Tuesday, January 31, 2012

Isu AUKU: Buku Jingga hanya berjuang untuk kebebasan berpolitik dan berpersatuan-bukan kebebasan demonstrasi: Azizan Razak

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata apa yang diperjuangkan oleh pemimpin Pakatan dalam Buku Jingga merangkumi dua perkara dalam AUKU iaitu hak untuk berpolitik dan hak untuk berpersatuan, bukannya hak untuk berdemonstrasi.

Sebelum ini, pelbagai pihak membidas Azizan kerana membiarkan pelajar berkenaan dihadapkan pada Jawatankuasa Disiplin KUIN pada Mei tahun lalu kerana melanggar AUKU dengan terbabit dalam tunjuk perasaan memprotes keputusan kolej universiti itu mahu menjadikan bangunan tahfiz menjadi sekolah bestari.

Menurut Azizan, lima pelajar itu diambil tindakan mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya AUKU sepertimana digembar-gemburkan.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga pengerusi KUIN.

Pakatan Rakyat yang berikrar menghapuskan AUKU jika dapat menawan Putrajaya.

Sebelum ini, bekas pensyarah UIAM Dr Aziz Bari mencadangkan agar Azizan lebih baik menyertai BN, atas sebab menyokong AUKU.

Ibrahim Ali ikut-ikut beri "ang pow" kena kungfu pula

Gara-gara menukar warna Ang Pow yang biasanya berwarna merah, ditukar kepada warna putih, Ibrahim Ali kena kungfu.

Pemberian ang pow berwarna putih, biasanya diberikan oleh kaum cina semasa majlis pengkebumian.

Pengajaran pada Ibrahim Ali, sebelum ikut2an... belajar dulu, tanya dulu.

Aziz Bari bukan lagi bergelar Profesor

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu, lapor Utusan Malaysia.

Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Lumpur.

Abdul Rahim berkata demikian dalam kenyataan akhbar bagi mengulas pertanyaan pembaca pada Jumaat lalu yang ingin tahu bidang pengkhususan dan siapakah yang memberikan pengiktirafan kepada Abdul Aziz sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan.

Sokong Anwar: Anwar khianati Palestin dan Dunia Islam: Mukhriz

Kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan sokongan terhadap usaha melindungi keselamatan negara Israel dianggap mengkhianati Palestin dan umat Islam sedunia.

Penasihat Yayasan Keamanan Global Perdana, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata setiap kali zionis Israel membunuh rakyat Palestin yang beragama Islam atau Kristian, mereka menggunakan alasan mempertahankan keselamatan negara.

"Kini seorang yang bercita-cita tinggi mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia pula menggunakan alasan sama dalam menyokong negara pengganas Israel.

"Jika pengganas, termasuk negara pengganas menzalimi mangsanya, patutkah kita bersimpati dengan pengganas ataupun mangsa?" katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, Isnin.

Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata alasan yang sama juga digunakan apabila jentolak Israel merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan apabila rakyat Gaza dibunuh.

Katanya, alasan itu turut digunakan dengan melanggar beratus-ratus resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan juga semasa aktivis Freedom Flotilla dibunuh. BERNAMA

Monday, January 30, 2012

Tun Dr Mahathir tak terkejut apabila Anwar sokong Israel

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak terkejut apabila Anwar menyokong Israel.

Dakwanya, Anwar mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

Dr Mahathir hari ini bercakap dalam program kepimpinan anjuran Kajian Pentadbiran Kerajaan, Universiti Tun Abdul Razak.

IGP sihat walafiat-dikata meninggal

Macam2.. Ketua polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang kini berada di London atas sebab lawatan rasmi, dikhabarkan pula meinggal di kota London.

PDRM terpaksa menafikan hebaan palsu tersebut, kerana KPN dalam keadaan sihat walafiat.

Beliau dijangka kembali ke tanah air Khamis ini.

57 Penduduk Subang mogok lapar tagih janji R Sivarasah

PETALING JAYA: Sebanyak 57 keluarga di Kampung Bunga Raya dekat sini melakukan mogok lapar pada Ahad, sebagai bantahan terhadap kerajaan Selangor yang gagal mengotakan janji pilihan raya umum lepas, untuk menyediakan rumah baru kepada mereka.

Memulakan mogok lapar pada 9 pagi, keluarga yang mengandungi lebih 100 anggota itu mendesak untuk bertemu pegawai kanan kerajaan negeri dan pusat bagi menyelesaikan isu yang berlarutan sejak hampir empat tahun tersebut.

Mereka memberitahu Bernama, Anggota Parlimen kawasan Subang dari Parti Keadilan Rakyat, R. Sivarasah telah menjanjikan setiap keluarga akan mendapat rumah baru di Jalan Pluto menjelang 2010.

"Kami diberitahu akan dapat menyambut Deepavali di rumah baru kami pada 2010, tapi itu tinggal mimpi...tiada apa yang dilakukan setakat ini. Itu cuma janji kosong Sivarasah.

"Projek perumahan yang bermula 2008 telah terbengkalai sehingga sekarang," kata Naib Presiden Pertubuhan Perikatan Prihatin Malaysia, R. Balan di sini.

Keluarga terbabit mengakhiri mogok lapar mereka kira-kira 4.30 petang dengan ketibaan Anggota Dewan Undangan Negeri Paya Jaras Datuk Muhammad Bushro Mat Johor dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shafei Abdullah yang berjanji untuk membantu.

Turut menemui keluarga terbabit Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mengulas lanjut, Balan berkata pemaju pertama projek perumahan itu diisytihar bankrap dan melarikan diri, manakala pemaju kedua pula menipu dengan menggunakan campuran 'polisterin' untuk membina dinding rumah, menyebabkan penduduk membantah.

"Halangan terbabit menyebabkan sesetengah daripada kami berhenti membayar balik pinjaman menyebabkan kami disenarai hitam oleh bank," katanya menambah mereka telah membuat laporan polis terhadap pemaju dan juga Anggota Parlimen Subang, namun tidak ada tindakan diambil.

Ketua kampung S. Perumah, 62, pula berharap kerajaan persekutuan akan membantu mereka memandangkan semua keluarga terbabit telah hidup dalam keadaan bekalan air dan elektrik yang tidak sempurna sejak 18 tahun lalu.

"Kami perlukan penyelesaian segera kerana kerajaan negeri tidak membantu kami. Kami mahu kerajaan pusat membantu," katanya.

Anwar cuba raih kembali sokongan Israel: Anifah

Datuk Seri Anifah Aman melihat kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau memberikan “sepenuhnya sokongan kepada semua tindakan yang diambil bagi menjaga keselamatan negara Israel” sebagai satu usaha untuk menarik kembali sokongan Israel terhadapnya.

Menteri Luar Negeri itu dalam satu kenyataannya hari ini berkata, selepas menerima kecaman ekoran tuduhannya bahawa konsep 1 Malaysia ditiru dari konsep regim Zionis Israel di Dewan Rakyat pada Mac 2010, Anwar telah dikecam oleh pemimpin-pemimpin Yahudi.

“Adalah jelas kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah semata-mata untuk meraih kembali sokongan masyarakat Yahudi dan penyokong-penyokong Israel kepada beliau dalam usaha mendapat sokongan antarabangsa bagi menghadapi pilihanraya,” kata Anifah (gambar) dalam kenyataan tersebut.

Berdasarkan temuramah eksklusif ketua pembangkang itu bersama Wall Street Journal pada hari Khamis, Anifah mengatakan dengan jelas bahawa prinsip dan pendirian Anwar mengenai isu Palestin sudah berubah.

“Kenyataan beliau yang disiarkan dalam Wall Street Journal mengenai sokongan penuh beliau kepada semua tindakan Israel bagi menjaga keselamatan negara Israel adalah jelas, kecuali kalau beliau ingin mendakwa Wall Street Journal melakukan kesilapan,” tambahnya.

Tambah Anifah, kenyataan yang dibuat Anwar itu secara langsung jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan beliau terhadap segala tindakan yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Tindakan-tindakan yang ditakrifkan oleh Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negara tersebut termasuklah antara lain serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang telah mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa.

Sehubungan itu, Anifah menegaskan bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan-tindakan Israel ke atas Palestin malahan telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan-tindakan tersebut yang jelas melanggari perundangan antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.

“Malaysia menggesa supaya semua pihak berusaha mencari satu penyelesaian komprehensif yang adil dan saksama berdasarkan ‘Roadmap’ dan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan di mana kedua-dua buah negara dapat hidup bersebelahan dengan satu sama lain dalam keadaan aman dan selamat,” tambahnya.

Anwar Ibrahim semalam memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya tidak memutarbelit kenyataan kononnya beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Dalam satu kenyataan ringkas, Anwar menegaskan temubual bersama Wall Street Journal banyak membincangkan isu yang berkaitan dengan dasar luar negara dan Palestin.

“Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

“Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati,” kata Ketua Umum PKR ini.

Jelas Anwar jawapan yang diberikan berbunyi: “Saya menyokong semua usaha melindungi keselamatan negara Israel.”

Beliau turut menambah akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi sekiranya Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin.

Tegas Anwar, pendirian beliau sejajar dengan prinsip perjuangan PKR yang menjunjung tinggi aspek keadilan sejagat dan membela hak mereka yang dizalimi.

“Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution,” katanya.

Malaysia secara konsisten menolak untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel walaupun hubungan komersial wujud antara syarikat-syarikat swasta di dua negara itu.

Permusuhan Israel dengan negara Islam di Timur Tengah merupakan isu utama bagi rakyat negara ini yang majoritinya Melayu Islam.

Anwar menambah dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan.

Gilirian peguam Anwar pula perlekeh Hakim mahkamah syariah

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertindak keluar daripada Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur susulan tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Datuk Zohdi Toha yang memberi kebenaran kepada menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dua lagi, untuk mendengar permohonan mereka untuk mengetepikan rayuan Anwar berhubung kes qazaf.

Peguam Kamar Ainiah Kamaruzzaman berkata tidak dapat menerima keputusan kerana berpendapat hakim perlu mendengar permohonan kebenaran terlebih dahulu dan memutuskannya sebelum mendengar hujah daripada peguam menteri sebelum mengetepi rayuan tersebut.

Beliau bersama-sama tiga lagi peguam, mengemaskan fail-fail mereka selepas tiga hakim mahkamah rayuan memutuskan demikian dan terus keluar daripada mahkamah bersama-sama Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokongnya.

"Kami tidak boleh sertai (prosiding), ia terang-terang satu penyalahgunaan kuasa oleh pihak pemohon.

"Jadi kami terpaksa untuk keluar. Kami akan mengambil tindakan susulan iaitu menyemak keputusan kehakiman," kata Kamar Ainiah kepada pemberita di luar mahkamah.

Selain Kamar Ainiah, Anwar diwakili oleh Dorina Abdullah, Dr Mohd Rafie Shafie dan Mohamad Burok.

Manakala pemohon diwakili oleh tiga peguam iaitu Roslizam Rahim, Abdul Halim Bahari dan Mohd Ridzuan Ramli.

Pinjaman RM250 juta NFC tiada jaminan Peribadi?

Jika benarlah dakwaan anggota PAC Parlimen-Tony Pua, bahawa pinjaman RM250 juta kepada NFC tiada jaminan peribadi, maka ianya sungguh malang.

Sekiranya pinjaman itu gagal dibayar hanya syarikat sendirin berhad yang mendapat pinjaman tersebut yang dimufliskan, bukannya individu.

Dakwaan Tony Pua itu bertentangan dengan kenyataan Pengarah Eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh, Jumaat lepas yang mengatakan bahawa jika gagal membayar pinjaman itu maka mereka akan dimufliskan.

Kecelaruan maklumat ini, perlu segera diberikan oleh kerajaan, agar ianya tidak berlarutan, sehingga benar-benar menjadi liabilti kepada kerajaan.

Isi perjanjian antara kerajaan dan syarikat yang mendapat pinjaman tersebut perlu didedahkan segera, demi ketelusan mengenai pinjaman ini.

Keterlambatan pendedahannya, akan memberi peluang kepada pihak2 tertentu memutar belitkan isu pinjaman ini.

Sebagai contoh, laporan KAN tidak pernah menyebut dalam laporannya, bahawa perjalanan projek tersebut bercelaru, namun, pihak media dan pihak2 tertentu menggunapakai istilah sendiri, sehingga menggambarkan bahawa projek lembu tersebut gagal total.

Kepada kerajaan bertindak pantaslah.

Sokong Israel: Kenyataan Anwar memalukan: Anifah Aman

Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merakamkan sepenuh sokongan kepada semua tindakan bagi menjaga keselamatan Israel adalah satu kenyataan yang menyedihkan dan memalukan serta patut dikesali dan dikecam, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu secara langsung jelas menunjukkan penerimaan dan sokongan Anwar terhadap segala tindakan yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin selama ini.

Tindakan yang ditakrifkan Israel sebagai perlu bagi menjaga keselamatan negaranya termasuklah serangan ketenteraan besar-besaran ke atas Gaza yang mengorbankan beribu-ribu nyawa rakyat Palestin yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak, penangkapan dan pemenjaraan rakyat Palestin sewenang-wenangnya, pembunuhan rakyat Palestin terutama para pemimpin melalui serangan bom dan peluru berpandu, pembinaan tembok haram yang merentas dan merampas kawasan kediaman orang Palestin.

Pengusiran rakyat Palestin dari kawasan kediaman mereka, pembinaan penempatan haram Israel di kawasan rakyat Palestin, sungguhpun dikecam oleh masyarakat antarabangsa serta pelbagai lagi pelaksanaan dasar yang menindas dan menganiayai rakyat Palestin, katanya.

"Saya ingin menegaskan kerajaan Malaysia tidak pernah menyokong tindakan Israel seperti dijelaskan, malah telah bersama-sama masyarakat antarabangsa mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut yang jelas melanggari perundangan antarabangsa," kata Anifah dalam kenyataan di sini, Ahad.

Ketika ditemuramah akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar secara terbuka menyatakan ia akan mempertahankan keselamatan Israel.

Anifah berkata kerajaan Malaysia berpendirian bahawa penyelesaian terbaik kepada konflik Palestin-Israel hanya boleh dicapai melalui perundingan bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan serantau yang berkekalan.

"Malaysia menggesa supaya semua pihak berusaha mencari satu penyelesaian komprehensif yang adil dan saksama berdasarkan pelan damai dan resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkaitan di mana kedua-dua buah negara dapat hidup bersebelahan dengan satu sama lain dalam keadaan aman dan selamat," katanya.

Katanya adalah jelas kenyataan yang dibuat Anwar itu adalah semata-mata untuk meraih kembali sokongan masyarakat Yahudi dan penyokong Israel kepada beliau dalam usaha mendapatkan sokongan antarabangsa bagi menghadapi pilihan raya.

"Seperti yang kita ketahui, kenyataan Anwar di Dewan Rakyat pada Mac 2010 yang menuduh konsep 1Malaysia ditiru daripada konsep regim Zionis Israel telah membawa kecaman daripada pemimpin-pemimpin Yahudi.

"Dengan kenyataan yang dibuat oleh Anwar di Wall Street Journal itu, jelas sekarang di mana letaknya prinsip dan pendirian beliau berhubung isu Palestin dan saya yakin rakyat akan dapat membuat penilaian mereka sendiri," katanya.

Beliau berkata kenyataan Anwar yang disiarkan dalam Wall Street Journal itu juga jelas, kecuali jika beliau ingin mendakwa akhbar tersebut telah melakukan kesilapan. BERNAMA

Sunday, January 29, 2012

Bagi Ibrahim Ali-politik Anwar tidak releven lagi

Ibrahim menggesa rakyat Malaysia terutama parti politik supaya "melupakan" Anwar memandangkan pelbagai isu dikaitkan dengan ketua pembangkang itu, sehingga membuatkan rakyat "letih" mendengarnya.

"Sekarang ada masa untuk melupakan Anwar. Sekarang adalah masa untuk memikirkan tentang masa depan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi Malaysia lebih penting.

"Bagi saya, secara politiknya, Anwar sudah mati. Anwar sudah tidak relevan. Bagi saya, Anwar adalah kawan atas banyak sebab.

"Jadi, kita mesti bergerak ke hadapan dan rakyat Malaysia harus sedar, (adakah) tanpa Anwar, Malaysia akan habis? Tidak!

"Pemimpin datang dan pergi dan Anwar membuktikan dirinya dia tidak 'fit' untuk menjadi perdana menteri dengan pelbagai sebab," katanya.

Tidak wajar SPRM simpan rekod harta menteri dan timbalan menteri : VK Liew

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata tidak wajar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyimpan rekod harta menteri dan timbalan menteri.

Beliau berkata, peranan utama SPRM ialah menerima dan menyiasat aduan mengenai rasuah.

"Bukan bagi ketua SPRM menyimpan rekod menteri dan timbalan menteri".

"Bagi saya kami telahpun diminta dari awal lagi (semasa dilantik menteri dan timbalan menteri) mengemukakan rekod aset kami (sebagaimana telah dilakukkan)," katanya pada sidang akhbar di Kota Kinabalu hari ini.

Liew, yang juga presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), diminta mengulas kenyataan pengerusi panel penasihat SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh baru-baru ini bahawa "SPRM akan mendapatkan salinan perisytiharan harta menteri-menteri kabinet dan pasangan mereka serta anggota lain keluarga yang dikemukakan kepada Perdana Menteri". "Kami mencadangkan supaya salinan perisytiharan harta semua anggota pentadbiran pusat diberikan kepada suruhanjaya," kata Zaitun.

Cuba hayati petikan wawancara Anwar dengan WSJ berikut

Kegusaran yang amat sangat apabila Hadi berhasrat tidak bertanding pada PRU-13

Kegusaran yang amat sangat melanda Pakatan Rakyat, apabila Presiden Pas menyuarakan hasrat tidak bertanding pada PRU-13.

Alasan yang diberi oleh Presiden Pas itu, beliau terlalu lama jadi Yang Berhormat.

Sebagai ADUN, sejak tahun 1982, tahun ini, Hadi telah genap 30 tahun sebagai ADUN, malah pernah menjadi Menteri Besar Terengganu 1999-2004.

Mungkin ada penyebab yang kurang diketahui umum, sebab musabab Datuk Hadi mengapa berhasrat tidak mahu bertanding lagi.

Perkembangan terkini yang melanda pemimpin Pakatan, terutama gelagat Anwar. Anwar sejak dibebaskan daripada tuduhan liwat, telah mengeluarkan kenyataan, bahawa jika PR memerintah Malaysia, maka undang2 yang berkaitan homoseks akan dilupuskan, kerana undang2 itu menurut Anwar adalah undang purba dan lapuk.

Belum lagi reda isu itu, Anwar membuat kenyataan lagi bahawa beliau akan menyokong penuh sebarang usaha mempertahankan keselamatan negara zionis-Israel.

Mungkin berdasarkan perkembangan ini, maka kenyataan Anwar itu bercanggah dengan nawitu Hadi, maka beliau mengambil langkah berundur, agar tidak terus terpalit dengan sesuatu tindakan yang bercanggah dengan perjuangannya.

Kita hanya boleh meneka apa yang bermain-main dibenak Hadi. Atas faktor apa sebenarnya yang mempengaruhi Hadi sehingga menyuarakan hasratnya tidak bertanding, hanya beliau sahaja yang mengetahuinya.

Hadi tak nak tanding PRU-13?

Mungkin Presiden PAS itu telah merasa bosan dan jemu dengan gelagat yang berlaku pada Pakatan Rakyat.

Anwar menyokong homoseks, menyokong israel, wakil rakyat pas tidak dipercayai lagi menjawat portfolio agama di Selangor.

Mungkin Haji Hadi tidak mahu terlibat subahat dan bercanggah dengan nawaitunya. Mungkin itulah yang berada dilubuk sanubari ADUN RHU dan MP Marang Terengganu itu.

Harga gula dunia kurang dari RM2/kg.. kenapa subsidi gula double?

Tahun lalu subsidi gula hanya RM262.4 juta tahun ini diperkirakan RM567 juta, naik RM304.6 juta atau 116.3%.

Pelik sungguh, sementara harga gula naik daripada 1.45/kg kepada 2.30/kg di semenanjung, Sabah 2.40/kg, namun subsidi terus bertambah.

Harga gula di pasaran dunia telah menurun daripada Usd 29/100lb kepada 23/100lb sejak julai, 2011.

Berasaskan harga dunia, harga gula kini usd 0.51/kg atau rm1.53/kg. Kenapa subdidi bertambah?
.

Saturday, January 28, 2012

Normalisasi diplomatik Malaysia-Israel akan terbentuk-bila PR menguasai Putrajaya

Anwar sudah membuka jalan normalisasi diplomatik antara Malaysia-Israel, apabila penasihat PKR itu berkata, beliau menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan keselamatan negara zionis itu.

Normalisasi diplomatik Malaysia-Israel, mungkin akan terjalin, jika PR menguasai Putrajaya.

Sehingga kini, Malaysia dan Israel belum mengadakan hubungan diplomatik, walaupun kedua-duanya anggota PBB.

Malah, rakyat negara ini, hinggakini belum dibenarkan melawat negara zionis itu, sepertimana tertulis dalam pasport antarabangsa negara.

Israel telah merampas negara Palestin pada tahun 1948 dan menjadikan negara Israel. Ekoran daripada itu, rakyat Palestin hingga kini menjadi pelarian.

Sejak tahun 1948, berjuta rakyat Palestin menjadi mangsa pembunuhan rejim yahudi itu.

Tahun 1967, malah berlaku perang antara Mesir, Syria dan Israel, yang mengakibatkan beberapa kawasan tanah arab berjaya ditakluki negara yahudi itu.

Kini, kawasan Gaza kawasan yang diduduki rakyat Palestin, saban hari mendapat bedilan daripada Israel, malah satu ketika, kawasan itu diblokade, agar supaya bekalan makanan dan ubat-ubatan tidak sampai kepada penduduk kawasan itu.

Masalah Palestin adalah punca negara-negara islam termasuk Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan israel, kecuali Mesir dizaman Hosni Mubarak, itupun atas desakan Washington.

Malaysia, sejak sekian lama menyokong perjuangan rakyat Palestin untuk mendapatkan negaranya semula, namun perkara ini akan terkubur, jika Anwar menjadi perdana Menteri Malaysia.

Apa kah Malaysia membuka hubungan diplomatik dengan Israel-apabila Anwar menjadi Perdana Menteri?

Kenyataan Anwar kepada Wall Street Journal, bahawa ketua pembangkang itu menyokong semua usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, adalah petanda, bahawa apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, hubungan diplomatik antara negara zionis itu dengan Malaysia akan terjalin.

Malaysia, tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, walaupun kedua-duanya anggota PBB.

Malaysia sehingga kini adalah penyokong negara Palestine.

Israel secara berkala melakukan serangan ke atas bumi Palestine termasuk pembunuhan di kem Shatila.

Kini, Israel menyerang Gaza dan serangan itu mendapat kutukan daripada berbagai negara kecuali sekutu Israel.. Amerika Syarikat.

Kita menunggu komen Anwar, apakah beliau juga menyokong terhadap serangan di Gaza!!

Video Seks dahsyat Anwar-yang mana pula ni?

Kalau yang dirakam pada 12 dan 13 Januari, 2011, dah lama beredar di Youtube, malah blog Papagomo sudah lama siarkan.

Semalam, salah seorang Datuk T-Shuib Lazim mengaku ada menonton video seks Anwar yang terbaru, selepas diberikan oleh seorang lagi Datuk T-Eskay Abdullah (mantan rakan Anwar).

Sebaik sahaja isu video seks terbaru itu disiarkan oleh Utusan, Naib Presiden PKR N-surendran terus menuding kepada BN/Umno. Dakwanya ini lagi lah cara BN/Umno mencemarkan reputasi Anwar. Reputasi???

Setahu AYT, Anwar handal berpidato. Handal memutarbelit. Inilah reputasi Anwar.

Bagi Pakatan, apa sahaja faktor yang melibatkan Anwar, pasti ankara BN/Umno.

Tak kan lah BN/Umno suruh Anwar bantai chinadoll, pelacur!!!

Kalau melihat video itu, bagaimanakah satu video yang tidak statik di mana pelakunya mirip Anwar!!.. berapa orang kah manusia yang menyerupai Anwar? Kalaulah video boleh direkayasa, pasti video Najib melakukan seks akan memenuhi ruang youtube. Namun, teknologi itu belum ada.

Beberapa kerat melayu masuk DAP tak apa..asalkan akar umbi tidak terpengaruh

Ramai daripada kalangan kaum melayu/bumiputera yang oportsinis menyertai DAP. Golongan ini, walaupun tidak menyertai mana-mana parti, namun kehidupan mereka tetap menyerlah, kerana sebelumnya telah didodoi oleh perjuangan Umno.

Anak Tan Sri Khir Johari-Zahiril misalnya, daripada kecil didodoi kemewahan kerana perjuangan Umno.

Demikian juga ada segelilintir cerdik pandai, di mana gelaran PhD atau professor mereka diperolehi melalui perjuangan Umno, apabila kehidupan telah mantap, maka timbullah nafsu besar, sehingga menjadi petualang kepada bangsa sendiri.

Mantan-mantan pemimpin Umno, malah pernah menjadi wakil rakyat Umno, kerana perjuangan mereka telah expired, maka untuk menghidupkan peluang kali kedua, maka memlilih menyertai DAP, kerana mereka tahu, kumpulan melayu dalam parti itu hanya sedikit, atas sebab itu, kepimpinan mereka akan diberi peluang.

DAP sejak ditubuhkan walaupun berdasarkan pendaftarannya merupakkan parti berbilang kaum, namun perjuangannya hanya kepada satu kaum-kaum cina. Sejak kewujudannya, perjuangan pendidikan misalnya, parti itu hanya memperjuangkan pendidikan kaum cina.

Hanya kebelakangan ini, terutama pengalaman mereka selepas PRU-12, di mana di Perak Pakatan Rakyat mempunyai kerusi terbanyak berbanding BN, semasa pembentukan kerjaan negeri, maka terpaksa melantik Nizar daripada Pas menjadi MB, walaupun kursi PAS jauh lebih kecil berbanding DAP. Perkara ini berlaku, kerana undang2 tubuh kerajaan Perak, hanya boleh melantik seseorang itu kepada jawatan MB hanya daripada kalangan penganut islam.

Kini, DAP mempergunakan kalangan melayu yang bernafsu besar ini, untuk mencapai cita-cita mereka memerintah setiap negeri yang majoriti melayu. Bagi DAP, tak apa MB dari kalangan melayu, tetapi pemain dibelakang layar adalah kumpulan pemimpin DAP bersuku cina dan india. Keadaan ini berlaku di Perak semasa pemerintahan Pakatan, Nizar adalah MB, namun pemain dibelakang adalah Nga dan Ngeh, pemimpin DAP yang bersepupu.

Bagi kalangan melayu/bumiputra, janganlah terpengaruh dengan tipu muslihat DAP ini, hukumlah para petualang ini, jika mereka benar2 dicalonkan semasa sebarang pilihanraya. Percayalah perjuangan mereka bukan untuk bangsa dan agama, akan tetapi untuk mengisi tembolok mereka yang sebenarnya sudah sesak itu.

Haji Hadi membayangkan tidak bertanding lagi

Haji Hadi membayangkan tidak bertanding pada PRU-13. Alasan yang diberikan, beliau telah terlalu lama menjadi YANG BERHORMAT.

ADUN RHU dan MARANG Terengganu itu, telah menjadi YB sejak 30 tahun lalu. Disebabkan terlalu lama, maka beliau tidak berhasrat bertanding.

Walaupun demikian katanya, hasratnya terserah kepada parti. Jikapun parti mahukan beliau terus bertanding, beliau akan mempertimbangkan hanya satu kerusi samada DUN atau MP.

Apa kah hasrat Hadi yang tidak mahu bertanding lagi ada kaitan dengan pemecatan Hassan Ali? atau kah satu sindiran kepada Nik Aziz yang terlalu lama menjadi YB. Nik Aziz menjadi YB sejak tahun 1976 lagi, manakala Hadi bermula tahun 1982.

Hasrat Hadi itu, mencercat perancangan Pakatan Rakyat yang beriya-iya memrampas Putrajaya pada PRU-13.

Selain itu, tindakan Hassan Ali untuk menyatukan Kuasa Ketiga (Third Force) untuk memperkecil peluang calon2 Pakatan menang pada PRU-13 merupakan salah satu halangan yang perlu direntasi oleh Pakatan Rakyat.

Nampaknya .. ada sesuatu yang berlaku begitu serius sekali dalam Pas, sehingga Presidennyapun terpaksa meluahkan hasratnya untuk tidak bertanding. Atau kah .. Hadi hanya testing the water?.

Apa kah Umno berhadapan sabotaj daripada ahlinya sendiri?

Umno terpaksa menubuhkan Jawatankuasa disiplin bagi membendung sabotaj menjelang PRU-13.

Apa kah penubuhan AJK ini terdapatnya petanda, bahawa ahli-ahli Umno akan mensabotaj partinya sendiri?

Kalau tiada tanda-tanda itu, adalah tidak mungkin AMT menubuhkan AJK tersebut.

Nampaknya UMNO terpaksa berdepan dengan ahlinya sendiri semasa PRU-13.

Kenapa ini boleh berlaku?

Sepatutnya Anwar saman Datuk T

Mengapa Anwar hingga kini malu dan enggan saman Datuk T?

Semalam salah seorang Datuk T- Datuk Shuib Lazim mencabar Anwar menafikan video yang ditayang pada mac, 2011 itu bukan beliau. Suhuib juga mencabar Anwar mengatakan bahawa Trio Datuk T adalah salah, kerana mendedahkan video seks Anwar yang dirakam pada Februari, 2011, seperti mana didedahkan.

Kini, Trio Datuk T itu mendedahkan pula, bahawa mereka mempunyai video seks Anwar yang lebih dahsyat, dan video itu dirakam pada 12 dan 13 Januari, 2011 di Thailand.

Pihak pembangkang pula memberi reaksi berhubung kenyataan Suhib itu, kononnya Umno terlibat. Semalam, ada wartawan yang bertanya kepada Perdana Menteri, apakah beliau tahu tentang video yang dimaksudkan oleh Datuk T.

Video seks yang akan didedahkan oleh Datut T, tiada kaitan dengan Umno, video seks yang dirakam tersebut hanya melibatkan Eskay Abdullah dan Anwar. Samalah dengan kes sodomi II, tiada sesiapapun yang terlibat, hanya Anwar dan Saiful.

Jika benarlah ada video yang lebih dahsyat sepertimana dimaksudkan oleh Suhib itu, maka terpulang kepada Anwar untuk menyaman trio itu, untuk menafikan bahawa pelaku dalam video bukan beliau.

Anwar mempunyai pakar-pakar forensik, yang boleh membantu beliau menafikan bahawa pelaku atau rakaman video tersebut bukan beliau atau palsu.

Friday, January 27, 2012

Hassan Ali keseorangan

Sejak dipecat daripada PAS, mantan exco Kerajaan Selangor-Dr Hassan Ali, hingga kini keseorangan.

Belum ada pemimpin yang mempunyai nama dalam arena politik tampil bersama atau membela beliau.

Biasalah, pemimpin PAS menghentamnya juga diikuti oleh Timbalan Presiden PKR-Azmin Ali, yang mengatakan Hassan adalah parasit dan duri dalam daging dalam Pakatan Rakyat.

Malah kajian PAS mengatakan bahawa pemecatan Hassan tidak berimpak kepada parti itu. Sementera itu Ketua Penerangan Pas Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, lantak Hassanlah berjelajah di seluruh negara, kerana ianya tiada kaitan dengan parti itu.

Khalid Samad pula, musuh Hassan semasa dalam Pas, mendown grade Hassan. Menurutnya, Hassan sebenarnya tiada sokongan lagi daripada akar umbi Pas, sebelumpun dipecat. Ini katanya, daripada 18 AJK PAS pusat, Hassan menduduki urutan ke-16, yang biasanya sebelum ini, beliau berada dalam urutan top-5.

Hassan kini mahu menggerakan "third force" sebagai alat untuk menarik sokongan penyokong Pas khasnya dan Pakatan Rakyat amnya dalam PRU-13 akan datang.

Hassan mahu menjadi spoiler kepada peluang calon2 Pakatan semasa PRU-13 akan datang.

Walaupun, para pemimpin Pakatan secara luaran meremehkan kekuatan Hassan, namun jauh disebalik sanubari mereka, kekuatiran yang amat mendalam mereka rasakan.

Terbukti semasa PRK Bagan Pinang, apabila isu arak di Selangor didedahkan oleh Dr Hassan, keputusannya, para penyokong Pas tidak mengundi calon mereka, sebaliknya memberikan undi kepada Tan Sri Isa Samad. Pada PRK itu, telah tercipta sejarah jumlah majoriti yang diperolehi calon BN melangkaui mana-mana keputusan pilihanraya sebelum ini.

Apapun, samaada pemecetan Hassan berimpak pada pencapaian calon2 Pakatan Rakyat, hanya masa yang menentukan.

Lim Kit Siang minta Azmi Khalid letak jawatan-politik double standard

Pernah terdengar kah Lim Kit Siang meminta pengerusi PAC negeri-negeri yang dikuasai pembangkang supaya meletak jawatan?

Setakat ini belum pernahpun terlintas di mulut MP Ipoh Timur itu.

Di Pulau Pinang misalnya- pengerusi PAC negeri adalah anak kepada Karpal Singh, manakala Ketua Menterinya adalah anak Lim Kit Siang sendiri. Semuanya daripada DAP.

Di Kelantan, Pengerusi PAC negeri Nik Aziz itu adalah daripada PAS, kerajaan yang memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Di Selangor, kerajaan negeri pernah menawarkan pengerusi PAC negeri terkaya di Malaysia itu kepada ADUN BN, tetapi dengan satu syarat semua ahlinya adalah daripada Pakatan.

Kalau lah asas permintaan Lim Kit Siang meminta Azmi Khalid-MP BN kerana menurutnya demi ketelusan, mengapa Lim Kit Siang tidak berbuat demikian di negeri-negeri yang dikuasai mereka.

Inilah politik Lim Kit Siang, senantiasa double standard. Baginya, tiada orang yang boleh betul, melainkan hanya dirinya.

Trio Datuk T akan dedah Video Sex Anwar yang lebih dahsyat

Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu - Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

Video itu yang mula-mula ditayangkan kepada wartawan, menunjukkan seorang lelaki mirip Anwar melakukan aksi seks dengan seorang wanita.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan yang beliau adalah lelaki dalam video itu, manakala trio Datuk T didapati bersalah menayangkan bahan pornografi di khalayak ramai.

Benarkah Khalid Ibrahim baca khutbah jumaat hari ini?

Ada seorang teman hantar SMS, katanya, MB Selangor, tengah menghafal ayat-ayat untuk diselipkan pada khutbah jumaatnya. Biar betul!!! Masjid mana? tidak pula dijelaskan oleh teman itu.

Baru-baru ini Khalid mengambil alih portfolio agama islam, daripada PAS, ekoran pengguran Hassan Ali daripada exco kerajaan Negeri.

Semasa Hassan memangku jawatan tersebut, beliau sering menjadi imam dan pembaca khutbah jumaat. Mungkin ini yang ingin dicontohi Khalid...

Hassan Ali dipecat disebabkan Azmin, kini kemungkinan Azizan Razak dipecat disebabkan Aziz Bari

Bekas pensyarah UIAM- Aziz Bari mencadangkan agar PAS mengambil tindakan terhadap Azizan Razak-MB Kedah, kerana bersifat duri dalam daging, kerana menyokong AUKU tajaan BN.

Pakatan adalah anti AUKU sepertimana termaktub dalam BUKU JINGGA-visi Pakatan apabila merampas Putrajaya.

Azizan dikeritik hebat apabila menggantung pengajian 5 pelajar Universiti Insaniah (KUIN) milik kerajaan negeri menggunapakai AUKU tajaan BN.

AUKU tergunapakai bagi pelajar yang tidak mampu mengurus diri sebagai pelajar universiti, kerana tingkah laku mereka bukan sebagai pelajar. Bagi pelajar yang tahu mengurus diri dan bertingkah laku sebagai pelajar, maka AUKU jauh ikan daripada panggang kepada mereka.

Thursday, January 26, 2012

Rasulullah ikon seks: Satu penghinaan pada nabi akhir zaman itu: Datuk Masitah

Datuk Masitah Ibrahim berkata-menjadikan Rasululllah sebagai ikon seks adalah satu penghinaan kepada junjungan itu.

"Kita melihat Nabi Muhammad SAW sebagai contoh dan ikutan yang baik. Banyak lagi aspek yang boleh diketengahkan tentang baginda iaitu sebagai tokoh keluarga, tokoh kepimpinan, panglima perang dan banyak lagi yang hebat-hebat.

"Tiba-tiba kenapa sudut ini (seks) yang menjadi fokus mereka?. Ini satu penghinaan dan kempen ini perlu dihentikan segera," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Mashitah berkata kempen selama 12 hari yang bermula pada Rabu itu juga dilihat sebagai menghina sambutan Maulidur Rasul yang bakal disambut pada 5 Februari depan.

Tambahnya, istilah 'Tokoh Seks Suci Islam' adalah tidak wajar, malah tidak sesuai digunakan kerana ianya hanya mengundang reaksi negatif di kalangan masyarakat.

Menurut Mashitah, hubungan seksual suami isteri merupakan satu naluri yang diberikan secara semula jadi. Justeru ia tidak patut mempunyai ikon atau dipelajari secara khusus melalui tokoh tertentu.

"Setiap manusia ada naluri seks, naluri makan, naluri tidur, dan sebagainya yang mana setiap naluri itu ada adabnya.

"Naluri tak perlu belajar. Bayi kecil yang lapar tak perlu diajar untuk menangis, orang buta bila mereka kahwin pun dapat anak tanpa perlu tokoh seks untuk ajar mereka.

"Kita kena faham antara adab dan tokoh. Seks tak perlukan tokoh, tapi perlukan adab dan sopan santun," jelasnya.

Mashitah berkata, terdapat cara lain untuk mengajar atau membasmi gejala tidak sihat dalam rumah tangga, selain mengadakan kempen.

"Boleh dibuat secara tertutup. Kahwin ini bukan soal hubungan seksual semata-mata. Perkahwinan melibatkan kasih-sayang, kemesraan, cara layanan dan banyak perkara lain yang boleh difokuskan," tegasnya.

Mengulas istilah 'Seks Suci' yang disebut-sebut penganjur kempen, beliau berkata istilah tersebut juga tidak wujud dalam Islam.

"Dalam Islam tak ada seks suci, seks tak suci. Yang ada hanyalah seks halal yang dilakukan bersama pasangan dan cara yang halal," ujarnya.

Tambah beliau, kempen itu juga seolah-olah menyokong kempen-kempen negara Barat yang pernah menuduh Nabi Muhammad mempunyai nafsu seks yang kuat kerana pernah berkahwin sebanyak 11 kali.

"Kempen ini menggalakkan untuk orang melihat perkahwinan itu semata-mata untuk seks sahaja. Ramai orang tua yang kahwin, tapi bukan untuk seks, tapi sebagai teman hidup dan tujuan lain," katanya.

Kelab Taat Suami yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana menerbitkan buku panduan seks telah melancarkan Kempen "Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam", di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara dekat sini bermula Rabu.

Berdasarkan petikan menerusi laman blog Dewan Pemuda Pas Wangsa Maju, tujuan kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan cara Rasulullah termasuklah dari segi amalan seks.

Polisi berasaskan kaum masih perlu: Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, adalah lebih baik pembangunan negara dilewatkan sedikit daripada memansuhkan dasar berasaskan kaum yang membawa risiko berlakunya rusuhan kaum di negara ini.

Bekas Perdana Menteri itu menjelaskan,ada berkemungkinan jika masalah kaum tidak menghantui Malaysia, pertumbuhan negara akan bertambah pesat.

Sebaliknya beliau turut berkata, mengenepikan masalah bangsa dalam negara berbilang kaum juga tidak menjamin kepesatan pembangunan.

Dr Mahathir turut mempersoalkan samaada pengambilan kira bangsa dalam perniagaan di Malaysia melalui dasar Dasar Ekonomi Baru (DEB) benar-benar mengemukakan satu halangan bagi pertumbuhan ekonomi negara.

DEB, yang mula dilaksanakan pada tahun 1971, ditamatkan secara rasmi pada 1990, namun kebanyakan daripada program dibawahnya masih diteruskan.

Datuk Seri Najib Tun Razak telah berkata, bahawa beliau merancang untuk menghapuskan subsidi dan kuota-kuota Bumiputera di bawah pembaharuan ekonomi, tetapi usaha-usaha tersebut menerima bantahan, terutamanya daripada kumpulan yang memperjuangkan hak orang Melayu.

Antara pengkritik-pengkritik Najib termasuklah Dr Mahathir sendiri, yang telah berulangkali membuat panggilan untuk meneruskan kesinambungan dasar-dasar berasaskan bangsa di bawah DEB, dan memberi amaran ketegangan antara kaum akan bertambah jika dasar-dasar itu dimansuhkan.

Menulis dalam blognya pada tahun 2010, Dr Mahathir berkata: “Saya boleh dilabelkan sebagai seorang yang bersifat perkauman tetapi ketakutan digelar sedemikian tidak akan menghalang saya daripada usaha untuk apa yang saya fikir terbaik untuk negara ini.

Namun begitu, jelasnya lagi dalam blognya, Chedet, Dr Mahathir berkata apabila agihan kekayaan begitu luas di antara kaum, besar kemungkinan permusuhan akan berlaku antara kaum yang miskin dengan kaum yang kaya.

"Permusuhan ini sudah tentu akan menyebabkan ketegangan dalam masyarakat dan menjadikan negara tidak stabil dan terdedah kepada huru hara dan rusuhan.

"Keadaan seperti ini akan menghalang pelaburan, dagangan dan perusahaan. Dalam iklim seperti ini ekonomi tidak mungkin tumbuh dengan baik. Pembangunan akan terjejas," jelasnya dalam artikel bertajuk "Kaitan Bangsa dengan Bisnes".

Chedet menulis: Hapuskan parti berasas kaum tidak semestinya membawa kemakmuran

Menulis dalam blognya Tun Mahathir menyangkal, bahawa penghapuskan parti berasaskan kaum akan mempercepat kemakmuran negara.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, Dunia telah mengakui Malaysia mencapai kemajuan yang lebih pesat berbanding negara yang tidak dihalangi mengenai perkauman.

Negara majmuk seperti Malaysia, katanya tidak boleh menghapuskan parti berasaskan kaum, kerana jika itu berlaku, maka huru hara akan berlaku, atas sebab-jika suku kaum yang lain kelihatan lebih kaya dan yang lain miskin, dalam organisasi itu, maka akan berlakuknya pemeberontakan, kerana tidak puas hati.

Konsep BN sekarang, tiada satu kaumpun memonopoli adalah konsep yang terbaik, kerana setiap kaum akan tergantung kepada kaum yang lain, walaupun parti berasaskan kaum itu kecil.

Tun Mahathir menambah, lebih baik pembangunan agak lambat, asalkan negara aman damai.

Rosmah jadi mangsa penulis gossip Australia

Rupanya Penulis pojok gosip di Sydney Morning Herald yang menulis FLOM berbelanja sakan sehingga AUD100,000 di sebuah stor di Oxford Street Sydney adalah penulis gosip.

Sebagai penulis gosip Andrew Hornery sudah tentunya tidak menulis fakta, kerana sifatnya juga gosip.

Apabila pemilik stor yang dilawati Rosmah dan rombongan IFF, pemilik stor busana Carl Kapp, menafikan, bahawa Rosmah berbelanja besar, tetapi mengakui ada juga membeli sedikit buah tangan seperti mana ahli rombongannya.

Dakwaan penulis itu, antara lain, menerbangkan pereka itu ke Kuala Lumpur, adalah jahil dan bersifat nakal. Menurut pemilik stor itu, beliau juga selalu ke Kuala Lumpur untuk mencari bahan-bahan untuk tujuan reakaannya.

Usaha pihak tertentu mengaitkan Rosmah dan menggambarkan beliau sebagai wanita yang suka bebelanja besar, adalah usaha berterusan pihak tertentu, untuk menggambarkan, bahawa suaminya yang juga Perdana Menteri, gagal mengawal isterinya.

Cara pembangkang ini meniru cara bagaimana menggambarkan imej buruk terhadap Emelda Marcos, isteri kepada Presiden Filipina yang digulingkan oleh people Power pada tahun 1986.

Sebelum ini, Rosmah dikaitkan dengan pembelian cincin berharga RM24 juta, namun semua itu dinafikan oleh beliau.

Ekoran tulisan gossip di Sydney Morning Herald itu, Rosmah semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Wednesday, January 25, 2012

Isu NFC: Kenyataan Penuh Ketua Audit Negara-Tan Sri Ambrin Buang-Sangat bercanggah dengan Dakwaan Pakatan Rakyat

Berikut ialah kenyataan penuh daripada Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang:

Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:

Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) sebagai sebuah syarikat.

NFCorp adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1, manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn Bhd.

Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:

i) Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.

ii) Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

iii) Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawaipegawai NFCorp semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011.

Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.

Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.

Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?.

Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.

JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Rosmah belanja besar di Sydney fitnah

Tiada kebenaran mengenai laporan The Sydney Mornig Herald yang mengatakan bahawa FLOM berbelanja sehingga RM325,000.

Pemilik store yang dikunjungi Rosmah bersama rombongan telah menafikan bahawa isteri Perdana Menteri itu telah berbelanja besar. Tiada kebenaran dakwaan itu menurut pemilik stor Busana di Oxford Street Store Sidney Carl Kapp (gambar).

Apa kah Umno Sabah bergolak?

Apabila Timbalan Pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Tun Said memberi isyarat, bahawa ahli umno perlu hanya setia kepada parti, bukannya kepada pemimpin, kerana pemimpin saling berganti,datang dan pergi; menampakan ada sesuatu pergolakan dalam Umno terutama di Sabah.

Umno Sabah, sejak akhir-akhir ini berkocak, ekoran spekulasi ada beberapa pemimpin Umno Sabah bertaraf wakil rakyat akan berpaling tadah.

Sejak hujung tahun lalu, nama-nama pemimpin seperti Datuk Lajim Ukin, Datuk Ghafur Salleh, Datuk Bung Moktar diisukan akan berpaling tadah.

Malah angin yang semakin kencang menerepa Lajim, ekoran ucapannya pada satu majlis anjuran pemimpin pembangkang.

Namun, lajim dengan cepat menafikan bahawa kehadirannya dan berucap pada majlis anjuran pembangkang itu menandakan beliau berpaling tadah. Lajim, malah mendakwa bahawa kehadirannya pada majlis tersebut disalah tafsir oleh musuh-musuh politiknya.

Sementara itu, kelibat Ghafur Salleh dan Bung Moktar, hanya merupakan rekaan orang-orang tertentu, kerana tiada tindakan kedua-dua pemimpin ini yang boleh ditafsirkan akan berpaling tadah.

Di Sabah terutama cerita-cerita ghurka-ghurka politik, kononnya hubungan antara Musa Aman sebagai Pengerusi Umno Sabah dan Naib Presiden Umno, Datuk Safie Afdal hanya akrab diluaran sahaja, sedangkan secara dalaman, kedua-dua pemimpin itu saling bercakaran. Setidak-tidaknya itulah isu yang dijajah oleh ghurka-ghurka politik di Sabah.

Di antara pemimpin Umno Sabah, hanya Safie yang berpotensi menggantikan Musa berasaskan kepada faktor- Safie adalah Naib presiden Parti, berpengalaman sebagai menteri persekutuan dan dikatakan sebagai "blueboy" Najib.

Di lain pihak pula, Musa mempunyai kelebihan yang tersendiri. Sejak dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah pada tahun 2003, perolehan Sabah terus meningkat, dari kedudukkan kewangan negeri yang hampir muflis.

Saban tahun, bajet Sabah terus meningkat dan pada tahun 2012,Musa membentangkan bajet melebih RM4 biliion dua tahun berturut-turut sejak tahun 2011.

Sebenarnya Musa tidak mempunyai musuh politik, kalau adapun adalah daripada Salleh, Pandikar dan Amir Kahar, ekoran tidak dicalonkan para pemimpin "giant" itu pada PRU-12 lalu.

Namun, ketika ini, Salleh, Pandikar dan Amir telahpun sekubu dengan Musa, malah Salleh secara tidak langsung sebagai jurucakap Musa.

Satu persoalan, kenapa kah Salleh boleh membuat kenyataan di Kedamaian, Kota Belud, pada Ahad bahawa ahli parti hanya perlu setia kepada parti, bukannya kepada pemimpin? Apa kah melalui kenyataan itu, memang akan berlaku bahawa ada pemimpin Umno berpaling tadah? sama-sama kita tunggu perkembangannya.

Janji Anwar di Sabah sama dengan tahun 90-an

Semasa Anwar masih dalam kabinet, mantan Timbalan Perdana Menteri itu sangat gemar menabur janji.

Satu masa pada tahun 1993 di Kg Labuan Kota Belud, Anwar dengan gaya pidatonya " Kita Rooooooooboooohkan bangunan SK Labuan yang usang itu, kita gantikan dengan bangunan baru, namun, sehingga Anwar dipecat, bangunan itu belum dirooooooooooooobooohkan dan apatah lagi menggantikan dengan yang baru.

Sempenan sambutan Tahun Baru Cina, Anwar datang lagi ke Sabah, menabur janji.. kalau Pakatan menguasai Putrajaya.. dalam masa 24 jaaaaaaaaaaaaaaaaaam harga minyak tuuuuuuuuuuurun.

Sabah akan diberikan 20% royalty minyak.... kita akan tuuuuuuuuuuuunaikan.

Persepsi baru: Menurut Soi Lek-Kalau Pakatan Menang- PAS pula yang berkuasa

Menurut Soi Lek, kaum cina mengetahui, apabila Pakatan berkuasa, maka PAS yang memerintah! Betul kah?

Persepsi Soi Lek itu benar, di atas kertas. Di Perak perkara yang sama berlaku (april-2008-Februari,2009) semasa Pakatan masih memerintah negeri itu.

Perak di bawah Pakatan, diketuai oleh Pas, walaupun kerusi terbanyak dimiliki DAP. Namun, jangan lupa di luaran PAS adalah MB, tetapi pemain dibelakang layar adalah DAP.

Kenyataan Soi Lek, bahawa kaum cina akan dikuasai oleh PAS, mungkin berlaku di negeri-negeri majoriti melayu, namun bukan di Pulau pinang, Perak atau Selangor atau wilayah persekutuan.

Menarik kaum cina menyokong MCA bukan begitu caranya, menakut-nakutkan. Kaum cina faham dan tahu apa yang mereka buat.

Betulkan keadaan diri dulu, betulkan parti, pupuk kerjasama erat antara semua pemimpin parti di semua peringkat, dan yakinkan kaum cina, bahawa MCA adalah parti yang boleh disandari.

MCA patut menyalahkan diri sendiri, kerana kaum cina lebih mempercayai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berbanding Soi Lek, yang memimpin parti "terbesar" kaum cina.

AYT lebih yakin,dalam konteks BN kaum cina lebih mempercahayai pemimpin Umno berbanding pemimpin mereka sendiri.

Tuesday, January 24, 2012

Aktiviti memurtadkan penganut islam akan bertambah di Selangor: Perkasa

Perkasa memberi amaran bahawa usaha memurtadkan masyarakat Islam di Selangor akan diperbeharui selepas Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih peranan mengurus hal ehlam negeri tersebut.

“Akidah Islam, Muslim dalam bahaya di Selangor. Perkasa bimbang terdapatnya cubaan Kristianisasi yang lebih agresif, terutamanya dengan Khalid yang bertanggungjawab terhadap portfolio exco bagi hal ehwal Islam,” jelas setiausaha agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali (gambar)kepada Themalaysianinsider.

“Perkasa merasakan Islam di Selangor akan bertambah lemah sekiranya seseorang yang tidak layak mengetuai portfolio agama. Jika diperhatikan, exco yang memegang jawatan itu di setiap negeri mempunyai latar belakang agama yang kukuh,” kata Syed Hassan.

“Dengan Khalid, maksiat akan meningkat di Selangor,” Syed Hassan menambah, mengulangi kenyataan presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata MB Khalid tidak berniat untuk menjaga kepentingan masyarakat Muslim, sebaliknya berminat untuk memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaannya semata-mata demi pilihan raya dalam masa terdekat ini.

FLOM belanja besar di Sydney: Kolumnis pertahan dakwaannya

Kolumnis Sydney Morning Herald Andrew Hornery mempertahankan dakwaannya bahawa isteri perdana menteri Rosmah Mansor membelanjakan lebih RM300,000 semasa lawatannya ke Australia.

"FLOM (wanita pertama Malaysia) dakwa saya membesar-besarkan secara liar lawatan sambil membeli-belahnya di Sydney?

"Saya tetap pertahankan setiap kata-kata saya. Sumber saya amat kukuh," kata Hornery dalam Twitternya kira-kira sejam lalu.

Isteri Datuk Seri Najib Razak semalam menyangkal dakwaan Hornery yang dibuat dalam seksyen 'Private Sydney' harian itu dengan menyifatkannya sebagai "karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar".

Selain perbelanjaan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik, Hornery juga mendakwa Rosmah dan suami menginap di emper (penthouse) bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Kenapa Anwar sokong Gay?

Anwar nak bela golongan homo, biarkan lah dia, sebab golongan itu salah satu golongan yang pro kepadanya.

Sejak isu liwat I, golongan gay terutama di luar negara terus mempertikai keputusan Pejabat Peguam Negara kerana menuduh Anwar di mahkamah.

Walaupun menurut undang-undang negara bahawa perbuatan liwat adalah satu jenayah, namun bagi penyokong Anwar, perbuatan itu adalah hak sesorang.

Terkini, Anwar berkata bahawa jika pakatan rakyat menguasai Putrajaya, maka undang-undang yang ada kaitan gay akan dikaji, kerana menurut Anwar undang-undang itu adalah undang2 purba dan lapuk.

Yang ironinya, Parti Pas sahabat Anwar dalam pakatan hanya diam membisu mengenai pengakuan Anwar ini. Nampaknya Paspun akur juga. Sungguh malang bagi ustaz-ustaz Pas.

Bagi Anwar PRU-13 Hidup atau Mati

Sepatutnya Anwar telah menjadi Perdana Menteri selepas Sukan Komonwel tahun 1998, namun belumpun Pesta negara-negara Komonwel itu bermula, Anwar kena pecat daripada Jawatan TPM, kerana masalah moral.

Ekoran daripada itu, Anwar terus merengkok dalam penjara Sungai Buloh, kerana dijatuhi hukuman penjara kerana salah guna kuasa, semasa berjawatan TPM.

Tahun 1999, Parti keadilan (adil) berlambang mata ditubuhkan oleh para penyokong Anwar dan Presiden parti itu adalah isterinya Wan Azizah Wan Ismail. Namun, kelibat parti itu tidak mendapat tempat dihati rakyat, walaupun Pematang Pauh dimenangi oleh Wan Azizah dan Terengganu berjaya dirampas PAS.

Tahun 2004, parti pembangkang yang diterajui DAP dan Pas dan disokong oleh Keadilan, mengalami kekalahan teruk, malah Terengganu berjaya kembali ke pangkuan BN.

Pada PRU-12/tahun 2008, Anwar tidak bertanding walaupun telah dibebaskan daripada penjara. Pada PRU-12 inilah terulang prestasi hebat pembangkang tahun 1969, apabila untuk kedua kalinya berjaya menafikan kuasa 2/3 barisan nasional di dewan rakyat.

Untuk mengekalkan memontum Pakatan, maka mereka berlumba-lumba mengosongkan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, dan PRK terpaksa diadakan. Melalui 8 PRK pasca PRU-12, semua kerusi dimenangi Pakatan Rakyat termasuk berjaya merampas kerusi BN di Terengganu dan Sibu.

Namun selepas itu, sebanyak 8 PRK diadakan disebabkan kekosongan, bukan disengajakan, dimenangi BN termasuk PRK di Kelantan sehinggalah PRN Sarawak Mac 2010.

Pada PRN Sarawak, walaupun kerusi Pakatan bertambah, namun hanya DAP sahaja yang bertambah kerusinya, itupun semua di kawasan majoriti kaum cina. Sebaliknya, PKR dan PAS masih tidak diterima.

Berasaskan kepada keadaan itu, memontum Pakatan sebenarnya sudah merundum, atas sebab itu, mereka mempergunakan berbagai kaedah termasuk Himpunan Bersih2.0, Bebas Anwar 901, rusuhan mahasiswa dropout di UPSI dan himpunan-himpunan haram seperti yang diadakan oleh kumpulan pembangkang yang berselindung pada organisasi NGO- ABU (asal bukan Umno).

Namun, semua usaha Pakatan itu, hanya berjaya menarik penyokong mereka yang itu-itu juga. Selain itu, strategi meminta simpati jika Anwar dipenjarakan kerana sodomi tidak menjadi.

Kini Pakatan terpaksa kembali ke "drawing board" untuk melakar strategi baru. Antara strategi baru itu adalah menyerang isteri Perdana menteri.. kononnya Datin Rosmah adalah wanita yang suka berpoya-poya ala Emelda Marcos.

"Kesengajaan" laporan Ketua Audit negara mengenai NFC terus diapi-apikan dan dijajah secara terus menerus oleh Pakatan, seolah-olah isu NFC adalah masalah utama dalam negara, sedangkan projek tersebut hanya bernilai RM250 juta, itupun berbentuk pinjaman, yang perlu dibayar semula dengan kadar 4% setahun selama 20 tahun.

Pakatan tidak mempunyai isu yang diketengahkan kepada rakyat, yang ada hanya bersifat tomahan, dakwaan, fitnah yang sebenarnya tidak menguntung sesiapapun.

Pada PRU-13 apakah Anwar berjaya dengan cara pembohongan mengelabui rakyat? atau kah PRU-13 adalah penghujung jalan politik Anwar?

Kenapa Majlis Peguam sokong gay? soal kolumnis Utusan

Seorang ketua biro Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan tindakan Majlis Peguam “menyokong” homoseksual dalam kalangan rakyat Malaysia, dan menggelarnya “gelombang songsang” yang berkembang dan diterima masyarakat dunia.

Noraini Razak, editor berita di akhbar harian berbahasa Melayu itu sehingga bulan lepas, menuduh peguam-peguam tersebut menyokong kumpulan gay, lesbian, dan transgender, sedangkan Malaysia merupakan negara ke 70 daripada 195 negara yang mengharamkan homoseks.

“Secara jujurnya, sangat aneh apabila gelombang menyimpang yang dipertahankan oleh kumpulan (Seksualiti Merdeka) mendapat sokongan daripada NGO tempatan termasuk Majlis Peguam,” Noraini menulis dalam kolumnya hari ini.

Seksualiti Merdeka, merupakan satu pergerakan yang memperjuangkan kebebasan orientasi seks dan identiti jantina, telah dihalang oleh pihak berkuasa daripada menganjurkan festival tahun lepas walaupun sudah melakukan acara tahunan itu sejak 2008.

Noraini, yang kini merupakan Ketua Biro Putrajaya, memetik Professor Salleh Buang, seorang ahli akademik yang menyatakan “antara 12,000 pengamal undang-undang di negara ini pastinya terdapat ramai yang beragama Islam. Kenapa suara mereka tidak kedengaran?”

“Salleh mempersoalkan sama ada negara ini mampu untuk mempertahankan kepercayaan dan pegangannya daripada gelombang songsang ini? Dan sekiranya mampu, untuk tempoh berapa lama, terutamanya dengan kemunculan kumpulan yang aktif memperjuangkan liwat di keluarkan daripada senarai kesalahan berat dalam Kanun Jenayah?

“Selain itu, terdapat juga sokongan dalaman daripada pakar perundangan negara. Bagaimana pula sokongan daripada kerajaan menangani gelombang ini, gelombang songsang ini,” soal editor tersebut.

Utusan baru-baru ini menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong kumpulan homoseksual semasa sesi temubual dengan BBC.

Dalam sesi tersebut, wartawan BBC bertanya soalan kepada Anwar sama ada beliau bersedia untuk mendesak idea anti-diskriminasi, terhadap golongan gay, yang melihatkan Anwar berkata “kami perlu untuk menyemak semula undang-undang lama kami.”

“Sebagai orang Islam dan bukan Islam di Malaysia, kami percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita, tapi kami tidak harus dilihat menjadi punitif dan mempertimbangkan undang-undang purba sebagai relevan,” kata Anwar kepada BBC.

Tetapi, Anwar turut menyatakan Pakatan Rakyat tidak menyokong gejala homoseks, bahagian temu bual tersebut yang tidak dimasukkan Utusan.

Anwar telah menuntut sejumlah RM150 juta sebagai ganti rugi daripada akhbar harian Umno tersebut kerana telah mencalarkan imej dan reputasinya dalam artikel yang menuduhnya menjadi penyokong kepada hak-hak komuniti gay.

Beri ruang pada Hassan Ali: Ahmad Maslan

Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.

"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.

"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di hadapan 2,000 ahli BN sempena Majlis Penerangan Perdana Parlimen Kuala Langat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Jugra, Banting di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi BN Kuala Langat, Datuk Sulaiman Karli dan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P.Kamalanathan.

Melalui Hasan, katanya, rakyat boleh mengetahui hubungan dingin antara Pas dan DAP dalam kerajaan PKR Selangor.

"Rakyat perlu tahu perkara sebenar yang berlaku dalam kerajaan negeri selama ini sehingga membawa kepada pemecatan beliau sebagai Pesuruhjaya Pas dan seterusnya sebagai ahli Pas dan Pengerusi yang menjaga hal ehwal agama Islam," katanya.

Politik Anwar hanya retorik dan bohong

16 September, 2008 adalah pembohongan utama Anwar. Sebelum tarikh itu beratus SMS dihantar oleh pihak Anwar, bahawa SPB Agong telahpun bersetuju untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke-6, atas sebab BN kehilangan majoriti di dewan rakyat, kerana 31 MP BN melompat ke Pakatan Rakyat.

Namun pembohongan Anwar itu, tidak berlaku dan sehingga kini, belum ada wakil rakyat BN melompat ke parti Pakatan Rakyat, sebaliknya mereka kehilangan beberapa MP dan ADUN yang keluar daripada parti mereka untuk mengistiharkan MP atau ADUN bebas yang mesra BN.

Sodomi II yang diuar-uarkan oleh Anwar sebagai konspirasi Najib. Ekoran daripada dakwaan itu, Anwar mencuba memutar isu tersebut kepada masyarakat antarabangsa. Bayangkan sejak pemembasannya daripada penjara Sungai Buloh pada tahun 2006, sehingga kini tidak kurang 60 kali Anwar melawat luar negara, membawa isu berbagai pembohongan mengenai negara.

Pembohongan mengenai kapal selam Malaysia yang tidak boleh menyelam adalah salah satu pembohongan Anwar.

Pembohongan mengenai 1Malaysia, kononnya diciplak daripada 1Israel, juga satu lagi pembohongan Anwar.

Sebelum 9 januari, masa untuk mahkamah menjatuhkan hukuman terhadapnya, Anwar menjelajah seluruh negara, bahawa disebabkan konspirasi, maka beliau akan didapati bersalah dan dimasukkan dalam penjara. Namun, sebaliknya semua dakwaan Anwar itu hanya retorik, apabila mahkamah yang dituduhnya bersubahat dalam konspirasi membebaskannya.

Monday, January 23, 2012

Nak larang Ibrahim Ali masuk Selangor-Petanda nak hapuskan kuasa raja

Individu ini (gambar) nak larang Ibrahim Ali masuk Selangor. Tindakan ini, adalah petanda bahawa Pakatan akan menghapuskan kuasa raja.

Hanya Sultan sahaja yang berhak membuat larangan seseorang untuk memasuki takluk jajahannya.

Tindakan Faekah Husin agar kerajaan Selangor melarang Ibrahim Ali memasuki Selangor merupakan tindakan zalim dan tidak bertamadun.

Bayangkan jika Pakatan Rakyat memerintah negara, sudah pasti peraturan kuku besi mereka akan gunakan. Kemungkin, pemerintahan mereka akan menggunapakai pemerintahan Marcos tahun 80-an di Filipina.

Khalid Ibrahim ambil alih portfolio agama islam Selangor untuk tujuan politik

Pemimpin DAP dan PKR cukup gusar sebelum ini, apabila portfolio agama disandang oleh Dr Hassan Ali.

Semasa jawatan exco itu masih disandang oleh bekas Pesurujaya Pas yang dipecat itu, berbagai tindakannya sangat mencemaskan para pemimpin daripada sekutu Pas dalam Pakatan Rakyat itu.

Tindakan melarang jualan arak di kawasan majoriti penduduk islam, serbuan ke atas gereja dan berbagai tindakan Hassan untuk meneggakkan kesucian agama islam, cukup meruncingkan Khalid ibrahim.

Apabila Hassan Ali dipecat daripada PAS dan menghilangkan kelayakkannya sebagai exco kerajaan negeri, maka peluang itu dimanafaatkan oleh para pemimpin DAP dan PKR dan meminta Khalid mengambil alih jawatan itu daripada Pas.

Orang pertama yang menyambut baik pengambil alihan jawatan portfolio agama daripada Pas adalah Khalid Samad daripada Pas, musuh ketat Hassan Ali dan pemimpin yang meresetui liberasasi agama.

Khalid Samad walaupun mewakili Pas, namun bukan berlatar belakangkan agama. Pemimpin ini dianggap oleh Hassan Ali sebagai PARASIT DALAM PAS nombor wahid.

Tindakan Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan agama, baik untuk tujuan politik Pakatan Rakyat, tetapi malang untung agama islam.

Khalid Ibrahim bukan berlantar belakangkan agama, tetapi beria-ia mengurus soal agama.

Tindakan Khalid ini, merupakan satu pembaharuan dalam Pakatan, bahawa mereka yang bukan pakar agama islam, akan mengurus soal-soal agama islam. Tuhan sudah menjanjikan, apabila suatu ketika, orang yang tidak mahir agama, akan menerajui soal-soal agama, itu namanya kiamat akan menjelang tiba, kiamat bagi agama islam.

Usaha Khalid ini, sangat sehaluan dengn tindakan Anwar Ibrahim, apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan di negara ini, undang-undang yang ada kaitan dengan homoseksual akan dilupuskan, untuk tujuan pengiktirafan kepada kaum itu.

Hanya rakyat Selangor yang beragama islam akan menentukan tindakan Khalid Ibrahim itu betul atau tidak pada PRU-13 akan datang.

Saya jadi mangsa lagi: Rosmah

Isteri perdana menteri Rosmah Mansor hari ini menyangkal dakwaan bahawa beliau berbelanja mewah dalam percutiannya di Sydney, Australia sebelum ini.

"Semua itu karut, dibesar-besarkan secara liar dan tidak benar,"

"Saya selalu menjadi mangsa," katanya ketika ditanya tentang dakwaan yang dibuat dalam harian Australia Sydney Morning Herald.

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Ibrahim Ali dilarang masuk negeri Selangor?

Ibrahim Ali (Tengah)
Menteri besar Selangor akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.

"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.

Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.

Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.

Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, ungkapan liwat yang digunakan menggambarkan betapa kotornya pemikiran "politikus tua" itu.

"Tindakan Datuk Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air," katanya.

Faekah juga berkata, kritikan Ibrahim itu merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri yang memberi perkenan kepada perkara itu.

"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.

"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," katanya merujuk kepada kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.

Siapa kata BN bergantung faktor Anwar? Ahmad Maslan

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan menggariskan empat faktor yang akan menjadi tiket kemenangan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang termasuklah rekod pentadbiran sebelum ini yang baik dan kepelbagaian dasar yang diperkenalkan ketika ini.

Selain itu, beliau berkata dua faktor penentu lain ialah masa depan yang lebih terjamin di bawah pentadbiran BN dan pimpinan semua peringkat yang bersama-sama turun ke padang untuk membantu rakyat dari pucuk pimpinan tertinggi sehingga ke anggota Parlimen, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua bahagian.

"Ia (kemenangan BN) tidak bergantung pada sama ada Anwar Ibrahim (penasihat PKR) bebas atau tidak, salah atau tidak. Itu tidak penting dan ia tidak bergantung kepada sama ada pembangkang kuat atau tidak. Ia bergantung pada empat tunjang ini sendiri, ini tunjang kekuatan BN yang kita teruskan.

"Kekuatan kita ada jadi gunakan kekuatan itu, jangan anggap kita lemah dan jangan anggap kita pembangkang maka kita rasa tertekan. Kita mesti ada psikologi kemenangan dan dengan ada empat perkara itu kita boleh menang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Penerangan Perdana (MPP) peringkat Parlimen di Institut Latihan Perindustrian di Jugra di Banting malam tadi.

Kira-kira 2,000 orang dari kawasan Parlimen Kuala Langat serta anggota Parlimen Hulu Selangor P Kamalanathan dan Ketua Umno bahagian Kuala Langat Datuk Sulaiman Karli hadir pada majlis itu.

Ahmad yang juga timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri turut yakin BN berpeluang cerah memenangi PRU akan datang berdasarkan kepada rekod kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya Sarawak lepas dan kemenangan di beberapa pilihan raya kecil yang terbaru seperti di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang dan Kerdau.

"Anwar Ibrahim (Datuk Seri) sewaktu berceramah ke sana sini semasa pilihan raya kecil yang hujung-hujung itu tiada satupun dia menang dan kini ditambah dengan apa yang dilaksanakan oleh perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), pada pandangan saya kita punyai harapan cerah untuk menang.

"Sekarang Anwar Ibrahim mati akal bila segala dia sebut mengenai konspirasi tidak benar (mengenai kes liwatnya) dan ditambah dengan gerakan kira-kira lima juta jentera parti yang bersungguh-sunggih di semua peringkat, saya yakin kita boleh mencapai kemenangan," katanya.

Sementara itu, Ahmad berkata MPP peringkat Parlimen yang mendapat kerjasama enam kumpulan iaitu BN, Umno, badan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan golongan belia bertujuan memberi penjelasan terhadap rakyat berhubung isu semasa dan memberi semangat kepada jentera parti dalam menghadapi persiapan PRU akan datang.

Katanya, dalam masa yang sama beliau ingin menggerakkan jentera penerangan di peringkat bahagian dan cawangan bagi memastikan semua komponen BN dan orang ramai turut terlibat dalam program itu yang akan dilaksanakan di semua kawasan Parlimen di seluruh negara.
- Bernama

Sunday, January 22, 2012

Siapa Yang Mahu Penjarakan Anwar?

Siapa yang mahu penjarakan Anwar? Kenapa Anwar dikatakan mahu dipenjarakan atas sebab Peguam negara membuat rayuan ke atas sodomi II? Salahkah? Takan proses pembicaraan yang memakan masa hampir 2 tahun dengan 87 hari bicara, kerana membicarakan tuntutan keadilan mangsa, kemudian mangsa merasa tidak mendapat keadilan, maka mempergunakan haknya sebagai rakyat negara ini.

Hak Saiful dan Anwar adalah sama, tiada bezanya.

Kenapa kah pihak pembangkang begitu skiptikal, bahawa apabila rayuan dibuat, maka Anwar akan didapati bersalah? jika demikian, maka ada sesuatu yang berlaku pada keputusan 9 Januari, semasa Anwar dibebaskan.

Ini lah yang perlu dicari oleh mangsa, sebab itu, mangsa dan bapanya merayu kepada pejabat Peguam Negara agar rayuan perlu dibuat.

Keputusan rayuan adalah supaya hakim yang membuat keputusan pada 9 Januari, dalam tempoh 14 hari perlu mengemukakan keputusan bertulis, asas apa kah yang digunakan untuk menolak fakta-fakta yang dikemukakan oleh pihak pendakwaraya.

Demi keadilan, keputusan tertulis itu perlu dikaji dan jika memang ada sesuatu yang berlaku, maka hakim2 di mahkamah rayuan akan menilainya.

Jika benarlah, Anwar bersih, apa yang perlu ditakutkan berhadapan dengan hakim2 mahkamah rayuan.

Yang jelas tiada yang mahu mempenjarakan Anwar. Anwar akan masuk penjara, jika memang dia melakukan liwat terhadap mangsa. Keadilan akan tetap muncul baik pada Anwar mahupun mangsa.

Blog Archive