Thursday, March 29, 2012

Nak anjur BERSIH 10 pun silakan

Pembangkang tak payahlah ugut-ugut, konon nak anjur Bersih3.0, nak anjur Bersih 10pun silakan.

Rakyat dah tahu matalamat sebenar pembangkang. Mereka hanya mencari "mileage" politik.

Kali ini kalau dianjurpun, tidak akan dapat sambutan. memontum dah habis..

Gimik pembangkang dah terburai semua. Selepas empat tahun memerintah di 4 negeri, janji2 pada tahun 2008, semuanya nol... paling2 yang mereka banggakan, beri air percuma 20 meter padu di Selangor.. janji2 lain, bayaran pada ibu tunggal, pengurangan bayaran tempat perniagaan, pemberian RM1,000 kepada semua mahasiswa, semuanya auta.

Malah di Pulau Pinang, tapak sekolah dan masjidpun dijual kepada swasta.

Anak Nazri yang gaduh.. Umno pula yang disalahkan.. Apa punya otak?

N. Surendran-Naib Presiden PKR mendakwa bahawa pihak polis melindungi "umno" berkaitan dengan pergaduhan antara pengawal peribadi anak Nazri Aziz dengan pengawal di salah sebuah kondominum, di Mt Kiara minggu lalu.

Apa punya otak? apa kaitan Umno dengan pergaduhan anak menteri itu? Beginilah, kalau tiada lagi isu yang boleh dilontarkan kepada Umno, perkara peribadipun, yang tiada kaitan dengan Umno cuba dihubungkan.

Walaupun Nazri Aziz sebagai pemimpin Umno dan menteri kanan dalam kabinet DS Najib, tidak semestinya beliau bertanggungjawab dengan kelakuan anaknya yang sudah dewasa.

Pemimpin pembangkang sudah hilang kewarasan untuk berhujah, kalaupun mempolitikkan kes-kes seperti ini, jangan lah sampai, hujah itu tidak masuk akal.

Rakyat perlu menilai, tingkat berfikir pemimpin pembangkang, kerana hujah mereka, sudah tergolong dalam hujah orang2 yang tidak waras.

Kemalangan Maut- dua AJK Pemuda Umno Hulu Langat jadi mangsa

KEMALANGAN MAUT... Keadaan kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang rosak teruk akibat kemalangan di Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini, Rabu. Kemalangan itu meragut nyawa dua AJK Pemuda Umno bahagian Hulu Langat, Khairul Hisham Janarudin dan Saifuddin Kandar manakala tiga lagi cedera parah.- Foto BERNAMA.

Wednesday, March 28, 2012

Bekas kawan-kawan rapat Anwar berpakat membongkar kebejatan Ketua Pembangkang itu

Kawan2 rapat Anwar berpakat untuk memberi tahu rakyat siapa Anwar sebenarnya.

Selain Senator Datuk S Nallakaruppan yang mendedahkan bahawa Anwar adalah pengamal biseksual, MP Kulim-Bandar Baru- Zulkefli Noordin juga ikut sama.

Bekas kawan2 Anwar itu menubuhkan gerakan yang dinamakan "Gerakan Anti-Anwar"

Gerakan itu antara lainnya dianggotai bekas setiausaha peribadi ketua pembangkang itu Anuar Shaari, ahli perniagaan Umi Hafilda Ali, dan juga seorang bekas ahli parlimen PKR, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

RCI untuk PATI yang mana???

SUATU masa dulu ISU Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Sabah dibangkitkan oleh para pemimpin PBS, semasa parti itu di luar Barisan Nasional. Sebabnya adalah terdapatnya bilangan pengundi bumiputera islam yang tiba-tiba mendadak naik.

Akibat pertambahan penduduk itu, maka semasa persempadanan semula tahun 2003, kawasan parlimen Sabah bertambah 5 kepada 25 dan kawasan dewan undangan negeri bertambah 12 kepada 60.

Selepas PBS masuk semula ke pangkuan BN, peranan itu diambil alih oleh parti pembangkang, kerana pemimpin yang berasal daripada PBS itu kini salah seorang pemimpin pembangkang.

Tetapi, yang cukup memperanjatkan apabila parti komponen BN seperti UPKO dan kemudian LDP dan akhir-akhir ini PBS juga ikut bersuara.

Sebenarnya, parti-parti komponen BN mahupun pembangkang tahu asal usul penduduk Sabah, baik yang berstatus pekerja asing.

Dalam sesuatu banci penduduk, memanglah setiap manusia akan dibanci, tanpa mengira asal usulnya. Atas sebab itu, bancian penduduk Sabah pada tahun 2010, terdapat 28 peratus penduduk negeri ini berstatus, rakyat asing.

Ekonomi Sabah sangat tergantung kepada pekerja asing, baik di lautan, di daratan mahupun di kilang-kilang serta projek2 perumahan atau bangunan.

Tanpa pekerja asing, perladangan besar di Sabah akan golong tikar, kerana tidak akan mendapat tenaga kerja. Demikian juga projek2 bangunan atau jalan raya, tanpa pekerja asing, pasti projek2 itu tidak akan mampu berjalan.

Ratusan ribu rakyat asing yang dicatat melalui banci tahun 2010 adalah merupakan pekerja asing yang berstatus sah dan mereka adalah pekerja ladang2 besar mahupun syarikat2 hartanah, pembantu rumah dsbnya.

Sebenarnya parti2 pembangkang yang sudah tentunya bukan berlatar belakang bumiputera dan parti2 komponen BN yang berlatar belakang bumiputera bukan islam, mempunyai agenda tersirat, kerana meraka tahu, sampai bilapun parti2 itu tidak akan mampu lagi memperintah Sabah, seperti mana berlaku pada tahun 1985-awal tahun 1994.

Atas sebab itu, mereka memenanam dan memupuk kecerugian yang terancang, agar bumiputera bukan islam dan kaum cina akan terus merasa curiga kepada penduduk/rakyat bumiputera yang beragama islam.

Sebenarnya kalau benar2 diteliti  permasalahan yang dibangkitkan oleh parti2 ini sebenarnya hanya ditujukan kepada mereka yang dikatakan berasal daripada Indonesia dan Filipina. Sedangkan, warga asing yang berketuruan cina dan india serta pakistan yang menjadi penduduk negeri kurang diperhatikan.

Ini yang ironinya, walaupun Sabah telah merdeka 48 tahun, masih terdapat warga negeri ini terutama yang berketurunan cina dan india tidak mampu berbahasa melayu. Kalaulah mereka itu daripada golongan tua, memanglah, akan tetapi mereka yang tidak mampu berkomunikasi dalam bahasa melayu ini adalah berumur lingkungan 40-an, 30-an malah 20-an.

Nah, sudah tentu mencurigakan bukan, ada warga negara yang tidak mampu berbahasa melayu?  darimana kah mereka ini? sudah tentu, daripada daratan cina mahupun Taiwan; akan tetapi mereka ini tidak diambil peduli? Yang mereka peduli adalah mereka2 yang berasal daripada kepulauan, di mana dalam setahun belum tentu pernah ke pekan yang terdekat.

Cukup jelas kecurigaan mereka itu, apabila "warga" ini diberikan dokumen dan mendafar sebagai pengundi, sudah tentu akan menyokong suku kaumnya. Apapun gula2 yang diberikan oleh orang lain, pasti hanya disambut dengan senyuman, bukannya undian. Bukti, pada tahun 1984 semasa PRK Tambunan, Pairin Kitingan sebagai calon bebas dengan mudah mengalahkan Roger Ongkili calon Kerajaan Berjaya.

Kenyataan baru2 ini oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman, bahawa terdapat kira2 40,000 penduduk negeri ini tidak mempunyai surat kelahiran, bukanlah perkara mustahil.  Penduduk ini mendiami pulau2 terpencil, malah dalam perahu, yang mereka tahu hanya menangkap ikan, dapat ikan dijadikan ikan masin, kemudian dijual untuk dapatkan "putu" gula dan sebagainya.

Kenapakah ada pemimpin yang cuba menafikan hak mereka ini? Apa kah kedaifan mereka, merupakan penghalang utama? Walaupun mereka ini diberi dokumen, pengenalan diri, mereka akan tetap menghuni di mana mereka menghuni. Mereka tidak akan berpindah ke bandar dan menubuhkan parti politik dan boleh mengacam kedudukan para pemimpin. Kalaupun itu berlaku, bukan sekarang, perlu waktu lama.

Perkembangan penduduk akan mengikut kadar tertentu, tidak mungkin sesuatu suku itu akan meledak jumlahnya dengan mendadak. Perkembangan penduduk akan senantiasa mengikut proposi. Atas sebab itu, sejak merdeka, proposi penduduk negara senantiasa pada peratusan yang hampir sama.

Desakan UPKO untuk menubuhkan RCI PATI... hanya bermotifkan gimik politik, desakan kepada pucuk pimpinan, untuk mendapat imbalan...

Pucuk pimpinan tidak perlu melayan desakan ini, kerana ianya tidak akan mendatangkan apa-apa kebaikan. Yang akan timbul adalah perkara2 curiga mencurigai antara satu sama lain.

Khalid perlu dedahkan siapa dapat kontrak ubahsuai Pejabat Exco Selangor termasuk Dr Hassan Ali

Kontraktor mana yang beruntung mendapat kontrak untuk mengubahsuai pejabat exco kerajaan Selangor?

MB Selangor memberitahu sidang DUN Selangor, bahawa mantan Exco yang dipecat DR Hassan Ali mendahului exco2 lain dalam menggunakan dana awam mengubahsuai pejabatnya.

Khalid Ibrahim memberitahu DUN Selangor, bahawa pengubahsuai pejabat Dr Hassan Ali sebanyak RM329,000, manakala tempat kedua adalah boss Teoh Beng Hock Ean Yong Hian Wah yang berjumlah RM146,000.

Manakala exco2 lain juga turun disenaraikan, kecuali Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah pula tidak melakukan sebarang pengubahsuaian pejabat beliau sehingga kini.

Bagaimanapun MB Selangor itu tidak menyenaraikan kos pengubahsuaian pejabatnya sendiri.

Tuesday, March 27, 2012

YB DAP Sri Tanjong Jimmy Wong Sze Phin memalsu salasilah keturunannya

Lembaga Pegawai Sabah yang dilantik Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sri Tanjong Jimmy Wong.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor berkata lembaga berkenaan telah melakukan siasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri anggota DAP tersebut atas beberapa faktor.

Beliau berkata ini termasuk maklumat keturunan yang dituntut Wong sebagai Sino-Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunannya yang sebenar.

"Tidak ada setitikpun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh YB Jimmy Wong kerana ibu bapanya adalah daripada keturunan Cina, sebagaimana yang tercatat dalam sijil lahirnya.

"Sebab itu, Lembaga Pegawai mendapati YB Jimmy Wong telah tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64)," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada sidang Dewan Undangan Negeri Sabah pada Selasa.

Bagaimanapun, Hajiji berkata keputusan lembaga itu hanya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat memandangkan pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan Disember lepas.-BERNAMA

Kerajaan akan buka tender ambilalih NFC

Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta diminta memastikan projek itu diteruskan, lapor Bernama.

"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini). Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat," katanya ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.

Dalam ucapannya, Noh tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek tersebut.

Beliau juga tidak menyebut sama ada kerajaan persekutuan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta kepada keluarga Shahrizat.

Masalah yang melibatkan NFC pertama kali didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010, yang menunjukkan syarikat itu gagal memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan pada tahun 2007.

Berikutan ini, PKR mengeluarkan dokumen yang menunjukkan bahawa pinjaman mudah RM250 juta didakwa telah disalahgunakan untuk beberapa pelaburan yang tidak berkaitan dengan industri pemeliharaan lembu.

Ini termasuk pembelian beberapa unit kondominium mewah di Kuala Lumpur dan luar negara, meneroka industri restoran dan pasar raya serta sebidang tanah di Putrajaya.

Selepas berbulan-bulan menafikan sebarang salahlaku, Shahrizat mengumumkan pada 11 Mac bahawa beliau tidak akan dilantik semula sebagai senator apabila tempohnya tamat pada 8 April.

Sehari selepas membuat pengumuman tersebut, suaminya Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail didakwa atas dua tuduhan pecah amanah jenayah dan dua tuduhan melanggar Akta Syarikat 1965.

Menyerang Hassan Ali: Azmin Ali jolok sarang tabuan

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mungkin rasa beliau boleh dabik dada setelah heboh pasal Datuk Dr Hasan Ali ubahsuai pejabatnya RM300,000.Isnin bekas Exco Selangor itu tembak balik beliau antara lain bertanya mana dapat duit beli saham berjuta ringgit (masa Setiausaha Sulit Anwar Timbalan Perdana Menteri dulu).Beliau juga cabar Azmin jawab dakwaan isterinya Shamsidar Taharin ada skandal dengan Anwar.

Serentak dengan itu beliau juga menjelaskan kos RM300,000 itu guna ubahsuai pejabatnya kerana untuk tampung 19 orang kakitangan semuanya.

Beliau mendakwa kos ubahsuai pejabat bagi dua exco lain adalah lebih tinggi berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabatnya.

"Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, kos pengubahsuaian pejabat saya adalah lebih rendah berbanding dengan kos pengubahsuaian pejabat exco lain seperti Dr Xavier (Jeyakumar) dan Dr Halimah (Ali),"katanya.

Dr Hasan juga dakwa ada pegawai lain yang ' belanja besar' termasuk Pegawai Kewangan Negeri dapat peruntukkan RM250,000 setahun untuk bercuti ke luar negara dan elaun RM100,000 jadi pengarah beberapa syarikat.

Kali ini, nampaknya Azmin kena jawab cabaran Dr Hasan tentang pelbagai isu yang tidak pernah dijawab ADUN kawasan Bukit Antarabangsa itu.

Jika sebelum ini, isu berkaitan hanya heboh dalam blog dan Azmin buat tak layan, namun kali ini malu sangat jika beliau berdiam diri.

Ini baru adil kerana Azmin sebelum ini dakwa Dr Hasan buat ubahsuai pejabat Exco babitkan belanja RM300 ribu selain belanja untuk program PADAT berkaitan agama dan adat lrbih RM500 ribu.

Dr Hasan tidak gusarpun kerana perbelanjaan itu sudah mendapat kelulusan Exco dan kerajaan negeri malah diakui Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sambil menyifatkan ahli parlimen Gombak itu meragui kepimpinan Khalid apabila membangkitkan dakwaan mengenai kos itu, Dr Hasan melontar lima persoalan untuk Azmin jawab.

Dalam sidang media di rumahnya pada Isnin, beliau minta Azmin menjelaskan dari mana sumber kewangan beliau dan isterinya Shamsidar Taharin membeli saham nilainya mencecah RM2 juta pada tahun 1992 hingg 1994.

“Sedangkan ketika itu saya difahamkan beliau menerima gaji lebih kurang RM2,000 sebulan,” kata Dr Hasan.

Azmin ketika itu adalah setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau juga meminta Azmin menafikan laporan menyatakan Pengerusi Yayasan Pembangunan India Malaysia, S.A.Vickneswaran yang mendakwa beliau dan isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham nilainya mencecah RM8.5 juta pada awal 1990.

Azmin juga diminta menafikan tuduhan adik perempuan bongsu mengatakan beliau sudah lapan bulan tidak menziarahi dan hampir terputus hubungan dengan ibu kandung sendiri yang kini berusia 78 tahun dan dilaporkan uzur.

Bab itu mungkin Azmin boleh jawab tetapi yang beratnya apabila Dr Hasan meminta Azmin nafikan tuduhan buku syed Hussin Al Attas bertajuk “Tuhan,Politik dan Seks” yang menyebut Azmin dikatakan mengetahui mengenai hubungan intim isterinya dengan Anwar.

Kata bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu, perkara sama dibangkitkan oleh adik Azmin, Umi Hafilda dalam sidang media, minggu lalu.

Terakhir, Dr Hasan mahu Azmin menyahut cabaran blogger yang meminta Azmin membenarkan ujian DNA dijalankan ke atas anaknya Farah Afifah di klinik diiktiraf kerajaan untuk menentukan kesahihan nasab biologinya.

Menurutnya, cabaran ini dibangkitkan kerana bagi beliau Azmin tidak mempunyai ‘locus standi’ untuk berbicara soal kredibeliti, integrity dan ketelusan.

“Banyak pihak yakin selagi Azmin tidak membersihkan diri dan keluarga terhadap tuduhan-tuduhan ini, selagi itulah mereka menasihatkan azmin tutup mulut sahaja. Lebih sesuai cermin muka sendiri sebelum tuduh orang lain,” katanya.

Dr Hasan percaya, tuduhan jahat Azmin itu kerana pembangkang risau kejayaan roadshownya selepas dipecat daripada PAS dan dan digugurkan sebagai Exco.

Selain itui katanya ia juga mungkin ekoran pergolakan antara Abdul Khalid dan Azmin mengenai perebutan jawatan Menteri Besar.

“Ada kem Azmin nak jatuhkan Menteri Besar. Setakat ini MB masih kukuh lagi. Banyak pihak berkata demikian selain Penasihat Ekonomi Negeri, Anwar lebih selesa Azmin jadi MB untuk ikut telunjuk dan sesungutnya bagi menguasai negeri Selangor,” katanya.

Beliau akui Azmin cuba baling satu batu kena dua burung bila bangkitkan isu kos ubahsuai pejabat.

“Burung yang nak dibaling mungkin Menteri Besar dan burung yang kecil itu adalah Hasan Ali,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Hasan berkata beliau menyokong tindakan bekas rakan Anwar, Datuk Nallakarupan yang bersedia disaman Anwar kerana mendakwa Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.

“Dakwaan ini bukan perkara baru. Tetapi hairan (Anwar) tak jawab-jawab sampai sekarang, tak tangkispun” .

“siapa suka Perdana Menteri biseksual? Hasan Ali tak sanggup. Sebab itu saya celahkan isu ini dalam roadshow saya,” katanya merujuk Anwar yang bercita-cita jadi Perdana Menteri akan datang.

Beliau juga menyelar PAS termasuk parasit dalam parti itu yang senyap dalam isu tersebut, termasuk isu keselamatan Israel, biseksual malah terhadap masalah murtad.

Serentak itu Dr Hasan mencabar golongan parasit hadir pada sidang medianya Isnin depan untuk melihat video orang yang mengaku murtad. -26/3/2012

Satu Malaysia tertipu: Remaja perempuan berumur 14 mengaku diculik

SATU Malaysia tertipu!!!! apabila remaja perempuan Malaysia, yang berjaya diselamatkan oleh polis Thailand pada 19 Mac lepas bersama-sama lima remaja Myanmar, adalah perancang utama kes penculikan itu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob berkata maklumat itu diperolehi daripada keterangan konsisten lima remaja Myanmar terbabit ketika disoal siasat selepas dibawa ke negara ini pada Khamis lepas.

"Kesemua remaja Myanmar berkenaan yang berusia antara 14 dan 17 tahun itu memberitahu bahawa remaja perempuan berusia 14 tahun itu merupakan perancang utama dalam episod kes penculikan itu.

"Mereka turut memaklumkan kepada polis bahawa remaja perempuan itu memberikan idea supaya memberitahu pihak berkuasa Thailand bahawa kesemua mereka diculik walaupun berdasarkan kronologi kejadian kesemua mereka sebenarnya memang merancang perjalanan ke Thailand," katanya pada sidang media di sini, Isnin.

Beliau berkata sebaik dihantar oleh ibunya di perhentian bas di Seksyen 9 di sini pada 30 Jan lepas, remaja perempuan terbabit menelefon kesemua remaja Myanmar berkenaan dan bertemu di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini.

Katanya, kumpulan remaja itu berpeleseran di sekitar Shah Alam sehingga pagi sebelum menaiki bas ke Kuala Lumpur untuk ke Seremban dengan alasan mencari nenek seorang daripada mereka pada 31 Jan, selain mahu melarikan diri daripada dua individu yang dikenali sebagai Shah dan Sadiq yang memaksa mereka untuk meminta sedekah.

Zahedi berkata kesemua mereka bagaimanapun dijumpai merayau-raya di Terminal One, Seremban dan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban sebelum dibebaskan keesokan paginya.

"Ketika ditahan di kompleks itu, remaja perempuan itu turut mengaku dirinya warganegara Myanmar bersama lima yang lain. Mereka kemudian pulang ke Kuala Lumpur pada 1 Feb dan meminta sedekah sehingga berjaya mengumpul wang tunai sebanyak RM400.

"Kumpulan remaja berkenaan menggunakan wang berkenaan untuk bermalam di sebuah hotel murah di Jalan Chow Kit dan membeli tiket bas untuk ke Rantau Panjang, Kelantan pada 8 pagi 2 Feb lepas dan tiba pada 6 petang sebelum terus menaiki sampan menyeberangi Sungai Golok, Thailand dan bermalam di rumah pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit," katanya.

Beliau berkata kumpulan remaja itu kemudian menaiki keretapi menuju ke Bangkok pada 3 Feb dan berjumpa dengan seorang lagi pakcik seorang daripada remaja Myanmar terbabit, yang membantu mereka mendapatkan kerja dengan upah RM20 sehari di sebuah tapak projek.

Pada 11 Mac, Zahedi berkata seorang daripada remaja Myanmar terbabit mengajak mereka pulang ke Malaysia namun ketika mereka sedang menaiki keretapi untuk pulang ke Malaysia, kesemua mereka ditahan oleh polis Thailand di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok.

Beliau berkata rentetan kejadian itu, remaja perempuan berkenaan bertindak menghubungi ibunya pada 12 Mac dan mendakwa dirinya diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van putih di Seksyen 9 dan dibawa ke Thailand.

Zahedi berkata siasatan kes itu sudah 90 peratus siap dan esok, polis dijadual mengambil keterangan keluarga kesemua remaja Myanmar yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

"Kita jangka kertas siasatan akan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tiga hari lagi sebelum dimajukan kepada Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Zahedi berkata difahamkan kumpulan remaja terbabit termasuk remaja perempuan itu menjalankan aktiviti kutipan derma secara haram dan mengenali rapat antara satu sama lain.

Remaja perempuan itu dilaporkan hilang pada 30 Jan lepas selepas ibunya Norazura Roski, 37, menghantar mangsa yang tinggal di Seksyen 8 di sini ke sebuah perhentian bas di Seksyen 9 untuk ke rumah kawannya.

Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada 31 Jan selepas anak gadisnya itu tidak pulang ke rumah.

Remaja perempuan itu bagaimanapun menghubungi ibunya pada 12 Mac lepas dan memaklumkan dia berada di Thailand selepas diculik sekumpulan lelaki di stesen bas di Seksyen 9 di sini dan berjaya meloloskan diri dan diselamatkan polis Thailand pada 11 Mac di Stesen Keretapi Hua Lampong, Bangkok. - BERNAMA

Sunday, March 25, 2012

Modus Operandi: Anwar-Shamsidar bermain tenis menurut Datuk Nalla


Ilustrasi seperti mana dipetik dari blog MIM

Anwar tiada pilihan: Terpaksa serang Peribadi Najib- konon PM itu takut Isteri

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor menjadi  ejekan dan ketawa oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam programnya di Pulau pinang.

Beliau membuat serangan langsung dengan mendakwa Najib sebagai pengecut apabila takut kepada Rosmah.

anwar ibrahim visit to machang bubuk penang 3Mengambil contoh, Anwar berkata ketua keluarga lebih patut ditakuti berbanding isteri dan ketua kampung patut lebih ditakuti daripada orang kampung.

Tetapi ketua negara ini takut kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Amerika Syarikat dan isterinya sendiri, dakwa Anwar di Machang Bubok sambil disambut gelak ketawa orang ramai.

Anwar juga berkata, isteri tidak patut ditakuti tetapi dicintai sebagai pasangan hidup.

Saturday, March 24, 2012

Biseksual: Bekas teman Anwar tetap dengan pendedahannya

Senator Datuk S Nallakaruppan tidak akan mengendahkan notis guaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukannya memohon maaf kerana menuduh ketua pembangkang seorang biseksual.

Sebaliknya, Nallakaruppan - yang juga bekas rakan baik Anwar - berkata, beliau akan menunggu Anwar untuk menyamannya di mahkamah.

"Saya tidak akan endahkan notis ini dan akan terus bercakap mengenai Anwar.

"Saya sangat berbesar hati jika Anwar membawa perkara ini ke mahkamah. Mahu bawa perkara ini ke mahkamah minggu depan pun boleh.

"Saya bersedia jumpa dia dan akan dedahkan banyak perkara lagi," katanya pada sidang media di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir sama pada sidang media itu bekas Ketua Pemuda PKR Senator Ezam Mohd Nor, bekas setiausaha peribadi Anwar, Anuar Shaari dan ahli perniagaan Umi Hafilda Ali yang kini bersama-sama berikrar untuk menjatuhkan ketua umum PKR itu.

Umi: Anwar akan lari tak cukup tanah

Nalla sebelum ini mendakwa Anwar seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.

Ekoran itu, beliau dan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu mendapat notis permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Sementara itu, Umi Hafilda yang konsisten menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menyerang Anwar berkata akan mendedahkan pelbagai lagi "bukti" mengenai perilaku Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Antaranya, menurut Umi Hafilda lagi, beliau mempunyai gambar menunjukkan Anwar, Nallakaruppan dan wanita yang dirujuk sebagai "Shamsidar" dalam sebuah kereta.

"Banyak lagi bukti-bukti. Saya akan buat (timbalan presiden PKR) Azmin (Ali) dan Anwar lari tak cukup tanah.

"Sekarang saya tunggu perdana menteri umumkan bila pilihan raya dan saya akan dedahkan semuanya," katanya.

Friday, March 23, 2012

Desak Shahrizat berundur: Benarkah Kamalia Ibrahim bercakap atas desakan akar umbi?

Kamalia Ibrahim, mengaku bahawa desakannya sebelum ini agar supaya Shahrizat berundur demi kredibilti parti dan BN adalah suara akar umbi. Namun, hasil pertemuan antara Najib dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Naib Ketua Pergerakan itu, akhirnya Kamalia akur, bahawa Shahrizat tidak perlu berundur daripada jawatannya, kerana Ketua wanita itu telah membayar tanggungjawab moralnya akibat skandal NFC yang membabitkan keluarganya , dengan berundur daripada kabinet.

Hari ini sempena perjumpaan wanita dengan Presiden Umno di PWTC, Kamalia berjanji akan terus berkerjasama dengan Shahrizat agar supaya wanita tetap kukuh semasa berhadapan dengan PRU-13.

Yang menjadi musykil kepada AYT, benarkah kenyataan Kamalia itu sebelum ini, berasaskan pandangan akar umbi? Jika benarlah kenyataan beliau berasaskan kepada pandangan akar umbi, maka adalah bahaya mengenepikan pandangan itu.

Adalah menjadi virus kepada kepimpinan wanita, jika pandangan akar umbi diketepikan.

Jumlah akar umbi beratus kali ganda berbanding jumlah pemimpin, selain itu akar umbi merupakan penentu kepada kemenangan parti. Apa kah perasaan mereka, apabila pandangan mereka diketepikan begitu sahaja? atau kah para pemimpin terpaksa membuat penjelasan kepada mereka.

Perjumpaan wanita hari ini, adalah sesi penjelasan dan taklimat, mudah2an pandangan mereka sebelum ini berhubung NFC telahpun jelas dan nyata, dan seterusnya apabila pulang ke bahagian atau cawangan masing2, maka isu NFC akan dijelaskan kepada akar umbi.

Seperti mana dakwaan Kamalia baru2 ini, sukar bagi wanita bergerak, kerana mereka dipanggil "cow". Apa kah melalui taklimat hari ini, panggilan "cow" kepada mereka, akan masuk telinga kiri dan keluar telinga kanan?

Kita berterima kasih kepada Kamalia kerana berani menyuarakan pandangan akar umbi secara terbuka.

Bagi AYT pandangan itu perlu diketahui oleh pucuk pimpinan, agar supaya ramuan jawapannya dapat ditemui. Jangan biarkan pandangan akar umbi menjadi api dalam sekam, kerana ianya boleh menjadi faktor sokong membawa rebah.

Kepada sesiapa yang membidas Kamalia, perlu berfikir sejenak. Beliau tidak akan mengeluarkan sesuatu yang bukan benar. Janganlah ada yang menuduh kamlia, kawan yang tikam belakang. Kamalia tidak akan bersuara, kalau tiadanya skandal yang berlaku.

Skandal NFC bukan sahaja dibicarakan oleh pembangkang, malah rata2 orang kampungpun membicarakannya.

Untuk itu, taklimat wanita hari ini oleh pucuk pimpinan parti, kena pada masanya agar supaya, isu NFC tidak terus dikaitkan dengan Shahrizat.

Shahrizat adalah wanita malang dalam kes ini, kerana bersuamikan sesorang yang dituduh pecah amanah yang membabitkan wang pinjaman kerajaan kepada NFC-syarikat yang diurus oleh keluarga beliau.

Ketua wanita itu tidak terlibat dengan NFC, namun secara moral beliau dikaitkan. Untuk itu, beliau melepaskan jjawatan kabinet. sekiranya suaminya dibebaskan kerana didapati tidak bersalah, maka beliau boleh kembali ke kabinet semula.

Desak Shahrizat undur: Apa motif Kamalia????

Lima ketua Wanita Umno negeri menjelaskan desakan Naib Ketua Wanita Datuk Kamilia Ibrahim yang mahu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatannya sebagai ketua Wanita adalah pandangan peribadi.

Semua ketua Wanita negeri - Melaka, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - mengesahkan cadangan itu tidak pernah dibincangkan oleh kepimpinan Wanita Umno termasuk di peringkat negeri.

Mereka menegaskan Shahrizat - yang mengumumkan akan berundur dari jawatan menteri pada 11 Mac lalu - telah dipilih oleh perwakilan Wanita dalam pemilihan parti, bukan pelantikan daripada Presiden Datuk Seri Najib Razak atau Kamilia sendiri.

Mereka - yang menganggotai kepimpinan Wanita pusat - juga "terkejut, hairan dan tidak tahu motif sebenar" mengapa Kamilia mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

"Siapa dia (Kamilia) suruh Datuk Seri Shahrizat lepas jawatan. Beliau menang bertanding (jawatan ketua Wanita).

"Kita pusing seluruh seluruh negara, ramai wanita keluar (memberi sokongan) kepada perdana menteri dan Datuk Sharizat... Kalau dia (Kamilia) tak sabar, berlawanlah (nanti)," tegas Ketua Wanita Umno Pahang Datuk Rosni Zahari.

Akhbar The Star semalam melaporkan Kamilia (gambar) menggesa Shahrizat supaya melepaskan jawatan ketua Wanita Umno demi menjaga kredibiliti parti, sayap, BN dan kerajaan.

Kamilia dilapor mendakwa Wanita akar umbi "susah nak kerja" berikutan isu National Feedlot Corporation (NFC) dikaitkan dengannya.

Petang ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan pertemuan khas dengan pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di ibu negara.

Sementara itu, empat ketua Wanita negeri - Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Kedah - menegaskan Wanita di negeri mereka memberi sokongan penuh kepada Shahrizat demi menjamin kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dekat dengan pilihan raya, Kamilia jangan buat hal. Jangan jejaskan keyakinan (rakyat) terhadap parti... Wanita perlu bekerja kuat untuk menangkan Umno dan BN," tegas Ketua Wanita Melaka Datuk Rubiyah Ali.

Ketua Wanita Umno Kedah berkata Datuk Maznah Abdul Hamid membidas Kamilia yang katanya, sepatutnya merujuk kepada exco dan ketua wanita negeri terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan khususnya berkaitan isu NFC.

"Waktu-waktu begini, kita sepatutunya merapatkan hubungan, bukan tikam daripada belakang... Shahrizat tidak pernah kata apa-apa dekat dia," katanya.

"Kita memberi sokongan kepada beliau Sshahrizat) untuk terus berjuang demi mencapai impian presiden Umno supaya bekerja bagi memenangkan parti," kata Ketua Wanita Negeri Sembilan Datuk Norhayati Omar.

Manakala Ketua Wanita Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menyifatkan kenyataan Kamilia itu sebagai "suara sumbang" yang tidak mempunyai kaitan dengan perjuangan pergerakan itu.

Thursday, March 22, 2012

Undur: Shahrizat kena akur.. kali ini desakan orang nombor 2 Pergerakan Wanita

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berundur daripada jawatan Ketua Wanita Umno demi kredibiti parti dan Barisan Nasional, demikian kata Datuk Kamalia Ibrahim.

Shahrizat yang terpaksa melepaskan jawatan menteri kabinet pada 8 April depan berikutan tempoh senantorshipnya tamat.

Shahrizat terjebak dalam kancah NFC, apabila keluarganya terbongkar menyalahgunakan dana daripada kerajaan itu untuk kepentingan lain, termasuk membeli harta yang tiada kaitan dengan peternakan lembu.

Suami Shahrizat telah didakwa di mahkamah pada 12 Mac lalu atas tuduhan pecah amanah melibatkan RM40.9 juta.

Kes suaminya akan didengar semula pada 18 April depan.

Wednesday, March 21, 2012

Sidang DUN Selangor: Apabila bekas rakan bertikam lidah

ADUN Meru yang juga Pesurujaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Othman terpaksa mengemukakan egonya apabila mengaku sebagai doktor profesional dan mengetahui dirinya tidak perlu berjumpa pakar psikologi, kerana mengetahui tahap kesihatannya tidak memerlukan tindakan itu.

Biasanya orang sakit mental, tidak akan mengaku dirinya sakit mental, sebaliknya beranggapan, orang yang bukan sakit mental itu lah berpenyakit mental.

Inilah yang berlaku antara ADUN Gombak Dr Hassan Ali yang dulunya ahli Pas dan kini ADUN bebas bertikam lidah dengan Dr Rani semasa sidang DUN Selangor, hari ini.

Dr Hassan Ali berkata, apa masalah berjumpa pakar psikologi? Berjumpa pakar psikologi, tidak semesti tidak baik.

ADUN Meru itu, menyerang Dr Hassan kerana tidak hadir santapan Diraja semalam. Akibat serangan itu, Hassan berkata, Dr Rani menghadapi penyakit sindrom kuasa, kerana kecewa tidak dilantik sebagai exco.

Akibat kekecewaan itu, beliau menyerang perbadi saya, demikian kata Dr Hassan.

Dalam sidang DUN Selangor juga, ADUN Gombak Setia membidas MB-Khalid Ibrahim kerana lepas tangan terhadap isu murtad di Selangor.

Nampaknya, semakin lama bersidang, semakin banyak pendedahan yang akan dibongkar oleh ADUN Bebas itu.

Benarkah Najib Jeneral tanpa askar?

Entah apa kretiria yang Tun Daim gunapakai, sehingga menggelar Perdana Menteri sebeagai Jeneral yang tidak beraskar?

Dalam Umno ada 191 Ketua Bahagian, ditambah dengan puluhan Majlis Tertinggi, ditambah dengan 138 MP dan beratus2 ADUN.

Belum lagi para pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri, pegawai dalam JASA, sehingga kalau disenaraikan berkeping2 folio berukuran A4.

Apa kah ahli2 Umno yang mencecah jutaan orang bukan merupakan askar Najib? atau apa kah ahli2 parti komponen dalam BN bukan askar Najib?

Dalam perhimpunan Agong Umno tahun lepas, lebih 2 ribu perwakilan memberi aku janji akan menjadi askar Persiden Umno..

Kita akui Tun Daim mempunyai pendapat sendiri... nak secara kebetulan pendapatnya pada PRU-12 lalu menjadi kenyataan. Berasaskan kepada kebetulan itu, maka kini mantan menteri kewangan itu berhujah, bahawa pada kali ini, BN dalam keadaan yang paling tidak selesa menghadapi PRU-13. Malah beliau berkata, hanya Pahang, Johor dan Melaka, BN dalam keadaan selesa.

Jika benar demikian, maka pada PRU-13 pasti BN kalah, kerana jumlah kerusi yang disumbangkan oleh tiga negeri itu tidak cukup untuk memenangkan BN.

Apa kah penyebabnya.. Tun Daim begitu pesimis dengan BN... sedangkan Kerajaan BN, begitu perhatin terhadap kehendak rakyat... ISA dimansuhkan sebagai contoh, berbagai pembaharuan telah dilakukan sesuai dengan hasrat rakyat.

Bagi AYT, yang terlibat langsung di peringkat akar umbi, pendapat Tun Daim itu bercanggah dengan keadaan di lapangan... Malah menurut keadaan semasa, BN dengan mudah menang pada PRU-13, kecuali gagal merampas Pulau Pinang dan Kelantan; akan tetapi jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang akan berkurangan berbanding keputusan tahun 2008.

BN akan menang di Selangor dengan majoriti mudah, demikian juga di Kedah dan Perak. Sementara di Sabah dan sarawak, BN belum boleh diganggu gugat.

Tuesday, March 20, 2012

Kalau analisis Tun Daim ada merit... BN dalam keadaan bahaya

Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

Kali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

Siasatan terhadap NFC - PAC Parlimen diperlekeh

PAC Parlimen, macam diperlekeh oleh pengurusan NFC, apabila syarikat milik keluarga Datuk Sharizat Abdul Jalil itu enggan berkerjasama.

Pagi ini, NFC hanya diwakili Pengurus Sumber Manusia syarikat itu- Wan Zurina Saaran dengan ditemani dua peguam.

Menurut ahli panel PAC Parlimen-MP Kota Belud, sesi yang bermula 9 pagi tadi hanya berlangsung kira2 1/2 jam, memandangkan pihak NFC enggan menjawab sebarang soalan. Dalam sesi siasatan itu juga, dua peguam yang mengiringi Zurina yang banyak bercakap.

Selain itu, pihak NFC berdalih bahawa kehadiran mereka bukan atas jemputan PAC, melainkan atas arahan Kementerian Pertanian dan asas tani.

Baru-baru ini, Pengarah Eksekutif NFC yang juga suami kepada Shahrizat telah dihadap ke mahkamah dan berdepan dengan tuduhan pecah amanah yang melibatkan RM40.9 juta, wang yang berpunca daripada pinjaman kerajaan-RM250 juta untuk tujuan peternakan lembu, namun digunakan untuk kepentingan lain yang tiada kaitan dengan lembu.

Kerajaan kukuh lebih mustahak berbanding kuasa 2/3 parlimen: Najib

Kerajaan kukuh lebih mustahak berbanding kuasa 2/3 parlimen, demikian pandangan Perdana Menteri, semasa Q&A perlancaran Foreign Correspondence Club Malaysia (FCCM.

Menurut Najib dalam dunia modern sekarang, siapa sahaja perdana menteri di dunia, akan berbahagia jika menang dengan majoriti mudah.

Dunia kini menurut Najib telah berubah, suasana telah berubah. Saluran maklmut sukar dibendung. Rakyat semakin bijak. Berdepan dengan keadaan demikian, maka pada sebarang pilihanraya, jika kerajaan menang dengan majoriti mudah, sudah cukup membanggakan; namun dalam konteks Malaysia, BN berusaha mencapai kuasa 2/3, kuasa tradisinya sebelum PRU-2008.

BN menurut Najib, tidak mustahil mendapat kuasa 2/3 pada PRU-13 akan datang, melalui kerja keras.

Monday, March 19, 2012

Siapa musang berbulu ayam di felda?

Bagaimana minit mesyuarat Felda yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri boleh jatuh ke tangan pembangkang? Siapa musang berbulu ayam dalam felda?

Tan Sri Isa Samad, perlu menyiasat perkara ini, kerana musang sudah berkeliaran di reban ayam.

Anwar sokong Israel: Fatwa Nik Aziz versus Fatwa Hadi Awang

Dua tokoh Pas Nik Aziz dan Hadi Awang, mengeluarkan Fatwa yang bercanggah, berpunca daripada pendirian Anwar yang menyokong Israel- sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz dalam kenyataan media rasminya yang disiarkan oleh Harakahdaily selepas bertemu enam mata  dengan Anwar (Tuan Ibrahim turut sama) bagi memperjelaskan sokongan PKR kepada perlindungan dan pengiktirafan parti itu terhadap kewujudan negara Israel telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut…
“Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun”. -Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur. 29 Rabi’ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012
Melalui kenyataan tersebut, adalah jelas sekali bahawa Mursyidul Am PAS itu bertegas dan menyimpulkan fatwanya bahawa adalah HARAM untuk terlibat dengan pihak Israel dalam apa sebarang bentuk, cara atau modus operandi apapun dengan pihak Israel.

Dalam kenyataan tersebut, Nik Aziz langsung tidak meletakkan sebarang terma secara spesifik sama ada Israel, Zionis atau apa jenis bangsa Israel sekali pun. Dalam ertikata lain, umat PAS dilarang sama sekali terlibat dengan suku sakat yang bersangkut paut dengan nama Israel.

Kebiasaannya, “fatwa” dari Mursyidul Am PAS ini adalah muktamad bagi para penganut agama PAS dan sebarang penolakan atau bantahan terhadap “fatwa” dari pemimpin tertinggi parti itu boleh dipecat serta merta dan “ditarik balik tiket ke syurga”nya.

Namun, kenyataan tersebut jelas bercanggah dan sangat bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang lagi “tuan guru agama PAS”, yang dilaporkan Malaysiakini telah berkata…
“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis,”
-Abdul Hadi Awang, SACC, Shah Alam. 17 Mac 2012
Dengan “fatwa” dari pemimpin “second level” PAS ini, ia secara automatiknya dilihat cuba membatalkan atau ‘menasakh mansukhkan fatwa” yang telah dikeluarkan oleh pemimpin nombor wahid PAS, iaitu Nik Aziz Nik Mat.

Persoalannya, apakah “fatwa” pemimpin yang tahapnya lebih bawah dari pemimpin tertinggi PAS itu mampu membatalkan “fatwa Nabi PAS”? Mustahil bukan?

Perumpamaannya, Rasulullah SAW tidak pernah pun membatalkan kalamullah atau firman Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran. Itu perkara jelas yang tidak perlu dipertikaikan.

Namun memandangkan perkara tersebut telah berlaku, dikhabarkan bahawa kedua pemimpin PAS itu sedang di dalam keadaan “terkunci”. Masing-masing dikatakan takut sekiranya isu perbalahan “fatwa” ini dapat dikesan…. Posting asal disini

Anak gadis berumur 15 tahun diculik di Kuantan

KUANTAN: Seorang suri rumah kini berada dalam keadaan tertekan apabila anak gadisnya Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, hilang sejak tengah hari Ahad dipercayai diculik tiga individu dalam kejadian di Taman Tas dekat sini.

Nor Mala Mohd Lazin, 34, berkata, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu ke kedai telefon berhampiran rumah mereka bersama dua adiknya Siti Nurul Aishah dan Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.

"Saya terkejut apabila kedua-dua anak saya pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis tanpa kakaknya dan apabila ditanya mengapa menangis, mereka memberitahu kakak Fatihah dilarikan orang," katanya kepada pemberita, di rumahnya di sini, Isnin.

Katanya, beliau diberitahu Nurul Aishah bahawa kakaknya dilarikan dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu seorang wanita yang turut dinaiki dua lelaki.

"Kereta tersebut tiba-tiba berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Fatihah. Kedua-dua adiknya itu sempat menarik kakak mereka namun terlepas," katanya.

Beliau berkata, Fatihah yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, adalah anak yang baik dan tidak akan ke mana-mana tanpa keluarga.

"Saya betul-betul risaukan Fatihah," katanya lagi.

Sementara itu Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superitendan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut kira-kira pukul 4 petang Ahad.

Polis sedang menyiasat kes itu termasuk sama ada mangsa mengenali suspek, katanya. "Kes disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menculik daripada penjaga yang sah," katanya. - BERNAMA

Kerajaan tolak tubuh tribunal siasat Gani dan Musa

Kerajaan menolak desakan bagi menubuhkan sebuah tribunal untuk menyiasat dakwaan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah menyalahgunakan kuasa mereka ‘menganiaya’ beberapa pegawai polis yang sedang menyiasat seorang tokoh kongsi gelap.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, bahawa beliau telahpun menjawab mengenai perkara ini di parlimen, pada tahun 2009. Tiada tribunal akan ditubuhkan untuk menyiasat Gani dan Musa.

Malaysiakini minggu lalu melaporkan bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Johari Baharom mengarahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Datuk Ramli Yusuff untuk menyiasat kumpulan kongsi gelap Johor yang diketuai oleh Goh Cheng Poh yang didakwa terbabit dengan wang haram.

Menurut Ramli, siasatan berkenaan mendedahkan bahawa Musa bersekongkol dengan Goh dan didakwa melindungi tokoh kongsi gelap itu.

Abdul Gani pula didakwa mempergunakan BPR bagi mengakses fail sulit berhubung kes berkenaan.

Pemberi maklumat berhubung kes Goh itu kemudiannya dikatakan diburu dan mereka dipaksa menukar kenyataan bersumnpah mereka untuk memalitkan pihak polis.

Berikutan ini, pasukan siasatan Ramli pula didakwa memalsukan bukti terhadap Goh.

Anwar tipu rakyat Malaysia lagi

Beginilah cara Anwar menipu rakyat negara ini. Melalui twit itu, semua pencacai Anwar akan menyebarkan seluas-luasnya bahawa beliau adalah yang bepegang teguh pada agama. 


serta gambar-gambar ini

Akhirnya Tan Sri Abdul Kadir keluar UMNO

Pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir akhirnya membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

"Saya baru saja menghantar surat kepada Setiausaha Agung Umno, peletakan jawatan selaku ahli Umno akan berkuat kuasa hari ini (Isnin)," kata Abdul Kadir dalam satu kenyataan.

Beliau turut memberitahu telah meletak jawatan selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu pada minggu lalu.

Abdul Kadir merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno dan menteri kabinet di bawah Barisan Nasional.

Pada minggu lalu, beliau dicabar untuk meletak jawatan ekoran dakwaannya berhubung budaya rasuah di dalam parti.

Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) yang diterajui seorang lagi pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Abdul Kadir sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya.

Saya jadi ADUN Bebas kerana dipecat daripada PAS bukan kerana Liwat: Hassan Ali

ADUN Gombak Setia Datuk Hasan Ali hari ini tampil kali pertama ke sidang DUN Selangor sebagai wakil bebas dan yakin tidak akan menghadapi masalah dengan situasi baru itu.

"Saya tiada masalah. Saya dipecat sebagai ahli PAS dengan bermaruah. Saya bukan rasuah, saya bukan liwat,"

Bercakap kepada pemberita selepas pembukaan sidang DUN dirasmikan oleh Sultan Selangor, Hasan berkata beliau akan terus membangkitkan isu Islam, Melayu dan Raja sepanjang dewan yang akan bersidang dua minggu itu..

PRU-13: BN masih berkuasa?

PRU-13 diambang pintu. Ramai yang meneka-neka apakah keputusannya? apakah BN masih berkuasa ataukah PR yang mahu mencuba merampas kerajaan akan diberi mandat?

Keputusan PRU-12 walaupun hanya menjadi rujukan; dimana BN kehilangan kuasa 2/3; namun ianya boleh menjadi iktibar.

Setiap pilihanraya berlainan suasana, berlainan mode, berlainan isu. Demikian juga pada PRU-13, suasana yang berbeza dengan PRU-12.

Mengenai parti mana yang akan menang; tergantung kepada siapa yang bercakap. Namun, pendapat yang mempunyai merit adalah pendapat mereka yang berada di atas pagar.

Pada PRU-13, dianggarkan kira2 2 juta pengundi baru akan ikut merancakkan pilihanraya. Parti mana sahaja yang mereka sokong akan menentukan keputusan pilihanraya.

Ramai penganalisis menganggarkan "swing" 10% pengundi atas pagar ini akan menentukan keputusan.

Melihat undi popular BN pada PRU2 lalu; PRU-1995-BN mendapat 65%, 1999-57%; 2004-64% dan tahun 2008-51%.

Tahun 2008-undi popular BN menjunam 13% berbanding tahun 1995. Pada PRU itu Pembangkang mendapat 83 kerusi berbanding BN 139 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Daripada 139 kerusi yang dimenangi BN, 55 daripada Sabah, Sarawak dan Labuan; manakala 81 kerusi PR semuanya daripada semenjanung dan masing2 1 daripada Sabah dan Sarawak.

Bagi kerusi PR, 54 daripada 83-hanya dimenangi dengan majoriti kurang 10%; apabila berlaku "swing" 10%, maka PR hanya mungkin menang 29 kerusi.

Di pihak BN pula, daripada 139 kerusi, 56 kerusi dimenangi dengan majoriti kurang 10%, jika berlaku "swing" pengundi 10%; maka berimpak besar kepada BN.

Berasaskan keputusan PRU-12, maka terdapat 110 kerusi yang ditentukan oleh "swing votes"; kemenangan mudah memerlukan 112 kerusi.

Jika melihat keputusan PRU-12, kerusi2 yang dimenangi PR 82% memperlihatkan trend pengundian yang terbagi antara melayu dan bukan melayu. PR menang kerana mendapat 50% undi melayu; 90% undi india dan 70% undi cina.

Pada PRU-13, kemungkinan peratusan ini berubah di kawasan2 yang dimenangi PR itu. Menurut persepsi semasa; undi melayu kepada BN bertambah 5% kepada 55%, sementara india 50:50 antara BN dan PR, undi kaum cina pula meningkat kepada 80%.

Ini bermakna, sekurang-kurangnya 68 kerusi yang dimenangi PR pada PRU-12 lalu sudah tidak selamat. Manakala kerusi marjinal BN (56); akan terselamat kerana berubahan pola pengundian.

Berasaskan kepada trend ini, PR sukar mendapat semula kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 83. Adalah memadai mereka akan menang antara 40-46 kerusi, itupun disumbangkan oleh parti DAP dan sedikit daripada parti PAS. PKR adalah parti yang menyumbangkan kepada kekalahan teruk PR. walaupun kerusi tradisi seperti Permatang Pauh, mungkin masih dimenangi dan kawasan cina yang meletekan calon daripada kaum cina.

Walaupun PR mendapat undi popular 51% pada tahun 2008 di Semenanjung; namun kali ini; undi popular itu akan menjunam; sebaliknya undi popular parti itu di Sabah dan Sarawak mungkin meningkat.

Keputusan PRU-13 akan menyaksikan bahawa PR hanya mendapat antara 29-32 kerusi di Semenanjung, sementara di Sarawak 7-10, manakala Sabah 4.

Berasaskan kepada analsis ini, BN merupakan pemenang pada PRU-13 dengan mandat yang kuat daripada rakyat. Tahniah.

Sunday, March 18, 2012

Rahsia apa yang Anwar Takut-RPK Bongkar? sila baca!!!

Pendedahan Raja Petra Kamaruddin (RPK) wajar diberi perhatian serius. RPK kata Anwar Ibrahim memerlukan sekurang-kurangnya RM600 juta untuk merealisasikan cita-citanya merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri ke-7 dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

“Tanpa RM600 juta, PKR akan mati dan Anwar perlu melupakan sahaja cita-cita yang amat mendalam untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia”, kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, Malaysia-Today.

Ada beberapa maklumat tersembunyi yang cuba disampaikan oleh pengendali Free Anwar Campaign (FAC) itu antaranya sikap Anwar yang obses dengan duit.

RPK menggambarkan Anwar adalah pengemis duit, meminta-minta duit pihak lain, tetapi kedekut untuk membelanjakan duit sendiri, malah Anwar didakwa menyembunyikan berbilion-bilion asetnya di luar negara.
John Soh Chee Weng
Ini dirakamkan oleh RPK dalam perbualan Anwar dengan taikon Datuk John Soh Chee Wen.

“Apabila mereka akhirnya bertemu, Anwar dan John Soh mula bertengkar. Apabila Anwar berkata John Soh harus dipersalahkan kerana kegagalan 16 September, John Soh membidas, “Jika awak begitu yakin rancangan awak berjaya mengapa awak tidak membiayai dengan wang awak sendiri? Pulangkan semula beberapa bilion wang yang awak sembunyikan di luar negara dan bayar (balik) RM300 juta (yang telah dilaburkan) dari poket awak sendiri!”.

John Soh menurut PKR bukan sekadar penaja kewangan Anwar dan PKR, malah dia juga dianggap sebagai pakar strategi hala tuju parti itu.

Soal wang RM300 juta yang disebut oleh John Soh di atas adalah segala perbelanjaan yang telah dilaburkannya kepada Anwar dan PKR sejak dari tahun 1998.

Persoalannya, kenapa Anwar minta duit dari John Soh dan dari mana pula taikun itu dapat duit sebanyak itu untuk dilaburkan kepada Anwar dan PKR ?

Apakah John Soh juga sekadar ‘proksi’ pihak lain ?

“Soh Chee Wen bukan pakai duit sendiri. Dia agen ‘Italian MAFIA’ (international group). Kena ada return juga. Bukan boleh suka hati nak tabur duit. Kalau sangkut, nyawa John Soh pun sangkut atas pokok kelapa. Anwar cuci tangan”, kata blogger GA dalam menjawab persoalan tersebut.

Ezam – Duit Bukan Penghalang

“Duit bukan perhitungan bagi Anwar..Sebab dia sudah ada segala-galanya..Segala keputusan..pergerakannya, sama ada di sini atau di negara lain..Amerika Syarikat..ianya bukan berasaskan persoalan duit, tetapi berasaskan persoalan politik.

“Orang yang boleh buat rumah setelah keluar penjara..rumah yang bernilai 7 juta ringgit..apakah duit menjadi persoalannya..tidak!

“Itu rumah yang kita tahu..kita tidak tahu lagi berapa banyak lagi rumah-rumahnya di tempat-tempat lain..Duit tidak pernah menjadi faktor Anwar..sebab dia ada segala-galanya..lebih daripada cukup.. pergerakannya atas agenda politik dan saya yakin ianya atas kepentingan agenda politik Zionis”, kata Senator Ezam Mohd Nor yang satu ketika dahulu merupakan salah seorang inner circe Anwar.

Ezam yang pernah jadi ‘orang dapur’ rumah Anwar cuba memberitahu sesuatu yang tidak difahami oleh orang awam.

Menurutnya, ‘duit bukan masalah’ kepada Anwar kerana dia ‘memiliki segalanya’, termasuk aset dalam dan luar negara serta sumber itu berpunca dari satu foundation yang kukuh iaitu Zionis.

Clare Rewcastle Brown, kolumnis FMT melaporkan bahawa Anwar pernah berceramah di London pada tahun 2011 mewakili Al Gore Foundation yang membayangkan jaringan Anwar dengan foundation pro-Israel itu.

Bayangkan Anwar berceramah di London bukan atas kapasitinya sebagai Ketua Pembangkang atau Ahli Parlimen Malaysia atau bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, tetapi mewakili Al Fore Foundation.

Hebat bukan. Al Gore Foudation, sebuah yayasan ternama yang pro-Israel itu boleh mewakilkan kepada Anwar untuk bercakap bagi pihaknya.

Jika fikrah Anwar dengan Al Gore tidak sama, mana mungkin bekas Naib Presiden AS itu mewakilkan Ketua Umum PKR berceramah mewakili pihaknya.
 
“Rayuan penuh semangat Anwar untuk melakukan perubahan di Malaysia”, lapor kolumnis FMT yang mengikuti secara dekat ceramah Anwar di London itu.

Baca laporan Clare Rewcastle Brown selengkapnya untuk mengetahui janji-janji Anwar yang amat disukai oleh masyarakat bukan Islam itu.

Mungkin anda terkejut, bagaimana Anwar boleh mewakili Al Gore Foundation, sedangkan Al Gore dan foundationnya bukan setakat pro-Israel, malah turut berurus niaga dengan syarikat dari Israel.

Sebenarnya ini bukan satu kejutan. Ini hanya secebis kisah behind the scene yang belum diketahui umum secara meluas.

Itu sekadar satu contoh, betapa rapatnya hubungan Anwar dengan rangkaian ‘foundation’ Yahudi. Banyak lagi bukti-bukti sahih lain, yang jika dibongkar, akan lebih menakutkan.

Sebenarnya, Anwar mempunyai hak untuk bercakap mewakili Al Gore Foundation, kerana Ketua Umum PKR itu adalah salah seorang kroni dan mata rantai bekas Naib Presiden AS itu.

Pada tahun 2005, ketika Anwar berhijrah dari Malaysia ke United Kingdom, Ketua Umum PKR itu telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Penasihat Generation Investment Management Group (GIM), sebuah syarikat milik Al Gore yang beribu pejabat di London dan AS.
Menurut Mike Billington, wartawan Executive Intelligence Review (EIR) dalam laporannya bertajuk “Gore’s Racist Assault Against Malaysia“, syarikat Al Gore di London adalah ‘pelarian dan perlindungan aset’ bekas Naib Presiden AS setelah partinya kalah kepada Parti Republikan pimpinan Bush -Dick Cheney.
Anwar bersama Al Gore, bekas Naib Presiden AS, di London, 2010, ketika mesyuarat Generation Investment Management (GIM) Group
Syarikat milik Al Gore itu juga melakukan pelaburan sebanyak $10 million kepada Syarikat GreenRoad, sebuah syarikat yang memiliki pusat kajian pembangunan Yahudi di Israel.

Keuntungan dari pelaburan syarikat Al Gore itu dibayar kepada semua kakitangannya, termasuk elaun kepada Anwar sebagai Ahli Lembaga Penasihat syarikat tersebut.

“Ramai orang terkejut apabila Al Gore, Naib Presiden AS menyokong secara terbuka kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998. (Tetapi) Ramai yang tidak mengetahui bahawa sokongan Al Gore sebenarnya diatur oleh IMF dan Wall Street.

“Peneraju IMF ketika itu adalah Michael Camdessus, yang merupakan sahabat dan sekutu Anwar dan mereka pernah menjadi penulis bersama dalam sebuah buku. Ramai yang tidak mengetahui bahawa sentimen sokongan Al Gore sebenarnya dipengaruhi oleh anak perempuan (Al Gore) yang berkahwin dengan Paul Schiff (keturunan Yahudi Rothschild) pengarah Wall Street.

“Paul Schiff adalah keturunan Jacob Schiff yang ditugaskan untuk membiayai Revolusi Bolshevik yang menjadi dendam lama keturunannya” kata David Musa Pidcock dalam islamicparty.com yang memberi mesej tersirat bahawa kekuatan empayar Yahudi dibina hasil dari pergolakan, peperangan dan revolusi di sesebuah negara.

Dalam dunia sekarang, pergolakan, peperangan dan revolusi berselindung di sebalik topeng ‘demokrasi’ yang di belakangnya juga adalah tangan-tangan hitam Zionis.

Jacob Schiff adalah pengasas dan Presiden American Jewish Committee (AJC) yang ditubuhkan pada tahun 1906.
Networking House of Rothschild : Dari kiri, Ted Turner, Bill Gates Sr, George Soros dan David Rockefeller

Menurut Myron C Fagan, asal usul Jacob H. Schiff itulah yang membina empayar Yahudi, ‘House of Rothschild‘, dari kota London ke New York, AS.

“Jacob adalah anak kepada seorang Rabbi yang dilahirkan di ‘Rothschild’s houses‘, Frankfurt, Jerman. Selepas berjaya membina tapak Bank Rothschild’s di London, Jacob berangkat ke AS dengan misi untuk membeli sebuah bank yang mampu mengawal sistem kewangan AS”, katanya.

Bantuan Asing

 
Pada tahun 2007, WikiLeaks pernah mendedahkan maklumat dari Kedutaan Amerika Syarikat (AS) yang menyebut Anwar pernah memohon bantuan daripada NGO-NGO AS untuk membantu usahanya melakukan perubahan di Malaysia.

Dalam pendedahan itu menyebut, Anwar memuji aktiviti pengukuhan demokrasi yang dilaksanakan oleh NGO AS, the National Democratic Institute (IRI) dan the International Republican Institute (IRI) bersama-sama dengan pembiayaan yang disediakan oleh National Endowment for Democracy (NED).

Sokongan NGO AS untuk “election watch” dan “media watch” itu sangat penting.

Anwar berkata beliau menggalakkan penglibatan Carter Center dan NGO Eropah bersama-sama dengan badan-badan dari Indonesia dan Turki, untuk memantau demokrasi di Malaysia.

Menghadapi PRU-13: Kerja berpasukan penentu kemenangan: Najib

Dalam menghadapi ibu kepada pilihanraya-PRU-13; Perdana Menteri minta agar semua peringkat berkerja sebagai pasukan.

Dalam peperangan, jika ketua pasukan kata serang, maka semua anggota mesti menyerang. Hanya melalui kerja berpasukan sahaja, BN akan mendapat kemenangan.

Dalam pada itu, transformasi yang beliau cadangkan, akan gagal, jika BN tidak mendapat mandat yang kuat daripada rakyat.

Hanya melalui mandat yang besar sahaja, semua perancangan kerajaan terutama transformasi kerajaan dan negara akan berjaya.

Najib meminta agar mantan2 pegawai kerajaan yang telah bersara atau wakil2 rakyat yang telah bersara menjadi jurucakap dan peguam kepada kerajaan di mana sahaja, baik di kedai2 kopi, lobi2 hotel atau majlis2 perkahwinan atau di mana sahaja ada kesempatan.

Wilma: Janda cantik kini berlakon semula

ANDAI bertemu jodoh, dia tidak teragak-agak meninggalkan dunia lakonan dan peragaan. Itu tekadnya 11 tahun lalu, biarpun filem kedua lakonannya, Pasrah, baru menjengah pawagam ketika itu.

Dia tidak berpaling lagi dan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia glamor kerana fokusnya beralih 360 darjah kepada suami tercinta, Allahyarham Mahir Effendi Mahmud yang menghembuskan nafas terakhir pada 27 Januari 2011 akibat saluran arteri tersumbat.

Ujar Wilma Muhammad, 39, istilah menyesal tidak wujud berikutan tindakan drastik itu bahkan sangat bahagia dengan laluan hidup yang dipilih. Bersama suami tersayang, dia menyulam bunga-bunga cinta dan dikurniakan lima cahayamata iaitu Raida Thaqifa, 10, Athira Inara, 8, Mahira Aqila, 6, Muhamad Yusuf, 4 dan Umar Al Faruq, 3.

Selepas sekian lama tidak muncul di layar perak mahupun skrin kaca, nama model dan pelakon jelita ini kembali menjadi perhatian apabila berita membintangi filem 1945: Malaya Without Malay arahan Emran Ismail tersebar.

Ketika menjayakan fotografi bersama SELEBRITI, ibu berjiwa penyayang ini dengan rendah diri menjelaskan tidak pernah terlintas di sanubarinya untuk beraksi semula di depan lensa kamera namun gurauan ketika menjawab pelawaan teman sepejabat ‘menjeratnya’ untuk kembali ke dunia yang sudah lama ditinggalkan.

“Kira-kira enam bulan selepas suami meninggal dunia, saya bekerja di syarikat kawan sebagai eksekutif pemasaran. Sepanjang memikul tanggungjawab itu, saya bertemu ramai orang termasuklah sahabat lama dalam industri. Ada antara mereka memujuk saya kembali berlakon bahkan sebelum itu banyak tawaran hadir tetapi hati ini belum terbuka.

“Nak dijadikan cerita, rakan saya, Asri Abdul Rahman, bertanya adakah saya minat untuk berlakon semula. Disebabkan banyak kali bertanya saya pun jawab dengan gurauan, kalau ada tawaran filem, watak utama, jalan cerita dan bayaran bagus serta saya boleh kekal bertudung, tidak mustahil.

“Tiba-tiba dia keluarkan surat kelulusan Finas untuk bikin filem. Saya terkedu, saya ingat dia main-main. Tidak lama selepas itu, dia bawa saya jumpa sahabatnya, Emran Ismail yang akan mengarah filem 1945: Malaya Without Malay.

Saya teliti skrip dan jatuh cinta dengan jalan ceritanya yang lain dari lain.

Selepas berfikir panjang, saya menyatakan persetujuan dan keputusan ini mendapat restu keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut filem terbarunya itu, Wilma yang anggun menggayakan busana rekaan O’oi Coutoure menjelaskan, ia diadaptasi daripada kisah benar namun diselitkan beberapa watak rekaan bagi mencantikkan lagi penceritaan.

Berlatarbelakangkan Tanah Melayu sebelum merdeka, rakyat hidup dalam ketakutan apabila komunis bermaharajalela. Kaum Adam diberkas, diseksa malah ramai dibunuh dengan kejam gara-gara enggan tunduk kepada tekanan komunis.

“Tatkala keadaan semakin darurat, wanita terpaksa mengambil alih tempat lelaki mempertahankan keselamatan tanah air. Ketika inilah Tengku Suraya, watak lakonan saya, menggantikan posisi suaminya sebagai pucuk pimpinan gerila Selimut Merah yang diiktiraf Kerajaan Tanah Malaya untuk menentang kekejaman komunis.

“Saya teruja bawa watak berat ini. Ia bukan saja menuntut saya menjadi wanita bangsawan berjiwa rakyat tetapi sanggup berjuang demi keamanan negara dan menyelamatkan suami tercinta yang ditawan komunis.

“Pada masa sama, saya berdebar-debar. Maklumlah, sudah lama tinggalkan dunia lakonan. Risau memikirkan adakah persembahan saya mencapai piawaian yang penerbit serta pengarah mahukan kerana jika ikutkan, ini baru filem ketiga saya. Ketika membintangi Ghazal Untuk Rabiah, saya tidak ada asas atau pengalaman berlakon. Risau hanya Tuhan saja yang tahu apatah lagi saya pegang watak utama.

“Saya ingat itulah percubaan pertama dan terakhir, tak sangka pula tiba-tiba dapat tawaran menjayakan filem Pasrah di samping Erra Fazira dan Norman Hakim.

Baru saja filem itu ditayangkan, saya sudah berundur dari industri dan kini saya memikul peranan penting dalam 1945. Insya-Allah saya akan buat sehabis baik dalam filem ini,” katanya.

LOKASI 1945: Malaya Without Malay di sekitar Lembah Klang sangat melegakan Wilma kerana tidak perlu berjauhan dengan anak-anak. Meskipun ada babak dalam hutan, bergelumang dengan letupan bom dan bunyi tembakan senapang, dia tidak kekok.

Ini kerana dia yang menggemari aktiviti lasak mempunyai pengalaman menggunakan senapang ketika zaman remaja di Sabah.

“Ayah dan bapa saudara saya suka menembak dan berburu. Saya belajar menembak daripada mereka dan sesekali ikut mereka berburu. Mungkin kerana sudah terbiasa jadi saya tidak kisah menjalani penggambaran dalam hutan.

“Filem ini mendapat kerjasama Angkatan Tentera Malaysia di mana saya difahamkan kira-kira 200 anggota tentera darat akan beraksi sebagai pelakon ekstra.

Sebelum penggambaran bermula, barisan pelakon akan diberi latihan ketenteraan.

Pengalaman ini sangat menarik malah saya rasa sangat bersemangat di lokasi penggambaran,” katanya.

Ditanya seandainya ada lagi tawaran berlakon selepas ini adakah dia akan kembali lagi ke lokasi penggambaran, sambil tersenyum manis Wilma berkata, tidak mustahil jika produksi sanggup mengikut syarat yang diletakkannya.

“Jika ada tawaran menarik, skrip yang bagus, watak bersesuaian dan masih kekal bertudung, saya tidak ada masalah. Seboleh mungkin, saya mahu elak babak yang menuntut saya bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim dan jika penerbit atau pengarah bersetuju, mungkin saya akan terima watak yang ditawarkan.

“Saya tahu pasti ada yang pertikai kenapa saya mahu kembali berlakon jika itu tak boleh ini tak boleh. Bagi saya sebagai manusia kita ada pilihan, selagi termampu apa salah kita jaga,” katanya mesra.

Mengulas statusnya sebagai ibu tunggal, Wilma mengakui banyak onak dan duri terpaksa ditempuh namun dia tidak pernah mengeluh. Apa yang berlaku itu sudah tersurat dan sebagai manusia dia reda dengan segala ketentuan Ilahi.

Menjadi prinsipnya sejak dulu, tidak perlu risau berlebihan atau kusutkan fikiran dengan terlalu banyak berfikir kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan. Cara terbaik, jalani saja kehidupan seadanya malah sentiasa suburkan jiwa dengan kesedaran bahawa Allah SWT Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani.

“Siapa yang tidak sedih jika suami menyahut seruan Ilahi apatah lagi dia pergi secara mengejut. Masih segar di ingatan detik-detik pemergiannya, pulang dari kerja, suami berjumpa anak-anak terlebih dulu sebelum naik ke bilik yang terletak di tingkat atas dan ketika masuk ke dalam bilik dia rebah tidak sedarkan diri.

“Saya yang kebetulan masuk ke dalam bilik terus memangku kepala suami dan ketika itu dia masih bernyawa. Tidak lama kemudian dia menghembuskan nafas terakhir di depan mata saya. Kehilangannya amat dirasai apatah lagi arwah suami yang sangat baik tetapi saya kena reda. Saya kena kuat demi anak-anak.

“Syukur saya dikurniakan keluarga mentua yang baik, kami sangat rapat malah setiap hari ibu mentua pasti datang menjenguk anak-anak. Ipar duai pun sangat mengambil berat malah mereka menghormati saya sebagai kakak. Berada bersama mereka buat saya rasa sangat disayangi.

“Memang tidak dinafikan hidup sebagai ibu tunggal banyak cabarannya tetapi saya tidak mahu fikirkan sangat.

Saya percaya nasib dan rezeki setiap manusia itu sudah ditentukan jadi kenapa perlu bebankan diri dengan terlalu banyak berfikir. Daripada menangisi nasib, ada baiknya belajar reda dan percayalah rezeki anak-anak pasti ada. Allah kan Maha Pengasih lagi Maha Penyayang,” katanya seraya tersenyum manis.

Tambahnya, memori bersama suami akan menjadi pemacu semangatnya membesarkan anak-anak. Sebagai ibu dia akan memberikan didikan terbaik buat zuriat yang menjadi amanahnya itu bahkan amat menitikberatkan didikan agama dengan harapan pewarisnya itu menjadi insan soleh serta solehah.

“Arwah suami sangat bertanggungjawab dan penyayang orangnya. Dari awal perkahwinan dia tidak pernah menghalang apa yang saya suka bahkan kalau saya mahu kembali aktif berlakon, dia izinkan tetapi saya yang tidak mahu.

“Saya tidak boleh buat dua perkara dalam satu masa. Justeru itu, pilihan harus dibuat dan sudah tentu keluarga jadi keutamaan. Kebetulan pula usia saya ketika mendirikan rumah tangga 29 tahun, saya mahu cepat menimang cahaya mata,” katanya yang mula bertudung selepas sebulan bergelar isteri bahkan transformasi itu dapat dilihat ketika berlangsungnya majlis resepsi keduanya. Harian Metro.

Kenapa Anwar takut pada RPK???

Gaya macam rambo, tapi takut berdepan dengan fakta

Satu ketika RPK dan Anwar satu camp. Namun RPK terpaksa berpisah dengan Anwar, atas sebab komitmen Anwar dan janji2 Anwar terhadap rakyat Malaysia yang melarikan diri itu, tidak ditunaikan.

Sidang skype antara penemu wikileaks Julian Assange dan RPK yang sepatutnya berlangsung di Kent, England tidak menjadi, atas sebab; Anwar, mahukan RPK tidak dilibatkan.

Anwar berbuih mulutnya mengaku sebagai agen kebebasan; semua kebebasan termasuk hubungan sejenis; namun, apabila berhadapan dengan pengritiknya, Anwar tidak mampu mengamalkan kebebasan yang konon merupakan pegangan hidupnya.

Apabila Anwar enggan berbahas dengan RPK, beliau dianggap "chicken" oleh pemilik Malaysia Today itu. Namun sehingga kini, Anwar enggan memberi komen terhadap anggapan RPK itu.

Malah RPK mempersoalkan kemahuan Anwar berdebat dengan Najib, menurut RPK "try me first" sebelum mencuba berbahas dengan Najib.

Anwar dalam temubual dengan mana2 pihak akan senantiasa memilih wartawan yang juga penyokongnya. Jika terdapat wartawan yang bukan penyokongnya, pasti wartwan itu kena jerkah.

Saturday, March 17, 2012

Apa kah "copgate" akan jadi skandal baru bagi kerajaan?

DAKWAAN malaysiakini bahawa kononnya ada beberapa anggota polis yang masih berkhidmat akan tampil secara sukarela memberi keterangan mengenai salahlaku mantan IGP Tan Sri Musa Hassan dan AG Tan Sri Gani Patail, jika satu tribunal ditubuhkan menyiasat perkara itu.Keterangan tersebut, tegas mereka, akan melampaui dakwaan wujudnya pakatan sulit antara kedua-duanya dengan penjenayah.

Jika benar dakwaan malaysiakini itu, maka pihak kerajaan perlu melihatnya secara serius.

Isu salahlaku Musa dan Gani, bermula apabila bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCID), Datuk Ramli Yusuff, mendakwa Gani bersama dengan Musa dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) ketika itu, telah menganiayainya dan orang-orangnya.

Malaysiakini telah menyiarkan satu siri laporan sejak seminggu lalu mengenai dakwaan bahawa pasukan polis bersekongkol dengan penjenayah.

Tuduhan terhadap Ramli dan orang2nya berasal daripada siasatan mereka terhadap Goh Cheng Poh atau Tengku Goh, seorang penjenayah dari Johor yang didakwa mendapat sokongan Musa.

Tengku Goh ditangkap oleh Ramli pada 1 Ogos 2007 tetapi dibebaskan empat bulan kemudian.

Ketika dakwaan semakin menggunung, Musa kemudiannya disiasat dan dibersihkan oleh Abdul Gani dan BPR, manakala kontrak perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara disambung sehingga persaraannya pada 2010.

Campur tangan asing: PKR perlu jawab pendedahan Zaharin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) dicabar supaya menafikan dakwaan kononnya wujud kerjasama mereka dengan dua badan asing berkaitan Yahudi bagi membentuk gerak kerja pilihan raya bagi menentang Barisan Nasional (BN).

Datuk Seri Zahrain Mohamrd Hashim (Bebas-Bayan Baru) memberitahu persidangan Dewan Rakyat dua hari lalu bahawa beliau mempunyai bukti mengenai penglibatan pihak luar itu dalam politik tempatan, yang didakwanya mula berlaku sejak beberapa pilihan raya kecil sebelum ini dan pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

"Kedua-dua badan yang nyata mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan pelobi Yahudi antarabangsa berperanan menyediakan 'operating procedure' atau gerak kerja (bagi pembangkang) untuk menghadapi pilihan raya yang akan datang.

"Wakil beberapa NGO tempatan serta parti politik juga telah dilatih di negara luar mengenai cara-cara untuk menentang kerajaan. Salah satu latihan khusus mereka ialah bagaimana untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan," katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Sebuah akhbar tempatan semalam melaporkan wujud kerjasama antara PKR dan dua buah badan asing yang mempunyai kaitan Yahudi, iaitu Konrad Adeneur Foundation (KAF) dan National Democratic Institute for International Affairs (NDI), yang didedahkan oleh BN Selangor.

Zahrain, yang juga bekas anggota PKR, berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah mengenai perkara itu.

Beliau mencadangkan agar satu badan khas diwujudkan bagi menyiasat penglibatan "orang asing" dalam politik tanah air. - BERNAMA

Kerjasama dengan bangsa yahudi dibenarkan: Hadi Awang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan bangsa Yahudi, terutama dalam bidang perniagaan adalah dibenarkan tetapi ia adalah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis.

"Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis ," katanya dalam sesi-soal jawab di majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di Shah Alam malam tadi.

Pendirian Hadi sekaligus menolak tomahan segelitir pemimpin Pas yang mengeritik hubungan dagang antara swasta Malaysia dan negera yahudi, Israel.

Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga menteri besar Kelantan.

Abdul Hadi berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh seorang pimpinan PAS yang mengajukan soalan berhubung proses perhubungan antara kerajaan PAS ataupun pakatan pembangkang untuk memisahkan hubungan perniagaan dengan bangsa Yahudi sekiranya menguasai kerajaan persekutuan suatu hari nanti.- Bernama

Tarkih PRU-13 menurut analisis BERNAMA

Bila tarikh Parlimen akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan terus menjadi topik perbincangan dan bahan spekulasi menarik banyak pihak.

Baru-baru ini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan rasmi ke Sabah, beliau mengadakan satu perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional Sabah.

Seorang pemimpin yang ditemui pemberita berkata Perdana Menteri mengingatkan bahawa pilihan raya semakin dekat.

Bagi anggota parti sama ada Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), kata-kata Najib yang juga Pengerusi BN sebenarnya lebih berupa peringatan kepada jentera parti BN di Sabah dan juga negeri-negeri lain supaya bersedia untuk menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa pun.

Namun ungkapan 'semakin dekat' itu jelas memberi isyarat pilihan raya umum bakal diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. Bahkan dalam kalangan rakyat cakap-cakap mengenai pilihan raya umum ke-13 kini menjadi perbualan harian apatah lagi bila pemimpin negara semakin kerap turun padang ke merata pelosok negeri bertemu rakyat.

Menurut pemerhati politik ada beberapa fakta mungkin memberi petanda bahawa kemungkinan besar Parlimen dibubarkan pada Mei atau Jun, dan seterusnya dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran satu pilihan raya umum diadakan.

Pemerhati politik menggariskan beberapa fakta kebarangkalian bagi menyokong telahan mereka bahawa Mei atau Jun bakal menyaksikan pilihan raya umum ke-13 Malaysia diadakan.

Fakta pertama ialah terungkainya kemelut gaji baru penjawat awam dengan pengumuman Najib pada 8 Mac lepas bahawa skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.

Kemelut ini sangat penting diselesaikan terlebih dahulu kerana penjawat awam bukan membabitkan jumlah yang kecil, tetapi kira-kira 1.4 juta orang di seluruh negara, yang memainkan peranan penting untuk melaksana dan menjayakan pelbagai dasar transformasi dan penambahbaikan yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Fakta kedua menurut pemerhati politik adalah Perdana Menteri dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, secara mantap dan terancang menjelajah ke seluruh negara setiap hujung minggu untuk bertemu rakyat, seperti yang dijanjikan pada satu sidang akhbar sebaik Perhimpunan Agung Umno 2010 tamat.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan juga semakin galak mahu semua jentera pilihan raya BN khususnya Umno bergerak pada kelajuan 'gear lima' bagi menghadapi pilihan raya umum yang 'semakin dekat' ini.

Beliau dipetik sebagai berkata pilihan raya jarang-jarang melebihi empat tahun lebih, oleh itu ia mungkin tinggal satu, dua, tiga, empat atau lima bulan sahaja lagi.

Fakta bahawa pilihan raya hanya dilakukan selepas tempoh mandat kerajaan berakhir juga sangat jarang-jarang berlaku. Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada 28 April 2013.

Fakta ketiga, Umno juga awal-awal lagi sudah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, iaitu sehingga September 2013, dari tarikh kali terakhir diadakan pada Mac 2009, bagi mengukuhkan parti dan mengelakkan pergelutan jawatan di dalam parti demi untuk menghadapi pilihan raya umum dengan mantap dan sepadu.

Fakta keempat, yang juga petanda positif pilihan raya Mei atau Jun adalah ekonomi Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk meneruskan kemajuan pada 2012 seperti laporan Oxford Business Group (OBG), firma penerbitan, penyelidikan dan perundingan risikan ekonomi global.

Laporan itu menunjukkan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia meningkat, inflasi terkawal dan sektor kewangan teguh. Menurut laporan itu hasil prestasi kukuh di kebanyakan sektor ekonomi dalam tempoh 12 bulan lalu, Malaysia dijangka dapat mencapai prestasi lebih baik dalam 2012.

Fakta seterusnya tertumpu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat banyak pemerhati sebagai telah memberi bayangan Parlimen mungkin dibubarkan seawal Mei 2012 bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata Perdana Menteri tidak mungkin membubarkan Parlimen dalam masa terdekat kerana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikkan Proses Pilihan Raya hanya dijangka selesai mengemukakan semua cadangannya ke Dewan Rakyat pada April.

Sebagai persediaan awal, SPR sudah menjelajah ke seluruh negara untuk memberi taklimat kepada para petugas pilihan raya.

Seorang petugas yang dilantik SPR memberitahu Bernama bahawa pegawai SPR menyatakan sekiranya pilihan raya tidak diadakan dalam masa terdekat, satu lagi taklimat akan diberikan untuk melancarkan operasi dalam sistem pilihan raya kelak.

Pemimpin parti-parti politik terutamanya pembangkang dilihat sudah lama bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata masa terbaik untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 ialah awal Jun pada cuti sekolah.

"Ini kerana perbahasan Parlimen kali ini akan membentangkan beberapa rang undang-undang penting seperti pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang memang telah dijanjikan pada persidangan kali ini," katanya.

Katanya sekiranya pilihan raya tidak diadakan Jun ini, mungkin Perdana Menteri akan menunggu sehingga tamat penggal ke-12 mandat kerajaan pada tahun depan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar pula berkata tiada masalah untuk mengadakan perasmian persidangan Parlimen yang baru selepas pilihan raya umum walaupun perasmian baru sahaja disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Mac lepas.

"Apa sahaja yang belum habis, Rang Undang-undang yang dibentangkan, usul dan sebagainya boleh dibawa ke persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang baru untuk dihabiskan, jadi tidak timbul masalah," katanya kepada Bernama.- Bernama

Blog Archive