Wednesday, November 30, 2011

Sepatutnya PAS bubar sahaja dan gabung dengan DAP

SEJAK PAS menggugarkan perjuangannya menubuhkan negara islam, kini parti Nik Aziz itu tiada upaya lagi bercakap soal islam.

PAS kini tiada bezanya dengan DAP, yang berjuang menenggakkan Malaysian Malaysianya, sama dengan konsep PAP Singapura.

Setiap kali Pas bercakap islam, misalnya undang-undang Hudud, pasti Karpal akan menempelak, bahawa undang-undang itu bercanggah dengan perjuangan Pakatan Rakyat.

Para pengkohtbah dan pemimpin Pas kehilangan akal dan fikrian apabila berdepan dengan pemimpin DAP. Berasaskan itu, ada baiknya Pas dibubarkan sahaja dan bergabung dengan DAP.

Pas tidak lagi mampu berkata soal agama islam, kaum melayu, kerana ianya tidak akan disenangi DAP.

Semenjak PAS tidur sebatal dengan DAP, pemimpin dan penyokong PAS jadi mandul akal dan fikiran, sehingga apabila Pemimpin DAP yang jelas bukan penganut agama islam bercakap soal islam, mereka bertakbir, angguk tanpa bangkangan.

Satu persoalan, bagaimana kah PAS mendakwa, bahawa parti itu boleh menggantikan Umno, untuk membela kaum melayu? sedangkan diri merekapun tidak terbela apabila berhadapan dengan para pemimpin DAP.

PAS kini hanya bernama PARTI ISLAM SA-MALAYSIA, itu nama sahaja, bukan parti islam.

Anwar bejat- Zuriada Kamaruddin tetap sokong-Kenapa? Sharizat

SHARIZAT menyelar Ketua Wanita PKR-Zuraida Kamaruddin yang terus menerus menyokong Anwar Ibrahim, walaupun Ketua Umum PKR itu mempunyai moral yang bejat.

Anwar pernah dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat, selain itu, kes liwat keduanya masih lagi didengar di mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Anwar juga didapati melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berjaya dirakam oleh Datuk T dan didedahkan menjelang PRN-Sarawak April lalu.

Pakatan mengwujudkan keadaan menjahanam negara: Khairy

KETUA PEMUDA UMNO, Khairy Jamaluddin mendedahkan Enam formula Pakatan menjahanamkan negara.

KJ menggariskan enam formula Pakatan untuk mengwujudkan ketidak stabilan dalam negara.

Formula tersebut adalah- adalah menjahanamkan sistem demokrasi, menjahanamkan sistem pentadbiran, menjahanamkan maruah negara, menjahanamkan sejarah negara, menjahanamkan jati diri bangsa, dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

Selain itu, Pakatan menurut KJ, telah menzahirkan akan menggunakan sistem rampas kuasa, apabila melalui ucapan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mengatakan, akan merobohkan penjara, jika Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat.

Menurut KJ lagi, Pakatan tidak mahu menghormati sistem perundangan negara, kerana undang-undang adalah ditangan mereka.

Khairy juga mengulangi Gerakan 16 September, 2008 yang gagal, merupakan titik hitam dalam sejarah negara. Melalui G-16S itu, Anwar cuba menarik wakil-wakil rakyat BN untuk melompat, agar Pakatan dapat merampas Putrajaya.

Tuesday, November 29, 2011

DAP mahu hapuskan Raja-raja: TPM

Selepas dua tahun, isu cubaan menjadikan Malaysia negara republik oleh DAP dibangkitkan kembali; kali ini oleh Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sambil menyifatkannya "parti paling rasis", Muhyiddin mendakwa tembelang DAP - dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri negara bangsa berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam - semakin kelihatan.

"Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Apa maknanya ini? Maknanya, sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa," kata timbalan perdana menteri.

Akhbar Umno Utusan Malaysia pada 13 Disember 2009 melalui kolumnis kontroversinya Awang Selamat pernah membayangkan wujud usaha "sistematik menuju ke arah negara republik dengan sasaran utama untuk menulis semula perlembagaan."

Berucap ketika merasmikan persidangan tiga sayap Umno di Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau".

"Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.

"DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya.

Aliran Islam pembangkang

Bukan sahaja DAP, Muhyiddin juga mengambil peluang mengkritik dua lagi rakan Pakatan Rakyat PKR dan PAS.

Sambil menyifatkan PKR sebagai parti "ultraliberal" yang tiada asas moral dalam perjuangan, Muhyiddin mendakwa PKR sedang dibelenggu krisis kredibeliti.

"Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan ketua umum mereka," katanya.

Manakala PAS pula dipersoalkan kerana didakwa menganggap sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding prinsip perjuangan sendiri.

"Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti Umno seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan Umno kerana Umno tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP ganti PAS," katanya.

"Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini?"

Tindakan itu, dakwa Muhyiddin lagi bermakna DAP memberi definisi kepada Islam yang dianuti PAS dan menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh pakatan pembangkang.

PAS sebelum ini mengetengahkan idea "PAS ganti Umno" melalui pelbagai seminar dan ceramah di seluruh pelosok negara ini.

TPM ajak ahli Umno berjihad

Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.”
Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan pilihan raya umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka.

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.

Persidangan tahun ini merupakan ketiga dirasmikan oleh Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno.

Muhyiddin menambah, calon adalah senjata parti untuk menang dan oleh itu mahu setiap ahli memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Katanya, “yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat.”

“Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,” kata beliau lagi.

Sambil menekankan bahawa Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan, kata Muhyiddin, partinya bukanlah malaikat.

“Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan,” katanya lagi.

TEKS UCAPAN TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN, TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO 2011

“MENUNJANGI SURVIVAL BANGSA: SUATU JIHAD”

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan pemerhati sekalian.

1. Marilah kita dahului dengan sembah tahmid ke hadrat Allah S.W.T. dan selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berhimpun pada malam yang bersejarah ini untuk menyempurnakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bagi tahun 2011.

2. Perhimpunan tiga sayap penting parti UMNO ini adalah kemuncak manifestasi suara akar umbi umat Melayu yang mahu melihat perjuangan bangsa diperkasa, kesucian agama dibela, kedaulatan pertiwi dipertahan dan keutuhan parti UMNO sebagai gerakan pembela umat Melayu yang tiada galang-ganti ini diperkukuh dan diperteguhkan. Inilah perhimpunan terbesar umat Melayu yang mengangkat suara keramat rakyat dari segenap ceruk desa dan kota, dari segenap lapisan warga, untuk dijadikan suluhan, panduan dan sempadan dalam melayari bahtera di samudera perjuangan meninggikan agama, memartabatkan bangsa, mendaulatkan nusa dan menobatkan siasah parti UMNO yang tercinta.

Kesatuan kita ini ibarat kata pepatah Melayu:

Bulat Air kerana Pembetung
Bulat Manusia kerana Muafakat
Kata seia kata sepakat
Setuju sependirian setuju sependapat
Kata dibulati kata bertepati
Janji termeteri, kejayaan dinikmati

3. Maka dalam semangat Maal Hijrah, marilah kita perkukuhkan kesatuan hati sesama kita, marilah kita semarakkan muafakat yang membawa berkat, supaya terpancar darinya sinar azimat yang menyuluh lorong-lorong perjuangan kita. Demikianlah ajaran junjungan besar kita Rasulullah S.A.W yang membentuk kesatuan Ansar dan Muhajirin, yang mendamaikan permusuhan ‘Auz dan Khazraj.

4. Sesungguhnya, harapan umat Melayu terhadap UMNO tinggi menggunung. Sebagai parti yang tertubuh atas semangat kental perjuangan, UMNO memikul amanah besar untuk terus membela kesucian agama, menjulang maruah bangsa dan mempertahankan kedaulatan negara. Di atas jemala UMNO, terhimpun sejuta harapan dan cita-cita umat Melayu yang mahu melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang bermaruah, bermartabat dan merdeka jiwanya.

Kuasa Politik Melayu Goyah, Fitnah Terhadap UMNO

Saudara dan Saudari Sekalian,

5. Langit tidak selalunya cerah, laut tidak selalunya tenang. Tsunami politik yang melanda ketika Pilihan Raya Umum 2008 dilihat oleh banyak pihak sebagai titik mula perubahan landskap politik yang ketara di negara kita. Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen. Kedudukan UMNO dan parti-parti komponen BN tidak sekuat dulu. Kuasa politik Melayu semakin goyah.

6. Tidak semena-mena timbul persepsi bahawa UMNO tidak lagi mampu untuk membela nasib orang Melayu. Malah, pelbagai tuduhan liar dilempar kepada UMNO. Ada yang kata UMNO tidak berbuat apa-apa untuk orang Melayu selama 54 tahun memerintah; UMNO parti rasis; UMNO pemuflis negara; UMNO anti-demokrasi; malah ada yang mengatakan UMNO adalah ibu segala kejahatan. Na’uzubillahi min zalik.

7. Segala fitnah terhadap UMNO ini ibarat api yang memamah setiap helaian jasa dan bakti UMNO. Malah, dalam zaman fitnah yang menggila ini, pemimpin nombor satu kita tidak terkecuali daripada menerima percikan api fitnah. Hinggakan keheningan mengerjakan ibadah haji pun diganggu oleh kilang-kilang fitnah yang bekerja lebih masa. Kepada YAB Presiden, usah resah, usah gelisah, usah gundah, usah gulana. Teruskan perjuangan. Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke lautan sama direnangi. La takhaf wa la tahzan innallaha ma’ana.

8. Sesungguhnya, percikan api fitnah mereka menyambar dan merebak ke segenap sudut kehidupan, menyemarak sentimen kebencian. Matlamat penyebar fitnah jahat ini amat jelas - hilangkan keyakinan rakyat terhadap pemimpin utama UMNO dan meruntuhkan harapan orang Melayu terhadap parti keramat ini. Tujuan mereka tidak lain hanya mahu merampas kuasa politik.

Tembelang Pembangkang

9. Pada masa yang sama, parti-parti pembangkang mengambil kesempatan atas hakisan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum 2008 untuk menunjukkan tembelang mereka yang sebenar. Parti DAP tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

10. Kemenangan DAP di Pulau Pinang dan kejayaannya mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor, dan sebelum itu di Perak, seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada parti paling rasis ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau. Mereka langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang majoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan, mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

11. Tembelang DAP untuk menubuhkan sebuah negara republik dengan mengetepikan nilai, sejarah dan jati diri Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berpaksikan kedaulatan Raja-raja Melayu dan Islam sebagai Agama Persekutuan semakin jelas kelihatan. Masakan tidak, mereka berani mencadangkan supaya jawatan Perdana Menteri dipilih secara langsung dalam pilihan raya tanpa perlu dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong. Apa maknanya ini? Maknanya, sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembangaan yang kita amalkan selama ini sudah tidak sesuai lagi dengan tembolok mereka untuk melahap kuasa.

12. Ketika umat Islam bangkit bersatu mempertahankan akidah umat daripada diruntuhkan oleh kumpulan yang berniat jahat, DAP dan konco-konconya, bertubi-tubi mempersenda umat Islam. Semakin nyaring suara umat Islam membela kesucian agama, semakin ghairah mereka menjalankan dakyah jahat ke atas umat Islam atas nama kebebasan beragama. Agenda mereka yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

13. Parti DAP ini tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, ironinya dari dulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin oleh kelompok tertentu daripada satu kaum saja. Atau lebih tepat lagi, dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu saja. Namun kita yakin dan percaya DAP tidak mewakili keseluruhan suara kaum itu.

14. Hari ini kita dengar DAP sedang giat memancing orang Melayu untuk menyertai parti itu. Mereka ditawarkan jawatan dalam parti dan dijanjikan menjadi calon dalam pilihan raya. Jika menang, mereka berpeluang dilantik sebagai ahli Exco atau Menteri Besar di negeri-negeri tertentu. Ganjarannya tampak sungguh lumayan.

15. Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu. DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP. Orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah pengkhianat bangsa. Janganlah jadi pembelot seperti Si Kitol. Janganlah jadi seperti tikus membaiki labu. Janganlah jadi seperti Pak Kaduk, menang sorak, kampung tergadai. Janganlah sudah terhantuk, baru terngadah. Jangan sampai nasi menjadi bubur. Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya. DAP sudah pasti bukanlah parti untuk orang Melayu dan Bumiputera.

16. Begitulah juga dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). PKR ini ketandusan agenda untuk orang Melayu dan Islam. PKR sebuah parti ultraliberal yang tiada asas moral dalam perjuangannya. Jika tidak, masakan orang yang sedang dibelenggu krisis kredibiliti yang serius terus diangkat memimpin parti itu secara tidak demokratik. Mana mungkin kedudukan agama, bangsa dan negara boleh dijaga oleh PKR jika yang diangkat menjadi pemimpin pun bergelumang dengan masalah kredibiliti.

17. Ringkasnya, PKR sebuah parti yang amat tenat. Hampir kesemua pengasas parti ini telah meninggalkan parti dan menyokong UMNO. Sudahlah tiada matlamat perjuangan yang jelas, retak dalam parti itu juga sedang menunggu belah. Masing-masing sedang menilik nasib Ketua Umum mereka. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang mahu terus timbul, mereka menggunakan pelbagai cara untuk menyucikan Ketua Umum mereka. Yang petah berceramah menggunakan pentas Islam untuk menjaja pelbagai konsep fikah – daripada fiqh maqasid kepada qazaf – semata-mata untuk membela Ketua Umum mereka. Bagi yang berfikiran ultraliberal, mereka mengambil kesempatan atas kemelut moral yang berlaku untuk mewajarkan pelbagai amalan yang bertentangan dengan budaya masyarakat Timur atas nama kebebasan. Mutakhir ini, pemikiran pluralisme agama yang amat mengelirukan umat Islam juga cuba dimurnikan oleh golongan ini semata-mata untuk mewajarkan pemikiran Ketua Umum mereka yang semakin bercelaru.

18. Walaupun satu pihak dalam PKR menggunakan hujah agama manakala satu pihak lagi menggunakan hujah ultraliberal melampau, matlamat mereka cuma satu, iaitu mempertahankan Ketua Umum mereka. Dari satu segi, PKR dulu, kini dan selamanya tidak pernah berganjak daripada tujuan penubuhannya, iaitu mempertahankan seorang individu. Untuk itu syabas kita ucapkan kepada PKR, walaupun sebenarnya:

Hisap rokok dalam kelambu,
Terbit asap menjadi abu
PKR umpama golok kayu
Tetak tak lut gadai pun tak laku.

19. Lain pula halnya dengan PAS. Suatu ketika dulu, PAS begitu komited dengan agenda mendirikan negara Islam. Bagi mereka, Islam adalah ghayah atau matlamat dan PAS adalah wasilah atau alat untuk mencapai matlamat. Mereka begitu komited sehinggakan sanggup menuduh sesiapa saja yang tidak menyokong perjuangan parti itu sebagai kafir. Malah, UMNO dikatakan parti taghut kerana tidak menyokong agenda negara Islam acuan PAS. Akibatnya, umat Islam berpecah dan berbalah sesama sendiri lantaran fatwa songsang PAS.

Saudara dan Saudari Sekalian,

20. Mutakhir ini, tak semena-mena PAS sudah tidak lagi memperkatakan tentang matlamat menubuhkan negara Islam. Tatkala sekali-sekala terpacul perkataan negara Islam dari mulut pemimpin PAS, berpakat-pakat pemimpin PKR dan DAP mengecam PAS. Bagi mereka, negara Islam bukanlah matlamat pakatan politik yang mereka bentuk.

21. Anehnya, PAS tidak pula mengatakan PKR dan DAP sebagai parti taghut. Jauh panggang dari api, PAS sebaliknya mengangkat kedua-dua parti itu sebagai rakan sekongkol dan sekedudukan mereka. Negara Islam sudah tidak ada lagi dalam kamus politik PAS. Ternyata, tsunami politik yang melanda dalam pilihan raya umum lalu telah menghanyutkan istilah negara Islam dari kamus politik PAS. Bagi PAS, dalam menghadapi landskap politik baharu ini, sokongan DAP dan PKR lebih penting berbanding mempertahankan prinsip perjuangannya sendiri.

22. Nampaknya, apa yang berlaku hari ini bukan PAS Ganti UMNO seperti yang dicanang oleh mereka. PAS takkan boleh menggantikan UMNO kerana UMNO tiada galang-ganti. Yang sebenarnya berlaku ialah DAP Ganti PAS. DAP bercakap mengenai Islam, PAS mengiyakan saja. Pemimpin DAP menyebut dua tiga patah ayat al-Qur’an walaupun salah, PAS mempertahankan. Pemimpin DAP menggelar dirinya Khalifah Umar Abdul Aziz, PAS memberi pengiktirafan. Pemimpin DAP berceramah, penyokong PAS bertakbir. Tetapi apabila PAS menyebut tentang Negara Islam, pemimpin DAP lah yang pertama sekali mengecam PAS. Dan apabila dikecam, PAS diam seribu bahasa. Apa maknanya ini? Maknanya, DAP lah yang memberi definisi kepada Islam yang dianuti oleh PAS. DAPlah yang menjadi penentu arah aliran Islam yang dibawa oleh Pakatan Pembangkang. Bukankah ini maknanya DAP menggantikan PAS?

23. Untuk menutup kegagalan mereka mempertahankan kesucian Islam, PAS mengemukakan agenda Negara Berkebajikan. Kini, mereka mengatakan konsep Negara Islam tidak disebut dalam al-Quran, yang ada hanyalah Negara Berkebajikan. Malang bagi PAS kerana setelah puluhan tahun memperjuangkan negara Islam, tetapi akhirnya mengatakan konsep negara Islam tiada dalam al-Quran. Maknanya, selama ini PAS membohongi umat Islam dengan perjuangan palsu

24. Walau apapun, kita hendak bertanya kepada PAS. Negara Berkebajikan bagaimana yang mereka ingin wujudkan? Yang kita tahu, bekalan air bersih pun tidak mampu mereka sediakan kepada rakyat Kelantan. Bukankah air adalah keperluan rakyat paling asas yang mesti dipenuhi oleh mana-mana kerajaan. Justeru, kita nak katakan kepada PAS, kalau bekalan air bersih pun tak dapat disediakan, janganlah simpan angan-angan hendak wujudkan Negara Berkebajikan. Selesaikan dulu masalah air di Kelantan, kemudian barulah bercakap soal Negara Berkebajikan.

25. Sebenarnya PAS bukanlah beriya-iya benar hendak mewujudkan Negara Berkebajikan. Mereka sendiri pun tak faham apa maksud Negara Berkebajikan. Slogan Negara Berkebajikan hanyalah helah politik PAS untuk menutup kelemahan sendiri kerana tergadainya matlamat untuk mendirikan negara Islam. Apa yang penting bagi PAS, slogan Negara Berkebajikan boleh diterima oleh DAP.

Keresahan Melayu

Saudara dan Saudari Sekalian,

26. Perkembangan mutakhir ini semakin meresahkan orang Melayu. Mereka tertanya-tanya apakah nasib masa depan umat Melayu di tanah air sendiri. Terbangunkah ekonomi Melayu dan Bumiputera jika apa saja usaha untuk membantu mereka dianggap sebagai rasis dan berpilih kasih? Apakah orang Melayu dan Bumiputera akan mendapat bahagian yang adil dalam pengagihan kekayaan? Wujudkah peluang-peluang ekonomi untuk orang Melayu dan Bumiputera dalam dunia yang semakin kompetitif?

27. Bagaimana dengan peluang pendidikan untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera? Masihkah boleh mereka bergantung harap kepada biasiswa daripada kerajaan? Apakah ada ruang untuk mereka membangunkan potensi diri dalam rancangan pembangunan modal insan negara? Bagaimana pula dengan peluang-peluang pekerjaan untuk mereka? Selain itu, apakah kedudukan istimewa agama Islam akan terus terjamin? Terbelakah agama Islam jika serangan bertubi-tubi kepada institusi-institusi Islam berterusan? Terpeliharakah kesucian Islam jika parti seperti DAP lebih berpengaruh mentakrifkan

28. Seterusnya, orang Melayu bertanya, akan kekalkah kuasa politik Melayu jika pembangkang terus melakukan serangan demi serangan terhadap institusi-institusi Melayu? Mampukah UMNO untuk membela nasib umat Melayu? Mampukah UMNO untuk terus bersuara mewakili mereka seperti dulu? Mampukah UMNO untuk terus memenuhi harapan orang Melayu? Atau adakah UMNO akan terus terperangkap dalam psikologi politik pasca-tsunami 2008 yang meresahkan orang Melayu?

UMNO Adalah Jawapan Kepada Keresahan Melayu

29. Sebenarnya, jawapan kepada persoalan-persoalan ini ada pada kita semua. Sebagai ahli UMNO, sebagai pemimpin UMNO, kita semua memikul amanah besar untuk terus membela agama, bangsa dan negara yang menjadi asas dan matlamat perjuangan UMNO.

30. Hakikatnya, UMNO telah bangkit daripada rempuhan tsunami 2008. Kita tidak pernah menyerah kalah kepada tujahan kuasa politik pembangkang yang ingin merobek segenap sudut perjuangan UMNO dalam membela orang Melayu. Ketika umat Melayu resah memikirkan apakah ada pembelaan terhadap mereka dalam sektor ekonomi, kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO tanpa rasa apologetik telah menubuhkan Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Presiden selaku Perdana Menteri. MTAB bertanggungjawab untuk memastikan penyertaan orang Melayu dan Bumiputera dalam sektor ekonomi terus diperkasa. Lantaran itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) juga ditubuhkan untuk menyelaraskan penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi yang semakin

31. Terkini, YAB Perdana Menteri telah pun melancarkan Program Transformasi Ekonomi Bumiputera dengan memberi tumpuan kepada tiga fokus strategik iaitu, (i) pengukuhan pendidikan serta pembinaan keupayaan Bumiputera; (ii) pembaharuan instrumen dasar dan rasionalisasi sistem penyampaian; dan (iii) penumpuan kepada pemerolehan, penciptaan dan pembangunan perniagaan berskala besar. Tiga fokus strategik ini diharapkan dapat melonjakkan pencapaian Bumiputera dalam bidang ekonomi. Selain itu, penyertaan Bumiputera dalam sektor ekonomi akan terus dipertingkatkan melalui pelbagai projek pemula di bawah Program Transformasi Ekonomi dan juga melalui Program Transformasi Luar Bandar. Semua ini adalah kesinambungan daripada usaha-usaha yang telah dilakukan UMNO selama ini dalam perjuangan mengangkat martabat ekonomi

32. Begitu juga ketika orang Melayu resah memikirkan sama ada pendidikan anak-anak mereka akan terus terbela, pemimpin UMNO tegas mempertahankan hak pelajar Melayu dan Bumiputera yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa dan lain-lain bantuan pendidikan daripada kerajaan. Terbaru, kita telah menubuhkan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera untuk membantu anak-anak Bumiputera mendapatkan pembiayaan pendidikan. Dengan dana sebanyak 500 juta ringgit, kita mensasarkan 12,000 pelajar Melayu dan Bumiputera akan menerima manfaat dalam tempoh 5 tahun akan datang. Semua ini adalah manifestasi komitmen UMNO untuk memastikan anak-anak Melayu dan Bumiputera yang cemerlang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan berjaya dalam

33. Yakinilah, sebagai parti yang bertanggungjawab, UMNO akan terus membela hak anak-anak Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan segala bantuan pendidikan yang layak bagi diri mereka. Pada masa yang sama, atas dasar keadilan, kita juga tidak menafikan hak anak-anak kaum-kaum lain untuk mendapat kemudahan yang sama. Inilah prinsip al-‘adl wal ihsan yang ditekankan dalam agama

34. UMNO juga akan terus mempertahankan institusi-institusi agama dari terus dipersenda dan diperleceh. Kedudukan Raja sebagai Ketua Agama akan dijunjung. Kewibawaan institusi mahkamah syariah, agensi penguatkuasa agama dan undang-undang Islam akan terus dibela. Pendidikan Islam akan diperkasakan lagi. Kerajaan Pusat komited untuk membantu sekolah-sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dari segi pembangunan infrastruktur, kurikulum, latihan guru dan sebagainya. Bantuan akan diberikan kepada semua sekolah agama melangkaui batas ideologi politik. Ini adalah keikhlasan UMNO untuk memastikan pendidikan Islam terus bermartabat di negara

35. Fokus kepada pendidikan Islam adalah selari dengan pendekatan wasatiyyah UMNO, iaitu sederhana dan berimbang, dalam melakukan lonjakan terhadap Islam dan hubungannya dengan pembangunan dan ketamadunan. Al Quran memberikan asas tentang ummatan wasata sebagai strategi terbaik membangunkan Islam, bukannya pendekatan ekstrem yang hanya terpancar dengan retorik dan kenyataan-kenyataan yang umum sifatnya dan tidak memberi kesan kepada pembangunan institusi dan sistem.

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 143:

Yang bermaksud:

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan

36. Dengan pendekatan wasatiyyah ini kita seimbangkan pembangunan rohani dan pembangunan fizikal, antara tuntutan fardhu ‘ain dan fardhu kifayah. Kedua-duanya adalah dituntut oleh Islam. Dalam konteks ini, Islam harus diberi makna yang luas. Ianya bukan sahaja satu sistem kepercayaan, tetapi juga cara hidup yang mencakupi segenap segi kehidupan. Al-Quran dalam Surah Al-Asr yang memberi maksud orang-orang yang beriman adalah orang-orang yang melakukan amal soleh. Ertinya, syi’ar Islam tidak hanya terpancar melalui amalan ritual semata-mata, tetapi juga melalui amal soleh dan pembangunan yang membawa kesejahteraan hidup

37. Inilah komitmen UMNO. Kita mengambil pendekatan seimbang dan bijaksana supaya umat Melayu diperkasa dan Islam dimartabat. Ini jugalah tekad politik UMNO dalam memastikan umat Melayu semakin maju dan berwibawa dalam segala bidang dan

38. Namun sebagai parti tunjang di dalam Barisan Nasional, UMNO telah membuktikan komitmen mensejahterakan rakyat merentasi batas kaum. Dengan konsep perkongsian kuasa, UMNO telah membuktikan keikhlasannya memimpin dalam kepelbagaian bangsa dan kelainan agama. Sebagai contoh, sewaktu kita memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru, walaupun kita dikritik hebat, hakikatnya limpahan nikmat turut sama dikongsi oleh semua kaum. UMNO tetap sedar bahawa bagi meneruskan kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara, realiti landskap politik negara yang majmuk sifatnya mesti dipelihara. Jangan kita tanamkan kebencian kepada kaum-kaum lain. Jangan kita lemparkan kehinaan kepada agama-agama lain. Jangan kita titipkan prasangka kepada budaya-budaya lain. Kita bukan rasis seperti DAP.

Pilihan Raya Umum Ke-13

Saudara dan Saudari Sekalian,

39. Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini. Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

40. Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak.

41. Ayuh, gerakkan seluruh kekuatan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO untuk menjadi benteng parti. Datuk Seri Shahrizat, Pergerakan Wanita adalah srikandi UMNO. Pengaruh wanita amat kuat dalam masyarakat. Setiap undi wanita amat penting kepada UMNO. Perkukuhkan gerak kerja Jalinan Rakyat. Perhebatkan aktiviti Skuad Sayang dengan pendekatan yang tersusun dan teratur. Kajian sikap mesti tepat, penyelarasan dan kerjasama dengan kepimpinan bahagian mesti mantap.

42. Saudara Khairy, andalah panglima perang paling muda dalam UMNO. Gerakkan barisan pemudamu, jadilah benteng UMNO yang kukuh. Turun ke akar umbi, dekati dan selamilah aspirasi generasi seangkatan denganmu. Persiapkan hulubalang pemuda untuk bertarung dalam peperangan yang paling perit dalam sejarah parti kita. Bersedialah dengan kekuatan mental dan fizikal. Biar putih tulang, jangan putih mata!

43. Landskap politik kini adalah milik orang muda. UMNO komited untuk memberikan keyakinan, kepercayaan dan ruang kepada generasi muda. Kepada pemimpin-pemimpin UMNO, berilah laluan kepada generasi muda untuk sama-sama mencurahkan bakti kepada parti. Bimbinglah mereka. UMNO tidak akan menjadi parti yang kekal selama-lamanya tanpa dokongan orang muda.

44. Datuk Rosnah, Puteri adalah permata UMNO. Pimpinlah Puteri dengan kesatuan hati dan matlamat. Dalam kelembutan Puteri, serlahkan peranan anda untuk membawa golongan wanita muda ke pangkuan UMNO. Bingkaslah untuk menarik sokongan rakyat kepada parti. Perhebatkan program Puteri di segenap peringkat. Kembalikan kegemilangan Puteri sebagai sayap tempat bernaung remaja dan wanita muda untuk bersama-sama mencorak hala tuju Negara. Laksanakan peranan anda dengan berkesan supaya parti kita menjadi lebih kuat.

45. Atas segalanya, kitalah yang menentukan kekuatan parti kita. Jika kita bersatu hati (wahdatul qalb), bersatu minda (wahdatul fikr), bersatu amal (wahdatul amal) dan bersatu matlamat (wahdatul hadf) parti kita akan kuat. Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah.

46. Calon adalah senjata parti untuk menang. Berilah sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya. Yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat. Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka.

47. Tumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada parti dan pemimpin. Marilah kita bersatu menjayakan agenda transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden. Pendekatan berani YAB Presiden dalam memperkenalkan transformasi politik, dalam menunjangi perubahan, perlu disambut oleh segenap lapisan ahli-ahli UMNO.

48. Pertahankan parti dengan seluruh jiwa dan raga. Jangan lari dari medan perjuangan. Jangan mengaku kalah sebelum berjuang. Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan ‘mandikan’ calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan. Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati. Ingat, pilihan raya nanti bukan untuk kemenangan diri tetapi adalah untuk kemenangan parti.

49. Sebagai sebuah organisasi, UMNO tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan. UMNO bukanlah malaikat. Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan.

50. Dalam perjuangan ini, UMNO tidak boleh bersendirian. Ajaklah, serulah, panggillah, pujuklah seluruh umat Melayu untuk bersama kita. Raih setiap sokongan dan keyakinan seluruh persatuan Melayu, gabungan Melayu, badan-badan ekonomi, sosial, pendidikan, agama, belia, budaya untuk bersama kita di bawah panji UMNO dalam mempertahankan survival umat Melayu. UMNO melihat seluruh organisasi Melayu sebagai pejuang. Mereka ada sumbangan dan peranan yang besar. Ajaklah penyokong pembangkang yang sudah hilang kepercayaan kepada perjuangan parti mereka yang sia-sia untuk bersama-sama kita. Demi kelangsungan umat Melayu, marilah kita bersatu. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Ali Imran Ayat 103:

Yang bermaksud:

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara dan kamu dulu telah berada di tepi jurang Neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari Neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayatNya.

51. Gendang perang sudah dipalu. Langkah pendekar sudah disusun. Bangunlah! Berjuanglah! Pergilah ke seluruh 222 Parlimen, 576 Dewan Undangan Negeri dan 7470 Pusat Daerah Mengundi. Jangan ada yang tertinggal, tersisih dan tercicir. Jangan ada satu pun yang terlupa. Raih setiap undi di setiap kawasan. Ingat, walaupun satu undi ia akan menentukan kemenangan kita.

52. Beri tumpuan kepada masalah rakyat. Rasai denyut nadi mereka. Dengar rintihan dan keluhan mereka. Bantulah mereka. Kita adalah mata, telinga dan suara rakyat. Paling utama, kita mesti bertanggungjawab. Lunaskan tanggungjawab moral kita sebagai pejuang UMNO dengan membantu rakyat.

53. Membujur lalu melintang patah, jangan hanya dilaungkan tapi buktikan kita tidak rela membiarkan pembangkang terus menghina perjuangan parti kita. Kita tidak akan berganjak walau seinci daripada memastikan rakyat tidak diperdaya dan diperalatkan.

Patah sayap bertongkat paruh,
Patah paruh bertongkat siku,
Patah siku bertongkat dagu,
Patah dagu bertongkat kuku.

54. Medan perang di hadapan kita. Kita tiada banyak pilihan. Maralah ke hadapan dengan semangat kental Tariq bin Ziyad, panglima muda yang menakluki Andalusia. Ketika menyeberangi Selat Gibraltar dengan bilangan tentera yang kecil, Tariq berkata kepada tenteranya:

“Dengarlah semua! Ke mana kamu semua dapat lari? Lihat apa yang menanti kamu. Lautan di belakang dan musuh di hadapan. Pada diri kamu semua hanya tinggal keikhlasan dan kesabaran ... Musuh di hadapan sedang menanti dengan pasukan tentera dan peralatan yang lengkap ... Ingat, perlindungan daripada pihak musuh hanyalah pedang-pedang di tangan kamu. Sekiranya pasukan kita lambat mencapai kemenangan, peluang keemasan untuk terus hidup akan hilang. Ketakutan yang melanda pihak musuh berganti menjadi berani untuk menentang pihak kita. Oleh itu, berjuanglah bersungguh-sungguh bagi mempertahankan nyawa kamu”.

55. Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkan saf perjuangan parti! Berdiri teguhlah di belakang YAB Presiden parti. Bangkitlah pertahankan kelangsungan umat Melayu! Bangunlah menjulang panji perjuangan! Maralah tewaskan musuhmu di hadapan. Pastikan kemenangan milik kita!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2011.

RUU Perhimpunan Aman: Dewan Rakyat luluskan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman akhirnya diluluskan Dewan Rakyat selepas perbahasan kira-kira tiga empat jam oleh enam anggota parlimen.

Rang undang-undang itu - yang mengharamkan demonstrasi jalanan dan membenarkan perhimpunan lain dengan beberapa syarat ketat - lulus dengan undi suara.

Rang undang-undang itu dibahaskan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) dan P Kamalanathan (BN-Hulu Selangor).

Ia kemudiannya diikuti penggulungan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

Pada 24 November lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan rang undang-undangi tu di Parlimen yang didakwanya meliputi hak bukan sahaja kepada penganjur dan peserta untuk menyertai perhimpunan secara aman tanpa senjata malah turut mengambil kira kepentingan awam dan masyarakat setempat.

Rang undang-undang berkenaan dibacakan untuk kali kedua selepas dibentang untuk bacaan kali pertama pada 24 November lalu.

Jumaat lalu, Kabinet bersetuju untuk melakukan enam pindaan terhadap rang undang-undang itu selepas mendapat bantahan beberapa pihak termasuk pembangkang dan masyarakat sivil.

Kumpulan Beruk beraksi

PERCAYALAH kumpulan beruk ini mempunyai agenda terselubung. Mereka meniru apa yang berlaku di Mesir, Tunisia dan negara-negara arab.

Mereka lupa bahawa penunjuk perasaan di asia barat itu adalah kumpulan rakyat jelata yang lama tertindas oleh rejim pemerintahan mereka. Kumpulan yang tertindas itu adalah golongan majoriti, seperti buruh, petani, tukang sapu, pekeraja-pekeraja am.

Di negara ini, golongan itu cukup terbela. Apabila harga barangan naik kerana fenomena global, maka kerajaan terus meneruskan subsidi barangan pokok, mengwujudkan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Pasar ikan 1Malaysia, klinik 1Malaysia, untuk membela rakyat yang tergolong berpendapatan rendah.

Selain itu, kerajaan memberikan bantuan kepada semua pelajar daripada tahun 1 hingga tingkatan lima, manakala mahaiswa pula diberikan baucer untuk membeli buku. Selain itu, kerajaan memberi saguhati kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada Rm3,000 sebulan.

Atas sebab itu, golongan majoriti menyokong kerajaan yang prihatian terhadap rakyat, manaala mereka yang beragenda, khuatir dengan tindakan-tindakan kerajaan itu, atas sebab itu, mereka mahu mengwujudkan huruhara, seperti mana dilakukan oleh Majlis Peguam di kawasan Parlimen hari ini.

Golongan yang mempunyai agenda ini, sebenarnya bukan membela rakyat, sebaliknya mempunyai matalamat tertentu yang diperalat oleh pembangkang untuk mengambilalih tampuk pemerintahan negara.

Awas, jangan tertipu dengan gimik ini.

Petani, nelayan, pekebun perlu bawa cangkul, pukat, arit berkumpul di Parlimen

KUMPULAN ORANG-ORANG GILA
NAMPAKNYA mereka yang punya pendidikan sahaja yang minat sangat dengan perhimpunan, manakala, petani, nelayan, pekebun,peruncit dan peniaga masih belum menyahut fenomena untuk berhimpun.

Biasanya, mereka yang tertindaslah yang melakukan tunjuk perasaan, namun berlaku sebaliknya di negara ini, mereka yang terbela, punya peluang segala-galanya, kaya dari segi harta dan wang, itulah yang melakukan tunjuk perasaan.

Rupanya apabila semuanya telah tersedia sepertimana yang ada pada majlis peguam, suhakam, maka itulah yang mempunyai minat terhadap tujuk perasaan.

Melihat gejala ini, AYT yakin, tujuan mereka itu bukan untuk membela rakyat, akan tetapi mempunyai agenda lain, yakni untuk mencetuskan huruhara dan ketidak stabilan dalam negara.

AYT yakin, suatu hari para petani, nelayan dan pekebun, peruncit, peniaga akan turun berhimpun menentang kumpulan yang beragenda ini. AYT percaya, apabila kumpulan yang terbesar ini turun padang, mereka yang beriya-iya kononnya membela rakyat akan hilang di padangan, kerana mereka sudah pasti akan mencuci tangan dan menyelamatkan diri.

AGM Umno: Taklimat Presiden pembuka tirai perhimpunan

Perhimpunan Agung Umno 2011 membuka tirainya hari ini dengan taklimat daripada Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, antara agenda utama yang dinanti-nantikan kira-kira 5,447 anggota perwakilan yang hadir.

Majlis taklimat presiden yang akan diadakan secara tertutup pada sebelah petang membolehkan Najib menyampaikan amanat beliau yang dianggap amat penting kerana dijangka menyentuh persiapan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13.

Perdana Menteri pada 20 Nov lepas telah menyampaikan amanat berbeza kepada anggota pergerakan Pemuda dan Puteri, yang julung kali diadakan dalam sejarah perhimpunan itu.

Juga penting hari ini akan menyaksikan majlis perasmian serentak perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang akan disempurnakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden parti, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 9 malam.
Seramai 5,447 perwakilan akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno kali ini yang terdiri daripada 2,627 perwakilan dari 191 bahagian di seluruh negara, 944 perwakilan Wanita, 942 Pemuda dan 934 Puteri.

Turut hadir seramai 58 delegasi luar yang mewakili 23 parti politik dari 20 buah negara, terdiri daripada enam wakil dari Parti Komunis China, 11 dari Parti Mamafisoa, Madagascar, tiga dari Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) dan dua dari Persidangan Tetap Parti Politik Amerika Latin dan Caribbean, Coppal.

Kesemua 74 Kelab Umno Luar Negara masing-masing menghantar seorang wakil.

Seramai 1,540 petugas media dari 83 agensi, 74 agensi tempatan dan sembilan antarabangsa telah mendaftar untuk membuat liputan pada perhimpunan kali ini.BERNAMA

Awas!!! Orang-orang gila akan berkumpul dipintu masuk ke Parlimen

Sekumpulan orang-orang gila yang menyebut kumpulan mereka "Occupy" akan berkumpul di pintu parlimen esok.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang perhimpunan aman yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu,bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebarang rundingan dengan orang ramai.

Kumpulan ini cuba menafikan 140 wakil rakyat yang mewakili berjuta rakyat daripada Perlis hinggalah ke Sabah.

Humban pengacau ini dalam BUI!!

Monday, November 28, 2011

RUU Perhimpunan Aman: Desakan Majlis peguam bukan mewakili majoriti: Nazri

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdl Aziz berkata, desakan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berhubung Akta Perhimpunan Aman agar kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen, bukan mencerminkan pandangan rakyat.

“Kerajaan yang mewakili rakyat, BN mempunyai 140 ahli parlimen dan sesetengah ahli parlimen Bebas juga menyokong kami" demikian kata menteri itu. Malah, Nazri mencadangkan agar Lim mendaftarkan Majlis Peguam sebagai parti politik, dan bertanding pada PRU-13 akan datang.

Tambahnya, rang undang-undang yang dijadualkan untuk dibahaskan di Dewan Rakyat masih mempunyai ruang untuk dipindah.

Sambil menafikan kerajaan berdolak dalik berhubung rang undang-undang itu, Nazri berkata kesediaan kerajaan memindahnya adalah bukti kesedian BN mendengar kehendak rakyat.

Majlis Peguam juga dilaporkan telah mengerahkan 14,000 anggotanya untuk berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom (Berjalan untuk Kebebasan) pada Selasa.

Najib berada dilandasan betul untuk capai wawasan 2020: Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di landasan untuk membawa Malaysia mencapai Wawasan 2020.

"Beliau (Najib) berusaha keras. Saya tidak boleh kata yang beliau berupaya untuk (membawa negara) mencapai Wawasan 2020 tetapi banyak orang berkata Malaysia sudahpun menjadi sebuah negara maju," katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata Najib berdepan "kesukaran" berikutan mempunyai majoriti kecil di Parlimen dan perlu menguruskan krisis.

"Beliau tidak mempunyai majoriti sepertimana yang saya ada. Saya mempunyai (lebih besar) majoriti yang membolehkan saya mengendalikan pembangkang. Jadi, beliau berdepan kesukaran," katanya kepada pemberita selepas menganjurkan majlis makan tengah hari untuk perwakilan yang menghadiri Forum Antarabangsa bertema "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di sini.

Terdahulu, semasa merasmikan forum itu, Najib secara berseloroh berkata "Saya beritahu Dr Mahathir 'anda lakukan bahagian mudah, anda lakukan bahagian "apa", tetapi saya perlu lakukan bahagian 'bagaimana'."

Mengenai Umno, Dr Mahathir berkata parti itu semakin berkembang maju dan "jauh lebih baik daripada pada 2008".

"Pada (pilihan raya umum) 2008, saya tahu banyak anggota Umno mengundi pembangkang bukan kerana mereka "kurang sayangkan Umno" tetapi mereka tidak sukakan kepimpinan pada masa itu," katanya. BERNAMA

Tangani cepat masalah FELDA

Dilihat sebagai bantahan terbuka kali pertama, badan yang mewakili peneroka Felda hari ini menggesa Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad berundur secara terhormat dan mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunaikan permintaan itu jika inginkan undi pilihan raya umum ke-13.

Gesaan itu dibuat pada satu sidang media di Ampang hari ini oleh Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP), yang diiktiraf secara rasmi oleh Felda, mendakwa mewakili 1.6 juta warga peneroka dan sekitar 120,000 peneroka dari 11 wilayah Felda di seluruh negara.

Desakan itu dibuat ketika pentadbiran Najib bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengharapkan sokongan padu peneroka Felda yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Umno-BN.

Selain menggesa Isa, yang mengetuai Felda sejak setahun lalu, JKPP juga menggesa Pengarah Seranta Felda Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Datuk Sabri Ahmad agar berundur sama.

Desakan itu memuncak ketika proses menyenaraikan Felda Global Ventures sedang giat dijalankan.

Langkah penyenaraian itu diumumkan oleh Najib ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu.

Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman (gambar) yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda.

Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah.

Pada sidang media hari ini, Shamsuddin, 59, menyenaraikan masalah dan isu dihadapi oleh pihaknya termasuk dakwaan ketua peneroka itu dihina oleh Isa, ketiadaan maklumat yang cukup mengenai proses penyenaraian dan tindakan Seranta Felda ‘Umno’ mengganggu peneroka.

Kenyataan media itu, Shamsuddin mendakwa bahawa Tan Isa Samad pada satu taklimat mengenai proses penyenaraian di Kuala Pilah pada 12 November lalu telah menghina Shamsuddin dengan mengeluarkan ayat seperti “jika budak kecil, saya dah lempang”, “munafik”, “pembohong”, “penipu”, “jika saya jumpa saya akan lutu dia”.

AGM Umno: Saya tak akan jawab mengenai NFC: Sharizat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

Arab Spring tak akan merebak di Malaysia: Tun M

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemungkinan besar Arab Spring tidak akan merebak ke Malaysia kerana kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bekerja keras dalam memenuhi tuntutan rakyat.

"Jika kerajaan tidak beri perhatian kepada masalah-masalah rakyat, maka rakyat akan memberontak.

"Tetapi Malaysia sejak kemerdekaan, telah bekerja keras untuk mewujudkan peluang kepada rakyat ... Saya tidak nampak bagaimana Arab Spring boleh menjangkiti kita," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Mengulas mengenai prestasi Perdana Menteri, Dr Mahathir berkata, beliau bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Razak gigih berusaha tetapi menghadapi satu tugas yang sukar berbanding zamannya.

"Dia tidak mempunyai majoriti yang saya miliki, (saya ada) majoriti untuk mengendalikan ramai pembangkang, beliau mempunyai majoriti yang kecil jadi ini adalah bahagian yang sukar."

Sambil memberi amaran bahawa amalan rasuah akan menjadi penghalang kepada program transformasi kerajaan, Dr Mahathir berkata beiau berpuas hati dengan kemajuan transformasi Najib.

"Jika ia boleh berjaya 100 peratus, itu soalan lain. Rasuah tidak mudah untuk dibendung, rasuah terdapat di mana-mana sahaja.

"Jika ia adalah rasuah di bawah meja, maka ini lebih mudah untuk dibendung, tetapi jika rasuah adalah di atas meja dan telah menjadi satu budaya, maka ia lebih sukar ditangani," katanya.

Walau bagaimanapun, Dr Mahathir berkata bahawa Malaysia masih belum terjerumus ke satu peringkat yang membimbangkan.

Sambil memuji tindakan pantas reaksi kerajaan terhadap bantahan ke atas Akta Perhimpunan Aman, beliau berkata terpulang kepada rakyat untuk mentafsirkan sama ada kerajaan "tunduk” ataupun "sensitif" terhadap keperluan rakyat.

"Saya fikir kerajaan mendengar suara rakyat dan bertindak dengan cepat. Semasa zaman saya, saya tidak mempedulikannya langsung,” katanya sinis.

Empat hari selepas dibentangkan di Dewan Rakyat, kabinet memutuskan rang undang-undan itu perlu dipinda tetapi menegaskan perhimpunan jalanan tetap diharamkan.

Sunday, November 27, 2011

Kongress PKR dipenuhi emosi dan angan-angan

Sebaik sahaja Timbalan Presiden PKR merasmikan sayap wanita dan AMK, dia mencanangkan bahawa Anwar Ibrahim pasti menjadi Perdana Menteri ke-7 negara, sebaik sahaja keputusan PRU-13 diumumkan.

Malah Timbalan Presiden PKR itu mengeluarkan ancaman, jika Anwar didapati bersalah kerana meliwat, maka dia akan mengetuai sayap wanita dan AMK untuk merobohkan tembok penjara.

Melalui kenyataan Azmin yang dizahirkan melalui ucapan itu, jelas bagi kita bahawa perjuangan PKR hanya semata-mata untuk melantik Anwar sebagai Perdana Menteri, melalui cara apapun, termasuk melanggar undang-undang.

Tentangan perwakilan PKR terhad Rang undang-undang Perhimpunan Aman, merupakan salah satu strategi parti itu, bahawa jika Anwar dimasukkan dalam penjara kerana didapati bersalah, maka mereka akan turun ke jalan, mencontohi rakyat Mesir yang berjaya mengulingkan Husni Mubarak.

Mereka telah tahu, bahawa undang-undang pengistiharan darurat telah ditarik balik, atas sebab itu, mereka menentang Rang Undang-undang itu, demi memperlancar tindakan mereka.

Walaupun PKR adalah parti terlemah antara tiga parti Pembangkang DAP-PAS-PKR, mereka memaksa juga, agar Anwar dilantik Perdana Menteri.

Sayang, emosi perwakilan dan para pemimpin PKR itu, hanya terhad dikalangan mereka, mereka asyik dengan angan-angan, mereka lupa bahawa kemenangan dalam pilihanraya itu berasaskan kepada undi majoriti rakyat.

Mereka terlupa bahawa sebahagian rakyat masih mempertahankan kerajaan BN, walaupun pada PRU-12, dikala BN dalam keadaan terlemah, pun demikian, mereka hanya mampu mengurangkan kuasa 2/3 BN dalam Parlimen, dan menguasai beberapa negeri, namun keadaan pada tahun 2008 itu, tidak lagi sama dengan keadaan sekarang.

Semenjak Konsep 1Malaysia, Rakyat didahulukan dan Pencapaian Diutamakan yang diikuti berbagai transforamsi apakah dalam politik, ekonomi dan sosial, rakyat telah faham, bahawa Kerajaan BN telah berubah sesuai dengan tuntutan zaman.

Rakyat majoriti telah mengerti bahawa Kerajaan BN akan terus melakukan Transformasi, demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dalam mencapai wawasan 2020.

Rakyat tidak akan mahu menjadi uji cuba, Pakatan, kerana, biasanya Kerajaan yang tiada pengelaman akan mencuba berbagai perkara, yang belum tahu keputusannya.

Rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak (11 bulan), telah merasakan bahawa janji-janji Pakatan sukar ditunaikan, sehingga majoriti janji-janji itu hanya menjadi retorik.

Percayalah, Kerajaan BN yang mempunyai pengalaman mengurus negara lebih setengah abad, telah melalui berbagai ranjau sebelum menemukan ramuan yang dizahirkan melalui Wawasan 2020 dan pelaksanaannya dilaksanaan melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan.

AGM Umno: Kalau berbahas tu-sentuh hanya melayu...

DEMIKIAN amanat presiden Umno, DS Najib Razak kepada 3,000 perwakilan umno yang akan bersidang bermula selesa depan.

Akibat terbukaan UMNO pada AGM tahun 2007, mengakibatkan kaum lain terasa kecil hati, sehingga menolak calon-calon yang ada kaitan dengan umno. Akibatnya, selain 2/3 dewan rakyat terlepas, beberapa negeri telah jatuh ditangan pembangkang, kerana komponen BN yang diwakili oleh parti bukan umno, gagal menyumbang jumlah kerusi yang diperlukan.

Kali ini, walaupun Umno mewakili kaum melayu, akan tetapi perlu menunjukkan bahawa parti terbesar BN itu, perlu juga menunjukkan membela kaum-kaum lain dalam negara ini.

Perubahan pendekatan umno itu dijangka mendapat sambutan dari segenap lapisan rakyat, kalaupun bukan semua, setidak-tidak penyokong BN yang merajuk pada PRU-12 akan kembali semula.

Perwakilan perlu melihat, bahawa Umno adalah tunjang kerajaan, mahu tidak mahu perlu mengambil kira nasihat Presiden, agar semasa perbahasan, jangan menyentuh kaum-kaum lain, kalaupun disentuh, penonjolan ke arah kemaufakatan perlu diketengahkan.

Bagi AYT, permaufakatan antara kaum negara ini perlu berteraskan kepada konsep menang-menang, di mana setiap rakyat perlu mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Umno perlu tonjolkan kekuatan, bukan berasaskan kepada kelemahan lawan.

Kita perlu mengambil iktibar, bahawa Pembangkang mendapat kerusi yang banyak pada PRU-12 dan mampu menawan Selangor, pulau Pinang, Perak dan Kedah, kerana isu fitnah dan kelemahan Bn pada masa itu.

Yakinlah, rakyat telah sedar, bahawa semua tohaman pihak pembangkang itu, bagaikan buih-buih laut,apabila laut tenang, maka sirnalah buih-buih itu.

Perwakilan Umno, perlu memperjelaskan kekeliruan mengenai NFC, kalau ada yang tersilap, sila akui, dan perbetulkan.

Kongres PKR Di Senai, Johor, telah menjadikan isu NFC sebagai agenda utama, dan boleh dikatakan setiap perwakilan parti itu, apabila membuka mulut, pasti nama Datuk Sharizat Abdul Jalil yang diucapkan, sehingga berbuih-buih mulut mereka.

Penjelasan daripada Kerajaan mahupun pengurusan NFC, tidak diterima, melainkan bagi mereka, bagaimana isu boleh diputar-putar.

Bagi AYT, kesilapan pengurusan NFC, bukan masalah kerajaan BN, kesilapan itu terletak kepada beberapa kerat individu yang diberi amanah. Kerajaan BN, tidak sepatutnya dipersalahkan, para individu itulah yang perlu bertanggungjawab.

Walaupun jumlah wang yang berjumlah RM250 juta itu berbentuk pinjaman, namun tujuan pinjaman itu adalah jelas. Sebarang salahguna pinjaman itu, untuk kepentingan lain, bukan salah kerajaan, akan tetapi salah pengurusan syarikat yang diberi pinjaman itu.

Faktor inilah yang perlu ditekankan oleh para perwakilan Umno, jangan sekali-kali meyalahkan para pemimpin yang meluluskan pinjaman itu, apatah lagi Datuk Sharizat, walaupun melibatkan keluarganya, namun beliau tidak terlibat mengenai pemberian pinjaman tersebut.

Saturday, November 26, 2011

Neelofa laris selepas filem Azura

Neelofa, 22 mengaku sedang laris membintangi filem Azura. Selepas pertama kali ditawar berlakon dalam filem Azura, dalam masa tidak sampai setahun dia sudah berlakon filem kelima.

“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan tawaran yang tidak henti-henti. Namun dalam masa yang sama, saya rasa tidak pelik jika berlakon banyak filem kerana orang lain juga dapat melakukan perkara yang sama seperti saya.

“Dengan lambakan pelakon yang ada sekarang, saya rasa tidak salah untuk mencuba peluang dan rezeki yang datang,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya: “Saya berterima kasih kepada Abang Aziz M Osman yang mana selepas saya berlakon filem Azura, banyak tawaran yang saya perolehi selepas itu.”

Selepas Azura, dia berlakon dalam filem Hantu Kapcai, Lemak Kampung Santan, SAM dan Taiko yang dijangka memasuki penggambaran pada bulan depan.

Kesemua filem tersebut dijadualkan masuk panggung tahun depan.

Menyentuh tentang filem Taiko, Neelofa akui filem tersebut telah memenuhi impiannya untuk melakonkan babak aksi.

“Sementara menunggu tawaran filem seterusnya, saya ada berangan-angan untuk melakonkan babak aksi. Kebetulan mendapat tawaran filem Taiko, saya anggap ia sebagai suatu bonus.

“Kemungkinan saya akan menyanyi sedikit dalam lagu tema filem ini. Nasib baiklah saya pernah menghadiri kelas vokal pada tahun lepas. Sekurang-kurangnya saya boleh praktikkan apa yang dipelajari sebelum ini sebagai persediaan,” ujarnya.

Beralih kepada topik nyanyian, pelakon drama Kitab Cinta, Tahajjud Cinta dan Jiwa Lara ini akui tidak minat untuk bergelar penyanyi dan kelas vokal yang dihadirinya sebelum ini sekadar suka-suka.

Sebagai persediaan untuk Taiko, Neelofa juga mengaku ramai yang tidak tahu dia merupakan seorang yang lasak dan aktif bersukan serta pernah menyertai sukan tinju sejak tahun lalu, gimrama, tenis dan lompat jauh sewaktu di sekolah.

Selain itu, dia juga bakal sibuk dengan penggambaran program Nona mulai akhir bulan ini dan menjalani penggambaran di Lombok dan Bali, Indonesia.

Selagi isu lembu tidak selesai, selagi itu Pakatan mainkan isu ini

SAYANG disebabkan oleh perbuatan oleh beberapa kerat individu yang diberi amanah mengusahakan ternak lembu pedaging, melalui National Fidlot Centre (NFC), Barisan Nasional terkena getahnya.

Walaupun pihak pembangkang memperkatakan bahawa industri itu gagal, namun berasaskan penjelasan daripada pihak kerajaan, sebenarnya industri itu tidak gagal, namun kerana ianya merupakan industri yang masih diperingat "infant", maka target sepertimana dalam perancangan belumlah tercapai sepenuhnya.

Yang menjadi isu sebenar dalam NFC itu adalah penyalah gunaan sebahagian wang pinjaman berkadar rendah itu. Jika sekiranya wang pinjaman itu digunakan sepenuhnya untuk tujuan pemeliharan lembu, sudah tentunya tiada isu yang dipikul kerajaan.

Kini, pihak polis sedang menyiasat pengurusan NFC, terutama mengenai pembelian dua buah kondo mewah di bangsar yang dikatakan dibeli dengan tunai berharga RM13.9 juta pada tahun 2009.

Dalam isu ini, bukan kerajaan yang bersalah, sebaliknya para individu yang diberi kepercayaan. Namun, bak kata pepatah, disebabkan nila setitik maka susu sebelangga rosak binasa.

Diharapkan pihak polis mempercepat siasatan, demi keadilan kepada kerajaan.

AYT tidak sanggup turut memikul kesalahan orang lain.

Cabaran AMK ubah perlembagaan bagi menjamin PM daripada melayu: Adalah strategi parti itu supaya bukan melayu benci Umno: Anwar

CABARAN Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin kepada Umno untuk meminda perlembagaan untuk memastikan hanya Melayu boleh menjadi perdana menteri, merupakan stategi parti itu mendapat sokongan bukan melayu, demikian penjelasan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, kenyataan Shamsul itu adalah dalam rangka, agar supaya bukan melayu akan membenci Umno/BN dan dilain pihak pula, kaum melayu akan menyokong PKR, kerana memperjuangkan melayu.

Melalui penjelasan Anwar itu, telah JELAS bagaimana hipokritnya kepimpinan PKR, sanggup menipu, semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

Dalam dunia tanpa sempadan inipun, pemimpin PKR mampu berdolak dalik, sedangkan rakyat yang menilai adalah waras dan celik maklumat.

Telah terang kepada rakyat negara ini, bahawa kepimpin PKR akan terus menipu dengan berbagai janji dan retorik, demi mendapatkan sokongan.

Sementara itu, Presiden PKR, telah membuat janji, bahawa apabila Pakatan mampu merampas Putrajaya, maka setiap rakyat apabila berkerja akan mendapat gaji minimum RM1000/sebulan; termasuk para pekerja restoran, buruh, amah, klendan lori, penyapu sampah, penjaga tandas dan sebagainya.

Pada masa itu, setiap restoran bersendirin akan dipaksa memberi gaji minimum, kalau mahu mengaji pekerja. Jika tiada kemampuan, maka tidak dibenarkan mengambil pekerja.

Bayangkan, betapa ramai pengangguran akan berlaku pada masa itu, kerana tenaga pekerja biasanya berasaskan kepada PERMINTAAN DAN PENAWARAN. DALAM SISTEM EONOMI TERBUKA, HARGA ATAU UPAH DITENTUKAN DI MANA PERMINTAAN DAN PENAWARAN BERSETUJU PADA SATU KADAR TERTENTU. NAMUN, APABILA UPAH DITENTUKAN BUKAN BERASASKAN KEPADA EKONOMI TERBUKA, MAKA ITU NAMANYA EKONOMI TERPIMPIN ATAU TERKAWAL.

Jika ini berlaku, MAKA AKAN MENINGKATKAN GEJALA SOSIAL, KADAR JENAYAH, KERANA RAMAI YANG TIDAK BERPELUANG MENDAPAT PENDAPATAN, ATAS SEBAB PELUANG PEERJAAN YANG TERHAD ATAS SEBAB PIHAK SYARIKAT SWASTA TERPAKSA MENGGAJI MENGIKUT KEMAMPUAN.

Sebagai akibatnya, dalam jangka panjang, ekonomi negara akan semakin teruk disebabkan produktiviti yang merundum, walaupun jumlah peminta ramai, namun dengan daya beli yang sangat kurang.

Gaji minimum sebenarnya usaha menjahamkan negara!!! kerana negara kaya di duniapun, seperti Amerika, Australia, Kanada, Jepun tidak mengamalkan gaji sedemikian.

Dalam pengurusan perekonomian yang baik ,yang penting adalah NILAI DAYA BELI WANG diperolehi oleh rakyat, bukan jumlahnya.

Membela melayu: Umno lebih unggul berbanding Pas atau PKR

Melayu tidak akan terbela melalui PAS atau PKR apatah lagi melalui DAP, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut TPM itu, telah banyak kejadian, bahawa PAS dan PKR mengorbankan kepentingan kaum melayu semata-mata kerana mengikut telunjuk DAP.

Membela melayu melalui parti Umno, bukanlah rasis, namun itulah amanah kaum melayu dalam parti itu.

Dalam BN, semua kaum membela kaumnya melalui parti masing-masing, atas dasar itu, maka terjadi kompromi atau persetujuan, bahawa semua yang diminta oleh kaum masing-masing tidak akan terpenuhi. Di sinilah berlakunya TOLAK ANSUR DAN KONTRAK SOSIAL, yang selama ini berjaya dan diamalkan oleh barisan nasional.

BN dalam pemerintahannya mengamalkan semangat tolak ansur dan kotrak sosial, yang termaktub dalam perlembagaan sejak meredeka lagi, atas sebab itu, lebih setengah abad, gabungan itu diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah negara ini.

Pemerintahan BN, cuba dirampas oleh gabungan tiga parti DAP-PAS-PKR, yang diterajui oleh Anwar Ibrahim, selepas gagal menjadi Perdana Menteri melalui kerajaan Barisan Nasional.

Percayalah, Anwar masuk Umno kerana cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri, namun apabila cita-cita itu gagal, maka, mantan TPM itu, berusaha mengelirukan rakyat, kononnya gabungan tiga parti mereka lebih baik berbanding 13 gabungan parti-parti dalam BN.

Bagi yang waras, 13 itu lebih baik berbanding 3 dalam sistem demokrasi.

Friday, November 25, 2011

Sodomi II Anwar: PKR tekan Mahkamah

SELEPAS Azmin Ali mengistiharkan menjadi ultrman dengan memrobohkan penjara, jika Anwar Sabit kesalahan sodomi, AMK pula menghancam akan mengadakan demonstrasi ala BERSIH.

Rupanya, bagi PKR mahkamah adalah ditangan mereka, sebab itu mereka mengertak agar supaya Hakim Mohd Zabidin Md Diah tidak boleh menggunakan penghukumannya sesuai dengan bukti-bukti yang dikemukakan kepadanya.

PKR memang sah mengakui bahawa Anwar melakukan kerja meliwat berasaskan bukti-bukti dan hujah selama perbicaraan sodomi II.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan kali terakhir berlaku pada 26 Jun, 2008 antara pukul 3.01-4.30 petang di sebuah kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara.

Anwar dituduh dibawah seksyen 377C akta acara jenayah kerana melakukan hubungan seks diluar tabii. Anwar berdepan dengan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat.

Kalau Anwar masuk jail: Azmin jadi ultraman

Menggambarkan sokongan kepada Anwar, Azmin Ali sanggup menjadi ultraman, untuk merobohkan tembok penjara jika Anwar dipenjarakan.

Berucap merasmikan secara serentak Kongres Angkatan Muda Keadilan Rakyat dan Wanita PKR 2011, Azmin berkata, perikatan pembangkang itu telah mencapai konsensus bahawa Anwar, yang kini berhadapan dengan tuduhan meliwat yang kedua, akan menjadi Perdana Menteri ketujuh negara.

“Sesiapa yang berkonspirasi untuk memenjarakan Anwar Ibrahim, kami (sayap) Pemuda dan Wanita akan bangun dan merobohkan tembok penjara untuk membebaskan beliau,” kata beliau dalam ucapan dasar yang disambut dengan sorakan 1,600 perwakilan.

Azmin yang juga Ketua PKR Selangor berkata pihaknya mahu memberi peringatan keras kepada Umno bahawa apa pun konspirasi, PKR keadilan akan bangkit menentang untuk memastikan Anwar tidak dipenjarakan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar penggulungan hujah pada 8 Disember ini manakala pilihan raya umum ke-13 pula disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Harapan Anwar untuk menjadi perdana menteri kemungkinan tidak menjadi kenyataan jika beliau disabitkan kesalahan atas tuduhan itu yang membawa hukuman penjara 20 tahun.

Anwar dikenakan hukuman penjara sembilan tahun pada 2000 tetapi Mahkamah Persekutuan mengetepikannya pada 2004.

Beliau bertanding dalam pilihan raya kecil pada Ogos 2008 di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Awal bulan ini, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Anwar akan menjadi Perdana Menteri jika PR membentuk kerajaan pusat jika pun dipenjarakan.

Apa relevennya Teori RAHMAN dengan PM Malaysia?

Ramai pemerhati politik di Malaysia sebelum ini sukar mempercayai berhubung dengan satu teori, iaitu teori RAHMAN yang dikaitkan dengan siapa akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pemimpin utama politik Negara selepas merdeka.

Untuk rekod, teori ini dikatakan bermula selepas Tunku Abdul Rahman mewakili ‘R’ menjadi Perdana Menteri yang pertama dan kemudiannya Tun Abdul Razak mewakili ‘A’ pula dipilih menjadi Pedana Menteri Kedua. Seterusnya digantikan dengan huruf ‘H’ oleh Tun Hussein Onn walaupun Tun Dr. Ismail pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Razak tetapi meninggal dunia lebih awal.

Semasa Tun Hussein menjadi Perdana Menteri, beberapa nama selain huruf ‘M’ Tun Dr. Mahathir disebut-sebut layak menjadi timbalan atau pengganti kepada Hussein seperti Tan Sri Ghazali Shafie (King Ghaz), Tun Ghaffar Baba dan Tan Sri Razaligh Hamzah (Ku Li).

Begitu juga semasa Tun Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri, nama seperti Tun Musa Hitam muncul untuk menjadi penggantinya tetapi tidak kesampaian. Selepas Musa Hitam mengundur diri, tiga orang yang bermula huruf ‘A’ menjadi timbalannya bermula dengan Tun Abdul Ghaffar Baba, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan akhirnya Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya menjadi pengganti kepada Mahathir bagi mengisi huruf ‘A’.

Beberapa nama yang mungkin layak untuk menjadi Perdana Menteri seperti Tun Dr. Ismail, Musa Hitam, King Ghaz dan Ku Li terlepas peluang menjadi Perdana Menteri kerana tidak secocok dengan Teori RAHMAN.

Sama ada secara kebetulan ataupun tidak, pencipta teori RAHMAN berjaya dibuktikan selepas Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April, 2009 yang lepas. Selepas teori RAHMAN ini berjaya dibuktikan semasa kepimpinan BN menerajui pemerintahan negara, pengkaji-pengkaji politik Negara mulakan satu lagi pencarian baru, apakah teori perlantikan PM selepas ini?

Apakah teori RAHMAN untuk pusingan kedua akan berlaku? Atau terdapat satu teori lain akan muncul sedikit masa lagi. Kita nantikan perkembangan selanjutnya.

Muhyidin bukan Pengganti Najib?

Sembang-sembang politik yang popular dewasa ini menyebut, Tan Sri Muhyidin bukan pengganti Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Sebab yang paling popular yang menjadi perkiraan mereka, era pemerintahan BN akan berakhir dengan kepimpinan Najib dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tetapi sesetengah mereka yakin BN masih mampu memenangi pilihanraya ke-13 nanti kerana orang Melayu tidak ada pilihan lain terpaksa bergantung kepada UMNO kerana PAS masih tidak diyakini mampu memenuhi aspirasi orang-orang Melayu. Apatah lagi dengan parti multi-racial seperti PKR.

Seorang penganalisis politik UMNO menjangkakan, pertandingan dalam UMNO akan menjadi lebih sengit selepas PRU ke-13 nanti dan Muyhidin dijangka akan kecundang. Pertandingan baru-baru ini Muhyidin terselamat kerana Najib masih memerlukan beliau untuk meredakan pergolakan dalaman UMNO.

Ada yang menjangkakan, nasib Muhyidin akan sama seperti nasib Tun Musa Hitam sebelum ini. Kedudukan beliau hanya untuk memanaskan kerusi Timbalan Perdana Menteri untuk seketika jika beliau tidak bertindak dari sekarang untuk menyelamatkan kedudukannya.

Tempatnya dijangka akan digantikan oleh Datuk Hishamuddin Tun Hussein sebelum diambilalih oleh Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir untuk membentuk satu legasi baru pusingan kedua politik Malaysia yang sedang dirancangkan oleh pihak-pihak elit politik negara.

Reformasi politik yang berlaku akibat tindakan terhadap Anwar telah berlaku pada tahun 1998, tetapi hanya terhadap kepada kaum melayu. Reformasi ke dua juga ada kaitan dengan Anwar Ibrahim berlaku pada tahun 2008, namun reformasi hanya berlaku kepada kaum bukan melayu.

Nampaknya dalam jangka masa 10 tahun, berlaku reformasi dan mungkin berulang pada tahun 2018 atau PRU-14. Mungkin akan berlaku reforamsi total pada tahun itu, sama-sama kita tunggu.

Berbalik kepada TEORI RAHMAN, nampaknya Teori itu belum berakhir pada PRU-13, sesuai dengan jangka masa hayat seperti yang disebutkan, bahawa refomasi politik hanya akan berlaku pada PRU-14.

Dalam tahun 1998 hanya orang Melayu yang bangkit. Begitu juga dalam tahun 2008 hanya bukan Melayu yang bangkit. Kali ini dijangka belum ada kebangitan seperti mana tahun 1998 dan 2008. Adalah dijangka, pada PRU-13, hanya senario tahun 2008 akan berulang, dan dijangka, UMNO masih berkuasa di Kerajaan Pusat.

Nampaknya pada PRU-13 kuasa BN belum menjadi sejarah dengan Najib sebagai Perdana Menteri terakhir era BN.

TEORI RAHMAN pusingan ke-2

Dua nama yang sedang disebut-sebut boleh menjadi Perdana Menteri bagi Teori Rahman pusingan kedua, yakni Tengku Razalegh (R), kemudian Anwar (A), kemudian diikuti Haji Hadi (H). Apakah Teori Rahman pusingan kedua akan berlaku? pada PRU-13 atau berdasarkan jangka masa pusingan reformasi yang memerlukan masa 10 tahun? hanya diketahui selepas PRU-13?

Mati-Hidup Umno terletak di tangan perwakilan: Hisham

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perwakilan harus sedar bahawa kelangsungan hidup parti berada di dalam tangan mereka.

Oleh yang demikian, katanya mereka wajar memberikan sokongan padu kepada kepimpinan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menentukan arah tuju perjuangan parti, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Umno perlu terus mantap khususnya dalam landskap politik baru sekarang ini bagi memastikan parti dan BN kekal relevan, katanya dalam sidang media khas menjelang Perhimpunan Agung Umno 2011 minggu depan.

"Umno mesti menonjol sebagai sebuah parti yang mampu memenangi hati rakyat yang disenangi. Umno mesti memberikan harapan baru kepada rakyat khususnya masyarakat Melayu," katanya.

Seperti yang pernah disarankan Perdana Menteri sebelum ini, Hishammuddin berkata Umno yang sedang mengalami perubahan perlu meletakkan calon yang mampu menang.

Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata ini bermakna muka-muka baru yang bakal diletakkan sebagai calon pilihan raya umum nanti, amat memerlukan sokongan padu setiap anggota parti termasuk mereka yang tidak terpilih dan digugurkan sebagai calon.

"Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada parti kerana dengan berbuat demikian kita akan turut membantu memperjuangkan hak dan kepentingan orang Melayu," katanya.

Mengulas saranan seorang lagi Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa perlunya parti berada dalam keadaan 'zero defect' atau sifar kelemahan sebelum pilihan raya umum, Hishammuddin berkata ia perlu ditekankan kepada anggota dalam pelbagai aspek.

"Apabila kepimpinan telah menentukan calon, pastikan zero defect dari segi bantahan dan zero defect dari segi sokongan kepada calon yang telah dikenal pasti.

"Kedua zero defect dari segi mind setting. Jangan ingat kita boleh menang mudah. Kita kena kerja kuat dan jentera perlu mantap. Kita kena pastikan aspek-aspek tertentu yang penting dalam perjuangan kita ini dapat diberikan fokus, katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap para perwakilan selepas perhimpunan itu nanti keluar dengan satu semangat juang yang tinggi dan memastikan parti terus mendapat mandat daripada rakyat.

Sementara itu, Pergerakan Pemuda Umno akan membincangkan isu berkaitan transformasi politik dan persiapan menghadapi pilihan raya umum

pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan bermula Selasa depan, kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.

"Semangat kita tinggi untuk membincangkan dua isu tersebut pada perhimpunan nanti," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Khairy berkata rakyat seharusnya lebih menghayati dan menyokong transformasi politik yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia merangkumi langkah-langkah yang boleh mengukuhkan lagi demokrasi negara.

Beliau berkata Pemuda BN membuat ketetapan menyokong konsep 'calon boleh menang' yang ditekankan oleh Perdana Menteri.

"Kita juga harap konsep ini diterima oleh semua dan tidak ada mana-mana pihak yang akan pertikaikan pemilihan calon oleh kepimpinan parti komponen dan juga pengerusi BN sendiri," katanya.

Khairy juga menyambut baik pindaan terhadap Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti &; Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik.

"Ini salah satu permintaan Pemuda di mana satu kebebasan politik diberikan kepada mahasiswa. Saya gembira kerana hala tuju yang dibawa selama ini sudah nampak hasil apabila program transformasi politik itu selari dengan generasi muda dan tuntutan zaman," katanya.

Sementara itu, Khairy yang juga pengerusi Pemuda BN turut mengumumkan slogan rasmi Pemuda - 'BN Pilihan Orang Muda' bagi pilihan raya akan datang.

"Kita cari slogan yang segar bagi menghormati kebebasan dan hak yang ada pada orang muda untuk pilih kerajaan akan datang," katanya.- Bernama

Kenyataan Aziz Bari: Sultan Selangor dukacita

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan pensyarah Prof Abdul Aziz Bari kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.

Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.

"Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.

"Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul," titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor hari ini.

Dalam titah baginda lagi, Sultan Selangor menyarankan agar setiap jabatan dan agensi di Selangor mengambil iktibar daripada kelemahan yang dinyatakan oleh pihak audit agar masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan dapat dielakkan.

"Beta berharap ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini sentiasa memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kewangan dan memastikan segala peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi agar tidak ditegur audit," titahnya.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata pembinaan Wisma Audit seumpama ini adalah yang ketiga selepas Perak dan Negeri Sembilan.
- Bernama

Thursday, November 24, 2011

Sewajarnya AGM Umno tumpuh PRU-13

Memandangkan bahang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kini semakin dirasai, maka sewajarnyalah perhimpunan itu menumpuhkan kepada PRU-13 termasuk isu pemilihan calon.

Sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan hampir setiap pemimpin Umno menyentuh isu berkaitan pilihan raya, termasuk kriteria baru pemilihan calon bagi memastikan kemenangan kepada parti tunjang, Barisan Nasional (BN).

Perwakilan ke perhimpunan agung itu tentunya akan menantikan apa arahan selanjutnya daripada presiden parti bagi membolehkan mereka membawanya balik ke bahagian dan cawangan masing-masing untuk diterapkan sebagai agenda utama Umno dalam menghadapi PRU-13.

Apa kah pada PRU-13 nanti Umno/BN mampu mencapai kejayaannya sepertimana keputusan tahun 2004? atau meranah seperti tahun 2008?

Pada PRU-2008, diketahui bahawa punca utama kekalahan adalah sabotaj atas sebab, ramai calon-calon yang diketengahkan ada pemimpin payung terjun yang dikatakan berafiliasi dengan Khairy Jamluddin.

Selain itu, Umno/BN pada masa itu, tidak percaya dengan kekuatan media alternatif, sehingga pihak lawan mempergunakan media itu untuk meraih sokongan.

Namun, selepas PRU-13 itu, telah bermunculan pasukkan media alternatif yang Pro-BN, sehingga kemunculan pasukkan ini telah diakui oleh Perdana Menteri sebagai Askar Baru Umno/BN.

Mengundi PAS adalah satu kesilapan: Muhyiddin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak mengulangi kesilapan dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang untuk menjamin pembangunan yang berterusan.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama, Kedah hari ini, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

"...yang penting kerajaan pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar," kata Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu, ketibaan Muhyiddin di pekan itu dengan menaiki bas ekspres dari Butterworth kira-kira pukul 8.50 pagi disambut pemimpin dan anggota parti komponen BN daripada MCA, MIC, PPP dan Gerakan.

Sejurus turun, Timbalan Perdana Menteri memasuki restoran Yi Ding Xian untuk beramah mesra dengan pengunjung dan kemudian memasuki setiap buah kedai yang membuka perniagaan termasuk meninjau dan bertemu orang ramai yang membeli di Pasar Pekan Sungai Lalang Lama.

Beliau yang dalam rangka lawatan sehari ke Kedah diiringi seramai 25 orang anggota Jawatankuasa Perhubungan Umno negeri diketuai pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Umno Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mohd Zain.

Muhyiddin dijadual mengadakan perjumpaan dengan orang ramai dan pesara guru serta menyampaikan bantuan kepada sekolah-sekolah agama serta wang bantuan RM100 kepada pelajar sekolah di Universiti Teknoloji MARA (UiTM) Merbok. - BERNAMA

MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.

Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik.

Wednesday, November 23, 2011

Isu NFC: Suami Sharizat disiasat polis

Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail merupakan antara lebih daripada tiga orang diambil keterangan oleh polis berhubung aduan kesalahan pecah amanah melibatkan projek ternakan lembu RM250 juta.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, berkata kenyataan Salleh direkodkan oleh pegawai penyiasat dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.

Dipetik Bernama Online, Ismail berkata siasatan berjalan lancar sejak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merujuk kes itu kepada polis baru-baru ini.

“Lebih daripada tiga hingga empat orang dipanggil bagi memudahkan siasatan. Mohamad Salleh hadir di Jabatan Jenayah Komersial (di Bukit Aman) semalam untuk kenyataannya direkodkan.

“Polis sedang menyiasat perkara itu dari semua sudut,” katanya.

Sambil menyatakan beliau ada mendengar pelbagai versi kes itu, Ismail berkata orang ramai hendaklah mengelak membuat spekulasi.

Isu NFC timbul selepas laporan Ketua Audit Negara 2010 menarik perhatian bahawa projek itu tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan kerajaan.

Suami sadis; Seterika muka isteri, memukul dan menggantungnya

HARIAN Metro melaporkan, bahawa terlalu sukar menggambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.

Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.

“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.

“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.

“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.

Blog Archive