Monday, April 30, 2012

Bersit3.0: Kakitangan Kerajaan yang terlibat- perlu dibuang kerja

Kakitangan kerajaan yang turut sama perhimpunan Bersih 3.0 pada Sabtu, perlu dibuang kerja, kerana jelas melanggar peraturan2 Pegawai Awam.

Sementara itu, Presiden Cuepacs- Datuk Omar Osman menegaskan "Sekiranya ada penjawat awam yang tertangkap menyertai perhimpunan sebegini, mereka perlu selesaikan sendiri dan tanggung segala risiko serta segala hak mutlak mereka akan terhapus dan berkemungkinan dibuang kerja atau tindakan tatatertib,".

Katanya perkara itu selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam yang melarang penjawat awam terlibat dalam perhimpunan haram atau sebarang bentuk gerakan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan mengancam keselamatan negara.

Selain itu, Omar juga mahu penganjur perhimpunan Sabtu lepas membayar pampasan kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas media yang cedera akibat tindakan peserta perhimpunan.

Presiden Cuepacs itu kesal dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang sengaja mencederakan anggota polis dan warga media yang bertugas sehingga terlantar di hospital.

Menurut Omar "Cuepacs sebagai payung kepada penjawat awam di negara ini termasuk anggota keselamatan kesal dengan kejadian tersebut,"

Omar juga berkata Cuepacs juga tidak akan membela penjawat awam yang ditangkap kerana didapati menyertai perhimpunan tersebut.

Bersit3.0: Pengalaman polis gagalkan hasrat Anwar

Pengalaman Polis Malaysia mencegah rusuhan, menggagalkan hasrat Anwar merampas kuasa. Kalaulah pihak polis tidak bertindak tepat masanya, pasti Dataran Merdeka berjaya dirampas, dan pasti perusuh akan bermati-matian bertahan di situ, sehingga pertembungan yang dahsyat antara pihak polis dan perusuh berlaku.

Anwar mahu agar ada kematian beramai-ramai sepertimana berlaku di Dataran Tahrir, Mesir tahun lepas.

Akibat pendudukkan Dataran Tahrir, kerajaan Hosni Mubarak jatuh.

Perhimpunan pada sabtu, bukan merupakan himpunan aman, sebaliknya adalah demonstrasi jalanan yang mempunyai niat jahat.

Anwar mahu agar rusuhan berlaku, agar supaya beliau boleh mengambil kerajaan sebagai rejim baru.

Bersih3.0 Sabtu lalu memang berhasrat tumbangkan kerajaan: Tun M

Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu - perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 - berhasrat untuk menumbangkan kerajaan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Dr Mahathir berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya petang ini.

Sementara itu' Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata pertempuran di antara polis dan peserta boleh berlaku sekiranya pasukan itu tidak melakukan tindakan penyuraian ketika perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Bagaimanapun, polis hanya mengambil tindakan itu apabila kumpulan peserta berkenaan mula bertindak agresif.

"Sekiranya tindakan penyuraian tidak diambil seperti demikian, pertempuran boleh berlaku dan keadaan akan menjadi lebih berbahaya kepada kedua-dua pihak.

"Hanya apabila perusuh bertindak agresif dengan mengubah dan merempuh halangan yang mereka hendak menawan Dataran Merdeka, barulah pasukan polis terpaksa mengambil tindakan untuk menyuraikan kumpulan dengan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata."

Katanya lagi, polis sejak awal lagi bertindak secara tidak berkonfrontasi dalam menangani perhimpunan tersebut.

Tindakan itu juga "berpandukan kepada bidangkuasa undang-undang arahan ini adalah jelas dan telah dikeluarkan kepada petugas polis untuk memerhati dan memberi laluan perhimpunan tersebut sejak awal lagi," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ismail juga berkata perhimpunan itu bukan satu perhimpunan aman.

"Perhimpunan itu adalah demonstrasi jalanan yang bertukar menjadi satu rusuhan. Harta benda dirosakkan oleh perusuh dan mereka juga mencederakan pegawai polis yang bertugas," katanya.

Beliau turut menyalahkan penganjur yang "tidak mengotakan janji dan tidak mengawal penyokong sehingga mereka bertindak ganas di luar batas undang-undang."

Tambahnya, beliau kesal kerana penganjur tersebut tidak menerima tawaran Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengadakan perhimpunan itu di stadium.

Keganasan Bersit 3.0 disebabkan arahan Anwar dan Azmin

Laman media Sosial dimeriahkan dengan beberapa bukti bahawa pemimpin PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden Azmin Ali didakwa menghasut untuk merempuh Dataran Merdeka yang membawa kepada huru-hara.

Salah satu video di YouTube http://www.youtube.com/watch?v=lAUsvSs4ric menggambarkan Anwar berpakaian kuning - menunjuk isyarat ke Dataran Merdeka dan kemudian membuat isyarat pindah dengan kedua-dua belah tangan kepada Azmin.

Azmin, yang berdiri, memberi respons dengan mengangkat ibu jarinya ke arah padang dan mengangguk-angguk beberapa kali, dan kemudian membongkok untuk bercakap dengan seorang lelaki berpakaian kuning bersebelahan dengannya.

Lelaki itu, yang didakwa pengguna Twitter sebagai ahli PKR Seremban, mengalihkan besi penghadang dan meluru ke Dataran Merdeka, diikuti pengikut yang ramai.

Kurang dua minit kemudian, meriam air dilepaskan.

Walaupun perhimpunan Bersih pada Sabtu bermula sebagai satu perhimpunan aman, apabila penunjuk perasaan melanggar sempadan Dataran Merdeka, polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan orang ramai.

Kekecohan pada Sabtu adalah dipercayai orang ramai menjadi tidak terkawal selepas mendengar ucapan oleh Azmin, yang meminta penunjuk perasaan sama ada mereka mahu "menduduki Dataran Merdeka".

Soalan beliau disambut dengan laungan "hancur rempuh, buka Pagar".

"Dataran tidak dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ia milik rakyat," katanya kepada orang ramai di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Comm Datuk Mohmad Salleh berkata mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengambil tindakan tegas kerana orang ramai telah mula membaling objek dan menuju ke arah Dataran Merdeka.

Ketua Bersih S Ambiga mengakui kepada pemberita, Ahad, bahawa penyokong telah melanggar halangan di sekitar Dataran Merdeka, melanggar perintah mahkamah bahawa ia telah ditutup untuk perhimpunan awam, sebelum polis bertindak balas.

Beliau juga menjelaskan orang ramai telah diarahkan oleh jawatankuasa Bersih untuk tidak memasuki dataran bersejarah tanpa kebenaran polis.

Ahli jawatankuasa Bersih Wong Chin Huat telah dipetik dalam portal berita mengatakan bahawa penganjur "hilang kawalan" terhadap peserta perhimpunan.

Klip video itu didapati pada awal petang, serta dikirimkan di Facebook, Twitter, dan YouTube; menyebabkan pengguna Twitter dapat menangkap adegan yang berkaitan.

Sementara itu, Azmin telah menafikan menghasut penunjuk perasaan untuk merempuh halangan polis, dan berkata beliau cuba untuk berunding dengan pihak polis untuk membiarkan penunjuk perasaan ke Dataran Merdeka, The Star melaporkan, Isnin.

Sunday, April 29, 2012

Selepas tertekan kerana BERSIT.. mari ikuti pekembangan Marsha Milan Londoh

Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh berasa kecewa kerana bidang nyanyian yang paling diminatinya itu kurang menyerlahkan bakat beliau berbanding karier lakonannya.

Marsha berkata, sejak keluar daripada program realiti yang disertainya iaitu Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), banyak tawaran berlakon yang diterimanya berbanding karier nyanyian.

"Sebenarnya saya sudah putus asa dan seperti tiada harapan lagi untuk saya meneruskan karier di bidang nyanyian walaupun pada mulanya muzik adalah keutamaan.

"Pada tahun lalu, album pertama saya yang berjudul “Yang Pertama” kurang mendapat sambutan. Dan memandangkan saya sering menerima tawaran berlakon, saya ambil peluang itu sebagai mengisi masa kosong," katanya.

Tambah Marsha yang baru sahaja selesai berlakon filem Dr. K Kahwin Lima terbitan KRU Studios, buat masa ini dia akan meneruskan karier lakonannya dan akan menyanyi berdasarkan tawaran yang diberi oleh penerbit drama atau filem untuk membawakan lagu runut bunyi (OST).

Dalam pada itu, Marsha kini turut menceburi bidang baru iaitu sebagai pengacara menerusi program gosip hiburan, “Propaganza”, bersama Reza (AF).

Kata Marsha, dia menganggap “Propaganza” memberikan satu kelainan dan cabaran buatnya di mana perlu mengendalikan program itu secara langsung, dia juga perlu menjaga tingkah laku agar dirinya tidak diperkatakan dalam program tersebut.

"Bayangkan, sudahlah kita kendalikan program itu, tiba-tiba nama kita pula yang menjadi bahan gosip.

"Oleh itu saya perlu menjaga tingkah laku dan tidak pergi ke tempat-tempat yang boleh mengundang kontroversi. Ia salah satu cara untuk mengelak untuk tidak digosipkan," ujarnya.

Sementara itu, Marsha bakal berduet bersama penyanyi DJ Dave untuk beberapa lagu pada konsert Journey Through Song, Ingin Bersama DJ Dave yang akan berlangsung pada Jun depan.

Keganasan Himpunan Bersih3.0 disebabkan oleh Anwar dan Azmin

Anggota Polis yang terbabas dan terus dibelasah hingga pengsan.
Keganasan Himpunan Bersih3.0 disebabkan oleh Anwar dan Azmin. Ucapan mereka berdua yang menghasut peserta Himpunan perlu menawan Dataran Merdeka dengan cara apapun, mengakibatkan sebahagian peserta Himpunan itu menjadi ganas.

Kejadian di jalan berdekatan kompleks beli-belah Sogo, misalnya, sebuah kenderaan polis mengalami kemalangan kerana cermin depannya retak kerana dibaling peserta himpunan, sebagai akibatnya, kereta polis itu hampir melanggar tembok dan dua peserta tersegel oleh kereta polis tersebut.

Selain itu, seorang polis trafik terbabas kerana dibaling oleh peserta himpunan, malang baginya, sudahpun terbabas, polis itu dibelasah beramai-ramai oleh peserta himpunan, sehingga anggota polis itu dimasukkan ke ICU-HKL.

Pengerusi bersama himpunan bersih3.0, pada kira 3.20 petang, bertempat di Masjid Jamek, Kuala Lumpur, telah meminta peserta Himpunan untuk bersurai, kerana menurutnya, mesej yang ingin disampaikan Bersih sudahpun mencapai matalamatnya, apabila hampir 100,000 perserta turut berhimpun, bagi menyampaikan mesej BERSIH.

Malangnya, permintaan Ambiga itu tidak berkesan, kerana bertentangan dengan arahan Anwar dan Azmin, yang meminta peserta merampas Dataran Merdeka, dengan cara apapun. Bersandarkan kepada arahan dua pemimpin PKR itu, maka para peserta Himpunan mengepung Dataran Merdeka di berbagai penjuru.

Dataran Merdeka dilarang digunakan untuk sebarang kegiatan termasuk himpunan bersih, sesuai dengan perintah mahkamah yang diperoleh polis; dan Dataran itu ditutup daripada semalam hingga 1 Mei,2012.

Himpunan Bersih3.0 telah disarankan agar menggunakan Stadium, jika benar tujuan mereka, berhimpun secara aman. Namun cadangan kerajaan mahupun DBKL tidak diterima pakai.

Malang, niat Bersih sepertimana kenyataan Ambiga, bahawa himpunan itu bukan dikudai pembangkang, ternyata palsu, kerana selama himpunan itu, lambang2 parti pembangkang turut dikibarkan. Malah, laungan Reformasi-tag line pakatan rakyat terus berkumandang, selain laungan maki hamun terhadap BN dan Umno.

Gambar-gambar pemimpin kerajaan BN diarak dengan penghinaan. Adalah jelas, Bersih bukannya berjuang menuntut Pilihanraya yang adil dan telus, sebaliknya bersih mahu mengwujudkan situasi hura-hara, sepertimana dihajatkan oleh Anwar. Anwar mahu agar himpunan itu menjadi semakin ganas, serupa dengan Himpunan Rakyat Mesir, di Dataran Tahrir.

Sebaliknya, rakyat Malaysia, tidak terpengaruh dengan matalamat Anwar itu, sehinggakan Himpunan bersih3.0 sebenarnya gagal, kerana matalamat himpunan itu adalah mengumpul 500,000.

Walaupun berbagai kaedah digunapakai pembangkang termasuk membayar peserta dan menanggung makan-minum termasuk penginapan, ternyata mereka gagal mencapai sasaran jumlah yang mereka inginkan.

Kini, melalui Bersih3.0, rakyat perlu celik fikiran, bahawa sebenarnya tujuan Bersih3.0, bukannya menuntut Pilihanraya yang adil dan bersih, kerana pilihanraya di Malaysia, sudahpun adil dan bersih, sebaliknya mahu merampas kuasa secara kekerasan.

Hanya Pembangkang yang mengatakan SPR tidak adil dan bersih, kerana mereka tahu, selepas menipu rakyat pada PRU-12, maka pada PRU-13, rakyat tidak mahu tertipu untuk keduakalinya. Mereka tidak lagi mempunyai keyakinan mempertahankan jumlah kerusi yang mereka dapat, atas sebab itu mereka mencari kambing hitam untuk mencetuskan huru-hara, maka SPRlah jadi sasaran.

Tindakan Ganas Perserta Bersih3.0: Ambiga salahkan Azmin

Satu perhimpunan yang bermula secara aman bertukar menjadi ganas apabila penunjuk perasaan melanggar penghadang polis bagi memasuki kawasan larangan di Dataran Merdeka.

Berikutan pertempuran pada pukul 2.50 petang itu, polis melepaskan tembakan meriam air dan gas pemedih mata beberapa kali bagi menyuraikan orang ramai yang berkumpul di hadapan Jalan Raja dan Jalan Parlimen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, mereka tidak mempunyai pilihan tetapi mengambil tindakan tegas kerana orang ramai sudah mula membaling objek dan merusuh ke arah Dataran Merdeka.

Sebelum itu, perhimpunan itu dilakukan secara aman, apabila penunjuk perasaan bertukar-tukar salam mesra dengan pihak polus malah memberikan beberapa kuntum bunga kepada mereka.

Pengerusi gabungan Bersih, Datuk S. Ambiga telah berjanji bahawa perhimpunan itu tidak bermotifkan politik tetapi tidak seperti yang berlaku kerana para penyokong parti politik mula melaungkan sorakan “reformasi”.

Para pemimpin pembangkang yang cuba menenangkan orang ramai tidak dapat membantu.

Ahli Jawatankuasa Bersih, Wong Chin Huat yang dipetik sebagai berkata dalam portal berita mengakui bahawa penganjur hilang kawalan untuk menangani beribu-ribu peserta perhimpunan yang enggan mengikut arahan supaya tidak melanggar penghadang-penghadang yang dibuat oleh pihak polis.

Ambiga dalam sidang media berkata, Bersih tidak menyokong tindakan penunjuk perasaan yang melanggar penghadang berkenaan dan menggesa pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Mereka seharusnya melakukannya mengikut undang-undang dan Bersih akan memberikan kerjasama penuh dalam siasatan,” katanya.

Ambiga juga berkata, penganjur Bersih 3.0 telah mengeluarkan garis panduan bahawa tiada seorang pun boleh menyebut slogan parti pro-kerajaan atau pembangkang.

Dipercayai orang ramai bertindak di luar kawalan selepas ucapan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang bertanyakan penunjuk perasaan jika mereka mahu menduduki Dataran Merdeka.

Soalan beliau diikuti dengan laungan “hancur rempuh, buka pagar”.

“Dataran (Merdeka) bukan dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Ia milik rakyat,” kata beliau kepada orang ramai yang bersorak di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Tun Perak.

Sebahagian penunjuk perasaan cuba untuk menembusi halangan sebelum itu apabila mereka tersangkut pada kawat berduri dan menolak kembali halangan besi itu tetapi pemerhati Majlis Peguam cuba untuk memujuk mereka.

Pada pukul 2 petang, penunjuk perasaan melakukan cara mereka sendiri di beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka.

Terdahulu, Ambiga di Masjid Jamek berkata, Bersih telah mencapai matlamat mereka bagi menuntut pilihan raya yang bersih, bebas dan adil.

“Kami juga mahu supaya diwujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bebas dan menghormati hak-hak perlembagaan rakyat untuk hidup dalam persekitaran yang sihat,” katanya kepada orang ramai.

Ambiga kemudiannya menggesa penunjuk perasaan supaya bersurai dan disertai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah lori yang bergerak ke arah Dataran Merdeka.

Apabila Anwar tiba di Jalan Raja untuk menangani orang ramai, sejumlah besar penunjuk perasaan merempuh penghadang dan berarak ke arah Dataran Merdeka.

Bernama melaporkan Anwar sebelum itu menggesa para penunjuk perasaan di Masjid Negara supaya menuju ke Dataran Merdeka walau apa pun terjadi sambil mengatakan mereka tidak seharusnya hilang semangat atau takut ditangkap.

Saturday, April 28, 2012

Ambiga berdolak dalik pula- konon perserta Bersit yang ganas dirancang pihak tertentu

Sampai bila-bilapun, kalau berhadapan dengan pembangkang, tindakan buruk yang mereka lakukan, diputar belit.

Tindakan peserta Bersit3.0 yang mengganas, termasuk membelasah anggota polis dan kini berada di ICU-HKL bertarung dengan maut dan meterbalikkan kereta polis, kononnya bukan dilakukan oleh peserta Bersit, sebaliknya, ianya satu "provocator".

Ambiga memberitahu, selepas berakhirnya Bersit, bahawa kelakuan para peserta yang ganas, bukanlah daripada kumpulan mereka.... PUTAR JANGAN TAK PUTAR... DASAR LIDAH BIAWAK...

Polis Trafik yang dibelasah kumpulan Bersit bertarung dengan maut di HKL sebentar tadi

Sampah di mana-mana. KL yang cantik bertukar hodoh kerana Bersit. Ambiga, Anwar dan pemimpin Pembangkang berjaya mengajar 100,000 menjadi perosak keamanan negara.

Kali ini tiada peserta menjadi korban, sebaliknya seorang polis trafik dibelasah penyokong Bersit, terpaksa dimasukkan di ICU HKL dan kini bertarung dengan maut.

Selain itu, sebuah kereta polis di terbalikan, dan sebuah motosikal polis dirosakkan.

Bersit 3.0 tinggalkan Hadiah untuk DBKL dan Polis


Bersit 3.0: Sepucuk Pistol milik anggota Polis diragut

Pihak polis menasihatkan orang ramai berwaspada, kerana sepucuk pistol milik anngota polis, berjaya diragut kumpulan Bersit 3.0 di kawasan Sogo.

Walaupun Ambiga meminta para perseta Bersit bersurai, namun mereka enggan, sebaliknya bergerak ke Dataran Merdeka dan berusaha melepasi halangan pihak polis.

Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata, untuk mempertahankan diri, kerana jumlah perusuh melebih jumlah anggota polis.

Amiga kata Bersurai-- namun penyokong yang kerasukan menggila- Gas Pemedih mata terpaksa dilepaskan

Ambiga meminta perserta Bersit3.0 bersurai kira-kira 2.30 petang kerana gagal menembusi Dataran Merdeka. Namun, para penyokong enggan patuh, sebaliknya mereka cuba merobohkan pagar dawai di Dataran merdeka; atas sebab itu, Polis tiada pilihan, terpaksa melepaskan gas pemedih mata.

100,000 gagal tawan Dataran Merdeka- Ambiga minta peserta BERSURAI

Bersit3.0 gagal, walaupun berjaya menghimpuan 100,000 atau 1/5 daripada target mereka. Bertempat di Masjid Jamek, Ambiga menyeru peserta Bersurai, kerana baginya kejayaan mengumpul 100,000 merupakan satu kejayaan.

75,000 mengepung Dataran Merdeka-dari semua penjuru

SEBAHAGIAN DARIPADA KUMPULAN BERSIT3.0
KUMPULAN BERSIT MENUMPUHKAN KEPADA TIGA TEMPAT. JALAN TUN PERAK (DARIPADA MASJID JAMEK KE DATARAN MERDEKA) LEBUH PASAR BESAR (BERDEKATAN IBUPEJABAT MAJLIS PEGUAM) DAN MASJID NEGARA.

KUMPULAN BERSIT TELAH MENGEPUNG DATARAN MERDEKA DARI BERBAGAI PENJURU.

KUMPULAN ANWAR AL-JUBIRI MASIH TERSEKAT DI JALAN TUN SAMBATHAN MENUJU CENTRAL MARKET
Melihat ganasnya para peserta Bersit3.0, memang mereka mempunyai niat jahat, mahu menumambangkan kerajaan yang dipilih rakyat secara kekerasan.

Berhampiran Dataran Merdeka, kini hampir 75,000 daripada berbagai penjuru, mengepung Dataran Merdeka.

Pihak polis telah bersedia mempertahankan Dataran merdeka daripada dirampas.

Live bersit 3.0: Unit Amal Pas bertembung dengan polis

Bersit 3.0: Anwar Terkepung

Terkini: Anwar Terkepung...

Diperkirakan 50,000 berada di berbagai lokasi:Pudu/Kotaraya/Petaling Street (Dari KLCC) - 20,000,Pasar Seni+ Brickfields) - 15,000,Masjid Jamek - 10,000,TAR/Jalan Tun Perak/Jalan Parliament - 10,000,Masjid Negara - 5,000.
Anwar dalam gambar, cuba merempuh halangan Polis. Sebahagian pemimpin Pakatan Rakyat sudah bersama kira-kira 35 ribu, peserta bersit 3.0, kecuali Nik Aziz dan Haji Hadi.

Tumpuhan para peserta adalah Pudu (20,000) Pasar Seni (10,000), Jalan Petaling (3,000) dan Masjid Negara (2,000).

Nampak gaya, jumlah peserta Bersit 3.0 hampir sama dengan Bersit2.0... Penganjur gagal TOTAL. Target Penganjur 500,000.

Live Bersit 3.0: Laporan sana sini- Hampir 20ribu telah berkumpul di ibu Kota-Mat Sabu api2kan peserta

TARGET 500,000... NAMPAKNYA BERSIT,GAGAL...
Mat Sabu, Amiga, A Samad Said, sudah bersama dengan peserta Himpunan bersit yang bermula pada pukul 2 petang.

Hampir 10,000 bergerak ke Masjid Jamek.

Peserta bukan sahaja melaungkan REFORMASI, MALAH REVOLUSI. Sementara itu, Twitt Anwar Al-juburi, kononnya pelayar melalui Youtube telah mencecah 17juta.

Menurut laporan sana-sini, kini kira-kira 15,000 telah berada di ibu kota. Pecahan peserta seperti berikut:KLCC - 5,000,Jalan Sultan - 4,000,Masjid Jamek - 2,000,
Masjid Negara - 1,000, Berdekatan Dataran Merdeka - 3,000

Untuk sementara pihak polis hanya menghalang para peserta melalui- body contact.

Live Bersit 3.0: Semakin ramai penyokong Bersit berkumpul

Lebih 1000 penyokong Bersit menawan Jalan Tun Perak termasuk kaki limanya. Kawasan2 lain yang cuba ditawan Bersit- Masjid Jamek, Masjid negara.

LAUNGAN REVOLUSI..DIKUMANDANGKAN OLEH PESERTA BERSIT... HIMPUNAN BERSIT BUKAN HIMPUNAN AMAN SEBALIKNYA, MAHU MERAMPAS KUASA SECARA PAKSA.

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.

JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIT telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIT dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.

Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIT yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.

MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.

MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT

KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Bersit 3.0 makin mengganas

Walaupun masa mereka mengganas belum tiba, namun penyokong Bersit3.0 bagaikan dirasuk syaitan ketika ini.

Tiada tanda-tanda bahawa Bersit3.0 adalah himpunan aman sepertimana kenyataan A Samad Said dan Amiga.

Para peserta sudah gila, mungkin mereka sudah mengambil sabu atau dadah.
Walaupun dilarang... Bersit3.0 rempuh juga dataran Merdeka. Jelas niat mereka membuat huruhara. Terngiang di kepala otak Anwar Dataran Tahrir-Mesir..

Benar kata DBKL dan Polis, tujuan Bersit3.0 bukannya perhimpunan aman, sebaliknya mahu menimbukan huruhara.

Apa yang berlaku, bermula saat ini, hingga esok? Harap2 pihak polis dapat mengawal keadaan, kerana pihak Bersit akan melakukan semua lakonan, termasuk kecederaan, kematian, dan juga Tayang tetek
.

Friday, April 27, 2012

Polis pengawal istana Anak Bukit Kedah-maut ditembak rakan setugas

Jenazah anggota polis yang maut terkena tembakan ketika bertugas di Istana Anak Bukit di Alor Setar petang semalam, akan diterbangkan ke kampungnya di Melaka selepas urusan bedah siasat selesai.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata buat masa ini segala urusan berkaitan proses bedah siasat ke atas jenazah Konstabel Mohd Sobri Mohd Sidek, 22, masih berjalan.

"Bedah siasat belum selesai lagi. Selepas selesai bedah siasat baru kita tahu berapa tembakan yang dia kena," katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar hari ini.

Katanya jenazah Mohd Sobri akan diterbangkan ke Kem Batu Berendam, Melaka sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Air Pasir, Manchap Baru.

Dalam kejadian kira-kira 5.45 petang semalam, Mohd Sobri maut dipercayai ditembak rakan setugas di pos pengawal di hadapan pintu utama istana.

Susulan kejadian, seorang suspek yang merupakan rakan setugas mangsa berpangkat Lans Koperal ditahan di rumah isterinya di Simpang Empat, Perlis kira-kira pukul 8.30 malam tadi dan dibawa ke sini untuk siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, Ahmad memberi jaminan keselamatan istana tetap terjamin dan pihaknya akan memastikan perkara seperti itu tidak berulang.

"Semua anggota polis yang bertugas di istana akan kita lihat semula. Kita nak yang terbaik kerana ini melibatkan keselamatan istana. Kita tak boleh ambil mudah. Ini sebagai iktibar untuk kita terus memantapkan lagi sistem dan anggota.

"Kita baru nak dapatkan perintah reman (terhadap suspek) hari ini dan kita mohon jumlah reman yang maksimum," kata Ahmad.- Bernama

Anwar kata- mereka yang tersenarai dalam daftar pemilih adalah-Hantu dan Lembu

Anwar tersangat gelabah, apabila mengatakan daftar pemilih SPR terdiri daripada Hantu dan lembu...Kerana Anwar juga terdaftar sebagai pengundi, maka dia juga tergolong Hantu dan Lembu.

Anwar nampak sangat tertekan, kerana semua perancangannya tidak menjadi, termasuk Bersih3.0.

Rakyat tahu, hanya para penyokong tegar pembangkang yang terlibat dalam semua tindakan Anwar, termasuk pembantah PTPTN dan Bersih.

Anwar kini benar-benar hilang arah, terutama menjelangnya PRU-13. Dia tahu, Putrajaya, tersangat dekat, namun terlalu jauh untuk digapai.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PAS-PKR sukar megulangi pencapaian PRU-12; atas sebab itu, mereka menimbulkan berbagai fitnah terhadap kerajaan mahupun SPR.

Ustad Takzirah bini orang di bilik hotelpun bantah PTPTN

Malam Tadi blogger http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2012/04/dataran-merdeka-2742012-jam-1207-pagi.html berjaya merakam gambar Badrol.. ustad PKR yang tertangkap dengan bini orang di Kuantan baru2 ini, turut hadir di Dataran Merdeka, di ambang Bersih3.0.

Thursday, April 26, 2012

Tahniah Datuk Bandar DBKL kerana tutup Dataran Merdeka

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan semua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi esok sehingga 6 pagi Ahad ini.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail, dalam satu kenyataan hari ini, berkata penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.

DBKL sebelum ini menolak permohonan penganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.

DBKL sudah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan. - BERNAMA

Bersih3.0: Ajar rakyat guna undang2 rimba

Ambiga-seorang peguam-, kenapa galak orang ramai langgar undang2? Nampaknya para penganjur Bersih dan pembangkang, tidak mahu lagi menggunapakai undang2 dalam negara, sebaliknya undang2 rimba.

Kerajaan perlu hapuskan mereka ini, kerana negara boleh jahanam kerana kehadiran mereka.

Siapa yang jadi pelakon hebat Bersih3.0?

Pada bersih2.0, Anwar al-juburi, menjadi pelakon hebat, diikuti, Burhanuddin si pemandui teksi yang mati.

Kali ini, siapa? Nik Aziz? Lim Kit Siang, Haji Hadi?

Juru propaganda Pembangkang, telah bersiap sedia dengan kamera2 canggih, video yang canggih2 untuk merakamkan setiap pergerakaan para pelakon pembangkang.

Demi bukti2 seimbang, adalah diminta pihak DBKL dan PDRM memasang sebanyak mungkin CCTV, agar dapat bersaing dengan putar belit pencacai2 pembangkang.

BERSIH3.0 bukan pengukur sokongan kepada Pembangkang

Hanya mereka yang memang pembangkang menyokong Tindakan Bersih. Apapun yang dilakukan oleh kerajaan, mereka-mereka yang terlibat dengan Bersih tidak akan akur, kerana mereka-mereka ini adalah pembangkang.

Mereka tidak akan mampu melihat apa sahaja kebaikan yang dilakukan Kerajaan terhadap negara dan rakyat, sebaliknya, mereka mencuba mengali sebanyak mungkin fitnah dan isu yang boleh menjadi senjata mereka memesongkan fikiran rakyat.

Sebagai contoh, mahasiswa yang berkemah di dataran merdeka, mereka adalah terdiri daripada ahli dan penyokong pembangkang. Mereka bukan mewakili peminjam PTPTN, kerana jumlah mereka tidak sampaipun 0.05 peratus.

Pembangkang melalui tindakan2 seperti perhimpunan, mencuba membuat gimik seolah-olah mereka mendapat sokongan majoriti rakyat. Tindakan mereka itu, boleh jadi mendapat simpati dalam jangka pendek, namun secara jangka panjang, rakyat menjadi muak.

Bersih1.0 dan Bersih2.0 setidak-tidaknya mendapat simpati, namun melalui Bersih3.0, rakyat nampak, perjuangan mereka itu tidak ikhlas, akan tetapi merupakan strategi mereka menumbangkan kerajaan melalui kaedah Huruhara.

Yakinlah, tindakan Pembangkang yang merampas bersih, sehinggakan pengasas bersih Ambiga, tiada pilihan lain, mesti bersengkokol dengan pembangkang.

Bersih3.0: Akan kecoh sesuai rancangan tok dalang-Anwar Aljuburi

Nampaknya DUDUK BNATAH BERSIH3.0 pada 28 April ini, akan kecoh. DBKL berkeras tidak membenarkan BERSIH3.0 menggunakan DATARAN MERDEKA, sebaliknya disarankan STADIUM MERDEKA.

Menurut akta perhimpunan aman 2012, Dataran Merdeka bukan salah satu tempat yang dibenarkan.

Walaupun Datuk Bandar tidak membenarkan penggunaan Dataran Merdeka, pihak Bersih3.0 akan memaksa juga.

Nampaknya, tujuan Bersih3.0, kononnya perhimpunan aman, adalah palsu, sebaliknya himpunan itu bertujuan mencetuskan huruhara di Ibu negara.

Sebenarnya, penganjur Bersih3.0 dak maklum, bahawa Dataran Merdeka, bukan tempat yang boleh digunakan untuk tujuan berhimpun. Atas sebab itu, semasa mereka mengumumkan rancangan mereka pada 4 April (hari mati-mati), mereka tidak membuat permohonan, sebaliknya hanya pada 19 April permohonan dibuat, agar alasan boleh diberikan, bahawa mereka kesuntukan masa untuk menukar tempat.

Disebabkan pengajur berkeras mahu juga Dataran Merdeka, maka pihak DBKL telah memberi amaran, bahawa tindakan tegas akan dilakukan. Difahamkan, DBKL akan memagar dataran merdeka sebelum perhimpunan Bersih3.0 bermula.

Bersih3.0 yang bertemakan DUDUK BANTAH mengancam akan menggunakan Jalan Raya berhampiran Dataran Merdeka, untuk aksi mereka. Di sinilah berdolak daliknya penganjur, di mana mereka mendakwa bahawa himpunan mereka itu, adalah himpunan aman, sebaliknya, himpunan mereka itu, MAHU MENCETUS HURUHARA.

Sebenarnya, tiada istilah perhimpunan Aman, kalau melibatkan ribuan manusia. Tujuan pengajur, agar himpunan itu menjadi kecoh, agar supaya, mereka mendapat simpati.

Seperti pada Bersih2.0, mereka diberikan tempat untuk berhimpun, namun mereka enggan, sebaliknya memaksa, perhimpunan itu diadakan di stadum negara, di mana pada masa itu, dalam baik pulih.

Kini, penganjur, enggan menggunakan Stadium Merdeka seperti mana disarankan oleh DBKL, kononya, mereka kesuntukan masa, mengubah tempat. Alasan yang pengajur berikan, tidak masuk akal, kerana, kini maklumat, bagaikan kilat.

Jika, DBKL berkeras tidak membenarkan penggunaan Dataran Merdeka, dan sebaliknya pengajur bersih3.0 memaksa juga, maka kekecohan yang berlaku. Nampaknya, ramailah OKU, peaskit Jantung akan terkorban masa itu. Apa yang pasti, keadaan itu akan diputar belit oleh media antarabangsa, yang sememangnya menunggu saat-saat itu untuk memperburuk imej negara, sesuai dengan kehendak Tok Dalang dibelakang Tabir Bersih- Anwar Aljuburi.

Tuesday, April 24, 2012

Mr Bean Pas jadi Pegawai Pendaftaran

Mr Bean Pas@ Mahfuz Omar menjadi Pegawai Pendaftaran, kerana mampu mendapat 175,000 nama-nama individu, yang kononnya kerakyataan mereka itu dicurigai... salah satu kod yang dicurigai adalah mereka yang mempuyai kod "71".

Awas kamu Mr bean... anak-anak saya semua mempunyai kod "71" kerana lahir di luar negara. Kalau lah nama-nama anak saya termasuk yang kamu curigai itu, saya akan saman 1biliion ringgit.

Fatwa baru Nik Aziz: Hadir Bersih3.0 WAJIB- masallah

Bagaimana pula hadir bersih3.0 jadi wajib? inilah fatwa baru Nik Aziz.

Nalla akan dedah video AISKRIM Anwar bersama ...........

Apakah Anwar mahu meneruskan saman 100jutanya terhadap mantan temannya, Nallakaruppan? Jika Anwar meneruskan juga, maka lebih banyak keburukan mantan TPM itu akan terbongkar dan terdedah.

Anwar tidak habis-habis dengan kerja maksiat. Pada 9 Januari lalu, walaupun dibebaskan daripada kes meliwat Saful, kerana masalah teknikal, sama dengan kes sodomi1.

Pada awal tahun lepas, negara digegarkan dengan pendedahan video seks Anwar bersama pelacur, yang didedahkan oleh Datuk T.

Kini, mantan kawan bermain tennis Anwar, telah menyerahkan rakaman video kepada peguamnya untuk digunakan sebagai pembelaan semasa perbicaraan yang memaparkan pelakuan seks diluar kebiasaan, "blowjobs" atau aiskrim, yang dikatakan antara Anwar dengan isteri orang.

Anwar menyaman S. Nallakaruppan, kerana kenyataan senator itu yang mengatakan bahawa Anwar adalah biseksual; mempunyai hubungan sulit dengan Shamsidar Taharin-isteri "blue boynya" Azmin Ali.

Inilah pertama kali, Anwar bertindak menyaman Nalla, walaupun sebelum ini, bekas temannya itu membongkar hubungannya dengan Shamsidar-dimana modus operandinya seperti pada lakaran.

Nallakaruppan tidak sabar menunggu dedah Hubungan Anwar-Shamsidar

Senator Datuk S Nallakaruppan- mantan teman Anwar, mengaku tidak sabar-sabar menunggu perbicaraan di mahkamah berhubung saman RM100juta Anwar terhadapnya.

Semalam, bekas kawan bermain tenis Anwar itu telah menyerahkan satu pita video kepada peguamnya untuk tujuan pembelaannya dalam saman RM100 juta oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Pita itu diserahkan kepada peguamnya, Datuk Muhammad Shafee Abdullah di lobi kompleks mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta.

Monday, April 23, 2012

Zahida nafi-Safie Nafi... memang yang buat cerita pembohong

Memang dekat2 dengan pilihanraya ini, macam2 pembangkang buat untuk tujuan fitnah.

Pada 13 Mac lalu, seorang pemandu yang mencuri wang majikannya sebelum ini (pemandu Zahida Rafik) kembali, bukan sahaja membuat fitnah kepada mantan bosnya, malah mengaitkan orang lain.

Orang yang dikaitkan, bukan calang2 orang, Naib presiden Umno pula.

Hari ini, Shafie menafikan dakwaan tersebut, sepertimana kenyataan akhbar beliau.

10 sebab mengapa Anwar perlu ditolak

Antara 10 sebab kenapa Anwar Ibrahim tdk layak jadi PM:
1. Kerana sokongan kpd LGBT,
2. Sokongan keselamatan Israel,
3. Pembohongan 16 September,
4. Buku jingga tdk dilaksanakan di 4 negeri,
5. Politik populis semberono yg meraih populariti tanpa fikir kemampuan Negara,
6. Tiada kabinet bayangan,
7. Fahaman pluralisme kata semua agama sama,
8. Dpt dana dn bantuan pihak asing
9. Kes liwat blum selesai di Mahkamah Rayuan dn Persekutuan
10. Skandal video seks yg tulen beliau di dalamnya.

Sunday, April 22, 2012

Kayu Lapok jadi pilihan PAS

Timbalan Presiden Pas-Mat Sabu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ketua penyelidik PAS, Dzulkefly Ahmad mahu meletakkan mantan pemimpin Umno ini (foto) untuk calon mereka pada PRU-13 akan datang.

Tujuan parti Pas menggait mantan pemimpin Umno yang telah lapok ini, adalah kononnya menggunapakai pengelaman individu ini semasa dalam Umno/BN bagi merosakkan dan mencatas sistem dalam Umno/BN.

Yang PAS lupa, adalah jika sekiranya individu ini, bukan tergolong kayu lapok, sudah tentunya masih menjadi pilihan Umno/BN sebagai calon pada PRU-12 lalu. Namun, kerana individu ini sudah tergolong kayu lapok, maka calon yang menjadi penggantinyapun, yakni adiknya sendiri, ditolak oleh rakyat Kulim-Bandar Bahru.

Individu ini adalah pemimpin yang telah expired, dan AYT berkeyakinan, beliau ini tidak mempunyai impak kepada Umno/BN.

PRU-13 diambang pintu: Pembangkang kelam kabut

Dalam suasana semua pihak meramalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kian hampir, parti pembangkang terpaksa mencipta isu politik dari pelbagai sudut dengan tujuan untuk menarik perhatian rakyat.

Motif utama mereka ialah menonjolkan keburukan kerajaan. Sama ada apa yang mereka bangkitkan itu benar atau salah, bukanlah perkara penting.

Dalam keadaan begini, mereka akan cuba mengelirukan pemikiran rakyat dengan apa cara sekali pun, meskipun terpaksa menipu atau memfitnah.

Mereka mahu menimbulkan rasa syak wasangka dan keraguan di fikiran rakyat untuk mengurangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan. Harapan besar mereka, ia akan diterjemahkan kepada undi.

Itulah sebabnya pembangkang mendalangi perhimpunan BERSIH 3, seperti mereka lakukan sebelum ini. Kalau boleh mereka mahu kerajaan mengharamkan perhimpunan itu supaya lebih mudah mereka meraih simpati dari dalam dan luar negara.

Mereka melancarkan serangan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya semata-mata untuk hilangkan keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan.

Mereka kononnya meragui pertambahan pengundi sedangkan mereka juga menjalankan kempen menambah pengundi untuk mengundi parti mereka. Bila rakyat mulai ragu, mudahlah mempengaruhi pemikiran mereka.

Hakikatnya, jika SPR tidak bersih, Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan tewas di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pada PRU-12, 2008 lalu. Perak ditawan semula oleh BN berikutan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri pembangkang keluar parti.

Lagi pun, takkanlah jutaan mata yang melihat proses perjalanan pilihan raya pada hari pengundian atau pengiraan undi, tidak dapat mengesan jika berlaku penipuan.

Di setiap pusat pengundian diletakkan pemerhati mewakili parti politik yang bertanding. Apakah parti pembangkang sendiri tidak yakin dengan ahli atau wakil yang mereka pilih untuk menjadi mata dan telinga mereka di pusat mengundi atau di pusat pengiraan undi.

Sebelum ini, mereka mempertikaikan institusi kehakiman seolah-olah Malaysia tidak lagi menghormati keluhuran undang-undang. Selepas mereka menang beberapa kes, termasuk membabitkan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, mereka terpaksa mencari sasaran baru bagi memenuhi cita-cita politik mereka.

Ada isu yang mereka bangkitkan memakan diri sendiri akibat terlalu rakus untuk memburukkan orang lain sedangkan lupa melihat ke dalam diri sendiri. Hari ini mereka terjerat dengan isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mereka mahu mansuhkan.

Mereka terlupa bahawa ketika cadangan penubuhannya dan dibentangkan di Parlimen, pemimpin pembangkang termasuk Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng menyokong kuat pelaksanaannya. Anwar sendiri lupa bahawa PTPTN dilahirkan ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Adalah jelas bahawa pembangkang amat bimbang dengan kelemahan mereka sekarang dan terpaksa mengada-adakan atau membesarkan sesuatu cerita untuk mendapat perhatian dan sokongan. Parti pembangkang tahu, kewujudan mereka tidak lagi relevan jika gagal mencipta cerita sensasi.

Ini menunjukkan semakin hampir tarikh PRU-13, pembangkang semakin menggelabah dan kelam kabut. Mereka sedar bahawa ini adalah peluang terakhir bagi mereka untuk merampas kuasa. Oleh itu, mereka terpaksa melakukan apa saja tanpa mengira sama ada tindakan mereka itu haram. — berita harian online

Unit Amal Pas- suka sangat tengok awek ni

Selepas lapan hari, terpancar benar kelakuan yang berkemah itu adalah mereka yang tiada perancangan masa depan. Mereka hanya menggunakan tenaga fizikal mereka, tanpa menggunakan otak dan akal fikiran.

Para perserta menunjukkan belang mereka, sebenarnya, mereka bukanlah mahasiswa teladan, tetapi, mahasiswa gelandangan, yang buta idea dan pemikiran.

Mereka yang berkemah itu, tidak ubah seperti kambing-kambing dalam reban, yang diperlihara, dan apabila sudah sampai masanya akan dijadikan korban.

Peserta (foto), seharusnya memalukan mereka yang bernama mahasiswa.

Saturday, April 21, 2012

Unit Amal Pas jaga keselamatan awek botak ni

Peminjam PTPTN wajib bayar hutang. Haram hukumnya kalau tak bayar, demikian kata Mufti Pahang.

Anwar Ibrahim berjanji, kalau Pakatan Rakyat menang, maka PTPTN dimansuhkan.

PTPTN diluluskan di Parlimen pada Julai, 1997. Pada masa itu, Anwar adalah pemangku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan.

Semasa dibentangkan di dewan rakyat, Ketua pembangkang masa itu, Lim kit Siang turut menyokong.

Sebenarnya, isu PTPTN timbul, kerana kebanyakkan mahasiswa yang menjadi penyokong pembangkang adalah terdiri daripada mereka yang dropout atau mereka yang mempunyai markah, yang tidak boleh dipertimbangkan langsung untuk menukar pinjaman kepada biasiswa.

Atas sebab itu, mereka mempunyai niat tersirat untuk menipu kerajaan melalui tuntutan pemansuhan PTPTN.

PTPTN adalah salah satu bentuk pinjaman kepada pelajar daripada golongan yang tidak mampu (walaupun disalahguna juga, kerana mereka yang mempunyai kemampuan, juga menggunakan PTPTN).

Sejak diwujudkan, lebih 800 ribu pelajar mendapat kemudahan daripada kemudahan itu. Selain itu, PTPTN juga merupakan salah satu sumber universiti swasta, atas sebab, boleh menerima pelajar, kerana pelajar tidak terbentur dengan kos pengajian.

PTPTN selain digunakan untuk yuran pengajian, juga digunakan untuk sara hidup. Menurut kajian Kementerian Pelajaran, antara 70-85 peratus pinjaman PTPTN adalah untuk sara hidup.

Persoalannya, kalaulah PTPTN dimansuhkan, ada jaminan kah sara hidup diberikan? Pembangkang boleh sahaja menjanjikan bahawa sara hidup akan diberikan, kerana mereka tahu, bahawa janji itu tidak perlu ditunaikan.

Sebagai contoh, janji pakatan kepada rakyat Selangor, elaun kepada setiap pelajar yang berjaya masuk universiti akan diberikan RM1,000, hingga kini tidakpun ditunaikan. Elaun kepada ibu2 tunggal, warga emas, juga tidak ditunaikan. Sewa premis perniagaan akan diturunkan, apa yang berlaku, sewa naik berkali lipat.

Friday, April 20, 2012

Pembantah PTPTN: Terpekik terlolong- bagai tin kosong

Mereka yang mengelar mahasiswa, bukanlah mahasiswa teladan atau contoh. Sebahagian daripada mereka adalah mahasiwa dropout, kerana tidak mempunyai kemampuan mengikuti pengajian di peringkat universiti.

Bayangkan individu yang mengelar mahasiswa, kononnya memwakili mahasiswa (foto), tidak ubah seperti penagih dadah.

Mereka yang terpekik tertolong pada Sabtu di jalan raya ibu negara, bagaikan, orang-orang yang tiada akal; tidak menggambarkan sama sekali sebagai mahasiswa.

Melihat kepada gelagat mereka, sebenarnya mereka hanya sebagai keldai jalanan yang diperalat oleh pembangkang.

Peserta Pembantah PTPTN- Ini yang dikawal oleh Unit Amal Pas di Dataran Merdeka

Inilah mahasiswa yang membantah PTPTN dan mendapat kawalan Unit Amal Pas.

Sebenarnya, serangan pada pagi Khamis lalu, adalah Sandiwara para "mahasiswa" ini agar supaya mereka mendapat simpati.

Setelah berkemah beberapa hari, ternyata perkemahan mereka itu tidak mendapat sambutan, malah melalui perkemahan itu, menjadikan tempat berkumpulnya "mahasiswa" yang tidak senonoh dan mungkin dipengaruhi oleh dadah.

Lihat sahaja "mahasiswa" perempuan di atas selain botak, pakaiannya tidak senonoh sambil menikmati "rokok".

Salah seorang lagi (foto bawah)... lihat matanya... stim habis... entah berapa pick.. ectasy dah masuk.

Para mahasiswa yang tidak terlibat dalam perkemahan ini, seharusnya menguntuk kumpulan ini jika melihat inividu2 yang mengaku mewakili mahasiswa seperti mana dipaparkan di atas.

Mayat Sepasang Kekasih Curang Ditemui Mati Dalam Kereta

KUALA LUMPUR: Sepasang kekasih yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit mati dalam sebuah kereta di Bukit Puchong pukul 1petang Khamis akibat terhidu gas beracun dari alat penghawa dingin.

Seorang jurucakap polis berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun dan teman wanitanya berusia 26 tahun ditemui oleh ayah si lelaki tersebut di dalam kereta yang diletakkan di dalam bengkel milik mangsa.

"Ayah lelaki tersebut terdengar bunyi enjin dan radio yang terpasang di dalam bengkel dan mengesyaki sesuautu yang mencurigakan membawa kepada penemuan kedua-dua mayat," kata jurucakap itu.

Kedua-dua mereka dikatakan sudah berkahwin dan sedang berhadapan masalah rumahtangga dengan pasangan masing-masing.

Ketua Polis Subang Jaya, Asisten Superitendan Yahaya Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat. - BERNAMA

Thursday, April 19, 2012

PemBantah PTPTN: Plot Samseng-akhirnya berjaya

Lima hari berkemah, tiada gangguan, masuk hari ke-6, "samseng" datang menyerang? jangan terpedaya, ini adalah muslihat dan sandiwara.

Selepas "samseng" menyerang, Anwar datang berkunjung, apa makna ini?

Plot asal, mereka yang berkemah, agar supaya pihak berkuasa menganggu. namun hasrat mereka itu tidak kesampaian.

Kini, umpan mereka melalui PLOT SAMSENG berjaya. Yang disalahkan pihak Polis. Malangnya, Umno konon ada dibelakang serangan itu.

Hati-hati terhadap kelibat Pembangkang, mereka dibekalkan dengan rancangan dan muslihat yang cukup, untuk menukar keadaan agar senantiasa berpihak kepada mereka.

Jumlah yang berkemah bukan banyak manapun. Mereka bukanlah mengancam keselamatan. Kehadiran mereka hanya merosak pemandangan Dataran Merdeka.

Tak kan lah kerajaan sebodoh itu. Tak kan Umno sebodoh itu,untuk menyerang ala Samseng.

Plot Samseng adalah lakonan. Dalam lakonan itu, mesti ada yang sanggup tercedera, agar nampak lakonan itu REAL.

Polis buang masa untuk siasat, kerana serangan Samseng pada 2.45 pagi tadi, sebenarnya sebahagian daripada plot pembangkang.

Benar kan! Pembantah PTPTN salahkan POLIS

Benarkan, polis disalahkan. Walaupun pihak polis tiba 6 minit selepas bermulanya "aksi" "samseng" terhadap "mahasiswa" yang berkemah di Dataran Merdeka, pihak yang berkemah itu tetap menyalahkan pihak polis.

Satu fakta nyata: Dataran Merdeka bukan untuk berkemah.. Tiada undang2 atau peraturan, bahawa tempat itu adalah tempat berkemah. Ertinya, pihak polis, tidak perlu dipersalahkan, jika ada kejadian berlaku.

Sejak Sabtu, kumpulan yang memanggil mereka "mahasiswa" berkemah di Dataran Merdeka. Dalam perancangan awal mereka, perkemahan itu akan diganggu pihak polis atau DBKL. Pada mula pihak DBKL menasihatkan mereka agar menacari tempat lain untuk berkemah, namun kumpulan itu enggan. Pihak polis pula, langsung tidak ikut campur, kerana peserta yang berkhemah bukan mengacam keselamatan, kerana itu dibiarkan.

Selama lima hari, tiada gangguan daripada pihak polis. Perancang kepada perkemahan ini, terpaksa membuat PLOT baru. Tujuannya semata-mata untuk menadapat sokongan atau simpati daripada pihak tertentu atau untuk mencipta isu baru yang boleh menjadikan pihak kerajaan atau polis dipersalahkan.

Siperancang PLOT.. mendapat jawapan... SAMSENG untuk menyerang. Atas sebab itu di pagi hari semalam, SAMSENG ciptaan mereka bertindak. Dalam lakonan ini, mesti ada sanggup menjadi mangsa, agar sandiwara itu nampak REAL.

Kini, mereka mula menyalahkan POLIS, kononnya lambat bertindak...inilah tujuan pembangkang, perbuatan yang mereka cipta, menuduh orang lain yang salah.

Yakinlah wahai pembangkang.. rakyat tidak akan dapat menerima sandiwara kalian...

Awas Pembangkang cari helah cetus HURU HARA

MEREKA sudah lakukan melalui PLOT SAMSENG "meyerang" pembantah PTPTN di dataran Merdeka.

Diluar dugaan mereka, polis tidak bertindak menyuraikan perkemahan "mahasiswa" yang bermula Sabtu lalu, dan pada rancangannya sehingga 28 April, menjelang aksi DUDUK kumpulan Bersih, Pembantah LYNAS, Pembatah PTPTN serta Program Mansuh ISA.

Dalam plot perancangan mereka, apabila Polis bertindak, maka mereka akan melakukan aksi balas dengan merosakkan harta benda awam.

Sayang PLOT mereka melalui "Samseng" termakan oleh pemimpin BN termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

AYT tabik pada polis, kerana membiarkan perkemahan di Dataran Merdeka. Kini, melalui PLOT mereka dengan mengunapakai "samseng" menyalahkan pihak polis pula, kenapa tidak bertindak.

Adalah diharapkan, kepada pihak polis, jangan terpengaruh dan buang masa kepada dakyah ini, kerana selagi terperangkap, maka pihak polislah yang akan dipersalahkan dan seterusnya pihak kerajaan.

Jangan lupa, pembangkang mempunyai perancangan yang rapi untuk mencetuskan huru hara, agar supaya semangat 'ARAB SPRING' merebak di negara ini.

Pada 28 April, kepada pihak Polis, jangan ganggu mereka itu, biarkan rakyat menilai perjuangan mereka; kecualilah, mereka ini merosakkan harta benda awam dan menganggu ketenteraman rakyat.

Bantah PTPTN: Serangan "Samseng" - rancangan sendiri

JANGAN terpancing hela "mahasiswa" yang berkemah di Dataran Merdeka, kononnya mereka diserang Samseng. Sejak berkemah pada Sabtu, hingga ke hari ini, provokasi mereka terhadap pasukan keselamtan, tidak berbalas.

Untuk itu, demi menarik simpati, mereka merancang sesuatu untuk mendapat simpati. Wujudlah idea "samseng" untuk mennyerang mereka.

AYT sangat yakin, "samseng" yang digambarkan adalah satu plot mereka, demi propaganda, menarik simpati.

Samseng itu adalah sebahagian daripada "mahasiswa" yang berkemah itu, atas sebab itu "samseng" berkenaan seolah-olah satu kelompok berasingan, lengkap dengan seragam-all in black.

Dalam plot awal "mahasiswa" yang berkemah, mereka menjangkakan akan mendapat tindak balas daripada pasukan keselamatan (polis), namun keinginan mereka itu tidak menjadi.. sebaliknya, pasukan polis membiarkan perbuatan mereka.

Untuk menimbulkan HO HA... mereka terpaksa merancang sesuatu... PLOT SAMSENGLAH JAWAPANNYA.

Kelakuan pemimpin BN- mengekang kemenangan

Selepas sahaja PRU-12, macam-macam kelakuan pemimpin BN terbongkar. Daripada isu rasuah, isu salah gunakuasa,isu pembunuhan, isu perempuan, selain isu isteri pemimpin.

Terkini isu pemimpin kanan Umno kebetulan pula seorang menteri kanan. Apa kah benar isu ini?, bukan suatu persoalan lagi. Bagi yang mendedahkan isu ini adalah usaha berterusan mereka, untuk mengwujudkan persipsi, bahawa pemimpin BN itu tidak kompeten.

Awal tahun 2009, para pemimpin BN dikejutkan dengan pendakawaan mantan Presdien MCA dan mantan Timbalan presiden parti itu berhubung skandal PKFZ yang berjumlah biliion ringgit. Selain itu, didapatinya bersalah mantan MB Selangor-Khir Toyo, berhubung pembelian rumah agamnya tiga tahun kemudian.

Menjelang akhir tahun 2011 sehinggakini, isu salah gunakuasa oleh keluarga menteri, sehingga menyebabkan beliau melepaskan jawatan menteri.

Boleh sahaja pemimpin berkata-adalah lumrah-menjelang pilihanraya-maka macam-macam isu ditimbulkan oleh pihak pembangkang-demi merai simpati rakyat dan seterusnya mendapat undi.

Persoalannya berapa ramai yang menganggap pendedahan isu mengenai pemimpin BN hanya dakyah pembangkang? bagi penyokong tegar BN-isu apapun-tetap sahaja jadi penyokong-namun mereka yang di atas pagar-sedikit sebanyak mempengaruhi pola pilihan mereka pada PRU-13.

Jika melihat kepada keputusan PRU-12, swing 5 peratus pengundi atas pagar, boleh menjahanamkan peluang BN mempertahankan Putrajaya. Perkara inilah yang dikejar dan direbut oleh pembangkang-kerana mereka juga tahu-apapun transformasi yang dilakukan oleh kerajaan BN-penyokong tegar Pembangkang tetap penyokong mereka.

Di atas kertas, masing-masing BN dan PR merebut swing sokongan pengundi atas pagar, demi memenangi pilihanraya.

Akhir-akhir ini, berita kecacatan para pemimpin BN lebih terserlah di berbagai media terutama media siber. Bertolak belakang pada 2-3 tahun lalu, apabila media massa termasuk dunia siber dipapari oleh kes liwat Anwar terhadap Saiful dan kes rakaman seks Anwar dengan pelacur.

Sayang sungguh-PRU-13 diambang pintu, isu para pemimpin BN pula bukannya berkurang, malah bertambah... manakala isu terbaru bagi pemimpin Pembangkang, semakin tidak kedengaran.

Apa kah keadaan ini suatu PETANDA BURUK???? SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN.

Wednesday, April 18, 2012

Pemandu Artis yang curi duit: Pak Menteri pula yang kena

Pemandu peribadi pelakon terkenal, Zahida Rafik mendedahkan skandal Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal dalam satu laporan polis pada 13 Mac lalu.

Noor Azman Azemi, 38, yang bekerja sebagai pemandu peribadi Zahida sejak tiga tahun lalu mendedahkan skandal itu dalam laporan polis terhadap Zahida yang menuduhnya melarikan wang RM200,00 milik Zahida.

Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Menceritakan dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.

“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

“Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

“Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

“Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,” katanya dipetik dalam laporan polis yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini.

Zuraida seterusnya berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukannya terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

“Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Selain itu, Zuraida mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Zuraida kemudiannya mempersoalkan bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu.

“Sebagai menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.AMPANG: Pelakon Zahida Mohamed Rafik, 37, kerugian RM200,000 dilarikan pemandu peribadinya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Zahida yang popular menerusi filem komedi Anak Mami The Movie menyerahkan wang tunai berkenaan kepada lelaki berusia 37 tahun itu pada kira-kira jam 11 pagi Rabu lalu dan sejak itu suspek gagal dihubungi serta dipercayai sudah melarikan diri.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu yang menjalankan perniagaan milik keluarganya di sini turut ke rumah suspek untuk mencarinya, tetapi tidak berhasil apabila dimaklumkan lelaki berkenaan tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi.

Zahida kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, pada petang hari sama.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berkenaan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah amanah.

Sementara itu, Zahida ketika dihubungi semalam berkata, apa yang berlaku mungkin kesilapannya sendiri kerana terlalu percaya terhadap pemandunya itu.

“Saya percayakannya sebab dia sudah bekerja dengan saya hampir lima tahun dan sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan,” katanya.

Zahida berkata wang RM200,000 itu sepatutnya digunakan untuk membuat pembayaran kepada rakan perniagaannya di China.

“Sebelum ini sudah banyak kali dia (suspek) membantu saya dalam urusan memasukkan duit ke dalam akaun bagi urusan kerja, tapi tidaklah jumlah yang besar sebegini. “Kebiasaannya saya akan turut sama pergi dan dia hanya menemani. Namun, kali ini saya benar-benar tidak sempat kerana ibu sakit dan saya agak kelam-kabut di rumah bagi menguruskan beberapa perkara,” katanya. Menurut Zahida, dia langsung tidak menjangka pemandunya sanggup menghilangkan diri bersama wang RM200,000 itu.

“Sebelum membuat laporan polis, saya ke rumahnya. Maklumlah sudah hampir lima tahun dia bekerja dengan saya, saya kenal anak-anak dan ibunya yang tinggal bersama. “Mungkin juga dia ada masalah kewangan atau memerlukan duit, jadi saya ke rumahnya untuk bertanya dan berbincang. Namun ibunya hanya memberitahu dia sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Jadi, saya tiada pilihan selain melaporkannya kepada polis,” katanya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

Mahasiswa Bantah PTPTN: Mahasiswa dungu dan Bodoh

KALAULAH mahasiswa yang membantah PTPTN itu mempunyai perjuangan yang benar-benar mahu memansuhkan PTPTN, kalaulah mahasiswa yang berdemonstrasi itu benar-benar mahasiswa yang bijak dan pintar, kalaulah mahasiswa yang berarak dan berkemah di dataran merdeka itu mahasiswa tulin, kalaulah mahasiswa-mahasiswa itu adalah mahasiswa yang pemberani dan menuntut sesuatu yang hak, maka MEREKA sepatutnya TIDAK melakukan perkara-perkara yang tidak bertamdun.

Oleh kerana mahasiswa itu adalah agen-agen dan pencacai pembangkang, maka kenampakan bahawa perbuatan mereka itu, sesungguhnya bukan memperjuangkan apa yang dituntut mereka, akan tetapi tindakan mereka hanya mahu mengwujudkan suasana tidak tenteram dalam negara sepertimana perancangan pembangkang.

Di mana-mana perjuangan yang ikhlas mesti mempunyai disiplin yang tinggi, namun apabila perjuangan itu, hanya perjuangan PALSU demi orang lain atau kelompok tertentu, maka tindakan melalui perjuangan itu bercelaru.

Nampak melalui tindakan mahasiswa yang berarak pada Sabtu, mereka sebenarnya tiada niat untuk membantah pemansuhan PTPTN, akan tetapi kerana skrip yang disediakan oleh pembangkang adalah demikian, maka, mereka sebagai pelaksana kepada perancangan itu, tidak tahu apa yang mereka lakukan.

Setiap tindakan kita, selain usaha yang dilakukan, juga mengharapkan keredhan Allah, namun apabila tindakan mahasiswa pada Sabtu, mencampurkan adukkan penghinaan terhadap orang lain termasuk pemimpin, membawa slogan pembangkang, kemudian bertakbir; menampakkan, bahawa mereka bukanlah mahasiswa yang bertindak daripada hati nurani mereka, sebaliknya mereka bertindak atas arahan.

Melihat cara mereka bertindak; mahasiswa-mahasiswa yang terlibat adalah kumpulan yang dungu lagi bodoh.

Melihat kepada tindakan mereka itu, yang bersimpati adalah mereka yang menyediakan skrip itu, sebaliknya khayalak tidak mungkin bersimpati.

Mahasiswa yang berarak pada Sabtu membantah PTPTN kononnya berjumlah 500 orang, kurang daripada 0.05 peratus penerima PTPTN. Melalui peratusan itu, sebenarnya secara statistik, bilangan itu tidak signifikan atau tidak perlu dihiraukan.

Mereka bukannya mewakili mahasiswa, mereka hanya kelompok kecil pencacai pembangkang, yang meletakkan akal dan fikiran dilutut mereka.

Mereka akan dihargai, jika sebelumnya tuntutan mereka TULIN, tanpa membawa iklan pembangkang.

Mana-mana iklan yang disiarkan atau dibawa bersama, sudah pasti si pemasang iklan atau sipengiklan telah membayar kos pengiklanan itu.

Melihat kepada tindakan mahasiswa pada Sabtu, jelas mahasiswa itu adalah agen Pembangkang. Di sinilah kebodohan dan kedunguan mereka; atas sebab itu, perjuangan mereka itu, sebenarnya bukan TULIN akan tetapi berasaskan skrip yang disediakan pembangkang.

Tuesday, April 17, 2012

Hanya orang gila dan Bodoh mahu PTPTN dimansuhkan

Kalau bukan PTPTN, anak saya empat orang tidak akan boleh belajar di perguruan tinggi. Kalaulah tiada dermasiswa daripada Yayasan X, tidak mampu saya menyekolahkan semua anak2 saya.

Memang sekolah percuma. Buku teks percuma. Seragam perlu beli. buku tulis perlu beli. wang saku. tambang bas... dan berbagai keperluan anak2. Kalaulah tiada bantuan yayasan tertentu... 100% saya tidak mampu menghantar anak2 saya ke sekolah.

Demikian juga di peringkat universiti... bagaimana bayar sewa rumah, ongkos ke kampus, buku teks, kertas, ink printer, kertas folio, pen, makan minum.. kalaulah tiada PTPTN, macam mana nak cari wang untuk itu semua.

Mampukah kerajaan bagi biasiswa kepada ratusan ribu lulusan SPM atau puluhan ribu lulusan STPM... bagi tujuan sara hidup.

Adalah idea BODOH DAN GILA memansuhkan PTPTN.

Dengan adanya pinjaman kewangan maka orang boleh beli rumah, beli kereta, boleh belajar dan boleh macam-macam.

Bayangkan kalau tiada pinjaman. Harga rumah pada tahun 1998 bersamaan RM800K, kerana ada pinjaman, maka dapat beli rumah dengan angsuran RM5k sebulan. Untuk mengumpul 800k, maka perlu 15 tahun, malangnya selepas 15 tahun, rumah yang berharga RM800k pada tahun 1998, kini berharga RM2juta. Sampai bila pula saya boleh kumpul 2juta. By the time berjaya kumpul 2juta, harga rumah yang sama, menjadi 5juta... jika tiada kemudahan pinjaman... maka sampai matipun saya tidak dapat rumah yang saya idamkan pada tahun 1998.

Demikian juga PTPTN, kalau bukan kerana PTPTN, bagaimana keluarga yang kurang mampu dapat menyekolahkan anak2 mereka.

Atas sebab itu, pada tahun 70-an dan 80-an, tidak ramai yang berkelulisan universiti, kerana terbentur dengan biaya hidup semasa di universiti.

Berasaskan kepada keadaan itulah, untuk memperbanyak modal insan, maka kerajaan melalui jabatan Pelajaran pada tahun 1997, memperkenalkan PTPTN.

Selepas 15 tahun, barulah puak2 yang tidak sedar diri mahu menghapuskannya. Ertinya, mereka tidak mahu lagi, generasi penerus menjadi modal insan. Mereka mahu generasi muda jadi bodoh... dan hanya cukup berkelulusan sekolah menengah.

Pemimpin Pembangkang hina Raja-Raja: Petanda penubuhan negara REPUBLIK

Tanda-tanda telah jelas, melalui penghinaan para pemimpin Pembangkang terhadap Raja-Raja Melayu, maka apabila mereka menubuhkan kerajaan Persekutuan, maka sistem beraja di negara ini akan dimansuhkan, untuk digantikan dengan REPUBLIK.

Mereka tidak dapat berselindung lagi. kelakuan mereka telah begitu jelas.

Sebelum pendedahan DR Ramlan Kadir, Pegawai Perubatan yang bertugas semasa pertabalan SPB Agong ke-14, Bekas Persurujaya Pas Selangor-Dr Hassan Ali, pernah mendedahkan bahawa Pakatan Rakyat mempunyai rancangan memansuhkan sistem beraja di negara ini, apabila parti2 mereka berjaya merampas Putrajaya.

Apabila sistem Beraja dimansuhkan, masyarakat Melayulah yang rugi, manakala kaum cina dan india, tidak rugi satu apapun.

Adalah tugas semua kaum melayu agar mempertahankan sistem beraja dalam negara ini, kerana hanya itu sahaja yang berbaki dalam gengaman kaum melayu.

Tanah darat, laut, bukit, sungai, hutan di negara ini bukan lagi milik kaum melayu, kerana kaum melayu terpaksa berkongsi dengan kaum2 lain.

Singapura adalah milik Melayu, kini Singapura bukan lagi. Pulau pinang milik melayu, kini bukan lagi.

Semua ibu negeri kecuali Kota Bahru dan Johor Bahru, diwakili Melayu, yang lainnya bukan daripada kaum melayu lagi.

Sadarlah kaum melayu, jangan pergadaikan maruah kaummu kepada petualang2 bangsa demi mencapai cita2 peribadi.

Hina Raja-Raja Melayu Azmin Ali dan Tian Chua berdolak dalik

Persoalan siapakah Dr Ramlan Kadir, seorang doktor yang bertugas semasa pertabalan SPB Agong yang ke-14, yang mendedahkan tingkah laku Azmin Ali, Tian Chua dan Khalid Samad, tidak penting. Perkara pokok di sini, adalah perbuatan dan tingkah laku para pemimpin Pakatan Rakyat itu seperti yang didedahkan, sungguh biadap.

Reaksi Azmin Ali apabila pendedahan itu disiarkan oleh beberapa lama WEB, beliau memutar isu, kononnya pendedahan itu didalangi Umno/BN untuk menyerang peribadinya.

Azmin mempersoalkan, mengapa seorang doktor boleh berada dalam balarong Seri? Pertikaian Azmin mengenai kehadiran doktor itu, menunjukkan, memang sah, bahawa beliau melakukan kelakuan tidak senonoh semasa pertabalan itu pada 14 April lalu.

Jika benarlah, pendedahan Dr Ramlan itu bertujuan untuk kepentingan Umno/BN, mengapa pula doktor itu memuji MP Kepong daripada DAP, Dr Tang Seng Giew? Mengapa doktor itu, hanya mendedahkan kelakuan tidak senonoh Azmin Ali, Tian Chua, Khalid Samad, dan Ketua Musilimah Pas? sedangkan ramai para pemimpin Pembangkang turut hadir sama semasa majlis pertabalan itu?

Pendedahan doktor itu, sebenarnya menjelaskan apa yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat itu. Pendedahan itu, dengan jelas menunjukkan bahawa para pemimpin PR itu melakukan penghinaan terhadap raja-raja melayu, apabila setiap ucapan dan perbuatan mereka didedah satu persatu.

Menurut hemat AYT, mereka memang patutpun menghina raja-raja melayu, kerana apabila Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara, maka kuasa raja-raja akan dimansuhkan, kerana mereka mengubah status negara ini, kepada negara REPUBLIK.

Anwar mahu jadi Presiden dan Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden.

Kepada kaum melayu, fikir-fikirkanlah menyokong Pakatan Rakyat, gabungan tiga parti itu akan menghapus kewiraan melayu di bumi melayu.

Pencagah dadah patut periksa air kencing mereka yang berkemah di Dataran Merdeka


Pencegah dadah perlu periksa air kecing budak ni. Melihat matanya... macam stem je..

Monday, April 16, 2012

Musang berbulu ayam: Selepas pejabat PM kini Pejabat Umno pula

Melihat paparan blog "hackerkini.blogspot.com" nampak gayanya kerja-kerja mengodam File keahlian Umno adalah kerja orang dalam.

Dalam satu halaman terdapat senerai ahli-ahli majlis Tertinggi, termasuk data Presiden Parti dipaparkan.

Walau bagaimanapun Setiausaha Agung parti-Tengku Adnan Mansor menafikan bahawa pengkalan data parti itu telah digodam.

Musang Berbulu Ayam kini merebak di Pejabat Umno pula, selepas Pejabat Perdana Menteri.

Pendedahan: Biadapnya Pemimpin Pembangkang semasa Pertabalan SPB Agong ke-14

AZMIN ALI-Timbalan Presiden PKR-salah seorang yang menghina.
Oleh Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.

Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.


Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.


Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.


Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.AIDC

Sunday, April 15, 2012

Apa kah impian Anwar tercapai?

Apa kah impian Anwar tercapai?

Anwar telah mencuba berbagai cara untuk mencapai cita-citanya. Di dalam negara, Anwar membuat janji2 retorik. Sementara itu, Anwar meminta sokongan daripada luar negara, terutama dari Amerika, Isreal dan Turki.

Anwar secara senyap mendapat perkhidmatan daripada perisikan Isreal, bagi menghadapi BN, dan seterusnya merealisasikan cita2nya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Akibat tindakan Anwar itu, sokongan akar umbi daripada rakannya Pas di mana sebelumnya berdiri teguh di belakang pembangkang, kini berubah arah. Akar umbi Pas yang berpuluh tahun berjuang meneggakkan negara islam, kini berputih mata, kerana perjuangan puluhan tahun itu, sirna dengan sekelip mata, dan kini digantikan dengan negara berkebajikan.

Dekatnya Anwar terhdap Amerika dan Israel, mengakibatkan akar umbi Pas menjauhi gabungan tiga parti itu. Perkara ini terbukti pada 8 pilihanraya kecil (PRK) selepas PRU-12, di mana semua PRK itu dimenangi BN, termasuk dua kawasan Pas; dan PAS nyaris2 kalah di DUN Manek Urai, Kelantan.

Tindakan Anwar sebenarnya merugikan PAS dan PKR sendiri, walaupun menguntungkan DAP.

PKR dan PAS merebut pengundi kaum melayu. Akibat tindak tanduk Anwar, maka pengundi melayu yang menyokong PKR dan PAS pada PRU-12, kini kembali semula kepada BN.

Kaum melayu merasa tertipu. Mereka melihat bagaimana sepak terajang DAP di Pulau Pinang terhadap kaum melayu, demikian juga di Selangor, walaupun Selangor berMBkan Melayu.

Kini kaum melayu sedar, bahawa perjuangan Anwar adalah untuk menjadi Perdana menteri, bukannya untuk rakyat.

Kaum melayu melihat, bahawa Anwar adalah boneka DAP dan negara2 asing. Anwar akan gadaikan negara demi cita2nya.

Kaum melayu melihat, bahawa Anwar akan mengenepikan nilai2 sosial dalam negara ini, apabila beliau sanggup bersengkokol dengan mereka yang anti islam seperti Ambiga.

Kaum melayu melihat, jika Anwar dibenarkan menjadi Perdana Menteri, maka LBGT akan dibenarkan, kononnya demi kesamaan hak.

Kaum melayu melihat, bahawa jika Anwar dibenarkan menjadi Perdana Menteri, maka kaum melayu/bumiputera akan tertinggal jauh, kerana mereka tidak akan dibela lagi. Anwar akan melaksanakan meritrokarsi di semua bidang, termasuk dalam bidang pendidikan.

Kaum bumiputera/Melayu akan kehilangan peluang menyambung pengajian di peringkat universiti, kerana pemansuhan PTPTN. Walaupun semua IPTA adalah percuma, namun pelajar tidak akan mampu memgikuti kuliah, kerana tiada kemampuan sara hidup.

Anwar mahu bumiputera/melayu terus ketinggalan, agar mudah diperkotak katikan.

Rasanya berasaskan keadaan yang seperti yang disebutkan, Anwar bakal gagal mendapatkan cita-citanya.

Anwar akan tetap jadi ketua Pembangkang, kalau diberikan oleh DAP.

Parti Isteri Anwar PKR, tidak akan mampu mempertahankan 31 Kerusi yang dimenangi pada PRU-12.

Atas sebab itu, Anwar akan kekal dengan impinannya untuk menjadi PM sehinggalah ke liang lahad. Sama-sama kita tunggu.

Isu PTPTN: Apa susahnya-Jika anak2 pembangkang tak nak.. jangan minta.. tiada yang paksa

Kenapa Anwar mempermaslahkan PTPTN? sedangkan beliau sendiri yang meluluskan program itu pada 1 Julai, 1997, semasa memangku Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan?.

Anwar suka sangat buat kecoh. Kalau pihak pembangkang merasakan bahawa anak-anak mereka tidak memerlukan PTPTN, jangan minta.. apa susahnya.

Ini tidak, apabila anak2 pembangkang yang mendapat PTPTN, gagal dalam pengajian, maka susahlah nak pulangkan balik pinjaman, kerana tidak mendapat pekerjaan yang sesuai yang membolehkan mereka memulangkan balik wang PTPTN, maka kecohlah mereka. Ini namanya MENIPU...

Semua orang tahu bahawa PTPTN-80 peratus adalah untuk sara hidup pelajar, hanya 20 peratus yang digunakan untuk yuran pengajian.

Kalaupun pengajian percuma diadakan dalam negara, pasti sangat ramai pelajar yang tidak mampu meneruskan pengajian, kerana terbentur dengan sara hidup. Lainlah halnya dengan mereka yang berduit, yang menjadi mangsa pemansuhan PTPTN adalah kaum bumiputera.

Dulu tujuan Anwar meluluskan PTPTN adalah untuk memberi peluang kepada kaum bumiputera meneruskan pengajian... kenapa pula pusing U?

Sebabnya, mereka yang mendapat ilmu kerana PTPTN, merasa bersyukur, dan tidak terpengaruh kepada dakyah pembangkang.. sebab itulah Anwar marah... inilah tujuan tersirat Anwar memansuhkan PTPTN.

Percayalah, hanya mereka yang gagal pengajian yang bersetuju dengan PTPTN dimansuhkan, manakala keluarga yang mempunyai anak yang belum berkesempatan ke perguruan tinggi pasti bersetuju dengan program PTPTN. Lagipun majoriti mereka ini adalah para pengundi.

Mahasiswa yang kononnya berjuang memansuhkan PTPTN, belum tentu terdaftar sebagai pengundi, kalau ya pun, jumlah mereka hanya minoriti.

Blog Archive