Tuesday, July 05, 2011

Himpunan Bersih: Khalid Ibrahimpun beri syarat juga

Selangor tampil negeri pertama menawarkan stadium negeri untuk digunakan penganjur himpunan Bersih 2.0 selepas Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bersetuju untuk diadakan di stadium.

Tawaran itu dilontarkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lewat petang ini, lapor TV Selangor.

Beliau berkata sekirannya penganjur Bersih 2.0 memohon untuk menggunakan stadium- stadium di Shah Alam, beliau akan meluluskannya tertakluk kepada syarat- syarat biasa yang dikenakan kepada pihak yang mahu menggunakan premis sebegitu.

"Sekiranya NGO Bersih meminta kebenaran untuk menggunakan Stadium Shah Alam, saya akan setuju. Bagaimanapun perhimpunan itu perlulah dilakukan dengan penuh tatatertib serta berdisiplin," ujar Khalid.

Petang tadi penganjur Bersih 2.0 menghadap Yang di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan akur dengan nasihat baginda supaya perhimpunan aman pada 9 Julai ditukar ke stadium.

No comments:

Blog Archive