Tuesday, July 05, 2011

Ambiga; A Samad Said -masuk Istana

Jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 dijadual akan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin ini di Istana Negara.Gambar- Ambiga, dan seorang lagi AJK Pengajur kelihatan memasuki pintu Istana. A Samad Said juga turut kelihatan memasuki perkarangan Istana.

Peremuan itu dipercayai bagi membincangkan mengenai perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 9 Julai ini.

Menurut sumber yang rapat dengan pihak penganjur, tidak ada ahli politik yang akan menyertai pertemuan berkenaan.

Ahad lalu, Seri Paduka bertitah dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, mereka diminta supaya tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.

Tuanku Mizan juga menyeru pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

Titah Seri Paduka, baginda selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Sehubungan dengan titah itu, Ambiga berkata gabungan BERSIH 2.0 yang terdiri daripada lebih 60 NGO, akan menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka.

No comments:

Blog Archive