat negeri," katanya.

Selepas itu, katanya, mereka akan mengatur strategi untuk mengadakan pilihan raya.
Muhyiddin berkata, sama ada ia akan berlaku atau tidak, bagi Barisan Nasional (BN) baik di peringkat pusat mahupun negeri, mereka sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Kita tidak boleh buat tafsiran sama ada itu akan berlaku atau tidak, terserah kepada mereka (kerana) negara mengamalkan demokrasi, rakyat juga ada pilihan untuk buat keputusan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

"Sama ada ia akan menyebabkan kos berganda pun biar rakyat menilai, sama ada ia akan menimbulkan masalah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lebih mengetahuinya, yang penting BN Selangor sedia berdepan apa jua keadaan dan situasi," katanya. - BERNAMA

Filem Innocence Of Muslims menyebabkan Duta AS di Libya Terbunuh

Sebuah filem ` Innocence of Muslims’ yang diterbit oleh seorang lelaki yahudi yang kini menjadi penduduk Amerika Syarikat, Sam Bacile, telah mencetuskan rusuhan di dunia Arab kerana ia bukan sahaja memburukkan Islam malah menghina Nabi Muhammad S.A.W.

Ia menjadi kontroversi selepas filem itu dialih suara ke dalam bahasa Arab dan dimuat naik dalam Youtube.

Dia yang kini sedang bersembunyi turut menyifatkan Islam sebagai barah dan menerbitkan filem berkenaan sebagai provokasi politik untuk mengecam agama Islam.

Filem itu dihasilkan dengan kos sebanyak $5 juta dolar dan mendapat pembiayaan 100 peratus Yahudi.

Filem itu diterbitkan dalam bahasa Inggeris dan trailernya telah dikeluarkan dalam Youtube.

Penghasilan filem itu mendapat sokongan daripada Terry Jones, iaitu seorang paderi yang pernah membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia apabila dia bertindak membakar kitab suci al-Quran.

Selain penduduk Gaza, penduduk di Mesir dan Libya turut mengadakan protes terhadap penghinaan ini sementara Afghanistan pula mengarahkan filem itu diharamkan.

Kemarahan mereka tidak dapat dibendung lagi sehinggakan kedutaan Amerika Syarikat diserang, hingga mengakibatkan Duta Amerika Syarikat ke Libya, Chris Stevens, 52 , terbunuh.

Stevens maut selepas kedutaan itu diserang dengan bom tangan dan peluru daripada senapang patah.

Beliau gagal menyelamatkan diri selepas kenderaan yang dinaikinya dibedil dengan roket, manakala dua anggota Marin yang cuba menyelamatkannya telah ditembak mati.

Insiden di Libya itu berlaku selepas beribu-ribu penduduk di Mesir mengadakan tunjuk perasaan dengan berkumpul di depan kedutaan Amerika Syarikat bagi membantah filem berkenaan yang diterbitkan di negara berkenaan.

Bendera negara tersebut turut dikoyak dan dibakar.

Sunday, September 09, 2012

Mati katak-jika dekati Anwar

CARA Anwar menghampiri cara ahli politik Filipina. Di negara jiran itu, hampir semua ahli politik dikelilingi pengawal peribadi bersenjata. Silap haribulan, nyawa melayang, jika mendekati pemimpin yang mereka kawal.

Pada Sabtu, di Jasin, nyawa pemuda Jasin hampir melayang, kerana salah seorang pengawal peribadi Anwar mengeluarkan senjata, bagi menyuraikan halangan pemuda Jasin, agar bas yang ditumpangi Anwar jangan masuk ke kawasan mereka.

Anwar melalui Jelajah Merdekanya menggunakan bas berharga RM1juta, telah berdepan dengan berbagai protes daripada rakyat, bermula di Kelantan.

Anwar juga diprotes semasa memberi takzirah di sebuah masjid di Kedah, sehingga ada yang membaling kasut terhadapnya.

Kebencian rakyat terhadap Anwar sudah meluap-luap, sehingga sukar dibendung. Atas sebab itu, Anwar terpaksa melengkapkan dirinya dengan para pengawal bersenjata.

Anwar tidak boleh mempaksa rakyat menyokongnya dengan kekerasan. 

Gempar: Bodyguard Anwar ugut tembak pemuda Jasin

Anwar Ibrahim dalam siri Jelajah Ceramah Merdekanya terpaksa melalui kumpulan pemuda dan belia yang menunggu mereka di Jasin, Melaka petang tadi. Apabila bas melalui kumpulan ini tiba-tiba turun seorang lelaki Melayu dari sebuah kereta Toyota Camry bernombor plat WUR 3662 dengan sepucuk pistol. Sepucuk pistol ini diacukan kepada kumpulan pemuda dan belia yang menunggu bas dinaiki Anwar Ibrahim.

Lelaki itu menggertak kumpulan pemuda-pemuda ini supaya jangan menghalang bas yang Anwar Ibrahim naik. Anda semua fikirkanlah,siapa yang dia nak bunuh dan demi siapa? Anwar Ibrahim sudah mula menggunakan senjata api untuk mempertahankan diri. Esok lusa apakah peluru dari pistol berkenaan akan dilepaskan. PDRM disarankan agar menyiasat kejadian berkenaan. Apakah lelaki di atas mempunyai lesen untuk membawa senjata api?

Saturday, September 08, 2012

Rogol Lagi: Kali ini Remaja 15 Tahun jadi mangsa

TAPAH - Perkenalan singkat melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) yang baru menjangkau tiga hari mengundang padah buat seorang calon Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) di salah sebuah sekolah di Bidor apabila dia menjadi  mangsa rogol secara bergilir-gilir tiga pemuda.

Dalam kejadian Ahad lalu, mangsa berusia 15 tahun itu baru berkenalan dengan salah seorang suspek dan diajak keluar untuk beraya di rumah rakan suspek di sekitar Tapah sebelum makan malam bersama.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak a/l Din Keliaw berkata, setelah selesai makan, suspek pertama tidak membawa mangsa pulang sebaliknya memberitahu mangsa, dia mahu mengambil dua rakannya.

"Kereta yang dipandu suspek kepunyaan bapa saudaranya dan mereka menuju ke rumah milik salah seorang suspek di Kampung Muhibbah, Batu 33, Tapah.

“Mangsa dibawa masuk ke dalam rumah sebelum dirogol oleh tiga orang suspek bergilir-gilir dan pihak kami juga percaya, perbuatan itu dilakukan dari lewat malam sehingga awal pagi,” kata dalamsidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Daerah, Asisten Superitenden Md Nasri Fadzir

Tambahnya, ketika suspek pertama cuba mengulangi perbuatannya sekali lagi terhadap pelajar terbabit, mangsa berjaya mengunci pintu bilik sebelum melarikan diri daripada rumah tersebut.

"Ketika mangsa cuba melarikan diri, mangsa telah membuat panggilan 999 dan meminta bantuan daripada pihak polis.

"Mangsa berjaya diselamatkan sepasukan polis daripada IPD Tapah dan dibawa ke balai polis  sebelum dihantar ke Hospital Tapah untuk mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan pakar di sana dan satu laporan polis dibuat.

“Mangsa juga dapat mengecam dua daripada tiga suspek iaitu Mohd Shahril Kamaruddin , 23 daripada Kampung  Rebai, Jalan Pahang, Tapah, dan Musa Shaharum, 38, Kampung Bermin, Jalan Pahang, Tapah dan pihak kami sedang dikesan suspek bagi membantu siasatan.

“Kami juga sedang mengesan seorang lagi suspek yang hanya dikenali sebagai ‘Mok’ dan dipercayai terlibat dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Suspek yang dikenali sebagai Musa bekerja sebagai mekanik di salah sebuah bengkel di sini, mempunyai isteri dan anak turut mempunyai dua rekod jenayah iaitu pecah rumah dan curi kenderaan manakala Mohd Shahril  masih dalam siasatan pihaknya.

“Pihak kami sedang giat mencari ketiga-tiga suspek yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian itu dan menyedari mangsa membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

“Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang maklumat kejadian jenayah serta lain-lain maklumat boleh berhubung terus di hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS Rakan Cops 32728 ataupun balai-balai polis berdekatan,” katanya.

Friday, September 07, 2012

Bubar Parlimen: Najib sudah ada ilham

MACHANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi bayangan terbaru hari ini – kali ini di Kelantan – mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang menjadi bahan spekulasi sejak awal tahun lalu.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, beliau "sudah mahu" mengumumkan tarikh PRU13 yang dinanti-nantikan banyak pihak.

"Ambo rasa nak umum pilihan raya dah. Pilihan raya ini sebenarnya untuk apa. Ini adalah untuk masa depan kita," katanya dipetik Bernama hari ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Jom Beraya Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah di sini, hari ini. Najib turut meluangkan masa menghadiri jamuan Aidilfitri di Besut hari ini.

Hujung bulan lalu, ketika berucap di Baling, Kedah, Najib secara berseloroh berkata, beliau sudah ada semangat untuk membubarkan Parlimen - bagi membuka laluan kepada PRU13, yang pertama bagi beliau selaku Perdana Menteri dan Pengerusi BN.

"Semangat nak bubar Parlimen... tengoklah dulu," kata beliau di akhir ucapannya ketika merasmikan mesyuarat perwakilan berkumpulan enam bahagian Umno Selatan Kedah di Kompleks Rakan Muda Baling.

Sebelum ini ramai meramalkan bahawa PRU13 akan diadakan Jun atau awal Julai lalu sebelum bermulanya bulan Ramadan.

Bagaimanapun spekulasi terbaru selepas 1 Syawal menunjukkan ramai meramalkan PRU13 akan diadakan November ini selepas pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Pun begitu ada yang menjangkakan ia hanya akan dipanggil selepas Februari depan.

Najib selaku Perdana Menteri mempunyai budi bicara untuk membubarkan Parlimen dengan memperoleh perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Di Stadium Nasional juga, pada 11 Mei lalu, Najib menyampaikan ucapan dengan berseloroh bahawa "rasa-rasa esok saya hendak menghadap Yang di-Pertuan Agong (untuk mendapatkan perkenan)... adakah kita sudah bersedia, sudah bersedia, sudah bersedia?"

Dalam pada itu, Najib yang juga Presiden Umno berkata, perjuangan memartabatkan Islam di negara ini yang diperjuangkan parti itu adalah di landasan yang tepat dan mendapat pujian daripada pemimpin negara-negara Islam lain.

Perdana Menteri berkata, ia tidak seperti Islam yang diperjuangkan

pembangkang terutama Pas yang menggunakan Islam terutama hukum hudud semata-mata untuk berkempen semasa musim pilihan raya.

"Mesir kata Malaysia telah menjadi model negara Islam. Percayalah kita di landasan yang betul. Kita janji apa? Kita janji negara maju 2020, Janji Ditepati.

"Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya.

"Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata apa, fajar menyingsing, ayam berkokok kita akan laksanakan hudud. Ayam itu pun dah mati dan tua," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu yang merupakan lawatan pertama Najib ke Machang.

Beliau turut memuji langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyokong langkah pihak tertentu baru-baru ini yang bertindak biadab ketika mengadakan satu perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara baru-baru ini.

"Ambo ucap terima kasih dan menulis surat pada Nik Aziz atas perkara itu," katanya.

Najib berkata, ia jelas menunjukkan Nik Aziz juga tidak menyokong langkah yang keterlaluan seperti sanggup memijak poster, menunjuk punggung dan membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang seperti itu.

Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, segala kemahuan rakyat negeri ini akan dimasukkan dalam manifesto dan akan memperjuang perkara itu apabila Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum nanti.

"Kita masukkan apa sahaja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti," katanya.

Perdana Menteri juga kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program Umno dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN.

Thursday, September 06, 2012

Budaya Benci anutan Pembangkang-anak muda jadi korban

GADIS dalam gambar ini hanya berumur 19 tahun dan seorang pelajar kolej. Bayangkan pada usia muda sebegini sudah tertanam dalam jiwanya sifat benci dan kurang ajar.

Mengapa kejadian ini berlaku? Sebabnya anutan pembangkang yang menanam bibit-bibit kebencian dan kurang ajar bersemadi pada jiwa mereka. Anak muda seperti ini, mudah terdedah dan terikut-ikut, atas sebab itu-tanpa berfikir panjang sanggup melakukan tindakan memijak gambar pemimpin negara di ambang kemerdekaan 30 ogos lalu.

Dalam Majlis yang dianjurkan "Janji Bersih" seramai 11 orang pemuda berkelakuan kurang ajar, termasuk "tunjuk punggung" aka membuang najis terhadap gambar-gambar pemimpin negara.

Perbuatan memijak gambar-gambar pemimpin negara adalah trend yang dilakukan oleh para pemimpin Pembangkang terutama daripada DAP. Satu masa lalu-Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng memijak gambar-gambar pemimpin negara.

Budaya menanam sifat benci kepada pemimpin negara adalah sifat yang tidak bertanggungjawab, kerana para pemimpin mewakli majoriti rakyat. Rakyat majoritilah yang memilih mereka menjadi pemimpin negara.

Menghina mereka, samalah dengan menghina rakyat majoriti.

Pembangkang perlu mengormati sistem demokrasi, siapa yang mendapat sokongan majoriti itulah pemenang. 

Kalaulah budaya benci ini tertanam dalam jiwa remaja, maka keamanan dalam negara ini akan tergugut; sebabnya balas membalas akan berlaku. Jangan lupa, BN juga mempunyi pemuda yang mampu melakukan tindakan sepertimana dilakukan oleh para penyokong pembangkang.
Kesabaran ada batasnya, tidak mustahil, suatu hari nanti, bukan sahaja perbuatan memijak gambar, akan tetapi tindakan membunuh boleh berlaku, sepertimana kebiasaan di negara jiran Filipina. Seteru politik tidak akan aman, kerana sifat dendam kesumat yang ditanam dari sejak awal, mengatasi peradaban manusia bertamadun.

Tuesday, September 04, 2012

PRU-13: Tun Dr Mahathir yakin BN menang 2/3 jika tiada sabotaj

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Barisan Nasional (BN) mampu meraih sokongan dua pertiga suara rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 dengan syarat anggota parti itu berfikiran waras untuk menerima dan menyokong siapa sahaja yang dinamakan sebagai calon.

Pada masa yang sama, bekas Perdana Menteri itu mengingatkan anggota BN supaya tidak melakukan sabotaj semasa kempen pilihan raya semata-mata kerana tidak berpuas hati dengan calon yang dipilih pucuk pimpinan parti.

Ini kerana, katanya perbuatan itu boleh membawa padah sehingga menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kali ini.

"Kalau orang Umno, orang BN mempunyai fikiran yang waras mereka akan dapat dua pertiga.

Katanya apa yang menjadi masalah dalam BN selama ini ialah siapa sahaja yang dipilih sebagai calon akan tidak dipersetujui oleh pihak tertentu dengan palbagai alasan, kononnya calon itu tidak tahu itu dan ini, dan sebaliknya merekalah orang yang lebih layak menjadi calonnya.

"Saya tak fikir (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) boleh pilih seorang yang boleh disukai oleh semua dalam bahagian itu. Dan kita dapati jadi satu tabiat dalam Umno kalau tak suka dengan calon, akan tutup bilik gerakan, akan cuba sabotaj, cantas.

"Mereka bukan fikir tentang kemenangan bagi parti untuk membentuk kerajaan yang baik. Mereka cuma fikir tentang kepentingan orang tertentu sahaja, jadi mereka tidak matang," katanya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata anggota Umno dan BN harus sentiasa ingat bahawa pilihan raya merupakan satu proses untuk memilih sebuah parti yang disokong oleh majoriti untuk membentuk kerajaan. Katanya jika mereka menyedari hakikat itu, anggota parti harus menyokong siapa sahaja yang dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum nanti, termasuk calon yang bukan terdiri daripada anggota mana-mana parti komponen BN.

"Kita harus ingat, Umno, ataupun MCA, ataupun MIC, ataupun Gerakan, tak mungkin menang tanpa sokongan daripada orang yang bukan ahli parti.

"Jadi kenapakah kalau orang yang bukan ahli parti yang menentukan kemenangan, tetapi kalau mereka dipilih (sebagai calon) parti tak mau sokong. Sepatutnya kita sokong.

Payung terjun ni payung terjun la, kalau dia berkebolehan kita patut sokong kerana akhirnya kita nak tentukan parti menang," katanya.

Ditanya sama ada BN boleh menang seandainya pilihan raya diadakan dalam waktu dekat, Dr Mahathir berkata beliau yakin BN akan menang namun beliau belum boleh meramalkan sama ada BN akan menang dengan majoriti dua pertiga.

"Saya ingat boleh menang, tapi masalahnya kita nak dapat satu majoriti yang cukup supaya mendirikan sebuah kerajaan yang kukuh dan kuat," katanya. -BERNAMA

Lim Kit Siang guru pijak memijak gambar


Monday, September 03, 2012

Mengapa Pembangkang pijak gambar Najib?

DISEBABKAN mereka tahu bahawa sokongan rakyat majoriti berpihak kepada Perdana Menteri.

Pembangkang tahu bahawa kepopularan Najib jauh melebihi gabungan Anwar, Nik Aziz, Lim Guan Eng.

Pembangkang tahu, mereka tiada peluang menang dan merampas Putrajaya pada PRU-13.

Melihat sambutan rakyat terhadap Najib, di mana-mana sahaja di negera ini, daripada Perlis hinggalah ke Sabah, sungguh luarbiasa, pembangkang mati akal, sehingga emosilah yang menguasai mereka.

Tindakan mereka membangkitkan kebencian dan kemarahan terhadap PM, bukan sahaja memakan diri sendiri, malah rakyat jelata semakin simpati terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Blog Archive