Monday, January 31, 2011

Punca Melayu Islam lemah dan berpecah kerana Nik Aziz: Tun Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menggunakan apa juga peluang yang ada untuk memburukkan musuh politiknya di Malaysia termasuk sanggup mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew.

Beliau berkata Menteri Besar Kelantan itu rela mempertahankan Kuan Yew, yang juga bekas Perdana Menteri Singapura, dengan menganggap cadangannya supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam.

"Bayangkan sahaja Islam di bawah pemerintahan Nik Aziz dengan Karpal (Singh), (Lim) Kit Siang, (Lim) Guan Eng. Jika pendapat rakan bukan Islam Nik Aziz menuntut supaya amalan ajaran Islam dilonggarkan, Nik Aziz mungkin bersetuju" katanya dalam entri terbaru beliau di www.chedet.co.cc pada Isnin.

Dr Mahathir berkata zaman sekarang berbeza dengan zaman British di mana ketika itu, ramai pembesar Melayu minum arak dan ada pekerja Melayu yang minum todi.

Namun, katanya hasil perjuangan nasionalis Melayu, negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam.

"Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam," katanya.

Sebaliknya, kata Dr Mahathir, hasil terbesar PAS dan Nik Abdul Aziz ialah memecahbelahkan orang Islam di negara ini.

"Penubuhan PAS itu sendiri berjaya memecahbelahkan orang Melayu Islam setelah mereka bersatu dalam Umno untuk memperjuangkan nasib bangsa yang beragama Islam.

"PAS turut memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia sekali lagi apabila PAS mengadakan solat Jumaat dua Imam, larangan terhadap perkahwinan orang PAS dengan orang Umno, larangan anggota PAS menghadiri kenduri orang Umno dan pengasingan kubur orang PAS daripada orang Umno, seolah-olah di Akhirat juga PAS ingin pecah belah orang Melayu Islam terus berlaku," katanya.

Dr Mahathir berkata apabila PAS bertanding pada pilihan raya 1955 dan seterusnya hingga 1986, ia mendakwa bahawa Umno yang bekerjasama dengan orang bukan Islam, mereka menjadi kafir.

"Ini juga memecahkan perpaduan orang Islam di Malaysia," katanya.

Menurutnya apabila PAS bergabung tenaga dengan Semangat 46 dan DAP pada pilihan raya 1990 dan 1995, parti Semangat 46, iaitu serpihan daripada Umno, mendapat nafas dan orang Melayu Islam terbahagi kepada tiga kumpulan.

"Alhamdulillah, Semangat 46 kembali semula kepada Umno dan perpaduan orang Melayu Islam dalam Umno dipulih semula. Tetapi apabila Timbalan Presiden Umno dikeluarkan daripada parti, Nik Aziz dengan cepat memberi sokongan kuat kepadanya supaya parti serpihan yang ditubuh boleh menarik keluar sebahagian daripada anggota Umno dan penyokongnya supaya parti orang Melayu Islam yang terbesar ini menjadi lemah.

"Hasil daripada sokongan Nik Aziz, orang Melayu sekali lagi berpecah tiga. Tidak cukup dengan ini, Nik Aziz sanggup bekerja keras dengan DAP untuk menubuh Pakatan (Rakyat)," katanya sambil menambah PAS sanggup mengetepikan soal kafir kerana ingin menjadikan Pakatan Rakyat musuh kuat Umno.

Dengan cara ini, katanya Nik Aziz menentukan kali ini perpecahan orang Melayu Islam kepada tiga pasukan yang lemah menjadi kekal.

"Inilah sumbangan Nik Aziz kepada Islam di Malaysia ini. Bahawa satu daripada ajaran Islam yang penting ialah orang Islam itu bersaudara, tidak dihiraukan oleh Nik Aziz," katanya.

Normala kalah bukan kerana Normala-Normala kalah kerana alat PAS-Pakatan

Bayangkan pada pengumuman calon Pas pada malam 17 Januari lalu- Lim Kit Siang terang-terangan berkata-terlalu sukar bagi Normala menang di DUN Tenang. Normala hanya digunakan sebagai alat untuk mengurangkan majoriti BN.

Jika telah tahu Normala-tidak boleh menang-kenapa suruh Normala bertanding? pilih calon yang boleh menang!

Pencalonan Normala-hanya alat kepada Pas. Pas menunjukkan kepada DAP bahawa parti itu tidak menganaktirikan wanita. Atas sebab itu Normala jadi Korban. Bukan sahaja Normala jadi Korban-Makrof suami Normala terpaksa menipu cuti sakit (MC) hanya menemani Normala ke sana ke mari. Makrof curiga-jika Normala tidak dtemani-ada kemnungkinan lebai-lebai Pas yang miang-miang akan menggodanya.

Akibatnya-Makrof terpaksa menipu-kononnya dia sakit dan bercuti 21 hari sejak 6 Januari-sehinggalah 28 Januari.

Dari dahulu Pas hanya memperalat wanita. Bagi Pas wanita tidak boleh jadi pemimpin. Namun atas kehendak DAP-maka PAS akur-akhirnya Normala menjadi Mangsa.

Selama kempen di PRK Tenang-nama Normala jarang disebut, yang disebut adalah nama Nik Aziz-seolah-olah Nik Aziz bertanding di Tenang melawan Tok AI-calon BN. Semua kita tahu Tok Ai dengan bergaya mengekal DUN Tenang untuk BN. Tok Ai mendapat sokongan kaum melayu dengan padunya. Oleh kerana Tok berlawan dengan NIK AZIZ sepertimana cara jentera PAS berkempen-maka kemengan Tok AI secara automatik juga mengalahkan Nik Aziz.

Disebabkan Pas tidak mengiktiraf wanita-atas sebab itu jentera Pas hanya menyebut pemimpin Pas. Bagi Pas menyebut nama wanita adalah taboo-kerana wanita hanya bertugas menjaga rumah. Makrof sedar ini-kerana itu pada penamaan calon-seolah-olah Makrof lah calon Pas (lihat gambar).

Selama kempen-yang ditonjolkan adalah Makrof-atas sebab dia lelaki.

Kini Normala menyesal-namun semuanya itu sudah terlambat. Sepatutnya Normala pada masa ini sibuk memeriksa kerja rumah pelajarnya-namun kini..hanya kesedihan yang ada.

PRK Tenang: Chua Soi Lek-Lim Kit Siang :Gaduh soal undi cina


Walaupun 3 tempat majoriti pengundi cina di menangi BN, namun Labis tengah di mana ramai pengudi cina- Pakatan menang-walaupun peratusan yang keluar mengundi di tempat itu hanya 20 peratus.

Tidak dinafikan-keputusan PRK DUN Tenang semalam, bolehlah dilihat bahawa sejumlah pengundi kaum cina telah kembali kepada BN.

Lim Kit Siang-tidak boleh membuat andaian-bahawa pengundi yang tidak turun mengundi akan mengundi Pakatan, kerana ada kemungkinan juga mengundi BN.

Yang jelas-para pengundi yang tidak turun mengundi adalah para pengundi atas pagar-kerana adalah lumrah bagi penyokong sesebuah parti akan berusaha untuk turun mengundi dengan cara apa sekalipun.

Keputusan semalam-menggambarkan memang benar-pengundi kaum cina telah mula kembali kepada BN, namun tidak tahu lah apa kah trend undi itu bertahan pada PRU-13 akan datang. Kes Ijok misalnya-pada PRK-UBN menang, namun pada PRU-12 lalu, Ijok berjaya ditawan semula oleh Khalid Ibrahim.

PRK DUN Tenang-tidak dinafikan bahawa pengundi kaum melayu telah kembali semula kepada BN. Pas dan PKR tidak lagi dapat mengharapkan-bahawa kaum melayu akan menyokong dua parti itu.

Pada pilihan raya kecil itu, BN merampas semula tiga daripada empat kawasan majoriti Cina iaitu Labis Timur, Labis dan Tenang daripada DAP.

Bagaimanapun, BN mengekalkan Labis Timur dengan majoriti 39 undi, Labis (majoriti 94 undi) dan Tenang dengan majoriti 394 undi, berbanding pada pilihan raya umum 2008 di mana calon PAS menguasai 53 peratus undi di Labis Timur dan 59 peratus di Labis.

Bandar Labis Timur mempunyai 63.4 peratus pengundi Cina, Labis (58.3 peratus), Tenang (54 peratus) dan 95.7 peratus di Bandar Labis Tengah.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Bandar Labis Tengah, PAS juga memenangi Bandar Labis Timur dan Labis.

PAS sebelum ini memenangi Bandar Labis Tengah dengan majoriti 509 undi dan pada kali ini, mereka hanya mampu memperoleh majoriti 486 undi, walaupun penurunan 20 peratus pengundi yang keluar mengundi di kawasan itu.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi. Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi berbanding 2,992 undi oleh Normala.

Perasaan Normala

Walaupun bloger AYT sejak 17 Disember lalu menumpuhkan tulisan menegenahkan perlunya mempertahankan DUN Tenang dikuasai BN-namun selepas keputusan diumumkan, bahawa kawasan itu tetap milik BN, elok juga AYT siarkan perasaan calon yang kita tentang habis-habisan selama kempen PRK Tenang.

Berikut perasaan Normala Sudirman-bekas cikgu yang meletakkan jawatan semata-mata bertanding dalam PRK DUN Tenang.

Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, bloger-bloger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi.

Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.

Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Para penyokong BN jangan khayal dengan kemenangan BN bermula daripada PRK Batu Sapi dan Galas-kita jadikan memontem itu sebagai pembakar semangat menghadapi PRU-13 yang akan menjelang tiba

Normala tak suka baca tulisan ini

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.

Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.

Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.

"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.

Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.

Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.

Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu. Ketidak hadiran Normala dan para pemimpin Pas menunjukkan bahawa perjuangan mereka hanya untuk kepentingan diri sendiri. Mereka tidak menghormati pilihan rakyat.Terbukti sudah, bahawa pemimpin Pakatan itu bukan berjiwa rakyat, bukan membela rakyat, tetapi untuk memenuhi kepuasan diri sendiri.

Keputusan PRK Tenang: Bye-bye Putrajaya bagi Pakatan

Lim Kit Siang dan DAP hanya mahu melihat sejauh mana sokongan kaum cina terhhadap Pas. Melalui keputusan PRK Tenang- di mana 3 saluran pengundi majoriti kaum cina-semuanya dimenagi BN-hanya satu saluran di menang Pas.

Melihat kepada kecenderungan itu-nampaknya penerimaan pengundi cina terhadap parti Pas belum boleh dihandalkan.

Melalui PRK Tenang juga-dapat dilihat bahawa pengundi kaum melayu telah menolak Pas.

Kini para pemimpin Pakatan (DAP-PAS-PKR) sangat gusar-bahawa impian mereka ke Putrajaya semakin kabur.

Selepas 14 PRK selepas PRU-12, hanya 8 PRK yang ddimenangi Pakatan (kemenangan itu adalah disebabkan kerusi-kerusi itu adalah kawasan mereka sendiri-kecuali Sibu dan Kuala Terengganu)-semenara itu BN mampu merampas kawasan-kawasan mereka-yakni Hulu Selangor dan Galas.

Melihat trend sokongan rakyat mutakhir ini-nampaknya BN telah mendapatkan semula penyokong gabungan 13 parti itu.

Tenang dah Tenang-jom kita ke Merlimau pula

17 Disember 2010 Umno kehilangan seorang ADUN-Datuk Sulaiman Taha. Kematian ADUN itu memaksa pilihanraya kecil ke empat belas di negara ini dan pertama di Selatan Semenanjung umumnya dan khasnya di Johor.

Semalam kita menyaksikan bahawa DUN Tenang-Labis Johor dipertahankan oleh Umno/BN melalui calonnya Azhar Ibrahim (To Ai) dengan majoriti 3,707 berbanding majoriti Datuk Sulaiman Taha semasa tsunami politik tahun 2008, yakni 2,492. Kali ini Umno/Bn mendaapat undi 6,699 berbanding tahun 2008-6,357. Calon Pas pula kali ini melalui calon rupawan parti itu- Normala Sudirman hanya mendapat undi 2,992 berbanding undi yang didapat oleh Mohd Saim Siran pada PRU-12 lalu-3,875..

Pertambahan undi majoriti yang diperolehi UBN-menunjukkan bahawa sokongan rakyat telah kemabli kepada parti kerajaan itu. Sebelum hari pengundian dan hari penamaan calon-Timbalan Perdana Menteri mencanangkan agar jentera UBN bertungkus lumus untuk mendapatkan majoriti 5,000. Target itu tidak mustahil, kerana sebelum ini pun kelebihan majoriti sebesar itu telah biasa UBN perolehi, namun kali ini sasaran itu tidak tercapai, atas sebab keadaan hari pengundian yang di ganggu banjir dan hujan-sehinggakan ramai penyokong BN tidak dapat menunaikan tanggungjawab.

Semasa penamaan calon pada 22 Januari lalu-pemimpin Pakatan-Lim Kit Siang awal-awal lagi mengatakan bahawa calon Pas Normala tidak akan mampu melakukan kejutan-namun calon pilihan Nik Aiz dan kesukaan Anwar Ibrahim itu dikatakan akan mampu mengurangkan majoriti BN sekurang-kurangnya dalam lingkungan 500 undi.Pengurangan 500 undi majoriti BN-menurut Kit Siang adalah juga kemenangan Pakatan-yang mahu menjadikan PRK Tenang sebagai kayu pengukur untuk bertapak di Johor-sebagai laluan mereka ke Putrajaya pada PRU-13 akan datang.

Perlu juga dingat-bahawa PRK Tenang merupakan juga kayu pengukur kepada UBN-bahawa Johor merupakan Simpanan Tetap BN selain Sabah. Sabah telah membuktikan bahawa negeri di bawah bayu adalah simpanan tetap Bn-melalui PRK Batu Sapi-November 2010. PRK Tenang-membuktikan bahawa Johor adalah simpanan Tetap BN.

Apakah langkah Pakatan seterusnya? mereka telah kalah di Tenang- apakah Merlimau Melaka pula akan dicanangkan sebagai Kayu Pengukur-untuk ke Putrajaya?

DUN Melaka kosong apabila ADUN kawasan itu, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, yang meninggal dunia pada 20 Januari lalu selepas mengalami serangan jantung.

Dengan kematian ADUN itu membuka laluan kepada pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Allahyarham Datuk Mohamad Hidhir merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Desa Melaka, sebelum meninggal beliau sempat dimasukkan ke Unit Kawalan Rapi (ICU) hospital.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Sungai Layang, Rembau, Negeri Sembilan dikenali sebagai seorang yang periang dan sentiasa mesra dengan penduduk sekitar kawasan yang diwakilinya.

Dilahirkan pada 27 Jun 1956, Allahyarham pernah bertugas di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebagai pembantu luar dan jawatan terakhirnya sebagai pegawai seranta di Yayasan Melaka sebelum bertanding pada pilihan raya umum 2004.

Allahyarham yang menjadi Naib Ketua Umno bahagian Jasin sejak 2004 itu, memenangi pilihan raya pertamanya menewaskan S. Jayathas dari PKR dengan majoriti 5,087 undi dan pada pilihan raya lepas, beliau menang dengan majoriti 2,154 mengalahkan pencabarnya, Jasme Tompang dari parti PAS.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datin Noor Azian Mohd Ali dan empat orang anak yang berada di sampingnya semasa beliau menghembuskan nafas terakhir.

Sunday, January 30, 2011

Normala ! apa yang ku kata-Malam 30 Januari anda akan kecewa


Sebaik sahaja DUN Tenang Kosong pada 17 Disember 2010, Normala sebagai Ketua muslimat Pas Labis tanpa fikir panjang melepaskan jawatannya sebagai guru.

Harapan ibu bapanya 13 tahun lalu-agar Normala menjadi pendidik anak bangsa. Itu lah harapan Pak Sudirman.

Walaupun Normala telah menikah pada usia muda-namun keinginan orangtuanya agar Normala yang merupakan anak sulung kepada Pak Sudirman perlu melanjutkan pelajaran ke Maktab perguruan untuk menjadi guru.

Namun, harapan orangtua Normala itu dipersia-siakan-benar selepas tamat kursus-Normala telah menjadi guru. Keinginan orangtua Normala-selepas tamat belajar dan berkerja sebagai guru-perlulah mengucapkan terima kasih kepada peluang yang diberikan.

Pada zahirnya Normala-sememangnya tidak layak diterima mengikuti kursus perguruan-memandangkan kelulusannya di peringkat SPM hanya pangkat S.A.P (sijil Am Pelajaran)-namun atas usaha Pak Sudirman-Normala mendapat tempat di Maktab Perguruan Tengku Bainun-Pulau Pinang.

Normala diterima sebagai pelatih walaupun ketika itu telah berstatus isteri kepada Abdul Rahman Nordin-Kakitangan Merry brown Johor Bahru.

Semasa berkursus-Normala bertemu Makrof Mutalib-suami ke duanya-dan masih bersatus suami isteri hingga kini.

Normala yang tadinya adalah anak kepada penyokong Umno-telah bertukar menjadi penentang Umno selepas bertemu Makrof.Makroflah yang menanamkan bibit-bibit membenci Umno.

Disebabkan ketamakkan Makrof-maka dia mempengaruhi Normala meletakkan jawatan sebagai guru penghujung Disember lalu.

Setelah meletakkan jawatan- Normala berharap dicalonkan sebagai calon Pas bagi DUN Tenang yang kosong-berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember 2010.

Normala akan kecewa jika tidak dicalonkan. Dalam ucapan Hadi Awang dan Nik Aziz- Penduduk Tenang hendaklah memberi peluang kepada Normala-kerana sudi meletakkan jawatan tetap sebagai guru-semata-mata untuk menajdi calon.

Pada masa itu- Normala akan sangat kecewa jika tidak dicalonkan-namun Normala tidak memperkirakan bahawa pada malam ini- Normala lebih kecewa.

Kepada Normala-menyesal dahulu berpendapatan menyesal kemmuudian tidak berguna.

Seperkara lagi- disebabkan Normala menjadi calon pada PRK kali ini- rahsia pribadinya yang sebelumnya hanya Normala dan keluarganya sahaja yang tahu- kini satu dunia telah tahu.

Jika satu minggu yang lalu Makrof masih dihormati sebagai guru- kini Makrof adalah seorang Penipu.

Sungguh malang Nasibmu Normala. Puan belum terlambat.. kembalilah ke pangkal jalan.

Terkini Tenang: Normala!!! Tok AI akan bawa suara HAWA di DUN Johor-janganlah sedih

YB Azhar Ibrahim
KEPUTUSAN PETI-PETI UNDI

Peti Undi 1 : Kampung Redong :
BN 462
PAS 105
BN Menang

Peti Undi 2 : Pekan Ayer Panas:
BN : 220
PAS :48
BN Menang

Peti Undi 3 : Ladang Labis Utara :
BN 152
PAS 40
BN Menang

Peti Undi 4: Bandar Labis Timur:
BN 671
PAS 144
BN Menang

Peti Undi 5: Bandar Labis Tengah:
BN 365
PAS 801
PAS Menang

Peti Undi 6: Labis :
BN 400
PAS 306
BN Menang

Peti Undi 7 : Felda Tenang:
BN 950
PAS 160
BN Menang


Peti Undi 8: Sawah Bahru:
BN 212
PAS 55
BN Menang

Peti Undi 9 : Tenang Station:
BN 746
PAS 352
BN Menang


Peti Undi 10 Ladang Bukit Dato:
BN 352
PAS 99
BN Menang


Peti Undi 11: Chemplak Barat:
BN 838
PAS 142
BN Menang

Peti Undi 12 : Chemplak:
BN 985
PAS 135
BN Menang

Undi Pos
BN 115
PAS 3
Berasaskan keputusan tidak rasmi-pengundi melayu telah kembali kepada BN-manakala undi cina masih berfihak kepada Pakatan. Hampir 70% pengundi cina memihak kepada Pakatan-walaupun pengundian terganggu kerana hujan dan banjir.Namun yang mengembirakan 3 saluran undi majoriti kaum cina dimenagi BN.

Nampaknya pernanan MCA terutama Persdiennya Chua Soi Lek-tidak membantu dalam PRK ini. Peratusan undi kaum cina kepada malah merosot di banding PRU-12 lalu.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,733 undi - meningkat 1,243 undi berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008. Terdapat kira-kira 800 undi masih dalm proses pengiraan.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,698 undi manakala PAS mendapat 2,963 undi.

7.20: Majoriti BN bertambah 3,735 (tak rasmi)

7.15pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.
Keputusan tak rasmi, BN mendahului
Jan 30, 11 5:46pm

Berikut keputusan tidak rasmi :

7.01pm: BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

6.57pm Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

6.52pm BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387.

Setakat ini sebanyak 61 peratus atau 6,453 undi daripada 10,579 yang keluar mengundi telah dikira.

Masih terdapat 4,125 undi masih belum dikira.

Live: Proses pengiraan undi PRK Tenang

Apa yang disedihkan Normala? Patut ceria-dapat berkepit selalu

PRK Tenang: Hanya 10,585 atau 71.75% daripada 14,753 sempat mengundi

Hanya 10,585 atau 71.75 peratus sempat mengundi di PRK Tenang-apabila semua pusat pengundian ditutup tepat jam 5 petang tadi.

Nampaknya harapan Normala Sudirman telah sirna. Jumlah undi itu juga hampir sama dengan jumlah pengundi yang membuang undi pada PRU-12 lalu-yakni 10,242. Pada PRU-12 dianggap sebagai tsunami politik bagi BN-pun demikian-pembangkang belum mampu merampas DUN Tenang.

Dengan trend pengundian yang terbukti melalui PRK Batu Sapi, Galas- ternyata para pengundi telah kembali menyokong BN.

Selama seminggu berkempen di DUN Tenang-jentera BN telah merasakan bahawa kecenderungan pengundi telah kembali kepada BN.

Walaupun-target Timbalan Perdana menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin-majoriti 5,000 tidak tercapai, namun kelebihan undi BN pada PRU-12 lalu-yakni 2,492 akan teratasi kali ini.

AYT menjangkakan majoriti BN antara 3,500-4,000. Tahniah kepada juru kempen BN-terutama kepada Pengarah Pilihanraya DUN Tenang-YAB Datuk Ghani Othman-yang juga Mennteri Besar Johor.

Setelah keputusan PRK ini diketahui sekitar jam 9.00 malam ini- AYT mengucapkan tahniah kepada AZhar Ibrahim-YB Baru. Tugas yang menunggu YB baru ini adalah mengadakan pusat-pusat pemindahan banjir dan bantuan yang diperlukan oleh para pengundi Tenang.

Kepada Normala Sudirman-terimalah kekalahan ini-kerana pengundi DUN Tenang belum bersedia bersedia menerima puan.

Disebabkan pengundian telahpun usai- kepada puan Normala-bantulah Makrof-hantar lah dia ke hospital untuk mengubati penyakit kemurungannya itu. Ajaklah dia sekali berhenti daripada tugas guru-kerana tugas guru sudah tidak sesuai lagi baginya.

Walaupun hujan lebat-Trend Pengundian di Tenang-serupa PRU-12

Setakat 4 petang tadi peratusan pengundi yang sempat mengundi adalah 68.88 peratus atau 10,133 daripada 14,753. Jumlah pengundi yang turun mengudi kali ini walaupun dalam keadaan hujan lebat dan banjir-trend peratusan pengundian hampir serupa dengan peratusan PRU-12 lalu.

Pada Pru-12 lalu, BN mendapat undi 6,367 sementara Pas 3,875 undi.Kelebihan BN hanya 2,492.

Terkini Tenang: Tony Pua tuduh Polis tidak mahu angkut pengundi Pakatan

Setakat ini telah 9,618 pengundi sempat mengundi atau hampir 66 peratus. Sementara itu Tony Pua-pemimpin DAP menuduh pihak polis enggan mengangkut pengundi pembangkang. Dalam keadaan kelam kabut di Tenang pun- DAP sempat menyebar dakwaan palsu.

Jumlah pengundi Tenang-14,592 termasuk 18 pengundi Pos.

Terkini Tenang: DAP cemas di Tenang- Hantar SOS minta kaum cina turun mengundi

Sehingga 3 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 65.19 peratus atau 9,513 orang. Majoriti pengundi adalah kaum melayu. DAP cemas- Twitter Teo Nie Ching-menggambarkan-alarming for Normala. Peratusan di Tenang Station hanya 49.27 peratus.

Sementara itu calon Pas Normala Sudirman-hanya mampu jalan-jalan kerana bukan pengundi DUN Tenang. Suaminya Makrof apatah lagi-Makrof pengundi di Negeri Selangor.

Sementara itu kawasan Ayer Hitam dan Yong Peng sudah ditengelami air- pusat perpindahan perlu diwujudkan dengan segera.

Terkini Tenang: Peratusan kaum melayu mengundi lebih tinggi dibanding peratusan undi kaum cina

2:14ptg - Peratusan keluar mengundi :-

1. Bdr labis tgh - 28.6%
2. Bdr labis tmr - 30.8%
3. Chemplak - 55.9%
4. Chemplak brt - 63.7%
5. Felda tng - 59.4%
6. Kg.redong - 67.3%
7. Labis - 31.0%
8. Ldg bkt dato - 57.3%
9. Ldg labis utara - 38.4%
10. Pkn ayer pns - 56.5%
11. Sawah bahru - 72.0%
12. Tenang stion - 38.3%

1:57 ptg - 55.36% pengundi telah keluar mengundi.

Hujan sudah reda sekitar jam 2 tengahari ini, tetapi laluan antara pusat pengundian SMK Kamarul Ariffin dan jalan besar di situ ditenggelami air sehingga melebihi paras paha.

Ia tidak dapat dilalui oleh kenderaan ringan. Hanya panduan empat roda dan lori yang mengangkut pengundi yang dapat masuk dan keluar dari pusat tersebut.

Walaupun hujan sudah reda tetapi awan hitam masih menyelebungi langit. Kemungkinan besar hujan akan turun lagi selepas ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan beberapa kawasan terutama yang berkedudukan rendah di dalam kawasan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini dilanda banjir hari ini berikutan hujan lebat turun berterusan sejak beberapa hari lepas.

Jurucakap Markas Taktikal Polis bagi pilihan raya kecil itu, Supt Abdul Aziz Ahmad berkata setakat pukul 10 pagi ini, seramai 215 penduduk dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan banjir, dengan antara kawasan terlibat ialah Felda Simpang Redong, Ladang North Labis, Ladang Voules dan Pekan Air Panas.

Tiada pusat pengundian yang terjejas akibat banjir setakat tengah hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata proses pengundian di kesemua 12 pusat pengundian dalam kawasan pilihan raya kecil itu berjalan lancar.

"Walaupun hujan lebat, peratusan yang keluar mengundi untuk pilihan raya kecil kali ini agak tinggi dan setakat 12 tengah hari ini sebanyak 48.93 peratus ataupun 7,219 pengundi telah keluar mengundi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata setakat ini, semua jalan menuju ke pusat pengundian masih boleh dilalui dengan semua jenis kenderaan walaupun sesetengah jalan mula dinaiki air.

Beliau berkata polis telah menempatkan anggotanya di kawasan terlibat termasuk mengawal lalu lintas bagi melancarkan proses pengundian.

"Kita dah sediakan bot-bot untuk membawa pengundi yang tersekat, kalau ada laluan tidak boleh dilalui kenderaan, dari situ mereka akan dibantu oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau petugas daripada parti-parti yang bertanding.

"(Di beberapa) tempat lain ada banjir kilat kerana hujan air naik serta merta, tetapi tidak begitu serius sehingga menyebabkan laluan terputus," katanya.

Abdul Aziz berkata antara jalan-jalan yang dinaiki air ialah jalan Segamat- Labis di simpang Felda Redong, jalan masuk ke ladang North Labis, jalan masuk ke Ladang Voules dan laluan ke Kampung Sawah Baru.

Mangsa-mangsa yang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan terdiri 84 mangsa dari kampung Usaha Jaya, 55 (Kampung Paya Dalam); 36 (Kampung Pekan Air Panas); 21 (Kampung Lembah Bakti); 13 (Kampung Bukit Dato) dan enam mangsa orang dari kampung Sekijang.

Pilihan raya kecil DUN Tenang, yang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim, 39, dengan calon PAS, Normala Sudirman, 38, diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha, 59, pada 17 Dis tahun lepas.

Tenang: Makrof lenyap

Sejak semalam Normala hanya sendirian-tanpa Makrof lagi (Gambar atas). Hari ini juga sama-Normala berjalan sendirian. Apa gerangan berlaku???

Kemenagan BN disabotej

SMSes diedarkan pihak tertentu, kononnya pembuangan undi PRK Tenang ditangguhkan, kerana hujan. SPR menafikan SMSES itu.

Ada-ada saja untuk menghalang kemenagan Azhar.

Tenang: Kata-kata akhir DIN @ Nor..... Asmuni

PAS masih optimis dapat membuat kejutan dalam pembuangan undi hari ini, kata Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Tenang, Salahudin Ayub.

Sehingga minit-minit akhir kempen pilihan raya kecil Tenang malam tadi, selepas tujuh hari berkempen sehabis, beliau meminta jenteranya dan semua ahli menerima kehendak pengundi.

“Hanya pengundi Tenang menentukan segala-galanya,” ujarnya malam tadi.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Azahar Ibarahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah ditentang oleh calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis

Azhar mengundi- Normala tidak

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditutup, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.Namun hujang, telah turun sejak pagi.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calonBBN Azhram Ibrahim akan mengundi."Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

Calon Pas Normala Sudirman tidak mengundi di PRK ini-kerana calon itu bukan pengundi DUN Tenang.

PRK Tenang-Hujan turun sejak pagi

LABIS, 30 Jan — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang hari ini berlangsung dalam hujan lebat sejak awal pagi. Ekoran cuaca buruk ini dijangka 14,753 pengundi di kawasan itu dijangka akan menghadapi kesukaran untuk keluar mengundi terutamanya di kawasan kampung dan ladang.

Jika keadaan ini berterusan, peratusan keluar mengundi dijangka kurang 50 peratus. Tinjauan The Malaysian Insider mendapati beberapa kawasan petempatan penduduk dinaiki air, malah jalan keluar dilalui penduduk juga tidak dapat digunakan.

Di pusat-pusat mengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak membenarkan pengundi membawa masuk payung sebaliknya hanya boleh menggunakan payung agensi kerajaan itu.

Walaupun hujan, penyokong kedua-dua parti tetap meneruskan usaha meraih undi daripada pengundi. Sementara itu Pegawai Pengurus Pilihan Raya Md. Asri Amir berkata keadaan masih lagi terkawal walaupun hujan lebat. “Keadaan di sini (Tenang) masih lagi ok, tiada masalah. “Pusat-pusat mengundi bebas dari banjir,” katanya.

Pada pilihan raya kecil DUN Tenang ini, Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis sebagai calon manakala BN pula diwakili bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Mohd Azahar Ibrahim.

Semalam Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta supaya pengundi di DUN Tenang agar menunaikan tanggungjawab mereka pada sebelah pagi bagi mengelakkan hujan lebat yang dijangka berlaku pada sebelah petang.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca pagi ini mendung manakala hujan lebat pada sebelah petang. Abdul Aziz berkata semua 12 pusat yang mempunyai 32 saluran mengundi adalah selamat daripada kemungkinan dilanda banjir kerana terletak di tempat tinggi.

Kerusi DUN Tenang mempunyai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos.

Tenang Hujan: Azhar ke peti undi untuk mengundi- Normala tidak mengundi

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tiga Felda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditutup, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.Namun hujang, telah turun sejak pagi.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.

Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.

Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calonBBN Azhram Ibrahim akan mengundi."Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.

Calon Pas Normala Sudirman tidak mengundi di PRK ini-kerana calon itu bukan pengundi DUN Tenang.

Saturday, January 29, 2011

Makrof tak kawal: Normala baru nampak ceria

Normala nampak ceria apabila ditemu bual hari ini. Keceriaan Normala itu terpancar di wajahnya.
Makrof yang sakit mental itu tidak mengiringi Normala hari ini. Normala terasa tidak terkongkong.

Cuba perhatikan raut wajah Normala bersama Makrof. Segala-galanya berbicara.

Normala kecewa membaca laporan Ilham Centre

Normala kecewa membaca laporan Ilham Centre. Menurut survey pusat itu Normala kalah bagi kerusi DUN Tenang.

Kempen di Tenang berbaki 7 jam lagi

Tempoh kempen di DUN Tenang berbaki 7 jam lagi. Selama tempoh kempen-nampaknya peranan calon yang diketengahkan mendapat perhatian pengundi. Calon BN-Azhar Ibrahim nampaknya mengatasi calon Pas Normala Sudirman.

Isu pribadi yang digunakan Pas menyerang Azhar-tidak mendapat tempat di hati pengundi, manakala isu pribadi Normala nampaknya mengubah persepsi penduduk Tenang terhadap bekas guru itu.

Strategi kempen BN yang menumpuhkan kepada strategi bersemuka-ternyata mempunyai impak yang amat berkesan di mata pengundi.

Keagresifan jentera Pas terutama dalam acara ceramah-kurang mengena di hati pengundi. Walaupun kehadiran agak ramai di ceramah-ceramah Pas- kehadiran hanya sekadar mendengar isu yang dilontarkan.

Setakat ini- nampaknya sokongan pengundi Melayu terhadap BN dan calon BN hampir mencecah 75 peratus, kaum cina pula antara 45-50 peratus, mana kala india dalam lingkungan 42 peratus. Jika peratus pengundi yang turun mengundi esok mencapai 85 peratus-tidak mustahil sasaran majoriti 5 ribu seperti yang dicanangkan oleh Tan Sri Muhiyiddin akan tercapai. Namun, apapun VISI Pakatan mengurangkan majoriti BN tidak mencapai sasaran. Apa-apapun sama-sama kita nantikan keputusan PRK Tenang esok.

Cikgu Mala tipu lagi- Suaminya patut jumpa doktor psiki-bukan klinik

Pusat Perubatan Keluarga Jalan Segamat yang mengeluarkan MC kepada Makrof Mutalib suami kepada calon Pas DUN Tenang-Normala Sudirman menasihatkan agar Makrof perlu berjumpa doktor pakar jiwa untuk mengubati penyakit kemurungannya.

Namun nasihat itu tidak dituruti oleh Makrof sebaliknya berjumpa klinik Kesihatan Bandar Putera untuk mendapatkan MC.

Makrof mendapat MC daripada klinik swasta itu sejak 10 Januari lalu dan berakhir semalam.

Semasa Makrof yang sepatutnya berehat kerana sakit-namun gelagat Makrof terlihat di mana-mana berkepit dengan isterinya.

Satu lagi wakil Rakyat Pakatan keluar Parti

Jika benar lah dakwaan Azmin Ali bahawa angin dunia arab yang menukar kerajaan menular di negara ini- sudah pasti parti itu tidak kehilangan wakil rakyat.

Sebentar tadi-Wakil Rakyat Padang Serai- N. Golalakrishnan keluar PKR dan berkuatkuuasa serta merta.

Beliau membuat pengumuman itu menerusi laman sosial twitter beliau yang berbunyi: "Selamat Pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam parti PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO Baru".

Keputusan beliau untuk meletakkan semua jawatan dalam parti dibuat dalam tempoh kurang sebulan selepas beliau diberikan surat tunjuk sebab kerana mengkritik parti dan pucuk pimpinan melalui surat 45 halaman dari parti bertarikh 31 Dis, 2010 melalui faksimili.

Gobalakrishnan diminta memberikan penjelasan mengenai tindakannya itu kepada PKR dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat itu.

Bagaimanapun, Gobalakrishnan berkata tempoh tujuh hari itu tidak adil dan tidak munasabah kerana beliau hanya mempunyai masa tiga hari untuk menjawab surat itu dan sebaliknya meminta 45 hari untuk menjawab surat itu kerana beliau perlu meneliti pelbagai dakwaan yang dilemparkan terhadapnya.

Gobalakrishnan diberikan surat tunjuk sebab itu kerana mengkritik Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa telah mengarahkan penutupan kuil Sivan di Petaling Jaya, Selangor.

NIK Aziz meroyan di Tenang

NIK Aziz meroyan di Tenang. Katanya siapa tidak undi PAS-mereka itu golongan jahiliah.

Hanya kerana politik-Nik Aziz sanggup mengeluarkan Fatwa yang menyinggung umat islam.

Pas sebenarnya ketandusan idea dan isu. Mereka bertanding di Tenang hanya bertujuan memporak pernadakan ikatan penduduk yang sedia ada.

Seperti kata Lim Kit Siang dan pemimpin DAP yang lain-tujuan mereka bertanding di Tenang hanya untuk mengurangkan undi kaum cina terhadap BN. Bagi DAP jika undi BN daripada kaum cina berkurang 500 sahaja-maka itu satu kemenangan.

Atas sebab Pakatan tidak ada niat untuk menang-maka pemimpin seperti Nik Aziz, Nizar Jamaluddin-dengan sengaja mengeluarkan berbagai fatwa termasuk umno syarie-haram mengundi Umno. Wajib syarie mengundi Normala.

Para pemimpin Pakatan telah tahu bahawa penduduk Tenang telah awal-awal lagi telah membuat keputusan-bahawa penduduk Tenang akan senantiasa bersama BN.

Sedang sarapanpun- Normala sedih

Normala sedih. Pengundi Tenang dah awal-awal buat keputusan. Keputusan itu adalah mempertahankan BN untuk mewakili DUN Tenang. Mereka terbiasa dengan tradisi-bahawa mereka sejak dulu di wakili BN.

Pengundi Tenang belum bersedia menongkah arus. Kenangan bersama BN-yang selama ini membela mereka masih mereka rasakan.

Tindak tanduk Mazlan Aliman untuk mempengaruhi peneroka-tidak berjaya. Mereka tahu Mazlan hanya mencari populariti untuk kepentingan pribadi.

Normala sedih dengan perkembangan terkini-harapan untuk melakukan kejutan tidak menjadi.

Akibat jadi calon-rahsia Normala yang selama ini terlipat kemas telah terdedah. Ini yang menyedihkannnya.

Sepekara lagi-suami Normala kini dilabel sebagai penipu. Makrof menipu kerana memperdaya doktor. Menurut cuti sakit yang diberikan-Makrof mengalami Tekanan Mental, namun sejak 6 Janurai lalu, Makrof senantiasa bersama Normala ke mana sahaja calon kesukaan Nik Aziz berada-termasuk bermain dalam banjir.

Memandangkan kepada perkembangan terkini ini- Normala tak lalu makan-lihat lah raut wajahnya bersarapanpun muka sangat sedih.

Harapan Normala jadi YB sirna sudah

Harapan Normala jadi YB sirna sudah. Kisah silamnya, penipuan suaminya, menjadikan ibunya sebagai hamba dan taraf pendidikannya yang selama ini dilipat dengan kemas kini terdedah sudah.

Jika sebelumnya Normala bagaikan singa betina terlepas daripada kandang-apabila semua kisah pribadinya terbongkar-Normala kini bagaikan tikus-merasa takut, merasa pilu, merasa rendah diri dan telah hilang semangat.

Sebenarnya Normala-calon Pas DUN Tenang-tahu suaminya salah guna dan menipu surat Cuti Sakit. Keputusan agar suaminya memperdaya doktor sebuah klinik swasta di Labis memang perancangan mereka berdua. Alasan kokoh Normala mendesak suaminya meminta Cuti sakit agar Makrof dapat menemani calon Pas itu ke mana sahaja- kerana atas sifat muslimah- hanya Makrof sahaja boleh menemaninya ke mana-mana.

Kini-terbongkarnya penipuan Makrof itu-menyebabkan Normala sedih. Manakan tidak-keyakinan menjadi YB kini sirna-atas sebab penduduk Tenang telah sedar dan tahu siapa Normala sebenarnya.

Berselindung dibawah tudung dan raut wajah yang rupawan-rupanya tersembunyi berbagai rahsia yang tersembunyi-antaranya skandalnya 13 tahun lalu-semasa masih berstatus isteri sah kepada suami pertamanya-namun bermain api dengan Makrof.

Kini-juga terbongkar sudah-Normala bukanlah membawa sifat-sifat seorang muslimah-apabila sanggup menderhaka kepada ibunya- Ibunya dijadikan hamba di rumahnya sendiri.

Normala juga adalah individu yang tidak mesra jiran, dan seterusnya tidak mesra alam-apabila bersalaman dengan penduduk cina termasuk wanita-menggunakan sarung tangan-kerana merasa tangan yang disalamnya itu kotor aka menjijikkan.

Kini juga- Normala merasa bimbang-selepas PRK DUN Tenang-suaminya Makrof akan didakwa kerana menipu. Jika sabit kesalahan-Makrof akan kehilangan kerja. Kes Makrof menipu surat Sakit boleh didakwa SPRM kerana menipu. Atas kerja tipunya itu-Makrof dibayar gaji penuh oleh majikannya.

Makrof bebas mengiringi isterinya ke mana sahaja. Makrof tidak perlu menipu- Makrof boleh letak jawatan 24 jam sebagai guru-itu hak dia. Namun-sifat-sifat buruk itu memang ada pada Makrof sejak muda lagi-maka sifat-sifat itu terdedah kali ini.

13 tahun lalu semasa mengikuti latihan guru di Pulau Pinang-Makrof tahu Normala adalah isteri sah orang-namun- Makrof tetap sahaja menggoda Normala dan mungkin juga kedua-duanya saling menggoda-Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi.

Dalam perkembangan yang sama Kementerian Pelajaran akan menyiasat dakwaan bahawa Ma'arof Abd Talib - suami calon PAS dalam pilihan raya kecil DUN Tenang - telah menyalahgunakan sijil sakit (MC) untuk 'berkempen' membantu isterinya.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, berkata, Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor Markom Giran diberi tanggungjawab untuk melakukan siasatan itu.

"Pengarah (Jabatan Pelajaran Negeri Johor) boleh siasat, sama ada ada asas cuti sakit itu diberi, walaupun boleh diberi adakah terdapat asas yang benar yang dia sakit.

"Kalau dia dapat cuti sakit, dia terlantar, 21 hari (jumlah cuti sakit yang diberikan kepada Makrof) terlantar, tetapi turun redah dengan calon PAS, yang juga isteri dia," katanya kepada sidang media di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di Labis, semalam.

Beliau juga mengesahkan siasatan akan dijalankan oleh bahagian pentadbiran Jabatan Pelajaran Johor.

Bagaimanapun, katanya, siasatan tersebut tidak bermaksud pihaknya mensasarkan Ma'arof kerana isterinya - Normala Sudirman - menjadi calon PAS di Tenang.

ika Ma'arof - juga seorang guru - mahu menemani isterinya, ia adalah haknya untuk berbuat demikian, tegas Muhyiddin.

Bagaimanapun, katanya, isunya adalah mengenai dakwaan menyalahgunakan sijil sakitnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, siasatan terhadap Ma'arof itu bukan disebabkan kerana beliau menyokong isterinya, tetapi berkemungkinan terdapatnya elemen penyalahgunaan hak untuk mendapatkan cuti sakit.

"Pada zahirnya sudah ada petanda penyalahgunaan," kata beliau sambil menambah, Pengarah JPN Johor akan mendapatkan laporan daripada pengetua atau guru besar di mana Ma'arof bertugas.

"Dari segi pentadbiran, kita siasat sama ada dia salahgunakan peruntukan dalam Pekeliling Kerajaan, Peraturan Perkhidmatan, Perintah Am Bab B," kata beliau.

Ditanya kemungkinan suami calon PAS itu boleh dikenakan tindakan, Muhyiddin berkata, Kementerian Pelajaran mempunyai peruntukan untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kakitangannya yang melanggar peraturan.

Muhyiddin meminta pengundi di DUN Tenang, supaya membuat penilaian mereka sendiri terhadap perbuatan Ma'arof memberikan perakuan yang disifatkannya sebagai bohong untuk mendapatkan cuti sakit.

"Adakah sifat sebegini sesuatu yang kita hormati atau tidak," katanya.

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan diadakan pada Ahad ini, berikutan kematian penyandang kerusinya daripada BN, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Pilihan raya kecil itu akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim dan Normala, yang juga merupakan seorang bekas guru.

Friday, January 28, 2011

Normala Tak ceria lagi

Normala tak ceria lagi. Sejak semalam mood Normala tidak seperti hari-hari sebelumnya. Normala kesal dan marah-jika sekiranya Pengarah Jentera Pilihanraya Pas Din Puduraya tidak menyerang pribadi Calon BN-Azhar Ibrahim-pihak BN tidak akan menyerang pribadinya.

Normala juga kesal dengan tindakan Ketua Penerangan Pas Johor yang juga Presiden ANAK- Mazlan Aliman-asyik-asyik mahu berdebat dengan Datuk Ahmad Maslan- akan tetapi tidak berbuat sesuatupun selama kempen. Mazlan menurut Normala-hanya asyik dengan cakap kosong-sedangkan apa yang didakwanya tidak diterima oleh pihak peneroka Felda.

Normala kesal dengan tindak tanduk Mazlan-sehingga kempen Normala di kawasan felda sangat hambar dan tidak mendapat sambutan. Majoriti peneroka Felda sangat marah dengan tindak tanduk Mazlan-yang bertujuan mencari publisiti murahan.

Kesedihan Normala bertambah apabila kisah silamnya terbongkar. Normala juga kesal dan marah kerana status MC suaminya terdedah.Normala juga malu-kerana penyakit suaminya yang selama ini dilipat baik-akhirnya dietahui-Makrof ada penyakit psikitiri aka gila- Makrof dikatakan tiap hari perlu makan ubat SODIUM VALPROATE SEJINIS UBAT MENTAL.

Lihat lah raut wajah Normala-sangat sedih-walaupun bersama kekasih dan bodyguard 24 jamnya Makrof Mutalib.

Kekesalan Normala bertambah-tambah apabila latarbelakang pendidikannya pun terbongar-hanya berkelulusan SAP (sijil am Pelajaran) di peringkat SPM-namun cuba mengajar penduduk Tenang melawan kerajaan-kononnya dia ada perancangan yang lebih baik. Bukan lah menghina... kemampuan Normala dalam mengunakan fikiran dan otak sangat terhad.. penilaian kemampuan seseorang menyerap apa yang diajar adalah melalui peperiksaan...

Normala sedih bila tahu skandalnya terbongkar

Cuba perhatikan raut wajah Noramla-sedih-sungguh sedih-apabila mengetahui bahawa skandalnya terbongkar.

Sebelum ini dengan angkuh Normala menafikan bahawa dakwaan kononnya dia pernah kahwin dua kali adalah fitnah dan tidak berasas.

Namun apabila terbongkar-bahawa 13 tahun lalu- Normala pernah berkahwin dengan seorang yang bernama Abdul Rahman Nordin yang berkerja di Merry Brown Johor Bahru- kini Normala hanya membisu seribu bahasa.

Malang sungguh nasib Cikgu ini-begini lah kalau nafsu menguasai diri.

Gelagat Normala yang ditunjukkan di depan umum-hanya sandiwara.

Jika dalam kehidupan sendiripun bersandiwara-apatah lagi jika ada kaitan dengan rakyat.

Kita mahu memilih pemimpin kita yang telus, jujur dan ikhlas-bukannya seperti Normala.

Kepada penduduk Tenang- anda akan lebih terbela jika memilih Azhar Ibrahim yang kosong masalah pribadi.

Disebalik wajah rupawan Normala-ada tersembunyi bisul bernanah

Disebalik wajah rupawan Normala ada tersembunyi sesuatu rahsia yang tidak mahu diketahui pengundi Labis yang bakal membuang undi pada hari Ahad.

Dengan berpakaian sedondong sana bertukar-tukar saban hari dan sesana sini bagaikan belangkas yang tidak boleh berjauhan, pasti rakyat rasa hairan.

Dari cerita orang Felcra Sekijang, suaminya ini sangat cemburu dan mengongkong. Cikgu2 sekolah tahu suami dia sanggup tinggalkan kerja untuk hantar Mala ke sana sini.

Cerita MC yang sedang panas membuat Mala tertekan ketika melihat blog-blog. Bagi rakan2 sekolah, mereka sudah biasa.

Makrof menjadi demikian kerana pada Makrof tempat Mala meluahkan rasa rindu dan sunyi ketika belajar di Maktab Perguruan berjauhan dari suaminya Rahman.

Mala merasakan tiada prospek hidup dengan suaminya yang hanya pekerja restoren francis ayam Marybrown.

Apabila hati sudah tidak suka akhirnya berpisah jua dengan Rahman atau yang nama manjanya Abang Man dan berpaling pula kepada Makrof.

Sebelum pergi ke maktab, diadakan majlis persandingan Mala dan Abng Man. Selepas Maktab, orang kampung menjadi hairan kerana ada satu lagi majlis kenduri kendara untuk Mala dengan suami baru.

Suami baru dari pulau pinang ini yang mengubah Mala untuk masuk dan aktif dalam Pas.

Kemasukkan Mala dalam Pas ini menjadikan suasana keluarga Mala yang sudah berkecamuk menjadi lagi kecamuk.

Bapa Mala adalah bekas Pengerusi Koperasi Peserta Felcra. Dari wang koperasi yang ada RM500,000, habis semua duit hingga koperasi berhutang RM1 juta.

Sebaik saja duit banyak, bapa Mala jadi kaki joli. Jadi buah mulut orang kampung, dia sudah ke Siam dan syok dengan satu perempuan lalu dibawa kembali duduk bersama.

Tak lama kemudian kata orang kampung, bapanya kahwin satu lagi dengan seorang wanita Indonesia dan tinggal di Indonesia. Gambar dia dan isteri Indon di letakkan besar2 di tengah rumah hingga dapat dilihat oleh tetamu. Takda segan dia akan ada isteri kedua.

Ibu Mala hanya memakan hati dan merelakan keadaan. Orang sebelah makan daging.


Sejak Mala masuk PAS, dia membawa budaya Pas di Johor yang tidak mahu bercampur dengan masyarakat dan jiran tetangga. Rakan sekerjanya pun meluahkan geram terhadapnya di Facebook.

Peleknya Mala tidak tahu nak pindah rumah lain tapi nak duduk di rumah maknya dengan suami dan anak2.

Ibu tua macam orang gaji di rumah. Sudahlah sibuk setiap hari melayan suami yang tidak tahu jaga hati, ini pula nak jaga makan minum sekolah anak2.

Mala bukan membantu. Sementang ibunya masih lagi orang UMNO, dia anggap ibunya sebagai musuh untuk dia membalas dendam politik.

Mala tidak membantu langsung. Dilonggok segala tanggungjawab hal ehwal rumah supaya dia boleh aktif dalam PAS. Lepas makan, pinggan pun dibiarkan saja atas meja untuk ibunya angkat dan basuh.

Dalam Muktamar PAS tahun 2008, Mala mendapat perhatian Salahuddin Ayub dan Husam kerana kritikannya terhadap parti. Apabila mereka menjawab, Mala bangun sekali lagi membalas jawab.

Ini yang Mala dah dikenalpasti jadi calun.

Lepas ini mala akan jadi terkenal dan selecriti ceramah pas. Lagilah ibunya dibebankan urusan keluarga yang patut dia sendiri uruskan.

Bila ke sana ke mari, suami akan turut mengekor. Lagi banyak MC suami akan ambil dari doktor sedar mereka.Seperti dipetik daripada unspinners.

Patut lah di mana ada Normala di situ ada Makrof

Rupanya kisah silam Normala menghantui fikiran Makrof. Atas sebab itu-di mana Normaala di situ ada Makrof-termasuk bercanda di kala banjir.

Makrof terpaksa menipu-surat sakit atas sebab mengiringi Normala berkempen. Makrof tahu benar Normala sejak 13 tahun lalu-di mana pertemuan mereka-pada masa itu Normala bersatus isteri orang- namun tetap juga berhubungan dengan Makrof. Kisah silam Normala menjadikan Makrof stress dan hampir gila.

Kini Makrof sakit tenat-sepertimana laporan perubatan yang diberikan kepadanya yang tamat hari ini-28 Januari 2011.

Makrof telah mengambil cuti sakit daripada 6 Januari hingga ke hari ini-atas sebab Tekanan.

Skandal Normala terbongkar sudah

Salam 1 Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia khusunya pengundi pengundi di Dun Tenang Johor. Sudah 2 hari berturut turut Gomo keluarkan kenyataan Temubual Gomo dan rakan Blogger yang lain dengan para penduduk di Dun Tenang, Felcra Sekijang dan Felcra Kemelah yang merangkumi peneroka, Guru, Pekedai dan jiran tetangga Keluarga Normala KFC.

Hari ini Gomo nak dedahkan pula mengenai Peribadi Calon PAS Normala KFC yang semua sudah mengatahui bahawa Beliau Normala KFC merupakan BEKAS Isteri Kepada seorang pekerja Makanan Segera.

Sebelum itu Gomo ingin berpesan kepada pembaca bahawa apa yang Gomo keluarkan ini bukanlah berniat Jahat terhadap Normala KFC mahupun Keluarganya ataupun Bekas suaminya itu. Namun para pengundi di Dun Tenang perlu mengetahui Latar Belakang Calon bagi membuat keputusan memilih Yang Berhormat yang paling bersih dari segala sudut!!!

Harus juga di ingat Bukan Kami yang memulakan serangan peribadi terhadap Calon PAS tetapi Salahuddin Ayob Naib Presiden PAS lah yang memulakan serangan Peribadi calon BN dengan dakwaan FITNAH Calon BN Merompak Tanah Rakyat.

Ini Ceritanya......

Normala KFC pada 13 tahun yang lalu telah pun bernikah dengan seorang Lelaki yang bernama Abdul Rahman Nordin yang kini lebih dekenali dengan nama Bang Haji. Suami pertama Normala KFC ini merupakan seorang pekerja di Marrybrown JB pada waktu itu. Normala pada waktu ini hanya merupakan Guru Sandaran.

Sejuruh Pernikahan Normala dan Abdul Rahman, Normala telah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang hasil dari usaha Bapa nya yang bertungkus lumus meminta bantuan UMNO untuk melayakkan Normala ke Maktab.

Sejurus Normala Sampai di Maktab dan menimba Ilmu lebih kurang 3 bulan selepas itu Beliau telah meminta CERAI dari Suaminya Abdul Rahman hanya melalui panggilan talifon dan Penceraian tersebut di bawa ke Mahkamah Syariah.

Dalam Proses 3 bulan pertama Normala Sudirman ini di Maktab rupa rupanya beliau yang waktu itu merupakan Isteri yang SAH dengan Abdul Rahman telah bermain KAYU TIGA bila bercinta dan berkasih kasihan dengan Maarof Abdul Talib yang juga merupakan penuntut di Maktab perguruan tersebut.

Penceraian antara Normala dan Abdul Rahman ini tidak di ketahui oleh penduduk Felcra Sekijang kerana isu berkenaan di diamkan oleh Normala dan keluarganya.

Menurut rakan sekuliah Normala sewaktu di Maktab, Normala berkenalan dengan Maarof ini dan sering keluar bersama sama dan pada waktu ini juga ramai rakan sekuliah yang tidak mengetahui bahawa Normala waktu itu sudah Bernikah dan merupakan Isteri orang.

Cinta 3 Segi merupakan penyebab kepada penceraian Normala dan Abdul Rahman dan salah satu faktor yang menyebabkan Normala Sudirman bermain Kayu Tiga adalah kerana pandangan HINA nya ke atas Suaminya yang hanya merupakan pekerja di Marrybrown yang di labelkan tidak berkedudukan dan mempunyai masa hadapan yang tidak menentu.

Untuk makluman Normala Sudirman Bekas suaminya yang pertama itu sekarang sudah berjawatan Manager di sebuah KFC bertempat di Lembah Klang. Jika dahulu Normala menghina bekas suaminya itu kerana tidak berjawatan namun kini Beliau Abdul Rahman sudah berjawatan besar dan menjadi Manager KFC yang Suksess.

Emmm Setakat itu pendedahan peribadi Calon PAS Normala KFC. Gomo nak ingatkan kepada para pengundi di Dun Tenang bahawa Normala KFC ini bukanlah seorang wanita yang layak menjadi Pemimpin kerana latar belakangnya yang tidak menentu dan mempunyai Rekod Pernikahan, Percintaan yang memalukan Keluarganya sendiri.

Boleh di tanya kepada penduduk Felcra Sekijang akan peribadi Normala ini yang tidak bercampur gaul dengan masyarakat.

Buat Normala KFC, Jangan di HINA pekerja Makanan Segara kerana setiap kerja yang di lakukan adalah mencari Rezeki yang Halal buat keluarga. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera walaupun mereka tidak sepopular kerjaya Guru. Jangan di HINA pekerja Makanan Segera kerana mereka juga manusia yang hidup mencari Nafkah dalam meneruskan kehidupan.

Buat Salahuddin Ayob Pengarah Jentera PAS bagi PRK Tenang ini Gomo nak ingatkan anda bahawa serangan Peribadi Calon adalah di mulakan oleh anda semua. Kami tidak memulakan serangan peribadi Calon dan di harap Redo dengan TERBONGKAR nya cerita Normala KFC ini yang BERMAIN KAYU TIGA membelakangkan Suaminya dan MengHINA pekerja Makanan Segera.


Malam ini tepat jam 9 Malam GOMO sekali lagi akan membongkarkan Bagaimana Normala KFC Layak masuk ke Maktab Perguruan walaupun Normala KFC hanya berkelayakkan SPM tahap SRP.

MALAM INI TEPAT JAM 9 MALAM NANTIKAN NYA.......... Daripada Bloger PAPAGOMO.

Surat Rayuan Hadi Awang kepada Pengundi Tenang- Penuh pembohongan

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.

Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.

Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.

Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pengundi di DUNTenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.

Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS
27 Januari 2011

Mazlan Aliman-Palsukan Surat SUK-Johor

LABIS: Ada pihak dikesan menggunakan taktik kotor memburukkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan mengedarkan surat palsu kepada 198 peneroka di Felda Chempelak Barat, di sini.

Surat berkenaan dipos ke rumah peneroka dan menjemput mereka ke Dewan Serbaguna Labis bagi menerima bantuan wang tunai RM300 setiap keluarga yang kononnya diberikan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Johor.

Ia menggunakan kepala surat Majlis Daerah Labis (MDL) dan ditandatangani Setiausaha MDL, Mohd Farid Kassim bertarikh 24 Januari dengan penerima diminta hadir ke majlis itu mulai jam 9 pagi ini.

Peneroka juga diminta membawa surat berkenaan selain kad pengenalan yang perlu diserahkan kepada kakitangan di pintu masuk dewan serta menegaskan kehadiran mereka ke majlis itu amat diperlukan bagi kemenangan BN.

Pengedaran surat itu didedahkan ketua kampung berkenaan, Ahmed Ali, 63, yang berkata beberapa penduduk datang ke rumahnya untuk bertanyakan kesahihan surat berkenaan yang diterima secara pos pagi semalam.

Ahmed berkata, penduduk yang keliru menerima surat berkenaan mahukan kepastian sebelum beliau sendiri Mohd Farid yang menyatakan surat itu palsu dan membuat laporan polis di Balai Polis Labis, kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Saya juga membuat laporan polis jam 3 petang tadi (semalam) kerana tidak mahu ada peneroka di Felda Chempelak Barat terpengaruh dengan dakyah ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata taktik itu satu daripada usaha terdesak pihak tertentu yang mahu membuatkan rakyat terutama di Felda membenci kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, R S Thanenthiran turut membuat laporan di Balai Polis Labis mengenai tindakan sebahagian ahli parti yang menggunakan nama parti untuk menyokong calon PAS, Normala Sudirman.

Beliau mendakwa tindakan itu didalangi bekas Setiausaha Agung organisasi berkenaan, R Kannan yang menyamar sebagai presiden, sedangkan Kannan tidak lagi memegang jawatan itu selepas dipecat bersama 13 yang lain pada 20 Januari lalu kerana melanggar peraturan parti.

Sambil mengakui anggota parti itu kini berpecah kepada dua kelompok, Thanenthiran berkata, pihaknya sudah menggerakkan jentera dengan bantuan kira-kira 100 ahli bagi membantu calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

Nik Aziz ke Tenang-Hanya Hadir sessi Bergambar bersama Normala

Baju sedondon-berwarna ungu. Pasangan Normala dan Makrof hadir sessi bergambar bersama Nik Aziz sambil bersarapan di sebuah rumah penyokong Pas di Kg Air Panas-Tenang.

Kesian orang tua tu..hanya dipersila duduk kat beranda rumah memperhatikan Normala memperkenalkan dirinya kepada jiran-jiran penyokong Pas itu.

Kempen Nik Aziz tidak mendapat sambutan-mungkin pengundi Tenang-dah maklum bahawa Normala tidak boleh dihadalkan sebagai wakil rakyat.

Penduduk Tenang nampak sangat kelibat Normala semasa banjir kilat- Normala hanya berkepit dengan Makrof dua sejoli bercanda dengan banjir

Selain itu terdedahnya penipuan MC (cuti Sakit) Makrof yang kini menjadi buah bibir dikalangan guru-guru dan pelajar serta penduduk Tenang.

Penduduk Tenang tahu-bahawa Normala dibawa kawalan Makrof. Kerana Makrof penipu, maka tidak mustahil Normala juga penipu.

Yang jelas penipuan Makrof adalah untuk kepentingan diri sendiri. Menipu majikan, menipu pelajarnya, dan menipu ibubapa pelajar.

Rela Kah Normala- Makrof dihukum kerana menipu

Tahun 2009, di Amerika, seorang rakyatnya keturunan yahudi  Bernard Madoff dihukum 150 tahun kerana menipu.

Di Iran-gambar ini adalah hukuman bagi orang yang menipu.

Rela kah Normala- Makrof dihukum??

Thursday, January 27, 2011

Doktor gila- Makrof tidak sakit-diberi cuti sakit

Menipu adalah satu kes jenayah. Makrof boleh dihukum kerana menipu. Doktor yang memberikan cuti sakit juga boleh disabit kesalahan kerana menipu.

Pihak polis boleh bertindak, demikian juga SPRM boleh bertindak kerana Makrof sebagai kakitangan kerjaan menipu majikannya.

Kepada sesiapa pengundi Tenang-buatlah laporan kepada pihak polis dan SPRM perihal penipuan Makrof ini.

Cayalah.. Pas.... benda macam ni pun boleh menipu-apatah lagi kalau membentuk kerajaan.. pasti menipu rakyat.

Normala sangat bangga dengan suaminya-sipenipu itu... jangan-jangan Normala juga bersubahat.

Hebatnya PAS orang tak bayar hutang jadi isu kempen di DUN Tenang

Celakanya pemimpin Pas-orang berhutang dan tidak bayar jadi isu dan bahan kempen mereka di PRK Tenang.

Azhar tidak suruh Mansor Mohamad berhutang ke CIMB dan gadaikan tanah. Mansor sipemilik tanahlah dalam perkara inilah bersalah.

Azhar hanya sebagai pentadbir tanah. Sudah tentu perjanjian antara Mansor yang berhutang pada Bank-jika tidak dapat bayar-maka pihak Bank yang menerima gadaian perlu melelong tanah itu untuk mendapatkan semula wang yang telah dipinjamkan. Istilah "lelong" adalah satu amaun ditetapkan untuk membida tanah itu. Biasanya amaun yang diteentukan oleh penerima gadaian-adalah amaun yang siberhutang belum lunaskan. Jika gadaian tersebut (tanah tersebut) dibeli dengan harga yang lebih daripada amaun yang ditetapkan-maka lebihan amun itu diberikan kepada sipengadai.

Sayang- orang yang tidak jujur seperti Mansor Mohamad sipemilik tanah menjadi maskot pemimpin Pas di Tenang.

Bagi yang waras fikiran- mempolitikkan masalah individu seperti Mansor-menandakan bahawa PAS ketandusan isu di Tenang.

NIzar Gila-Nik Aziz tidak mampu buat apa-apa di Tenang

Hujan di sekitar Labis sejak beberapa hari lalu, kadang-kala lebat dan kadang-kala renyai.

Sama seperti dengan keadaan cuacanya, sokongan kepada parti-parti yang bertanding dalam pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri Tenang Ahad ini juga tidak menentu.

Kadang-kala naik dan kadang-kala menurun. Namun secara keseluruhan BN yang meletakkan Mohd Azahar Ibrahim sebagai calon dilihat masih mendahului dalam meraih sokongan pengundi terutama di kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Melayu.

Sebaliknya pihak Pakatan Rakyat menerusi gabungan PAS-DAP-PKR yang meletakkan pula calon wanita dari PAS, Normala Sudirman dilihat masih sukar untuk menembusi kawasan yang majoritinya merupakan penduduk Melayu seperti di Felda Chemplak Barat, Felda Chemplak dan Felda Tenang.

Keadaan ini berlaku walaupun jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dilihat tersusun dan kempen mereka ditumpukan khusus bagi menarik sokongan generasi kedua dan ketiga dari kalangan anak-anak peneroka Felda.

Pada pilihan raya umum lalu, sokongan kepada BN di kawasan Felda seperti di Tenang adalah padu iaitu sekitar 98.5 peratus berbanding dengan sokongan yang diberikan kepada PAS iaitu sekitar 20.4 peratus sahaja, sementara di Chemplak Barat calon PAS memperolehi sokongan 18.6 peratus dan 18.7 peratus di Chemplak.

Di kawasan lain di mana orang Melayu mewakili 90 peratus daripada jumlah pengundi seperti di Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Baru, jumlah undi yang diraih oleh calon PAS hanya sekitar 18 hingga 32 peratus.

Keadaan yang sama berlaku di kawasan yang majoriti penduduknya adalah masyarakat India, pembangkang dilihat sukar memperolehi undi tambahan di kawasan ini, yang disifatkan oleh beberapa pemimpin tempatan "lebih sukar daripada semasa pilihan raya umum".

"Kami melihat tidak mungkin kami mendapat lebih banyak sokongan berbanding 2008. Nampak macam pengundi India telah beralih menyokong BN. Kami terpaksa merebut setiap undi yang ada," kata pula pemimpin akar umbi PKR.

Kempen Nizar tidak memberi impak kepada calon Pas-terutama ucapaannya yang mengatakan bahawa mengundi BN-Haram syarie. Cara kempen Nizar-menghanggap bahawa pengundi Tenang adalah tidak bertamdun, tidak tahu menilai mana yang benar dan salah. Nizar tidak ada asas mengatakan bahawa mengundi Umno adalah haram. Pengundi Tenang telah maklmum itu.

Kedatangan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Tony Pua tidak dapat membantu banyak-selain sesi bergambar dengan calon Pas-Normala. Normala jika dilihat daripada cara dan penampilannya-bukanlah ahli politik-tetapi lebih dekat dipanggil celeberiti.

Selain itu-pengundi Tenang melihat bagaimana tidak bebasnya Normala-senantiasa dikawal oleh suaminya 24 jam. Para pengundi-meragui bahawa jika Normala menjadi wakil rakyat-maka suaminya akan mempergunakannya untuk manafaat diri sendiri.

Kempen telah masuk hari ke-enam- Pakatan masih menumpuhkan kepada pengundi cina yang berjumlah lima ribu lebih, namun melihat keputusan pada pilihan raya umum 2008, BN memperolehi 67.9 peratus undi di Ladang Bukit Dato di mana 46.6 peratus pengundinya adalah pengundi Inia, tetapi di Ladang Labis Utara pula yang diwakili 71.7 peratus pengundi India, kedua-dua pihak berkongsi undi sebanyak 50 peratus.

Berdasarkan keadaan demikian, kini kawasan yang majoritinya mempunyai penduduk Cina seperti di Labis Timur, Labis Tengah dan Tenang Station menjadi tumpuan BN dan Pakatan Rakyat untuk meraih undi.

BN dan Pakatan kini dilihat sama-sama meningkatkan tumpuan mereka di kawasan-kawasan ini.

Secara kasar, jumlah yang menghadiri ceramah DAP pada setiap malam di Tenang Station dan Labis Tengah dilihat bertambah. Namun ramai yang berpendapat ia hanya disebabkan oleh orang ramai sekadar mahu mendengar apa yang dihujahkan oleh pemimpin-pemimpin atasan parti tersebut.

Tidak kurang juga yang melihat bahawa dengan jumlah sumbangan yang banyak yang dimasukkan ke dalam kotak-kotak derma pada setiap malam ceramah DAP, secara tidak langsung menunjukkan pengundi Cina telah menetapkan calon pilihan mereka.

Sesetengah orang berpendapat bahawa jumlah undi daripada pengundi Cina kepada BN mungkin merosot kepada bawah 30 peratus malah bawah 25 peratus, berikutan beberapa isu yang dimainkan pihak Pakatan Rakyat seperti kenaikan tarif air dan sekolah persendirian Cina.

Namun bagi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng keadaan dilihatnya masih sukar walaupun Pakatan Rakyat jelas mendapat sokongan pengundi Cina pada pilihan raya umum lalu.

"Pada dasarnya pengundi telah menetapkan sokongan mereka. Kami kini hanya perlu meraih kira-kira 20 peratus undi dari pihak `atas pagar'. Kami perlu merebut setiap undi," katanya.

Ditakdirkan Banjir di Tenang- Keupayaan Normala meragukan

Hujan sejak dua hari lalu di sekitar kawasan Tenang mengakibatkan banjir dan seramai 100 orang di empat buah kampung dekat sini terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.

Mangsa banjir empat buah kampung itu ialah Kampung Lembah Bakti, Kampung Paya Merah, Kampung Air Panas dan Kampung Veeran. Kesemua mereka ditempatkan di dewan orang ramai Ayer Panas dan Lembah Bakti.

Akibat banjir kilat tersebut-kelibat Cikgu Mala, calon PAS nampak sangat keupayaannya untuk menjadi wakil rakyat. Normala hanya mampu bersama suami meredah air banjir seperti kanak-kanak, tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Sementara itu Jentera Pergerakan Wanita Umno yang diketuai Datuk Halimah Sadek dan disertai oleh Calon BN bagi PRK N-5 DUN Tenang-Azhar Ibrahim sibuk membantu penduduk untuk menyelamatkan barangan apa yang perlu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pusat mengundi tidak boleh diubah kerana ia adalah kawasan yang digazet mengikut undang-undang tetapi pihaknya akan melihat langkah-langkah terbaik bagaimana untuk memudahkan perjalanan orang ramai dan juga proses pengundian itu nanti.

Pihak polis, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Parit dan Saliran diberitahau akan bekerjasama dalam mengenalpasti kawasan manakah yang akan terjejas akibat banjir bagi memudahkan para pengundi keluar mengundi.

Watak Normala-Nilailah sendiri

Blog Archive