Friday, September 30, 2011

Menurut PAS- Undang-undang HUDUD ditolak oleh UMNO bukan DAP

Susulan mesyuarat Pakatan Rakyat pada Rabu, PAS menegaskan yang menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah Umno bukannya DAP — rakan komponen dalam perikatan mereka berusia tiga tahun.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak.

“Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“DAP berpendapat ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.

“Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguatkuasakannya,” katanya.

Oleh itu kata Tuan Ibrahim, jelas yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun dan bukannya DAP.

“DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan,” kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim menambah, PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini.

“Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf. Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya,” katanya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata, Umno yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

“Ini bukan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini,” tambah beliau.

Pada mesyuarat MPP tersebut, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu ‘panas’ minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

Justeru kata Tuan Ibrahim, keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat kelmarin ternyata jauh lebih baik daripada pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Minggu lalu Najib menegaskan hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini manakala timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno tidak menolak hudud tetapi kini bukan masanya untuk melaksanakan pendekatan itu.

“Sebagai ‘damage control’ ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini.

“Lima puluh empat tahun memerintah tapi dalam keadaan kononnya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah,” kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim juga memberitahu, pendirian orang bukan Islam “tidak menyokong” dan orang Islam yang “menghalang” amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini.

Beliau juga berkata, kini sikap menghalang Umno itu bertambah nyata apabila berhadapan tekanan MCA dan Gerakan yang terang terangan mengugut akan keluar dari gabungan BN seandainya Umno menerima hukum hudud.

MCA dan Gerakan hanya ugut nak keluar BN jika Umno nak laksana hudud kononnya ingin menjaga hak orang bukan Melayu, kata beliau sambil menambah, “tapi tidak pula kedengaran MCA dan Gerakan ugut nak keluar BN semasa Umno dan Perkasa sering menindas hak dan menggertak kaum bukan Melayu.”

“Bukankah itu menjadikan ugutan tersebut amat hiprokrit?” katanya lagi.

“Namun, hipokrit MCA dan Gerakan tidak setanding Umno. Apabila tercetus isu ini, Timbalan Presiden Umno terus menyatakan Umno turut menyokong hudud. Selepas ugutan MCA dan Gerakan, Najib terus mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Allah ini di Malaysia,” sambung Persurujaya PAS Pahang itu.

Oleh itu tambah Tuan Ibrahim, siap hipokrit Umno menyebabkan rakyat beragama Islam kini menuntut satu perisytiharan bila parti teras BN itu akan bersedia melaksanakan sistem perundangan syarak ini.

“Perisytiharan Umno ini juga sudah tentunya menyebabkan masyarakat Islam menuntut para ulamak dan ilmuan agama khususnya, untuk berfikir kewajaran mereka untuk terus berada dan menyokong Umno,” kata beliau.

PM menyeru usahawan Melayu jangan bergantung pada perlindungan kerajaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyeru golongan usahawan Melayu supaya tidak bergantung kepada perlindungan kerajaan semata-mata dalam mencapai kemajuan.

Berucap merasmikan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) di Serdang malam ini, Najib berkata, sebaliknya, golongan berkenaan perlu bergantung kepada kemampuan diri masing-masing agar bermaruah dan dihormati.

"Jangan laungkan hak saja, tapi lebih penting apa yang kita hendak lakukan dengan kuasa politik yang ada pada hari ini dengan wujudnya Umno.

Najib sebelum ini telahpun menyebut mengenai kuota bumiputera yang sedikit demi sedikit akan dihapuskan.

Dalam ucapannya hari ini, beliau cuba meyakinkan bahawa kerajaan tetap akan tetap memastikan hak golongan itu dapat disalurkan secara adil.

"Kerajaan putuskan, bila umum projek MRT, kita pastikan sebanyak 43 peratus daripada nilainya kita hendak beri kepada syarikat bumiputera.

"Kita tak ambil pada orang lain. Kita cetuskan projek baru supaya orang tidak rasa kita rampas hak orang lain supaya pembahagian saksama," katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan golongan berkenaan supaya terus menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan.

"Sebab masa depan tuan-tuan berkait rapat dengan untung nasib kerajaan.

"Kalau hendak bergantung harap, tuan-tuan dapat bergantung harap pada kerajaan yang ada sekarang," tambahnya.

Najib juga berkata, penubuhan MTEM merupakan salah satu jalan kepada usaha kerajaan untuk membuat perubahan dalam meningkatkan hak upaya golongan Melayu.

"Tidak boleh serahkan kepada kerajaan saja... Kita sebagai NGO mesti bangkit, berani tuntut perubahan dan apa yang patut diberikan.

"Perubahan dituntut sebab persekitaran berubah. Kalau bergantung kepada perlindungan (kerajaan), tidak boleh jamin kelangsungan kita," katanya lagi.

Terdahulu, pengerusi penganjur pelancaran berkenaan, Rizal Faris Mohideen berkatan MTEM ditubuhkan untuk menyatu NGO ekonomi Melayu dan golongan usahawan daripada kelompok kaum berkenaan.

Gabungan NGO tersebut mensasarkan untuk menggabung 100 buah organisasi dan menarik sebanyak sejuta orang ahli.

Thursday, September 29, 2011

Mat Sabu Kata pelaksanaan Hudud bukan tergantung Nik Aziz

Pelaksanaan undang-undang Hudud menurut Mat Sabu, bukan terletak pada Nik Aziz, sebaliknya terletak kepada keputusan Majlis Pemimpin Pakatan.

Melalui kenyataan Timbalan Presiden Pas itu, untuk pertama kalinya, kenyataan Mursidul Am Pas itu, tidak lagi menjadi panduan.

Sebelumnya, apa sahaja kenyataan Nik Aziz, juga merupakan pendirian Pas serta para pemimpinnya.

Nampaknya dengan kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas, parti itu benar-benar telah lari daripada perjuangan asalnya, yakni islam.

Pada Muktamar Pas baru-baru ini, perjuangan Islam telahpun digugurkan dan menggantikkannya dengan negara berkebajikan.

Namun, melihat kepada merundumnya sokongan akar umbi Pas khasnya di Kelantan, maka Nik Aziz terpaksa menimbulkan kembali isu undang-undang Hudud.

Nik Aziz malah berkata, tidak kisah, walaupun DAP meninggalan Pakatan, kerana isu hudud.

DAP dengan keras menentang pelaksanaan undang-undang Hudud.

Dalam mesyuarat MPP semalam, DAP membangkitkan tentangan keras terhadap niat Nik Aziz tersebut, walaupun ianya dilaksanakan di Kelantan.

Walaupun ISA dimansuh-Kerajaan tidak akan berkompromi soal keselamatan negara: Hisham

Kerajaan tidak akan berkompromi berhubung soal keselamatan, ketenteraman awam dan kedudukan negara dalam menggubal undang-undang baru bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketika memberi jaminan tersebut, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, bagaimanapun berkata beberapa peruntukan di bawah ISA akan dikekalkan, misalnya berkaitan dengan proses pemulihan terhadap orang tahanan.

"Daripada segi pemulihan, itu merupakan satu kekuatan yang amat diperlukan di mana kita ada kepakaran... saya percaya tidak akan disentuh (tidak dipinda).

"(Tetapi) daripada segi tempoh tahanan... dengan dunia yang serba canggih, mungkin tempoh itu tidak perlu begitu lama. Tetapi perkara itu sedang difikirkan dan digubal oleh Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan 25 anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang diketuai Presidennya, Datuk Ibrahim Ali di Putrajaya, hari ini.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia pada 15 Sept lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Dua undang-undang baru akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata pertemuan hari ini dengan PERKASA, yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar adalah bagi memberi penjelasan kepada pihak-pihak berkaitan berhubung dengan pemansuhan ISA.

"Perbincangan kita dengan PERKASA begitu rasional, tidak beremosi langsung dan perkara pokok ialah bagaimana kita mampu mengimbangi hak asasi dan juga isu-isu berhubung kait dengan keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata penggubalan dua undang-undang baru itu merupakan transformasi dan perubahan yang dilakukan kerjaaan bagi memastikan undang-undang negara sentiasa relevan seiring dengan landskap dunia sekarang.

Sementara itu, Ibrahim turut menyerahkan memorandum kepada Hishammuddin, yang antara lain pandangan daripada anggota badan bukan kerajaan itu berhubung keputusan kerajaan memansuhkan ISA.

Dalam memorandum tersebut, Ibrahim berkata pihaknya menyatakan bahawa soal keselamatan tidak boleh dikompromi dan ia mengatasi isu hak asasi manusia atau kebebasan bersuara di negara ini.

Beliau juga berharap kerajaan tidak terburu-buru dalam menggubal undang-undang baru itu dan pada masa sama, rakyat perlu bersabar dan tidak emosi.- Bernama

Jangan salah sangka mengenai Undang-undang Hudud: Dr Asri

Hukum hudud hanya mekanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu dan bukannya gambaran keseluruhan negara Islam, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Malah kata beliau, bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Asri (gambar) melahirkan pandangan ini ketika hukum hudud kembali sebagai isu kontroversi selepas PAS menggerakkan usaha ke arah itu 17 tahun lalu.

Minggu lalu beliau berkata belum ada masa yang kondusif untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

“Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir.

“Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya,” kata beliau dalam satu tulisan hari ini.

Asri berkata seseorang Muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisme mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Asri juga berkata ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan a-sunah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.

“Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam.

Katanya, dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum iaitu dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak dan dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya.

Asri menjelaskan, “dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan manakala dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan.

Sodomi II: Permohonan Najib-Rosmah didengar pada Isnin

Permohonan Datuk Seri Najib Razak dan isterinya agar dikecualikan daripada menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan didengar Isnin ini.

Mahkamah Tinggi menetapkan tarikh itu bagi membolehkan peguam Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor menyediakan jawapan ke atas afidavit dikemukakan oleh Anwar semalam.

Sodomi II: Mahkamah akan dengar permohonan Najib-Rosmah ketepi sepina

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini akan mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan.

Najib dan Rosmah membuat permohonan itu pada Rabu lalu melalui peguam cara mereka Hisyam Teh Poh Teik, - yang mana antara lain, mereka menafikan berkonspirasi untuk mengenakan Anwar.

Najib telah bertemu dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan dua hari sebelum kejadian liwat yang didakwa itu berlaku dan dikatakan telah meminta pengadu membawa aduannya kepada pihak polis.

Semalam, Anwar menjawab afidavit Najib dan Rosmah di mana beliau berhujah bahawa terdapat beberapa isu-isu dan soalan yang mana pasangan yang berkuasa itu perlu jawab di mahkamah.

Bagi Rosmah, beliau juga didakwa pernah berjumpa dengan rakan Saiful, Mohd Rahimi Osman, sebelum kejadian itu.

Setakat ini, masih tidak jelas sama ada perbicaraan akan diteruskan hari ini kerana peguam yang mewakili Najib dan Rosmah mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menjawap afidavit Anwar.

Undang-undang Hudud: Majlis Pemimpin Pakatan gagal rungkai-DAP tetap menentang PAS

Cadangan PAS untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam tadi.

Walaupun mesyuarat yang bertempat di Ibu Pejabat Pas, Kuala Lumpur itu mengambil masa berjam-jam dan tamat lewat malam tadi, tiada keputusan kesepakatan yang mampu dibuat mengenai undang-undang Hudud, yang menjadi pertikaian antara DAP dan PAS.

Walau bagaimanapun, mesyuarat itu hanya dapat merumuskan bahawa DAP akan terus menentang keras sebarang cadangan mengenai pelaksanaan Hudud, sementara Pas akan terus melaksanakannya.

Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan.

Turut hadir penasihat DAP, Lim Kit Siang; pengerusi DAP, Karpal Singh; presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Wednesday, September 28, 2011

Nama samaran "Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara" individu menghina Agong-tinggal di Sweden

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil tindakan berhubung kes menghina Yang di-Pertuan Agong di laman web sosial melibatkan seorang individu yang dikatakan tinggal di Sweden.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata SKMM telah berhubung dengan pengendali Facebook dan Twitter untuk memadamkan paparan yang dibuat oleh individu yang menggunakan nama samaran 'Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara'.

Namun, Twitter tidak dapat memenuhi permintaan itu, kata Rais kepada pemberita di sini, Rabu.

"Maklumat mengenai keluarganya sudah diperolehi dan telah dikemukakan kepada pihak Peguam Negara Isnin lalu," katanya, sambil menambah identiti individu berkenaan dikenal pasti dengan bantuan pihak berkuasa.

Menteri itu berkata, oleh kerana kes itu melibatkan individu yang tinggal di Sweden, dia tidak dapat dibawa pulang ke Malaysia kerana 'berada dalam perlindungan perjalanan antarabangsa'.

Bagaimanapun, Rais berkata SKMM telah berhubung dengan pihak Interpol yang memberi isyarat sedia bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia berhubung kes itu.

Menurutnya individu terbabit berdepan dengan tindakan undang-undang jika dia pulang ke tanah air.

Rais menegaskan tindakan menghasut, memperkecilkan agama atau menghina raja adalah kesalahan besar.

Menteri itu berkata, beliau telah memaklumkan perkembangan kes itu kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Seri Paduka telah menzahirkan pandangan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri.- BERNAMA

Sodomi II: Anwar mahu tahu apa yang berlaku pada 24 Jun, 2008-Pertemuan Saiful-Najib-Rosmah

Sodomi II yang melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah kejadian yang berlaku pada 26 Jun, 2008 antara pukul 3.01-4.30 petang di sebuah Kondominum, di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Bukti-bukti CCTV, mengenai kejadian itu telahpun disahkan oleh mahkamah.

Persoalannya, kenapa kah Anwar Ibrahim, mahu mengetahui kejadian pada 24 Jun, 2008, di mana menurut Anwar, ada pertemuan antara Najib-Rosmah-Saiful.

Menurut Anwar melalui afidivatnya untuk membalas afidivat Najib-Rosmah yang mahu mengenepikan sepina untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi pembelaan yang akan didengar esok (29,Sept)-bahawa Anwar hanya mengetahui tujuan apa perjumpaan antara Najib-Rosmah-Saiful pada masa itu, bukannya menuduh pasangan negara itu, sebagai pelaku konspirasi mengenai sodomi II.

Najib-Rosmah bertegas, bahawa kesaksian mereka, tidak relevan dengan perbicaraan sodomi II, kerana perjumpaan dengan Saiful tidakpun membincangkan mengenai meliwat oleh Anwar terhadap mangsa (Saiful), sebaliknya, perjumpaan itu, kerana Saiful ingin mendapatkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.

Berjaya kah Anwar meminta Mahkamah agar Najib- Rosmah menjadi saksi pembelaan, atau berjaya kah pasangan itu mengenepikan sepina, sama-sama kita tunggu, keputusan Hakim Mohd Zabidin Md Diah, esok di Mahkamah, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Apa masalah BERSIH lagi??

Sepatutnya pengharaman BERSIH secara automatik telah ditarik balik, memandangkan ISApun telah dimansuhkan.

Apa yang dikhuatirkan tentang BERSIH? Bersih hanya merupakan nama kepada Himpunan lebih 60 NGO.

Seharusnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) syorkan kepada Bersih untuk mendaftar kepada ROS, agar ianya menjadi pertubuhan sah.

Bersih menjadi perhatian apabila berjaya meghimpun ribuan penunjuk perasaan terutama penyokong pembangkang dan turut disertai para pemimpin pembangkang, seperti Anwar Ibrahim, Hadi Awang, namun kelibat pemimpin DAP langsung tidak kelihatan pada perhimpunan 9 Julai itu, di seluruh kawasan Kuala Lumpur untuk menuntut Pilihanraya yang adil.

Tindakan pihak polis terhadap himpunan 9 Julai itu telah mencalarkan nama Perdana Menteri, sehingga semasa lawatan ke United Kingdom, secara simbolik Najib disambut dengan warna kuning, warna pilihan Bersih.

Piha polis terpaksa mengambil tindakan terhadap himpunan itu, disebabkan syor Perdana Menteri, agar himpunan itu diadakan di sebuah Stadium di luar Kuala Lumpur, tidak diterima oleh Ambiga sebagai penganjur, sebaliknya penganjur berdegil menggunakan Stadium Merdeka.

Tuesday, September 27, 2011

Disebalik desakan Mahfuz Omar desak tubuh RCI siasat Tan Sri Gani Patail

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan rasuah dan "penyelewengan proses perundangan" oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Mahfuz berkata dakwaan itu dibangkitkan banyak pihak, termasuk oleh penulis Raja Petra Kamaruddin, bekas panel pencegahan rasuah Tan Sri Robert Phang, serta didedahkan dalam surat terbuka bekas ketua siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mahfuz, jika dakwaan-dakwaan itu benar, ianya satu pencemaran terhadap institusi peguam negara yang diwujudkan dalam (kerangka) perlembagaan persekutuan..

Mahfuz berkata, suruhanjaya itu perlu ditubuhkan kerana institusi peguam negara mempunyai hubungan langsung dengan Perlembagaan Persekutuan dan perlantikannya dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Mahfuz, dakwaan berkaitan, antaranya berhubung tuduhan terlibat memalsukan fakta dan bukti dalam kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, kes dengan Shahidan Shafie dan "penyelewengan proses perundangan" kes Altantuya Shariibuu.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata beliau "tidak nampak ada kesediaan" Abdul Gani untuk menyaman pihak yang membuat dakwaan tersebut kepadanya.

Mahfuz berkata peguam negara itu "tidak sukar" untuk mengambil tindakan saman contohnya kepada Mat Zain yang sentiasa berada dalam negara berbanding Raja Petra yang berada di luar negara.

"Tidak sukar kalau Tan Sri Abdul Gani hendak bersihkan nama untuk menyaman orang seperti ini yang membuat dakwaan salah laku beliau", lanjut Mahfuz.

"Oleh kerana Tan Sri Gani Patail nampaknya tidak ada kesediaan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada orang ini, bermakna dakwaan-dakwaan itu tinggal dalam keadaan yang mempunyai tafsiran berbagai-bagai, yang terus memberikan imej yang tidak baik kepada negara kita," katanya.

Sehubungan itu, tegas Mahfuz, menjadi tanggungjawab kerajaan "membersihkan keadaan ini" melalui penubuhan siasatan diraja demi menjaga nama baik dan kemuliaan institusi istana dan Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz menggesa kerajaan menubuhkan panel siasatan tersebut dengan segera dan jika tidak, beliau akan mengumpulkan tandatangan pelbagai pihak, termasuk anggota parlimen dan NGO, untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, dakwaan tersebut "bukan isu politik" sebaliknya merupakan soal keluhuran dan kewibawaan institusi dan peguam negara.

"Bagi saya laporan ini (di media dan internet) sudah cukup, yang terpapar dalam internet, surat-surat yang dikeluarkan oleh bekas ketua CID Kuala Lumpur, saya kira sudah cukup kuat untuk pihak berkuasa dalam negara kita ini mengambil langkah yang sewajarnya.

Monday, September 26, 2011

Isu Ekonomi merupakan faktor penentu pilihan rakyat pada PRU13

Tidak dinafikan bahawa pemansuhan ISA akan mempengaruhi aliran sokongan rakyat terutama pengundi melayu yang ekstrim, namun perkembangan itu tidak akan memberi impak besar.

Bagi rakyat bandar dan rakyat tertentu, memang benar pemansuhan ISA berimpak besar, namun bagi rakyat luar bandar, pemansuhan ISA sebenarnya tiada kesan-kesan apa-apa.

Sebenarnya isu ekonomilah yang sangat berimpak besar terhadap sokongan rakyat.

BN menghadapi masalah untuk mengekang kenaikan harga barangan, kerana trend itu menjejaskan taraf kehidupan sebahagian besar rakyat.

Pembendungan harga barangan yang terus meningkat akan lebih bermanafaat kepada kerajaan BN berbanding memenuhi karena pembangkang yang sibuk memperkatakan berbagai akta seperti ISA, akta mesin cetak dan sebagainya, yang tidak mempunyai erti yang besar terhadap kesejahteraan majoriti rakyat.

Tidak dinafikan, pemanasuhan akta seperti ISA akan menaikkan nama Perdana Menteri yang tercalar akibat tindakan terhadap Bersih2.0 pada 9 Julai lalu, namun impaknya tidak demikian, berbanding memperkenalkan perancangan atau tindakan untuk membaik pulih ekonomi.

Pasaran Saham negara misalnya, semakin menjunam, daripada 1560 mata, kini turun kepada paras sedikit diatas 1390-paras buffer.

Sekiranya melalui Bajet 2012, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tidak memberi penekanan dalam pembaik pulihan ekonomi dalam jangka pendek, sudah tentunya akan mempengaruhi persepsi rakyat majoriti terhadap keupayaan kerajaan BN.

Selepas krisis ekonomi pada tahun 1997-98, Perdana Menteri masa itu Tun Dr Mahathir Mohammad, memperkenalkan tindakan preventif dengan memperuntukkan 8 bilion projek-projek luar bandar bagi tujuan merancakkan perekoniman luar bandar, buktinya pada PRU 1999, BN menang besar walaupun menghadapi era reformasi yang sangat kencang.

Perdana Menteri tiada pilihan, satu tindakan segera perlu dibuat.

Sunday, September 25, 2011

Perkasa mahu serah Memo pada Mat Sabu-Bertukar menjadi pergaduhan

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai,” katanya.

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

Tiga adik beradik bangga jadi "Call Girl"

TERLUPA batasan agama untuk menjadi panduan hidup, tiga beradik yang mulanya ke pusat hiburan untuk berhibur dan mempunyai kekasih sebagai pengubat sunyi akhirnya hanyut dek godaan syaitan hingga ada yang sanggup menjual tubuh.

Disebabkan limpahan wang yang mampu diraih dengan mudah juga membuat ada antara tiga beradik liar dari Georgetown, Pulau Pinang itu rela menjadi “call girl” bagi dengan melayan lelaki kaya, kacak dan berkereta mewah hingga ke ranjang.

Wartawan Metro Ahad, Zuhainy Zulkifli berkesempatan bertemu dengan tiga beradik ini untuk mendengar sendiri pengalaman dan luahan rasa mereka.

AIZA (bukan nama sebenar), 26, anak ketiga dari lima beradik:

“Hidup saya mula menjurus ke arah perbuatan seks bebas bermula sejak usia 17 tahun selepas berkenalan dengan Saiful yang ketika itu berusia 18 tahun dari Alor Setar, Kedah.

Ketika itu saya bukan saja bangga menjadi teman wanita kepadanya disebabkan dia dikenali ramai di tempatnya tetapi Saiful yang selalu memberi wang dan membelikan pakaian berjenama menyebabkan saya mula gelap mata dan rela mengorbankan dara kepadanya.

Saya masih ingat semasa kami menyambut satu perayaan dan selepas melihat persembahan bunga api, Saiful mengadu tidak boleh memandu kereta kerana mengantuk dan memujuk saya supaya menginap di sebuah hotel tiga bintang.

Saya masih mentah ketika itu hanya menurut saja katanya, malah dia berkata akan menyewa dua bilik berasingan tetapi apabila tiba di hotel, dia beritahu semua bilik sudah penuh dan hanya ada satu bilik saja.

Pada malam itu jugalah mahkota diri saya diragut Saiful, malah kami beberapa kali terlanjur.

Bermula hari itu, kami sering melakukan perbuatan terkutuk itu, malah pernah beberapa kali melakukan seks dalam kereta berhampiran sebuah stadium di Alor Setar.

Saiful anak orang kaya kerana bapanya seorang ahli perniagaan terkenal. Setiap hari Sabtu, kami akan bertemu dan setiap kali kami berjumpa sekurang-kurang RM200 pasti masuk kocek.

Jumlah itu bagi saya yang hanya seorang pelajar tingkatan lima adalah cukup besar dan sebab itu saya tidak kisah untuk membiarkan dia meratah tubuh saya.

Setahun selepas berkenalan dengan Saiful, hubungan kami putus selepas dia melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di sebuah kolej swasta apabila dipaksa bapanya.

Saya yang seperti ketagih hubungan seks kemudiannya bertaut kasih pula kepada seorang pemain muzik berkumpulan yang terkenal, Azlan.

Hubungan saya dan Azlan hanya sekadar untuk melempiaskan keinginan seks masing-masing dan bukan kerana cinta.

Azlan juga seorang yang agak kaya, kacak dan digilai ramai gadis ketika itu membuatkan saya bangga diusung ke sana ke mari ketika dia melakukan persembahan jelajah negeri.

Saya berpisah dengan Azlan dua tahun kemudian dan selepas itu saya mula memburu lelaki kaya dan hidung belang tanpa mengira usia, namun tidak bagi lelaki biasa dan tidak berduit.

Ibu dan ayah tidak pernah bertegas dengan saya dan mereka hanya memberi teguran dan nasihat supaya meninggalkan kehidupan penuh dosa itu.

Pada usia remaja, saya tidak perlu bekerja seperti rakan yang lain, telefon saja lelaki yang saya kenal, mereka akan memberi saya wang dengan hanya perlu melayan nafsu dan tuntutan batin mereka saja.

Pada suatu hari, saya mendapat panggilan telefon daripada beberapa rakan yang mendakwa video seks mirip wajah saya tersebar di internet.

Saya tidak tahu siapa yang menyebarkannya kerana saya sudah tidur dengan beberapa lelaki dan akhirnya saya mengambil keputusan menetap bersama kakak sulung saya yang tinggal bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Cheras, Kuala Lumpur.

Ibarat lari dari mulut buaya, masuk ke mulut naga, saya sedari sikap kakak dengan saya sama saja. Sebut sahaja nama kelab malam, semuanya kami tahu dan kakak yang bekerja di sebuah butik pakaian juga memperkenalkan rakannya kepada saya, malah ramai juga yang sudah 'cuba' saya.

Dua bulan kemudian, saya bekerja di sebuah butik kecantikan sebagai mengisi masa lapang pada waktu siang. Dengan wang gaji, saya membeli sebuah kereta supaya nampak mewah bagi mengaburi mata lelaki.

Jika lelaki itu kaya, tinggi jugalah habuan yang akan saya dapat asalkan melayan mereka sebaiknya.

Kadang kala, terbit juga penyesalan di hati saya mengenai tahap pendidikan, pekerjaan dan seluruh kehidupan saya.

Ada rakan yang saya jumpa sudah bertudung dan mengenal tikar sembahyang sedangkan saya, membaca surah al-Fatihah pun sudah lupa.

Kakak kedua saya sering menghubungi saya dan kakak dengan menasihatkan kami supaya pulang ke pangkal jalan tetapi semua itu saya balas dengan gelak tawa.

Kini, saya tidak pasti berapa lama lagi kami adik-beradik akan terus berada dalam keadaan tersesat begini, adakah Tuhan akan mengampunkan dosa kami yang sudah jauh tersesat ini.”

LILY (bukan nama sebenar), 29 tahun dan anak sulung dari lima beradik:

“Kehidupan saya dan Aiza tidak banyak bezanya tetapi saya jadi begini kerana seorang lelaki. Saya akui bahawa saya lebih pandai bersosial daripada Aiza kerana semua lelaki saya sapu.

Minuman keras pula sentiasa di tangan, pendek kata mahu sarapan pun dengan air kencing syaitan itu.

Saya pernah belajar di sebuah universiti tempatan di pinggir Kuala Lumpur selepas tamat tingkatan enam tetapi diberhentikan pada semester ketiga selepas pelajaran saya merosot.

Semua itu terjadi selepas kejutan budaya yang dialami menyebabkan saya berhibur setiap malam bersama rakan.

Saya tidak mahu pulang ke kampung kerana kehidupan di kota lebih seronok, malah saya langsung tidak menjenguk keluarga dan hanya menelefon mereka sebulan sekali.

Saya berkenalan dengan Rizal yang berusia 26 tahun ketika itu, bekerja sebagai penjual kereta. Kehidupan saya mewah kerana dia juga membela saya ketika baru berusia 21 tahun di rumah yang saya tinggal sekarang di Cheras.

Dia mengajar saya merokok, meneguk arak, malah dia sering berkunjung ke rumah sewa saya bagi memadu kasih.

Rizal yang sudah mempunyai tunang ketika itu tetapi dia bijak menyembunyikan hubungannya dengan saya.

Pada hujung minggu, Rizal akan ke Johor Bahru berjumpa tunangnya dan pada ketika itulah saya mengambil peluang memberi layanan istimewa kepada beberapa rakan lelaki lain yang sanggup memberi wang.

Dua tahun kemudian, kira-kira tiga bulan sebelum Rizal berkahwin, kami ditangkap basah. Saya pulang ke Pulau Pinang pada malam itu juga bersama Rizal selepas diikat jamin.

Ayah dan ibu hanya diam membisu, malah bersetuju saja dengan keputusan kami yang mahu segera berkahwin.

Rizal pula berdepan dengan masalah apabila keluarga tunangnya minta ikatan diputuskan. Sebulan kemudian kami berkahwin tanpa restu keluarga Rizal.

Mungkin perkahwinan yang tidak diberkati, kami bercerai enam bulan kemudian. Dengan gelaran janda pada usia 24 tahun, saya kembali liar dan berpeleseran di kelab malam.

Kegiatan saya lebih rancak selepas Aiza tinggal di rumah saya, malah bekas suami juga sering berkunjung ke rumah bagi menghilangkan rindu sedangkan saya sendiri sudah tidak mempunyai perasaan terhadapnya.

Rizal tetap membayar sewa rumah dan memberi wang perbelanjaan menyebabkan saya sendiri tidak kisah dengan perbuatan itu.

Namun, tidak pernah pula Rizal mencuba Aiza serta menyayangi Aiza seperti adiknya malah dia sering membawa kami pergi bercuti.

Dengan hidup yang bergelumang dosa, adik keempat saya juga sering berkunjung ke rumah saya kerana menyambung pelajaran di universiti tempatan di Shah Alam.

Setiap hujung minggu, dia akan datang ke rumah saya bagi menikmati kehidupan sosial seperti kami. Shila tidak berminat melakukan hubungan seks berbayar tetapi dia lebih cenderung secara ringan-ringan.

Saya terfikir, adakah dosa saya ini diwariskan kepada dua adik saya dan apakah ibu bapa masih mahu menerima kami selepas mereka tahu kegiatan kami? Saya dan Aiza tidak berani menjejak kaki ke rumah di kampung dan pulang hanya pada Aidilfitri.

Selepas memohon ampun dan maaf, kami terus pulang ke ibu kota. Panas rasanya berada di kampung.”

SHILA (bukan nama sebenar), 24 tahun dan keempat daripada lima beradik:

“Antara lima beradik, saya paling bijak dalam pelajaran malah tidak pernah mengabaikannya. Begitu juga ketika menuntut di universiti, saya hanya bersosial setiap hujung minggu dan turut menerima wang tambahan dari kedua kakak saya bagi membeli keperluan belajar.

Ketika pertama kali pergi ke rumah kakak keempat saya itu, agak terkejut apabila terdapat tiga lelaki ada dalam rumahnya termasuk bekas abang ipar yang sedang berbaring di bilik tidurnya.

Saya tanya kepada Lily, tetapi dia hanya tersenyum dan mendakwa itu adalah perkara biasa jika menetap di Kuala Lumpur.

Pada malam itu, saya dibawa ke sebuah pusat hiburan dan agak kekok dengan suasana baru.

Namun sedikit pun saya tidak berminat menyentuh minuman beralkohol yang dipesan Lily malah beberapa lelaki menawarkan RM400 bagi mencuba saya tetapi saya tolak dengan baik.

Tetapi selepas itu, saya semakin seronok apabila diraba rakan Lily dan Aiza. Akhirnya saya tewas dan terjebak dengan aksi ringan-ringan.

Mereka membayar saya RM300 sebagai duit poket dan jumlah akan ditambah jika saya ikut mereka balik ke rumah tetapi saya masih sayangkan dara saya dan tidak mungkin akan menyerahkannya kepada sesiapa sebelum berkahwin.

Namun, bagi saya wang bukanlah segalanya. Saya berkenalan pula dengan Shafiq yang berusia 27 tahun dan dia seorang pemain gitar di sebuah kelab.

Shafiq seorang yang baik, jauh sekali meminta tubuh saya dan saya senang ketika bersamanya. Saya tidak pasti berapa lama hubungan kami dapat bertahan kerana saya mula mengharapkan Shafiq dapat membawa saya keluar dari keseronokan hidup ini.

Hiburan yang kami nikmati saban malam, kadang kala membosankan. Kini saya mula rasa bersalah kepada keluarga.

Pernah saya menangis apabila teringat wajah ibu yang menyediakan sarapan semasa saya hendak pulang ke kampus dan wajah ayah yang sudah tua dengan topi lusuhnya mengusung beg ke kereta buruknya.

Ibu hanya suri rumah, ayah pula seorang pesawah, siapa pula yang mahu menemani mereka di hari tua.

Jika dulu, saya jarang pulang ke kampung kerana terpengaruh dengan rentak hidup Lily dan Aiza, kini Shafiq akan menemani saya sebulan sekali pulang ke kampung bagi menjenguk keluarga.

Kini saya bekerja di sebuah jabatan kerajaan sebagai penolong pembantu tadbir. Gaya hidup saya kini lebih kepada melepak di kedai makan bersama teman tetapi tabiat merokok saya masih sukar dibuang.

Hubungan saya dengan Lily dan Aiza tidak pernah renggang, saya juga sering mengikut mereka bercuti di beberapa pusat peranginan dalam negeri.

Siapa kata Umno mahu laksana Hudud?: Chua Soi Lek merapuh

Kenyataan Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek, bahawa parti itu akan keluar BN, jika Umno melaksanakan undang-undang Hudud, adalah kenyataan merapuh.

Sejak bila Umno mengatakan bahawa akan melaksanakan undang-undang Hudud di negara ini?

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Timbalan Presdien Umno, adalah pada dasarnya undang-undang Hudud itu baik, namun ianya tidak sesuai dilaksanakan di negara ini, memandangkan situasi dan kondisi negara.

Malaysia didiami oleh pelbagai kaum, berbilang agama dan berbilang budaya, justru itu, Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan.

Malah Perdana Menteri- menegaskan bahawa BN tidak akan melaksanakan undang-undang hudud. Keputusan telahpun dibuat sejak tahun 1994, melalui surat Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir kepada Menteri Besar Kelantan-Datuk Nik Aziz, yang menguraikan sebab musabab kenapa undang-undang Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Semalam, Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir turut berkata bahawa, Umno tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu hendak melaksanakan hukum hudud.

Tun Dr Mahathir mengulas twitter Chua Soi Lek-bahawa MCA akan keluar BN, jika Umno melaksanakan Hudud.

Malah Tun Dr Mahathir berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan kerana ia tidak menguntungkan BN.

Dr Mahathir berkata jika MCA keluar BN, ia sudah tentu menguntungkan DAP.

Saturday, September 24, 2011

Negara Islam: Karpal Singh terus bidas Nik Aziz

Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang menyatakan DAP boleh memilih untuk keluar daripada pakatan pembangkang sekiranya membantah rancangan PAS menubuhkan sebuah negara Islam.

Karpal berkata isu berhubung negara Islam telah pun diketepikan dengan resolusi yang diterima pakai pada muktamar PAS yang diadakan tahun ini, dan menggantikannya dengan konsep negara berkebajikan.

Karpal menyebut resolusi PAS bahawa parti itu tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.

Karpal juga mengeluh dan berkata bahawa beliau sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu.

Pemimpin Pakatan Rakyat umumnya tidak bersetuju hasrat kerajaan PAS Kelantan, walaupun pemimpin umum PKR Anwar bersetuju untuk melaksanakan hukum Hudud dan hasrat parti itu menubuhkan negara Islam. -BERNAMA

BN usul jawatan TPM ke-II daripada Sabah dan Sarawak

Usul pewujudan jawatan timbalan pengerusi BN kedua dari kalangan parti komponen BN Sabah dan Sarawak perlu dibawa ke dewan tertinggi BN untuk dibincangkan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau diminta mengulas usul Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) supaya jawatan tersebut diwujudkan dan penjawatnya dilantik timbalan perdana menteri kedua bagi mengimbangi pelaksanaan dasar pembangunan antara semenanjung, Sabah dan Sarawak, sesuai dengan konsep perkongsian sama rata semasa penubuhan Malaysia.

Muhyiddin berkata perkara itu adalah lebih baik dibincangkan dalam forum dewan tertinggi BN daripada diperdebatkan secara terbuka.

"Saya fikir kalau ada apa-apa pun, cadangan itu boleh dibawa ke pimpinan tertinggi kita. Kita ada saluran iaitu jawatankuasa tertinggi BN di mana semua pemimpin-pemimpin duduk di situ dan kemukakan apa saja perkara yang hendak dikemukakan.

"Dari situ nanti dipertimbangkanlah dan biasa sebelum suatu keputusan dibuat, mesti ada konsesus daripada ahli-ahli yang lain. Daripada kita cakap secara terbuka, lepas itu ada debat pro and kontra akhirnya kita tidak dapat apa-apa keuntungan yang mungkin tak beri kebaikan pada parti," katanya.

Muhyiddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan tritahunan ke-13 Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) di Pusat Kebudayaan Penampang hari ini.

Mengenai pembahagian kerusi di kalangan komponen BN menjelang pilihan raya umum akan datang, Muhyiddin berkata besar kemungkinan parti-parti komponen BN akan mengekalkan kerusi yang diperuntukkan sebelum ini kecuali "ada persetujuan parti-parti komponen BN bertukar kerusi".

"Tapi kalau nak ambil ini (tambah kerusi) lepas itu parti lain dapat kerusi yang kurang, masalah baru akan timbul," katanya.

Ditanya mengenai kerusi yang dahulunya dipegang oleh Parti Maju Sabah (SAPP) sebelum keluar daripada BN, beliau berkata soal parti mana yang diperuntukkan kerusi itu akan diputuskan kemudian.

"Mungkin Datuk Musa (Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah) ada pandangan, bincang dan bawa kepada pengerusi BN pusat dan kita akan bincangkan di sana. Kami akan bincangkan berdasarkan konsensus dan apa yang difikirkan sesuai," katanya.

Mengenai hasrat beberapa parti komponen BN untuk mendapatkan tambahan kerusi, Muhyiddin berkata BN mempunyai formula yang sudah lama digunapakai untuk menyelesaikannya.

"Biasanya setiap parti hasratnya dia mendapat perwakilan yang lebih dan perwakilan lebih itu menerusi kerusi-kerusi yang diberi kepada setiap komponen parti.

"Sebenarnya sejak dulupun sudah ada formula yang digunapakai baik di peringkat nasional, negeri-negeri atau bahagian dan itu dibuat berdasarkan muafakat," katanya.

Muhyiddin berkata: "Kita tahu kadang-kadang setiap lapan atau 10 tahun sekali ada persempadanan baru dan ada juga tambahan kerusi-kerusi yang baru disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpendapat mungkin kawasan itu perlu ditambah".

"Jadi kalau hal sebegitu berlaku biasanya parti-parti akan memohon supaya mereka mendapat kerusi yang lebih, jadi kalau sampai ke peringkat itu mungkin mudah sedikit, tapi kalau situasi sekarang semua nak tambah kerusi, kerusi mana kita mahu bagi," katanya.- Bernama

Najib dan Rosmah naik bas dalam program lawatan ke Perak

Buat pertama kalinya dalam siri menjelajah ke seluruh negara, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta anggota rombongan dibawa menaiki bas menelusuri jalan raya di Perak menuju ke destinasi yang telah diatur dalam lawatan kerjanya itu.

"Dulu naik kereta kali ini kita naik bas jumpa rakyat, mesejnya nak rasa bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

"Tak boleh pisah antara satu sama lain dan ini akan bawa pemimpin dekat dengan rakyat," katanya pada acara pertama lawatannya iaitu jamuan Aidilfitri bersama Perdana Menteri di Taman Soon Choon di Ipoh.

Lawatan itu melibatkan perjalanan dari Ipoh sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km di mana perdana menteri mendekati serta bermesra dengan rakyat berbilang kaum termasuk kaum Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Berucap di jamuan Aidilfitri itu, Najib mahu semua pemimpin BN menjelajah ke setiap pelusuk tanah air bagi mencari serta meraih sokongan baru terhadap BN sungguhpun parti telahpun mempunyai penyokong tegarnya sendiri.

"Kita tidak boleh beri perhatian kepada penyokong tegar kita sahaja," katanya sambil menambah sokongan terhadap parti tidak harus hanya di kalangan penyokong tegar seperti di dalam dewan (majlis) ini sahaja.

"Kita harus turun ke setiap ceruk pelosok negara dan setiap penjuru.. untuk meraih sokongan daripada mereka yang bakal menjadi penyokong kita," katanya di hadapan kira-kira 5,000 hadirin.

Najib yang juga pengerusi BN berkata pendekatan itu sejajar dengan Model Baru Ekonomi yang antara prinsip utamanya ialah konsep keterangkuman atau inklusif dan keadilan sosial.

Katanya, melalui konsep inklusif itu, kerajaan tidak mahu ada masyarakat yang rasa terkeluar atau terpinggir mana kala keadilan sosial itu bermakna kerajaan mahu memastikan semua golongan yang miskin dan kurang berkemampuan diberi bantuan.

"Ini barulah kerajaan yang dahulukan rakyat," katanya berucap pada majlis yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 tetamu terdiri daripada rakyat pelbagai kaum.

Najib berkata pendekatan turun padang dan tinjauan mesra yang beliau lakukan selama ini bertujuan untuk mendapat tahu masalah rakyat serta mencari jalan penyelesaiannya.

Mengenai sambutan yang diberikan penduduk, Najib berkata beliau terharu dengan sambutan yang diberikan dan diharap ia satu mesej jelas dari masyarakat bahawa majoriti rakyat menyokong BN.

Sementara itu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tetamu yang menghadiri majlis itu bertuah kerana perdana menteri telah membawa bersamanya "Murtabak Pekan" iaitu murtabak yang terkenal di Pekan, Pahang untuk dinkmati bersama.

Turut hadir pada majlis itu ialah ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman yang juga exco kanan kerajaan negeri.- Bernama

Isteri kedua seorang Datuk-Hari-hari mau

Harian Metro membongkar kelakuan seorang isteri Datuk yang mempunyai nafsu seks luar biasa, di mana Datuk itu terpaksa menceraikan wanita itu itu kerana tahap nafsu seks yang luar biasa.

Menurut akbar itu, biarpun sudah dua kali bercerai, seorang pelakon tambahan yang juga model iklan tetap mengganggu kehidupan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan dengan memberi alasan kemaruk seks sehingga sanggup bernikah secara ‘Cina buta’ selepas diceraikan talak tiga, semata-mata bagi memuaskan nafsunya.

Namun, walaupun berjanji akan berubah selepas ‘merujuk’ semula dengan suaminya, dia masih meneruskan aktiviti songsang bersama beberapa lelaki lain sebelum dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), minggu lalu.

Suaminya yang bergelar Datuk berumur 40-an, berkata selain kemaruk seks, isteri keduanya yang berusia 30-an, menggunakan kecantikannya untuk memerangkap lelaki bagi mendapatkan kesenangan hidup selepas melayani mereka hingga ke bilik tidur.

Bagi memerangkap mangsa, isterinya yang mendakwa ejen sebuah bank menawarkan bantuan kepada lelaki yang disasarkan untuk mendapatkan pinjaman peribadi atau perniagaan asalkan mereka sanggup melayan nafsu liarnya.

Katanya, dia diperkenalkan kepada isterinya yang ketika itu pelakon tambahan dan kakitangan sebuah syarikat produksi filem pada 2008 oleh kenalan dan berkahwin di Thailand, dua bulan kemudian.

Pelaksanaan HUDUD: Nik Aziz Karpal Singh main wayang

Pergaduhan olok-olok antara Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Karpal Singh berhubung pelaksanaan hudud cuma lakonan dan sandiwara supaya PAS meraih sokongan Melayu.

Sebelum ini Karpal membidas kenyataan Nik Aziz yang mengatakan bahawa undang-undang Hudud tetap dilaksanakan, walaupun DAP mengugut akan meninggalkan Pakatan tiga parti DAP-PAS-PKR. Menurut Nik Aziz, beliau tidak peduli, kalaupun DAP keluar Pakatan.

Kepimpinan Pas terpaksa kembali kepada agenda lama parti itu, atas sebab sokongan akar umbi parti itu semakin merundum, ekoran penggugran perjuangan islam yang diganti dengan Perjuangan Negara Kebajikan, sepertimana diluluskan oleh Muktamar parti itu di Shah Alam baru-baru ini.

Sebaliknya Karpal menganggap hukum Hudud tidak pragmatik, tidak kena pada masa, bercanggah dengan dasar Pakatan dan menimbulkan ketakutan bukan Islam.

Manakala Nik Aziz pula berkata tidak kisah DAP keluar Pakatan jika tidak setuju dengan pendiriannya kerana ia pernah berlaku dalam gabungan pembangkang melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) sebelum ini.

Nik Aziz terpaksa menimbulkan semua isu Hudud kerana kepimpinan tertinggi PAS sedar parti itu tiada lagi modal politik untuk menumbangkan Umno dan BN.

Kepimpinan Pas melihat, selepas pilihan raya umum 2008, banyak isu berkaitan kepentingan Melayu, bumiputera Sabah-Sarawak, kedudukan raja dan kepentingan Islam diganggu gugat DAP tetapi Pas bersikap berdiam diri, namun tindakan itu membuatkan sokongan kaum melayu terhadap parti itu semakin merundum.

Friday, September 23, 2011

ISA:Jika salah urus BN boleh hilang kuasa: IGP

Dalam pandangan yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan raya umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.

Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.

Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.

Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.

“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.

Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Jika Pas laksana Hudud-DAP akan keluar Pakatan-Biarkan kata Nik Aziz

Nik Aziz tidak kesah, apakah DAP akan keluar Pakatan, kerana PAS akan meneruskan pelaksanaan Hudud.

DAP pernah bergabung dengan S-46 dan Pas melalui Angkatan Perpaduan Ummah (APU) menjelang PRU-1990, namun DAP keluar daripada angkatan itu menjelang PRU 1994.Pada PRU-1994, kebanyakan pemimpin DAP kalah dalam pilihanraya itu, termasuk Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Pada pilihanraya 1999, sekali lagi mereka berkerjasama bersama-sama KeAdilan (kini PKR), namun kerjasama mereka itu tidak membawa impak dalam pilihanraya.

Kerjasama DAP dan Pas berulang lagi menjelang PRU-2008, dan ternyata usaha parti-parti itu berjaya apabila mampu mengenepikan kuasa 2/3 BN di dewan rakyat, dan mampu merampas 5 negeri.

Disebabkan keputusan PRU-12 itu, maka Pas begitu gahirah, sehingga parti itu menggugurkan perjuangan islam dan menggantikannya dengan perjuangan Negara Berkebajian pada Muktamar parti itu pertengahan tahun ini di Shah Alam.

Namun, selepas penggungguran islam sebagai asas perjuangan, Pas menyaksikan sokongan akar umbi parti itu begitu merundum.

Melihat hakikat itu, maka pucuk pimpinan Pas melihat, bahawa parti itu perlu kembali kepada perjuangan asal, khasnya pelaksanaan hudud.

Thursday, September 22, 2011

Bagimana individu boleh memiliki tanah seluas pulau? Hanya di Sabah berlaku

Pulau Mengalum, yang terletak dibarat laut Sabah atau kira-kira 60km daripada bandar Kota Kinabalu, diiklankan untuk dijual dengan harga RM54juta.

Pemilik Pulau itu sebelum ini adalah Jabatan Hewan Sabah, namun telah bertukar tangan melalui proses "land swap".

Sekiranya sebahagian Pulau itu berjaya dibeli oleh warga asing, sudah tentu ianya satu kehilangan kawasan ZEE bagi Sabah khasnya dan negara amnya.

Syogianya, pihak kerajaan baik Sabah atau Malaysia, perlu mempertahankan Pulau tersebut jangan terlepas ditangan warga asing.

Cukuplah kita kehilangan Pulau Batu Putih, di Selatan Johor.

Selain Pulau Mengalum, Pulau Pandanan yang berdekatan Semporna juga diiklankan untuk dengan harga RM33.8juta ditambah dengan Pulau Montokud yang berdekatan Papar-Sabah diiklankan untuk dijual dengan harga RM6juta.

Sepatutnya tiada tindakan mahkmah diambil terhadap Mat Sabu: Tun M

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata timbalan presiden PAS Mohamad Sabu sepatutnya dibiarkan supaya terus bercakap berhubung komunisme kerana ia akan memberi kelebihan kepada BN.

Menurut Tun Mahathir, kenyataan yang dikeluarkan Mohamad akan menyebabkan masyarakat marah dan akhirnya mengalihkan sokongan mereka kepada BN.

Dr Mahathir berkata, beliau berasa seronok sekiranya timbalan presiden PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, terus dibiarkan membuat kenyataan seperti itu.

"Kalau saya jadi PM, saya nak upah orang PAS supaya kata macam Mat Sabu. Apa pasal nak kenakan tindakan kepada dia.

"Biarlah dia pergi mana-mana, orang akan sakit hati bila dengar dia bercakap dan kita akan untung.

"Kerana marah kepada Mat Sabu, orang akan undi BN. Jadi dia perlu dibiarkan," katanya lagi dalam satu majlis bersama wakil rakyat BN di Kuala Selangor hari ini.

Kesihan wanita Kelantan-teramai dijangkiti HIV

Ini bukan propaganda politik atau menghina wanita Kelantan, akan tetapi berasaskan kepada data lima tahun lalu, bahawa setiap 100,000 penduduk Kelantan-47 daripadanya menghidap HIV dan daripada 47 itu, 37 adalah daripada golongan wanita.

Wanita Kelantan yang dijangiti HIV, berpunca daripada pasangan lelaki mereka.Perkara ini diperkuat kerana mudahnya aliran manusia antara Kelantan dan negara jiran Thailand. Di Thailand, kegiatan pelacuran adalah salah satu cabang industri, walaupun dalam undang-undang negara itu, pelacuran masih dianggap illegal.

Sejak 5 tahun lalu, jumlah wanita Kelantan yang menghidap HIV seramai 1,211 merupakan jumlah tertinggi di negara ini; diikuti oleh Johor-1,124 dan Selangor-1,107 demikian data yang didedahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Berasaskan kepada perkembangan jangiktan HIV ini, ramai yang mempertikai pendekatan kerajaan Pas Kelantan yang mengeistiharkan sebagai negeri serambi makkah.

Malah mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir berkata, kerajaan Pas Kelantan tidak mengajar rakyatnya mengenai agama, sebaliknya mengajar mereka tentang politik.

Sodomi II: 29 Sept dengar ketepi sepina Najib-Rosmah

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 29 September ini bagi mendengar permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka hadir memberi keterangan pada perbicaraan kes sodomi II.

Perkara ini disahkan oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan peguambela Anwar Sankara Nair selepas kedua-dua pihak bertemu di kamar hakim.

Najib dan Rosmah mengemukakan permohohan mereka semalam dengan empat peguam mewakili pasangan itu.

Mereka adalah - bekas timbalan pendakwa raya Salehuddin Saidin, peguam-peguam kanan jenayah Hisyam Poh Teik, M Athimulan dan Ghazi Ishak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh dalam perbicaraan itu, menyifatkan perkembangan terbaru perdana menteri sebagai tidak "cool", dan membidas usaha Najib yang cuba menukar imejnya sebagai 'sempoi' selaras dengan usaha mendekati rakyat, khususnya golongan muda.

Pada perbicaraan hari ini, DNA Australia Dr Brian McDonald diperiksa-balas oleh peguambela Ramkarpal Singh setelah dua hari berturut-turut disoal-balas oleh pihak pendakwaan.

Semalam, pihak pendakwaan cuba mempertikaikan kredibiliti Dr McDonald apabila mengungkitkan semula kes-kes mahkamah yang telah menolak keterangannya.

Wednesday, September 21, 2011

Wakil Rakyat BN termasuk daripada Sabah berkubu di Selangor

Kira-kira 240 wakil rakyat BN di seluruh negara hari ini 'berkubu' di Kuala Selangor dalam permukiman mereka di 891 peti undi dalam rangka merampas kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Permukiman yang disertai ADUN dan ahli kelab penyokong BN itu, akan berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini, dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Mereka menyusun jentera, berjumpa dan membantu peti undi tersebut termasuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin BN di peringkat bahagian, (dan) menyusun rancangan di peti undi itu

Program tersebut akan disertai seramai 150 ADUN yang melibatkan 45 daripada 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Antara mereka yang terlibat dalam program keluarga angkat ialah beberapa bekas menteri besar yang akan tinggal bersama dengan keluarga angkat.

Permukiman tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam esok di Perkarangan Tesco di Kuala Selangor jam 8.30 malam.

Sebelum itu, di sebelah petang pada hari yang sama, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyampaikan ceramah untuk menaikkan semangat jentera "bagi meneruskan momentum" menghadapi pilihan raya umum.

Ceramah bekas presiden Umno itu akan berlangsung jam 3 petang di Dewan Umno Kuala Selangor.

Majlis penutup permukiman tersebut - yang dijadualkan pada hari Jumaat - akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga timbalan presiden Umno dan timbalan pengerusi BN akan menyampaikan ucapan penutupan itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Meru jam 4.30 petang.

Sementara itu, pengerusi Kelab Adun BN Malaysia Datuk Nadzri Ismail dilaporkan berkata, ini adalah kali pertama program berkampungan itu diadakan di Selangor selepas Perak pada 2006 dan Pahang 2008.

Sodomi II: Kemungkinan DNA lelaki Y bukan daripada airmani tetapi kulit?

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini kembali bersidang mendengar perbicaraan Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbicaraan kini memasuki peringkat pembelaan dan saksi keempat pemguam bela, Dr Brian McDonald dijangka menyambung keterangannya untuk disoal balas Pendakwa Raya.

Semalam, saksi pakar Australia Dr Brian McDonald mengejutkan pihak pembelaan apabila, saksi pembelaan itu mengakui bahawa sperma boleh bertahan sehingga 113 jam dalam rektum.

9.58 pagi: Mahkamah mula bersidang.

9.59 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden bertanya kepada Dr Brian samada beliau pernah melakukan prosedur ‘differential extraction’.

Dr Brian bertanya kepada Yusof dan kelihatan tidak dapat menangkap dengan jelas perkara yang diucapkan Yusoff.

Peguam Anwar, Sankara berdiri dan memberitahu Hakim bahawaa Dr Brian sebelum ini pernah memberitahunya yang beliau kadangkala sedikit sukar memahami Yusof kerana or (accent) bahasa Inggeris beliau.

10.01 pagi: Yusof bertanya samada Dr Brian sendiri pernah menjalankan differential extraction?

Dr Brian berkata baru-baru ini beliau tidak menjalankan sebarang proses differential extraction tetapi beliau faham dan tahu prinsip-prinsipnya.

10.03 pagi: “Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak ‘membasuh’ sel epitelium?” tanya Yusoff.

“Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya,” kata Dr Brian.

Dalam perbicaraan sebelum ini, Dr Brian berjaya menimbulkan keraguan bahawa DNA lelaki Y mungkin berasal daripada sel bukan sperma kerana Dr Seah tidak ‘membersihkan’ sampel yang diperiksanya.

Ia mungkin mengandungi sel epitelium (sel kulit).

10.13 pagi: Yusof menunjukkan satu dokumen yang menyatakan ‘pencucian’ sel epitelium tidak ‘perlu’ dilakukan tetapi ‘dicadangkan’ sahaja untuk dilakukan.


10.18 pagi: Dr Brian berkata jika ia tidak ‘dicuci’ untuk membuang sel-sel bukan sperma terdapat kemungkinan DNA yang diperolehi bukan berasal dari sperma.

10.31 pagi: Yusof mempertikaikan kenyataan Dr Brian sebelum ini yang slaid perlu disediakan selepas proses differential extraction dibuat.

“Di manakah terdapat cadangan bahawa slaid perlu disediakan selepas differential extraction disediakan?” tanya Yusof.

10.36 pagi: Pertengkaran kecil berlaku di antara Yusof dan Dr Brian berkenaan penyediaan slaid.

Yusof mendakwa bahawa slaid tidak perlu disediakan jika sel sperma dan sel bukan sperma berjaya dipisahkan daripada sel sperma di bawah proses differential extraction.

Brian pula berkata slaid itu masih perlu disediakan untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma sudah berjaya dipisahkan.

10.52 pagi: Yusof bertanya soalan-soalan teknikal kepada Dr Brian tetapi Yusof hanya mahukan jawapan-jawapan ringkas dari Dr Brian yang menyokongnya.

“Awak boleh komen kemudian. Saya tidak mahu komen awak saya cuma mahu jawapan awak sahaja,” kata Yusof.

11.01 pagi: “Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?” tanya Yusof.

“DNA itu tidak memberitahu kita bahawa tiada air mani dari pengadu dari putik kapas,” kata Dr Brian.

11.05 pagi: Mahkamah berehat sebentar selama 15 minit

Mat Sabu dihadapkan ke mahkamah

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.Walau bagaimanapun,beliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.

Mereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Tuesday, September 20, 2011

Sodomi II: Dr Brian McDonald bukan pakar DNA

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden ke atas saksi pemebelaan - Dr Brian McDonald - pakar DNA dari Australia.

Yusof bermula dengan mempertikaikan kelayakan Dr McDonald. Katanya meskipun beliau kagum dengan kelayakan pakar dari Australia yang mendakwa dirinya seorang konsultan molekular genetisis, namun McDonald bukan seorang pakar.

Menurut Yusof, dunia DNA telah berkembang pesat dan mendakwa beberapa kelayakan yang pernah diperolehi oleh Dr McDonald sudah lapuk atau usang dan ketinggalan zaman.

Beliau kemudian bertanya sama ada pada tahun 2002 Dr McDonald dikehendaki untuk menghadiri mana-mana program peperiksaan.

McDonald menjawap tidak ada sebarang pensijilan formal dalam bidang itu.

Katanya, beliau adalah penilai makmal forensik bertauliah NATA bagi pensijilan ISO 17025.

Yusof terus mempertikaikan kelayakan Dr McDonald dan menegaskan bahawa kelayakan McDonald yang diperolehi pada tahun 1992 adalah usang kerana perkembangan pesat dalam dalam bidang tarikh berkenaan.

McDonald mengakui bahawa beliau dia tidak menghadiri kursus ujian DNA forensik sejak lulus peperiksaannya.

Yusof: Adakah anda pernah dilatih secara rasmi? Untuk mentafsir, menganalisis?

McDonald: Saya dilatih secara sah sebagai seorang saintis.

Yusof: Adakah anda melatih orang?

McDonald: Ya, dalam semua bidang termasuk tafsiran.

Yusof bertanya bagaimana McDonald telah memperoleh kepakaran dan pengalamannya dan Dr Mc Donald menjawap melalui kerja-kerja yang dijalankannya, melakukan ujian serta analisis.

Yusof: Bilakah kali terakhir anda menjalankan ujian DNA?

McDonald menjelaskan bahawa pada tahun 2004, "Saya telah menjalankan sebahagian daripada ujian berkenaan. Tugas itu kini dilakukan oleh robot. Saya seorang saintis kanan dan perkara itu dilakukan oleh orang bawahan dan robot."

Monday, September 19, 2011

Status Quo Politik Sabah sebelum PRU-12 perlu dipertahankan

Walaupun salah satu komponen BN-Sabah telah keluar BN Sabah selepas PRU-12 kerana akibat mendengar guruh di langit di sangka hujan akan turun, sepatutnya status quo politik di negeri di bawah bayu tersebut perlu dipertahankan.

BN-Sabah yang ditunjangi oleh Umno, dan turut diperkuat oleh PBS, UPKO, LDP dan MCA serta PBRS telah memperoleh kejayaan cemerlang untuk dua PRU berturut-turut perlu dipertahankan.

Walaupun parti Gerakan telah mengembangkan sayapnya di Sabah, namun parti itu tidak pernah bertanding di sebarang pilihanraya di Sabah.

Dua hari lalu, Datuk Gordon Leoang, Pengerusi Gerakan Sabah, menyuarakan akan mempertahankan kerusi Karamunting, yang mana asal kerusi tersebut adalah kerusi LDP, selain dua kerusi yang asalnya dimenangi melalui parti SAPP.

Semua rakyat tahu, bahawa jika bukan kerana melompat, parti Gerakan tidak mungkin mempunyai sebarang kerusi di DUN Sabah.

Jika sekiranya undang-undang anti lompat yang diperkenalkan sebelumnya tidak dibatal, maka parti Gerakan tidak mungkin mempunyai sebarang kerusi.

Sebagai penyokong BN, AYT merasakan adalah tidak gentlemen jika pucuk pimpinan BN, akan memberi laluan mudah kepada individu yang bertukar parti, walaupun ianya berlaku dalam keluarga BN sendiri. BN perlu ada disiplin dan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua.

Jika ADUN/MP BN boleh melompat dari satu parti ke parti lain, apa gunanya mempunyai gabungan antara parti-parti?

AYT yakin, pucuk pimpinan parti baik pusat mahupun negeri telah mengambil kira perasaan ahli-ahli parti komponen.

AYT bukanlah anti parti Gerakan, akan tetapi perlu juga diambilkira fakta yang membelakangi parti itu. Parti itu, sebelum PRU-12 menguasai Pulau Pinang, namun pada PRU-12 lalu, parti itu telah kalah teruk, termasuk Presidennya telah kalah.

Rakyat Pulau Pinang khasnya dan rakyat Semenanjung amnya telah menolak parti Gerakan. Kenapakah rakyat Sabah memberikan laluan mudah kepada parti yang telah ditolak?

Sabah bukan tempat untuk uji cuba. Sabah adalah untuk parti-parti yang masih mendapat sokongan rakyat.

Seharusnya dan satu kemestian, bahawa status quo tahun 2008, perlu dipertahankan demi kecemerlangan BN pada PRU-13 akan datang. Jangan cemari kombinasi yang terbukti telah berjaya. AYT rasa, Pengerusi BN Sabah- Datuk Seri Musa Aman akan sependapat.

Sodomi II: Benarkah pakar DNA Malaysia sembunyi DNA lelaki X?

Pihak pembelaan dalam perbicaraan liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini menimbulkan kemungkinan sampel yang diambil dan diuji oleh ahli kimia dicemari tetapi hakikat itu diabaikan.

Tumpuan adalah terhadap calitan kapas B9 yang diperolehi dari kawasan rektum Mohd Saiful Bukhari Azlan dan tuala putih yang diperolehi daripada sel Anwar apabila beliau ditahan semalaman.

Ram Karpal, yang menyoal balas berkata demikian berikutan penemuan 18 allele yang menunjukkan kemungkinan kehadiran orang ketiga.

Katanya, keraguan timbul tentang prosedur standard makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM) bersabit sampel DNA yang diperolehi daripada pengadu Saiful Bukhari.

Pakar DNA Australia Dr Brian McDonald berkata kedua-dua ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon - tidak sepatutnya mengabaikan pencemaran berkenaan.

"Mereka sepatutnya menjalankan ujian lanjut untuk memperkuatkan penemuan tentang 18 allele itu," kata McDonald.

Katanya, berdasarkan laporan pakar kimia tempatan itu, mereka telah menemui tiga sampel DNA dari dubur Saiful.

Namun Dr McDonald berkata Seah tidak menyatakan dalam laporannya akan kehadiran DNA individu ketiga yang menyumbangkan bacaan tinggi melalui ujiannya selain daripada Saiful dan 'lelaki Y'.

"Dia (Seah) menemui DNA lain tapi dia tidak melakukan apa-apa," katanya.

Apabila ditanya oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah mengapa ini adalah perlu, Dr McDonald menjawab kerana lebih banyak ujian diperlukan bagi mengenal pasti milik siapa DNA itu (pada 18 allele).

NONE"Kedua-dua mereka (Seah dan Nor Aidora) tidak menawarkan apa-apa penjelasan mengapa ujian lanjut tidak dilakukan."

Justeru katanya lagi, pakar kimia tempatan itu telah mengabaikan beberapa garis panduan asas makmal untuk memastikan sampel DNA diasingkan sepenuhnya daripada benda asing.

"Dia tidak boleh mengatakan ia milik sesiapa... hanya jika dia melihat melalui mikroskop dan memastikan sampel hanya mempunyai ekstrak sperma asli," katanya lagi.

Pemansuhan ISA: Akui saja disebabkan desakan pembangkang-apa masalahnya?

Perisytiharan penghapusan ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar. Tetapi yang pelik, mereka yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.

Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno itu penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian.

Pada tahun 2009, kerajaan BN berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan “bukannya memansuhkan ISA.”

Malah pada bulan Disember 2009, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa “semua pihak” sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

Pakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta itu meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli perdana menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga.

Malah, Najib menyuarakan bahawa “inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.”

Mana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak kanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit?

Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka PERKASA selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata?

Tetiba, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan… sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat.

Cukup marah nampaknya perdana menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel.

Media perdana kini terus memberikan bayangan bahawa perdana menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA sehinggakan Datuk Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka perdana menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau.

Sementera itu, PAS masih meneliti secara dekat hasrat kerajaan itu dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan “pengganas” yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.

Tafsiran “pengganas” dan “ancaman” ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran siapa? Semuanya masih samar dan tidak diketahui.

Namun, kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman itu kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan.

Apa yang menjadi keraguan rakyat ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan segolongan yang berkepentingan.

Ini ditambah pula dengan pelbagai janji yang kini menjadi retorik, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian.

Pada masa yang sama, rakyat kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan pemansuhan ISA?, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, akan turut terhenti daripada terus berlaku?

Pemuda Keadilan mahu polis siasat rakaman CCTV memaparkan Anwar

Pemuda PKR (AMK) semalam membuat laporan polis terhadap penulis blog pro-BN dikenali Papa Gomo kerana memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dikatakan menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di tempat berlaku aksi seks.

Laporan itu dibuat timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di balai polis Jalan Dang Wangi di ibu negara.

Dalam laporannya, Rozan mendesak polis meyiasat dan bertindak segera kerana beliau bimbang pendedahan video "bersifat pornografi" itu akan memberikan kesan buruk kepada masyarakat.

Katanya, pendedahan video itu juga menyebabkan kekeliruan di kalangan orang awam, mempermainkan undang-undang shariah, berniat jahat (mala fide) dan bersifat ancaman apabila dinyatakan akan ada video susulan yang berkaitan isu ini.

"Adalah jelas bahawa beliau secara terus terang menuduh dan mengaibkan nama baik Datuk Seri Anwar Ibrahim," dalam laporan polis itu.

"Tambahan juga, pada pandangan saya, beliau harus disiasat segera daripada sumber mana beliau mendapat rakaman video berkenaan kerana menyatakan mempunyai bahan yang lain didakwa sebagai bahan bukti dan akan didedahkan kelak."

Sebelum ini, Trio Datuk T telahpun mengaku salah sebagai sumber rakaman video seks yang membabitkan Anwar dengan pelacur berbangsa cina yang tidak dikenali.

Saturday, September 17, 2011

Pemansuhan ISA satu tindakan yang progresif

Sekalung bunga diberikan kepada YAB Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, serta kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN atas pengumuman beberapa inisiatif penting di dalam tranformasi politik negara melalui ucapan DS Najib diambang menyambut Hari Malaysia, yang merangkumi pemansuhan, kajian semula dan penggubalan pelbagai akta, demi perubahan dan tuntutan zaman, dalam usaha menjadi sebuah negara moden lagi progresif.

Medan dan perbatasan politik masa kini menuntut kepada pendekatan substantif berupa hasil, aksi dan tindakan dan bukannya tawaran sandiwara, hanya janji atau retorik.

Sehubungan dengan itu, langkah berani dan jitu perdana menteri tersebut membuktikan bahawa transformasi politik dan juga ekonomi yang diketengahkan oleh kerajaan adalah bersifat konkrit dengan ketegasan kepimpinan dan gerak kerja yang serius bagi memastikan kejayaannya.

Pada masa yang sama, dari segi perinciannya, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) yang sudah beroperasi lebih dari 50 tahun di negara ini, yang bakal digantikan dengan dua akta anti keganasan, adalah suatu yang bertepatan dan serasi dengan tuntutan zamannya.

Oleh itu AYT amat meyokong tindakan itu dan juga komitmen kerajaan bahawa sebarang penahanan tidak akan berlandaskan pemahaman ideologi politik semata-mata.

Di samping itu, AYT juga menyokong penuh usaha bagi menggubal dua akta baru yang khusus bagi mengisi keperluan aspek pencegahan di dalam menjaga ketenteraman dan keselamatan awam negara, terutama sekali bagi menangani aktiviti berupa keganasan daripada berputik dan menular di negara yang kita cintai ini.

Dalam pada itu, demi kebebasan media yang berpandukan kebertanggungjawaban, AYT begitu mengalu-alukan kesedian dan keputusan kerajaan untuk mengkaji semua Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) yang mana melibatkan penghapusan pembaharuan tahunan yang akan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Namun AYT tidak menyokong perancangan dan kesediaan kerajaan bagi memansuhkan perundangan lama seperti Akta Buang Negeri 1959 dan juga Akta Kediaman Terhad 1933, kerana akta itu difikirkan masih diperlukan bagi mengekang kegiatan-kegiatan "under world" seperti perdagangan manusia, pelacuran, perjudian dan pengubahan wang haram,serta kegiatan penjualan dadah yang masih merupakan ancaman dalam negara pada masa ini.

Namun, secara keseluruhannya, segala usaha tersebut membuktikan kesungguhan, komitmen dan keseriusan kerajaan menterjemahkan makna dan hasrat perubahan di dalam gagasan transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri.

Ia juga membuktikan bahawa BN bukan sahaja wira dan peneraju politik baru berasaskan penyelesaian masalah dan keperluan rakyat tetapi juga berani menakhoda zaman di dalam aspek nilai-nilai demokrasi, ketelusan serta hak asasi rakyat.

Namun demikian, segala perubahan ini juga menuntut kepada anjakan minda dan kesediaan semua untuk kita memacu agenda transformasi ini dengan tuntas dan deras.

Oleh itu, AYT berharap jika bukan kesemua rakyat menyambut baik gagasan PM tersebut, namun setidak-tidaknya majoriti akan menyokongnya demi melahirkan era politik baru berlandaskan demokrasi, kebebasan dan keadilan.

Pelajar IPTS dan IPTA sambut merdeka dengan Pesta dadah dan Seks

Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dari Selangor dan Melaka antara 87 ditahan ketika menyertai parti liar membabitkan pengambilan dadah di sebuah banglo dua tingkat di sebuah resort di Alor Gajah Melaka, yang disewa kononnya bagi meraikan sambutan Hari Malaysia, malam kelmarin.

Difahamkan ketika pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri Melaka diketuai Inspektor Risikan Operasi dan Tahanan JSJN negeri, Cif Inspektor Mohd Hisham A Rahman menyerbu banglo terbabit kira-kira jam 2.30 pagi, ramai peserta pesta itu berhibur dalam keadaan khayal.

Menurut sumber, dalam serbuan itu, polis menahan 87 orang termasuk 17 perempuan dan sebahagian daripada mereka pelajar IPT awam dan swasta berusia 18 hingga 35 tahun.

Katanya, ketika serbuan, ada antara mereka berada di kawasan kolam renang dan ruang tamu, manakala sebahagian lagi dalam tiga bilik di tingkat atas dan lebih mengejutkan ada peserta tidur berpelukan tanpa menyedari kehadiran polis.

Penyertaan untuk pesta ‘private party’ itu dikatakan percuma, tetapi jemputan melalui laman sosial, facebook dan SMS daripada kenalan masing-masing. Malah, ada antara peserta tidak mengenali antara satu sama lain.

Harian Metro difahamkan, banglo itu turut dilengkapi sistem audio yang dikendalikan seorang DJ yang dipercayai kenalan kepada penganjur pesta berusia 30-an bagi menghiburkan pengunjung mulai jam 10 malam.

Menurut sumber itu, beberapa peserta yang menyedari kehadiran polis cuba melarikan diri, namun gagal kerana banglo terbabit dikepung.

“Polis merampas dadah jenis syabu dan ganja dipercayai digunakan peserta,”

Seramai 19 suspek termasuk tujuh wanita ditahan kerana memiliki dadah manakala selebihnya dibebaskan tanpa syarat.

Difahamkan, turut ditahan dalam serbuan itu ialah seorang wanita yang sudah bertunang didapati memiliki dadah, manakala tunangnya dibebaskan tanpa syarat.

Kebanyakan pelajar yang menyertai parti berkenaan berasal dari Johor, Kuala Lumpur, Perlis serta Terengganu dan mereka terdiri daripada pelajar IPT, mekanik, penganggur dan jurujual.

Difahamkan, ketika siasatan awal, peserta parti itu cuba menyembunyikan identiti penganjur yang didakwa berada di Ipoh, Perak.

Malah, serbuan dianggotai empat pegawai dan 14 anggota JSJN IPK negeri itu dilakukan selepas mendapat maklumat risikan sejak awal Jun lalu dan penganjur didapati menggunakan facebook untuk menjemput peserta.

Tinjauan Harian Metro di banglo terbabit mendapati ia dipenuhi botol minuman keras selain penemuan kondom di luar pekarangan banglo itu.

Blog Archive