Wednesday, July 06, 2011

Ulama Terkenal Indonesia-Zainuddin MZ meninggal dunia

JAKARTA,— Ulama dan pendakwah Indonesia yang terkenal dengan panggilan “Dai Sejuta Umat” Zainuddin MZ, meninggal dunia di Hospital Pusat Pertamina semalam akibat serangan jantung.

Zainuddin (gambar), 60, yang suatu ketika dulu pernah menceburkan diri dalam dunia politik tetapi kemudiannya kembali aktif berdakwah, meninggal dunia pada pukul 9.22 pagi.

Laporan Kompas.com Online menyebut ribuan masyarakat menziarah jenazah beliau di kediamannya di Jalan Gandaria 1, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono adalah antara yang turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut anak pertamanya Haikal Fitri, Zainuddin semalam mengeluh pening kepala kerana tekanan darah tinggi sehingga tidak berupaya pergi ke Blitar, Jawa Timur untuk berdakwah, dan beliau sendiri telah menggantikan bapanya ke majlis itu

Zainuddin dikebumikan di halaman belakang Masjid Jame Fajrul Islam, dekat rumahnya petang ini, sebagai menunaikan hajat beliau.

No comments:

Blog Archive