Monday, July 11, 2011

SPR tidak: adil,tidak bersih,tidak telus -PENYEBAB NIK AZIZ terus berkuasa

Sebaik tiba dari menunaikan umrah, sudah tentu selepas Himpunan Bersih; NIK AZIZ terus memberi kenyataan. Menurutnya sejak beliau mengikuti pilihanraya bermula tahun 1967 hingga kini, beliau belum merasakan Pilihanraya yang adil dan bersih. Namun yang peliknya NIK AZIZ terus menang dalam pilihanraya yang tidak adil, tidak bersih dan tidak telus itu.

Bagi mereka yang lurus bendul, pasti akan keliru dengan kenyataan MB Kelantan itu. Disebabkan pilihanraya yang tidak adil, tidak bersih dan tidak telus, maka sebagai pemimpin yang mewakili parti pembangkang, terus menang dan menubuhkan kerajaan di Kelantan bermula tahun 1990, selepas keluar BN pada tahun 1974. Sebelum itupun, parti yang dipimpin Nik Aziz menang juga di Kelantan, akan tetapi melalui gabungan dengan UMNO.

Semasa PRU-12-Tahun 2008, pilihanraya juga tidak adil, tidak bersih, tidak telus, atas sebab itu, Selangor, pulau Pinang, Kedah, Perak dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan Pembangkang.

Apabila pilihanraya menjadi adil, bersih dan telus, maka Pembangkang akan kalah teruk, demikianlah makna tersirat kenyataan Nik Aziz itu.Bagi yang keliru, inilah maksud disebalik kenyataan MB Kelantan itu.

No comments:

Blog Archive