Monday, October 31, 2011

Keretapi Sabah dan lori minyak bertembung berdekatan Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu

AKIBAT pertembungan antara keretapi Sabah dengan lori minyak di jalan Kepayan-Lintas bedekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira pukul 6 petang tadi mengakibatkan dentuman yang amat kuat dan asap hitam setinggi 100 kaki menjulang ke udara.

Setakat ini, belum diketahui jumlah mangsa yang terlibat.

Laporan Audit 2010: Pas akan buat petisyen meminta Agong nasihatkan Najib letak Jawatan

PAS akan memulakan kempen petisyen meminta Yang di-Pertuan Agong agar menasihatkan Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan susulan pendedahan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010 yang menunjukkan beliau telah gagal sebagai seorang perdana menteri dan ketua eksekutif kerajaan.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, laporan itu menunjukkan pentadbiran Najib telah gagal untuk menghentikan pembaziran dan rasuah dalam kerajaan.

“Jika yang ini (berlaku) di sektor swasta, ketua pegawai eksekutif sudah pasti telah dipecat,” kata beliau dengan menggariskan siri kelemahan dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara.

Laporan itu menyebut hutang kerajaan telah meningkat kepada RM407 bilion atau 51 peratus daripada KDNK dan mengetengahkan senarai kes salah urus termasuk bayaran bonus kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS akan memulakan kempen mengutip tandatangan mulai minggu depan.

“Sebanyak 50,000 hingga 60,000 tandatangan pun sudah cukup untuk menunjukkan kemarahan rakyat. Kita tahu di laman sosial Facebook lebih 100,000 orang telah memprotes projek Menara Warisan Merdeka 100 tingkat,” katanya.

Laporan itu hanya diumumkan kepada publik Isnin pada 24 Oktober lalu, lebih dua minggu selepas Bajet 2012 dibentangkan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menuduh Barisan Nasional (BN) sengaja melewatkan pembentangan laporan itu agar mereka tidak boleh membahaskannnya.

Sunday, October 30, 2011

Sifat tamak punca negara barat menuju muflis: Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dan negara-negara Islam yang lain seharusnya memandang ke arah negara-negara Timur yang lain dan bukannya Barat sebagai model untuk pembangunan mereka.

Beliau berkata yang beliau percaya telah membuat keputusan yang betul dalam memperkenalkan dasar Pandang Ke Timur iaitu mencontohi etika kerja dan teknik-teknik perniagaan dari Jepun dan Korea Selatan dalam tempoh beliau sebagai perdana menteri.

Beliau yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun berkata kini terdapat banyak sangat masalah dengan negara-negara Barat. “Masalah di barat ialah mereka telah meminjam terlalu banyak dan tidak boleh membayar semula. Kita tidak boleh ada negara macam itu untuk dijadikan model.

“Jika kita lihat negara-negara seperti Korea Selatan, Jepun dan China di timur . . . China ada rizab bernilai AS$3.2 trilion (RM9.8 trillion). Mereka berenang dalam lautan duit. Korea boleh hasilkan produk utama yang lebih baik daripada yang dihasilkan oleh negara-negara di barat,” katanya lagi.

Justeru kata Dr Mahathir (gambar), “Jepun, yang kita tahu, ialah negara yang kalah dalam peperangan... musnah sepenuhnya tetapi kembali membina semula negaranya sendiri, dan menjadi ekonomi kedua terbesar di dunia.”

Oleh itu kata beliau, jika mahu meniru atau belajar sesuatu, belajar dari kejayaan orang lain, bukan daripada kegagalan.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab pada Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi yang ketiga (LIFE 3) di Langkawi. Persidangan tiga hari itu, bermula semalam.

Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir berkata seseorang itu tidak boleh banyak belajar dari barat kerana ia satu kegagalan yang total.

“Jadi, kita perlu terus memandang ke timur dan bukan ke barat. Barat kini menuju ke arah muflis,” kata beliau.

Dr Mahathir juga berkata, secara peribadi, beliau menentang sosialisme kerana ia akan menjadikan semua orang miskin.

“Untuk kapitalisme, ia adalah cara untuk memakmurkan negara. Jika kita lihat sekitar kita, negara-negara kapitalisme tampak amat kaya, malah, pekerja mereka boleh memandu kereta besar. Tetapi, sudah pasti kita akan menjadi tamak... mahukan lebih banyak wang tanpa memikirkan akibatnya.

“Mereka meminjam dan terus meminjam sehingga mereka tidak mampu bayar dan muflis. Sifat tamak akan menyebabkan ini semua. Hari ini, kita melihat kegagalan negara di dunia maju,” kata Dr Mahathir.

Kehadiran Musa Aman pada AGM LDP pertanda sokongan kepada kepimpinan VK Liew

MESKIPUN Timbalan Presiden LDP sangat kritikal terhadap kepimpinan Musa Aman dan kini disertai oleh Ketua Pergerakan Wanita LDP-Nancy Lim, namun kehadiran Musa semasa perasmian persidangan Agung LDP ke-22 merupakan sokongan kepada presiden parti itu.

Melalui ucapan dasar Presiden LDP Datuk Liew Vui Keong, juga dizahirkan bagaimana Musa menyokong Parti LDP dalam konteks Barisan Nasional.

Persiden LDP itu mengingatkan para perwakilan dan permerhati semasa majlis perasmian yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyddin Yassin; bahawa konsep perkongsian kuasa yang diamalkan dalam barisan Nasional perlu diutamakan dan terus dihormati, agar supaya ketidak puasan daripada pihak-pihak tertentu tidak berlaku.

LIew juga mengingatkan, bahawa dalam BN jangan sekali berlaku perbuatan kerana Nila setitik maka susu sebelanga rosak binasa.Atas sebab itu, jika perkara telah berlaku, maka kepimpinan BN baik di peringat negeri mahupun pusat perlu kembali kepada konsep asal.

Presiden LDP itu mengulangi pendirian partinya, bahawa akan terus bersama-sama BN dalam konsep mengamalkan konsep saling menghormati dan perkongkisan kuasa yang merupakan kontrak sosial dalam negara yang dihuni oleh berbagai kaum dan agama yang membolehkan negara membangun lebih setengah abad.

Adalah diharapkan bahawa melalui perkongsian kuasa itu, adalah tidak mustahil bahawa suatu masa di hadapan, bahawa Perdana Menteri Malaysia berasal daripada Sabah dan mungkin Sarawak.

Sebagai catatan sejarah, sejak merdeka, bahawa Perdana Menteri berasal daripada Semenanjung, sedangkan Malaysia itu terbentuk kerana persetujuan Sabah dan Sarawak pada 31 Ogos 1963. Oleh kerana itu, menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, sudah tiba masanya bahawa perkongsian kuasa yang dilahirkan semasa mahu merdeka, juga diamalkan melalui jawatan Perdana Menteri.

Dalam ucapan dasar Presiden LDP itu pada Ahad yang bertempat di SM Yu Yuen, Batu 4, Sandakan, tidak tergambar langsung bahawa adanya pergeseran fahaman dalam konteks BN antara LDP dan Musa Aman.

Berlainan dengan ulasan yang diberikan oleh pemimpin tertentu yang tidak hadir semasa perasmian itu, seolah-olah kepimpinan LDP sedang berperang dingin dengan Musa. Namun, AYT sebagai blogger jalanan memberi penilain jujur, bahawa LDP di bawah kepimpinan VK Liew sangat komited dalam konsep BN, kerana itu Musa sebagai Pengerusi BN Sabah, sudi hadir; walaupun beberapa pemimpin UMNO sebelum ini, sangat pesimis dan menduga bahawa Musa tidak akan hadir.

Kata orang hearsay sungguh bahaya, atas sebab itu, periksa fakta sebelum memberi sebarang ulasan.

Penyanyi Cinta Terakhir-Syahrini- sungguh cantik wanita ini

Lirik lagu Cinta Terakhir

jangan pergi tetaplah di sini
dengan aku berdua
bagai bulan bintang yang selalu mencinta
setia berdua
pasrahkan semua hatimu mencintaiku

reff:
ini cinta terakhir
yang ingin ku rajut hanya dengan kamu
walau ini susah akan aku tempuh
semua perjalanan

ini cinta terakhir
yang ingin ku rajut hanya dengan kamu
walau ini susah akan aku tempuh
semua perjalanan cintaku

jangan takut aku di sini
untukmu mencintaimu
pasrahkan semua hatimu (cintaku) mencintaiku

repeat reff
cinta ini cinta terakhir untuk kita

repeat reff
cinta ini terakhir untukku
terakhir untukku

Source: http://liriklaguindonesia.net/a/anang/anang-syahrini-cinta-terakhir/#ixzz1cBBOU2Gn

Saturday, October 29, 2011

Apa untungnya "bunuh" Aziz Bari?

Sebutir peluru diposkan ke rumah pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari di rumahnya di Gombak hari ini, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebelum ini.

Katanya, bersama peluru itu, diselitkan juga sepucuk surat bertulis: "Jangan kurang ajar dengan Sultan maut nanti".

Beliau bagaimapun tidak tahu jenis peluru itu tetapi menggambarkannya sebagai "kecil sahaja".

Aziz sebelum ini berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan dalam isu DUMC tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Tindakan itu menyebabkannya disiasat pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan UIA yang turut menggantung jawatannya selama beberapa hari.

Dalam masa yang sama, pelbagai pihak, termasuk mahasiswa, kakitangan akademik universiti, NGO, pemimpin pembangkang, bahkan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tampil menyatakan simpati terhadapnya.

Timbalan Presiden LDP ulangi serangan terhadap Musa Aman

SANGAT ketara bahawa pergeseran antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman dengan Timbalan Presiden LDP Senator Datuk Chin Su Phin semakin kusut, apabila Timbalan Presiden LDP itu membangkitkan semula tiga isu utama yang ada hubungkait dengan Musa Aman.

Semasa merasmikan Persidangan Pemuda dan Wanita LDP yang ke-22 bertempat di SM Yu Yuen, Batu 4 Bandar Sandakan, Chin mengulangi isu pembangunan Dewa Laut (MAZU) di Kudat Sabah, isu ucapan wakil Rakyat Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh di Parlimen yang berkaitan dengan hasrat Parti Gerakan bertanding di Sabah dan isu rampasan wang bernilai Sin 16 juta yang dirampas di Hong Kong melalui Micheal Chia, semasa PRK Pematang Pauh pada tahun 2008.

Chin menyifatkan akibat pembatalan pembangunan Mazu di Kudat itu, mengakibatkan mantan Presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat meletakkan jawatan daripada kabinet Negeri Sabah. Berkaitan dengan isu MAZU juga, Timbalan Presiden LDP pernah menyatakan bahawa parti LDP sukar berkerjasama dengan Musa. Ekoran kenyataan Chin itu, Naib Presiden LDP, Peter Pang yang pada masa itu merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina meninggalkan LDP.

Isu Datuk Abdul Ghapur pula, Chin mempersoalkan kenapa begitu cepat, Musa memberi ulasan, bahawa kenyataan Ghapur mendesak DS Najib agar tidak memberi peluang kepada Gerakan bertanding di Sabah, kerana parti itu hanya akan menjadi liabilti kepada BN; adalah pendapat peribadi. Namun kenyataannya, kenyataan Ghapur itu bukanlah pendapat peribadi, kerana selain Ghapur, AMT Umno, Lajim Okin, mantan MP Libaran Datuk Akhbarkan, Presiden PBRS Tan Sri Joseph Kurup juga sependapat dengan wakil rakyat Kalabakan itu.

Isu ketiga yang dibangkitkan Chin adalah isu rampasan wang Sin 16 juta pada tahun 2008 oleh kastam Hong Kong melalui seorang proksi Musa, Micheal Chia. Timbalan Presiden itu, menggesa agar pihak SPRM mempercepat siastan terhadap rampasan wang itu, demi membersihkan nama Musa sebagai Ketua BN negeri Sabah.

Isu-isu yang dibangkitkan Chin tersebut, perlu diperbetulkan oleh pucuk pimpinan Parti BN, sebelum PRU-13, kerana isu-isu ini akan terus berkisar di kalangan akar umbi LDP dan juga rakyat atas pagar. Selain itu, jika isu tidak diselesaikan dengan cepat, takut-takut dimanipulasi oleh pihak pembangkang, dan pada giliranya akan memberi impak negatif kepada gabungan 12 parti itu.

Apa kah Tan Sri Muhiyiddin akan mengambil kira pergeseran antara Musa dan Chin semasa berucap merasmikan persidangaan Agung ke-22 parti itu esok, sama-sama kita tunggu.

Tiga asas pemilihan calon BN untuk PRU-13: Hisham

Tiga asas pemilihan calon BN pada PRU-13 akan datang; yakni faktor calon, lokasi dan situasi , kata Naib presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Menurut Naib presiden Umno itu, tidak ada satu formula tetap bagi menentukan kemenangan calon kerana terdapat isu yang berbeza-beza ketika berdepan dengan situasi pilihan raya umum itu kelak.

“Yang penting adalah formula kemenangan (bagi BN) dari semua aspek yang akan ditentukan akhirnya oleh rakyat sebagai pengundi,”

Dipetik Bernama Online, Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini bahawa BN akan memulakan proses pelarasan kepada formula pembahagian kerusi pilihan raya yang digunapakai kini bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Najib yang juga Pengerusi BN dilaporkan berkata perubahan politik yang dinamik menyebabkan perlu pelarasan kerana formula pembahagian kerusi dibuat pada 2004 dan dipakai pada 2008.

Menurut Hishammmuddin input kepimpinan peringkat negeri akan diambilkira dalam formula itu selain persefahaman pemimpin tertinggi parti-parti komponen BN.

Beliau juga berkata kejayaan pada pilihan raya umum ke-13 kelak akan menentukan transformasi dibawa oleh Najib yang diterima rakyat pada masa kini dapat diteruskan.

Katanya sejak dua tahun Najib mengambilalih pucuk pimpinan, negara telah melihat banyak perubahan.

Friday, October 28, 2011

Najib COOL kononnya ciptaan Alastair Campbell

KONONnya Alastair Campbell rakyat British yang juga mantan penasihat komunikasi mantan PM Britin Tony Blair pada PRU-1990 negara itu kini sedang berkerja dengan pentadbiran Najib untuk menaikan imejnya baik di dunia mahupun dalam negara.

Sarawak Report, yang berpengkalan di Britin melaporkan, kononnya Campbell telah beberapa kali bertemu Najib baik di luar negara mahupun di Kuala Lumpur untuk menasihatkan PM ke-6 itu, cara-cara mengambil hati rakyat bagi memenangi PRU-13 akan datang.

Namun, apa yang peliknya, Campbell dalam twitternya menafikan semua tuduhan tersebut dan seterusnya berkata, bahawa beliau sebenarnya belum pernah melawat Malaysia.

Sejak Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009, PM ke-6 itu telah memperkenalkan berbagai pendekatan transformasi, termasuk slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Najib juga adalah Perdana Menteri yang mengiktiraf hari pembentukan Malaysia dengan mengistiharkannya sebagai cuti umum seluruh negara. Sebelum ini, hanya Sarawak dan Sabah merayakan hari malaysia.

Najib juga adalah Perdana Menteri yang berani memansuhkan ISA dan usul pemansuhan itu akan dikemukakan ke Parlimen pada Mac depan.

Dalam usaha mendekati rakyat untuk memberi respon kepada isyarat rakyat melalui PRU-12, Najib mengistiharkan bahawa semua pemimpin termasuk wakil rakyat harus Turun Padang sekerap mungkin untuk berdampingan dengan rakyat jelata.

Selain itu, Najib juga mengarahkan seluruh jajaran kepimpinan UMNO agar turun padang melalui program UMNO JUARA RAKYAT.

Pendekatan Najib yang senantiasa COOL dalam menghadapi berbagai masalah dalam negera, termasuk Himpunan Bersih2.0 pada 9 Julai lalu, dengan menubuhkan Jawatan Kuasa Terpilih Parlimen untuk mengkaji SPR, merupakan tindakan awal terhadap tuntutan BERSIH.

Najib juga melalui Bajet 2012 yang berjumlah RM230.8 bilion untuk tahun depan, telah mengumumkan saguhati kepada bekas-bekas anggota keselematan. Selain itu, saguhati juga dibayar kepada Ketua Isi Rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bayaran RM500 secara one-off.

Melalui Bajet 2012 juga telah diumumkan bahawa untuk pertama kalinya proses persekolahan bagai semua murid daripada sekolah rendah ke sekolah menengah adalah percuma, selain itu, semua murid daripada tahun satu hingga tingkatan 5, diberi saguhati RM100 setiap seorang bermula tahun depan.

Mengingat semua pendekatan Najib itu untuk kepentingan rakyat, maka pihak pembangkang tidak mempunyai kaedah untuk membalasnya. Justru itu, mereka mempergunakan pendekatan menghina, kononnya semua pendekatan yang diilihamkan oleh Najib tersebut, bukan daripada pemifikirannya, melainkan daripada pemikiran orang lain termasuk APCO dan Alastair Campbell.

Thursday, October 27, 2011

Disebalik keceman Khalid Ibrahim terhadap Ketua Audit Negara

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang adalah seorang tenang, bersikap sederhana dan yang paling penting, bebas dari sebarang pengaruh politik.

Laporan tahunan beliau adalah “senjata” yang kerap digunakan oleh pembangkang untuk menyerang BN di atas isu-isu ketirisan dan pembaziran di peringkat Persekutuan mahupun negeri.

Namun tidak ada pihak di dalam BN yang mempertikaikan kewibawaan beliau, mahupun kecenderungan politiknya.

Walau pedas mana pun teguran dan pendedahan dibuat, laporan Ketua Audit Negara saban tahun diterima dengan baik dan tanpa masalah oleh Putrajaya.

Justeru, amat mengejut dan mendukacitakan apabila Ambrin menjadi sasaran Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim Selasa lalu, semata-mata kerana laporan terbaru Jabatan Audit Negara mendedahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) menanggung kerugian RM122 juta ringgit tahun 2009.

Rumusan Ambrin bahawa kerugian antara lain disebabkan KDEB terpaksa menanggung kos program air percuma 20 meter padu untuk rakyat Selangor mengundang kritikan terbuka Khalid terhadap Ketua Audit Negara itu.

“Kerajaan (negeri) faham jika polisi pemberian terus kepada rakyat ini janggal kepada Ketua Audit Negara dan agensi-agensi kerajaan persekutuan yang lain,” Khalid dipetik berkata dalam satu kenyataan.

Tuduhan Khalid bahawa Ambrin “janggal” dengan dasar-dasar kerajaan pimpinan beliau, bukan sahaja tidak professional, malah tidak mencerminkan kebertanggungjawaban seorang pemimpin negeri.

Ungkapan janggal itu membawa maksud sama ada Ambrin tidak arif dalam memperinci penyata kewangan KDEB atau pun beliau tidak memahami pengurusan kewangan syarikat itu.

Lebih buruk jika Khalid cuba memberi gambaran kononya Ambrin tidak menggunakan standard operation prosedur (SOP) dalam menjalankan tugas beliau.

KDEB adalah syarikat pelaburan milik penuh kerajaan negeri dan dipengerusikan oleh Khalid selaku Menteri Besar.

Dengan modal berbayar lebih RM260 juta dan jumlah pelaburan beratus juta ringgit dalam pelbagai sektor, KDEB menjadi pengukur dasar-dasar pengurusan dan ketelusan yang dicanang oleh Menteri Besar dan barisan exconya.

Selepas mencatat keuntungan 2007-2008, prestasi KDEB berubah suram apabila ia menanggung kerugian RM122 juta tahun 2009.

Anak-anak syarikatnya KDEB menanggung kerugian antara RM1.08 juta sehingga RM139.23 juta, menurut akaun syarikat itu. Jumlah perbelanjaan jauh melebihi pendapatan.

Perbelanjaan yang paling besar ditanggung KDEB adalah pembiayaan skim air percuma sebanyak RM131.47 juta pada tahun 2009.

Selain itu, perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor yang tinggi pada tahun 2009 yang berjumlah RM4.11 juta turut menjadi faktor KDEB mengalami kerugian.

Syarikat pelaburan itu yang dipengerusikan oleh Khalid juga menanggung pelbagai belanja am dan pentadbiran yang tinggi seperti gaji dan upah, perbelanjaan peruntukan susut nilai, yuran guaman, duti setem, bonus, manfaat percutian dan pelbagai belanja yang berjumlah RM10.12 juta.

Khalid nampaknya begitu sensitif apabila kerugian syarikat emas KDEB dikaitkan dengan program air percuma, justeru beliau mengkritik Amrin secara licik namun tajam.

Namun hakikat ialah Khalid tidak menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Amrin mengenai program air percuma. Contohnya:

Mengapakah KDEB menanggung hutang pinjaman RM200 juta daripada kerajaan negeri bagi membiayai program air percuma itu. Program itu seharusnya dibiayai terus oleh Perbendaharaan Negeri setelah diluluskan oleh Dewan Negeri Selangor.

“Pinjaman KDEB daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk membayar kos Program Air Percuma adalah tidak wajar kerana KDEB perlu berhutang dengan Kerajaan Negeri Selangor bagi tujuan berkenaan,” kata Amrin dalam laporannya.

Kenyataan Khalid bahawa tidak timbul soal KDEB rugi akibat program air percuma kerana, menurut beliau, skim itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri adalah mengelirukan.

Jika itu alasan Khalid, beliau harus menjelaskan kenapa Kerajaan Negeri meluluskan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun untuk KDEB membayar Syabas.

Jika benar kerajaan negeri memulangkan hasilnya kepada rakyat, kenapa KDEB perlu berhutang kepada kerajaan negeri untuk melaksanakan program itu?

Jelas ada sesuatu yang janggal di sini. Namun yang patut membuat penjelasan ialah Khalid dan bukannya Ambrin.

Satu lagi persoalan, jika program air percuma bukan antara punca kerugian KDEB, Khalid selaku pengerusi syarikat harus memperinci faktor yang menyumbang kepada keadaan itu.

Beliau perlu menjelaskan kenapa KDEB menanggung perbelanjaan yang semakin meningkat termasuk untuk bayaran bonus dan manfaat percutian sedangkan prestasi syarikat begitu muram pada tahun 2009.

Malangnya, Khalid tidak berbuat demikian dalam kenyataan medianya, Selasa lalu.

Sebaliknya beliau hanya sekadar berpaut kepada slogan lama bahawa pengurusan kerajaan negeri “telus dan mengikut prosedur yang diperuntukkan.”

Janggal – prestasi sebuah syarikat seperti KDEB boleh merudum begitu cepat, sekali pun menerima sentuhan Khalid dan pengalaman luasnya di sektor korporat.

Ya, Janggal sekali. Tulisan asal:Jasbant Singh

Ahli Perkasa bakal penentu pemenang PRU-13: Ibrahim Ali

SEMASA merasmikan persidangan Agung kedua pertubuhan NGO itu, Presidennya Datuk Ibrahim Ali yang juga wakil rakyat bebas Pasir Mas, Kelantan, berkata melalui 300,000 ahli pertubuhan itu di seluruh negara, maka ianya bakal menentukan pemenang pada PRU-13 akan datang.

Menurut Ibrahim, Perkasa mempunyai keahlian antara 500-600 bagi setiap kawasan parlimen.

Memang diakui bahawa pada PRU-13 akan datang, calon parti manapun yang menang, perbezaan undi bukan lagi ribuan, melainkan ratusan, malah puluhan.

Wednesday, October 26, 2011

Gerakan hak asai manusia serupa komunis: Mantan IGP

Bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor menyamakan gerakan hak asasi manusia di Malaysia dengan fahaman komunis dan keadaan itu akan membawa kepada tindakan mempersoalkan perkara-perkara diterima semua kaum, antaranya kontrak sosial.

Menurut mantan IGP itu, bahawa setiap abad ada gelombangnya dan perlu waspada terhadap gelombang ini.

Pada masa kini, adalah gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme, Sosialisme, kata Rahim ketika berucap selepas perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Kedua Perkasa di sini hari ini.

Sambil melabel gerakan hak asasi manusia sebagai “agama baru”, Rahim memberi amaran bahawa aktivis kebebasan sivil menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai “laman spiritual” mereka dan melebarkan pengaruh mereka.

“Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia,” kata bekas pemimpin PDRM ini, yang menjadi tumpuan di sebalik isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menambah kumpulan aktivis mula mempersoalkan kontrak sosial.

Sindikit "penentu calon BN": Ramai yang tertipu

Sejak bulan Ramadhan, ramai individu yang mengaku utusan Perdana Menteri, meninjau, menganalisis, merekomdasi bakal-bakal calon yang memenuhi kretiria calon boleh menang, untuk PRU-13 akan datang.

Namun, apabila Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor menafikannya semalam; barulah ramai yang merasa terperangkap dalam sindikit itu.

Kononya, para pegawai itu meminta bayaran tertentu, agar nama mereka boleh tersenarai sebagai calon boleh menang yang akan dikemukakan kepada Presiden Umno/Pengerusi BN.

Inilah masalahnya, apabila kepimpinan yang dibuat-buat, sehingga keyakinan diripun tidak dihargai. Aibatnya mudah tertipu.

Dengan terdedahnya, sindikit ini, amat baik untuk rakyat, kerana sekiranya kegiatan itu bukan sindikit, maka alangkah ruginya rakyat yang mendapat calon, dimana pencalonnan melalui kuasa wang dan melalui pintu belakang.

Tuesday, October 25, 2011

Pas tidak pada Elton John Ya pada Anwar

Seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John bulan depan denagn mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat. Namun, PAS tetap berketuakan Anwar, yang kini menghadapi kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Selain itu, Anwar juga berhadapan dengan kes moral lain, teramsuk melanggan pelacur, seperti mana dalam video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T pada April lalu.

Pengerusi Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata konsert di tempat peranginan Genting Highlands pada 22 Nov akan merosakkan akhlak umat Islam muda kerana gaya hidup homoseksual penyanyi itu.

"Ia tidak baik. Dalam Islam homoseksual adalah haram," katanya kepada AFP.

"Apa yang dilakukannya adalah maksiat. Ini tidak baik bagi Islam."

Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui dirinya ‘gay’ dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.

Penganjur konsert itu, Tune Live yang dihubungi AFP enggan mengulas.

Persembahan 'Greatest Hits Tour' John dijangka diteruskan. Beliau akan menyanyi di Singapura sebelum ke Malaysia dan kemudian menuju ke Jakarta.

PAS sering membuat bantahan berhubung konsert dengan mendakwa artis Barat menggalakkan seks secara rambang dan mencemarkan pemikiran anak-anak muda.

Bagaimanapun di sebalik ancaman bantahan itu, kebanyakan konsert diteruskan kerajaan persekutuan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini meskipun penganjur terpaksa mematuhi peraturan yang ketat, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas.- AFP

Kejayaan Gaddafi yang sukar diikuti mana-mana negara di Dunia

Libya & GADDAFI ...FACTS THAT CANT BE DENIED

1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.

2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.

3. Home considered a human right in Libya –Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi’s father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.

4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.

5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.

6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms– all for free.

7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya,the government funds them to go abroad for it –not only free but they get US$2, 300/mth accommodation and car allowance.

8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.

9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.

10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.

11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.

12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.

13. A mother who gave birth to a child receive US$5 ,000

14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15

15. 25% of Libyans have a university degree

16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.

is this..who you call a monster? the news made him look like how most of us do.but the same source as to who the media belongs to are the same people that killed him.half of us could agree that the media's pure bullshit,don't we..i refuse to believe that cruelty is an attribute alongside humanity.today's day an age is an age we call ZAMAN FITAH,the age of LIES.

http://www.youtube.com/watch?v=-yUrCkDHguc By: Rauuf Bajrai

UIA main-main atas penggantungan Aziz Bari

SURAT tunjuk sebab adalah perkara lain; demikian juga penggantungan tugas adalah berasingan. Melihat kepada cara UIA menanggani isu Aziz Bari, nampaknya pentadbiran itu, tidak mahir dalam sistem manajemen.

Isu Aziz Bari menjadi polemik, apabila pensyarah undang-undang itu memberi komen berhubung titah Sultan Selangor yang berkaitan dengan serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, pada Ogos lalu, kerana terdapatnya kegiatan memurtadkan penganut islam.

Sultan Selangor bertitah, bahawa memang terdapat unsur memesongkan aqidah umat islam oleh bukan islam, namun bukti kuat untuk dibawah ke mahkamah belum mencukupi.

Ekoran, komen Aziz terhadap titah Sultan itu, maka beberapa individu membuat laporan polis terhadapnya dan menuduh Aziz menghasut rakyat agar derhaka kepada raja-raja melayu.

Malah ada sebahagian pemimpin Umno, bersuara di dewan rakyat, meminta pihak UIA melakukan tindakkkan tata tertib terhadap Aziz, kerana mengeluarkan pendapat bercanggah dengan aspirasi universiti itu.

Ekoran laporan-laporan polis itu, maka pihak polis menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan dengan Aziz.

Belumpun, siastan polis selesai, pihak UIA telah mengeluarkan surat tunjuk sebab dan kemudian menggantungnya daripada tugas.

Ekoran itu, maka desakan timbul daripada berbagai pihak, agar penggantungan Aziz ditarik balik.

Semalam, pihak UIA telahpun menarik balik penggantungan itu, sementara itu, Aziz juga sudah membalas surat tunjuk sebab sepertimana yang dikehendaki oleh majikannya.

Gaddafi akan dikebumi hari ini

AKHIRNYA jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam.

Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.

Anak Gaddafi yang turut terbunuh pada Khamis, Mo'tassim juga akan dikebumikan bersama ayahandanya pada satu lokasi yang tida diketahui di kawasan gurun terbuka.— Reuters

Pesan terakhir Gaddafi

Message from Colonel Mu’ummar Qaddafi
13.04.2011
Gaddafi Unplugged and Uncensored
Translated by Professor Sam Hamod, Ph.D.
Recollections of My Life: Col. Mu'ummar Qaddafi, The Leader of the Revolution. April 5, 2011.

In the name of Allah, the beneficent, the merciful...

For 40 years, or was it longer, I can't remember, I did all I could to give people houses, hospitals, schools, and when they were hungry, I gave them food. I even made Benghazi into farmland from the desert, I stood up to attacks from that cowboy Reagan, when he killed my adopted orphaned daughter, he was trying to kill me, instead he killed that poor innocent child. Then I helped my brothers and sisters from Africa with money for the African Union.

I did all I could to help people understand the concept of real democracy, where people's committees ran our country. But that was never enough, as some told me, even people who had 10 room homes, new suits and furniture, were never satisfied, as selfish as they were they wanted more. They told Americans and other visitors, that they needed "democracy" and "freedom" never realizing it was a cut throat system, where the biggest dog eats the rest, but they were enchanted with those words, never realizing that in America, there was no free medicine, no free hospitals, no free housing, no free education and no free food, except when people had to beg or go to long lines to get soup.

No, no matter what I did, it was never enough for some, but for others, they knew I was the son of Gamal Abdel Nasser, the only true Arab and Muslim leader we've had since Salah-al-Deen, when he claimed the Suez Canal for his people, as I claimed Libya, for my people, it was his footsteps I tried to follow, to keep my people free from colonial domination - from thieves who would steal from us.

Now, I am under attack by the biggest force in military history, my little African son, Obama wants to kill me, to take away the freedom of our country, to take away our free housing, our free medicine, our free education, our free food, and replace it with American style thievery, called "capitalism," but all of us in the Third World know what that means, it means corporations run the countries, run the world, and the people suffer. So, there is no alternative for me, I must make my stand, and if Allah wishes, I shall die by following His path, the path that has made our country rich with farmland, with food and health, and even allowed us to help our African and Arab brothers and sisters to work here with us, in the Libyan Jamahiriya.

I do not wish to die, but if it comes to that, to save this land, my people, all the thousands who are all my children, then so be it.

Let this testament be my voice to the world, that I stood up to crusader attacks of NATO, stood up to cruelty, stood up to betrayal, stood up to the West and its colonialist ambitions, and that I stood with my African brothers, my true Arab and Muslim brothers, as a beacon of light. When others were building castles, I lived in a modest house, and in a tent. I never forgot my youth in Sirte, I did not spend our national treasury foolishly, and like Salah-al-Deen, our great Muslim leader, who rescued Jerusalem for Islam, I took little for myself...

In the West, some have called me "mad", "crazy", but they know the truth yet continue to lie, they know that our land is independent and free, not in the colonial grip, that my vision, my path, is, and has been clear and for my people and that I will fight to my last breath to keep us free, may Allah almighty help us to remain faithful and free.

c: Col. Mu'ummar Qaddafi, 2011/05/04
Copyright Col. Mu'ummar Qaddafi, - Mathaba.Net

With permission to Lisa Karpova,Pravda.Ru; http://www.mathaba.net/

Monday, October 24, 2011

Laporan Audit Negara 2010: 45 peratus syarikat dikawal Kementerian kewangan mengalami kerugian

Empat puluh peratus daripada syarikat-syarikat yang dikawal oleh Kementerian Kewangan - atau 19 daripada 47 syarikat-syarikat seumpama ini mengalami kerugian pada tahun 2009, menurut Laporan Ketua Audit Negara 2010.

Jumlah kerugian hampir mencecah RM0.71 bilion, tetapi oleh kerana 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM92.35 bilion.

"Jumlah ini menunjukkan penurunan sebanyak RM3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM96.18 bilion pada tahun 2008," kata laporan itu.

Antara syarikat-syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.

Memerintah 42 tahun-kemudian Gaddafi mati terhina

SEHINGGA kini jenazah Gaddafi masih lagi disimpan dalam bilik beku yang diperuntukkan untuk pembekuan daging, di bandar Misrata.

Walaupun Gaddafi adalah islam, namun pihak pemberontak enggan menyempurnakan pengebumian secara islam terhadap bekas pemimpin 42 tahun Libya itu. Malah mereka menyarankan agar mayat Gaddafi dibuang sahaja di tengah padang pasir, agar dimakan binatang buas.

Sementara itu, keluarga Gaddafi meminta agar jenazah mantan pemimpin itu diserahkan kepada keluarganya di bandar kelahirannya, Sirte, untuk diurus pengkebumiannya secara islam.

Namun, pihak kerajaan baru Libya, kemungkinan akan mengkebumikan Gaddafi ditempat yang dirahsiakan.

Antara kematian Gaddafi dan gempa bumi Turki

Gaddafi mati pada petang khamis, dengan satu tembakan daripada pemuda berumur 22 tahun. Menurut pemuda itu, Gaddafi tidak mati serta merta. Dalam proses kematian itu, Gaddafi masih diseksa, selepas itu jenazahnya di bawah ke satu lokasi dan dibaringkan di atas katil yang kotor dan disimpan dalam kamar sejuk untuk tatapan orang ramai.

Sementara rakyat yang memberontak terhadap rejim Gaddafi bergembira atas kematian pemimpin berusia 69 tahun itu yang telah memerintah Libya selama 42 tahun, Turki salah satu negara dalam NATO yang menyokong serangan ke atas Libya untuk menghapuskan Gaddafi, terpaksa bersedih akibat bencana alam yang diberitakan setakat ini telah mengorbankan lebih 1,000 orang.

Sementara itu, perekonomian Amerika yang mengetuai serangan ke atas Libya semakin merundum dan menurut Standard and Poor, rating Amerika akan diturunkan lagi setidak-tidaknya sebelum tahun 2011 ditutup.

Sunday, October 23, 2011

Jenazah Gaddafi langsung tidak dihormati

Walaupun Gaddafi tertangkap hidup-hidup, namun pemberontak yang menggulingkannya, membunuhnya dengan satu tembakan di kepala.

Salah seorang anak muda yang berumur 22 tahun bernama Sanad al-Sadek al-Ureibi, mengaku menembak Gaddafi sebanyak dua kali, dengan menggunakan pistol, salah satu peluru mengenai kepalanya dan satu lagi dibawah ketiak.

Menurut pemuda itu, Gaddafi tidak mati serta merta.

Gaddafi bukan mati semasa bertempur, sebaliknya Gaddafi sedang berjalan-jalan dengan beberapa kanak-kanak di bandar Sirte.

Bercanggah dengan laporan pihak pemberontak yang sebelum ini melaporkan bahawa Gaddafi mati disebabkan terkena peluru NATO, semasa konvoi Gaddafi meninggalkan kota kelahirannya Sirte.

Pemerintah Libya selama 42 tahun itu, mati dengan penuh hina termasuk jenazahnya dihina. Demikian lah hukum rimba, masih berlaku dalam dunia modern ini.

Sebenarnya Gaddafi, telah banyak menyumbangkan kepada rakyatnya, kelemahannya, hanya beliau tidak seiring dengan para pemimpin barat.

Semasa pemerintahan Muammar Gaddafi, semua cukai dihapuskan, sementara 42% jualan hasil minyak diserahkan kepada rakyat.

Di Libya, setiap warga negara itu, dibayar elaun oleh kerajaan setiap bulan.

UMNO Sabah-Perlu hormati perkongsian kuasa: VK Liew

PERKONGSIAN kuasa antara parti-parti komponen BN Sabah pada mulanya berjalan lancar, namun akibat perubahan situasi politik di negeri itu,maka perkongsian itu, menjadi pincang dan tercemar.

Perkongsian kuasa berubah, pertama apabila Tun Abdullah Badawi menghapuskan sistem pengelirian Ketua Menteri, janji BN pada PRU 1994. Walaupun BN belum menumbangkan PBS pada PRU itu, namun salah satu faktor menyebabkan PBS kehilangan kuasa kerana faktor penggiliran kuasa itu.

Selepas sahaja BN-Sabah mengambil alih tampuk kerajaan negeri, maka komponen-komponen utama parti itu, telah diberi peluang menjadi ketua Menteri; yang terdiri daripada Ketua Menteri mewakili bumiputera islam, bukan islam dan kaum cina.

Selama sistem penggiliran itu, empat Ketua Menteri daripada bumiputera islam sempat dilantik, dua daripada kaum cina dan satu daripada bumiputera bukan islam.

Namun demikian penggiliran Ketua Menteri dihapuskan pada tahun 2003, apabila Tun Abdullah menggantikan Tun Dr Mahathir.

Pada PRU-2004, Sabah terus melantik ketua Menteri daripada Umno, dengan tiga Timbalan Ketua Menteri; masing-masing seorang daripada Umno, PBS dan SAPP.

Kedudukkan itu tidak berubah selepas PRU-12 (2008), pemimpin yang sama mengekalkan jawatan masing-masing; sehinggalah parti komponen BN-SAPP keluar daripada BN, kerana hilang keyakinan kepada Tun Abdullah.

Selepas SAPP keluar BN pada 17 September, 2008 sehari selepas negara menyambut kemerdekaan yang ke-45; salah seorang pemimpin itu terperangkap dengan situasi itu. Pemimpin yang dimaksudkan adalah Timbalan Presiden SAPP-Datuk Raymond Tan dimana pada masa itu menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.

Berbulan-bulan Raymond Tan memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah, walaupun partinya telah keluar daripada BN. Disebabkan sayang dengan jawatannya, maka mantan pemimpin itu mengistiharkan dirinya keluar daripada SAPP,dan menjadi ADUN bebas dalam DUN Sabah.Pun demikian, Raymond Tan tidak dilucutkan daripada jawatan Timbalan ketua Menteri Sabah.

Akibat desakkan daripada komponen parti BN Sabah, terutama LDP, maka jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina diberikan kepada Naib Presiden LDP, Datuk Peter Pang. Pun demikian, kedudukkan Peter Pang tidak kekal lama sebagai Timbalan Ketua Menteri, kerana ADUN Karamunting itu, keluar daripada LDP, kerana menyebelahi Ketua Menteri Sabah- Datuk Musa Aman, dalam isu perbezaan pendapat antara Timbalan Presiden LDP mengenai isu pembatalan Topikong Mazu di Kudat Sabah.

Selepas Peter keluar daripada LDP,jawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kuota kaum cina diberikan kepada Timbalan Presiden PBS- Datuk Yee Moh Chai. Melalui perlantikan itu, sejarah telah tercatat, bahawa untuk pertama kalinya dalam kabinet Sabah, dianggotai oleh Timbalan Ketua Menteri daripada parti yang sama.

Perlu diingat, Parti PBS hanya meyertai semula BN-Sabah pada tahun 2002, semasa Tan Sri Chong Kah Kiat masih Ketua Menteri Sabah dalam sistem pengiliran Ketua Menteri.

Untuk mengimbas kembali, Parti Komponen BN Sabah yang tertua adalah Umno-LDP dan AKAR( AKAR pimpinan TS Pandikar telahpun dibubarkan).

Gandingan Umno-LDP-AKAR telah bertanding pada PRU-1990, namun masih gagal menumbangkan parti PBS, demikian juga pada PRU-1994, tiga gabungan parti itu, masih gagal memerintah; walaupun pada tahun itu juga PBS kehilangan kuasa akibat dua orang ADUNnya melompat ke parti Umno. Berikutan terbentuknya kerajaan BN, maka serpihan pemimpin PBS seperti Datuk Yong Teck Lee keluar daripada PBS untuk menubuhkan SAPP, Tan Sri Bernard G Dompok menubuhkan PDS (kini UPKO) dan Tan Sri Joseph Kurup menubuhkan PBRS dan bergabung dengan BN-Sabah.

Parti-parti seriphan PBS tersebut, tidak menyerlah pada PRU-1999, sehingga Presidennya pun, pada masa itu menjawat jawatan Ketua Menteri, kalah di DUN Moyog. Boleh dikatakan, majoriti pemimpin seriphan PBS itu kecundang di tangan calon-calon PBS pada PRU-1999; kecuali SAPP pimpinan Yong Teck Lee.

Pada PRU-1999, hanya para calon daripada Umno-LDP dan AKAR serta SAPP yang berjaya menyumbang kerusi kepada BN-Sabah untuk membolehkan gabungan itu memerintah Sabah.

Pada PRU-2004, BN Sabah diterjaui oleh Datuk Musa Aman, selepas dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Penguasaan BN cukup mnyerlah, kerana tiada lagi calon-calon pembangkang yang kuat. Pada PRU itu, hanya dua kerusi terlepas daripada tangan BN, yaitu kerusi parlimen Sandakan dan DUN Kuala Penyu.

Persetasi BN Sabah terus menyerlah pada PRU-2008; di mana pada PRU itu berlakunya tsunami politik di Semenanjung, terutama parti-parti komponen yang berasaskan kaum cina dan india.

Pada PRU-12, BN menyaksikan semua presiden parti Komponen yang berasaskan bukan melayu di Semenanjung; kalah, kecuali presiden MCA, kerana bertanding di Johor, kubu kuat BN. Namun bagi Sabah, semua komponen parti yang berasaskan kaum cina menang, termasuk merampas kerusi Parlimen daripada bebas melalui Presiden LDP, Datuk VK Liew. Manakala, parti yang ada calonnya kalah adalah PBS, satu di Parlimen Kota Kinabalu dan satu ADUN, kedua-duanya kepada DAP.

Melihat prestasi calon-calon BN Sabah pada PRU-12, hanya calon-calon PBS yang mendapat tantangan hebat, malah beberapa kawasan yang dimenangi PBS, jumlah undi pembangkang jauh lebih banyak berbanding undi yang diperoleh calon PBS yang mewakili BN. Sebagai contoh: DUN Inanam; BN 5,979, undi gabungan pembangkang 7,353; Likas, BN 4,097, gabungan pembangkang 5,305- namun yang pelik juga kawasan majoriti KDM-Bingkor, undi BN melalui PBS hanya menang majoriti 171 undi.

Disebabkan Parti PBS mempunyai kerusi terbanyak kedua selepas UMNO,maka jawatan-jawatan penting diserahkan kepada parti itu, termasuk Kementerian Infrastrutur yang disandang Presiden Parti- Tan Sri Pairin Kitingan yang juga merangkap Timbalan Ketua Menteri Kuota bumiputera bukan islam.

Dari segi pengertian dan persefahaman komponen-kompnen parti dalam BN, PBS mewakili kaum Kadazan Dusun Murut, bukannya kaum cina. Manakala yang mewakili kaum cina adalah LDP, MCA dan Gerakan. Namun, pengertian itu bercelaru, apabila wakil rakyat daripada PBS dilantik sebagai TKM mewakili kaum cina.

Perlantikkan TKM daripada PBS itulah yang melukai perasaan para pemimpin komponen BN daripada kaum cina, terutama para pemimpin LDP.

Berasaskan kepada keadaan itulah, Presiden LDP-Datuk VK Liew mendesak agar persefahman dalam kontek BN diperbetulkan semula. Menurut Presiden LDP itu, disebabkan nila setitik, maka mengakibatkan kerosakan persefahman dalam konsep perkomgsian kuasa yang dipersetujui selama ini.

Pendapat VK juga selari dengan pendapat dua pemimpin utama Umno Sabah- Datuk Abdul Ghapur Salleh, kini wakil rakyat Kalabakan, mantan Timbalan Ketua Menteri Sabah, mantan menteri Kewangan Sabah, dan kini ketua Bahagian Umno, Kalabakan. Ghapur adalah pemimpin akar umbi yang menyuarakan kebimbangannya terhadap perkongsian kuasa yang tercemar itu.

Selain itu, Datuk Lajim Ukin, maskot pemerintahan BN Sabah pada tahun 1994, menyuarakan sokongan kepada pendapat Ghapur, kerana menurut Lajim, jika ianya berterusan, maka akan merosak keharmonian hubungan antara komponen parti BN Sabah, yang dianggap sebagai simpanan Tetap BN pada PRU-13.

Malah ramai pemimpin UMNO sendiri, berkata perlantikkan Yee Moh Chai, mengekalkan dua ADUN lompat dalam kabinet negeri dimana parti yang diwakili mereka adalah parti yang telah ditolak oleh pengundi di tempat asalnya, termasuk Presidennya kalah teruk pada PRU-12 lalu; sepatutnya tidak berlaku, namun mereka juga menghormati Ketua Menteri Sabah, Musa Aman; bahawa kuasa melantik ke jawatan anggota kabinet adalah kuasa mutlak Ketua Menteri.

AYT difahamkan bahawa pada Kongress LDP yang ke-22 pada 30 Oktober ini di Sandakan, para perwakilan parti itu akan membuat resolusi agar supaya perkongsian kuasa dalam komponen parti BN terutama dalam perlantikkan jawatan-jawatan politik senantiasa dipatuhi.

Saturday, October 22, 2011

Mampukah HIMPUN menghimpun sejuta UMAT

Semalam dikhabarkan 3,000 NGO telah mengsyahkan akan menghantar 100,000 ahlinya menyertai HIMPUN sejuta UMAT dengan visi SELAMATKAN AQIDAH.

Sementara itu, semua parti-parti politik telah menyatakan tidak akan menyerati HIMPUN, namun demikian hanya UMNO yang tidak melarang ahlinya menyertai HIMPUN itu.

Parti-parti pembangkang yang berpersidenkan orang islam seperti PAS dan PKR, selain memulau HIMPUN, juga melarang ahlinya untuk ikut serta walaupun atas kapasiti perorangan.

IDEA HIMPUN tercetus, apabila sejak akhir-akhir ini, terdapatnya aktiviti badan bukan kerajaan termasuk gereja mencuba memesongkan penganut islam agar keluar daripada agama pegangan mereka, melalui pendekatan yang cukup halus dan terancang. Badan-badan itu mempergunakan pendekatan kemanusian dan mengambil peluang kepada penganut islam yang daif dan tercicir untuk menjadi murtad.

Sama-sama kita tunggu pada pukul 2 petang nanti bertempat di Stadium Shah Alam, apa kah HIMPUN mendapat sambutan.

Fasha Sandha bagi Johan Asri seperti Jennifer Lopez

Pelakon baru, Johan Asari yang mula terkenal dalam drama Juvana akui pelakon jelita, Fasha Sandha adalah seorang wanita yang eksklusif dari pandangan matanya.

Semuanya selepas dia mula mengenali pelakon terkenal tersebut sebagai kekasihnya dalam drama terbaru TV3, Cinta Elysa dalam slot Lestary yang sudah ditayangkan sejak 13 September lalu.

Johan Asari berkata dia amat gembira apabila diberi peluang bergandingan dengan seorang pelakon yang berpengalaman seperti Fasha Sandha, apatah lagi pelakon tersebut benar-benar memberi sokongan yang padu ketika berlakon bersama.

"Pertama kali berjumpa dengan Fasha, saya rasa saya kecil sangat. Tapi bila sudah mula bercakap dengannya dia seorang yang sangat baik dan sering memberi sokongan dan kata-kata semangat.

"Mengenalinya lebih dekat, apa yang boleh saya katakan dia sangat eksklusif. Dia sungguh eksklusif di mata saya, sehingga saya boleh samakan dia seperti melihat Jennifer Lopez. Bagi saya dia mampu untuk menjadi bagaimana dirinya sekarang daripada kredibilti yang dia ada,"katanya yang memegang watak Aril dalam Cinta Elysa.

Selepas digandingkan dengan Fasha Sandha dalam Cinta Elysa, Johan mula dikaitakan dengan wanita tersebut sehingga mereka dilihat agak intim seperti pasangan bercinta.

Menjawab persoalan tersebut, Johan menafikannya dan menurutnya hubungan itu terjalin semuanya atas kerja yang dipikul bersama.

"Bagi saya, Fasha seorang pelakon yang professional. Dia seorang yang ramah dan komited dengan kerjanya. Jadi jika orang benar-benar nampak saya dan Fasha bercinta dalam drama bagi saya itu pencapaian yang cukup bagus.

"Saya hormat Fasha sebagai pelakon kerana dia memang pelakon yang sangat bagus dan berkaliber. Sebagai pelakon baru dalam indusrti ini saya patut berbangga kerana dia tidak putus-putus memberi sokongan kepada saya.

"Sehinggakan dia sanggup ke set pengambaran walaupun bila dia tidak terlibat dengan babak tersebut. Semuanya kerana mahu melihat saya berlakon. Saya terharu sekali dengan tindakannya itu, bagi saya itu satu sokongan yang cukup bagus yang saya pernah terima daripadanya," luahnya lagi.

Selain Johan dan Fasha, drama terbitan Suhan Movies Trading itu turut dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.

Friday, October 21, 2011

Datuk T cadang rakaman Video Seks diguna sanggah hujjah Dr Thomas Hoogland

Seorang anggota 'Trio Datuk T' yang menayangkan sebuah pita video lucah yang didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mac lalu, mahu pihak pendakwaan menggunakan rakaman video seks itu sebagai bukti dalam perbicaraan kes liwat ketua pembangkang itu.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah dipetik oleh Utusan Malaysia berkata video berkenaan mampu menangkis kenyataan pakar ortopedik Jerman Dr Thomas Hoogland bahawa Anwar tidak mungkin meliwat kerana kecederaan pada tulang belakangnya.

Menurut Shazryl Eskay, pihak pendakwa juga boleh memanggil dua pakar forensik video dari Amerika Syarikat yang mengesahkan bahawa 99.9 peratus pelakunya ialah Anwar sebagai saksi.

''Dua dokumen dipamerkan di mahkamah ketika saya serta dua rakan (Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim) didakwa Jun lalu termasuk hasil kajian bagi menentukan kesahihan dan siapa pelaku dalam video berkenaan.

"Justeru, saya mencadangkan pihak pendakwaan menggunakan rakaman video itu dan laporan kesahihannya sebagai bukti," katanya.

‘Datuk T’ telah menayangkan video yang didakwa dirakamkan pada 21 Februari kepada wartawan pada 21 Mac dan dihukum denda kerana menayangkan pita lucah.

Anwar pula telah berulang-kali menafikan bahawa beliau adalah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan wanita berbangsa Asia dalam video hitam putih itu yang juga tersebar di internet.

Menjawab satu soalan, Shazryl Eskay berkata: "Anwar boleh kata beliau tidak rapat dengan saya atau apapun tetapi pepatah mengatakan sekeping gambar menceritakan segalanya, apatah rakaman beberapa video menunjukkan saya bersamanya dalam sebuah bilik seperti disahkan pakar video AS."

Muammar Gaddafi melawan hingga ke akhir hayat

Rakaman televisyen menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi yang berlumuran darah diheret dan dikasari pasukan tentera anti Gaddafi.

Menurut Reuters, dalam rakaman yang disiarkan stesen Al Arabiya, muka Gaddafi berlumuran darah dan tentera anti-kerajaan mengheret mayat bekas pemimpin itu di atas tanah manakala terdapat kesan luka di kepalanya.

Rangkaian televisyen Al Jazeera pula menyiarkan rakaman mayat Gaddafi yang hampir bogel sehingga paras pinggang diletakkan di atas tanah.

Al Jazeera turut menyiarkan gambar mayat Gaddafi di belakang ambulans dan mukanya tidak berlumuran darah.

Pemimpin yang memerintah negara itu selama 42 tahun itu dilaporkan merayu: "Jangan bunuh saya, anak saya."

Beliau dilaporkan masih hidup ketika ditangkap tetapi meninggal dunia sejam kemudian.

Rakyat Libya yang berang menarik rambut bekas pemimpin itu sebelum berarak membawa Gaddafi yang sudah berlumuran darah di belakang sebuah kenderaan.

Dalam pada itu, AFP pula melaporkan pemimpin kerajaan sementara Libya, Mustafa Abdel Jalil akan mengisytiharkan pembebasan Libya dan memberi maklumat terperinci mengenai kematian Muammar Gaddafi, kata perdana menteri kerajaan sementara, Mahmud Jibril kepada pemberita.

“Abdel Jalil akan muncul hari ini atau selewat-lewatnya esok untuk mengisytiharkan pembebasan negara ini dan mengumumkan maklumat terperinci mengenai kematian Gaddafi,” kata orang nombor dua Majlis Peralihan Kebangsaan Libya (NTC) itu.

“Dengan pengumuman itu semua mereka yang jahat, termasuk Gaddafi telah dihapuskan dari negara tercinta ini ... ini adalah masa bagi Libya untuk memulakan negara baru, sebuah Libya yang bersatu, satu rakyat dan satu masa depan,” katanya.

Gaddafi, 69, terbunuh dalam serangan tentera kerajaan sementara Libya dibantu oleh tentera udara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) berhampiran bandar Sirte, petang semalam.

Turut terbunuh dalam serangan itu ialah Mutassim, anak kelima Gaddafi.

Kematiannya menamatkan pemburuannya selama dua bulan sejak beliau melarikan diri setelah kejatuhan Tripoli ke tangan tentera pemberontak pada Ogos lalu.

Pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC), Abdel Majid Mlegata, sebelum itu melaporkan Gaddafi berjaya ditangkap ketika cuba melarikan diri secara berkonvoi dalam satu serangan itu.

Bekas pemimpin itu mengalami cedera parah di kedua-dua belah kakinya.

“Ketika ditangkap, Gaddafi turut dikasari dan dipukul di kepala (oleh tentera kerajaan sementara Libya),” kata Mlegata.

Gambar-gambar merakamkan keadaan pakaiannya berlumuran darah tersebar di Internet.

Seorang pegawai NTC, Mohamed Abdel Kafi berkata, jenazah Gaddafi dibawa ke satu lokasi rahsia atas faktor keselamatan.

‘‘Jenazahnya dibawa ke lokasi yang dirahsiakan menggunakan sebuah kenderaan NTC,” kata Mohamed.

Bekas Menteri Pertahanan ketika pemerintahan Gaddafi, Abu Bakr Younis turut terbunuh dalam serangan tersebut.

Gaddafi menghadapi penentangan daripada rakyatnya sejak Februari lalu sebelum melarikan diri dari Tripoli setelah ibu negara Libya itu jatuh ke tangan pemberontak dengan bantuan NATO pada Ogos lalu.

Sejak kejatuhan Tripoli, Gaddafi melarikan dan meneruskan perjuangan untuk kembali berkuasa, manakala sebahagian ahli keluarganya termasuk isteri dan anak perempuannya telah melarikan diri ke Algeria.

Sebelum ini, anak lelakinya, Khamis, 28, terbunuh dalam pertempuran di Tarhouna, selatan Tripoli, Libya pada 29 Ogos lalu.

Khamis merupakan komander Briged Elit ke-32 tentera yang dikatakan berjaya menumpaskan pemberontak di timur Benghazi pada Februari lalu.

Pada 30 April lalu, seorang lagi anak Gaddafi, Saif al-Arab dan tiga cucunya terbunuh dalam pertempuran dengan tentera NATO di Bab al-Aziziya, Tripoli.

Anwar marah betul: Buku jingga versi UMNO

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim naik angin apabila mengetahui adanya Buku Jingga versi  Umno Selangor .

NONEBuku itu menggariskan janji-janji yang dibuat oleh Pakatan Rakyat yang akan dilaksanakan jika ia berjaya merampas pentadbiran di Putrajaya.

"Umno begitu berminat dengan Buku Jingga, sehingga mereka juga mempunyai versi sendiri," kata ahli parlimen Permatang Pauh kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mendakwa buku-buku itu diterbitkan oleh Umno bagi menangkis strategi ekonomi yang dijanjikan menerusi Buku Jingga.

NONEAnwar juga menunjukkan bahan-bahan bercetak lain yang menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai "penipu" sambil menekankan kelebihan menyokong BN.

Antaranya, sebuah buku kecil itu yang bertajuk 'Tranformasi vs Reformasi' memaparkan janji-janji yang ditawarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Anwar.

Komik berjudul, 'Siapa Rosmah?'pula mempertahankan isteri Perdana Menteri daripada  dakwaan pembangkang bahawa beliau membazirkan dana negara dengan mengamalkan gaya hidup mewah.

"Saya tidak bimbang tentang hujah-hujah mereka terhadap Buku Jingga, tetapi apa yang saya mahu timbulkan adalah serangan mereka terhadap saya, pemimpin-pemimpin PAS dan DAP, dengan cara yang kurang ajar," kata Anwar.

NONE"Mereka menggambarkan kami sebagai penjenayah, menggunakan dana negeri untuk memburuk-burukkan kerajaan ... malah mereka juga timbulkan isu perut buncit saya, yang saya tidak ingat pernah ada perut yang buncit.

"Mereka boleh kata Rosmah ini pemurah dan dermawan dan berjimat cermat ...  Tidak menjadi masalah tetapi janganlah fitnah orang lain," katanya dengan berang.

Thursday, October 20, 2011

Muammar Gaddafi akhirnya tertembak juga

Muammar Gaddafi yang diburu pihak NTC sejak kejatuhannya pada 23 Ogos lalu, akhirnya mati tertembak di tempat kelahirannya Sirte.

Gaddafi telah memerintah Libya sepanjang 42 tahun, selepas merampas kuasa tanpa pertumpahan darah pada tahun 1969.

Berdekad lamanya, Muammar merupakan musuh ketat negara-negara barat, namun tidak pernah kecundang dari semua aspek tindakan pihak negara-negara Barat.

Akhirnya, beliau kecundang ditangan rakyatnya sendiri.

Aziz Bari digantung tugas

SELEPAS diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Difahamkan, perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Berita Harian hari ini melaporkan sumber dari pejabat rektor UIA, Datuk Prof Zaleha Kamaruddin mengesahkan surat itu dikeluarkan pihaknya semalam.

Aziz dalam masa yang sama disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung reaksinya kepada titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas dikritik pelbagai pihak, Aziz kemudian menjelaskan Akta Hasutan 1948 memperuntukan tidak menjadi kesalahan mengkritik Raja-Raja Melayu selagi tidak menuntut pemansuhan institusi itu.

Sebelum ini, SKMM dan pihak polis juga telah menyoal beberapa kakitangan Malaysiakini, termasuk wartawan dan editornya berhubung isu yang sama.

Ghapur Salleh lawan Koh Tsu Koon

Datuk Abdul Ghapur Salleh, wakil rakyat Kalabakan, Sabah tidak akan berkata jika perkara yang beliau utarakan mengenai Parti Gerakan itu tidak betul.

Ghafur berkata di dewan rakyat, bahawa Parti Gerakan merupakan liabiti kepada BN dan wakil rakyat yang mewakili Gerakan di Sabah adalah wakil rakyat katak.

Tiga wakil rakyat Gerakan tersebut adalah mantan Naib Presiden LDP, mantan Timbalan Presiden SAPP dan seorang ADUN daripada SAPP.

Ghapur juga mendakwa, bahawa kebanyakan yang hadir semasa lawatan Tan Sri Koh Tsu Koon ke Tawau, bulan lepas adalah ahli-ahli komponen parti lain yang dibayar untuk hadir, khusus perjumpaan dengan Koh.

Koh adalah baru di dunia politik Sabah, berbanding Ghapur. Dengan itu, apabila wakil rakyat daripada Kalabakan itu membuat dakwaan, bukan dakwaan yang direka-reka, namun dakwaan itu berpijak di bumi nyata.

Seharusnya Koh perlu memberi perhatian kepada kemampuan parti itu di Semenanjung, sebelum berhasrat memasuki urusan politik dalaman Sabah, yang sudah begitu teratur dan kemas.

Hujung minggu lalu, Ketua Wanita Gerakan, ada menyuarakan, bahawa sayap parti itu merasa malu, kerana mempunyai kepimpinan yang lemah. Oleh itu, dengan rasa terhormat, sayap parti itu meminta Koh agar berundur atau tidak bertanding dalam PRU-13 akan datang.

Melalui kenyataan Ketua Wanita Gerakan itu, adalah jelas bahawa kenyataan Ghapur adalah berasas.

Sebagai rekod, Koh adalah Ketua Menteri Pulau Pinang pada PRU-12 lalu, dimana kita menyaksikan semua kerusi yang ditandingi Gerakan baik DUN mahupun Parlimen tewas kesemuanya, termasuk Koh.

Bagi AYT, adalah berbaloi bagi sesebuah parti itu bertanding di Sabah, jika parti itu mempunyai sokongan daripada rakyat. Parti Gerakan, adalah parti yang ditolak di Semenanjung, dan ramai yang beranggapan, bahawa pada PRU-13 akan datang, kemampuan parti itu mendapat kerusi cukup tipis. Jika jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu tidak dikurang, maka besar kemungkinan akan mennyumbang kepada kealahan BN secara keseluruhan.

Berasaskan persepsi itu, maka itulah yang dimaksudkan oleh Datuk Abdul Ghapur Salleh sebagai liabilti kepada BN. Kepada Tan Sri Koh, perlu memberi pertimbangan kepada faktor-faktor ini, sebelum berura-ura masuk gelangang di rantau orang.

Pembunuhan Katini Borhan: Reman terhadap inspektor polis dilanjut

Tahanan reman terhadap Insektor polis daripada IPD Keningau suspek pembunuhan janda cantik beranak satu, Kartini Borhan,27 pada 29 September lalu di Taman Adika Keningau, dilanjut sehingga 26 Oktober.

Suspek direman di bawah seksyen 117 untuk tujuan siasatan dibawah seksyen 302 acara jenayah atas tuduhan membunuh.

Sebelum ditahan reman, suspek mengemukakan alibi bahawa dia terpaksa ke rumah mangsa yang terletak kira-kira 800 meter daripada balai polis keningau, kerana kononnya mangsa meminta bantuan daripada suspek, kerana rumah mangsa dimasuki pencuri.

Laporan sebelum ini, setiba suspek di rumah mangsa, mangsa sedang bergelut dengan penceroboh. Suspek mengalami kecederaan di bahagian badan, konon akibat tikaman daripada penceroboh yang juga penyebab kematian mangsa.

Pada 13 Oktober, suspek ditahan reman, kerana melalui siasatan polis, hanya sesorang suspek yang terlibat, yaitu suspek sendiri.

Isu ramas buah Dada tiada kaitan dengan Umno

Pemimpin-pemimpin Umno menegaskan dakwaan mencabul ke atas anak lelaki Lim Guan Eng tiada kaitan dengan parti meskipun perkara itu dilontarkan oleh blog salah seorang ketua bahagian komponen teras Barisan Nasional (BN) tersebut.

Beberapa wakil rakyat yang ditemui melahirkan pendirian menjauhkan diri mereka daripada tindakan itu ketika kemarahan rakyat makin meningkat ekoran dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya anak ketua menteri Pulau Pinang telah mengganggu seorang pelajar perempuan dari kelasnya dan melepaskan diri daripada hukuman kerana pelajar itu anak kepada Lim Guan Eng.

Sementara beberapa ahli Parlimen dari BN berpendapat bahawa dakwaan itu hanya satu pandangan peribadi ketua Umno Bukit Gelugor Dr Novandri Hasan Basri, yang lain pula, sambil enggan nama mereka dipetik mengakui turut marah dengan perbuatan mengaibkan pelajar berusia 16 tahun.

“Polis harus menyiasat dakwaan ini memandangkan ia melibatkan soal rasuah tokoh masyarakat. Tetapi jika tidak benar, maka polis harus mengambil tindakan terhadap pemblog-pemblog terbabit. Parti juga perlu mengambil tindakan ke atas Dr Novandri,” kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Umno seperti Datuk Mohamad Aziz berkata, Lim seharusnya menyaman pemblog-pemblog terbabit jika dakwaan mereka tidak benar.

“Umno tidak terlibat, selesaikan dengan pemblog-pemblog terbabit,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Sri Gading.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri berkata, “ini bukan pendirian parti, Dr Novandri tidak mewakili Umno kerana beliau bukan merupakan pemimpin kanan.”

Semalam, Pengetua SMK Heng Ee menegaskan dakwaan kononnya anak lelaki Lim pernah mengganggu seorang pelajar perempuan sekolah itu secara seksual tidak benar sama sekali.

Goon Boon Poh berkata beliau terkejut apabila membaca dakwaan itu dalam akhbar.

“Dakwaan ini sama sekali tidak benar. Sangat mudah, ia tidak benar sama sekali,” kata pengetua itu.

“Blog-blog berkata insiden ini berlaku Mei tahun ini. Anak Ketua Menteri tidak menjadi pelajar sekolah ini sejak awal tahun ini,” katanya lagi.

Malah katanya, gambar-gambar yang diposkan dalam blog bukan anak Lim dan mangsa yang didakwa juga bukan pelajar SMK Heng Ee.

Pengetua ini menjelaskan pegawai-pegawai dari Jabatan Pendidikan telah mengadakan siasatan berkenaan dakwaan kelmarin dan mereka berpuas hati dengan penjelasannya.

Malah, dalam satu kenyataan semalam, DAP mendedahkan gambar, yang digunakan oleh blog-blog pro-Umno untuk melontarkan dakwaan serangan seksual terhadap anak lelaki Lim, sebenarnya merupakan juara catur berusia 21 tahun, Anya Sun Corke dari Hong Kong.

Corke yang kini mewakili England tiada kaitan dengan Pulau Pinang dan tidak pernah belajar bersama dengan anak lelaki Lim di George Town. Sebaliknya dia sedang mengikuti pengajian di Wellesley College, Amerika Syarikat.

HIMPUN: Marahkan Nyamuk lalu bakar kelambu

HIMPUN yang bertemakan SELAMATKAN AQIDAH bakal diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober,2011 bersamaan hari Sabtu.

Himpunan itu mensasarkan sejuta umat, yang dianjurkan oleh berbagai NGO Islam, institusi pendidikan, warga korporat, kelab sukan dan riadah, persatuan seni mempertahankan diri, pasukan beruniform, kelab belia, ahli jawatankuasa masjid dan surau, tenaga guru dan beberapa badan lain.

Cetusan idea mengadakan HIMPUN tersebut rentetan kejadian aktiviti pemurtadan yang berlaku dikalangan umat islam di negara ini.

Salah satu fakta yang mendorong HIMPUN itu adalah apabila didapati adanya aktiviti memesongkan aqidah umat islam yang dijalan di sebuah Gereja di Selangor baru-baru ini. Selain itu, satu kejadian di Pulau Pinang dimana beberapa paderi berkumpul yang disertai oleh pemimpin DAP berikrar akan menjadikan seseorang yang beragama kristian dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, apabila Pakatan mengambil alih Putrajaya.

Disebabkan dua isu yang didedahkan itu, maka HIMPUN diadakan. Sesuai dengan temanya SELAMATKAN AQIDAH.

Pada mulanya HIMPUN akan disertai oleh berbagai parti termasuk PAS dan PKR, namun apabila pengajur mengatakan, bahawa HIMPUN bukan berasaskan parti politik, maka PAS menolak menyertainya. Sementara PKR, adalah sukar bagi parti itu menyertai HIMPUN, kerana asas parti itu berasaskan berbagai agama, dan keyakinan mereka kepada berbagai agama.

Kegiatan pemurtadan di negara ini, bukan perkara baru, ianya menyangkut proses yang sekian lama berlaku.

Kenapa ada penganut islam menjadi murtad? Sebabnya aqidah mereka lemah, kefahaman mereka mengenai islam lemah, badan-badan islam yang diberi amanah untuk menguatkan aqidah umat islam tidak berfungsi sebagai mana seharusnya.

Jangan terkejut, bahawa mereka yang meninggalkan agama islam bukan semuanya terpengaruh dengan dakyah agama lain, mereka meninggalkan agama islam adalah untuk memenuhi cita rasa kehidupan mereka.

Memang benar, kebanyakkan umat islam yang terpesong adalah daripada mereka yang kurang bernasib baik, latar belakang agama islam yang kurang, kerana persekitaran keluarga yang tidak mengamalkan syriat islam serta mereka yang mengutamakan keduniaan, kerana kekayaan harta dan wang ringgit.

Pendekatan mubaligh agama lain adalah mudah, mereka memberi bantuan kepada sesama manusia tanpa karenah yang panjang dan berliku. Berbeza dengan bantuan daripada organisasi islam misalnya bantuan melalui BAITUL MAAL atau pusat zakat, prosesnya sungguh berliku dengan birokrasi yang amat panjang dan meletihkan.

AYT ramai kawan yang beragama kristian, kami berkawan bukan setahun jagung, akan tetapi puluhan tahun. Selama pergaulan tersebut, memang sering terdengar apabila makan bersama "mereka berdoa atas Tuhan Yesus" sama dengan AYT "disamping mengucap Bismillah juga membaca doa makan" dalam bahasa Arab.

Malah seorang kawan kristian AYT, kini hampir menjadi seorang paderi. Kawan itu mempunyai pendapatan tidak kurang RM25,000 sebulan; namun kehidupannya cukup sederhana, kerana wang pendapatannya disalurkan ke pelbagai organisasi atau perorangan, baik seagama dengannya mahupun bukan. Apabila ada orang datang meminta bantuan, tidak banyak songeh diajukan, kerana falasafahnya.. apabila kita dapat mengembirakan seseorang yang dalam kesusahan, maka itu adalah suatu kebahagian.

Pengalaman AYT bergaul dengan orang-orang beragama bukan islam, tidak pernah sedetikpun mereka memperdagangkan agama mereka kepada AYT; malah semasa bulan ramadhan, mereka juga ikut tidak makan di waktu siang, kerana menghormati kami yang berpuasa.

Kerharmonian beragama di negara ini memang telah terjalin sekian lama, namun kerana segelitir nyamuk yang merosakkan jalinan itu, maka penganut agama islam dengan cepatnya bertindak, tanpa usul periksa, tidak mencari puncanya, tidak menyerang puncanya dan tidak mencari penyelesaian yang jitu, akan tetapi mengambil pendekatan menyerang orang lain, yang bukan tentu puncanya.

Jangan kerana seekor nyamuk maka kelambu dibakar. Ingat dalam dunia politik, sokongan massa tidak mengira agama atau kaum adalah penting. Dalam BN misalnya terdiri dari berbagai parti dan berasaskan semua agama dalam dunia. Jangan kerana tindakan HIMPUN, maka BN kehilangan kawan, walaupun tidak terang-terangan akan tetapi secara tersembunyi.

Bagi AYT, HIMPUN banyak negatifnya terhadap BN daripada positifnya, walaupun dalam agama islam, ianya mungkin masuk "fardhu kifayah" akan tetapi HIMPUN bukanlah penyelesaian.

Wednesday, October 19, 2011

Anwar tidak mampu membongok@ ertinya tidak mampu sujud

Keterangan saksi alibi Anwar Ibrahim Dr Hoogland daripada Jerman 6 Oktober lalu di mahkamah Jalan Duta, bahawa Anwar tidak mampu membongkok 90 darjah, ertinya Anwar tidak lagi mampu sembayang seperti orang biasa. Anwar solat, tidak lagi melakukan sujud, ertinya sama dengan solat OKU.

Namun melihat rakaman video yang diedarkan oleh penyokong kelab Anwar tahun 2007, keterangan Dr Hoogland itu adalah satu rekaan. Sila klik disini untuk menonton rakaman video itu.

Semalam di mahkamah Jalan Duta dalam sesi perbicaraan sodomi II, pihak pendakwaan telah mengemukakan empat orang saksi yang menyanggah keterangan Dr Hoogland. Namun perincian keterangan itu tidak dapat disiarkan kerana keterangan tersebut dijalankan secara tertutup.

Namun keputusan kes sodomi II akan diketahui selepas 23 dan 24 November depan, apabila hujahan terakhir penguam bela Anwar didengar oleh Hakim Mohd Zabidin Md Diah.

Selepas hujahan terakhir peguam bela Anwar, Hakim akan menentukan tarikh penghakimannya.

Sodomi II: Apa kah saksi pendakwaan mampu menepis keterangan Dr Hoogland?

Semalam, tidak banyak diketahui mengenai perjalanan perbicaraan sodomi II, kerana apabila Doktor pakar daripada HKL Dr Jayaindran memberikan keterangan, peguam Anwar memohon agar keterangan itu didengar melalui mahkamah tertutup.

Pihak pendakwaan telah mengemukakan empat saksi untuk menyanggah dakwaan saksi alibi Anwar, Dr Hoogland daripada Jerman, bahawa Ketua Pembangkang itu, secara fizikal tidak mampu lagi melakukan aktiviti seks atas sebab masalah saraf yang menyerang tulang belakangnya.

Pihak pendakwaan menampilkan dua orang pegawai perubatan dan dua orang anggota polis sebagai saksi penyanggah terakhir. Pegawai perubatan tersebut, adalah Pengarah HKL-Datuk Zaniniah Mohd Zain dan Dr Jayaindran; manakala dipihak polis- Jude Pereira dan seorang sarjan yang diarah menghantar laporan perubatan hasil pemeriksaan ke atas Anwar pada 16 Julai, 2008 kepada peguam Anwar Sankara Nair.

Perbicaraan sodomi II bersambung pada 23 dan 24 November, 2011 untuk mendengar hujahan terakhir pihak pembelaan dan selepas itu, Hakim Mohd Zabidin Md Diah akan memutuskan tarikh penghakimannya.

Sebelum ini, mahkamah telah diberitahu tentang kewujudan DNA Anwar di rektum mangsa, kehadiran Anwar dilokasi dimana kejadian meliwat sesuai dengan masa dan tarikh pertuduhan dan bukti-bukti fizikal lain yang ada kaitan dengan perbuatan sodomi tersebut termasuk KY-Jelly.

Melalui rentetan kejadian sodomi tersebut, setakat ini, tertuduh yakni Anwar belum mendapat alibi untuk menepisnya. Akan tetapi, jika keterangan alibi Dr Hoogland diterima pakai oleh mahkamah, dan menerima bahawa Anwar adalah cacat daripada segi fizikal untuk melakukan seks, kerana sukar membongkok dan perbuatan yang serba cepat, seperti melakukan seks; maka ada kemunginan Anwar akan terlepas secara teknikal sama seperti kes sodomi I.

Walau bagaimanapun, sama-sama kita tunggu pengakhir perbicaraan ini, bulan depan.

Tuesday, October 18, 2011

Guan Eng kata-siapa usik anak dia: BINATANG!!!!

Kalaulah benar, bahawa anak Lim Guan Eng, Marcus tidak melakukan kerja meramas, kenapa pula ada pelajar wanita yang jadi mangsa?

Fakta menunjukkan ada mangsa? lengkap pula dengan foto.

Kejadian meramas TETEK pelajar yang dilakukan anak Guan Eng berlaku pada mei lalu. Pendedahan terlambat, kerana Guan Eng berdamai dengan ibu bapa mangsa dengan bayaran RM200 ribu @ satu tetek berharga RM100 ribu.

Hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu, mengelar sesiapa yang mengusik anaknya adalah binatang!!!.

Apapun gelaran yang Lim Guan Eng panggil kepada blogger pro-BN, itu urusan dia. Yang penting bagi blogger yang mendedahkan mengenai kejadian itu adalah, bagaimana Lim Guan Eng menyalah gunakuasanya sebagai Ketua Menteri untuk melindungi anaknya.

Memang benar, tiada ibu bapa yang tidak mahu melindungi anaknya, atas sebab itu, setiap ibu bapa perlu menjaga kelakuan anak-anaknya, sehingga tidak terjebak dengan kes-kes serupa.

Biasanya anak seusia Marcus, akan berani berbuat seperti meramas, kerana mungkin, anak itu terdedah dengan aktiviti seumpama itu. Mungkin, Lim Guan Eng terlalu sibuk berpolitik, sehingga cuai dan mengabaikan disiplin anaknya.

Sodomi II: Nota pada file kesihatan Anwar tiada rungutan mengenai sakit belakang

Nota pada file kesihatan Anwar yang dikemukakan kepada mahkamah hari ini, tidak mengandung rungutan tertuduh mengenai sakit belakang yang ditanggungnya.

Nota kesihatan Anwar dikemukakan kepada mahkamah oleh Pengarah HKL Datuk Zaninah Mohd Zain.

Pihak pendakwaan mengemukakan empat saksi bagi mencabar keterangan saksi albi Anwar, Dr Hoogland daripada Jerman, yang mengatakan bahawa Anwar tidak ada kemungkinan melakukan hubungan seks kerana faktor usia dan serangan saraf pada tulang belakangnya.

Keterangan para saksi pendakwaan yang memberi keterangan hari ini terdiri daripada dua orang doktor daripada HKL dan dua orang anggota polis. Mereka itu- Datuk Zaninah Mohd Zain, Dr Jayaindran Sinadorai, ASP Jude Pereira dan Sarjan Ahmad Abdullah.

Mereka hadir sebagai saksi pendakwa selepas pasukan pembela menutup pembentangan kes mereka semalam.

Perbicaraan akan bersambung 23 dan 24 November, 2011 bagi final submission pihak pembelaan.

Mahkamah Jalan Duta: Sodomi II: Saksi ke-4 pendakwaan Dr Jayaendran memberi keterangan

Dr Jayendran daripada HKL, telah berkhidmat di hospital itu sejak tahun 1996. Bidang kepakarannya adalah dibidang perubatan. Beliau mempunyai pengalaman 30 tahun, dan 18 tahun daripadanya adalah doktor pakar.

Apabila disoal oleh DPP Nordin Hassan, apakah beliau menerima pesakit bernama Anwar Ibrahim pada 16 Julai, 2008, doktor pakar itu berkata "ya".

Pihak pendakwaan telah mengemukakan empat saksi bagi menyangkal dakwaan saksi alibi Anwar, Dr Hoogland daripada Jerman, yang mana menurut saksi tersebut, Anwar tidak mempunyai keupayaan lagi melakukan seks kerana masalah saraf yang menyerang tulang belakangnya.

Semasa memberi keterangan, peguam Anwar meminta rehat untuk seketika, kerana memohon agar keterangan saksi ke-4 pendakwaan itu dirakam melalui kamera.

Selepas keterangan melalui kamera, perbicaraan sodomi II ditangguh ke 23 dan 24 November, untuk final submission, disusuli, keputusan Hakim Mohd Zabidin Md Diah, apakah Anwar sabit kesalahan meliwat atau dibebaskan.

Anwar menghadapi tuduhan meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah Kondominum, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Mahkamah Jalan Duta: Sodomi II: Pengarah HKL memberi keterangan

Datuk Dr Zalina Mat Zain, Pengarah HKL sejak tahun 2009, merupakan saksi pendakwaan yang pertama memberi keterangan yang berkaitan dengan keupayaan Anwar melakukan hubungan seks.

Sebelum ini, saksi alibi Anwar Dr Hoogland daripada Jerman, mendakwa Anwar tidak lagi mempunyai keupayaan melakukan seks kerana masalah saraf yang menyerang tulang belakangnya.

File kesihatan Anwar yang disimpan di HKL yang mengandungi nota catatan hasil pemerikasaan pada 16 Julai, 2008 dikemukakan kepada Mahkamah; antaranya tercatat tiada sebarang rungutan daripada Anwar mengenai tulang belakangnya.

Lim Guan Eng dan isteri membisu isu anak ramas buah dada

Lim Guan Eng enggan mengulas isu anaknya meramas buah dada seorang pelajar sekolah cina di Pulau Pinang. Demikian juga isterinya Betty Chew, enggan mengulas isu itu.

Sebaliknya Ketua Menteri Pulau Pinang itu mencabar Umno agar meneribatkan dakwaan itu di akhbar-akhbar dan media milik parti BN itu.

Sejak awal minggu lalu tersebar dengan meluas terutama oleh blog-blog pro BN, bahawa anak Lim Guan Eng yang bernama Marcus LWT terlibat meramas buah dada rakan sekolahnya.

Untuk menutup isu itu, dikatakan Lim Guan Eng berdamai dengan ibubapa mangsa dengan pemberian RM200 ribu agar supaya isu tersebut tidak terbongkar.

Sodomi II: Berjayakah 4 saksi pendakwaan menepis keterangan Dr Hoogland?

Dr Hoogland sebelum ini memaklumkan bahawa “sangat tidak mungkin” Anwar telah meliwat Saiful ekoran faktor usia dan juga masalah artritis teruk dan kerosakan saraf yang dialami Ketua Pembangkang itu.

Hoogland, yang mengendalikan pembedahan ke atas Anwar di Munich, Jerman pada 2004 berkata, Anwar berhadapan dengan tiga masalah iaitu stenosis leher, artrisis dan kerosakan laluan saraf yang tidak membolehkan beliau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang kuat.

Pakar itu berkata sudah pasti Anwar berhadapan dengan kesakitan yang teruk jika beliau mengadakan hubungan seks melibatkan posisi membongkok dan berlutut.

Untuk menepis keterangan Dr Hoogland tersebut, pihak pendakwaan akan menampilkan empat saksi baru akan mencabar penilaian pakar bedah ortopedik mengenai keadaan bahagian belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim, pasukan pendakwa memberitahu Mahkamah Tinggi semalam.

Saksi ketujuh pasukan pembela Dr Thomas Hoogland baru-baru memberi keterangan bahawa "sangat tidak mungkin" Anwar telah meliwat pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan ekoran keadaan bahagian belakang yang sakit dan tidak mampu melakukan aktiviti-aktiviti berat.

Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa empat saksi pihaknya akan mengetepikan keterangan Dr Hoogland tentang keupayaan Anwar melakukan perbuatan yang didakwa - meliwat Saiful.

Soalan-soalan, katanya akan dikemukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang merupakan timbalan ketua I, bahagian pendakwaan di Pejabat Peguam Negara.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata beliau akan mendengar keterangan itu hari ini.

Selain Hoogland, pihak pembelaan turut bersandar kepada keterangan dua saksi forensik dari Australia, Dr Brian McDonald and Dr David Wells.

Anwar, 64, menghadapi tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara di Kuala Lumpur antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Monday, October 17, 2011

Seorang jururawat HKL kritikal akbiat dibakar suami

AKIBAT cemburu yang melampau, seorang lelaki berusia 28 tahun yang juga suami kepada mangsa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru, KL, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa.

RM200 ribu tutup mulut ramas TETEK

SUATU ketika dahulu, Lim Guan Eng sanggup masuk penjara kerana membela seorang gadis melayu bawah umur, kononnya dirogol oleh mantan Ketua Menteri Melaka, TS RTC.

Kini, Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tidak sanggup pula memenjarakan anaknya sendiri kerana meramas tetek seorang gadis cina berumur 16 tahun, teman sekolah anaknya. Malah, Lim Guan Eng sanggup membayar RM200 ribu agar supaya kes tersebut ditutup.

Double standard!!! cerita sebenarnya klik disini dan disini

Sunday, October 16, 2011

Kenyataan Aziz Bari terhadap Titah Sultan Selangor-Kurang ajar: Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Profesor Dr Abdul Aziz Bari (gambar) berhubung titah Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini “sebagai kurang ajar.”

Beliau berkata, kenyataan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu bertentangan dengan moral masyarakat timur dan boleh disifatkan sebagai kurang ajar dalam budaya Melayu.

“Sama ada ia melanggar undang-undang, saya tidak tahu, tetapi dari segi moral, ia kurang ajar,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Dr Mahathir, Canselor Universiti Teknologi Petronas, diminta mengulas kenyataan Aziz yang disiarkan Malaysiakini bahawa tindakan Sultan Selangor campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja bukan sesuatu tindakan yang lazim.

Aziz dilaporkan berkata, sebagai Ketua Agama Islam di Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhak campur tangan, namun ia perlu dilakukan selaras dengan ajaran Islam.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan pemimpin Umno membuat laporan polis agar dikenakan tindakan ke atas Aziz.

Dalam kenyataannya hari ini, Aziz berkata beliau sedang mengkaji dengan serius untuk menyaman Utusan Malaysia dan media lain yang menurut beliau telah memutar belit kenyataannya tentang titah Sultan Selangor.

Kata pakar perlembagaan ini, pihak-pihak terbabit sepatutnya mengulas dan menganalisis pendapat beliau, bukannya menuduh “derhaka” dan meminta pengurusan Universiti Islam Antabangsa mengambil tindakan ke atasnya.

“Saya tidak pernah menafikan kuasa Sultan sebagai ketua agama; malah saya akui kuasa itu. Saya hanya komen bagaimana kuasa itu digunakan,” kata beliau.

Aziz berkata di bawah undang-undang Malaysia tidak ada konsep derhaka atau kurang ajar.

“Tuduhan derhaka dan kurang ajar itu mahu memprovokasi masyarakat supaya membenci saya. Mereka juga putar belit kenyataan saya kononnya saya enggan minta maaf,” kata beliau lagi.

Blog Archive