Thursday, September 30, 2010

UMNO-BN mula berubah: Pengarah Piliharya PRK bukan diketuai oleh TPM lagi

Bermula pada PRK N-45 Galas, Gua Musang, Kelantan, pengarah PRK bagi DUN-DUN pada kawasan parlimen tertentu, diserahkan kepada ahli parlimennya, jika kebetulan ahli parlimen tersebut merupakan Ketua Bahagian Umno/Pengerusi BN kawasan tersebut.

Dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri, Tndakan Tan Sri Muhyiddin Yaasin menyerahkan jentera pilihan raya kecil dewan undangan negeri Galas dianggap sebagai "lari daripada tanggungjawab", adalah tidak benar.

Walaupun sebelum ini telah menjadi kelaziman bagi BN meletakkan tanggungjawab pengarah pilihanraya di atas bahu timbalan perdana menteri tetapi kali ini, Muhyiddin menyerahkan beban itu untuk digalas oleh Ketua Umno Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

UMNO-BN lari daripada norma biasa di mana Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang mana (beliau) akan menjadi pengarah pilihan raya setiap kali pilihan raya kecil berlaku bagi BN.

DUN Galas telah kosong isnin lalu, apabila ADUNnya Che Hashim Suliman (46) meninggal kerana kanser kolon.

Pada pilihan raya umum 2008, Chek Hashim menewaskan calon BN Mohamad Saufi Deraman dengan majoriti 646 undi.

Calon PAS itu mendapat 4,399 undi menewaskan Mohd Saufi yang memperolehi 3,753 undi.

Majoriti pengundi di kawasan ini terdiri daripada seramai kira-kira 6,200 pengundi Melayu, diikuti 2,000 Orang Asal, 1,900 pengundi Cina dan juga India (170).

Wednesday, September 29, 2010

Oh Oh Nik Aziz ajak UMNO masuk PAS konon untuk perpaduan Melayu

PAS selepas sahaja PRU-12 telah menjadi KUDA tunggangan DAP. Perjuangan asal parti itu yakni untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan HUDUD diketepikan demi DAP.

Kini pula NIK Aziz mengajak UMNO masuk PAS agar supaya ramailah orang melayu menjadi kuda DAP.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, hari ini mengajak ahli Umno menyertai PAS sebagai cara menangani isu perpaduan orang Melayu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, ini kerana parti berkenaan mewakili semua yang beragama Islam, dan sewajarnya orang Melayu yang juga orang Islam berada di dalam parti berkenaan.

"Umno tak payah bertanding selama-lama dan duduk dalam sebuah parti, iaitu PAS. Kalau boleh, tak perlu ada parti orang Melayu lain selain daripada PAS," katanya di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, agar Umno tidak menandingi kerusi Dewan Undangan Negeri Galas pada pilihan raya kecil yang akan diadakan tidak lama lagi.

Takiyuddin sebaliknya mencadangkan kerusi itu diserahkan kepada PAS demi perpaduan orang Melayu selain mengelakkan pergeseran berpanjangan antara dua parti utama orang Melayu tersebut.

Nik Abdul Aziz juga menegaskan perkara tersebut sudah sekian lama menjadi hasratnya.

Kerusi Galas kosong selepas penyandangnya Che Hashim Sulaima dari parti PAS meninggal akibat barah usus pada Isnin lalu.

Parti mana yang menang PRK DUN Galas, Gua Musang Kelantan?

Jumlah PRK selepas PRU-12 adalah 11. Daripada 11 itu, 8 PRK dimenangi Pakatan dan 3 oleh Umn0-BN.

PRK DUN Galas yang kosong akibat kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman daripada PAS 2 hari lalu akibat kanser kolon di Kuala Lumpur.

Pada PRU-12 lalu, Che Hashim telah mengalahkan calon BN Mohd Saufi Deraman dengan kelebihan 646 undi.

Sebelum ini, pihak Umno-BN melalui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin mengatakan bahawa peluang BN di DUN tersebut adalah 50:50.

Sementara itu, PAS yakin akan mempertahan kerusi tersebut.

Yang menarik dalam PRK kali ini adalah untuk mengetahui kedudukan wakil Rakyatnya yakni pemimpin veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.

KULI mewakil parlimen Gua Musang telahpun berdekad lamanya, samada bersama UMNO ataupun S-46.

Meskipun persaingan langsung di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), tetapi penganalisis melihat pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah akan berhadapan dengan “situasi paling sukar” dalam menghadapi pilihan raya kecil ke-12 nanti.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan memutuskan tarikh pilihan raya kecil minggu depan dan kemungkinan ia diadakan akhir Oktober atau awal November.

Galas adalah satu-satunya kerusi DUN di bahagian Parlimen Gua Musang jatuh ke tangan PR khususnya PAS.

Ekoran pendirian Tengku Razaleigh itu, yang dizahirkan sejak awal tahun ini, beliau yang juga bekas menteri kewangan dan pengasas Petronas, telah berhadapan dengan tekanan segelintir pemimpin Umno agar dikenakan tindakan disiplin ke atas beliau.

Tengku Razaleigh mempertahankan pendiriannya dengan berkata beliau seorang pemimpin setia kepada Umno.

Majlis Tertinggi Umno pula telah menyerahkan kepada ahli-ahli memberikan pandangan mengenai gesaan tersebut tetapi sehingga kini tiada perkembangan susulan.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno-BN akan meletakkan pemimpin tempatan sebagai calonnya bagi pilihan raya kecil DUN Galas.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Umno sedia mengambil langkah-langkah wajar bagi menghadapi pilihan raya kecil itu setelah tarikh pemilihan diumumkan oleh SPR.

“Malahan setelah kita dimaklumkan hal ini semalam, kita sudah mengambil perhatian. Dan seperti biasa, jika ada pilihan raya kecil, kita akan (letak) calon dan calon yang kita letak akan datang dari Gua Musang yang dipimpin oleh Tengku Razaleigh.

“Kita akan letak calon terbaik yang akan diputuskan oleh pihak pimpinan parti dan kita percaya Tengku Razaleigh akan membantu sebagai ketua bahagian dan Datuk Seri Mustapa (Mohamed) selaku Ketua Perhubungan (Umno Kelantan) juga akan terlibat untuk memastikan kemenangan kita dalam pilihan raya,” katanya.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

N45-Galas, Gua Musang, Kelantan: PRK parti mana yang akan menang?


1986
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 7039
Jumlah Keluar Mengundi 4926
1. Zakaria Hassan ( BN ) 3420
2. Ibrahim Abdullah ( PAS ) 1281
Majoriti 2139 – BN

1990
N.39 Galas
Jumlah Pengundi 8737
Jumlah Keluar Mengundi 6429
1. Hj Zakaria Hj Hassan ( BN ) 1760
2. Hj Omar Mohamed ( S46 ) 4465
Majoriti 2705 – S46

1995
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 11,231
Jumlah Keluar Mengundi 7953
1. Omar Mohamed ( S46 ) 4056
2. Zakaria Hassan ( BN ) 3163
3. Nik Ismail Wan Idris ( AKIM ) 205
Majoriti 893 – S46

1999
N.43 Galas
Jumlah Pengundi 12,091
Jumlah Keluar Mengundi 8705
1. Zulkifli Mohamad ( PKR ) 3072
2. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 5336
Majoriti 2264 – BN

2004
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 8972
Jumlah Keluar Mengundi 6805
1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 4184
2. Chek Hashim Sulaiman ( PAS ) 2455
Majoriti 1729 – BN

2008
N.45 Galas
Jumlah Pengundi 10,330
Pecahan Pengundi
Melayu 65.81%
Cina 22.03%
India 1.81%
Lain lain 10.32%

1. Mohamad Saufi Deraman ( BN ) 3753
2. Che Hashim Sulaiman ( PAS ) 4399
Majoriti 646 - PAS

Tuesday, September 28, 2010

Nazri Aziz: Umno Bodoh, Bacul

Pada mulanya aku tidak mahu menyentuh isu si Nazri Aziz yang dikatakan bacul dan kurang ajar. Aku sedang concentrate isu-isu keburukan dan pembohongan parti pembangkang agar kita sama-sama sedaq.

Tapi perkara yang tidak molek di sebelah sini patut juga kena teguq kalau agak melampau. Seperti yang korang tahu, Utusan Malaysia telah 'berperang' dengan Nazri Aziz tanpa beliau sedari bahawa Utusan Malaysia memainkan peranan yang sangat penting selama ini untuk menyakinkan rakyat tentang kerajaan UMNO dan BN hari ini.

Tindakan Nazri Aziz itu pulak dipuji sakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang seperti Lim Guan Eng lidah biawak. Aku tidak faham kenapa Nazri Aziz dok terus buat macam ni?

Jawapannya dikhabarkan hanya dua sahaja:-

1. Beliau adalah seorang Menteri yang non-performing dan kewujudannya tidak dirasai membantu jentera kerajaan Barisan Nasional dan UMNO. Maka, beliau perlu melakukan sesuatu supaya beliau tampak buat kerja dan diperlukan lagi.

2. Tindakan beliau yang mesra-pemimpin pembangkang dilihat sebagai cara agar pemimpin pembangkang tidak menggorek dan mendedahkan segala perkara negatif yang mereka tahu sebelum ini tentang beliau. Beliau tidak dijadikan sasaran utama apabila pemimpin pembangkang mahu memburuk-burukkan pemimpin UMNO dan BN.

Aku bagi andaian. Ya atau tidak bergantung kepada penilaian korang semua.

Aku terbaca satu artikel yang menarik di dalam blog BigDot.com tentang cara Nazri Aziz menjawap sms. Stail samseng ?

Korang baca sendiri di bawah ini :-

Watak dalam interaksi sms ini ialah:

Sang Nila Utama – SNU: Bekas Penulis dan Moderator Kelab Maya UMNO Malaysia yang juga ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah.

DS Nazri: Y.B Dato’ Seri Mohd Nazri Tan Sri Aziz, Menteri diJabatan Perdana Menteri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Ahli Parlimen Padang Rengas

SNU: As’kum w.b.t, YB Dato’ Seri Mohd. Nazeri bin Tan Sri Abd. Aziz, hari ini org Melayu telah dikejutkan dgn kenyataan Dato’ Seri menyatakan YABhg Tun Dr. Mahathir sebagai racist berikutan kenyatan beliau mengenai module BTN tidakperlu dirombak. Izinkan saya menyatakan beberapa perkara dalam isu ini. 1) Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut apabila beliau diajukan soalan oleh pemberita berikutan kenyataan pihak pembangkang mengenai module BTN yg perlu dirombak. 2) Kenyataan Tun mahathir adalah sebagai bekas seorg PM ke 4 dan Presiden UMNO ke 5 yg mana kenyataan beliau didapati menyebelahi Kerajaan BN dan UMNO di bawah kementerian JPM. 3) Tidakkah Dato’ Seri sedar bahawa module BTN selama ini adalah seiring dengan kehendak dan matlamat perjuangan bangsa Melayu sepertimana yg termaktub di dalam perlembagaan UMNO yg mulia selain menanamkan semangat jati diri dan patriotisma terhadap keseluruhan rakyat Malaysia. Ini bermakna kenyataan Dato Ser’ adalah menentang Kerajaan BN dan boleh ditafsirkan sebagai pembelot terhadap perjuangan org2 Melayu Islam melalui UMNO. Justru, saya sebagai org Melayu yg beragama Islam rakyat Malaysia yg berdaulat ingin melafazkan atas nama Allah Yg Maha Besar lagi Maha Berkuasa, atas darah pejuang2 Melayu yg mengalir kebumi bertuah ini krn menuntut kemerdekaan serta memilihar kedaulatan Melayu dan Islam dengan ini mengutuk sekeras2nya kenyataan yg dibuat oleh Dato’ Seri Mohd Nazeri terhadap YABhg Tun Dr. Mahathir sebagaimana yang tersebut selagi mana bangsa Melayu Islam wujud di muka bumi bertuah ini. Semuga Allah SWT memberi hidayah kpd Dato’ Seri untuk menginsafi diatas perbuatan yg dilihat sebagai petualang terhadap bangsa dan agama sendiri.

DS Nazri: Sukahati awak, saya langsung tak peduli kerana yg lemahkan kerajaan melayu ialah kritikan mahadir tak henti2. Ini hak saya, dia kritik orang, jgn jadi bacul takut kritikan saya!

SNU: Sememangnya org yg malas berfikir akan mengatakan kritikan Tun M adalah punca Kerajaan BN lemah. Kenapa pemimpin sperti Dato’ Seri tidak mahu mengkaji fakta2 didlm kritikan Tun M betul atau salah? Sebenarnya faktor utama yg menjadikan kerajaan BN lemah adalah pemimpin UMNO yg amalkan rasuah dan berkelakukan bongkak dengan masyarakat pengundi seperti saya. Pemimpin yg bacul pula adalah pemimpin yg cepat melatah apabila berhadapan dengan kebenaran dan lebih teruk lagi apabila disergah oleh pihak pembangkang.

DS Nazri: Awak nak jadi Tuhan, nak hukum saya apahal….? Saya ada pandangan saya, itu hak saya, kalau takut di lambung ombak jgn berumah di tepi pantai…. saya tak heranlah!

SNU: Nampaknya Dato; Seri melatah apabila saya menyentuh soal rasuah sehingga menuduh saya nak jadi Tuhan jatuh hukum terhadap Dato’ Seri. Kalau Dato’ Seri tidak takut dilambung ombak kenapa hanya berani kritik Tun Mahathir tanpa berhadapan dengannya utk dapatkan penjelasan lanjut dan kenapa pula kelihatan Dato’ Seri tunduk dengan desakan pembangkang dalam isu ni…? Saya tahu la kenapa Dato’ Seri tak eran dalam hal ni dan saya yakin ramai org2 politik pun tahu.

DS Nazri: Saya bila2 masa boleh jumpa Tun. Saya tak takut siapa. Soalnya mahukah dia jumpa saya? Aturlah, beritahu saya bila dan di mana. Dan saya nak tahu apasal awak sms saya dan bukan Tun. Jadi sapa yg takut di sini.

SNU: Soalnya adakah Dato’ Seri sudah buat permohonan jumpa Tun M…? Jgn petikai kenapa saya sms Dato Seri’ dan bukan Tun M kerana isunya sekrg bukan nak tentukan siapa berani dan siapa bacul. Itu cara org yg tidak bertamadun dan tidak bermoral, kerana kita dalam UMNO tak amalkan budaya samseng dan kurang ajar.

DS Nazri: Samseng tu awak, tak tamadun, saya tak kenal awak, mana awak dapat no telefon saya? Kalau jantan awak jumpa saya di parlimen sekarang.

SNU: Etika perjuangan tak perlu petikai dari mana dapat itu dan ini. Seseorang pejuang harus sentiasa redha hadapi apa sahaja yg hadir tanpa banyak persoalan. Lagipun saya bukan nak cari gaduh atau musuh dengan mana2 pemimpin UMNO seperti Dato’ Seri. Saya hanya gunakan hak saya sepertimana Dato’ Seri gunakan hak sendiri untuk kritik Tun M. Dato’ Seri harus ingat kedudukan dan kerusi yg Dato’ Seri perolehi sekarang adalah datangnya daripda kuasa rakyat seperti saya. Untuk berjumpa Dato’ Seri, saya tiada masalah, tetapi bukan sekarang kerana saya berada di luar KL. Insya’allah saya akan berhadapan dengan Dato’ Seri untuk menggali isi perut perjuangan yang sejati demi Melayu dan Islam.

DS Nazri: Awak bukan rakyat dan pengundi saya, saya peduli apa. Pengundi saya kenal saya. Sebab itu saya menang 4 kali. Awak tak kenal saya jangan cuba nak ugut. Saya akan tunggu awak, jangan jadi bacul. Bagi tahu saya bila, saya akan tunggu.

SNU: Memang la saya bukan pengundi di tempat Dato’ Serin tetapi saya memberi gambaran bahawa saya adalah RAKYAT serta antara pengundi yang sentiasa mengundi BN setiap kali PRU dan saya juga ahli UMNO. Tak kira la tempat mana seseorang rakyat itu mengund. Memang benar Dato’ Seri menang di tempat sendiri sebanyak 4 kali, tapi adakah majoriti yg Dato’ Seri perolehi pada PRU yang lepas meningkat naik? Adakah Dato’ Seri yakin akan sentiasa menang pada PRU seterusnya? Jelas kelihatan sikap Dato’ Seri yang sangat bongkak dan takbur serta pentingkan diri sendiri tanpa melihat prestasi BN secara menyeluruh. UMNO dan BN tidak memerlukan pemimpin yang setajat tahu memang kerusi parlimen ditempat sendiri sahaja TANPA melaksanakan amanah dan tanggungjawab untuk Alif Ba TA secara komprehensif. Jika keadaan ini berterusan maka UMNO akan dipimpin oleh pemimpin yg tiada kualiti dan tiada arah yg jelas untuk membela bangsanya dan agamanya. Saya cadangkan Dato Seri’ segera mentertai kembali kem BTN untuk merawat jati diri sayangkan bangsa dalam diri Dato’ Seri.

DS Nazri: Tak payah nak ajar saya tentang politik. Kalau BN nak kalah pun ialah kerana Tun duk hentam kerajaan tak habis2. Awak pegi nasihat orang tua tu. Apapun bacul jumpa saya paham!

SNU: Saya bukan ajar Dato’ Seri, tapi saya terangkan pekara yang saya fikir Dato’ Seri harus tahu dan sedar mengenai UMNO, tapi malangnya Dato’ Seri sedang berada di satu dunia khalayan dan syok sendiri diatas kerusi parlimen yang dimenangi dengan majoriti yang menjunam teruk. Menuduh faktor Tun Mahathir sebagai punca prestasi buruk BN pada PRU12 yang lepas adalah satu sikap bacul yang nyata yang Dato’ Seri harus faham. Bagaimana pula faktor Pak Lah dan menantunya KJ serta rekod buruk peribadi seseorang calon BN yang terlibat dengan skandal rasuah dan salahguna kuasa serta moral? Sepatutnya pemimpin seperti Dato’ Seri harus bermuhasabah diri dan insaf apa yang telah melanda BN dan UMNO disepanjang penguasaan Pak lah selama lebih kurang 5 tahun, bukannya berterusan bersikap angkuh dan bongkak. Jadi Dato’ Seri lah yang perlu dinasihat bukannya Tun Mahathir.

DS Nazri: Awak ni bukan aje bacul tapi buta! Tak baca interview Tun Daim. Apapun jangan lari, saya tak tahu awak kat mana tapi saya ada di Parlimen. Bagi tahu bila nak mari, saya akan tunggu. Apa pun, saya menteri, awak tu apa? Habuk pun takdak… bacul!!

SNU: Tak guna jadi orang yang celik dapat melihat tapi TAK NAMPAK apa yang dilihat, lebih baik jadi si “buta” sungguhpun tak dapat melihat tapi sentiasa nampak melalui hati dan akal. Saya tak pernah lari setiap kali berjuang bersama UMNO. Saya berada di JB. Antara kita tak perlu nak petikai siapa bacul sepatutnya itu bukan standard pemikiran Dato’ Seri yang bertaraf seorang Menteri. Memang saya tahu Dato’ Seri adalah Menteri dan tak perlulah nak bandingkan dengan saya yang Dato’ Seri anggap sebagai habuk kerana bila dalam kubur nanti badan kita akan jadi habuk juga, masa tu adakah pangkat Menteri yang Dato’ Seri bangga-banggakan itu akan dapat kekalkan jasad tidak menjadi HABUK..? Berapa umur Dato’ Seri sekarang dan berapa tahun lagi kah Dato Seri mampu bertahan untuk kekal jadi Menteri?

DS Nazri: Itu kata awak, hakikatnya saya Menteri dan MP dan peguam, awak tu apa nak di buktikan, ahli UMNO bodoh, tak tahu rakyat dah tolak dan kalau tak berubah terus hancur bangang!

SNU: Saya juga punyai kedudukan dan berpendapatan tinggi dalam sebuah syarikat konglomerat, tapi tak perlulah saya nak nyatakan dan banggakan. Di Malaysia ramai juga peguam cabuk dan menipu, makan duit haram, tapi nasib Dato Seri’ agak baik kerana menang bertanding melalui platform UMNO dan BN lalu dapat jadi Menteri yang sedang mengalami kemerosoton undi dan sokongan rakyat. Tunggulah bila sampai waktunya apabila pangkat dan kedudukan ditelan takdir, itulah hakikat sebenar akan tiba nanti.

DS Nazri: Ha… dah nak jadi penyokong Nik Aziz, doa bala kepada orang lain, awak ni orang Pas menyamar UMNO? Tak pe saya nak masuk undi dalam dewan sekarang. Saya memang nak jumpa awak. Bagi saya tarikh, saya tunggu.

SNU: Ini nombor keahlian UMNO saya 0265XXXX, Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gelang Patah, Negeri Johor. Jika perlu, sila la buat pengesahan. Saya merujuk kembali text saya sebelum ini, tiada satu ayat pun menunjukan saya mendokan bala kepada Dato’ Seri sepertimana Nik Aziz mendokan bala terhadap PM. Sungguh pelik, Dato’ Seri yang berkelulusan dalam bidang perundangan boleh membuat justifikasi yang lari daripada text saya sebelum ini. Selamat bersidang di dewan yang mulia. Semuga kita dapat berjumpa satu hari nanti.

Interaksi tamat, apabila Nazri tidak lagi membalas selepas text yang terakhir di atas.Tulisan asal

Kecoh pemilihan PKR; bukti parti itu pincang: Muhiyiddin

Insiden kekecohan pada pemilihan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) ahad lepas wajar dijadikan iktibar, sekali gus membuktikan ketidakupayaan parti pembangkang itu untuk mengambil alih pentadbiran negara yang mendokong prinsip demokrasi berperlembagaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri, berkata rakyat seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu kerana ia menggambarkan kegagalan PKR menterjemahkan prinsip demokrasi sebenar walaupun mendakwa sebuah parti demokratik yang telus.

“Mereka dakwa parti demokratik, parti mengamalkan ketelusan, parti yang memperjuangkan kepentingan rakyat tapi apa yang kita lihat pada peringkat awal, bila ada proses pemilihan berlaku kekecohan... satu macam punya kecoh.

“Saya fikir bukan saja berlaku di satu dua tempat, tetapi di banyak tempat lain, mungkin mereka tidak memahami prinsip demokrasi sebenar dan kita harus mengambil iktibar dalam soal itu bila memikirkan masa depan negara,” katanya pada sidang media selepas majlis pembukaan Simposium Pasaran Modal Dunia di sini, semalam.

Pemilihan cabang PKR di beberapa kawasan termasuk Kapar, Klang dan Lembah Pantai dicemari kekecohan apabila berlaku kejadian tumbuk menumbuk, kerusi dibaling dan kertas undi dibuang di jalan raya apabila perwakilan tidak puas hati cara pemilihan itu dijalankan.

Buat julung kalinya, 400,000 ahli PKR diberi kuasa menentukan barisan kepemimpinan peringkat cabang dan pusat.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri enggan mengulas lanjut mengenai kekecohan itu kerana menganggap ia adalah urusan dalaman parti berkenaan.

Ditanya kemungkinan UMNO bakal berdepan masalah sama jika menggunakan sistem pemilihan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas Umno Oktober lalu apabila 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan UMNO mulai pemilihan 2011, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak membandingkan UMNO dengan PKR.

“Tidak wajar untuk bandingkan PKR dengan UMNO... UMNO adalah parti yang sudah lama dan berpengalaman,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kekecohan pemilihan parti itu sememangnya diduga kerana mereka sentiasa bertelagah merebut jawatan dalam parti.

DUN Galas, Gua Musang pertembungan terakhir BN-Umno dan Pakatan menjelang PRU-13

PRK DUN Galas, Gua Musang bakal diadakan dalam waktu terdekat. Kekosongan DUN tersebut akibat kematian penyandangnya daripada PAS Che Hashim Sulaiman semalam.

Sebelum PRU-12 DUN Galas diwakili UMNO, namun pada PRU-12, DUN tersebut berjaya dirampas oleh PAS daripada penyandangnya Saufi Deraman dengan kelebihan 646 undi. Calon BN tersebut hanya memperoleh 3,753 undi manakala calon Pas mendapat 4,399 undi.

Kawasan Gua Musang adalah kawasan tradisi Umno, kerana kawasan tersebut telah diwakli veteran UMNO, Tengku Razalegh sejak sekian lama.

Pada PRU-13 lalu, Kawasan Parlimen Gua Musang dan 2 DUN lainya masih dikuasai Umno.

PRK DUN Galas kali ini adalah pertembungan terakhir antara Umno-BN dan Pas-Pakatan.

Melalui keputusan PRK ini, dapat dinilai sejauh mana persiapan masing-masing menjelang PRU-13 akan datang.

Melalui PRK Galas ini juga akan dapat dilihat sejauh mana sokongan Melayu terhadap Umno-BN, demikian juga sebaliknya.

Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru semalam kerana kanser usus.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian Che Hashim.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Sunday, September 26, 2010

Lagi surat jawapan Nazri Aziz kepada Awang Selamat-Utusan

Kepada saudara, tidak kira siapa anda sebenarnya, sudah pasti saya akan respons kepada rencana tulisan saudara. Jika kita percaya pada kebebasan bersuara, biar diketahui bahawa ia bukan sahaja diberikan kepada akhbar, tetapi juga kepada orang perseorangan.

Dalam menggunakan hak saya untuk membalas dan untuk mempertahankan diri saya, sila jangan membuat tafsiran bahawa saya cuba untuk mengelak kritikan terhadap diri saya. Saya sememangnya berhadapan dengan kritikan-kritikan sejak sekian lama pembabitan saya dalam politik dan saya masih berdiri di mana saya berada sekarang.

Saudara Utusan menulis bahawa dia menerima banyak SMS untuk menjustifikasikan yang dia menerima sokongan terhadap artikel mengenai diri saya (minggu lalu). Saya tidak mahu bercakap mengenai SMS dan emel-emel yang saya terima kerana dia tidak berupaya untuk mengesahkannya, tetapi saya pasti dia juga telah dimaklumkan bahawa komen-komen yang dinukilkan oleh orang ramai yang membaca portal, menunjukkan saya juga menerima banyak sokongan daripada rakyat, sebagaimana dia mendakwa menerima dalam jumlah yang banyak.

Mengapa tidak boleh saya menyifatkan anda sebagai rasis apabila anda kelihatan kecewa dengan pujian dan respons-respons positif yang saya terima daripada bukan Melayu dan cuba untuk meletakkannya sebagai negatif terhadap diri saya, khususnya yang datang daripada Kit Siang dan Guan Eng. Dengan berbuat demikian, anda dengan jelas meletakkan diri anda sebagai, kita orang Melayu, menentang bukan Melayu. Adakah hanya komen dan pujian orang Melayu perlu diambil kira dan yang lain-lain pula diketepikan, atas alasan yang sendiri yang tahu. Anda mempunyai perjalanan yang begitu jauh untuk menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara milik rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua kaum, yang menzahirkan kesetiaan mereka kepada tanah lahir mereka ini.

Sememangnya saya adalah betul apabila bercakap mengenai pengalaman sifar anda dalam politik kerana anda menulis “apabila Melayu tidak mengundi”. Biar saya menyebut bahawa analisis anda menunjukkan bahawa “apabila bukan Melayu tidak mengundi”, kesannya adalah sama. Anda tidak faham langsung apa yang cuba saya terangkan iaitu “apabila majoriti rakyat Malaysia tidak mengundi”, maka kita semua berhadapan dengan masalah.

Salah satu perkara yang paling buruk untuk dilakukan ialah memberi alasan-alasan terhadap kegagalan anda dengan mengatakan yang lain juga gagal berbuat demikian. Ini adalah sikap mengaku kalah dan pastinya menganggap sebagai satu takdir. Mengapa tidak anda melihat di sekitar anda dan saya pasti bahawa anda boleh mengenal pasti akhbar-akhbar yang telah berjaya dan menggunakannya sebagai contoh untuk berusaha menaikkan bilangan pembaca akhbar anda. Saya suka mengikuti akhbar Utusan yang lama dan saya mahu anda bekerja keras ke arah menjadikananya akhbar yang gemilang semula.

Saya amat gembira dengan sokongan anda kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) dan bagi memastikan kami boleh berjaya. Saya mahu anda menunaikan apa yang anda perkatakan dan menyokong dasar 1 Malaysia, yang merupkan ilham Perdana Umno dan Pengerusi BN. Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang, maka janganlah mencetuskan suasana yang sukar buat beliau.

Awang tidak perlu memberitahu saya mengenai kedudukan Utusan sebagai sebuah Institusi Melayu dan perjuangannya sama seperti Umno. Sebelum anda menyertai Utusan, saya telah berada dalam Pemuda Umno, bermula sebagai anggota Exco sehingga sebagai Timbalan Ketua dan sebagai Pemangku Ketua Pemuda Umno pusat untuk satu tempoh selama satu setengah tahun. Ini adalah bukti kelayakan saya. Jika saya berada sebagai seorang pemimpin Malaysia pada hari ini, banyak kredit harus dihulurkan kepada Tun Mahathir. Kerana beliau saya berada di sini seperti hari ini dan banyak terhutang kepada beliau. Saya hanya mahu “sifu” saya terus membantu saya dan kepada yang lain-lain agar menjadi pemimpin yang baik di negara bertuah ini dan tidak membezakan negara ini hanya kerana kaum, kepercayaan, agama dan gender. Untuk menjadi seorang rakyat Malaysia tidak semestinya anti-Melayu. Saya berharap yang ini akan difahami oleh semua.

Akhirnya, dalam usaha menyebarkan mesej kepada publik sebagaimana didakwa oleh Awang, adalah penting mesej-mesej anda keluar dengan jelas dan terang buat mereka. Ini kerana anda tidak boleh dipanggil setiap kali untuk membuat penjelasan. Yang perlu anda ingat sepanjang masa ialah bukannya apa yang anda fikirkan perlu, tetapi apa yang khalayak membuat tanggapan tentang anda. Sedih untuk diperkatakan di sini bahawa bukan Melayu menganggap Utusan sebagai rasis. Dan, itu sebabnya saya membawa isu saya rakyat Malaysia terlebih dahulu dan orang Melayu kemudian, sekiranya anda tidak faham apa sebabnya.

Apa pun Awang, saya tidak tahu siapa anda sebenarnya.

* Surat ini oleh Datuk Seri Mohamed Nazri bin Tan Sri Abdul Aziz adalah untuk membalas tulisan Awang Selamat yang bertajuk “Lagi Jawapan buat Nazri Aziz” yang diterbitkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

Zaid Ibrahim Yakin Anwar akan Tanding Presiden PKR

Anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Penyelaras PKR Datuk Zaid Ibrahim yang dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden PKR masih yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengubah pendirian dan bertanding kerusi nombor satu parti itu.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, kini merupakan penasihat PKR.

Beliau yang dibebaskan dari penjara enam tahun lalu telah dua kali menafikan akan bertanding sebarang jawatan kali ini dan telah meminta bahagian-bahagian tidak mencalonkan lagi beliau untuk bertanding jawatan presiden.

PKR kini memasuki minggu kedua mesyuarat agung tahunan yang menyaksikan proses pencalonan. Ia akan berakhir 3 Oktober.

Anwar setakat ini sudah menerima lapan pencalonan tetapi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului pencalonan bagi kerusi presiden, jawatan yang disandang sejak 1999.

“Namun, saya merasakan mungkin beliau (Anwar) akan bertanding walaupun menyatakan tidak mahu bertanding. Ini kerana sebagai pemimpin, kita perlu mendengar pandangan dari cabang,” kata Zaid, yang juga Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini.

Zaid, dalam wawancara pertama bersama Mingguan Malaysia sejak dipecat oleh Umno akhir 2008, ditanya soalan bagaimana mahu memperkasakan jawatana presiden yang didakwa kononnya tidak ada kuasa.

Zaid berkata, “kita berhadapan dengan satu keadaan yang unik di mana orang yang benar-benar berkuasa (Anwar) tidak ada jawatan.”

“Saya merasakan kita faham sejarah bahawa beliau pernah masuk penjara dan tidak boleh pegang jawatan.

“Tapi itu pada 2007, namun masa itu beliau cuba bertanding cuma pada saat-saat akhir beliau tarik diri dan ketika itu Rahman Osman hendak melawan beliau.

“Oleh itu Anwar pernah cuba untuk bertanding namun ketika itu beliau tidak layak memegang jawatan kerana kes itu,” kata Zaid.

Namun sekarang, menurut Zaid, Anwar sudah layak dan beliau menghormati jika tidak mahu memegang jawatan.

“Saya tidak kata orang yang tidak ada jawatan tidak ada sumbangan dan saya tidak kata beliau terpaksa bertanding.

"Cuma saya kata presiden ketika ini adalah Wan Azizah, maka beliaulah yang kita perlu hormati, memberi arahan dan membuat keputusan,” katanya.

Sehubungan itu jelas Zaid, tidak boleh kata hanya kerana kenal baik dengan ketua umum maka keputusan mesti datang daripada ketua umum.

“Ini kerana PKR tidak boleh lain daripada parti lain. Kita kena ikut struktur parti.

“Maka jika saya menang jawatan timbalan, saya lihat boleh merubah keadaan dengan erti kata lain, saya percaya presiden perlu dihormati dan keputusan perlu datang daripadanya,” katanya lagi.

Zaid juga berkata, dari sudut sumbangan Anwar, ahli-ahli parti perlu hargai kerana beliau adalah pengasas dan orang yang terkenal namun tetap tidak boleh melebihi presiden parti.

“Itu yang saya maksudkan. Anwar sudah mendapat lapan pencalonan dan ia melayakkan beliau bertanding,” katanya lagi.

Zaid juga berkata, ramai yang berfikiran sepertinya bahawa Anwar perlu menjadi ketua dan oleh itu, adalah wajar beliau menjadi presiden.

“Kesetiaan saya bukan kepada orang tetapi kepada jawatan itu. Tapi jika beliau kata tidak mahu bertanding maka Wan Azizah sebagai presiden perlu benar-benar berkuasa,” ujar beliau.

Zaid berpendapat bahawa “kita tidak boleh memegang kedua-dua jawatan sekali gus atau kita hendak kuasa tetapi tak nak tanggungjawab.”

“Di cabang-cabang dan ahli-ahli bertanya kenapa perkara ini berlaku,” tegas Zaid.

Saturday, September 25, 2010

Melayu pecah kerana Anwar; Nik Aziz persenda agama islam kerana kuasa:Tun Mahathir

Melayu berpecah kerana Anwar. Nik Aziz persenda agama islam kerana kuasa. Demikian kata Tun Mahathir semasa berucap di perhimpunan Perkasa di Kota Baru hari ini.

Punca melayu berpecah disebabkan cita-cita Anwar untuk menjadi perdana menteri. Islam diperkotak katik kerana mengekalkan kuasa.

Tun Mahathir malah berkata, suatu hari Nik Aziz akan mengeluarkan fatwa, bahawa memelihara babi berhampiran halaman orang islam akan dibolehkan kerana islam hanya dilarang makan daging babi.

Tun Mahathir berucap di depan 5,000 orang di bawah terik matahari bertempat di kawasan station keretaapi Pasir Mas, Kelantan.

Bekas perdana menteri itu juga menzahirkan bahawa melayu kini tidak sedar tentang ancaman kepada melayu di negara ini. Ancaman kehancuran melayu sebenarnya berpunca daripada sifat tamak setengah pemimpin politik; yang hanya bermatalamat untuk mendapatkan kuasa dan kedudukan.

Melayu kini telah terbagi kepada 3 kumpulan, yakni PAS, PKR dan Umno. Adalah ditaksirkan bahawa tiada daripada 3 kumpulan ini dapat mewakili melayu secara keseluruhan; jika ini berlaku, maka benarlah, melayu akan hilang kuasa selepas PRU-13 akan datang.

Salah satu faktor penyumbang kepada kehancuran melayu itu adalah gahirahnya Anwar Ibrahim mahu menjadi perdana menteri. Demi tujuannya itu, Anwar menerima apa sahaja termasuk kehancuran melayu, agar supaya cita-citanya yang belum kesampaian itu boleh terrealisasi.

Kini para pemimpin PAS mengambil pendekatan bahawa mereka adalah islam terlebih dahulu dan kemudian melayu. Malah Nik Aziz sendiri malu mengaku sebagai melayu.

PAS juga tidak sanggup berkerjasama dengan sesama islam, akan tetapi lebih selesa berkerjasama dengan parti DAP yang telah mencanangkan bahawa "langkah mayatnya" lebih dahulu jika mahu bercakap mengenai negara islam..

Suspek utama pembunuh Datuk Sosilawati dibawa ke tempat pembunuhan sebelum dilepaskan

BANTING: Kira-kira 24 jam sebelum perintah reman 14 hari terhadap suspek utama serta dua yang lain, dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain berakhir hari ini, menyaksikan kawasan Ladang Gadong, Tanjung Sepat dan pekan Banting kembali dikunjungi peguam itu untuk membantu polis mencari lebih banyak bahan bukti kes berkenaan.

Suspek utama berkenaan yang tiba di Banting kira-kira jam 2 petang, dibawa ke pejabatnya yang terletak berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat, untuk melihat tempat letak kereta sebelum beredar dari kawasan itu selepas kira-kira lima minit berada di situ.

Ketika suspek utama dibawa ke pejabatnya, suspek lain dilihat dibawa anggota polis dan penyiasat ke Ladang Gadong dengan diiringi anggota Unit Forensik, kira-kira jam 2 petang.

Pada kira-kira jam 2.40 petang, suspek utama dilihat memasuki ladang berkenaan menaiki sebuah kereta Proton Waja dengan diiringi sepasukan lagi anggota Unit Forensik yang menaiki lima kereta Proton Waja Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Unit Forensik.

Mereka berada di ladang itu kira-kira tiga jam sebelum keenam-enam suspek dibawa keluar kira-kira jam 5.20 petang dengan menaiki van dan sebuah Proton Waja.

Empat suspek memakai baju warna jingga dibawa keluar dengan menaiki van Polis, dilihat menundukkan kepala masing-masing apabila kenderaan dinaiki lalu di hadapan sekumpulan jurugambar dan pemberita yang menunggu di jalan masuk ke ladang berkenaan.

Melayu hilang kuasa pada PRU-13 mendekati kebenaran

CUKUP menarik kalau kita ‘membaca’ pemikiran dua tokoh — Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tentang Melayu pada masa kini.

Terbaharu Dr. Mahathir melontarkan pandangan mengenai Melayu bakal hilang kuasa jika pembangkang memerintah negara ini.

Sebagai anak jati Kelantan, Datuk Nik Aziz pula berkata, beliau tidak berbangga pun jadi Melayu!

Kenyataan Dr. Mahathir mengenai Melayu hilang kuasa itu diselar oleh beberapa pemimpin Melayu dalam PKR dan Pas. Mereka mendakwa mantan Perdana Menteri itu terus menerus meniupkan api perkauman.

Sebenarnya sebagai orang yang dianggap ultra Melayu, nasihat Dr. Mahathir tidak sepatutnya dikaitkan dengan unsur perkauman kerana kenyataan itu ditujukan kepada orang Melayu berdasarkan situasi sebenar apabila kuasa politik dipegang oleh DAP seperti di Pulau Pinang dan Perak.

Malahan kebimbangan beliau itu pun bukan lagi setakat pada perasaannya sahaja tetapi ia benar-benar telah berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang.

Contoh yang diberikan oleh Dr. Mahathir sudah terjadi di depan mata kita. Beberapa pemimpin Melayu dijadikan boneka untuk menampakkan seolah-olah bangsa kita yang berkuasa. Hakikatnya, situasi itu cukup menyedihkan dan menyakitkan hati.

Jika ditakdirkan pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat, mungkin jawatan Perdana Menteri diberi kepada kalangan pemimpin Pas atau PKR.

Pun begitu, mereka hanya sebagai boneka sahaja kerana kuasa sebenar adalah di tangan DAP. Malah kita tidak terkejut jika jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan dipegang oleh DAP.

Berdasarkan pengamatan pemerhati politik, peluang Barisan Nasional (BN) yang dipimpin UMNO untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 sukar dijangkakan jika dilihat suasana yang belum menggalakkan dalam komponen BN.

Ada parti komponen BN sudah tidak menampakkan semangat berjuang dan ada pula yang asyik mementingkan kaum sendiri daripada berjuang membantu kemenangan BN dalam pilihan raya akan datang.

Situasi bertambah sukar jika perpaduan Melayu masih gagal disatukan. Dr. Mahathir sudah banyak menyuarakan tentang pentingnya perpaduan antara orang Melayu.

Tetapi sesetengah pihak Melayu sendiri memandang remeh hinggakan kaum lain hilang rasa hormat kepada orang Melayu dan agama Islam.

Sebab itu, orang Melayu yang insaf akan pentingnya maruah bangsa Melayu mengharapkan Nik Aziz dapat memandu orang Melayu ke arah perpaduan. Tetapi, harapan itu semakin pudar apabila Nik Aziz sendiri tidak berbangga menjadi Melayu.

Jika Tok Guru mendakwa tidak berbangga dengan ‘Melayunya’, apa lagi yang ada pada beliau? Tak mungkin beliau tak tahu bahawa para Nabi dan Rasul pun dipilih di kalangan bangsa tertentu. Takkan beliau minta dilahirkan sebagai orang Arab? Ini takkan berlaku kerana Tuhan sudah takdirkan beliau sebagai orang Melayu. Beliau patut bersyukur.

Sebagai insan Melayu, Nik Aziz juga ada peranannya yang tersendiri kepada orang Melayu selain perjuangan untuk agama Islam.

Tetapi, perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas pula dihat sudah ‘melencong’ daripada perjuangan asal.

Banyak yang sudah kita baca, perjuangan Pas yang asalnya untuk menegakkan hukum Islam kini beralih kepada membela bangsa lain selari dengan perjuangan rakan kongsinya, DAP.

Perjuangan hukum hudud sudah tidak kedengaran lagi. Pas kini bagaikan menyokong tanpa berbelah bahagi apa yang dilakukan oleh DAP dalam menentang Melayu dan negara Islam yang ingin diperjuangankan Pas sendiri.

Kalau tindak-tanduk DAP itu disokong oleh Nik Aziz, maka bukan peliklah apabila beliau mengatakan tidak berbangga menjadi orang Melayu.

Malahan jika Nik Aziz benar-benar mengikut perintah Allah, pasti larangan Allah diketepikannya. Tetapi kenapa beliau sendiri yang mengkafirkan orang Islam yang lain?

Kenapa beliau mencarut? Kenapa menghalalkan wanita bukan Muslim masuk ke rumah Allah, sedangkan wanita Islam yang berhadas besar pun diharamkan berada di perkarangan surau atau masjid?

Kita berdoa agar Nik Aziz kembali sedar akan ‘keterlanjurannya’ demi menyatukan umat Melayu dan Islam negara ini.

Usaha menyatukan Melayu masih disuarakan oleh orang Melayu yang sedar hakikat perpaduan. Tetapi, sayangnya ia masih lagi di tahap bertatih, sedangkan masa semakin hampir ke Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kepada pemimpin parti dan ahli politik Melayu, ingat-ingatlah nasib dan masa depan anak bangsa yang tidak memihak pada mana-mana parti politik dan belum layak untuk menjadi pengundi.

Jangan korbankan masa depan mereka kerana tamakkan kuasa. Jika bangsa bukan Melayu mementingkan survival bangsa mereka di negara ini tanpa mengira parti politik, kenapa tidak orang Melayu? Bersatulah!. sumber: Utusan

Sumbangan hasil judi untuk basmi miskin tegar Pulau pinang

Penafian Lim Guan Eng bahawa dana untuk basmi kemiskinan tegar Pulau Pinang bukan daripada sumber judi, akhirnya terbongar apabila Pergerakan Pemuda UMNO mendedahkan sepucuk surat yang didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.

Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.

Bertarikh 9 Julai 2010, surat itu yang ditandatangani Setiausaha Sulit Ketua Menteri, Farida Hani M. Yacob, mengesahkan bahawa sumbangan tersebut sudah diterima kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, surat itu dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali ke rumahnya di ibu negara Rabu lalu, kira-kira seminggu selepas beliau membuat kenyataan berhubung isu berkenaan baru-baru ini.

Menurutnya, surat tersebut membuktikan bahawa kenyataan beberapa pemimpin kerajaan negeri sebelum ini bahawa pentadbiran mereka tidak pernah menerima dana bersumberkan hasil perjudian adalah satu pembohongan.

‘‘Kalau sebelum ini kerajaan negeri termasuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng bermati-matian menafikan pernah menerima duit hasil perjudian untuk membiayai program mereka, saya cabar kerajaan negeri untuk tampil memberi penjelasan berhubung surat ini.

‘‘Kalau beliau (Guan Eng) gagal menjelaskan pembohongan ini, maka beliau akan dikenang sebagai bapa segala pembohongan. Kalau tidak betul pun, sila tampil beri penjelasan kerana surat ini dikeluarkan oleh pejabat beliau sendiri,”.

Reezal Merican baru-baru ini mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog, Pisau.net bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.

Guan Eng bagaimanapun menafikan dakwaan itu sebaliknya menjelaskan bahawa wang kerajaan negeri yang dinikmati adalah hasil penjimatan melalui prinsip ketelusan yang diamalkan pentadbirannya selama ini.

Reezal Merican bagaimanapun berkata, isi kandungan surat tersebut jelas bertentangan dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng dan pemimpin kerajaan negeri berhubung isu itu.

‘‘Kita tidak pernah membuat tuduhan melulu tetapi kita meminta penjelasan kerana kita percaya ia turut melibatkan dana untuk orang Islam. Malah, surat itu menyebut sumbangan (RM500,000) merupakan ‘baki’ dana yang disalurkan, bermakna kelab berkenaan sudah menyalurkan sejumlah dana lain sebelum ini.

‘‘Justeru, sekali lagi kita tuntut penjelasan. Anda (media) perlu bertanya kepada beliau (Guan Eng) sendiri atau tanya kepada kelab (lumba kuda) berkenaan. Kita harap ia akan memberi perspektif baru kepada rakyat yang inginkan kebenaran,” jelasnya.

Menjawab persoalan mengenai pendedahan blog pisau.net yang sebenarnya berkisar soal pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas, Reezal Merican berkata, ia tidak menjadi satu isu kerana program membasmi miskin tegar juga melibatkan masyarakat Islam.

‘‘Saya timbulkan perkara ini kerana ia menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam mengenai sumber pemberian wang oleh kerajaan negeri. Kalau untuk miskin tegar sekalipun, bukankah ada orang Islam di negeri ini yang mengalami miskin tegar dan perlu dibantu?

‘‘Bagi orang Islam, kalau ia (sumbangan) daripada sumber tidak halal, mereka lebih rela susah daripada menerima sumbangan daripada perjudian kerana ia adalah haram. Lumba kuda ini bukankah satu bentuk perjudian?,” tegasnya.

Friday, September 24, 2010

Pembunuhan Sosilawati: Rakaman suara suspek diserah pada polis

Isteri ahli perniagaan India yang hilang di negara ini, S Usharani, 24, semalam mendedahkan rakaman perbualan telefon antaranya dengan seorang peguam yang disyaki terbabit dalam pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Usharani memperdengarkan perbualan kira-kira dua minit yang dirakam menggunakan telefon bimbitnya dengan peguam itu yang juga suspek utama kes pembunuhan berkenaan pada sidang media di sini, semalam.

Rakaman perbualan telefon bimbit jenis Nokia dalam bahasa Tamil dan diterjemahkan oleh peguam Y Murugan itu berkisar mengenai pertanyaan Usharani kepada suspek keadaan suaminya, Muthuraja Allal Kanthan, 34.

Turut diperdengarkan ialah rakaman perbualan telefon antara Usharani dengan seorang lelaki yang mendakwa pegawai polis dari Bukit Aman bernama Asisten Superintendan (ASP) Suresh.

Katanya, rakaman panggilan telefon itu dibuat pada 28 Januari dan 23 Februari lalu.

Pada 28 Januari itu saya menghubungi peguam (suspek) dan dia memberitahu berada di luar negara dan menafikan suami saya ada bersamanya. Dia juga memberitahu akan menghubungi saya selepas kembali ke Banting.

Pada 23 Februari pula saya menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mendakwa dirinya pegawai polis berpangkat ASP bernama Suresh dari Bukit Aman. Lelaki itu mendakwa suami saya ditahan polis kerana kesalahan dadah dan meminta RM1 juta untuk membebaskannya, katanya.

Selain dua panggilan itu, Usharani yang tiba dari Chennai, India, kelmarin berkata, beliau turut menerima satu lagi panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Inspektor Muru dari Bukit Aman, juga meminta wang daripadanya untuk membebaskan suaminya.

Usharani berkata, beliau menyerahkan kedua-dua rakaman itu kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) di Bukit Aman, hari ini.

Ketika ditanya polis mengklasifikasikan kes kehilangan suaminya sebagai bunuh, beliau berkata: Saya tak percaya suami saya sudah mati, walaupun polis katakan demikian.

Berita Harian sebelum ini melaporkan Usharani yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa Muthuraja tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya, iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Bagaimanapun, sejak 19 Januari lalu, beliau gagal menghubungi suaminya.

Selepas lapan bulan tidak mendapat berita mengenai suaminya, Usharani datang ke Malaysia pada 8 September lalu dan membuat laporan polis di Banting. Dalam laporannya, beliau memaklumkan suaminya pernah menyebut dia dibawa ke sebuah ladang milik peguam berkenaan.

Kelmarin, polis mengesahkan Muthuraja turut dibunuh dan siasatan kini dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muthuraja yang menjalankan perniagaan hartanah, restoran, kewangan dan barang kemas dipercayai ada hubungan perniagaan dengan suspek dan adiknya sejak 10 tahun lalu.

Melayu hilang kuasa; Ambil iktibar Kerajaan Ir Nizar di Perak: Tun Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa mereka akan kehilangan kuasa dan ‘suara’ jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Kata beliau, ia terbukti sewaktu Perak diperintah pakatan pembangkang selepas pilihan raya umum lalu apabila DAP lebih berkuasa di negeri itu walaupun Menteri Besar daripada Pas.

“Kita lihat (Datuk Seri) Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak, walaupun dia Menteri Besar tapi dia ikut arahan DAP sehingga (pakatan pembangkang) jatuh. Orang Cina mendakwa ini adalah usaha BN menjatuhkan kerajaan Cina.

“Jadi mereka panggil kerajaan Cina, tak mungkin kita juga akan dapat Perdana Menteri yang semacam Nizar, namanya Melayu, agama Islam tetapi dia bukan sebenarnya bebas, dia adalah alat pada orang lain dan ini boleh berlaku,” katanya.

Beliau yang juga bekas Presiden UMNO berkata demikian dalam wawancara khas dipetik daripada laman web www.umno-online.com yang disiarkan hari ini.

Dr. Mahathir menambah, walaupun Nizar yang mewakili Pas ketika memerintah Perak seolah-olah memperjuangkan Islam, parti itu sebenarnya menggunakan Islam sebagai alat untuk mendapat sokongan.

Sementara itu menurutnya, jawatan sebagai Perdana Menteri di negara ini bukan ‘dikhaskan’ buat orang Melayu atau beragama Islam sahaja sebaliknya ia tertakluk kepada sokongan rakyat ke atas seseorang pemimpin.

“Tidak ada sekatan dalam undang-undang negara, dalam kita punya Perlembagaan tiada yang menghalang orang Cina atau India jadi Perdana Menteri, apa yang perlu sokongan dari majoriti, kalau majoriti dah setuju, kita tak boleh buat apa-apa.” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, beliau turut mengkritik hala tuju parti pembangkang lain seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana dilihat tidak ikhlas memperjuangkan kemahuan rakyat selain hanya mahu merampas tampuk pemerintahan daripada BN.

Sebagai contoh, katanya, PKR wujud bukan kerana mahu menuntut keadilan buat rakyat di negara ini tetapi sebagai platform merealisasikan cita-cita seorang pemimpinnya yang berhasrat menjadi Perdana Menteri.

“Trend itu tidak lagi menjadi tumpuan, tetapi kepada apa saya dapat, apa kau dapat, lebih kepada peribadi. Itulah terbentuknya keadilan, keadilan itu nama sahaja. Tubuh PKR seolah-olah negara ini tidak ada keadilan,” jelasnya.

Thursday, September 23, 2010

Nurul Izzah Anwar Presiden PKR Menunggu

Pertandingan merebut empat jawatan naib presiden PKR bertambah sengit apabila dua ahli parlimen parti itu mernawarkan diri. Mereka adalah Nurul Izzah Anwar dan N Gobalakrisnan.

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang sebelum ini teragak-agak bagi bertanding jawatan kanan dalam PKR mengubah keputusannya setelah mendapat lapan pencalonan untuk jawatan naib presiden.

Turut mengintai jawatan yang sama adalah ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang sebelum ini tewas dalam dua kali percubaannya itu.

Gobalakrishnan yang mengumumkan hasratnya untuk mencuba buat kali ketiga berkata keputusannya bertujuan memecah 'kelompok-kelompok' di parti itu.

Sambil menyeru, ahli parti agar tidak memilih secara kelompok, Gobalakrishnan berkata pemimpin atasan PKR harus juga merangkumi perwakilan masyarakat India agar “suara kaum India didengar”.

“Ini percubaan kali ketiga saya bagi bertanding jawatan naib presiden. Hanya kerana saya bukan dalam pasukan Azmin, saya tidak menang ,” katanya merujuk kepada naib presiden PKR Mohd Azmin Ali yng dikatakan mempunyai pengaruh luas di kalangan ahli akar umbi dan pada pemilihan kali ini akan bertanding kerusi timbalan presiden.

Gobalakrishnan juga mendakwa beliau terlihat satu senarai khusus yang mencadangkan kepada ahli, pemimpin yang perlu dicadangkan dan dipilih.

“Saya tidak tahu dari mana datangnya senarai itu. Muingkin ia perbuatan sabaotaj oleh musuh di luar parti.

"Tetapi saya berharap ahli akan menolak panduan yang mengelirukan seumpama itu.

“Ahli sepatutnya memilih pemimpin yang mereka yakini dapat membantu parti dan komited terhadap reformasi,” katanya.

Setakat ini, 15 pemimpin telah layak bertanding jawatan naib presiden PKR setelah mendapat pencalon yang mencukupi.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata keputusan sama ada beliau akan bertanding atau tidak jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dibuat selepas 3 Okt ini, iaitu setelah semua cabang parti itu selesai bermesyuarat.

"Saya belum tahu lagi, pencalonan mesti sekurang-kurangnya dua. Saya akan umumkan nanti," katanya.

Abdul Khalid yang setakat ini menerima satu pencalonan bagi jawatan tersebut ditanya sama ada akan turut berentap bersama Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim yang telah mengumumkan hasrat masing-masing untuk merebut kerusi nombor dua parti, pada pemilihan yang dijadual November ini.

Azmin yang juga Naib Presiden PKR kini memperolehi 43 pencalonan, manakala Zaid yang merupakan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menerima 21 pencalonan.

Turut dicalonkan untuk jawatan tersebut ialah seorang lagi Naib Presiden parti Mustafa Kamil Ayub dengan 10 pencalonan, Pengarah Strategik parti Tian Chua (dua pencalonan) dan ahli parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang mendapat satu pencalonan.

Pihak pengurusan parti itu menetapkan 10 Okt ini sebagai tarikh akhir untuk mereka yang bakal bertanding menerima pencalonan daripada setiap cabang.

Seandainya Nurul dipilih sesebagai salah seorang Naib Presiden, maka sahlah keinginan bapanya (Anwar Ibrahim) bahawa pewarisnya dalam polilik adalah Nurul Izzah.

Pembunuhan Sosilawati: Ada kah isu lain terlupakan?

Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya terus mendapat liputan meluas media samada elektronik atau cetak. Sememangnya ia adalah kisah yang tragis, kejam yang amat mengeri dan menggerunkan. Tergamak seseorang yang tubuh badan dan gerak gerinya seperti manusia bertindak sekejam itu malah lebih kejam dari haiwan ganas.

Kisah tragis ini terus menenggelamkan isu-isu lain yang sedang menghambat rakyat Malaysia. Bagi saya apa yang penting rakyat harus peka dengan apa juga isu yang berlaku di sekeliling kita. Otak kita mesti sentiasa ligat berfikir dan membuat analisis tentang apa juga isu, jangan terima bulat-bulat apa yang dihamburkan oleh media, fikirkan sumber dan maklumatnya samada tepat atau meragukan.

Kita bimbang di saat semua orang berfikir tentang isu ini, akan ada isu-isu lain yang menggugatkan maruah, kedaulatan agama, bangsa dan negara yang kita tidak tangani kerana terlalu asyik fokus kepada sesuatu isu. Akhirnya setelah semuanya selesai kita berputih mata, baru kita sedar akan peri pentingnya sesuatu isu itu ditangani dan dibela.

Rakyat mesti mengkaji dan meneliti apa juga isu dan info yang diperolehi agar kita semua sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah dari sekelian hamba dan makhluknya yang berniat jahat serta sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri/nafsu mereka.

Terdapat juga keadaan di mana di saat adanya isu-isu besar seperti ini, ada pihak menangguk di air keruh untuk membuat onar sehingga rakyat tidak sedar akan perkara yang dilakukan pihak-pihaktersebut merugikan rakyat. Oleh kerana mata, telinga dan minda asyik tertumpu kepada isu-isu hangat mereka terlupa bahawa mereka akan di'jual' tanpa mereka sedar..........

Satu lagi kes rogol anak sendiri di Kelantan

KOTA BHARU – “Perlakuan kamu yang tidak berasa apa-apa apabila melakukan persetubuhan terhadap anak sendiri sama seperti kambing dan lembu,” kata Hakim Zainal L. Salleh ketika menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 35 tahun di Mahkamah Sesyen, petang semalam.

Tertuduh, Mohd Hanafi Yaakub, yang bekerja sebagai seorang buruh dijatuhi hukuman penjara 20 tahun mulai tarikh hukuman dijatuhkan semalam dan 20 sebatan selepas didapati bersalah merogol remaja berusia 15 tahun yang juga anak gadisnya.

Tertuduh yang berasal dari Kampung Air Merah, Batu Gajah, Tanah Merah didapati melakukan kesalahan itu terhadap mangsa di bilik rumahnya di Tanah Merah itu pada jam 6 petang, 28 Februari dan 6.40 petang, 10 April tahun lalu.

Hakim Zainal dalam penghakimannya menegaskan perlakuan sumbang mahram yang dilakukan tertuduh sebagai sangat menjijikkan dan satu kesalahan serius yang perlu diambil kira ketika menjatuhkan hukuman supaya memberi kesedaran kepada tertuduh dan masyarakat.

“Melihat kepada keadaan kamu hari ini, (semalam) kamu tidak menampakkan rasa bersalah malah masih boleh tersenyum serta tidak menyesal terhadap perbuatan kamu.

“Hukuman yang dikenakan perlu dapat beri pengajaran dan menyampaikan mesej kepada kamu sendiri dan masyarakat supaya mereka tidak terjebak dalam kesalahan sama,” katanya.

Beliau bersetuju dengan hujan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nooriah Osman bahawa kesalahan tertuduh amat serius pengakuan salah yang dibuat tidak dapat memberi kelebihan kepada tertuduh.

Nooriah dalam hujahnya berkata, kesalahan di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan adalah serius kerana boleh dipenjara antara lapan hingga 30 tahun dan sebatan tidak melebihi 10 rotan.

Menurutnya, tertuduh didapati bersalah terhadap dua pertuduhan merogol anaknya sendiri yang berusia 15 tahun ketika kejadian.

“Notis kes sumbang mahram semakin meningkat dan sering dilaporkan media lebih-lebih lagi tertuduh yang sepatutnya memberi perlindungan kepada anaknya sendiri dan bukannya diperlakukan anak itu sewenang-wenangnya,” katanya.

Mengakhiri hujahnya Nooriah berkata, pihaknya memohon kepada mahkamah supaya hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh, berjalan berasingan untuk mencerminkan bertapa beratnya kesalahan yang dilakukan itu.

Mohd Hanafi tidak diwakili mana-mana peguam bela.div>

Pembunuhan Sosilawati: Polis menyiasat kemungkinan Sosilawati juga dirogol.

Lapan suspek lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan kes kehilangan ahli perniagaan India, termasuk dua beradik peguam diambil sampel darah dan air mani bagi ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Difahamkan, sampel air mani diambil bagi menyiasat maklumat baru kemungkinan salah seorang mangsa turut dirogol.

Dalam pada itu, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah, berkata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sudah memberi beberapa arahan baru untuk disiasat polis.

Peguam Negara juga meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek yang ditangkap (berhubung pembunuhan Sosilawati dan tiga rakannya).

Polis menyerahkan kertas siasatan mereka kepada Jabatan Peguam Negara pada 21 September lalu, dan Peguam Negara mendapati ada banyak lagi perlu dibuat siasatan lanjut. Kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis pada hari sama, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Putrajaya, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin mengesahkan sudah menerima kembali kertas siasatan awal itu daripada Jabatan Peguam Negara dan menyifatkannya sebagai prosedur biasa bagi memperkukuhkan siasatan kes.

Sementara itu, difahamkan pengambilan sampel semua suspek itu adalah yang kedua selepas kali pertama, minggu lalu berikutan ada penemuan beberapa petunjuk baru dalam siasatan kes berkenaan.

Polis menemui beberapa bukti dan maklumat baru sepanjang proses siasatan, di mana penemuan itu memerlukan pengambilan sampel darah dan air mani suspek. Ini bertujuan melengkapkan kertas siasatan seperti diarahkan Peguam Negara, katanya.

Kelapan-lapan suspek lelaki terbabit, iaitu enam berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan dua lagi berhubung kehilangan ahli perniagaan India, Muthuraja Allal Kanthan tiba di Jabatan Patologi HKL kira-kira jam 3 petang, menaiki empat kenderaan berasingan dengan kawalan ketat pasukan khas yang mengendalikan kes itu.

Proses ini berlangsung selama dua jam sebelum suspek dihantar semula ke Pusat Tahanan Sementara di Bukit Jalil kira-kira jam 5 petang, katanya.

Sosilawati, 47, yang juga pengasas produk kecantikan, Nouvelle Visages, dibunuh kejam bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan perunding kewangannya, Noorhisham Mohammad, 38, di sebuah ladang persendirian di Morib, Banting pada 30 Ogos lalu.

Semua mangsa dilaporkan diikat, dipukul dan ditikam sampai mati sebelum mayat dibakar serta abu mereka dibuang ke beberapa sungai berhampiran.

Berikutan itu, polis menahan lapan suspek berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Turut ditahan dua suspek lelaki berusia 30 dan 34 tahun berhubung siasatan kes kehilangan saudagar batu permata, Muthuraja, 34, dari Chennai, India pada 18 Januari lalu, yang dipercayai turut mempunyai kaitan dengan kes Sosilawati

Pembunuhan Sosilawati: Kertas Siastan belum lengkap; Tahanan Reman suspek dilanjut

Tempoh tahanan reman lima suspek yang disyaki terlibat dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain disambung untuk seminggu lagi mulai hari ini.

Majistret Ahmad Shakin Ismail membenarkan lanjutan tahanan reman ke atas kelima-lima lelaki yang berumur antara 20-an hingga 30-an yang berakhir hari ini itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu.

Perintah dikeluarkan Ahmad Shakin itu dibuat di Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil di Kuala Lumpur, iaitu tempat semua suspek terbabit ditahan.

Ini merupakan kali ketiga tempoh tahanan reman mereka dilanjutkan.

Sementara itu, tempoh tahanan reman tiga lagi termasuk dua peguam adik beradik yang dipercayai suspek utama pembunuhan akan berakhir pada Sabtu ini.

Kelmarin, Peguam Negara mengembalikan semula kertas siasatan kes pembunuhan berkenaan kepada polis kerana berpendapat siasatan lanjut perlu dijalankan.

Beberapa arahan baru turut diberikan kepada polis termasuk meminta polis menyiasat lanjut kes-kes lain yang mempunyai kaitan dengan suspek pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain itu.

Sosilawati, 47, bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.

Pada 13 Sept lalu polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.

Azmin Ali Yakin Menang No.2 PKR

Azmin Ali yakin akan menang jawtan Timblan Presiden PKR. Keyakinan itu bukan sahaja bersandar kepada jumlah pencalon yang diterimanya setakat ini, tetapi sokongan kuat daripada Anwar memantapkan lagi keyakinnnya.

Dalam pada itu, dalam nada yang yakin Naib Presiden PKR Azmin Ali memberi jaminan sekiranya beliau menang dalam pertandingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu, akan masih ada tempat dalam parti untuk pesaing utamanya Datuk Zaid Ibrahim.

Menurut Azmin, ini kerana PKR merupakan sebuah parti yagn sentiasa memberikan ruang kepada semua orang, termasuk anggota baru seperti bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

"Beliau juga ada kekuatannya utuk membantu parti.

"Percayalah, sekiranya saya diterima oleh anggota (PKR) sebagai timbalan presiden, Datuk Zaid juga akan diberikan peranan penting untuk meneruskan khidmat beliau dalam PKR, untuk mengukuhkan parti, (dan) menyediakan parti untuk menyertai pilihan raya yang akan datang," katanya.

Dalam pemilihan PKR hujung tahun ini, Azmin sebagai calon popular untuk jawatan timbalan presiden dijangka bakal ditentang hebat Zaid sebagai pencabar utama.

Setelah 78 cabang bermesyuarat setakat ini, Azmin mendahului dengan 43 pencalonan, Zaid mendapat 21 pencalonan, manakala seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub pula mendapat 10 pencalonan.

Walau bagaimanapun Azmin belum dapat memutuskan peranan apa yang akan diberikan kepada Zaid Ibrahim. "Kalau saya putuskan (sendiri), sahlah presiden itu boneka. Saya tidak boleh buat keputusan secara peribadi, memang tidak pernah kita buat keputusan sendiri dalam parti," katanya.

Selama ini pun, tambahnya, bukan saja Zaid, terdapat juga pemimpin lain diberikan peranan penting dalam PKR seperti bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng yang dilantik sebagai anggota biro politik selepas menyertai parti itu.

Kasino! Sabah mungkin ikut jejak Pahang

Dakwaan Anwar Ibrahim bahawa Sabah mungkin akan dibangunkan pusat perjudian berbentuk kasino semakin kencang.

Di Bursa Sahama Kuala Lumpur, saham Karambunai Corp Berhad yang dikaitkan dengan pembangunan pusat perjudian tersebut mendadak naik. Dilaporkan bahawa saham Karambuni Corp telah naik 45% kepada 8 sen semalam.

Walaupun belum ada pengumuman mengenai pembangunan pusat perjudian tersebut daripada kerajaan, namun desas desus mengenainya telah lama bertiup.

Pembangunan pusat perjudian tersebut ada kaitan dengan plan tindakan ekonomi negara yang akan dibentang oleh Perdana Menteri selaku menteri kewangan.

Sabah sebenarnya terkenal dengan pusat perjudian Slot. Jumlah kelab-kelab slot di negeri tersebut cukup banyak. Di kawasan Kota Kinabalu sahaja lebih 30 kelab slot mesin berpoerasi. Setiap kelab mempunyai 10 slot. Anggaran putaran wang setiap kelab adalah antara 300-500 ribu sehari. Jika 30 kelab, maka wang yang perpusing-pusing di kelab-kelab tersebut antara 9-15 juta ringgit sehari.

Akan terlaksana kah pembinaan pusat perjudian di Sabah, semuanya tergantung kepada kerajaan negeri, apa kah mereka sanggup tunduk kepada "desakan" pengaut-pengaut keuntungan, tanpa memikirkan akibat kepada kebajikan sosial penduduk negeri tersebut.

Pada masa ini pun, akibat kewujudan kelab-kelab slot di Sabah, telah ramai yang terjebak dengan kegiatan-kegiatan ceti haram, semata-mata untuk memenuhi "kegemaran" berjudi.

Tuesday, September 21, 2010

Dakwaan Nazri Aziz terhadap saya hanya "serangan emosi": Ibrahim Ali

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mendakwa tuduhan “perkauman sempit” yang digariskan Datuk Seri Nazri Aziz dalam surat terbukanya semalam adalah serangan emosi sekadar untuk menjawab dan “tak cukup modal” untuk memburukkan peribadinya.

Bagaimanapun kata Ibrahim, beliau tidak berhajat untuk menjawab serangan itu yang disifatkannya sebagai “bodoh”.

Kata Ibrahim surat terbuka Nazri itu sangat melucukan kerana kononnya beliau seorang yang mengamalkan perkauman sempit, bukan ahli Umno dan peranannya mengurangkan undi untuk Umno.

“Memang benar saya bukan ahli Umno, cuma bekas ketua Pemuda bahagian dua penggal, 11 tahun ketua bahagian, dua penggal exco Pemuda Umno pusat selain dikenakan ISA ketika Operasi Lalang kerana tak lari keluar negeri macam yang lain.

“Dan, enam tahun dalam Majlis Tertinggi dan digugurkan dari menjadi ketua penaja bahagian tanpa sebab macam ISA tanpa bicara,” kata Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Ibrahim juga menafikan Perkasa telah mengakibatkan BN kehilangan undi dengan menyoal “bila saya mengurangkan undi Umno dan BN”.

“Perkasa ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-12,” kata Ibrahim sambil menambah, sekadar ukuran persepsi belum tentu betul.

“Tapi (pilihan raya kecil kerusi DUN) Manek Urai dan (kerusi Parlimen) Hulu Selangor (akan) memberitahu, bagi yang tahu, tahulah.

“Tapi apapun Nazri memang orang hebat, bakar tak hangus, bijak bistari dan tokoh dunia. Jangan marah ya... saya tahu kamu, kamu tahu saya. Saya orang kecil sahaja,” kata beliau dalam ‘nada’ menyindir.

Dalam surat terbukanya menjawab tuduhan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia terbitan Kumpulan Utusan semalam, Nazri berkata, beliau sentiasa tahu siapa ketuanya dan mahu Awang mengetahui bahawa “saya sentiasa tahu siapa ketua saya”.

“Ia buka Kit Siang ataupun Anwar kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno. Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno.”

“Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya,” kata Nazri.

Kata beliau, bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana sepertinya mereka juga dipilih oleh rakyat.

“Sudah tentu Awang terperangkap dalam peredaran waktu masa-masa lalu di mana ahli-ahli Parlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan mereka bersama, malah membenci mereka dalam kebanyakan masa.

“Awang tidak akan faham perkara ini kerana dia bukan seorang ahli Parlimen yang dipilih, diletakkan di Dewan menerusi suara rakyat.

“Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Meneri Hal Ehwal Parlimen,” katanya.

Menurut Nazri, “bilangan mereka yang melompat untuk menyertai kokus bebas telah mengatasi satu-satunya wakil rakyat tunggal dari kawasan Pasir Mas, hero orang Melayu yang diagung-agungkan oleh Awang.”

“Umno tidak pernah meminta ataupun memerlukan Ibrahim untuk membantu kami, tetapi kerjasama dengan dia hanya akan menyebabkan kami kehilangan undi,” kata Nazri lagi.

Pembunuhan Sosilawati: Mangsa minta suspek percepat bayaran

Datuk Sosilawati Lawiya pernah meminta suspek utama kes pembunuhannya, yang juga rakan kongsi dalam pembelian tanah di Batu Feringgi, Pulau Pinang mempercepatkan bayaran hasil jualan tanah itu untuk persediaan Aidilfitri, termasuk pemberian sagu hati kepada kakitangan syarikatnya.

Mangsa dikatakan sudah lama menunggu bayaran tetapi dikatakan dilengahkan dengan alasan penjualan tanah itu masih pada peringkat mahkamah hingga menyukarkan proses tukar nama dilakukan.

Difahamkan, kira-kira seminggu sebelum kehilangannya pada 30 Ogos lalu, Sosilawati sibuk dengan urusan tanah itu dan kerap menghubungi suspek bertanyakan perkembangan bayaran selepas ia dijual kepada seorang ahli perniagaan dari Selangor.

Sumber rapat dengan Sosilawati berkata, dalam setiap perbualan dengan suspek, mangsa meminta bayarannya dipercepatkan, lebih-lebih lagi selepas mengetahui pembeli sudah membayar wang pendahuluan 10 peratus daripada harga jualan tanah berkenaan yang dikatakan mencecah RM29 juta.

Beliau memang ada melabur dalam emas... itu pelaburan jangka panjangnya. Ia tiada kaitan langsung dengan kes ini. Cerita Wati bawa jongkong emas, wang tunai RM4 juta ketika hilang di Banting, itu semua cerita karut. Beliau memang ke sana (Banting) untuk bersemuka dan berbincang dengan peguam itu berhubung urus niaga tanah di Batu Feringgi.

Wati turut memberitahu anaknya beliau ke Banting kerana ada urusan tanah. Namun, tujuan sebenar ke sana untuk mengambil bahagiannya iaitu sebahagian daripada hasil jualan tanah itu, katanya kepada Berita Harian.

Pada Mac 2008, Sosilawati bersama suspek dan dua lagi rakan kongsi mereka bergelar Datuk berkongsi modal RM2.5 juta bagi membeli sebidang tanah berharga RM25 juta di Batu Feringgi. Tahun lalu, tanah itu dijual pada harga RM29 juta dan keuntungan RM4 juta sepatutnya dikongsi keempat-empat mereka.

Ia didedahkan sendiri oleh seorang rakan kongsi terbabit sambil memaklumkan tanah itu sudah dijual kepada ahli perniagaan dari Selangor dengan wang pendahuluan 10 peratus sudah dibayar, namun proses tukar nama tidak dapat dilakukan kerana menunggu proses mahkamah.

Wati memang selalu turun naik Banting sebelum ini tetapi saya tidak pasti apa tujuannya, namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan urus niaga tanah, lebih-lebih lagi suspek mempunyai pejabat di sana, katanya.

Sumber juga tidak menolak kemungkinan Sosilawati sudah diberikan cek pada pertemuannya dengan suspek sebelum kehilangannya, namun tidak dapat dipastikan jumlahnya.

Khairy mahu jadi juara menentang Perkasa

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin memberi amaran kepada Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan membela orang Melayu itu tiada hak untuk menentukan hala tuju perjuangan Umno ataupun mendesak membuang mana-mana pemimpin yang mereka tidak suka.

Khairy, salah seorang daripada beberapa pemimpin Umno yang secara konsisten mendesak agar parti itu menjauhkan diri daripada Perkasa mengulangi pendirian beliau tentang keperluan untuk beralih daripada ‘kebergantungan’ pada pertubuhan bukan kerajaan itu.

“Pendirian saya dalam isu ini sangat jelas dan tidak berubah. Umno tidak harus mempunyai sebarang kaitan dengan Perkasa,” kata Khairy kepada The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Rembau ini enggan mengulas dakwaan berubahnya pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dalam isu berkaitan dengan keperluan menjauhkan diri daripada Perkasa.

“Mereka (Perkasa) terus-menerus berkata bahawa mereka tiada apa-apa motif politik, jadi mengapa mereka harus mengugut parti-parti politik, parti komponen terbesar (Umno) dalam kerajaan (BN) yang memerintah?

“Mengapa menggesa agar Presiden Umno memecat Ku Nan (Tengku Adnan)? Ku nan adalah pemimpin kanan parti dengan mempunyai rekod prestasi yang baik. Mengapa minta ketua Umno menyingkirkan setiausaha agung?” katanya.

Tengku Adnan juga merupakan Setiausaha Agung BN.

“Jika anda konsisten dengan pendirian anda, tak mengapa. Tetapi anda terus meniupkan retorik ekstremisme apabila anda mengikat kerjasama dengan beberapa pemimpin Umno... anda sebenarnya menyusahkan perdana menteri,” kata Khairy yang juga Ketua Pemuda BN.

Beliau memberi amaran kepada kumpulan itu agar berhenti daripada mempengaruhi Umno dari segi arah tuju parti.

“NGO tiada hak atau kedudukan politik untuk berbuat demikian,” katanya.

“Berhenti daripada mengatakan kami apa yang kami perlu lakukan dalam menentukan hala tuju politik kami. Saya akan terus dengan pendirian saya,” kata Khairy.

Semalam, Perkasa melahirkan pandangan agar Najib mempertimbangkan untuk memecat Tengku Adnan daripada jawatan setiausaha agung Umno dan BN.

Dalam gesaannya, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang mendakwa Presidennya Datuk Ibrahim Ali sudah tentu telah memecat beliau jika membuat kenyataan yang menjatuhkan imej badan berusia dua tahun itu.

“Saya setiausaha agung agung Perkasa kalau buat kenyataan menyusahkan Perkasa, sudah tentu Presiden saya Datuk Ibrahim Ali akan pecat saya serta-merta.

“Tak tahulah Presiden Umno (Datuk Seri Najib Razak) kalau dia masih nak simpan setiausaha agung macam ini,” kata Syed Hassan berpendapat kenyataan Tengku Adnan bahawa BN memutuskan untuk menjauhkan Perkasa bukan kecil telah menjejakan imej perikatan itu dan juga Umno.

Malah, semalam Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga mendesak Umno agar bekerjasama dengan Perkasa dan badan-badan bukan kerajaan Melayu lain yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.

Keputusan itu diambil oleh Dewan Tertinggi Penawar semalam di sebalik pandangan bahawa Umno dan BN harus menjauhkan diri daripada Perkasa jika tidak mahu sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 terhakis.

Presiden Penawar Tan Sri Adam Kadir berkata, pihaknya juga duka cita dengan kenyataan Tengku Adnan dan mahu beliau memohon maaf atau dipecat.

Sebelum ini, Perkasa dalam siri kenyataan berkontroversi membabitkan Khairy beberapa bulan lalu pernah meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno kerana menyokong pendirian rakan sejawatannya dari MCA dalam berkaitan soal biasiswa.

Dalam pada itu, beberapa pemimpin Umno menegaskan parti itu sebenarnya tidak tunduk kepada tuntutan-tuntutan Perkasa meskipun pemimpin-pemimoin kanannya memperlihatkan perubahan pendirian dalam isu kontroversi menjauhkan diri daripada Perkasa.

Pemimpin-pemimpin Umno menekankan bahawa parti itu sebenarnya beralih daripada Perkasa, meskipun Najib tidak secara terbuka memperlihatkan pendirian tidak memihak kepada pertubuhan itu.

Malah kata mereka, dasar-dasar Perdana Menteri adalah “inklusif” dan kerajaan persekutuan adalah berdasarkan merit dan menuju ke arah liberasi ekonomi.

“Tindakan-tindakan adalah berkesan daripada perkataan. Umno bukannya, saya mengulangi Umno tidak tunduk kepada tuntutan Perkasa dalam erti kata tindakan.

“Dalam tindakan, Perdana Menteri sebenarnya bergerak jauh daripada Perkasa.

“Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh pentadbiran semasa, menerusi konsep 1 Malaysia, dari segi liberalisasi ekonomi, tindakan ke arah sistem berasaskan merit, kesemua ini dan semua yang ditentang oleh Perkasa,” katanya.

“Umno, BN tidak memberi mereka (Perkasa) apa yang mereka mahukan,” kata Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Ketua Umno Pulai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa Najib selaku Presiden Umno tidak mengarahkan partinya menyisihkan diri daripada Perkasa sebab beliau tidak mahu mendiskriminasikan mana-mana parti ataupun NGO.

“Dalam kenyataan-kenyataan ya, kerana beliau mahukan sifat inklusif. Beliau tidak mahu mendiskriminasi mana-mana pihak atau organisasi,” kata Nur Jazlan.

Pengerusi UDA itu berkata tindakan Tengku Adnan “berubah pendirian” tidak bermaksud Umno sudah tunduk kepada tuntutan Perkasa.

“Berapa banyak yang Perkasa telah lakukan? Meskipun mereka telah menyebabkan pemimpin-pemimpin membetulkan kenyataan mereka, ia tidak digambarkan dalam tindakan kerajaan semasa.

“Perkasa tidak memperoleh apa yang mereka mahukan. Dalam tindakan, kami tidak mendengar apa yang mereka lakukan,” kata beliau.

“Perkasa, (Datuk) Ibrahim Ali tidak penting, tetapi mereka dijadikan penting dengan cara pemimpin kita dan media memberi respons kepada kenyataan-kenyataan mereka,” kata Nur Jazlan lagi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Saifuddin Abdullah mempertahankan pendirian Najib mengenai Perkasa dengan berkata, tidak kisah sama ada Perkasa menyokong Umno atau tidak setuju dengan Umno dalam isu-isu yang berkaitan dengan hak orang Melayu.

“Saya tidak menolak Perkasa. Tetapi bagi saya Umno perlu berubah dalam caranya memperjuangkan agenda orang Melayu.

“Ia perlu mencari cara baru. Saya tidak membangkang mereka, tetapi Perkasa menggunakan rangka kerja lama dalam mengetengahkan isu orang Melayu, Perkasa mewakili cara pemikiran lama, dan kami di Umno perlu merangka pendekatan baru.

“Jika Perkasa menyokong kami, OK. Jika tidak pun OK,” kata Ahli Parlimen Temerloh ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi ini menambah Umno perlu melihat kumpulan pendesak Melayu sebagai satu cabaran, dan parti memerlukan “bahasa politik yang baru” apabila menangani isu-isu berkaitan dengan hak orang Melayu, yang boleh diterima oleh bukan Melayu, tanpa dilihat sebagai rasis atau ketuanan Melayu.

14-15 Oktober 2010 kes sodomy II Anwar disambung

Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini, yang akan diteruskan pada 14 dan 15 Okt akan menyaksikan pasukan pembelaan membuat pemeriksaan balas ke atas seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga menetapkan 25 hingga 29 Okt, 22 hingga 26 Nov dan 6 hingga 10 Dis bagi meneruskan perbicaraan seperti yang dipersetujui kedua-dua pihak dalam sebutan kes pada Selasa.

Pasukan pembelaan diketuai peguam Karpal Singh dijangka membuat pemeriksaan balas ke atas saksi kedua pendakwa, seorang pakar bedah HKL Dr Mohd Razali Ibrahim.

Beliau adalah di antara sepasukan doktor yang memeriksa, pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Saiful, 25, bekas pembantu peribadi Anwar, saksi utama dalam kes ini, telah memberikan testimoninya.

Anwar, 63, yang merupakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu peribadinya yang berusia 25 tahun, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Kesiksaan dan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, seorang daripada peguam Anwar, S.N.Nair memberitahu pemberita bahawa pihak pembelaan akan memfailkan satu rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan menolak rayuan Anwar untuk membatalkan pertuduhan liwat ke atas di Mahkamah Persekutuan, Selasa tengah hari.

Semasa menolak rayuan Anwar, tiga panel hakim Mahkamah Rayuan itu menetapkan bahawa permohonan Anwar dibuat ketika perbicaraan sedang dijalankan dan oleh itu ia tidak boleh dirayu.

Monday, September 20, 2010

Nazri Aziz sindir siapa???

“saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?”

Ini ayat di baris terakhir dalam surat terbuka Nazri Aziz, Menteri di JPM yang mengecam Awang Selamat dan Utusan. Ia disiarkan melalui Malaysian Insider (sini).

Nampak gayanya Nazri terus mengambil sikap menyondol membabi buta dalam politik tanpa memikirkan mengenai untung nasib dan perasaan bangsa Melayu.

Penulis berpandangan, sekiranya beliau sekadar menyatakan dirinya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru orang Melayu, itu tiada masalah kerana ia adalah pandangan peribadinya sebagai seorang individu.

Tetapi apabila beliau menambah dengan menyebut “Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?” ia sebenarnya tidak lebih dari mengambil sikap untuk menyindir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin.

Ini kerana Tan Sri Muhyiddin sebelum ini dengan tegas dan berani menyatakan beliau melihat dirinya sebagai Melayu terlebih dahulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia. Baca sini 

Walaupun surat terbuka berkenaan sebenarnya ingin mengentam Awang Selamat dan Utusan namun penulis melihat tindakannya ini akan menambah kebencian orang Melayu kepada beliau secara khususnya dan UMNO secara umumnya.

Ini kerana Nazri turut sekepala dengan Ketua Pemuda UMNO yang menghentam Utusan sebagai lupa diri dan tidak kenal tuannya kerana memaparkan perjuangan Perkasa yang membela hak-hak orang Melayu (sini).

Penulis turut merasa hairan mengapa Nazri memilih untuk memuatkan surat terbuka beliau melalui Malaysian Insider, sebuah portal berita yang diketahui sebagai pro-pembangkang? Mengapa ia tidak diberikan  saja kepada BERNAMA? Adakah Nazri juga mempunyai kepentingan politik di sebalik kewujudan Malaysian Insider?..

Akhir sekali, penulis mencadangkan agar PM menimbangkan semula Nazri untuk berada di bawah payung UMNO agar supaya UMNO dapat memastikan semua wakil rakyatnya melihat diri mereka sebagai Melayu dulu dan pada masa yang sama sebagai rakyat Malaysia!

Itu baru betul UMNO berada di landasan perjuangannya, sama seperti mula-mula penubuhannya pada tahun 1946 dulu! Hidup Melayu! Tulisan asal

Umno-Perkasa patut berkerjasama: PENAWAR

Pertubuhan Mantan Wakil Rakyat Umno (Penawar) mendesak Umno agar bekerjasama dengan Perkasa dan badan-badan bukan kerajaan Melayu lain yang memperjuangkan hak Melayu dan Bumiputera.

Keputusan itu diambil oleh Dewan Tertinggi Penawar hari ini di sebalik pandangan bahawa Umno dan BN harus menjauhkan diri daripada Perkasa jika tidak mahu sokongan pengundi dalam pilihan raya umum ke-13 terhakis.

Presiden Penawar Tan Sri Adam Kadir berkata, pihaknya juga duka cita dengan kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung isu Perkasa baru-baru ini.

“Kami amat berdukacita dengan kenyataan dan sikap Datuk Seri Tengku Adnan selaku Setiausaha Agong Umno yang mengutuk Perkasa dan NGO Melayu sebagai rasis apabila mereka memperjuangkan dan mempertahankan hak orang Melayu dan Bumiputera,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Kata Adam, Dewan Tertingi Penawar juga menuntut beliau agar memohon maaf kepada Perkasa dan NGO-NGO Melayu.

“Sekiranya enggan berbuat demikian, kami menuntut supaya Umno memecat beliau sebagai Setiausaha Agung Umno,” kata Adam.

Terdahulu Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali juga menggesa Tengku Adnan dipecat.

Dalam reaksi kepada The Malaysian Insider, Tengku Adnan menafikan rakan-rakannya dari BN pernah mengambil keputusan awal bulan ini untuk menjauhkan diri daripada Perkasa atas alasan pertubuhan bukan kerajaan itu menghakis sokongan mereka.

Penafian beliau itu muncul sehari selepas kenyataan Datuk Seri Najib Razak, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, bahawa Umno tidak mahu mencetuskan konflik dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan meskipun pemimpin-pemimpin Umno termasuk beliau menolak Perkasa.

Lebih seminggu lalu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung BN dilaporkan bahawa rakan-rakannya dalam BN telah bersetuju bahawa menjauhkan perikatan itu daripada Perkasa adalah langkah terbaik untuk mengatasi sokongan bukan Melayu kepada BN yang didakwa semakin merosot.

Sokongan itu antara lain merosot kerana bukan Melayu melihat Umno menjalin kerjasama dengan Perkasa.

Tengku Adnan pernah menafikan Umno ada kerjasama dengan Perkasa ataupun menyokong perjuangan Perkasa.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider sebelum ini beliau juga memberitahu bahawa Umno tidak akan menyokong Perkasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Tengku Adnan menekankan bahawa BN tidak menjauhkan diri daripada Perkasa.

Jelas Tengku Adnan, beliau hanya memberitahu bahawa tindakan Perkasa sejak kebelakangan ini memperlekehkan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang dengan mensabotaj soal keharmonian kaum di kalagan komponen perikatan itu.

Tengku Adnan juga menekankan tentang apa yang dikatakan oleh Najib sambil berkata, Umno dan BN tidak harus menjauhkan diri daripada mana-mana NGO tetapi sewajarnya membimbing mereka dengan dasar-dasar BN.

Surat terbuka Nazri Aziz kepada Awang Selamat-Utusan

BUCHAREST, Sept 20 — Saya ada membaca komen Awang Selamat terhadap saya dalam kolumnya. Saya ingin membuat beberapa penjelasan supaya pembaca tidak menganggap apa yang dia tulis itu adalah betul.

Pertama, saya tidak pernah takut untuk dikritik oleh pembangkang. Saya mahu Awang datang ke Parlimen dan melihat dan mendengar dengan sendiri ucapan-ucapan yang menyakitkan hati dan serangan yang saya terima ketika saya mempertahankan kerajaan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan Perdana Menteri. Sepanjang tempoh 33 tahun pembabitan saya dalam politik, saya tidak terlepas daripada kritikan mana-mana pihak termasuk komen terbaru daripada Awang. Saya sendiri tidak tahu tentang Awang kerana saya tidak tahu siapa dia Awang. Saya harap dia juga seorang lelaki macam saya dan membuktikan bahawa dia tidak takut untuk berhadapan dengan kritikan dan bersembunyi di sebalik nama samaran yang dia gunakan.

Saya juga bukan anti Dr Mahathir. Bagi saya, setakat ini beliau adalah Perdana Menteri terbaik yang saya pernah berkhidmat. Bagaimanapun, sebagai seorang bekas Perdana Menteri juga ada banyak kekurangannya. Awang sewajarnya keluar daripada peredaran masa dan berhadapan dengan hakikat bahawa saya kini berada dalam kerajaan sebagai seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan bukan sebaliknya. Justeru, yang mengkritik kerajaan ialah Tun Mahathir dan bukan sebaliknya. Sudah tentu, sesiapa sahaja tanpa mengira siapa yang mengkritik kerajaan akan menerima serangan dalam tindakan saya mempertahankan kerajaan, sebagimana yang telah saya lakukan ketika Tun Mahathir dan Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri.

Dengan mengatakan begitu, saya mahu Awang mengetahui bahawa saya sentiasa tahu siapa ketua saya. Ia buka Kit Siang ataupun Anwar kerana mereka bukan Perdana Menteri Malaysia, Pengerusi BN ataupun Presiden Umno. Saya tidak pasti sama ada Awang tahu siapa ketuanya kerana dia memperkecilkan dasar 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri dan mempromosikan perkauman sempit Ibrahim Ali yang sememangnya bukan ahli Umno. Awang harus bertanya pada dirinya persoalan yang dia ajukan kepada saya.

Bersopan kepada pembangkang adalah tindkaan tepat untuk diambil dalam amalan demokrasi kerana seperti saya mereka juga dipilih oleh rakyat. Sudah tentu Awang terperangkap dalam peredaran waktu masa-masa lalu di mana ahli-ahli Parlimen kerajaan bukan sahaja tidak melibatkan mereka bersama, malah membenci mereka dalam kebanyakan masa. Awang tidak akan faham perkara ini kerana dia bukan seorang ahli Parlimen yang dipilih, diletakkan di Dewan menerusi suara rakyat. Awang tidak pernah terfikir bagaimana lima Ahli Parlimen PKR boleh melompat ke kumpulan anggota bebas kalau bukan kerana kesopanan yang diperlihatkan oleh saya kepada mereka selaku Meneri Hal Ehwal Parlimen. Bilangan mereka yang melompat untuk menyertai kokus bebas telah mengatasi satu-satunya wakil rakyat tunggal dari kawasan Pasir Mas, hero orang Melayu yang diagung-agungkan oleh Awang. Umno tidak pernah meminta ataupun memerlukan Ibrahim untuk membantu kami, tetapi kerjasama dengan dia hanya akan menyebabkan kami kehilangan undi. Tun Mahathir sendiri memberitahu kami bahawa beliau telah hilang 90 peratus undi di Kota Setar Selatan yang merupakan kerusi Parlimen majoritinya orang Melayu pada 1969 di tangan Yusof Rawa, di mana dilaporkan bahawa Tun mengatakan beliau tidak memerlukan undi orang Cina. Ini adalah perkara yang perlu dibelajari daripada peristiwa itu.

Sudah tentu, Awang tidak akan faham kerana dia bukan sahaja tidak pernah menawarkan dirinya sebagai calon pilihan raya, tetapi juga pembaca tidak tahu siapa dia sebenarnya. Ahli-ahli politik macam saya, yang telah bertanding empat pilihan raya dan yang telah menang, selalunya jelas dengan apa yang kami perkatakan dan tidak semberono macam Awang. Kita perlu menghimpunkan undi tanpa mengira kaum dan kami tidak duduk di zon selesa macam Awang. Dia boleh tulis dan mengatakan apa sahaja tanpa ada rasa tanggungjawab dan secara semberono dengan menyedari bahawa dia tidak akan dihukum oleh para pengundi.

Itu sebabnya mengapa Awang, jika anda bertanya apakah agenda saya, saya merasakan setiap budak sekolah akan tahu bahawa matlamatnya ialah mahu menang dalam pilihan raya umum akan datang dan Datuk Seri Najib kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia. Saya berharap Awang juga mempunyai agenda yang sama melainkan ketuanya adalah orang lain.

Akhirnya, saya mahu menasihatkan Awang agar berpegang pada apa yang dia lakukan dan tahu apa yang terbaik dan tidak mencampuri politik negara yang pengetahuannya jelas cetek dan sifar pengalaman. Dia harus memberi tumpuan untuk menaikkan edaran akhbarnya yang terus merosot. Kedudukan itu dengan sendiri menunjukkan prestasi dan standardnya yang rendah di mana Utusan terpaksa merujuk kepada laporan media alternatif elektronik baru sedangkan ia seharusnya bertindak sebaliknya. Itu yang sepatutnya menjadi KPI dan ukuran kejayan dia dalam bidang yang dia mendakwa dia mewakili. Saya punya sudah pasti iaitu memenangi kerusi Padang Rengas bagi BN dalam pilihan raya umum akan datang tanpa mengira sama ada saya menjadi calonnya ataupun tidak. Sehingga itu kita harus terus melihat.

Dan, bagi saya, saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?

Sunday, September 19, 2010

Apa Kaitan T. Murugiah dengan suspek utama pembunuh Datuk Sosilawati?

Berikutan penyiasatan kes bunuh dan bakar di Banting, timbul beberapa penemuan baru yang selama ini tidak disedari dan yang paling utama ialah penemuan beberapa kes orang hilang yang dikesan mempunyai kaitan dengan Dato'Pathmanabhan a/l Nalliannen, suspek utama pembunuhan serta beberapa kes pembunuhan bersiri yang juga mula dikaitkan dengan suspek.

Penemuan penemuan baru ini yang sebelumnya semacam terabai begitu sahaja mengejutkan banyak pihak dan sekaligus memberikan polis lebih banyak ruang untuk mendakwa suspek terbabit.

Terbaru; nyaris 3 Datuk daripada Selangor menjadi mangsa. Datuk terbabit telahpun membuat laporan di IPD Ulu Langat semalam.

Penemuan penemuan ini juga menunjukkan Dato' Pathmanabhan a/l Nalliannen merupakan penjenayah yang paling licik dan paling bahaya pernah beroperasi di Malaysia.

Suspek juga dikesan merupakan seorang broker yang berprofile tinggi dan multi nasional yang turut dikatkan dengan LTTE.Tetapi masih ada yang tertinggal kerana sehingga kini tidak timbul langsung nama VIP yang disebut di awal penyiasatan.

Apa yang dapat diperhatikan sekarang ialah penonjolan reputasi jenayah dato' peguam tersebut.

Dari penemuan yang didedahkan sehingga kini, dato' tersebut merupakan seorang penjenayah yang licik dan bahaya menipu mangsa dan kesemua hasil jenayah yang dikaitkan dengannya dinikmati oleh dato' tersebut tanpa adanya kelibat pihak lain.Itu apa yang didedahkan kepada umum sehingga kini.

Tidak langsung dikaitkan dengan mana mana VIP, tiada langsung disebut kemungkinan suspek hanya seorang "RUNNER" kepada mana mana VIP, sedangkan di awal penyiasatan sudahpun didedahkan kemungkinan itu.

Tiada juga penafian yang didengar sehingga kini.Namun beberapa keraguan dalam kes pembunuhan tetap kelihatan.Antaranya kenapa Datuk Sosilawati perlu berjumpa suspek untuk menguruskan penjualan tanah miliknya sedangkan beliau mempuyai peguamnya sendiri yang turut dibunuh?

Kalau suspek dijanjikan bayaran komisyen kerana berjaya mencari pembeli tanah milik mangsa, kenapa komisyen itu tidak dibayar melalui peguamnya saja?Apa perlu mangsa pergi ke Banting untuk bertemu dengan suspek.

Bukankah ini langkah luar biasa bagi seorang jutawan dan ahli perniagaan menguruskan urusniaganya?Atau mungkin ada sebab lain yang tidak dinyatakan atau didedahkan?

Begitu juga penglibatan seorang pegawai bank dari cawangan.Untuk apa pegawai bank turut serta dalam urusniaga yang tiada kaitan langsung dengan hubungan pelanggannya dengan mangsa dan kenapa pegawai bank itu pergi menyertai perundingan urusniaga di luar waktu pejabat?

Inilah antara keraguan yang masih belum terjawab dan keraguan lain ialah kenapa kereta mangsa mangsa yang dibunuh ditemui di tempat berlainan walaupun disebut bahawa mangsa pergi ke Banting dengan kereta masing masing?

Semakin kes ini disiasat semakin terdedah perlakuan jenayah yang sudah lama dilakukan suspek sedangkan sebelum ini kes kes tersebut semacam di "cold storage" atas alasan ketiadan clue, tetapi selepas pembunuhan kejam di Banting satu demi satu clue timbul.

Tujuan mungkin mahu menunjukkan kejam dan ganasnya suspek dan tiada siapa yang mengarahkannya.Tetapi semakin mahu ditunjukkan suspek dengan reputasi jenayahnya, semakin kuat tanda tanya penglibatan VIP tertentu dan motif pembunuhan yang melampaui urusan bisnes semata mata.

Pembunuhan pegawai bank yang meninggalkan anak yang masih kecil mungkin bukan kerana kebetulan beliau bersama Datuk Sosilawati tetapi sudah diputuskan oleh perancang atas sebab sebab yang lain dari urusniaga penjualan tanah semata mata.

Sementara itu ada desas-desus bahawa pihak polis telah melakukan pemeriksaan di pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T. Murugiah dan klinik milik isterinya. Apa kah hubungan suspek utama dengan Timbalan menteri tersebut?

Jumaat lepas, Murugiah telah membuat laporan polis berhubung satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengaitkan beliau dengan seorang peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati.

Murugiah sebelum itu memberitahu media bahawa suspek merupakan penyumbang utama hamper dan pelbagai barangan lain yang disampaikan beliau kepada masyarakat Orang Asli pada satu majlis di Banting pada 8 September lalu.

Sementara itu seorang rakan baik jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, ditemui mati tergantung dalam bilik tidur utama rumahnya di Taman Pauh Jaya, di Bukit Mertajam Pulau Pinang semalam.

Mayat Sarina Jaafar, 45, yang juga pengasas Kosmetik Aveer, ditemui jam 8.30 pagi oleh saudaranya yang bergegas ke kediaman itu selepas menerima panggilan telefon daripada wanita berkenaan. Ketika kejadian, mangsa berseorangan di rumah.

Difahamkan, kejadian itu mempunyai kaitan dengan tekanan, malah kematian Sosilawati juga dikatakan mengganggu perasaan ahli perniagaan terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT), Superintendan Mohan Singh, berkata pihaknya menerima panggilan dari seorang wanita mengenai kejadian itu dan bergegas ke kediaman Sarina, tetapi mendapati mayat sudah diturunkan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

“Laporan bedah siasat mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi Berita Minggu, semalam.

Sarina yang mempunyai empat anak berusia 16 hingga 24 tahun hasil perkahwinan pertamanya adalah usahawan kosmetik berjaya di negeri ini. Selepas bercerai dengan suami pertama, Sarina bernikah kali kedua lima tahun lalu.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Azrul Affendi Zakaria, 24, berkata beliau yang ketika itu berada di Kuala Lumpur hanya mengetahui mengenai kematian ibunya selepas dimaklumkan adik perempuannya lalu bergegas pulang dari ibu negara.

Beliau yang kali terakhir bertemu Allahyarham petang kelmarin, berkata ibunya mungkin letih bekerja dan mengalami tekanan.

“Kejadian yang membabitkan Datuk Sosilawati amat menyedihkan ibu saya berikutan mereka sangat rapat selepas berkawan lama dan sama-sama terbabit dalam perniagaan produk kecantikan,” katanya.

Blog Archive