Tuesday, May 31, 2011

Sepatutnya jawatan Ketua Pembangkang Anwar digantung: Ibrahim Ali

Sepatutnya jawatan Ketua Pembangkang Anwar digantung, sehingga selesai perbicaraan kes sodomi II dan siasatan video seks yang membabitkannya.

Menurut ahli parlimen bebas tersebut, penggantungan jawatan Anwar adalah selaras dengan amalan perkhidmatan awam dan undang-undang, bahawa seseorang yang berhadapan dengan kes mahkamah atau salah laku jenayah hendaklah digantung dari sebarang jawatan sehingga kes yang dihadapinya diselesaikan oleh pihak mahkamah.

Anwar kini berhadapan dengan sodomi II yang akan bersambung pada 3-30 Jun, bulan depan dimana Anwar membela diri ke atas perbuatan meliwat pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008; di sebuah kondominum mewah di Jalan setia Kasih, Bukit Damansara Kuala Lumpur.

Selain itu, Anwar juga berhadapan dengan video seks yang melibatkan dirinya yang telah didedahkan oleh Trio Datuk T pada 21 Mac lalu.

Berhubugan dengan video seks tersebut, pakar pengimejan Amerika dan Korea telah mengesahkan bahawa rakaman video tersebut adalah tulen, dan telah mengesahkan pelaku lelaki dalam video lucah tersebut. Namun, pihak PDRM belum berani mendedahkan siapa pelaku lelaki tersebut dan menyerahkan pendedahan tersebut kepada pihak Peguam Negara.

Anwar pada satu sesi chat online dengan Yahoo.com Malaysia pertengahan bulan ini, ada mengaku bahawa Ketua Umum PKR itu mengetahui siapa lelaki dalam video seks tersebut.

Berhubung dengan pengakuan Anwar itu, seorang usahawan daripada Kedah, telah mengumumkan hadiah berbentuk sebuah kereta Roll Royce berharga USD220 ribu sebagai hadiah pada sesiapa sahaja yang tampil dengan individu yang mirip pelaku dalam video seks tersebut.

Selain para blogger Pro-Kerajaan, telah berjanji akan berbogel mengelilingi KLCC, jika ada individu yang tampil mirip pelaku dalam video lucah tersebut.

Pihak pembangkang downplay masalah moral Anwar, malah, Lim Guan Eng berkata, selagi Anwar masih sebagai Wakil Rakyat, maka selagi itulah Anwar tetap sebagai Ketua Pembangkang, apapun keputusan mengenai moralnya.

Selain itu, Nik Aziz membidas seseiapa yang terlibat mendedahkan keaiban Anwar, kerana menurut Nik Aziz, sepatutnya keaiban tersebut tidak didedahkan. Oleh itu, Nik Aziz berfatwa, selagi orang yang mendedahkan keaiban Anwar itu tidak meminta maaf dan mencium kaki Anwar, maka individu tersebut tidak akan masuk syurga.

Penggantungan jawatan Ketua Pembangkang sebelum ini diutarakan oleh Datuk Rais Yatim.

Rias mendasarkan pendapatnya mengenai Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang secara jelas menyatakan bahawa setiap orang adalah sama di sisi undang-undang. Jika Anwar tak rela ‘cuti’ dari jawatannya itu, bermakna beliau tidak menghormati amalan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara.

Selain itu, kata Rais, sekiranya mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah maka Pakatan Rakyat boleh mengesyorkan pengembalian jawatan itu.

Dalam kenyataan itu, Ibrahim yang juga Presiden Perkasa juga mempersoalkan “keistimewaan” yang ada pada Anwar sehingga tidak boleh sebarang tindakan diambil terhadapnya.

“Tapi Anwar hebat kerana setakat ini beliau tidak mengamalkan akauntabiliti demokrasi dan undang-undang negara, malah tiada sesiapa yang boleh menghalang Anwar membawa kes perbicaraannya ke ceramah-ceramah terbuka.

“Amat luar biasa kebebasan yang ada pada Anwar, beliau boleh bergerak ke seluruh dunia... orang lain tidak perlu empat saksi tapi dalam kes Anwar mesti ada empat saksi, jika tidak ada empat saksi semua tuduhan adalah fitnah dan ini hujah penyokong Anwar,” katanya.

Tambah Ibrahim, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan Anwar menyebabkan kedudukan pemimpin itu tidak boleh disentuh.

“Pendirian Datuk Nik Aziz lagi luar biasa, beliau kata ia fitnah tapi tidak lihat video itu.

“Kalau orang lain belum tentu benar atau tidak, kalau musuh beliau serang habis-habisan, kalau kena batang tubuh sendiri macam-macam alasan diberikan,” katanya.

Tegas beliau, Anwar sepatutnya tidak diberikan sebarang kedudukan istimewa dan tindakan perlu diambil kepada beliau.

“Anwar bukan malaikat... Anwar bukan maksum... maka cadangan Datuk Seri Rais Yatim ada asasnya.

“Sama ada dari segi akademik, undang-undang, moral, akauntabiliti, rasa malu, nama baik institusi Parlimen dan sebagainya jawatan ketua pembangkang Parlimen wajar dibersihkan selagi mana ia disandang oleh Anwar,” katanya.

Salih Yakob genap kuota poligami

Pelakon, pelawak dan penyampai radio Salih Yaacob selamat diijab kabul dengan seorang pelajar pengajian tinggi awam Samihah Sheikh Amy di Johor Baru semalam, demikian lapor media tempatan hari ini.

Penyampai radio Sinar FM berusia 49 tahun itu sah menjadi suami kepada Samihah, 25, yang juga dikenali sebagai Emi dengan mas kahwin RM23 menerusi dua kali lafaz di Masjid Kulaijaya.

Laporan Utusan Malaysia dan Berita Harian berkata, dengan mengenakan persalinan pengantin berona perak, kedua-keduanya disatukan oleh kadi daerah Kulaijaya, Fahmi Samad pada pukul 3.50 petang dalam satu majlis yang serba sederhana.

Salih turut memberikan wang hantaran sebanyak RM25,000 kepada keluarga pihak pengantin perempuan.

Majlis meraikan kedua-dua mempelai kemudiannya diadakan di sebuah hotel di Taman Abad, Johor Baru malam tadi yang dihadiri kira-kira 180 ahli keluarga pihak pengantin perempuan.

Salih dan Emi yang kini menjadi isteri keempatnya mula berkenalan di Pulau Pangkor, Perak pada November lalu dan sejak itu hubungan mereka semakin rapat.

Salih mempunyai 11 orang anak.

Emi merupakan pelajar jurusan pengangkutan.

Monday, May 30, 2011

Muktamar Pas: Ulama mula tercabar

Datuk Harun Taib- Ketua Dewan Ulama Pas terpaksa bersuara, bahawa bagi menghadapi Muktamar Pas yang berlangsung bermula Jumaat ini, mengingatkan perwakilan agar meneruskan tradisi parti itu, supaya Presiden dan Timbalannya daripada golongan ulama.

Dalam pertandingan Timbalan Presiden Ustaz Nasha ditentang oleh Mat Sabu (bukan ulama) dan Tuan Ibrahim Tuan Man (ulama).

Melihat kepada kenyataan Harun tersebut, pilihan perwakilan Pas hanya kepada dua individu, semada mempertahankan Nasha atau memilih Tuan Ibrahim.

Pada pemilihan tahun 2009, Ustaz Nasha ditentang oleh Hussam Musa dan Mat Sabu, kedua-duanya bukan ulama, atas sebab itu ustaz Nasha menang, walaupun tidak mendapat undi popular.

Dikhabarkan dalam pemilihan kali ini, Mat Sabu mendapat sokongan kuat daripada akar umbi Pas berasaskan jumlah pencalonan-walaupun jumlahnya hanya Mustapha Ali yang tahu.

Apa kah melalui muktamar Pas kali ini, pihak ulama merasa kepanasan, sehinggakan Harun Taib terpaksa membuat kenyataan? Sama-sama kita tunggu hasil muktamar itu.

Kepimpinan Musa Aman dipenghujung jalan

Sahlah bahawa kepimpinan Datuk Seri Musa Aman sebegai Pengerusi Umno negeri dan Ketua Menteri Sabah di penghujung jalan.

Sebelum ini, Musa bertindak berani apabila melantik Timbalan Presiden PBS Datuk Yee Moh Chai sebagai Timbalan Ketua Menteri mewakili kaum cina dalam kabinet Sabah, walaupun PBS bukan mewakili kaum cina dalam BN. PBS adalah komponen parti yang mewakili kaum KDM dalam BN Sabah. Parti yang mewakili kaum cina dalam BN sabah adalah LDP (parti tertua BN Sabah), MCA, dan Gerakan.

Kini Timbalan Presiden LDP Datuk Chin Su Phin yang begitu lantang menentang kepimpinan Musa Aman-bukan menetang BN telah dilantik sebagai salah seorang senator dan telahpun mengangkat sumpah didepan YDP Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Dengan perlantikan Chin itu, merupakan tamparan hebat kepada kepimpinan Musa Aman, walaupun sebelum ini nampaknya Musa dengan berani melawan kesepekatan dalam BN.

Melalui perlantikan Chin itu, nampaknya Musa tiada pilihan. Sebagai seorang pemimpin yang kanan, pasti tahu isyarat itu, bahawa kepimpinannya tidak mendapat restu lagi di peringkat pusat.

Kenyataan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamluddin di Keniangau semalam, semasa merasmikan persidangan Pemuda Keningau, bahawa Pemuda dalam keadaan tersepit akibat Perang Dingin antara pemimpin tertentu Sabah, telah membuka ruang, bahawa kepimpinan Musa Aman telah dipenghujung jalan.

Perang dingin Pemimpin Umno Sabah ada kebenarannya

Sebelum Khairy Jamaluddin menyuarakan "perang dingin" antara pemimpin Umno negeri Sabah, sebenarnya isu itu telah lama berlegar di negeri di bawah bayu itu. Boleh dikatakan, jika mereka itu adalah ahli umno, pasti tahu apa yang berlaku antara pemimpin tertentu itu. Hanya, ahli umno Sabah dan majoriti pemimpin parti tunggak BN Sabah itu yang tahu dan mereke itu berlakon- kita-kita sahaja yang tahu.

Semalam semasa merasmikan Mesyuarat Pemuda Keningau, KJ ada menyuarakan bahawa Pemuda tersepit antara "perang Dingin" antara pemimpin itu, atas sebab itulah Ketua pemuda Umno Sabah terpaksa diganti. Sebelum Azman diganti- Ketua Pemuda Umno Sabah itu dilantik sebagai Pengerusi salah satu anak syarikat Felcra, perlantikan ini yang menyebabkan salah seorang pemimpin Umno Sabah itu, tidak senang dengan Azman Ruslan yang juga Ketua Pemuda Umno Keningau.

Hari ini, Timbalan Pengerusi Umno Sabah- DSP Salleh Tun Said, menyangkal adanya "cold war" antara pemimpin Umno Sabah. Maksud dan tujuan Salleh mungkin untuk meredakan keadaan, agar ianya tidak menjadi senjata kepada pembangkang untuk menyerang kepimpinan Umno khasnya dan BN Sabah umumnya.

Perang dingin yang tersembunyi tersebut, jika tidak diatasi dengan segera oleh pucuk pimpinan, ada kemungkin menular pada PRU-13 akan datang, dan berakibat buruk, jika perbuatan cantas mencatas akan berlaku. Jika "perdamaian" tidak dilakukan sedini mungkin, takut- antara pemimpin itu akan berlaku-biarkan sampan tenggelam,kerana ego masing-masing.

Kaum Melayu belum bersedia tumbang Umno

Tahun 2008 dikatakan adalah tsunami politik yang melanda BN, namun keputusan PRU itu, walaupun BN kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, bukan lah atas sebab sokongan mutlak kaum melayu kepada Pakatan, tetapi swingnya undi kaum cina dan india kepada Pakatan.

Pada PRU-2008, 40 peratus kaum cina dan 60% kaum india mengundi Pakatan, manakala 56% kaum melayu mengundi BN.

Akibat swingnya kaum cina dan india, maka kawasan-kawasan marjinal kaum melayu berjaya dimenangi Pakatan terutama di Selangor dan Perak. Sementara di Kedah, disebabkan masalah dalaman, maka penyokong BN melakukan protes mengundi PAS.

Pada PRU-13, dijangka status Quo akan berterusan bagi pengundi kaum melayu. Kaum melayu belum mahu menolak Umno, apatah lagi beralih kepada PAS. Kini kaum melayu telah sedar, bahawa mengundi PAS adalah mengundi DAP. Bukti nyata pada PRN Sarawak, undi Melayu mengakibatkan calon-calon DAP menang besar, manakala undi penyokong DAP belum mampu memberikan kemenangan kepada calon-calon PAS.

Belumpun mendapat mandat, Lim Kit Siang sudah besar kepala; bayangkan kalau DAP mempunyai kerusi terbanyak; bukan sahaja kaum melayu ditindas, malah kaum lain yang bukan ahli DAP juga akan ditindas.

Di Kota Belud Sabah, pada jumaat lalu, Presiden SAPP Yong Teck Lee, terasa sekali bagaimana, Lim Kit Siang melakukan penghinaan dan perlekehan terhadap partinya.

Kepada kaum melayu, ingatlah kata peribahasa, jangan terdengar guruh dilangit, maka air di Tempayan dicurahkan. Menyesal kemudian tidak berguna. Fikir-fikirtkanlah.

Sunday, May 29, 2011

Kini Anwar menyerang Ibrahim Ali pula

Datuk Ibrahim Ali, yang mengetuai pertubuhan bukan kerajaan Perkasa sejak tiga tahun lalu, merupakan seorang ahli politik Malaysia yang paling buruk, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa presiden Perkasa itu cuba melaga-lagakan umat Islam dan Kristian antara satu sama lain dengan mengisytiharkan sanggup mengadakan perang jihad terhadap komuniti Kristian.

Dalam ceramahnya tiga minggu lalu, Ibrahim memberi amaran kepada komuniti Kristian bahawa beliau akan melancarkan perang jihad jika mereka meneruskan agenda mahu merampas kedudukan Islam negara ini.

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas itu berkata, beliau bersedia untuk jatuh atas kenyataannya itu demi mempertahankan maruah Islam.

Bagaimanapun beberapa pemimpin dari BN dan PR membantah tegas kenyataan tersebut dan meminta agar tindakan dikenakan terhadap Ibrahim.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pernah berkata, apa yang dikatakan Ibrahim itu tidak mewakili keseluruhan masyarakat Melayu.

Pertikaian antara agama Islam dan Kristian timbul apabila Utusan Malaysia menyiarkan laporan bertajuk “Kristian agama rasmi?” pada 7 Mei lalu, mendakwa wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik perdana menteri dari kalangan penganut itu.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa ada konspirasi mahu menjadikan Kristian sebagai agama rasmi, usaha didakwa disokong oleh pemimpin DAP.

Bagaimanapun pemimpin DAP dan pemimpin Kristian telah menafikannya.

Dalam kenyataan terbaru hari ini, Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket PAS di Kelantan berkata, pada pemilihan parti itu minggu depan berhadapan dengan nasib “menang sorak kampung tergadai” di arena politik tempatan.

Ibrahim juga mendakwa yang akan untung ialah DAP dan Anwar.PR dianggotai DAP, PAS dan PKR.

Rahman mengaku pernah ke Kg Tambatuon

mpkotabelud Abdul Rahman Dahlan
I have been to Tambatuon. Infact gave projects there. Err.. How many times u visited Ipoh timur again? RT @limkitsiang 3 minutes ago

Terbaca Twit MP Kota Belud kepada Lim Kit Siang, wakil rakyat itu berkata, bahawa beliau pernah ke Kampung Tambatuon, malah memberikan projek di kampung tersebut.

Persoalan Lim Kit Siang sepertimana dipetik oleh MO, kini telah terjawab.

Tembelang Wakil Rakyat Kota Belud terbongkar?

Musli Oli
Betulkah tuduhan Lim Kit Siang, MP Kota Belud tdk pernah walau sekali melawat Kg Tambatuon, sebelum dan selepas election walaupun cdgn pembinaan Empangan menjadi konteroversi? Tuduhan itu saya baca dalam twitter. Harap tuduhan LKS itu tak betul! Bagaimana pun kita harap DARD jawap? 7 hours ago via BlackBerry · Like ·

Dalam twitter atau FB bukan main sibuknya MPKotabelud bertegang urat dengan sesiapa dalam rangka meneggakkan kerajaan. Bermacam isu yang dibangkitkan-pasti MP itu dapat memberi jawaban dengan fakta. Namun kejuaraan MP itu terbongkar-apabila Penasehat DAP Lim Kit Siang membongkarnya melalui twitter-seperti tulisan saudara MO (dipetik).

Pada persidangan DUN awal bulan ini, ada sekumpulan yang mendakwa penduduk kampung Tambatuon melakukan tujuk perasaan secara aman dengan dibekalkan berbagai pelekat membantah pembangunan empangan di kampung tersebut.

Ekoran tujuk perasaan itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussien berkata dalam dewan, bahawa pembangunan empangan itu masih dalam bentuk cadangan.

Sementera itu, Menteri Pelancongan Negeri Datuk Masidi Manjun pula berkata, sebenarnya tiadapun rancangan seumpama itu, kerana tiada sebarang kertas kabinet dibentangkan untuk pengetahuan kabinet negeri.

Isunya di sini- bukan lah mengenai bantahan pembangunan empangan di KG Tambatuon, tetapi isunya adalah- benarkah wakil rakyat yang mewakili Kota Belud tidak pernah melawat kampung kontraversi tersebut.

Jika lah wakil rakyat itu peka-sudah tentu acara turun padang telah diadakan untuk mengetahui kebenaran, janganlah sampai pembangkang yang memberi tahu rakyat-bahawa wakil rakyat tidak pernah melawat salah satu kampung yang terletak di kawasannya.

Akibat pembongkaran Lim Kit Siang ini, terbongkarlah siapa wakil rakyat yang berprofile tinggi itu.

Ini lah masalahnya, jika wakil rakyat yang dipilih bukan anak tempatan, akibatnya rakyat yang memilihnya diketepikan begitu sahaja. Satu perkara yang terlupa-sebenarnya rakyatlah sebagai boss kepada rakyat-kerana rakyatlah yang memberi status Yang Berhormat-namun, apa yang berlaku di Kampung kontraversi itu adalah salah satu "tips of iceberg".

Peranan Anwarisme dalam pemilihan kepimpinan PAS

APABILA seramai 1,100 perwakilan melangkah ke Kolej Universiti Zulkifli Muhammad di Taman Melewar, Gombak pada Jumaat ini, mereka tidak harus melupakan fakta berikut:

‘‘Kemunculan Pas dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulama yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulama Se-Malaya. Ia kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaysia (Pas) pada 24 November 1951.’’

Catatan sejarah ini tidak boleh dipadamkan oleh mana-mana juga pemimpin atau ahli Pas dalam mereka meneruskan kesinambungan perjuangan kepimpinan terdahulu.

Atas sebab itulah apabila mereka hendak melakukan pemilihan barisan kepimpinan, nawaitu dan tindakan mereka perlu berasaskan kepada kemahuan sendiri serta memastikan Pas tidak dicemari atau dipengaruhi oleh sebarang elemen luar.

Bagaimanapun sekarang ini sudah ada kebimbangan bahawa Pas kini bukanlah Pas dahulu, Pas sekarang dilihat semakin tenggelam dengan perjuangan Islamnya dan paling meresahkan sudah ada percaturan politik pihak luar bagi menentukan barisan kepimpinan parti tersebut.

Apa yang paling ketara berbanding pemilihan-pemilihan parti sebelum ini, suara yang kononnya mahu menjadikan Pas lebih progresif semakin lantang.

Dalam keghairahan itu, kelompok kepimpinan ulama menjadi sasaran untuk dijatuhkan dan ia semakin ‘mengerikan’ apabila percaturan turut melibatkan langkah memperluaskan ‘jajahan pengaruh politik’ pemimpin di luar Pas. Ini jelas apabila wujudnya apa yang dipanggil ‘Anwarinas’ - iaitu satu kumpulan di dalam Pas yang pro kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kelompok ‘Anwarinas’ ini seperti mana didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin akan menterjemahkan apa yang telah mereka rancang sejak 2008 pada pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini bagi menukar saf kepimpinan parti itu yang sekian lama dikuasai oleh para ulama.

Dalam soal ini, kita tidak perlu menyebut siapa yang dimaksudkan oleh Zulkifli tetapi perwakilan dan ahli Pas boleh menilai sendiri senarai calon yang bertanding.

Dengan hati dan fikiran yang tenang mereka boleh mengetahui siapakah kelompok pro Anwar dalam Pas yang kini semakin ghairah untuk merebut jawatan dalam parti itu.

Kelompok-kelompok ini jika difikirkan secara tidak langsung sudah banyak membawa keburukan kepada Pas sejak parti tersebut bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Mereka ini tidak lagi mementingkan perjuangan apatah lagi idealisme Pas sebaliknya lebih menitik beratkan bagaimana hendak berkuasa sahaja. Sebab itulah apabila berhadapan dengan isu-isu politik tertentu, pemimpin-pemimpin ini akan dilihat menyebelahi Anwar, PKR dan DAP tanpa mempertimbangkan lebih dahulu kesannya kepada Pas.

Kesudahannya, Pas dilihat hanya menjadi kuda tunggangan kepada kedua-dua parti tersebut dan sekali gus mencemarkan kepimpinan ulama dalam Pas.

Sikap tidak konsisten Pas adalah berpunca daripada mainan kumpulan pro Anwar di dalam parti itu yang bukannya menyebarkan semangat ukhuwah Islamiah sebaliknya meletakkan keuntungan politik mengatasi segala-galanya.

Sebab itulah, dalam pemilihan kali ini mereka menyusun strategi dan gerak gempur yang lebih rapi dan tersusun. Mereka mahu memastikan ulama-ulama atau mana-mana pemimpin yang tidak menyebelahi mereka ditamatkan riwayat politiknya dalam pemilihan berkenaan.

Perancangan mereka menjadi lebih mudah apabila ada di kalangan pemimpin utama di dalam Pas yang merestui hasrat mereka untuk merebut jawatan.

Walaupun dari segi tindak tanduk dan kata-kata ia tidak mencerminkan sikap sebenar sebagai pemimpin Islam tetapi semua itu sudah tidak lagi menjadi kriteria.

Apa yang lebih penting bagi kelompok ini, dengan kedudukan Pas yang dilihat agak ampuh dalam arena politik negara maka pemilihan kali ini dilihat detik terbaik untuk mereka melaksanakan ‘agenda penjajahan politik’ dengan menjadikan Anwar sebagai idola.

Semua keadaan ini seharusnya menyedarkan perwakilan-perwakilan Pas bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar bagi memastikan undi mereka tidak membuka ruang kepada ‘penjajahan politik’ tersebut. Walaupun hanya satu undi, ia bakal menjadi penentu kepada kesinambungan perjuangan Pas selepas ini.

Mengulas perkara ini, Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, Pas memerlukan pemimpin yang dapat membantu Presiden dan kepimpinan Pas secara bebas dan bijaksana tanpa perlu mengikut telunjuk proksi atau mana-mana pihak.

‘‘Di sinilah delegasi ke muktamar perlu merenung dan memilih barisan kepimpinan yang dapat mempertahankan Pas sebagai sebuah wacana perjuangan Islam tulen yang tidak gentar mempertahankan prinsip-prinsip Islam dan bukannya menjadi parti submisif dan bersifat apologetik kepada mana-mana pihak yang menentang Islam serta prinsip-prinsipnya,’’ kata beliau.

Justeru perwakilan Pas perlu memastikan pemilihan kali ini sebagai titik tolak untuk menghentikan pengaruh Anwarisme atau kelompok Anwarinas dalam parti itu.

Pemimpin-pemimpin yang dilihat hanya ‘berkulitkan’ Pas tetapi jiwa dan minda ‘dijajah’ dan dikuasai oleh pihak lain perlu ditolak habis-habisan. Mereka juga harus mempunyai keberanian untuk menyuarakan kebimbangan mengenai pengaruh Anwarinas ini dalam pembahasan termasuklah mendesak Pas supaya lebih tegas menyatakan pendirian berhubung isu melibatkan Anwar. Perwakilan tidak harus membenarkan Anwar terus mengembangkan pengaruhnya dengan memperkudakan pemimpin-pemimpin tertentu dalam parti tersebut.

Pas dilahirkan, dibesarkan dan disanjung kerana pengorbanan golongan ulama yang menempuh pelbagai cabaran bagi memartabatkan parti itu. Oleh itu wajarkah apabila parti tersebut sudah mantap, berkembang dan digeruni maka golongan ulama mahu dicampak begitu sahaja hanya kerana terpengaruh dengan percaturan politik Anwar, PKR dan DAP?

Perwakilan Pas perlu memahami bahawa jika terdapat kelemahan kepimpinan dalam parti tersebut, merekalah yang berhak memperbetulkannya dan bukannya orang luar.

Tindakan memilih pemimpin-pemimpin yang dilihat lebih ‘berkiblatkan’ Anwar dan terlalu menyanjungi hubungan dengan PKR dan DAP sehingga mengorbankan prinsip perjuangan parti sendiri hakikatnya hanya membuka ruang kepada berakhir kepimpinan ulama dalam Pas.

Memperkatakan lebih lanjut perkara ini, pemimpin dan ahli Pas yang masih sayangkan parti tersebut perlu menyingkirkan sindrom penafian dengan menganggap kewujudan puak Anwarinas atau kumpulan pro Anwar sebagai mainan media arus perdana.

Mereka perlu mengkaji dan menilai apakah ia hanya satu rekaan atau realiti memandangkan seperti mana didedahkan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas, Prof. Madya Mohd Noor Deris bahawa, ‘‘ombak besar yang dibawa oleh kumpulan yang berkiblatkan Anwar seolah-olah tidak lagi mampu ditampung oleh kumpulan yang setia kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang’.’

‘‘Mereka mungkin lemas di dalam gulungan ombak berkenaan. Jika benar itu berlaku, saya ingin menyarankan kepada pengikut ‘totok’ Pas, bersedialah untuk menjunjung kepimpinan yang berkiblatkan Anwar yang begitu rakus kononnya untuk membawa perubahan di dalam parti dengan pelbagai muslihat dan tipu daya lain,’’ katanya.

Bagi mengelak semua itu berlaku, perwakilan sepatutnya sudah faham dan mengetahui sejak pilihan raya umum lalu siapakah di kalangan pemimpin-pemimpin yang dimaksudkan oleh Mohd. Noor. Tindak-tanduk kelompok berkenaan begitu ketara sekali apabila berhadapan dengan isu melibatkan Anwar dan lebih menjaga hati pemimpin-pemimpin DAP.

Lebih malang lagi ada antara mereka tidak mencerminkan peribadi sebagai seorang pemimpin yang mewakili sebuah parti Islam apabila kata-kata yang dihamburkan penuh dengan maki hamun dan caci nista.

Malahan ada pula antaranya semata-mata demi kepentingan politik sanggup bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin DAP mengugat kedudukan orang Melayu. Permainan politik kebencian yang dipelopori oleh PKR turut ‘merasuk’ sebahagian daripada mereka sehingga sesiapa sahaja yang cuba berbaik-baik dengan pemimpin-pemimpin UMNO biarpun hanya untuk minum secawan kopi pun akan ditentang habis-habisan.

Apa pun orang luar hanya boleh memberi pandangan dan nasihat terserahlah kepada perwakilan Pas untuk membuat keputusan.

Apa yang pasti jika mereka masih menganggap ancaman Anwarinas hanyalah satu mainan atau ciptaan musuh politik mereka, maka mereka juga perlu bersedia untuk bertanggungjawab menjadi penyumbang kepada kejatuhan kepimpinan ulama dalam Pas. Zulkiflee Bakar- Utusan

Antara air mani dan harga barang

Percaya atau tidak bahang kehidupan yang melanda rakyat negara ini, adalah menghadapi kenaikan harga barangan keperluan harian. Sementara tambahan pendapatan yang berupa gaji, masih pada peringkat yang sama, kenaikan harga mengakibatkan pendapatan mengecil.

Walaupun kerajaan menangguhkan kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas, namun harga barangan tetap naik.

Pada Jumaat, Majlis Ekonomi Negara telah bersetuju agar tarif litrik dinaikkan, walaupun kerajaan masih menelitinya. Di jadualkan, menteri yang bertanggungawab mengenai tarif litrik akan menguraikan strata tarif litrik pada minggu depan.

Di kampung-kampung atau di kedai-kedai kopi di pekan-pekan kecil, ramai rakyat yang mempersendakan keadaan ini, sambil berkata-kerajaan BN hanya sibuk dengan air mani, bukan sibuk mengenai mencari sumber ekonomi baru sebagai perantara, agar "money" untuk rakyat bertambah.

PEMANDU kata orang kampung, walaupun mereka kurang arif mengenai peranan agensi yang diketuai oleh Idris Jala itu, hanya sibuk mengenai subsidi, potong subsidi adalah cara perekonomian negara untuk bersaing. Memang kerajaan, terpaksa menanggung berbilion riggit setiap tahun untuk subsidi, namun rakyat juga bertanya-sementara subsidi terus dibayar, namun harga barangan selain yang dikawal terus meningkat.Apa kah pemberian subsidi tidak mampu mengawal harga barangan?

Kerajaan mesti mengkaji fenomina ini, mungkin mekanisme pemberian subsidi tidak sesuai atau berlakunya keteresan?

Pihak pembangkang menggunakan kenaikan harga barangan yang tidak terkawal sebagai senjata politik, mereka ke kampung-kampung, yang tradisinya penyokong BN, mereka menabur berbagai umpan dengan justifikasi yang menyakinkan; bahawa kerajaan BN sudah tidak mampu mengurus negara, kerana itu beban kehidupan terus melanda rakyat. Kata mereka harga barangan terus meningkat, namun sumber pendapatan dalam keadaan kenaikan yang zero.

Pembangkang menuding jari kepada kehidupan wakil rakyat BN, yang hidup serba mewah, rumah besar, kereta banyak, namun rakyat dibiarkan menderita. Malah kata mereka, walaupun harga beras menigkat kepada RM100 sekilogram, wakil rakyat BN masih hidup mewah seperti biasa, demikian juga harga minyak naik sehingga RM100/liter, wakil rakyat BN, tetap akan hidup mewah-ini lah propaganda pembangkang, di kawasan-kawasan tradisi BN. Jangan perkecil propaganda ini, ianya bisa membunuh BN pada PRU-13 akan datang.

Dalam pilihanraya, yang penting memenanginya, bukan cara permainan yang dimainkan sebelum pilihanraya. Permainan kini, tiada isu lain terhadap pembangkang, hanya isu air mani; sementara Pembangkang terlalu banyak isu yang mampu mereka lontarkan kepada BN. Memang cara mudah- Pembangkang hanya boleh membangkang, bagi pembangkang, tiada kerja BN sebagai kerajaan yang betul, semuanya salah. Namun cara pembangkang menaikkan isu dengan justifikasi yang menyakinkan, boleh menukar pendirian para pengundi.

BN-jangan berharap dapat mendapat undian daripada penyokong pembangkang-yang memang sudah menjadi pembangkang, BN hanya mampu menarik semula penyokong BN yang melakukan protes pada PRU 2008, itu sahaja yang BN mampu buat.

Selain itu, BN mungkin boleh menarik para pengundi baru, mungkin!- sebab semalam dalam perjumpaan sejuta belia di Putrajaya-belia berikrar mempertahankan Putrajaya!!

Persoalannya-apakah para belia itu, mewakili persepsi belia seluruh negara?

LIM Kit Siang perlekeh parti Yong Teck Lee

Dengan bongkaknya Lim Kit Siang memalukan Yong Teck Lee di suatu majlis pesta Keamaatan di Sabah. Secara terus terang, Kit Siang meminta parti Yong, SAPP supaya menyertai Pakatan, kerana Pakatan sahaja yang mampu mengalahkan BN.

Lim Kit Siang sangat terseksima dengan keputusan PRN Sarawak, apabila DAP mampu menawan 12 kerusi semasa PRN itu. Selain itu, kata Kit Siang, kaum cina akan terus menyokong Pakatan, atas sebab itu, jika SAPP mahu berada dalam pasukan menang, maka parti itu perlu menyertai Pakatan.

Bagaimanapun, Yong menyambut dingin pelawaan Kit Siang itu, sambil menyifatkannya sebagai pelekehan kepada parti SAPP.

Saturday, May 28, 2011

Kenapa jam Omega menjengkelkan Anwar?

Setiap kali Anwar diajukan soalan mengenai jam Omega pasti Ketua umum PKR itu akan meradang. Entah apa penyebabnya? apa kah Jam Omega pula menjadi passward untuk video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T pada 21 Mac lalu?

Seperti dalam kes sodomi II, kata laluan adalah Mokhtar. Kata laluan Mokthar akan kita dapat dengar semula, apabila kes sodomi II bersambung pada 3-30 Jun depan.

Sehingga kini, Anwar menduduh bahawa pendedahan video seks yang memaparkan "diri"nya merupakan usaha DS Najib dan Umno untuk mengaibkannya.

Dalam perkembangan yang berasingan, semalam-Nik Aziz berkata semasa berceramah di Selangor- meminta sesiapa yang memfitnah Anwar hendaklah meminta maaf. Anwar katanya adalah manusia juga, ada sifat malunya. Namun, satu pertanyaan, jika Anwar ada sifat malunya, kenapa melakukan perkara yang haram itu. Malu kepada Tuhan tak apa ke?

Pada chat online bersama yahoo.com, Anwar mengaku bahawa dia gusar juga mengenai video seks yang memparkan dirinya itu.

Pihak polis setakat ini belum mendedahkan siapa lelaki mirip Anwar itu, walaupun pakar pengimejan Amerika dan Korea mengakui bahawa pelakon lelaki dalam video 21 minit itu memang mirip Anwar.

Biasiswa JPA: Jika Pakatan menang-Kuota dihapuskan

Pemberian biasiswa kepada pelajar sepatutnya berasaskan latar belakang keluarga dan pencapaian pelajar yang diberikan. Selain itu, letak sekolah di mana pelajar itu bersekolah.

Menseimbangkan antara pelajar bandar yang mempunyai ekses kepada semua kemudahan dengan cepat berbanding dengan pelajar yang bersekolah di kampung, sudah tentu tidak mencerminkan keadaan yang sebenar, kerana pemilihan bukan berasaskan padang permainan yang sama.

Pelajar yang mendapat (9A+) di bandar tidak semesti lebih pandai dibanding pelajar kampung yang mendapat 9B, sebabnya seperti dikatakan di atas, padang permainan mereka berbeza, walaupun mempunyai buku teks yang serupa.

Pemberian biasiswa yang sekarang ini berasaskan kouta; 55% bumiputera dan 45% bukan bumiputera bukan menggambarkan komposisi kaum yang sebenarnya.

Sepatutnya komposisi yang tepat adalah 67% untuk kaum bumiputera dan 33% untuk bukan bumiputera.

Daripada 67% untuk bumiputera itu, 67% daripadanya dikhaskan kepada sekolah-sekolah luar bandar atas sebab para pelajar yang berasal daripada bandar, sudah tentu mempunyai keluarga yang berkampuan di banding mereka yang berada di luar bandar.

Namun cadangan ini hanya tinggal cadangan, kerana apabila Pakatan mampu merampas Puterajaya, mereka telah mecanangkan bahawa kouta akan dihapuskan.Sepertimana kata Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Abas Awang PKR meminta kuota pengagihan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengikut kaum untuk pengajian luar negara dimansuhkan. Abas Awang yang juga bekas Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan berkata, pemberian biasiswa mengikut kuota itu perlulah diberikan kepada penerima yang sepatutnya.

Jika kuota dihapuskan dan pemberian bisiswa berasaskan merit, telah pasti lambat laun bumiputera akan terus ketinggalan dalam dunia pendidikan yang bersifat profesional.

Pada ketika itu, bumiputera akan terus melopong dan senantiasa menjadi warga kelas ke-II, walaupun dalam negara tumpah darahnya.

Ibarat kata orang-berada dalam restoran namun masih kelaparan kerana tidak mampu membayar sekeping roti canai.

ROZITA tak bercintapun!!

ROZITA Che Wan pelakon jelita hanya mengiyakan pertanyaan tentang hubungan cintanya dengan Ahmad Shahir Zawani (juara AF8).

Tujuannya katanya untuk memuaskan hati mereka yang tak henti-henti bertanyakan soal hubungan dengan Shahrir.

Semalam juara AF8 itu menafikan kenyataan ROZITA tersebut.

Nik Aziz tidak mahu masuk lubang yang sama untuk kedua kali

DENDAM Nik Aziz terhadap UMNO tidak pernah padam. Mungkin dendam itu akan dibawa sampai ke mati.

Nik Aziz memperlekeh pelawaan UMNO untuk berkerjasama, malah menganggap Umno kini telah tersepit, atas sebab itu mahu PAS menyelamatkan parti terbesar melayu itu.

Awal bulan ini di Terenggau, Presiden UMNO-DS Najib memberi saranan, agar PAS meninggalkan Pakatan, kalaupun tidak ingin bersama Umno, kerana Pas hanya menjadi kuda tunggangan DAP dalam gabungan tiga parti DAP-PAS-PKR.

Selepas itu, Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dalam entri blog timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perbincangan antara Umno dan PAS akan diteruskan demi perpaduan melayu.

PAS merasa mendapat angin selepas berjuang sejak tahun 1948, apabila segelintir ahli Umno keluar daripada parti itu untuk membentuk parti Pas pada PRU 2008, apabila parti itu mendapat 23 kerusi parlimen dan bersama DAP-PKR mampu menidakkan kuasa 2/3 BN dalam dewan rakyat.

Selepas kejayaan itu yang dikenal sebagai tsunami politik kepada BN, maka PAS terpenagruh dengan itizam Anwar untuk menawan Putrajaya untuk menjadikan mantan Perdana Menteri itu sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-7.

Pemimpin PAS terbayangkan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri bergandingan dengan Lim Kit Siang. Pada ketika itu, Malaysia akan menyaksikan Tiga Timbalan Perdana Menteri, yang mana salah seorang mewakili Sabah dan Sarawak.

Pada ketika ini, adalah sukar memutuskan jarum yang tertanam pada benak pemimpin PAS yang telah ditanam Anwar, bahawa jika Pakatan menwawan putrajaya, maka salah satu Timbalan Perdana Menteri adalah daripada Parti Pas.

Dengan janji itu, adalah sukar bagi UMNO memujuk PAS keluar Pakatan, kerana jika Pas bekerjasama dengan UMNO pun, jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak akan singgah pada parti itu.

Selain dendam kesumat Nik Aziz, jawatan dalam kerajaanlah salah satu matalamat parti itu.

Pilihanraya olok-olok: BN tak yakin dengan jenteranya?

TELAH 12 kali BN (termasuk semasa disebut perikatan) menghadapi pilihanraya umum, pun demikian BN belum yakin dengan metoda yang telah dirangka sedemikian rupa sejak lebih 50 tahun lalu. Atas sebab itu, pilihanraya olok-olok akan diadakan pada pertengahan tahun ini, selain menguji kesiap siagaan jentera, juga melihat trend sokongan rakyat, terutama pengundi atas pagar dan pengundi baru.

Piliharaya olok-olok adalah pemanas badan bagi gabungan 13 parti dalam BN sebelum menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang dikhabarkan akan di adakan pada Mac tahun depan.

Menang dalam pilihan raya biasanya tergantung kepada mode dan persepsi. Mode yang melanda rakyat kini adalah kekurang upayaan kerajaan membendung harga barang keperluan rakyat. Kerajaan dalam upaya mengurangkan defisit perbelanjaan hanya tertumpu pada pengurangan subsidi, sementara untuk memacu ekonomi, hanya tergantung kepada perbelanjaan kerajaan.

Kerajaan gagal mencari atau mengadakan sumber ekonomi baru yang menjadi komplimen terhadap pemberian subsidi.

Rakyat tahu, apabila kerajaan berbelanja, rakyat jalanan atau di pedesaan atau kampung-kampung tidak akan menikmatinya secara langsung, yang mendapat pulangan secara langsung adalah kontraktor-kontraktor atau syarikat-syarikat ada hubungan kabel dengan para pemimpin kerajaan.

Individu seperti AYT, hanya boleh menjadi pemerhati, kerana apapun caranya, tidak mungkin mendapat bahagian daripada perbelanjaan kerajaan dalam bentuk kontrak. Individu seperti AYT, siapapun menerajui kerajaan apakah bertukar kepada Pakatan, keadaan tidak berubah, kerana AYT bukanlah sebagai kontraktor. Bagi kami, anak-anak jalanan, jika ada sumber ekonomi baru, maka kami boleh lah menjadi pesertanya, sekurang-kurangnya sebagai tenaga buruh.Tidak sangat berhadapan dengan panasnya harga keperluan harian yang harganya tidak pernah turun-turun.

Tugas kerajaan adalah untuk memperbesar kek perekonomian negara, bukan sahaja di kawasan-kawasan bandar akan tetapi juga di kawasan-kawasan spra bandar. Apabila aktiviti perekonomian rancak, maka rakyat biasa akan turut ikut mendapat manafaat.

Piliharaya olok-olok sudah tentu memperlukan kos, jika peruntukan itu digunakan untuk mengujudkan satu syarikat sudah tentu boleh. Dengan mengujudkan satu syraikat, sudah tentu memperlukan tenaga kerja, maka peluang pekerjaan bertambah. Apabila syarikat itu untung, maka dapat membayar dividin kepada pemegang saham.

Kewujudan syarikat-syarikat besar dalam kendalian Khazanah Nasional yang bersaiz besar, bukan sahaja sukar diurus, malah menjadi medan penelewengan, contohnya Sime Darby. Ingatlah syarkiat besar tidak semestinya untung besar, syarikat kecil tidak semestinya tidak berdaya maju.

Ingatlah selagi persepsi harga barangan sangat tergantung kepada subsidi kerana tiadanya sumber perekonomian yang menjadi komplimen, selagi itu, apapun transformasi politik atau pengurusan dalam lingkungan perekonomian yang sedia ada (belum berkembang), maka selagi itu sukar bagi kerajaan menarik simpati para pengundi atas pagar.

Biasiswa JPA: Kerana mahu undi cina dan india-Kerajaan BN korbankan hak bumiputera

Perkasa menuntut agar 67 peratus biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberi kepada Bumiputera untuk menggambarkan komposisi penduduk negara ini.

“Melihat pada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti yang memerintah, dapat kuasa disebabkan sokongan majoriti Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kumpulan ini mesti diberi keutamaan dalam semua peruntukan, termasuk biasiswa JPA,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

“Kuota sekarang (bagi Bumiputera) adalah 55 peratus,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah hari ini.Ibrahim berkata bahagian Bumiputera mendapatkan biasiswa JPA telah jatuh daripada 90 peratus pada 2007 kepada 55 peratus pada tahun berikutnya dan 55.49 peratus pada 2009 dan 55 peratus tahun lalu.

Sehubungan itu ketua Perkasa ini menuduh MCA dan MIC mengeksploitasi isu biasiswa JPA untuk kepentingan politik.

“Apabila mereka berjuang bagi kaum mereka, mereka mahu dapatkan kelebihan politik,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Kedua-dua komponen Barisan Nasional (BN) itu mendakwa JPA telah mengetepikan garis panduan Kabinet dengan memberi biasiswa kepada mereka yang tidak memperoleh prestasi cemerlang.

Ibrahim mendakwa biasiswa merupakan hak istimewa orang Melayu dan ia termaktub di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil rakyat itu juga mempertahankan JPA daripada dakwaan wujud salah guna kuasa dalam proses pengagihan biasiswa.

Katanya, Abu Bakar menjelaskan bahawa pelajar-pelajar terbabit tidak memperoleh biasiswa bagi kursus pilihan mereka sebab mereka tidak memohon kursus-kursus di universiti-universiti yang relevan.

“JPA membuktikan tiada salah guna kuasa,” kata Ibrahim.

Biasiswa JPA: Kerana mahu undi cina dan india-Kerajaan BN korbankan hak bumiputera

Perkasa menuntut agar 67 peratus biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diberi kepada Bumiputera untuk menggambarkan komposisi penduduk negara ini.

“Melihat pada kerajaan Barisan Nasional (BN), parti yang memerintah, dapat kuasa disebabkan sokongan majoriti Melayu, Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, kumpulan ini mesti diberi keutamaan dalam semua peruntukan, termasuk biasiswa JPA,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.

“Kuota sekarang (bagi Bumiputera) adalah 55 peratus,” kata beliau selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah JPA Datuk Seri Abu Bakar Abdullah hari ini.Ibrahim berkata bahagian Bumiputera mendapatkan biasiswa JPA telah jatuh daripada 90 peratus pada 2007 kepada 55 peratus pada tahun berikutnya dan 55.49 peratus pada 2009 dan 55 peratus tahun lalu.

Sehubungan itu ketua Perkasa ini menuduh MCA dan MIC mengeksploitasi isu biasiswa JPA untuk kepentingan politik.

“Apabila mereka berjuang bagi kaum mereka, mereka mahu dapatkan kelebihan politik,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini.

Kedua-dua komponen Barisan Nasional (BN) itu mendakwa JPA telah mengetepikan garis panduan Kabinet dengan memberi biasiswa kepada mereka yang tidak memperoleh prestasi cemerlang.

Ibrahim mendakwa biasiswa merupakan hak istimewa orang Melayu dan ia termaktub di bawah Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan.

Wakil rakyat itu juga mempertahankan JPA daripada dakwaan wujud salah guna kuasa dalam proses pengagihan biasiswa.

Katanya, Abu Bakar menjelaskan bahawa pelajar-pelajar terbabit tidak memperoleh biasiswa bagi kursus pilihan mereka sebab mereka tidak memohon kursus-kursus di universiti-universiti yang relevan.

“JPA membuktikan tiada salah guna kuasa,” kata Ibrahim.

Friday, May 27, 2011

Siapa orang ketiga? bersama Razak Baginda dan Altantuya semasa pembelian kapal selam Malaysia

Menurut Pengarah NGO hak asasi Suaram-Cynthia Gabriel (gambar) ada orang ketiga yang mengiringi penganalisis politik Abdul Razak Baginda dan penterjemah warga Mongolia yang dibunuh Altantuya Shariibuu dalam perjalanan mereka berhubung pembelian tiga kapal selam Perancis oleh kerajaan Malaysia.

Cynthia Gabriel memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa identiti orang ketiga yang terbabit dalam perjalanan berkenaan sedang disemak dan disahkan oleh pihak berkuasa Perancis.

Walaupun 'ada satu nama' yang ditimbulkan semasa siasatan, katanya adalah terlalu awal untuk mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Peguam kami telah memaklumkan bahawa ada satu nama orang ketiga ditimbulkan semasa siasatan... ia masih berterusan tetapi terlalu awal untuk menentukan siapa orang itu,” kata Gabriel.

Sebelum ini, pernah didedahkan bahawa sebuah syarikat bernama Gifen, yang ditubuhkan di Malta oleh Jean-Marie Boivin, campur tangan dalam rundingan pembelian kapal selam dengan memindahkan sejumlah wang bagi membiayai perjalanan Abdul Razak dan Altantuya.

Rundingan itu membabitkan pembelian sebuah Agosta dan dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia melalui satu kontrak bernilai RM4.3 bilion (1 bilion euro) yang dimeterai pada 2002 dengan DCNS, yang dahulunya dikenali sebagai DCN, sebuah syarikat membuat kapal yang bekerjasama dengan syarikat pembuat kapal perang Sepanyol, Thalès.

Tidak dapat dipastikan sama ada individu 'misteri' itu boleh membekalkan jawapan berhubung pembunuhan Altantuya, yang telah menghantui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak 2006. Gabriel juga enggan membincangkan lanjut perkara ini.

Polis sekongkol curi kereta-dakwa wakil rakyat DAP

Wakil rakyat DAP kawasan Segambut Lim Lip Eng mendakwa bahawa ada oknum dalam jajaran polis terlibat dalam pencurian kereta di negara ini.

Jika benar dakwaan itu, ianya merupakan satu malapetaka bagi rakyat, kerana pihak polis seharusnya pihak polis diamanahkan untuk membentar jenayah ini.

AYT sendiri, pernah kehilangan dua buah kereta di Kuala Lumpur; walaupun pihak insuran memberi bayaran sagu hati.

Sesiapa yang kehilangan kereta di ada lah sukar untuk mendapatkan semula, kerana selain kereta itu dipotong-potong untuk dijadikan alat ganti terpakai, ada juga yang di kitar semula.

Menurut pengalaman seorang pembeli di Perak sebagai contoh Pang Kok Tak seorang peniaga kereta terpakai, kereta yang dibelinya dengan menggunakan wang pinjaman daripada bank, telah dirampas oleh pihak polis, kerana rekod chasis kereta tersebut adalah kereta curi.

Lim berkata laporan polis hanya dibuat hari ini berhubung perkara berkenaan kerana baru-baru beliau menjumpai dalil kukuh bagi membuktikan berlakunya penyelewengan kuasa.

Beliau juga merujuk kepada satu laporan polis di mana mangsa membuat laporan bahawa kereta Mercedes C200 Compressor miliknya telah dicuri pada 13 Mac, 2009 dan telah membuat tuntutan insuran.

Dalam satu surat yang tidak bertarikh daripada Jabatan Siasatan Jenayah, ibu pejabat polis Ampang yang ditandatangani seorang pegawai yang dikenali sebagai Saiful Irwan Abdul Hamid, ia menyatakan bahawa kereta itu telah dijumpai dan dipulangkan kepada pemiliknya. Namun menurut Lim, pemiliknya tidak pernah mengambil semula keretanya itu.

Sebaliknya, kereta yang sama dengan nombor pendaftaran yang lain didakwa dibeli oleh seorang peniaga kereta terpakai, Pang Koo Tak, dari Setiawan, Perak.

Pang bagaimanapun menurut Lim, terkejut apabila keretanya dirampas pada 19 Januari lalu oleh seorang anggota polis bernama Razlam Ab Hamid dari Jabatan Disiplin Bukit Aman bagi siasatan lanjut kerana nombor chasis kereta itu bersamaan dengan nombor kenderaan yang dicuri itu.

Lim berkata Pang kemudiannya berjumpa dengannya dan meminta bantuan bagi mendapatkan semula keretanya kerana kereta itu dibeli menerusi pinjaman bank dan beliau masih berhutang.

Dilema Najib

Meskipun cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 bakal diadakan tahun ini hanya spekulasi, namun ini tidak menghalang Pakatan tiga Parti DAP-PKR-PAS membuat persiapan rapi jika benar-benar parlimen dibubarkan.

Parti-parti pembangkang itu telah mengadakan perbincangan tertutup sejak kebelakangan ini dengan fokus pada pilihan raya umum akan datang.

Malah Naib presiden PKR Tian Chua berkata bahawa persiapan Pakatan menghadapi PRU-13 akan beres sebelum julai ini.

Selain itu Anwar telah menjelajah seluruh negara selain bertujuan mendapatkan sokongan juga menjelaskan isu moral yang dihadapinya.

Anwar berhadapan dengan sodomi II pada 6-30 Jun ini, di mana Anwar akan membela dirinya di mahkamah.

Selain itu, Anwar berdepan dengan rakaman video seks yang memaparkan dirinya.

Sekiranya PRU-13 benar-benar berlangsung tahun ini, BN-gabungan 13 parti akan berhadapan dengan pakatan tiga parti pembangkang satu lawan satu, kecuali di Sabah, mungkin berlaku pertandingan tiga penjuru-BN-PR-SAPP.

Pada PRU-12, tiada sesiapa daripada BN kecuali Tun Daim Zainuddin yang mengatakan bahawa BN akan kehilangan Selangor, Wilayah Persekutuan, Kedah dan Pulau Pinang; sementara di Perak BN dalam bahaya. Benar juga, selepas keputusan PRU-12 diketahui, semua yang diramal Daim itu-benar-benar berlaku.

Kali ini, tiupan angin cukup kencang, selain negeri-negari yang ditawan Pakatan pada PRU-12 akan dipertahan oleh Pakatan, Negeri Sembilan adalah sasaran berikutnya. Negeri Sembilan diperintah oleh BN tanpa kuasa 2/3 dalam dewan undangan negeri.

Mampu kah faktor Najib mengatasi persepsi awal ini? sepertimana dilakukan oleh ayahandanya pada tahun 1974?

Kalau Najib tidak berjaya? mungkin badi teori R.A.H.M.A.N menanti penghujungnya.

Sandaran BN pada PRK terakhir di mana ke lima-limanya dimenangi oleh BN, tidak tergambar semasa PRN Sarawak. Sebabnya semua kerusi yang dimenangi BN itu adalah kawasan Felda-Vote Bank BN.

Menurut persepsi bahawa pada PRU-13 akan datang parti MCA dan Gerakan di Semenanjung tidak mampu membantu BN mendapat kerusi. Kerusi MCA yang 14 yang dimenangi pada PRU-12 kononnya akan terlepas ke tangan DAP atau PKR, sementara Gerakan, akan kosong pada PRU-13.

Sementara itu, parti SUPP Sarawak mungkin banyak kehilangan kerusi. Pakatan diperkirakan mendapat sekurang-kurangnya 11 kerusi parlimen daripada 31 di Sarawak. Di Sabah pula, akibat pergeseran antara pemimpin dalam BN-Sabah, Pakatan akan mendapat sekurang-kurangnya 4 kerusi parlimen daripada 25.

Jika Pakatan mampu mempertahan semua kerusi parlimen yang dimenanginya pada tahun 2008, besar kemungkinan; gabungan tiga parti DAP-PAS-PKR akan mampu membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah antara 2 atau 4 kerusi. Sebaliknya, jika Pakatan tidak mampu mempertahankan semua kerusi yang ditawannya pada 2008, maka keadaan tahun 1999 akan kembali berpihak kepada BN.

Pada peringkat negeri pula akan berlaku Kelantan dan Pulau Pinang terus dalam genggaman Pakatan.Gelombang Merah BN di Kelantan, nampaknya belum mampu menggugat kedudukan Nik Aziz, namun program SSDE di Selangor, akan mampu menumbangkan kerajaan Pakatan. Di Selangor daripada 56 kerusi, ada kemungkinan BN akan menang 30 dan Pakatan 26. BN akan menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah, demikian juga di Perak dan Kedah.

Kekuatan BN sekarang bukan lagi terletak pada kekuatan parti, namun faktor Najib yang lebih menonjol. Apa kah faktor Najib mampu mengatasi kelemahan parti-parti dalam BN? Apa kah faktor Najib mampu mengatasi para pemimpin BN yang masih di takok lama, sombong, arrogant, tidak mesra rakyat?

Najib sebenarnya mengetahui apa yang berlaku, namun terpaksa menerima warisan ini. Kini, cerita-cerita di kedai kopi, para menteri yang ada kuasa memberi projek kepada rakyat hanya memfokuskan kepada syarikat-syarikat tertentu yang mampu membawa "habuan" kepada para pegawai yang terlibat memproses tender-tender kerajaan.

Cukup bijak para pegawai ini, menerima tanpa orang ke tiga, malah ada pelobi projek terpaksa menghumban bungkusan vit M ke dalam tong sampah dalam pejabat pegawai tertentu, sebagai salah satu proses mendapat projek.

Sungguh malang, Najib seorang tidak mampu mengikis sikap-sikap para pegawai tertentu ini, kerana mungkin mereka tahu, bahawa ini lah peluang terakhir mendapat habuan dalam kerajaan BN.

Kerajaan jatuh atas sebab orangnya sendiri!!!

Thursday, May 26, 2011

Secret Recipe sangkal guna Tepung Keluaran PURATOS SDN BHD

Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka.

Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.

"Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.

Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.

Sementara itu, laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.

Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.

"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.

Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891.

Nasha dalam dilema-Pertahan jawatan kah atau tidak

Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden PAS bertahan, terpaksa berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru jika mahu mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2005.

Pada muktamar Pas tahun 2009, Nasha juga berdepan dengan pertandingan tiga penjuru apabila Mat Sabu dan Hussam Musa menentangnya. Pada pemilihan tersebut, pada awalnya diuar-uarkan, bahawa Nasha akan kecundang, namun akibat perpecahan undi, maka Nasha mampu menang, walaupun tidak mendapat undi popular.

Kali ini, Hussam tidak bertanding, sebaliknya Pesurujaya Pas Pahang yang juga Naib Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man, yang sebelum ini berkata tidak mahu bertanding, namun mengubah niatnya kepada bertanding.

Di kalangan penyokong Pas, jika Tuan Ibrahim bertanding, maka kehadiran Nasha tidak relevan lagi, atas sebab itu, eloklah Nasha tidak mempertahankan jawatan; namun disebaliknya, Nasha adalah orang pertama yang mengatakan akan bertanding dan memperatahankan jawatan.

Kini, Nasha dalam persimpangan, apa kah memperatahankan jawatan atau tidak menerima pencalonan bertanding.

Penyakit melayu: suka menghina pemimpin sendiri

Apabila Ibrahim Ali mengeluarkan amaran akan berjihad, jika agama islam diperkotak katik oleh bukan islam khasnya penganut kristian, tidak ketinggalan Naib Presiden Umno yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Hishamuddin Hussein mengatakan bahawa suara Ibrahim Ali tidak mengwakili melayu.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz pula mengibaratkan Ibrahim Ali sebagai badut.

Ambil lah pengajaran, melayu kini telah lemah kerana telah berpecah antara Umno-PAS-PKR. Walaupun melayu penduduk majoriti negara ini, namun tidak lagi boleh menjadi kerajaan pada tanah airnya sendiri, tanpa ehsan bangsa lain.

Disebabkan melayu telah lemah, maka ujudlah permintaan yang bukan-bukan daripada kaum bukan asal, dan orang melayu terpaksa akur dengan perimintaan tersebut kerana mahu kekal berkuasa.

Melayu lemah bukan angkara orang lain, orang melayu lemah kerana kerakusan bangsa itu sendiri.

Bagi AYT kerakusan boleh, namun kerakusan yang berkonotasi cantas mencatas perlu dinyahkan, tetapi kerakusan untuk maju ke depan- MOVING FORWAD-WIN-WIN PADA SEMUA, HANYA ITU SAHAJA MENJAMIN MELAYU KEMBALI KUAT.

Ikutlah rasmi lidi-jika sebatang mudah dipatahkan, namun jika seberkas-maka liatlah dia.

Wednesday, May 25, 2011

Sidang parlimen akan datang: Akan kah Tian Chua menggigit telinga Tan Sri Pandikar

Tian Chua akan buat kecoh, jika Speaker Dewan Rakyat mengosongkan kerusi Parlimen Batu,yang kini disandang olehnya.

Tian Chua didapati bersalah kerana menggigit telinga seorang anggota polis pada tahun 2007.

Tian chua secara automatik kehilangan kelayakkan sebagai wakil rakyat kerana didenda RM 2,000.

Disebabkan pilihanraya kecil tidak boleh diadakan lagi, memandangkan musim parlimen kurang daripada 2 tahun, maka pengistiharan kekosongan kerusi bagi satu kawasan yang lazimnya dilakukan oleh SPR kini tidak boleh dilakukan lagi.

Kini terserah kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar samada mengistiharkan kerusi parlimen Batu kosong atau sebaliknya.

Jika Pandikar mengistiharkan kerusi itu kosong, Tian Chua akan mencabarnya. Akan berulang kah peristiwa menggigit telinga? Jika sebelumnya Tian Chua menggigit telinga polis, akan berlaku kah menggigit telinga Pandikar!!

Video seks Anwar makin panas: Hisham-Anwar balas membalas saman

Anwar Ibrahim hari ini memfailkan saman balas berhubung saman yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein berhubung video seks yang mengaitkannya.

Anwar, yang juga ahli parlimen Permatang mengemukakan pembelaan dan hujah balas dengan transkrip penuh sidang akhbarnya.

Sebelum ini, Hishammuddin berkata tindakan Anwar yang juga ketua umum PKR mengaitkannya dengan video seks tersebut semata-mata untuk mengalihkan perhatian masyarakat.

Permohonan Anwar difailkan oleh pejabat peguam Tetuan Faiz dan Co.

Perkara itu timbul bagi sebutan kes hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Wazeer Alam Mydin Meera.

Wazeer kemudiannya menetapkan 3 Jun untuk pengurusan kes dan mengarahkan Hishammuddin bagi menjawap hujah pembelaan Anwar sebelum 1 Jun.

Hishammuddin diwakili oleh peguam Cecil Abraham manakala Leela Jesunathan pual mewakli Anwar.

Tuesday, May 24, 2011

Kerusi Batu kosong

Ekoran rayuan Chua Tian Chang (Tian Chua) terhadap hukuman mahkamah tinggi pada pertengahan jun tahun lalu, ditolak mahkamah, maka statusnya sebagai MP sepatutnya terlucut dengan sendirinya.

Tian chua didenda RM 2,000 atau dua bulan penjara, kerana satu keslahan menggigit telinga seorang anggota polis pada tahun 2007.

Mengulas mengenai hukuman terhadap Tian Chua itu, Karpal Singh yang juga seorang berkata, kedudukkan Tian Chua akan gugur secara automatik sebagai wakil rakyat, jika tidak merayu dalam tempoh 14 hari selepas hukuman itu dijatuhkan.

Alasan yang diberikan oleh mahkamah rayuan, Tian Chua gagal mengemukan rayuan seperti mana dibenarkan undang-undang, yaitu 14 hari.

Monday, May 23, 2011

Tanah Runtuh: Jadi medan politik

Kejadian tanah runtuh di Hulu Langat minggu lalu yang mengorbankan 16 kanak-kanak yatim yang tidak berdosa, telah menjadi medan poltik.

Baik pemimpin BN dan Pakatan Rakyat berlumba-lumba untuk menonjolkan diri selain usaha membantu juga memberi bantuan.

Bayangkan jika runtuhan tanah tersebut tidak berlaku,mungkin ramai diantara kita tidak mengetahui ujudnya rumah yatim itu.

Mangsa tetap mangsa, mungkin ramai diantara kita berkata, itu semua merupakan tragedi dan nasib para anak malang itu.

Sudah lah mereka itu malang, kerana tidak mempunyai ibu bapa, dan hidup bergantung atas ehsan orang lain, namun kemalangan ke atas mereka secara bertubi-tubi menjadi perhatian.

Sayang sungguh-mencegah tidak diamalkan. Seandainya pembangunan rumah di lereng bukit itu tidak dibenarkan, mungkin 16 anak-anak tidak berdosa itu masih bernafas.

Sungguh malang-Tragedi anak yatim-jadi bahan politik

KOSONG... Rumah Persatuan Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Sungai Gahal telah dikosongkan. Mereka buat sementara waktu pulang ke kediaman waris masing-masing dan ada yang tinggal di penempatan sementara di Lembah Azwen Resort.

Ramainya pemimpin baik daripada pihak kerajaan mahupun pembangkang-berlumba-lumba mahu mencuri perhatian di saat-saat ramainya kanak-kanak tidak berdosa terkorban akibat tanah runtuh di Hulu Langat.

Ironinya, apabila kita masih hidup, jarang yang memberi perhatian, namun apabila nyawa telah melayang, disitu lah simpati datang bertubi-tubi.

Kemalangan tanah runtuh di Hulu Langat, sepatutnya tidak berlaku, jika pihak kerajaan tempatan yang membenarkan pembinaan rumah di lereng bukit tersebut menjalankan tugasnya.

Saturday, May 21, 2011

Video seks Anwar: Mahkamah yang tentukan kebenarannya: Hisham

Mahkamah akan mendedahkan kebenaran dan menjawab semua persoalan rakyat berhubung isu yang menyelubungi video seks membabitkan seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Beliau berkata ramai ingin mengetahui perkara sebenar mengenai video itu dan ada yang mempertikaikan kredibiliti pihak yang melakukan siasatan, namun pendedahan mengenainya tidak boleh dilakukan.

"Kita sudah belajar, apa yang kita buat, ia akan diputarbelitkan jika didedah terlalu awal.

"Orang ramai akan dipengaruhi oleh kempen-kempen yang tidak munasabah dan akhirnya kebenaran itu tenggelam kerana persepsi yang ditanam oleh pihak-pihak yang ada kepentingan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Seremban di Padang Awam Taman Pelangi hari ini.

Hishammuddin berkata laporan mengenai siasatan itu telah dihantar kepada Peguam Negara.
- Bernama

Tanah runtuh: Antara 20 hingga 30 anak yatim dikhuatiri tertimbus di Hulu Langat

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Antara 20 hingga 30 penghuni sebuah asrama anak yatim di Sungai Semungkis dekat Kajang dipercayai tertimbus akibat tanah runtuh petang ini

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 2.20 petang tadi.

Laporan Berita Harian Online memetik jurucakap ibu pejabat polis daerah Kajang berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan.

Dalam pada itu, dua mayat kanak-kanak penghuni Rumah Anak Yatim Al-Takwa sudah dibawa keluar dari tempat kejadian.

Enam lagi kanak-kanak berjaya diselamatkan dan keadaannya dilaporkan parah selepas anggota penyelamat dan penduduk kampung mengorek tanah yang tertimbus.

Laporan itu juga berkata mereka yang cedera dibawa ke Hospital Kajang.

Tun M nampak sehat

Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi respons yang baik terhadap rawatan dan fisioterapi yang dijalaninya di Institut Jantung Negara (IJN), kata Pegawai Khasnya Sufi Yusoff. - Foto BERNAMA

Friday, May 20, 2011

Patut BN jemput DAP menyertai gabungan itu; Tan Sri Nordin Kardi

Mantan VC UUM itu bersandarkan kepada ideologi Umno dan DAP; atas ideologi masing-masing maka akan lebih selesa jika berkerjasama.

Menurut Nordin, semua tuntutan DAP segalanya telah tertunaikan. Tuntutan mengenai merit, Malaysia Malaysia dsbnya telahpun ditunaikan melalui konsep 1Malaysia.

Lupakan sejarah silam, kata Nordin, sebaliknya Umno dan DAP perlu mengarah ke masa depan.

Bagi Nordin, tidak perlu menggantikan Bn, sebaliknya pertahankan status quo itu, dan jika DAP menyertai BN, sama-samalah mengubahnya dari dalam.

Konsep BN ibarat satu jenama yang mapan, tidak perlu menukar jenama, yang terbukti mampu mengurus negara lebih 50 tahun, sebaliknya jika ada kecacatan, perbaikilah.

Mungkin kah BN menyahut cadangan Nordin itu? atau cadangan itu menjadi cemohan?

Jika negara mahukan perdamian antara kaum-tiada salah mengenai cadangan itu. Fikir-fikirkan lah.

Perang Salib; Anwar dakwa- Najib suruh Ibrahim Ali

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Datuk Ibrahim Ali tidak perlu ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mahupun didakwa di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataan gempar yang dibuat oleh presiden PERKASA itu berhubung 'perang salib' ke atas penganut Kristian.

Sebaliknya, isu sebenar berhubung kenyataan berkenaan adalah sikap yang ditunjukkan Umno serta perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang menurut Anwar, hanya membiarkan tindakan sedemikian berterusan.

Ucapan Ibrahim dalam satu program ceramah pada 14 Mei itu mencetus kontroversi dan meraih kritikan pelbagai pihak termasuk para pemimpin gereja, kumpulan ulama dan NGO.

Namun, menteri undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz pula sekadar menyatakan bahawa amaran seperti yang disuarakan oleh Ibrahim itu kini sudah menjadi satu norma di Malaysia – maka tidak adil sekiranya Ibrahim sahaja yang dikenakan tindakan.

Ibrahim pula ketika mempertahankan ucapannya itu berkata, slogan jihad yang dilaungkannya ke atas golongan Krisitian itu "tidak bermaksud berbunuh-bunuhan dengan orang Kristian atau orang bukan Islam" tetapi sekadar untuk "menggemparkan" bagi tujuan menyedarkan orang ramai.

Bagi Anwar, Umnolah yang bertanggungjawab membiarkan.kenyataan melampau dan juga penghinaan ke atas gereja Kristian seperti itu berterusan.

"Memang ada undang-undang untuk menyiasat (kenyataan Ibrahim) tetapi bagaimana untuk menyiasat sekiranya ia dipromosikan (dan) disokong oleh pemerintah? Penyelesaiannya? Berilah rakyat faham dan jangan undi mereka.

"Tidak kiralah apa yang Nazri kata, dia tidak ada kredibiliti. Saya tidak fikir dia mewakili suara-suara rasional ataupun yang berdasarkan undang-undang, jadi saya tidak fikir dia mewakili apa-apa yang positif.

Tentara laut Mesir usir MV Finch (Kapal Malaysia)

Sebuah kapal Tentera Laut Mesir yang lengkap bersenjata telah mengarahkan kapal kargo MV Finch, yang membawa bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza, meninggalkan kawasan menunggu di Pelabuhan El-Arish.

Sebelum itu, kapal tentera laut itu telah mengelilingi kapal bantuan kemanusiaan tersebut, yang telah tiga hari berada di kawasan menunggu di perairan tersebut untuk isyarat untuk berlabuh.

"Mereka menghalang kapal ini memasuki pelabuhan," kata wartawan Bernama Mohd Faizal Hassan, seorang dari 12 penumpang dan krew MV Finch itu, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama hari ini.

Mohd Faizal berkata, MV Finch pada masa kini telah diarah keluar dari kawasan menunggu itu sejauh kira-kira tiga batu nautikal. Mohd Faizal turut melaporkan bahawa bekalan makanan dan air bersih di dalam kapal itu semakin kehabisan. Beliau berkata kapal itu masih lagi menunggu untuk mendapatkan kebenaran pihak berkuasa Mesir untuk berlabuh.

"Pihak pelabuhan kata tunggu kebenaran untuk masuk yang kami pun tidak tahu bilakah masanya," katanya.

Semua 12 krew dan penumpang kapal itu sebelum ini telah cuba menembusi perairan Gaza yang dikepung Israel dalam usaha menyampaikan misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Kapal itu membawa muatan paip PVC sepanjang 7.5 kilometer bagi memulihkan sistem pembentungan yang musnah di Gaza. - BERNAMA

Guru pilihan Ahmad Fedtri

Selepas enam bulan berkenalan sejak bertemu di sebuah masjid, pengacara Malaysia Hari Ini dan penulis lirik Fedtri Yahya, 30, bakal menamatkan zaman bujang dengan seorang guru, Nurul Anati Ismail, 26, pada 28 Mei ini.

Majlis akad nikah akan diadakan di rumah pengantin perempuan di Pengkalan Machang, Pasir Mas, Kelantan.

Kedua-dua bakal mempelai akan diraikan pada dua majlis sederhana bertemakan tradisional pada tarikh berkenaan di sebelah perempuan manakala pada 11 Jun depan di Arena Square, Pengkalan Baru, Pantai Remis, Perak.

“Majlis akan diadakan secara sederhana sahaja dengan tema Sekolah Pondok di Kelantan, manakala sebelah saya bertemakan Manisnya Ukhwah.

“Kedua-dua majlis akan dibantu oleh keluarga dan sahabat handai sahaja dan saya mahu mengekalkan identiti orang kampung dalam majlis tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online.

Menurut Fedtri, mereka tidak melakukan acara pertunangan mengikut adat sebaliknya terus melangsungkan acara ijab kabul.

“Secara adat memang kami tidak melakukan sebarang acara pertunangan, tapi jika dihayati dengan betul pertunangan adalah ikatan perjanjian antara dua pihak,” ujarnya.

Bercerita tentang perkenalan pasangan ini, Fedtri memberitahu dia terpikat dengan perwatakan dan ciri wanita solehah yang ada pada Nurul Anati.

“Saya sebenarnya tidak terfikir untuk berkahwin pada tahun ini tapi selepas berjumpa Nurul enam bulan lalu hati saya terus terbuka untuk berumah tangga.

“Saya mengenali dia di Masjid Taman Tun Dr Ismail ketika penggambaran program Dari Masjid ke Masjid. Dia antara peserta yang menyertai program yang kami anjurkan di masjid tersebut,” katanya.

Tambah Fedtri, perjalanan proses perkahwinannya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan Allah.

Katanya, Nurul merupakan wanita yang memenuhi ciri-ciri gadis pilihannya dan memahami kerjayanya dalam bidang ini.

“Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah mendesak atau merimaskan saya dengan persoalan yang remeh temeh,” katanya.

Thursday, May 19, 2011

Yingluck Shinawarta PM Thailand berikutnya?

Julai ini akan membuka dimensi baru dalam arena politik Thailand. Pada pilihanraya itu kemungkinan besar parti Pheu Thai sokongan Thaksin Shimawarta yang digulingkan akan menang besar seterusnya Thai akan mendapat Perdana Menteri wanita yang rupawan.

Yingluck Shinawarta adik bungso Thaksin telah dipilih oleh partinya sebagai bakal Perdana Menteri, jika parti Pheu Thai mengalahkan Parti Demokrat pimpinan Perdana Menteri sekarang- Abhisit Vejjajiva.

Poiltik Thai senantisa bergolak sejak 5 tahun lalu, selepas Thaksin digulingkan.

Apabila Anwar tahu pelakon video seks dedahan Datuk T

Anwar mensyaki beberapa individu yang mirip wajahnya, berperut borot dan bertetek lendut.

Chat online melalui Yahoo news yang dihostkan oleh Yahoo Malaysia hari ini, Anwar menjawab bahawa beliau mengenai lelaki-lelaki itu.

Chat online selama 75 minit itu, berkisar tentang video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T pada 21 Mac lalu.

Anwar mengisikan chat online itu dengan penafian-penafian dan menuduh BN merupakan dalang kepada video seks tersebut.

Mungkin saya kenal lelaki dalam video seks itu: Anwar

Dalam chat online Anwar di Yahoo hari ini, Anwar mengaku bahawa dia mungkin mengenali lelaki boroi dan bersusu saggy pelaku dalam video seks di mana lelaki tersebut mirip wajahnya.

Melalui chat online itu, juga Anwar sempat marah kerana pertanyaan seorang peserta yang bertanyakan kepada Anwar tentang temuan pakar Korea dan Amerika yang mengatakan bahawa lelaki dalam video itu adalah Anwar sendiri.

Politik Sabah memanas: Kini ada kumpulan Anti Musa Aman dan Safie Apdal

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperkenalkan nama kumpulan tersebut sebagai Movement For Change Sabah (MoCS) sama seperti MoCS di Sarawak- ditubuhkan di Kota Kinabalu semalam dan usaha mengubah kepmimpinan Negeri.

Kumpulan yang kurang dikenali tersebut mempersoalkan kepimpinan Musa Aman di peringkat negeri dan Safie Apdal di peringkat persekutuan.

Wednesday, May 18, 2011

Sodomi: Lim Guan Eng yakin Anwar didapati bersalah

Lim Guan Eng yakin Anwar akan didapati bersalah meliwat Saiful. Namun, Anwar masih tetap sebagai MP selagi semua proses mahkamah masih ada. Anwar boleh membuat rayuan, kemudian meminta pengampunan. Selagi Anwar sebagai MP, maka selagi itu, Ketua Umum PKR itu menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Menurut Guan Eng, dewan kepimpinan Pakatan Rakyat telah bersetuju agar Anwar terus menjadi Ketua walau apapun keputusan mahkamah mengenai salah laku moralnya.

Dengan pengakuan Guan Eng itu, bermakna parti Pas juga telah menerima dan bersetuju berketuakan Anwar, walaupun salah laku Anwar melanggar hukum hakam agama islam.

Pencegah maksiat menyebab kematian-patut didakwa: Dr Asri

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar tindakan penguatkuasa agama yang menyebabkan kematian dalam operasi pencegahan maksiat, seperti yang dilaporkan semalam.

Menurutnya, tindakan bagi membendung "maksiat peribadi" seperti khalwat dan minum arak yang dilakukan secara bersembunyi sehingga menyebabkan kematian adalah satu dosa.

"Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian," katanya ketika mengulas kes mangsa mati terjatuh kerana mengelak intipan sebuah jabatan agama, dipercayai merujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

"Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu 'khalwat' dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip."

Jangkitan dada: Tun M dimasukkan IJN

Tun Dr Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini bagi menjalani rawatan jangkitan pada dada beliau.

Mantan Perdana Menteri itu dimasukan ke wad biasa kira-kira 6 pagi selepas mengadu deman dan batuk sejak dua hari lalu.

"Dr Mahathir kini menjalani rawatan antibiotik dalam saluran darah dan fisioterapi dada," kata pembantunya Sufi Yusoff dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir, 85, yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana dijangka berada di IJN kira-kira seminggu.

Sufi berkata doktor menasihati Dr Mahathir agar tidak menerima sebarang pelawat kecuali ahli keluarga terdekat beliau.- Bernama

Kata laluan ke unit 1511- Mohktar dan CIFUT

Tanggal 6 Jun hingga 30 2011, pasti kita akan mendengar semula kata laluan Mohktar dan CIFUT. Kata laluan Mohktar telah didedahkan oleh Saiful pada 3 Februari 2010, apabila mangsa liwat Anwar itu memberi keterangan mengenai laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun 2008, dimana dalam laporan tersebut; Saiful melaporkan bahawa dia diliwat oleh majikannya.

Pada hari kejadian (26 Jun 2008) mangsa diarah oleh majikannya ke sebuah kondo di jalan setiakasih Bukit Damansara. Tujuan mangsa ke unit 1511 selain menghantar dokumen yang diarahkan juga majikannya berpesan agar jangan lupa membawa jelly KY.

Selepas melalui pintu pengawal dengan berbekalkan kata lalun Mohktar, pintu yang menggunakan kekunci magnet-akan terbuka bila menyebut mohktar, maka sampailah Saiful ke sebuah unit yang bernombor 1511-kononnya unit tersebut milik seseorang yang bernama Nasrudin.

Di dalam unit itu, Majikan Saiful telah lama menunggu. Apabila Saiful tiba, dia langsung menyerahkan dokumen yang diminta. Majikannya meneliti dokumen tersebut, selepas itu, mereka berbincang jadual kerja Saiful. Semasa membincangkan jadual kerja itulah, timbul gahirah, sehingga majikannya bertanya "Can I f**k u Today" aka CIFUT.

Selepas bersiram, Saiful diarah mendekati majikannya dalam keadaan berdiri-memakai tuala putih, Saiful juga sama. Majikan memeluknya. Kemudian itu, berlaku proses liwat, sehingga majikannya mencapai klimaks.

Air mani yang tertumpah ke dalam dubur Saiful, telah terbukti milik Anwar sepertimana keputusan Hakim pada 16 Mei lalu; dan air mani itulah salah satu keputusan memanggil Anwar membela diri.

Sabahkini kini under Musa Aman Payroll: Blogger Sekali Ketuk

Memeranjatkan juga apabila ayat-ayat blog Sabahkini tiba-tiba bertukar-di mana sebelum ini sangat kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.

Kini, Blog tersebut sangat kritikal pula terhadap Datuk Safie Afdal, Naib Presdien Umno.

Apabila Blogger Sekali Ketuk mendedahkan bahawa Blog tersebut, kini telah dibawah "bayaran" Musa Aman-maka teka teki telah terjawab. (Disini)

Bagi AYT pemusnahan terhadap kepimpinan Safie Afdal di peringkat negeri memang dijalankan secara ketara. Di setiap perjumpaan Safie dengan ahli Umno peringkat negeri, memang batang hidung pemimpin negeri termasuk ketua bahagian Umno tidak kenampakan. Contoh yang paling ketara, apabila Safie merasmikan perumahan rakyat di Mekabong Tuaran, di mana di tempat itu juga Menteri KPLW itu mengumumkan perutukan RM237 juta peruntukan untuk pembangunan Tuaran, Ketua Bahagian Umno Tuaran,-merangkap Menteri Kerjaan Tempatan dan Perumahan Negeri-Merangkap Bendari Umno Negeri-Datuk Hajiji Mohd Noor tidak hadir. Selain itu, kehadiaran rasmi Safie Afdal di Papar Sabah, juga disambut dingin oleh pemimpin Umno setempat.

Berasaskan kepada keadaan ini, memang menguatkan pendedahan blogger Sekali Ketuk itu.

Tuesday, May 17, 2011

Bekas polis jatuh dari tingkap hotel maut elak dicekup JAWI

KUALA LUMPUR, 17 Mei — Seorang bekas anggota polis maut selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah hotel di ibu negara ketika cuba mengelak dicekup sepasukan anggota Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) yang melakukan operasi cegah maksiat awal pagi ini.

Ketika cuba melarikan diri melalui tingkap biliknya yang terletak di tingkat 16 hotel itu di mana dia menginap dengan pasangannya, mangsa yang berumur 49 tahun itu terjatuh di beranda tingkat lima bangunan dalam insiden kira-kira 2 pagi itu, lapor Bernama Online.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman mengklasifikasikan kematian itu sebagai mati mengejut.

Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dipercayai akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Zulkarnain berkata pihak Jawi telah mengambil keterangan daripada pasangan mangsa yang dipercayai janda berumur lingkungan 40-an untuk membantu siasatan.

Beliau enggan mendedahkan identiti pasangan terbabit.

Haji Hadi kekal Presiden PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara rasmi mengekalkan jawatannya bagi penggal ke lima pada pemilihan parti itu yang akan diadakan awal bulan depan.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang disahkan menang tanpa bertanding selepas seorang lagi calon yang dicalonkan merebut jawatan berkenaan tidak layak bertanding kerana gagal mendapat pencalonan yang cukup.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, setiap calon memerlukan dua pencalonan daripada PAS kawasan bagi melayakkan mereka bertanding.

Sebelum ini PAS Kawasan Bukit Bintang menerusi mesyuarat agungnya membuat kejutan apabila mencalonkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa bagi merebut jawatan nombor satu parti itu.

Sementara itu bagi jawatan Timbalan Presiden, seramai enam calon layak bertanding bagi jawatan berkenaan termasuk penyandang jawatan berkenaan, Nasharudin Mat Isa.

Lima yang lain ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Husam; Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu; serta dua Naib Presiden iaitu Salahudin Ayub dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sebelum ini Nasharudin mengesahkan akan mempertahankan jawatannya itu sementara Mohamad turut menawarkan diri bertanding bagi jawatan berkenaan.

Ditanya mengenai jumlah pencalonan bagi setiap calon yang layak bertanding, Abdul Halim berkata pihaknya tidak akan mendedahkan perkara berkenaan selain kepada calon itu sendiri.

"Bagaimanapun pihak jawatankuasa akan memaklumkan kepada calon-calon yang layak bertanding mengenai jumlah pencalonan yang mereka terima," katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Selain itu bagi jawatan Naib Presiden, seramai 14 calon yang layak bertanding termasuk Azizan, Husam, Mohamad Sabu, Nasharudin, Salahudin dan Tuan Ibrahim.

Lapan lagi layak bertanding bagi jawatan tersebut ialah seorang lagi penyandang, Datuk Mahfuz Omar; Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad; Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman; Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli; Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa; Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Nik Zawawi Salleh dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Selain itu seramai 82 calon yang layak bertanding bagi merebut 18 kerusi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Seramai 1,100 perwakilan akan memilih pemimpin Pas yang pada 3 jun.

Ketua IMF dinafi ikat jamin-terus direman

Dominique Strauss-Kahn (kanan) dengan ditemani peguamnya Ben Brafman mendengar tuduhan di Mahkamah Jenayah Manhattan, New York. — Foto Reuters
NEW YORK, 17 Mei — Hakim sebuah mahkamah New York meletakkan Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Dominique Strauss-Kahn dalam reman berhubung tuduhan melakukan serangan seksual ke atas seorang pekerja wanita hotel.

Strauss-Kahn akan muncul semula di mahkamah Jumaat ini.

Laporan Reuters menyebut, pendakwa raya berhujah yang mereka khuatir ketua IMF itu akan berlepas ke Perancis jika dibebaskan dengan diikat jamin.

“Tuduhan-tuduhan dan tingkah laku sangat serius,” kata penolong peguam daerah John “Ardie” McConnell.

McConnell menyifatkan ketua IMF itu sebagai seorang yang ‘berisiko pesawat’ — boleh meninggalkan ke Perancis dan bertegas Strauss-Kahn perlu diletakkan di lokap.

Peguam-peguam pembela berkata Strauss-Kahn telah menafikan segala tuduhan ke atasnya.

Strauss-Kahn dibawa keluar dari pesawat dalam penerbangan ke Paris Sabtu lalu (awal pagi kelmarin, waktu Malaysia) dan dikenakan tuduhan jenayah seksual, cubaan merogol dan kurungan secara tidak sah — skandal yang dilihat akan menjejaskan harapannya bertanding pemilihan presiden Perancis tahun depan.

Tuduhan-tuduhan itu juga mencetuskan persoalan sama ada Strauss-Kahn berupaya untuk meneruskan jawatan tugas dan tanggungjawabnya di IMF yang berpejabat di Washington.

Laporan media lain menyebut penyiasat New York juga memberi tumpuan ke atas laporan-laporan lain sebelum ini. — Agensi

Anwar sifatkan keputusan mahkamah Pra-penghakiman terhadapnya

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menuduh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah telah membuat pra-penghakiman terhadapnya dengan memerintahkannya membela diri.

Sambil berkata beliau tidak terperanjat dengan keputusan tersebut dan terus mendakwa bahawa sejak dari awal lagi, kes terhadapnya merupakan satu penganiayaan politik, Anwar berkata hakim telah melangkau melebihi mempertimbangkan fakta-fakta sama ada terdapat kes prima facie terhadapnya.

Anwar berkata, beliau diperintah membela diri tanpa fakta berkaitan dipertimbangkan dan tidak menurut peruntukan undang-undang.

"Semua bahan-bahan tuduhan itu (dianggap) menjadi fakta, boleh diterima dan melampaui keraguan munasabah. Ia seolah-olah dia mahu menghukum, telah memutuskan sabitan," katanya.

Sambil menegaskan beliau telah mengarahkan pasukan peguambelanya supaya habis-habisan membuat pembelaan, Anwar berkata, beliau telah mengisytiharkan dirinya tidak bersalah.

Katanya, ia kerana kes itu membabitkan konspirasi politik dan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, yang semuanya telah dinamakan.

Ahli parlimen Permatang Pauh itu berkata hakim dan pendakwa telah dimaklumkan mengenai permohonan pihak peguambela untuk memanggil ketiga-tiga mereka sebagai saksi.

Monday, May 16, 2011

Harga gula naik tak apa-Tapi kalau harga petrol naik-berakbiat buruk

All means- Kerajaan mesti berusaha agar petrol RON 95 jangan dinaikkan. Impaknya besar, bisa mengundang malapetaka.

Ura-ura RON 95 dinaikan daripada 1.90 kepada 2.05 selitar telah menyebar, malah TPM telah memberi petanda.

Perekonomian negara sangat sensitif terhadap kenaikan petrol terutama RON95, kerana sebahagian rakyat yang menggunakan kenderaan atau pengakutan menggunakan jenis petrol ini dismaping diesel.

Ingat tahun 2007, semasa kenaikan minyak sehingga RM 2.70 seliter, akibatnya harga barang yang dinaikkan untuk merespon kenaikkan itu, hingga kini tidak lagi turun, walaupun harga diturunkan semula.

Tindakan liar penyokong Anwar-Polis hanya menonton

Mungkin polis merasa akur dengan kritikan Pembangkang, bahawa setiap tindakan mereka senantiasa dihalang pihak polis.

Hari ini di mahkamah Jalan Duta, kira-kira 200 penyokong Anwar membuat kecoh, semasa Hakim Mahkamah Tinggi- Mohd Zabidin Mohd Diah membacakan keputusan mengenai kes sodomi II Anwar.

Dengan membiarkan para penyokong Anwar berlegar-legar di ruang mahkamah, telah menjadikan mahkamah negara sebagai ruang sirkus, tanpa ada penghormatan langsung.

Pertanyaannya sekarang, apa kah mahkamah negera masih sebagai tempat untuk menegakkan undang-undang negara?

Suatu hari nanti, pasti ada orang lain yang akan buat, bertindak seperti mana tindakan para penyokong Anwar yang 200 orang itu.

Akibat tindakan 200 orang itu, telah membawa mesej negatif kepada 27 juta rakyat negara, bahawa ruangan dan halaman mahkamah bukan lagi tempat selamat dan bukan lagi tempat menguatkuasakan keluhuran undang-undang.

Hanya kerana seorang rakyat Malaysia yang bermasalah Moral, maka mahkamah menjadi korban.

Hari ini mahkamah tinggi telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mengwujudkan prima facie terhadap Anwar berhubung kes liwat.

Sodomi II disambung 6-30 Jun 2011: Anwar membela diri

Anwar di Mahkamah Jalan Duta Pagi tadi
Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi diarah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lalu.

Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah berkata pendakwa raya telah membuktikan kesemua keterangan dan saksi untuk mempertahankan tuduhan ke atas Anwar.

"Kes prima facie telah dibuktikan ke atas tertuduh," kata hakim yang membacakan alasan penghakiman kes peringkat pendakwaan, yang berlarutan kira-kira satu setengah jam bermula 9 pagi tadi.

Katanya, tiada sebab bagi mahkamah untuk tidak menerima bukti-bukti yang diketengahkan pendakwa raya dalam kes ini.

Anwar, 63, dituduh meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ini kes liwat kedua melibatkan Anwar selepas yang pertama 13 tahun lalu.

Terdahulu, Mohd Zaibidin memutuskan bahawa Saiful, yang juga pengadu, merupakan seorang saksi yang berwibawa dan keterangannya boleh dipercayai.

Mohd Zabidin juga berkata kesemua tiga doktor telah memberikan keterangan secara positif dan memutuskan ada elemen peneterasi.

Sodomi II bersambung pada 6-30 Jun 2011.

Blog Archive