Saturday, July 16, 2011

Benarkah Najib phobia dengan Warna Kuning?

Najib menghadiri Mesyuarat Bahagian UMNO Pekan pada 10 Julai, sehari selepas Himpunan Bersih. Terbukti Najib tidak phobia terhadap warna kuning.
Najib memakai Baju berwarna Kuning dalam satu majlis anjuran Umno.
Queen Elizabeth menyambut Najib. Ratu England itu mengemari warna Kuning, kerana warna itu adalah warna diRaja. Sebab itu, Ratu England itu memilih warna Kuning sebagai Tema perkahwinan Cucunya-Prince William pada 29 April 2011.
Sewaktu Majlis Perkahwinan Prince William
Bersih 2 gagal, itu sudah terbukti jelas dimata semua rakyat negara kita. Pandanglah dari sudut mana sekalipun, ia tetap gagal, baik dari segi jumlah penyertaan mahupun maksud mengadakan demonstrasi itu sendiri – menyerahkan tuntutan 8 perkara mengenai pilihanraya kepada DYMM Yang Dipertuan Agong.

Kegagalan itu bagaimanapun cuba ditutup oleh para pengikut Pakatan Rakyat dengan pelbagai propaganda, antaranya kekejaman polis, peserta demonstrasi yang kononnya mati terkena gas pemedih mata polis, Anwar dan Mat Sabul dikasari dan sebagainya. Semua ini hanya cubaan mengalih isu sebenar, yang perhimpunan itu gagal sama sekali!!

Bila gagal dalam negeri, mereka cuba tunjuk konon ada sokongan luar negeri pula.

Sehinggakan ketiadaan karpet merah semasa ketibaan Datuk Seri Najib dalam siri rangka lawatan ke UK pun menjadi isu dipihak Pakatan Rakyat. Kononnya itu tanda kerajaan UK menyokong perhimpunan Bersih 2, selari dengan kenyataan Timbalan Pengarah Asia Pasifik Amnesty International Donna Guest yang meminta kerajaan UK tidak menyediakan ‘karpet merah’ kepada Datuk Seri Najib.

Pertama kenyataan Donna Guest itu berdasarkan maklumat tidak tepat yang diberikan kepadanya, konon ada keganasan polis dalam menyuraikan peserta perhimpunan haram pada 9hb Julai. Kita dah disajikan sepanjang minggu ini lakonan-lakonan pendukung Pakatan Rakyat (pemimpin dan penyokong) dalam nak menunjukkan keganasan polis ini.

Kedua, memang kebiasaan di UK pemimpin luar yang tidak diberi sambutan karpet merah semasa ketibaan, President Barrack Obama pun tidak menerima sambutan karpet merah semasa melawat UK, bukan sekali bahkan 2 kali.

Persoalannya adakah ketiadaan sambutan karpet merah menunjukkan adanya tanda bantahan kerajaan UK terhadap kerajaan US pimpinan Barrack Obama? Sudah tentu tidak sebab dunia pun tahu US dan UK akan tetap bersahabat baik, pedulilah siapa pun yang jadi Presiden dan Perdana Menterinya.

Begitu juga baju kuning yang dipakai Queen Elizabeth semasa menerima mengadap Perdana Menteri di Buckingham Palace, itupun dijadikan asas konon Queen Elizabeth menyokong Bersih!!! Queen Elizabeth pakai baju kuning selalu, kerana warna itu adalah warna kegemarannya.

Tidak pernah tertulis di mana-manapun bahawa Kuning adalah Trade Mark Bersih. Bersih memilih warna itu, kerana warna yang menunjukkan Diraja. Bersih menipu kononnya SPB Agong memberi perkenaan kepada Himpunan itu, namun rakyat tahu, semua itu adalah penipuan.

No comments:

Blog Archive