Monday, July 25, 2011

Dari Scorpene ke Tyhpoon-nak cipta isu lagi ke?

Pembelian dua Kapal Selam Malaysia, hingga kini jadi buah mulut, ekoran kematian model Mongolia Altantuya Shariubuu yang dikaitkan dengan pembelian kapal selam Malaysia (scorpene). Malah, terkini, isu pembelian kapal selam ini kembali semula di dada-dada akhbar dan blog apabila dipolitikkan oleh pihak Pembangkang melalui Suaram.

Akhir minggu lalu, peguam Perancis yang membantu Suaram membangkitkan isu pembelian kapal selam tersebut, telah dihantar pulang ke negara asalnya oleh pihak imigresen Malaysia, di mana sehingga kini, belum dinyatakan sebab musababnya. Pembelian kapal selam negara menjadi isu semula apabila dibangkitan bahawa syarikat pembekal kapal tersebut telah membayar kickback sebanyak RM540 juta kepada sesorang "pegawai tinggi kerajaan".

Belumpun reda, isu scropene, kini menteri pertahanan Zahid Hamidi, mencadangkan pula membeli pesawat tempur Eurofighter Tyhpoon bagi menggantikan Mig-29N buatan Russia.

Bagi AYT, jangan tambah problema lagi.....jangan ikut rasmi Korea utara-biar rakyat kelaparan, asalkan ada senjata canggih... padah akibatnya.

No comments:

Blog Archive