Sunday, July 03, 2011

Tiada Ruang Kepada Penganjur Perhimpunan Haram - KPN


BUTTERWORTH: Polis akan bertindak mengikut lunas undang-undang dan tidak akan memberi ruang kepada mana-mana pihak yang bercadang menganjurkan perhimpunan haram di ibu negara pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan tindakan akan diambiltanpa mengambil kira sebarang kenyataan atau andaian pihak lain terhadaptindakan polis.

Beliau berkata jika diadakan, perhimpunan itu akan mengundang kepadagangguan ketenteraman negara dan menyebabkan huru-hara.

"Janganlah mencabar kedaulatan undang-undang yang termaktub di dalamperlembagaan negara. Pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya denganmenggunakan peruntukan undang-undang yang ada kepada sesiapa sahaja yangmelanggar undang-undang yang ditetapkan," katanya kepada pemberita selepasmelancarkan program "Jom Cegah Jenayah" di Pantai Bersih berhampiran dengantempat rehat di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth di sini.

Ismail menasihatkan orang ramai yang berniat menyertai perhimpunan haram itusupaya membatalkan hasrat mereka atau berhadapan tindakan polis.

"Saya lihat perhimpunan ini mengundang kepada ketegangan ketenteraman awam.Jadi sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, janganlah kita membuatpilihan yang boleh menyebabkan ketegangan dalam negara kita berlaku," katanya.

Ismail berkata polis mempunyai strategi tertentu yang boleh diguna pakaiuntuk menjaga keselamatan dan memastikan keamanan negara berkekalan.

"Adalah menjadi keprihatinan saya bagi memastikan kehidupan masyarakatdilindungi, kami akan memainkan peranan kami sebagai pelindung masyarakat. Kita kena jaga undang-undang," tegasnya. - BERNAMA

No comments:

Blog Archive