Saturday, July 02, 2011

Wardina nak saman blogger siarkan gambarnya tidak bertudung

Gambar wardina pengacara MHI di TV3 tidak bertudung telah tersebar dibeberapa laman blog baru-baru ni. Wardina juga memberi amaran keras kepada pemilik blog berkenaan agak mengeluarkan gambar yang mengaibkan dirinya itu. Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah juga memberi tempoh 14 hari kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mmbuang gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian. Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

“Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka. “Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung),” ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

No comments:

Blog Archive