Monday, July 25, 2011

Semasa membuang undi apa pertimbangan anda?

Apa kah pertimbangan anda untuk mempertahankan kerajaan yang ada, di mana -harga barangan keperluan harian terus meningkat, inflasi terus menaik, berhadapan dengan pendapatan yang stagnant? Atau mempertimbangkan kenyataan pembangkang yang berjanji menurunkan harga minyak, harga barangan, menambah pendapatan seluruh rakyat dalam tempoh 100 hari pemerintahan?

Tiada yang boleh menafikan bahawa kecenderungan harga barangan yang meningkat berhadapan dengan sumber pendapatan yang stagnant, akan mempengaruhi mode para pengundi semasa PRU-13 akan datang. Walaupun, fenomena kenaikkan harga barangan adalah masalah global, namun hanya sebahagian daripada rakyat menerimanya.

Persepsi kurangnya usaha kerajaan mementingkan keperluaan rakyat apabila kerajaan dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, masih lagi sanggup berbelanja besar terutama pembelian alat-alat ketenteraan yang berbilion ringgit nilainya.

Seharusnya, kerajaan dalam menghadapi "krisis" ekonomi ini, perlu menubuhkan agensi yang mengarah kepada pengeluaran makanan. Apa salahnya melabur 2-3 bilion ringgit membangun tanah-tanah terbiar yang bersepah di Sabah dan Sarawak? berbanding menggantingkan MIG-29 dengan Eurofighter?

Biasanya rakyat yang lapar lebih mudah merapu dan meroyan. Ambil lah iktibar pada negara-negara di mana kebangkitan rakyatnya diasaskan kepada keadaan ekonomi yang merundum.

Dalam keadaan ekonomi yang merundum, terlalu banyak impilkasinya: Restoran-restoran akan kekurangan pelanggan, pusat beli belah akan kekurangan pelanggan, hartanah akan menghadapi masalah pembeli, Komposit Kuala Lumpur akan menjunam kerana ketiadaan pelabur, sehingga berakibat pusingan sprial terhadap perekonomian negara. Jika ini berlaku, lambat laun, negara akan menjadi Greece, terpaksa minta bill out daripada IMF.

No comments:

Blog Archive