Tuesday, August 31, 2010

2 September 2010; genap setahun sidang DUN Hotel Heritage anjuran Nizar

2 September tahun lalu, bandar raya Ipoh kecoh lagi. Dan sekali lagi kekecohan itu ditimbulkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak daripada pakatan pembangkang.

Puncanya hanya kerana mereka mahu mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mereka sendiri. Pada hal mahkamah telah memutuskan bahawa Barisan Nasional (BN) yang berhak memerintah negeri itu.

Maka untuk mendapat perhatian dan publisiti, ADUN pembangkang di negeri itu terpaksa "main wayang" dengan memanggil satu 'sidang DUN'. Tetapi daripada apa yang berlaku pada hari itu, termasuk insiden ADUN pembangkang terbabit bertengkar dengan polis semuanya seperti telah dirancang.

Skripnya seolah-olah telah diatur sejak awal lagi. Skrip wayang itu bermula dengan bekas speaker, S. Sivakumar memanggil sidang DUN haram itu. Kemudian para ADUN terbabit hadir pada hari yang ditetapkan dan berarak ke Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Di situ mereka dihalang oleh polis maka tercetuslah ketegangan antara pemimpin dan penyokong mereka dengan pihak polis. Setelah puas berdrama di jalan raya mereka menuju ke hotel di mana segala-galanya sudah disusun dan disediakan untuk mereka bermesyuarat.

Skripnya jelas. Hotel sudah tentu ditempah dari awal. Susun aturnya ala sidang DUN itu juga tentunya telah diarahkan dari awal. Tetapi untuk menunjukkan bahawa hasrat mereka itu dihalang, ADUN-ADUN pembangkang itu perlu juga berarak di jalan.

Apabila berarak sudah tentu polis akan bertindak. Dengan itu mereka akan mendapat publisiti yang diinginkan. Setelah sekian lama agak tenggelam, hari Rabu lalu mereka kembali mendapat publisiti di media. Dengan cara itu juga mereka dapat menunjukkan kononnya polis bertindak kasar. Malah polis didakwa telah menghalang mereka melaksanakan 'proses demokrasi'. Sedangkan mahkamah jelas memutuskan bahawa BN lebih berhak mentadbir Perak.

Nampaknya, undang-undang dan apa yang diputuskan oleh mahkamah tidak penting pada kumpulan ini. Pada mereka, yang paling penting ialah mencapai cita-cita peribadi dan mendapatkan publisiti murahan walau dengan apa cara sekalipun.

Tindakan ADUN Setiawan, Ngeh Koo Ham yang bertegang leher dengan polis juga seolah-olah telah dirancang. Kenapa perlu bertekak dengan polis kalau tempat bermesyuarat di hotel yang berhawa dingin telah siap ditempah? Untuk apa semua itu kalau bukan untuk publisiti murahan?

Untuk membolehkan mereka bermesyuarat di hotel itu sudah tentu ia perlu ditempah dari awal. Kalau sudah tempah dewan di hotel kenapa perlu lagi untuk berarak di jalan raya hingga mencetuskan ketegangan dengan pihak polis?

Tidakkah itu disengajakan? Tidakkah itu kekecohan yang dirancang dan disengajakan supaya mereka boleh mendakwa pihak polis kejam?

Inilah demokrasi yang didokong oleh kumpulan terbabit. Sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui pilihan raya yang sah, mereka sepatutnya menumpukan kepada usaha-usaha untuk membantu dan memajukan rakyat.

Inilah masanya untuk mereka membuktikan kepada penduduk yang diwakili bahawa mereka jauh lebih baik daripada wakil rakyat BN sebelum ini. Inilah juga masa untuk mereka membuktikan segala kata dan janji ketika kempen bahawa rakyat akan mendapat "pemimpin yang lebih baik".

Tetapi dengan wayang demi wayang dan lakonan demi lakonan, bilakah masanya mereka akan berbakti kepada rakyat? Kedudukan kumpulan yang berhak memerintah negeri sudah jelas.

Kini BN yang lebih berhak. Selain pakatan pembangkang kehilangan majoriti ekoran dua ADUN Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti itu, mahkamah juga membuat keputusan yang tidak memihak kepada mereka.

Sebagai pemimpin-pemimpin dan kumpulan yang selalu melaung-laungkan konsep demokrasi, sepatutnya hormatilah keputusan itu.

Apa yang mereka dapat daripada mesyuarat yang diadakan hari itu? Bolehkan keputusan atau usul yang kononnya dibangkit dan dibentangkan pada mesyuarat itu dilaksanakan? Jika tidak boleh, tidakkah itu namanya buang masa? Atau boleh dikatakan lakonan untuk mendapat perhatian dan tumpuan?

Sebelum ini mesyuarat yang diadakan di bawah pokok juga tidak memberikan apa-apa manfaat kepada rakyat. Hanya ADUN terbabit sahaja yang mendapat liputan meluas pihak media termasuk media antarabangsa.

Rakyat pula hanya mampu melihat dari jauh. Terpinga-pinga dengan apa yang terjadi. Nasib mereka tidak juga berubah. Wakil rakyat telah berubah daripada BN kepada pembangkang dengan harapan akan ada perubahan. Tetapi nasib mereka tetap sama. Sudahlah hasil mesyuarat sekadar masuk angin keluar asap.

Masalah yang berkaitan dengan rakyat tidak satu pun dibangkitkan. Sama ada ketika mesyuarat di bawah pokok mahupun yang di hotel itu. Isu yang dibangkitkan semuanya hanya berkenaan dengan hal untuk mengekalkan status quo ADUN-ADUN terbabit. Dalam lain perkataan, semuanya untuk kepentingan peribadi dan untuk mengisi tembolok sendiri.

Sampai ke tahap sanggup berlakon dan bersandiwara. Seperti kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: "Mahkamah sudah buat keputusan, desak macam mana pun tak jalan... ikut prinsip Perlembagaan, mahkamah dah tetapkan Menteri Besar dan kerajaan sah jadi apa lagi nak desak?"

Tentu ADUN pembangkang yang semuanya bijak-bijak itu faham akan keputusan mahkamah tersebut. Tetapi mungkin ada kumpulan rakyat yang tidak faham. Mereka seperti mahu menggunakan wayang ini untuk mengabui dan mempengaruhi rakyat supaya membenci BN.

Mungkin ada juga yang terhibur apabila melihat gelagat ADUN-ADUN terbabit. Setelah berpeluh-peluh dan kering air liur bertegang leher dengan pihak polis mereka dengan mudah bergerak ke hotel tersebut.

Jelas dan nyata tempat telah tersedia untuk mereka. Semuanya sudah disusun cantik termasuk gelas berisi air tersedia di atas meja. Setelah menyaksikan gelagat dan lakonan itu, terpulang kepada rakyat untuk menilai wakil rakyat mereka.

Dari situ boleh dinilai bentuk pemimpin yang macam mana yang dimahukan. Tepuk dada tanya selesa. Dulu orang selalu berkata, terlajak perahu boleh diundur. Tetapi orang zaman ini yang tersalah memangkah terpaksa tunggu lima tahun lagi untuk merubah.

Hadiah merdeka untuk Pakatan

Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010, Tan Sri Zainuddin Maidin yang lebih mesra dengan nama Zam melihat parti-parti pembangkang iaitu Pas, Dap dan PKR penuh dengan kepura-puraan dalam mengaplikasikan politik tanpa menunjukkan hal yang sebenar.

Beliau mendedahkan, semasa Tragedi 13 Mei 1969 Pas minta Allahyarhamm Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ‘merampas’ harta-harta orang Cina, manakala ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia Pas menyebelahi Indonesia supaya ‘mengambil’ Malaysia.

Jelaslah, katanya, pendirian dan tindakan Pas sendiri bertentangan dengan Islam.

“Kononnya Pas berteraskan Islam tetapi ketika UMNO mempromosikan unsur-unsur perpaduan kepada rakyat, Pas telah mengapi-apikan. Pas dulu mengapikan sehingga kata kita hendak bagi negara ini kepada orang Cina sewaktu zaman perikatan diwujudkan,” kata beliau di dalam temubual khas UMNO-online.com.

Di dalam pertemuan itu, beliau mengimbas semula sejarah, beliau memaklumkan bahawa Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman pernah memberitahu bahawa selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969, ada pemimpin Pas yang datang menemui beliau dengan menyuarakan bahawa inilah masanya untuk Melayu rampas semula harta-harta Cina.

“Tunku kata kita nak rampas kita sendiri tahukah berniaga, jadi mengapa kita nak rampas harta-harta mereka kerana mereka berusaha sendiri ke arah itu.

“Sikap-sikap yang tidak rasional begini terbukti sehinggakan semasa zaman konfrontasi orang-orang Pas inilah yang menyokong Indonesia malah kalau boleh mahu Indonesia ambil negara ini dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap,” jelasnya.

Tegas beliau, Pas adalah parti perkauman yang berasaskan ekstremisme kepada Islam.

“Kita dalam UMNO inilah yang menentang dan mewaraskan PAS, mendedahkan ketaksuban mereka dalam agama, kita dedahkan Nik Aziz yang mengatakan orang UMNO ini barua, kita dedahkan Mat Sabu menuduh Tun Mahathir itu gila, kita buat pendedahan Haji Hadi mengkafirkan orang UMNO yang siap dengan rakaman video.

“Selepas pendedahan ini, kita jadikan mereka lebih beradap dan bersopan. Mengapa sekarang ini mereka nak menuduh kita sebagai seorang yang bersifat perkauman sedangkan kita sudah biasa buat penyesuaian dengan kaum-kaum lain melalui gabungan perpaduan Cina, Melayu, India dan kaum-kaum lain dengan lebih besar,” tegasnya.

Beliau yang juga mantan Ketua Penerangan menyelar tindakan bertopengkan agama Pas sedangkan realitinya tidak demikian.

“Ini permainan politik mereka. Mana ada mahu laksanakan hukum hudud sedangkan seorang wanita yang bogel dan terdedah di khalayak walhal berjawatan Ahli Dewan Undangan Negeri telah diterima oleh Nik Aziz sebagai satu keharusan, skandal dan sebagainya.

“Bagaimana Pas boleh sesuaikan diri dengan aspek tidak bermoral begini?” soalnya.

Justeru katanya, UMNO bukan baru hari ini percaya kepada liberalisme, tapi telah bersifat liberal dari awal lagi.

“Macam Dap yang kononnya mahu jadi PAP Singapura pun tak jadi juga kerana PAP akan mengambil tindakan terhadap mana-mana ahlinya yang terlibat dalam salah laku moral.

“Menterinya yang terlibat akan dibuang dan jika diketahui rasuah ada yang belum bicara lagi sudah bunuh diri. Bagaimana pula dengan Dap?”

Berkaitan dengan PKR pula, Zam yang juga tokoh wartawan negara melihat ia sebagai satu parti yang hanya hendakkan kuasa tetapi yang mahu dan gilakan kuasa tersebut hanya seorang individu sahaja.

“PKR parti yang belum matang di peringkat bawah dengan perjuangan yang tidak berprinsip iaitu cuba menyesuaikan diri dengan Dap apabila bersama parti itu dan menukarkan watak apabila bersama dengan Pas. Asal saja ia memberi pulangan kepada pemimpin atasannya untuk naik ke atas.”

Jelas Zam lagi, antara ketiga-tiga parti pembangkang ini mereka saling mencari ruang dan peluang untuk mendapat kuasa.

“Pas yakin kalau menang pilihan raya akan menjadi Perdana Menteri, dan Dap juga akan mendapat ruang sedangkan PKR pula tidak ada matlamat dengan melakukan penyesuaian dari semasa ke semasa,” katanya.

Tegas beliau, rakyat perlu sedar bahawa kalau sekarang pun mereka tidak boleh untuk laksanakan penyatuan dan kesesuaian maka masyarakat harus perlu bersedia untuk menghadapi satu keadaan atau suasana yang kecoh sekiranya mereka memerintah nanti.

“Jadi terserah pada rakyat sama ada mereka mahukan kerajaan yang stabil iaitu sudah ada Perlembagaan dan asas-asas yang kukuh atau kerajaan yang tidak pasti hala tuju dan hanya tahu berangan-angan.”

Tambahnya lagi, orang Melayu juga harus tahu atas sikap tolak ansur yang tidak terbatas antara Pas terhadap PKR dan Dap akan mampu mewujudkan ketidakstabilan politik dan keadaan akan jadi lebih buruk lagi.

“Sedangkan dalam Barisan Nasional juga ada krisis biarpun berpuluh tahun terpaut tetapi sekurang-kurangnya kita sudah ada asas dan pendirian dengan penerimaan jelas kepada kepimpinan tertinggi manakala bagi PKR, Dap, Pas sendiri masih tercari-cari satu kaedah yang buntu.

“Pembangkang tidak akan dapat lari dari ruang lingkup prinsip-prinsip perlembagaan itu sendiri. Buktinya apabila berkuasa mereka juga lakukan sebagaimana yang dibuat oleh orang UMNO.”

Umpamanya, tambah beliau lagi surat sokongan adalah soal biasa dalam UMNO tapi penilaian rakyat apabila pembangkang menjadi kerajaan maka akan wujud sebuah kerajaan utopia iaitu kerajaan yang bersih dan tiada dosa, boleh betul-betul berkhidmat kepada rakyat tanpa rasuah, tanpa penyalahgunaan kuasa sedangkan sebaliknya belum apa-apa surat sokongan sudah diberi kepada adik salah seorang anggota mereka sendiri.

“Rakyat harus menilai perkembangan-perkembangan yang berlaku bahawa kelemahan manusia ada dalam semua parti, hanya yang pokoknya adalah kepimpinan yang benar-benar berhasrat untuk memberikan sebuah kerajaan yang lebih adil.”

Di dalam hal ini, katanya, kita lihat bahawa mahu atau tidak kita tidak boleh menafikan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib mempunyai fokus iaitu untuk menghilangkan prasangka sesama kaum dengan penyesuaian berlandaskan kepada Perlembagaan itu sendiri.

Masyarakat tahu, terutama pemimpin dan penyokong Pas sendiri ingat Dap sentiasa menentang dasar Pas untuk mendirikan negara Islam. Karpal Singh berkali-kali memberi amaran keras kepada Pas, ‘langkah mayat saya dulu” kalau hendak mendirikan negara Islam.

Malah Karpal dan Lim Kit Siang menentang pelaksanaan hukum hudud Pas. – MediaUMNO

Monday, August 30, 2010

Macam mana kalau Teo Nie Ching masuk islam??

Ahli Parlimen Serdang itu telah pun bertemu Tok Guru Nik Aziz. Tidak diketahui keputusan pertemuan itu. Ada kemungkinan kah Teo Nie Ching masuk Islam?

Kalau Teo masuk islam, maka secara otomatik isu kunjungannya ke surau-surau akan reda.

Tiada lagi yang mempertikai perbuatan itu. AYT merasakan ada nur ilahi yang menerpa sanubari MP Serdang itu. Atas sebab itu meskipun dikecam hebat kerana mengunjungi sebuah surau dalam kawasan pilihan raya minggu lalu, ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching mengunjungi sebuah lagi surau semalam.

Teo dijemput ke surau Al-Muhajirin, Bukit Mahkota, di mana beliau juga menyumbangkan RM500 kepada RELA.

Bagaimanapun kali ini, beliau tidak memasuki ruang solat tetapi memakai selendang. Majlis tersebut berlangsung di bawah sebuah khemah dalam kawasan surau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Teo berkata kunjungannya itu adalah berasaskan kepada prinsip berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama mereka.

Menurut Teo, beliau diberi sambutan yang baik sepertimana ketika beliau mengunjungi surau Al-Huda di Kajang, yang telah mencetuskan kontroversi.

Katanya, majlis tersebut berjalan lancar walaupun terdapat kecaman terhadapnya dan penyiaran siri laporan yang mengecamnya, terutamanya oleh akhbar berbahasa Melayu, Utusan Malaysia.

Malah, katanya, ada antara para hadirin yang bersalaman dengannya dan menyuara sokongan mereka kepadanya.

Teoh yakin, selagi tindakannya itu berasaskan kepada prinsip, rakyat tidak akan mempercayai serangan bermotif politik terhadapnya.

Tambahnya, selain sumbangan dari kerajaan negeri, beliau juga turut mengedarkan kurma dan duit raya kepada anak-anak dari ibu tunggal.

Teo menjadi sasaran kecaman ahli-ahli politik BN, blog pro-BN dan akhbar Melayu ekoran kunjungannya ke Surau Al Huda pada 22 Ogos lalu.

Antara lain, mereka mendakwa Teoh telah melakukan penghinaan besar terhadap umat Islam kerana bercakap di depan dewan solat, yang dianggap suci dan dilarang dimasuki bukan Islam.

Ekoran itu, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengambil alih pentadbiran surau tersebut dan akan menghantar surat amaran kepada Teoh.

Jangan ganggu Singa Sarawak

Apabila Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata beliau sedia meletak jawatan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi, senario politik tanah air berkocak sedikit dan ramai yang menghadaikan bahawa beliau sedang membuat persiapan untuk berundur diri.

Sehari setelah Taib menzahirkan bahawa jika beliau tidak diperlukan lagi, maka Ketua Menteri Sarawak tersebut bersedia mengundurkan diri; disambut oleh kenyataan Setiauasaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor, bahawa BN-Sarawak akan tetap milik BN tanpa Taib. Malah Adnan menambah, ketiadaan Taib tidak membawa kesan langsung kepada kekuatan BN Sarawak.

Kenyataan Adnan Mansor itu hanya berasaskan persepsi, bagi AYT tanpa Taib BN-Sarawak dalam keadaan limbo.

Sitauasi Sarawak berlainan dengan di Semenanjung, situasi Sarawak berasaskan kepimpinan in-situ.

Pada PRU-12 yang lalu tiada yang menyangka bahawa kedudukkan BN Semenanjung akan mengalami tsunami politik, termasuk Tengku Adnan Mansor sendiri. Pada ketika itu, ramai pemimpin kanan BN, malah berhujah, keputusan PRU-12 akan lebih baik dibanding keputusan PRU-11. Namun, keputusannya adalah sebaliknya. Negeri kaya seperti Selangor tumbang, diikuti Pulau Pinang, Perak, Kedah dan sudah tentu Kelantan kubu kuat Tok Guru Nik Aziz.

Untuk itu adalah lebih baik para pemimpin Semenanjung memberi perhatian yang lebih kepada sitausi politik di Semenanjung dibanding ikut campur percaturan politik di Sarawak. Bagi AYT, biarkan rakyat Sarawak menyelesaikan hala tuju mereka dalam politik nasional.

Apa yang diragui kepada kepimpinan Sarawak? Mereka telah membuktikan sejak merdeka lagi, bahawa perjuangan mereka adalah untuk memelihara dan memastikan kerajaan BN senantiasa menang dan menerajui kerajaan.

Bagi AYT adalah lebih elok agar pemimpin seperti Tengku Adnan Mansor menyusun strategi yang jitu bagi menawan semula negeri-negeri yang dirampas oleh Pembangkang.

Menurut pemantuan hingga ke saat ini, adalah terlalu sukar bagi BN merampas negeri-negeri yang dirampas pembangkang. Malah pada PRU-13 akan datang, negeri Perlis akan ikut tumbang, Terengganu masih dalam kedudukan 50:50, manakala Perak akan ditawan semula oleh Pembangkang.

Negeri-negeri yang diperkirakan masih selamat bagi BN adalah Johor, Melaka, Negeri sembilan (kehilangan 2/3 majoriti)dan Pahang negeri Perdana Menteri sendiri.

Pada PRU-13 akan datang untung nasib kerajaan BN adalah terletak kepada negeri Sarawak dan Sabah, di mana 2 negeri Malaysia Timur tersebut sekurang-kurang boleh menyumbang 55 kerusi parlimen.

Jumlah kerusi parlimen bagi seluruh negara adalah 222, jika Sabah dan Sarawak menyumbang kerusi 55 parlimen, maka negeri-negeri di Semenanjung hanya perlu menyumbang 57 kerusi parlimen dengan itu BN masih menubuhkan kerajaan Pusat dengan majoriti mudah.

PRU-13 adalah survival bagi BN dan Pakatan; mana partipun yang membentuk kerajaan selepas itu akan menentukan hala tuju politik negara ini.

Atas dasar itu, Singa Sarawak dalam hal ini Pehin Seri Taib Mahmud jangan diganggu. Biarkan pemimpin ulung Sarawak itu mencaturkan masa depan Sarawak dalam percaturan politik nasional. AYT sangat yakin dengan seyakin-yakinnya, bahawa Taib adalah pejuang unggul BN hingga ke akhir hayat.

Sunday, August 29, 2010

Pengelibatan Anwar memecat 12 penyokong saya berniat jahat: Dr Jeffery

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan dibidas hebat oleh pemimpin parti itu baik dari Semenanjung mahupun di Sabah, kerana dipercayai terlibat dalam cadangan menggantung selama setahun 12 pemimpin PKR Sabah yang menyokong Naib Presiden parti Datuk Dr Jeffery Kitingan dan sekaligus menentang pelan damai yang dipersetujui pada 13 Dis lepas.

Dua belas pemimpin PKR Sabah itu telah disasarkan untuk tindakan disiplin kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan Parti Cinta Sabah tahun lepas. Idea pembentukan parti baru itu dicadang oleh beberapa pemimpin PKR negeri berikutan pertelingkahan antara Jeffery dan seorang lagi Naib presiden PKR-Azmin Ali.

Bagaimanapun pelan damai itu memastikan tidak ada tindakan dikenakan ke atas mereka yang terlibat menentang parti.

Melalui pemecatan atau penggantungan akan mengakibatkan 12 pemimpin berkenaan tidak layak mengambil bahagian dalam pemilihan parti, sekali gus menghapuskan saingan kepada pencabar mereka di Sabah.

Tindak terbaru Anwar itu mengecewakan pemimpin kanan PKR kerana cadangan tersebut menunjukkan seolah-olah pelan damai telah diketepikan.

Tindakan Anwar mengubah fikiran berkenaan pelan damai itu sama dengan isu-isu lain yang dikaitkan dengan beliau sebelum ini termasuk cadangan mengambil alih kerajaan persekutuan pada 16 Sept, 2008 dan dakwaan tawaran RM2 juta kepada wakil rakyat yang berpaling tadah.

Dalam perkembangan sama, Dr Jeffery berkata penggantugan 12 pemimpin tersebut berniat jahat kerana keputusan dibuat selepas hampir 10 bulan pihak bertelagah berdamai, selain ianya dibuat ketika hari pencalonan untuk pemilihan parti menjelang tiba.

Mereka yang semuanya penyokong Jeffery ialah Daniel John Jambun, Awang Ahmad Sah, Moses @ Mozes Michael Iking, Nicholas James Guntobon, Paul Kerangkas, Slyvester @ Balon Mujim, Innocent Makajil, Nasir Samie, Harry Kujukok Manisit, Rubbin Guribah, Gosibin Yosundang dan Guandee Kohoi.

Mengulas lanjut, Jeffrey berkata bagi menyelesaikan krisis PKR yang bermula tahun lepas, pucuk pimpinan tertinggi mempunyai dua pilihan iaitu sama ada mengambil tindakan menggantung atau memecat mereka yang terlibat, atau berdamai.

"Pucuk pimpinan parti telah memilih untuk berdamai dan bersetuju memenuhi beberapa permintaan yang dibuat oleh saya dan Christina Liew, dan penyokong saya juga bersetuju memulihkan keadaan termasuk menarik balik permohonan mendaftar parti baru," katanya.

Beliau berkata walaupun pelan damai itu belum dilaksana sepenuhnya, namun ia telah menunjukkan kemajuan sejak dipersetujui kira-kira sembilan bulan lepas.

"Parti tidak boleh mengetepikan pelan damai dan memilih opsyen yang satu lagi iaitu menghukum mereka yang terlibat kerana tindakan itu sama dengan memusnahkan pelan damai dan kemajuan yang dicapai serta berbalik kepada asal, dan pada masa yang sama mendedahkan pembuat keputusan tidak jujur," katanya.

Beliau berkata keputusan terbaru itu tidak mencerminkan imej yang baik kepada pembuat keputusan selain menunjukkan mereka terperangkap dengan permainan pengadu yang hanya mahu memenangi pemilihan parti menerusi cara membatalkan kelayakan saingannya.

Katanya jika masalah itu tidak diselesaikan, PKR akan kucar-kacir dan masyarakat akan hilang keyakinan terhadap parti, katanya.b 12 orang itu akan dibuat Majlis Pimpinan Pusat PKR pada Ahad.

Gerangan siapa kah yang Salleh maksudkan bersekongkol dengan LDP itu?

Datuk Salleh tidak akan tergamak mendedahkan bahawa LDP dan pihak tertentu bersekongkol menjatuhkan Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman; jika mantan ketua menteri itu tidak mempunyai maklumat yang sahih.

Timbalan pengerusi umno negeri itu mendakwa semalam, bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden LDP yang menyerang Musa Aman secara peribadi merupakan sebahagian daripada plot menjatuhkan Musa Aman.

Komplot menjatuhkan Musa Aman tersebut termasuklah menyingkirkan Ketua Menteri Sabah tersebut daripada jawatan Pengerusi BN-Sabah.

Menurut Salleh, kumpulan yang diketuai oleh LDP tersebut meminta Pengerusi BN; Datuk Seri Najib Razak agar supaya Musa Aman disingkir daripada jawatan Pengerusi BN negeri Sabah, sebagai prasyarat sokongan mereka kepada BN.

Siapa kah pemimpin tertentu yang bersekongkol dengan LDP tersebut? AYT yakin dan sangat yakin Salleh dan Musa Aman mengetuainya.

Tetapi yang membuatkan AYT sangat terkilan adalah peranan Setiausaha BN Sabah-Datuk Rahman Dahlan; kenapa kah keadaan ini boleh berlaku? kenapa kah tidak dirungkai terlebih dahulu, sebelum ianya meletup! Sebagai pemimpin yang menjaga urusetia, sepatutnya jalinan antara komponen BN perlu diselaraskan demi perpaduan dan keutuhan parti-parti komponen termasuk para pemimpinnya.

Keadaan ini mungkin berlaku kemungkinan jalianan kerjsama yang sepatutnya disusun dengan baik oleh pihak urusetia BN tidak berjalan sepertimana yang diinginkan.

Akibat daripada kelemahan dipihak urusetia BN tersebut maka melalui perkembangan terbaru ini, BN Sabah yang sebelum ini cukup tenang; sehinggakan dicanangkan oleh Najib sendiri sebagai Fixed Deposit BN kini harapan itu kemungkinan akan berkicai ekoran perkembangan terkini politik Sabah.

Sebelum ini, Presiden UPKO mengeluarkan kenyataan bahawa Umno tidak serius dalam memprkasakan 1Malaysia tajaan Najib. Ekoran kenyataan tersebut,Umno Sabah juga merasa terkilan dan tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

Yang menjadi pertanyaan adalah, kenapa sejak akhir-akhir ini para pemimpin komponen BN-Sabah dengan mudah menyatakan bahawa mereka tidak dapat lagi menerima kepimpinan Musa Aman? Pendedahan Salleh semalam merupakan bukti nyata, bahawa memang ada komplot menjatuhkan Musa Aman.

Musa Aman adalah pemimpin yang mengetuai PRU-12 Sabah dimana pada PRU tersebut, BN hampir menyapu semua kerusi yang ditandingi.

Selepas PRU tersebut, parti komponen Sabah, yakni SAPP telah awal-awal keluar daripada BN, tetapi penyebab kepada keluarnya SAPP adalah parti itu telah kehilangan keyakinan kepada kepimpinan perdana menteri masa itu; Tun Abdullah Badawi.

Melalui perkembangan terbaru ini pula, parti LDP yang merupakan komponen BN Sabah yang tertua, mengatakan bahawa parti itu tidak dapat berkerjasama dengan Musa Aman aka telah kehilangan kepercayaan kepada Ketua Menteri Sabah tersebut.

Apakah melalui kenyatataan-kenyataan pedas ini merupakan petanda bahawa LDP akan keluar daripada BN-Sabah? atau kah akan ada tikam belakang, sama dengan tindakan PBS pada tahun 1990?

Apa pun para pemimpin Sabah khasnya Umno terutama Musa Aman dan Timbalannya dalam parti perlu membuat analisa dengan mendalam sekali agar supaya peristiwa 1990 berulang. Jika peristiwa 1990 berulang, maka ertinya kemenangan percuma diberikan kepada parti yang menikam belakang. Fikir-fikirkan lah.

LDP dan Pihak Ke-3 bersekongkol jatuhkan Musa Aman:Salleh Said

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak mendakwa ada pemimpin Parti Liberal Demokratik (LDP) bersekongkol dengan pihak tertentu untuk menjatuhkan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, pihak berkenaan juga merancang untuk meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Musa selaku pengerusi BN Sabah.

"Kami percaya ada dalang di sebalik semua ini dan kami tahu apa yang mereka lakukan, tetapi kami BN Sabah tidak akan membiarkan mereka merealisasikan agenda mereka yang melakukan serangan peribadi ke atas Datuk Seri Musa,” katanya dalam satu kenyataan, di Kota Kinabalu semalam.

Salleh yang juga bekas ketua menteri mempersoalkan rasional di sebalik kenyataan timbalan presiden LDP, Datuk Chin Su Phin pada Selasa lalu, dan mendakwa ia adalah sebahagian daripada plot untuk menjatuhkan Musa.

"Kami percaya majoriti pemimpin LDP adalah rasional dan cukup bijak untuk membezakan antara yang betul dan yang salah, terutama apabila isu yang dibangkitkan Su Phin melibatkan kepentingan peribadi orang lain.

"Keadaannya mungkin berbeza jika isu yang dibangkit adalah berkaitan kepentingan masyarakat,” katanya.

Dalam kenyataannya pada Selasa, Su Phin dilapor berkata, LDP tidak lagi dapat bekerja dengan Musa, tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno serta menyatakan sokongan penuh kepada perdana menteri dan gagasan 1Malaysia.

Saturday, August 28, 2010

Kerana sumbangan Rm1000, ahli politik DAP bebas berucap dalam surau

Kerana menyumbangkan RM 1000 kepada Surau AL-Huda central Kajang, Kajang; maka ahli jawatankuasa surau tersebut telah memberi peluang kepada MP Serdang daripada DAP Teo Nie Ching untuk berucap. Tempat MP Serdang itu berucap adalah tepat(gambar) di belakang imam semasa menjalankan ibadah sembayang.

Berikutan dengan kejadian 22 ogos lalu itu, kini telah berbagai kenyataan dikeluarkan berbagai pihak, termasuk reaksi daripada Tuanku Sultan Selangor.

Tuanku Sultan Selangor sangat murka dengan kejadian itu, sehinggakan pihak MAIS telah menggantung pengurusan Surau.

Friday, August 27, 2010

LDP-Sabah jadi duri dalam daging kepada Musa Aman

Apa yang tidak kena dengan parti LDP dan Musa Aman? Tahun lepas hubungan antara parti itu dan ketua menteri Sabah tersebut menghangat apabila parti itu menimbulkan isu jawatan Timbalan Ketua Menteri kuota Cina dalam kabinet negeri, di mana pada masa itu masih disandang oleh Raymond Tan mantan Timbalan Presdien Parti SAPP.

SAPP adalah komponen BN-Sabah yang telah keluar daripada Parti itu selepas PRU-12 kerana kononya telah hilang keyakinan kepada kepimpinan Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri.

Ekoran kritikan pedas kepada Musa Aman, maka dalam rombakan kabinet negeri, Musa melantik Naib Presdien LDP sebagai Timbalan Ketua Menteri kuota Cina, sambil mengekalkan Raymond Tan sebagai anggota jemaah menteri. Raymond Tan akhirnya menyertai parti Gerakan.

Selepas sahaja PRU-12, suara parti LDP-Sabah, komponen tertua BN-Sabah seolah-olah tidak sebulu lagi dengan Musa Aman. Kritikan-kritikan yang dibawa parti itu terutama oleh Timbalan Presdiennya terhadap Musa Aman, tidak kendur-kendur.

Pada setiap kesempatan, Timbalan Presdien parti itu Chin Su Pin (bukan wakil rakyat) akan membawa isu-isu yang menyakitkan Musa Aman.

Semalam, Timbalan Presdien LDP itu mengeluarkan kenyataan bahawa LDP tidak mungkin lagi dapat berkerjasama dengan Musa Aman, namun tetap menyokong Umno di bawah kepimpinan Datuk Najib Razak.

Dalam mesyuarat BN-Sabah Rabu Chin Sui Pin yang diberi peluang mengemuka masalah-masalah yang perlu diberi perhatian oleh BN, sebaliknya membawa isu MAZU-Dewa Laut setinngi 36 meter di Kudat-Sabah, di mana pembinaan dewa laut itu telah ditolak oleh kerajaan negeri.

Bagi AYT, implikasi perbalahan antara LDP dan Musa Aman akan berakibat buruk kepada kemampuan BN-Sabah dalam pilihanraya umum akan datang.

BN-Sabah yang telah dicanang oleh Perdana Menteri sebagai SIMPANAN TETAP BN akan musnah, jika perbalahan antara komponen BN-Sabah dan Musa Aman berterusan.

Walaupun LDP adalah komponen kecil dalam BN-Sabah, namun sokongan akar umbi kepada parti itu tidak boleh diabaikan. Perjuangan Parti itu senantiasa konsisten dari dulu hingga sekarang.

Semalam Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman melahirkan rasa kecewa dengan tindakan Parti Liberal Demokratik (LDP) yang masih terbawa-bawa dengan isu pembinaan patung dewa Mazu dengan membangkitkannya dalam mesyuarat BN baru-baru ini walaupun perkara itu telahpun diselesaikan di mahkamah.

"Sebagai pemimpin BN, kita seharusnya hadir ke mesyuarat dengan niat yang baik dan dengan tujuan untuk mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan individu," katanya kepada pemberita selepas mengagihkan sumbangan hari raya kepada anggota pasukan beruniform di Kota Kinabalu semalam.

Musa, yang juga pengerusi BN Sabah, mengulas kenyataan timbalan presiden LDP Chin Su Phin semalam bahawa parti itu tidak lagi dapat bekerjasama dengan beliau tetapi akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Umno.

Musa berkata mesyuarat BN itu amat berhasil dan dijalankan dalam suasana mesra.

"Kebanyakan pemimpin menyuarakan pendapat mereka mengenai isu kepentingan rakyat seperti dalam soal tanah dan isu pendatang," katanya.

Musa berkata kes mengenai patung Mazu itu telah diselesaikan di peringkat mahkamah tertinggi di negara ini.

Pada 26 Julai lalu, mahkamah persekutuan di Putrajaya menolak permohonan bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat yang juga bekas presiden LDP, untuk merayu terhadap keputusan kerajaan negeri menarik balik keputusan membenarkan patung Mazu (dewa laut) setinggi 36 meter dibina di Kudat.

Hasrat Pas laksana Hudud hanya mimpi

Hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak akan tercapai kerana parti itu secara sendirian tidak mampu menguasai majoriti kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan, kata penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

“Saya tidak nampak hudud boleh dilaksanakan oleh satu parti sahaja. Ia memerlukan sokongan besar di dalam dewan (Rakyat),” katanya.

Zaid yang juga Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan berkata impian melaksanakan hukum hudud tidak mungkin tercapai berdasarkan kedudukan kerusi parti PAS dalam Dewan Rakyat yang memerlukan sokongan dua pertiga anggota dewan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud biarpun rakan pakatan pembangkang, DAP, membantah hasrat itu dengan menyifatkan Malaysia adalah negara sekular.

Zaid berkata perselisihan pendapat berhubung pelaksanaan hukum hudud di antara PAS dan DAP hanyalah berasaskan perbezaan impian politik masing-masing.

“Ketiga-tiga parti (PAS, DAP, PKR) telah bersetuju segala undang-undang yang kita buat atau kita gubal mestilah mengikut perlembagaan negara,” katanya dan menurutnya dasar bersama itu ditandatangani pada Disember 2009.

Thursday, August 26, 2010

PAS-DAP hanya kawan sementara

Ketika PAS dan DAP dilihat masih belum mencapai kata sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, atas sebab itu, Pas-Dap tidak akan kekal lama. Walaupun ikatan dua parti itu masih bertahan (telah dua tahun), namun disebabkan isu negara islam dan Hudud, maka di masa depan dua parti itu akan berpisah.

Pas terpaksa melaungkan isu negara islam-hudud untuk mengekalkan sokongan penyokong taksubnya, dilain pihak secara zahirnya Pas tidak akan melaksanakan konsep itu. Bagi AYT Pas tidak serius untuk melaksanakannya dan ia hanya bersifat retorik politik semata-mata.

Desakan PAS agar supaya DAP menerima hudud menjadi perbalahan teruk antara DAP dan PAS.

Dakwaan Nik Aziz bahawa Karpal Singh hanya bersendirian menolak negara islam-hudud, ditempelak oleh Lim Kit Siang sendiri.

Sebabnya adalah kedua-dua parti itu berlainan ideologi. Kerjasama dua parti itu bukan berasas pemerintahan namun hanya berasas politik.

PAS sebelum ini meminta DAP memahami dasar perjuangan PAS yang bercita-cita mahu melaksanakan hukum hudud dan negara Islam, sekiranya menawan kerajaan persekutuan, bagi mengatasi masalah jenayah dan sosial membabitkan orang Islam.

Pas tidak akan kompromi sama sekali dalam soal menegakkan hukum hudud dan cita-cita menjadikan Malaysia negara Islam.

Namun Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata parti itu tetap menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama PR.

Lim juga mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

Minggu lalu, Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Kini giliran Felda Umas-umas Tawau Sabah- Ada ura-ura ikut jejak Felda Kelantan

Akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit.

Berasaskan keputusan tersebut Felda Umas-umas Tawau akan juga membuat saman terhadap Felda kerana selama inipun mereka merasakan tertipu isu pembayaran.

Biarkan Rakyat Sarawak Tentukan Nasib Taib Mahmud

Biarkan rakyat Sarawak tentukan nasib Taib Mahmud. Meskipun PBB dimana Tiab adalah presidennya adalah komponen BN dan penentuan calon adalah tergantung restu pengerusi BN, dalam hal ini Perdana menteri, AYT mengsyorkan agar nasib Taib Mahmud ditentukan oleh partinya sendiri.

Bagi UMNO janganlah ikut campur dalam penentuan calon-calon parti kompnen lain khususnya Sarawak, kerana sentimen dalam komponen parti BN adalah berlainan.

Taib 2 hari lalu di Kuching telah membayangkan bahawa jika khidmatnya tidak diperlukan, maka beliau bersedia berundur diri.

Perlu diingat, Taib masih lagi Presiden PBB parti komponen BN-Sarawak yang terbesar. Samalah kedudukkan dengan Umno di peringkat nasional. Adalah tidak logik presiden sebuah parti dominan, tidak mengetuai partinya dalam pilihanraya.

Oleh itu sebarang komen mengenai isyarat Taib itu terutama daripada Umno perlu lah dikekang, agar supaya tidak kelihatan, bahawa Umno meengekang pimpinan komponen parti dalam BN.

Para pemimpin Umno jangan terlalu yakin, bahawa BN-Sarawak akan menang tanpa Taib. Taib merupakan pemimpin ulung negeri Sarawak.

Jangan lah termakan isu pembangkang, kononnya kehadiran Taib akan membawa bencana kepada BN. Sebenarnya kehadiran Taiblah yang mengerunkan pihak pembangkang.

Kenyataan Setiausaha Agong Umno Adnan Mansor semalam semasa mengulas isyarat Taib mahmud itu bahawa keputusan Taib berundur LANGSUNG TIDAK AKAN MENJEJASKAN PELUANG BN adalah kenyataan yang mengelirukan dan langsung tidak menghormati Taib sebagai pemimpin Sarawak lebih 30 tahun.

Kepada Adnan janganlah terlalu angkuh mengatakan bahawa rakyat Sarawak akan terus mengundi BN tanpa Taib.

Ingat sejarah parti Berjaya Sabah pada tahun 1985. Sebelum pilihanraya Sabah tahun 1985, Perdana Menteri masa itu Tun Dr Mahathir pernah berkata bahawa beliu bersedia "sink and swim with berjaya" dan merasa yakin bahawa rakyat Sabah akan terus menyokong parti Berjaya- ekoran dipecatnya Pairin Kitingan daripada parti itu.

Umum mengetahui bahawa pada PRU-Sabah itu telah kecundang dengan teruk sekali.

Diingatkan jangan berulang peristiwa Sabah itu. Oleh itu, biarkan lah rakyat Sarawak menentukan nasib Ketua Menterinya sendiri.

Taib yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sejak 1981 dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata beliau sebenarnya mahu berundur daripada politik pada 2006 tetapi ramai di kalangan dalam parti menentang hasratnya itu dan akhirnya beliau memutuskan untuk tidak bersara.

Dalam perkembangan mengenai isu tersebut Tengku Adnan menafikan spekulasi bahawa Umno meletakkan tekanan ke atas Abdul Taib untuk berundur kerana pemimpin berkenaan sejak akhir-akhir ini mendapat publisiti buruk di media berhubung dakwaan kekayaan beliau dan keluarganya.

“Tiada tekanan dari pihak kami (Umno), tetapi kami menerima jika beliau mahu berundur. Mungkin dia (Taib) sudah terlalu lama dalam politik.

“Jika seseorang terlalu lama memegang kuasa, orang ramai akan mula bosan. Dia juga mungkin sudah penat, jadi kenyataannya itu memang adil,” kata Tengku Adnan.

Katanya, keadaan Abdul Taib itu mencerminkan apa yang berlaku ke atas bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad yang merancang persaraan selepas BN mengalami kemerosotan sokongan pada 1999.

“Hanya negarawan yang memikirkan kepentingan negeri daripada hanya dirinya sendiri. Bagi Umno, "ADA PEMIMPIN LAIN" yang mampu untuk ambil-alih jika Taib berundur,” katanya.

Di sebalik penafian Tengku Adnan, akhbar-akhbar yang dimiliki Umno hari ini memberi pendedahan meluas terhadap kenyataan Abdul Taib itu.

Wednesday, August 25, 2010

Saya tak tahu nasib saya: Taib Mahmud

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang sudah 43 tahun aktif dalam politik, termasuk 29 tahun menerajui kerajaan negeri, semalam menyatakan sama ada bertanding pada PRU-Sarawak ke-10 terserah kepada Perdana Menteri dan parti.

Beliau juga membayangkan jika khidmatnya tidak diperlukan lagi, maka beliau tiada pilihan melainkan mengundurkan diri.

"Saya sendiri tidak tahu nasib saya, terpulang kepada Perdana Menteri. Terpulang kepada parti menentukan sama ada saya akan bertanding atau tidak. Jika tidak diperlukan, saya akan berundur," katanya.

Abdul Taib pertama kali mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen di bawah Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra pada 1967 ketika berusia 31 tahun dan selepas itu dilantik Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri pada 1968.

Di bawah Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak, beliau dilantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada September 1970. Pada 1972, beliau dilantik Menteri Sumber Asli dan selepas itu memegang pelbagai portfolio di bawah Tun Razak dan Tun Hussein Onn sehingga 1981. Beliau juga pernah dilantik Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama pada 1980.

Abdul Taib mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya umum 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990, 1995, 1999 dan 2004 termasuk beberapa kali menang tanpa bertanding sebelum memutuskan untuk tidak bertanding kerusi Parlimen pada 2008, dengan anaknya Datuk Seri Sulaiman Taib menggantikannya.

Pada 1981, beliau turut bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebandi bagi membolehkannya kembali ke Sarawak dan menjadi Ketua Menteri, menggantikan Tun Abdul Rahman Yaakub. Beliau juga mempertahankan kerusi DUN Sebandi pada 1983, 1987; kerusi DUN Asajaya (1991, 1996) dan DUN Balingian (2001 dan 2006).

Jika Taib tidak lagi bertanding pada PRU-Sarawak,maka beliau tidak akan lagi menjadi Ketua Menteri. Ini bererti, tamatlah perkhidmatan "the white Rajah" Sarawak.

Siapa bakal pengganti beliau? Ada yang mengatakan Adenan Satem adalah pemimpin yang paling ke depan dibanding pemimpin-pemimpin Sarawak.

Adenan Satem di suatu ketika dilantik sebagai menteri persekutuan di era Tun Abdullah Badawai, namun beliau meletakkan jawatan dengan memberi alasan ingin menumpukan perkhidmatannya di Sarawak. Kini beliau merupakan menteri di jabatan Ketua menteri.

Tuesday, August 24, 2010

Siapapun boleh komen kepincangan kerajaan termasuk Nurul Izzah Anwar: Zaid Ibrahim

Nurul Izzah Anwar dan sesiapa sahaja boleh dan wajar memberi pandangan mereka terhadap kepincangan dan kelemahan dasar BN, dalam negeri ataupun di luar negeri.

Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim berkata, Menteri Kabinet yang kanan seperti Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein Onn sepatutnya memberi tumpuan dan masa mengulas dasar negara yang penting seperti Model Ekonomi Baru atau kekerapan insiden perkauman kebelakangan ini, ataupun mengapa begitu ramai peneroka Felda membuat tuntutan Mahkamah terhadap Felda.

Boleh juga, katanya kalau mereka menerang proses perlantikan guru besar di sekolah-sekolah negara ini, sehinggakan yang mengutarakan pendapat jijik perkauman dan fasis pun boleh jadi guru besar.

“Malangnya, kenyataan yang kita dengar dari kedua-dua menteri kanan ini berkisar menyerang Nurul Izzah Anwar kerana komen dan pendapat beliau mengenai ekonomi negara dan keadaan kapal selam yang kita beli dalam wawancara dengan majalah Indonesia, Tempo,” ujar Zaid di dalam blognya.

Nurul sekarang, katanya sudah menjadi sasaran.

Ini kerana kedua-dua menteri itu berkata Nurul memburuk-burukkan imej dan nama negara.

“Malah laporan polis pun dibuat oleh orang orang yang tak ada kerja,” ujarnya.

Dengan lain perkataan, katanya komen dan pendapat Nurul mestilah memuji Kerajaan Barisan Nasional; barulah ia dikatakan memuji negara dan menjaga nama baik negara.

“Bila dia mengkritik dan menyoal Kerajaan BN dan keputusan kerajaan, maka itu bererti Nurul memburukkan nama baik negara.

“Pemikiran dan logik terhad ini yang menjadi punca segala permasalahan. Mereka ini tak tahu membezakan negara dan kerajaan,” katanya lagi.

“Dasar ekonomi dan pembelian kapal selam dibuat oleh kerajaaan BN; maka sesiapa saja termasuk Nurul boleh mengulas dan mengkritik dasar itu.

“Apa kena mengena dengan maruah negara? Hanya maruah BN yang tercemar dengan kritikan itu,” katanya lagi.

Bagi Zaid, Zahid dan Hishammuddin akan cuba mengelak dari isu-isu itu dengan menggunakan benteng "negara" dan sebagainya, tetapi rakyat tahu bezanya antara negara dan kerajaan BN.

Ini lah masalah pembangkang.Sepatutnya mereka kena terima hakikat, bahawa pemenang dalam sesuatu pilihanraya adalah pilihan rakyat. Ertinya, winner take all.

Walaupun dalam negara, pembangkang adalah pembangkang kepada kerjaan, namun sebagai warganegara, maka sepatutnya menghormati negara terutama apabila bercakap yang membabitkan orang luar.

Apa guna mencoreng arang di muka sendiri? Fikirkan lah.

Saya tak sendirian tolak Hudud-negara islam: Karpal Singh

Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pada hari Isnin menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam.

Monday, August 23, 2010

Warga Indonesia benci sangat Malaysia: Kenapa Ya?

Petang tadi kedutaan Malaysia di jalan kuningan Jakarta diserbu lagi. Awal bulan ini, kedutaan kita diserbu oleh Laskar merah putih, sehingga merosakan harta benda kedutaan kita itu.

Hari ini pula gerombolan yang menyebut nama mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) melakukan serbuan termasuk memijak bendera jalur gemilang dan ada demonstaran sempat melimparkan najis ke dalam bangunan kedutaan kita itu.

Kenapa kah warga Indonesia menjadikan kedutaan kita sebagai sasaran amarah mereka?

Apa kah pemulangan PATI yang datang ke negara kita tanpa izin dan mencari penghidupan di negara ini secara haram, membuatkan mereka marah?

Atau kah permintaan gaji minimum pembantu rumah yang tidak diluluskan oleh kerajaan menjadi puncah amarah mereka? atau kah hubungan baik antara kerajaan dan kerajaan tidak baik? atau kah peranan menteri luar kita lemah?

Kerajaan di peringkat G to G perlu menangani permasalahan ini sebelum menjadi buruk.

Sejak akhir-akhir ini ada sahaja masalah yang ditimbulkan oleh pihak-pihak pelampau di negara jiran kita itu, yang memancing kemarahan rakyat negara ini. Apa kah kita hanya mendiamkan diri? atau kah kita membalas tindakan-tindakan tidak bertanggungjawab itu?

Nampaknya hubungan harmoni antara negara kita dengan abang tua kita itu, tidak semesra dahulu.

Kerajaan baik Malaysia dan Indonesia perlu menyelesaikan perkara ini sebelum memudaratkan kedua bangsa.

Sandiwara: Khalid Ibrahim dan Tony Pua

Tony Pua bersandiwara. Konon dia menerima peluru hidup M16. Khalid ibrahim juga bersandiwara konon ada kamera di pejabatnya.

Perbezaan antara dua individu tersebut adalah Tony Pua telah membuat laporan polis, manakala Khalid Ibrahim hingga kini belum berbuat demikian.

Lupakan Tony Pua, kerana sisatan sedang dijalankan oleh pihak polis. DNA Tony dan pembantunya pun telah diambil. Sisatan polis masih berjalan untuk mengetahui sumber peluru M16 tersebut dan siapa pengirimnya.

Sementara Khalid Ibrahim belum juga buat laporan mengenai kamera yang dia jumpa sendiri di bilik pejabatnya.

Kini banyak sudah spekulasi bahawa Khalid hanya bermain sandiwara.

MB Selangor tersebut mungkin takut kalau membuat laporan polis, maka indentiti siapa yang meletakkan kamera tersebut akan terbongkar.

Kalau orang lain tidak apa, kalau kamera itu diletekkan sendiri oleh Khalid? sudah tentu pembohongan MB itu diketahui rakyat.

Yang peliknya setelah Khalid menemukan kamera di pejabatnya pada 10 Ogos, keesokkan harinya pula, Tony Pua menerima bungkusan berisi peluru M16 yang masih hidup.

Sandiwara apa yang dimainkan oleh Khalid dan Tony Pua? hanya mereka yang tahu.

Walau bagaimanapun, pihak polis perlu membuat siasatan kepada Khalid kerana menimbulkan sensasi yang merujuk bahawa tahap keselamatan di negara ini longgar, kerana adalah sangat mudah untuk memasang kamera pada bilik kenamaan tanpa diketahui oleh sesiapa.

Tamparan hebat pada Nik Aziz: DAP ulangi: Hudud-Negara Islam bukan dasar Pakatan

Kemana PAS letakan perjuangannya? DAP dari awal-awal lagi menjauhkan diri daripada perbincangan mengenai pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam kerana kedua-duanya aspek itu bukan dasar Pakatan Rakyat (PR).

Penasihat DAP Lim Kit Siang mempertahankan pendirian konsisten parti itu yang sentiasa menekankan bahawa Malaysia sebuah negara sekular.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat.

“Itu sebab isu-isu ini tidak disebutkan dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan Disember 2009,” kata Lim dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam.

Dasar itu diputuskan pada konvensyen sulung PR, yang dibentuk April 2008 dan akhir tahun lalu.

Di bawah Dasar Bersama itu, PR membuat pendirian akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama rasmi persekutuan manakala agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas.

“Undang-undang hudud dan negara Islam bukan dasar Pakatan Rakyat, apa-apa perubahan dasar perlu menerima persetujuan ketiga-tiga parti komponen dan tiada konsensus dalam Pakatan Rakyat mengenai undang-undang hudud dan negara Islam ” kata Lim lagi.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini menekankan idea negara Islam disokong dan digerakkan oleh tiga perdana menteri terkemudian — Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.

Kata Lim, kepimpinan MCA, Gerakan, MIC, SUPP dan parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) yang bersedia memberikan sokongan bulat kepada tiga perdana menteri terakhir, bermula daripada deklarasi 929 Dr Mahathir bahawa Malaysia adalah negara Islam pada 29 September 2001.

Perbincangan baru berhubung pelaksanaan undang-undang hudud dan negara Islam bermula apabila Pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh mengumumkan bahawa beliau kekal menentang undang-undang sedemikian jika PR mengambil alih kerajaan persekutuan.

Kata Karpal, undang-undang sedemikian “tidak berperlembagaan” dan setiap orang perlu menghormati perlembagaan.

DAP mengeluarkan kenyataan ini sehari selepas Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan Karpal yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadinya.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

“Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti,” katanya.

Karpal tidak bersetuju dengan cadangan Nik Aziz, yang dibuat Khamis lalu bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

“Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini.

“Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud,” kata Karpal.

Sunday, August 22, 2010

KHUTBAH:Keterlaluan lah nama Agong diganti dengan Lim Guan Eng

Rata-rata kariah masjid di sekitar Tasek Gelugor di sini melahirkan rasa kesal ekoran kejadian khatib menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam doa pada khutbah kedua solat Jumaat baru-baru ini.

Mereka turut terguris ekoran khatib tersebut tidak menyebut langsung nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abas.

Bagi kariah Masjid Jamek Padang Menora, Suid Saad, 67, dia mendengar sendiri khatib bertugas menyebut nama Guan Eng dan meninggalkan nama Yang di-Pertuan Agong dalam doa yang dibacakan.

Menurutnya, jemaah perlu fokus semasa khutbah dibacakan dan tidak timbul isu jika ada jemaah mendakwa tidak mendengar doa yang dibacakan itu.

“Kalau yang tak dengar itu mungkin cacat pendengaran kerana ketika khutbah dibacakan semua orang diam.

“Jadi, saya amat kesal dengan apa yang berlaku dan berharap ia tidak berulang lagi selain mahu pihak polis menyiasat perkara ini dengan teliti,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Tasek Gelugor hari ini.

Pengerusi kariah Masjid Jarak Atas, Ismail Mt. Noh, 52, pula berkata, tindakan khatib itu boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan orang Islam.

“Perkara ini juga boleh mewujudkan pergeseran antara kaum dan agama angkara orang Islam sendiri,” ujarnya yang turut berasa kesal atas apa yang berlaku.

Sementara itu, bagi ahli kariah Masjid Permatang Binjai, Ahmad Puad Saad, 46, nama Yang di-Pertuan Agong perlu diutamakan dalam doa sebagai menghormati kedudukan baginda selaku ketua agama Islam di negeri ini dan bukannya nama Guan Eng.

“Khatib ini pernah membacakan doa serupa di masjid Permatang Binjai dan saya tak sangka ia turut berlaku di tempat lain di negeri ini.

“Saya harap polis dapat siasat perkara ini serta menyiasat juga khatib yang terlibat agar ia tidak berulang,” katanya.kha

Isu sokongan pura-pura tantangan besar BN menghadapi PRU-13

Parti mana dan pemimpin mana boleh menentukan sokongan? Di ambang pru-12 tiada yang menyangka BN mengalami tsunami politik. Gejala sokongan pura-pura kepada BN hampir mengundang padah.

Kini sokongan pura-pura itu masih berterusan.

AYT tidak menduduh golongan muda kah, golongan pasca meredeka kah atau golongan veteran. Yang jelas sokongan pura-pura itu masih berterusan.

Suasana politik tanah air kini selain gejala kepura-puraan malah isu-isu yang sepatutnya telah dinoktahkan lama dahulu, malah dibangkit semula.

Isu hak melayu/bumiputera misalnya dijadikan isu sebagai punca kemunduran kepada perekonomian negara. Kononnya pembelaan kepada melayu/bumiputera akan merundungkan perekonomian negara, malah menjadi punca negara tidak dapat bersaing diperigkat antarabangsa.

AYT teringat Tulisan saudara A Kadir Jasin melalui blognya bertajuk “wajarkah korbankan DEB kerana undi minoriti?” pertanyaan ini adalah layak bagi mantan wartawan kawakan ini, kerana usia DEB Cuma 30 tahun, sedangkan pengelibatan beliau dalam dunia kewartawanan telah melangkau 40 tahun. Sudah tentunya pengkesahan mengenai kewujudan DEB seawal pelaksanaaan nya, beliau telah ikuti, mungkin juga pernah menulis mengenainya.

Menurut penulis itu lagi, jika data gross national product (GDP) yang menjadi ukuran, maka sejak DEB dilaksanakan pada tahun 1970, GDP telah meningkat daripada 12 billion ringgit kepda 358 bilion ringgit pada tahun 2007, hanya untuk 27 tahun, dengan kata lain, GDP melonjak 2,875% atau purata 106% setahun. Dengan GDP sebesar 358 bilion riggit, menjadikan ekonomi Malaysia ke- 29 terbesar di dunia.

Dengan menggunakan mata kasar, maka selama pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), produktiviti negara terus mengalami perkembangan, seiring dengan perkembangan dunia, malah perkembangan ini jauh lebih laju di banding negera-negara yang lebih awal mencapai kemerdekaan.

Di mana kah silapnya, sehinggakan dasar ini terpaksa dikorbankan? Sesuatu dasar yang dianggap berjaya akan tetapi dikatakan sebagai punca pemusnah? Adakah tidak terlalu gopoh gapah menarik dasar ini? Sehinggakan pemimpin kita melepaskan geramnya kepada ilham Tun Razak ini.

Atau memang betul seperti pertanyaan saudara A Kadir Jasin, bahawa mengorbankan dasar ini semata-mata untuk menarik undi minoriti?

Saya hendak mulakan dengan bertanya: Selama 30 tahun Dasar Ekonomi Baru berkuat kuasa, adakah ia menyekat perkembangan ekonomi negara?

Jawabnya tidak. Malah kerana pelaksanaan matlamat-matlamat dan program-program DEBlah, ekonomi Malaysia berkembang pesat.

Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) meningkat daripada RM12 bilion pada tahun 1970 kepada RM120 bilion 1995 dan RM357.9 bilion 2007, menjadikan ekonomi Malaysia ke-29 terbesar di dunia.

Adakah ia menyekat kemajuan kaum-kaum bukan Bumiputera dan membantutkan kemasukan modal asing seperti yang didakwa oleh begitu banyak pihak sehingga membuatkan sesetengah pembesar Umno berasa bersalah dan defensif?

Pun tidak. Kadar kemiskinan dikurangkan dan pendapatan semua kaum meningkat. Tetapi pendapatan kaum-kaum bukan Bumiputera, khasnya Cina meningkat dengan lebih pantas kerana mereka menguasai dunia perdagangan dan profesionalisme.

Jurang Miskin-Kaya Meluas

Malah jurang pendapatan antara yang miskin dan kaya menjadi luas semula sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila kemunculan kegiatan baru ekonomi seperti perkhidmatan (services) dan teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) lebih menguntungkan sesetengah kaum dan golongan pekerja.

Laporan Rancangan Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHDP) tahun 2004 mendapati 10 peratus rakyat Malaysia yang paling kaya menguasai 38.4 peratus daripada pendapatan ekonomi berbanding 10 peratus paling miskin menguasai hanya 1.7 peratus.

Kita semua tahu siapa dan kaum mana paling kaya di Malaysia dan siapa pula yang paling miskin di negara kita ini. Malah jurang antara yang kaya dengan yang miskin dalam kaum yang sama turut meningkat.

Bumiputera tidak mencapai matlamat 30 peratus pemilikan kekayaan korporat. Mengikut perangkaan rasmi, pada tahun 2006, pemilikan Bumiputera pada nilai pasaran dalam syarikat-syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia dianggarkan RM88.4 bilion atau 15.1 peratus.

Tetapi bukan Bumiputera yang berupa 34 peratus daripada warganegara memiliki RM251.1 bilion (42.8 peratus) manakala pemodal asing memiliki RM234.7 bilion (40 peratus).

Majoriti aset Bumiputera dipegang oleh institusi amanah dan beberapa kerat ahli perniagaan Melayu yang berjaya.

Lebih Buruk Tanpa DEB

Hatta pada nisbah yang rendah dan berat sebelah ini pun, kita boleh berkata DEB telah berhasil mengurangkan kemiskinan dan ketidakseimbangan kaum.

Misalnya, apabila DEB dilancarkan pada tahun 1971, pemilikan korporat Bumiputera dianggarkan hanya dua peratus.

Jadi apalah salahnya kita meneruskan pelaksanaan sesetengah matlamat dan kaedah DEB yang baik dan berkesan itu?

Mengapakah sesetengah orang Melayu dan parti-parti politik Melayu begitu takut untuk mempertahankan sesuatu yang terbukti baik dan menguntungkan semua kaum?

Kalau ada perkara yang hendak ditentang dan dikritik dalam dasar itu adalah kegagalan mencapai sepenuhnya matlamat membasmi kemiskinan dan 30 peratus pemilikan Bumiputera.

Dalam apa bentuk sekalipun, matlamat membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menambah ekuiti Bumiputera wajib diteruskan.

Tetapi dasar-dasar berkaitan pemilikan ekuiti bukan Bumiputera boleh diliberalisasikan kerana mereka bukan sahaja sudah mencapai matlamat itu malah atas dasar meritokrasi sudah boleh bersaing dengan orang asing.

Inilah masanya bagi badan-badan amanah dan tabung-tabung pelaburan rasmi, termasuk Ekuiti Nasional Berhad yang baru ditubuhkan, menambah modal dalam syarikat-syarikat bukan Bumiputera dan asing yang berdaya maju kerana harga saham di Bursa Saham berada pada paras yang menarik.

DEB Punca Bukan Melayu Tolak BN?

Apakah pengundi bukan Melayu menolak Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum tahun lalu kerana DEB?

Kalau begitu, kenapa mereka sokong BN sebelum ini, khasnya pada tahun 2004?

DEB hanyalah alasan! Mereka menolak Umno dan BN kerana imej BN yang tidak baik dan kerana mungkir janji. Banyak janji dan ikrar era Abdullah Ahmad Badawi seperti keterbukaan, kebebasan dan liberalisasi tidak dilaksanakan seperti difahami oleh pengundi.

Selain merakamkan protes, pengundi bukan Melayu tahu bahawa dengan menghukum BN mereka boleh membuat tuntutan baru.

Dilema Umno dan BN adalah memastikan agar tolak-ansur dengan bukan Melayu ini tidak akan menambahkan kemarahan orang Melayu dan memastikan orang bukan Melayu mengundi BN.

Yang dikhuatiri adalah apa yang disebut oleh ungkapan Inggeris iaitu pengundi bukan Melayu mungkin “have the cake and eat it at the same time.” Dalam erti kata yang lain, mereka terima apa yang diberi, tetapi tetap tidak mengundi BN.

Ada Bumiputera Tak Sedar Untung Nasib

Bumiputera yang menolak DEB atau berasa bersalah mendapat bantuan DEB sebenarnya tidak kenang budi dan tidak sedar diri.

Apatah lagi kalau mereka membuta tuli bercakap mengenai meritokrasi dan liberalisasi yang mereka sendiri tidak faham implikasinya.

Kalau tidak kerana sekolah asrama penuh, MRSM, biasiswa dan pinjaman pelajaran, adakah mampu bilangan profesional Bumiputera dinaikkan ke tahap sekarang?

Pada tahun 1970, ada hanya 6.8 peratus akauntan adalah Bumiputera, 4.3 peratus arkitek, 3.7 peratus doktor dan 7.3 peratus jurutera. Yang agak banyak adalah doktor haiwan (40 peratus) sebab pada waktu itu Melayu pelihara haiwan. Tetapi pada tahun lalu, 24.5 peratus akauntan adalah Bumiputera, arkitek 38.2 peratus, doktor 52.9 peratus dan jurutera 52.4 peratus.

Apakah Melayu dan Bumiputera profesional ini boleh berada di mana mereka sekarang jika bergantung nasib semata-mata kepada pembiayaan ibu bapa mereka yang mengerjakan bendang, dusun dan huma untuk mendapat pelajaran tinggi?

Sekalipun mereka sudah berdikari dan tidak perlu tongkat lagi, tetapi ingatlah banyak lagi orang Melayu, Iban, Kadazan dan Orang Asli yang miskin dan melarat.

Dan bagi setiap rumah besar yang doktor atau jurutera Melayu miliki, orang Cina miliki lebih banyak dan lebih besar.

Jangan berbangga sangat dengan aset-aset Permodalan Nasional Berhad, Tabung Haji, Felda dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera. Hari ini semakin banyak kawasan bandar seperti Seri Kembangan, Petaling Street dan Bukit Bintang, hampir-hampir tidak ada penyertaan Bumiputera malah India pun hampir-hampir tidak ada.

Jadi, apakah yang buruk sangat dengan DEB sehingga begitu ramai orang, termasuk orang Melayu, berasa ia merugikan dan wajib dihapuskan?

Meritokrasi Bila Tembolok Terisi

Orang bukan Melayu dan sesetengah orang Melayu kini asyik bercakap mengenai keadilan sosial dan meritokrasi.

Bukankah kerana keadilan sosial dan meritokrasi di bawah DEB maka begitu ramai orang bukan Melayu mampu ke universiti-universiti ternama di dunia atas pembiayaan sendiri mengatasi bilangan Bumiputera yang dibiayai oleh Kerajaan?

Mengapakah apabila Kerajaan memberi biasiswa atau bantuan kepada Bumiputera, ia dituduh memberi tongkat, tetapi apabila bukan Bumiputera mendapat hak yang sama, ia dikatakan hak dan meritokrasi?

Apabila Bumiputera berjaya dalam perniagaan dia dituduh kroni. Tetapi apabila korporat Cina dan India menjadi raksasa kerana kontrak, francais dan lesen kerajaan ia dikatakan meritokrasi?

Siapa yang memegang monopoli gula sampai hari ini atau menjadi kaya raya kerana lesen judi, lesen TV satelit, lesen IPP dan kontrak berbilion ringgit membina hospital, kereta api laju dan sekolah?

Dan berapa kerat tahu atau masih ingat bagaimana Tun Abdul Razak Hussein terpaksa “menyelamatkan” Malayan Banking pada tahun 1965 apabila pengasasnya, mendiang Khoo Teck Puat, disingkirkan atas tuduhan melencongkan wang bank itu kepada syarikat persendiriannya di Singapura?

Begitulah juga dengan pengambilan oleh IPTA. Apabila keutamaan diberikan kepada Bumiputera, bukan Melayu merungut. Tetapi apabila Kerajaan membenarkan penubuhan IPTS yang majoriti pelajarnya bukan Melayu, tiada siapa pun mengucapkan terima kasih atau bersungut?

Hari ini, ada 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tersenarai dalam laman web rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, tidak termasuk 24 politeknik. Bilangan IPT swasta yang disenaraikan berjumlah 450 – ya, 450.

Dengan pengambilan bukan Bumiputera yang semakin ramai ke IPTA dan kemasukan ke IPTS yang terus dimonopoli oleh bukan Bumiputera, adalah tidak mustahil dalam masa yang singkat pengajian di IPT akan didominasi oleh bukan Bumiputera.

Soal pokoknya adakah situasi berat sebelah yang memihak kepada kaum-kaum minoriti ini menyokong pemulihan Umno dan pembentukan 1Malaysia yang sejahtera, aman dan makmur?

Sudah lupa yang sejahtera, aman dan makmur itu adalah cogan kata manifesto BN tahun lalu?

Dan apakah sudah dikaji dan difahami implikasi sistem biasiswa dua tingkat (two-tier) kepada nisbah kemasukan dan prestasi pelajar Bumiputera dan bukan Bumiputera ke IPT?

Sumbangan bukan Bumiputera Tidak Dinafikan

Tiada siapa yang menafikan bahawa bukan Bumiputera juga menyumbang kepada perkembangan dan kematangan ekonomi negara, tetapi ia berasaskan kepada prinsip keuntungan.

Mereka menyumbang kepada perkembangan ekonomi kerana suasana politik yang stabil sejak 1969 membolehkan mereka meraih keuntungan yang besar daripada apa yang mereka laburkan.

It is not altruism -- bukan sumbangan percuma yang tidak mengharapkan sebarang alasan!

Mari kita hadapi realiti. Selain Singapura yang berupa negara kecil dan majoriti penduduknya Cina, tidak ada tempat lain di dunia di mana orang Cina mempunyai kuasa politik yang begitu luas serta memonopoli ekonomi selain daripada di bumi Malaysia ini.

Tetapi, pilihan raya demi pilihan raya membuktikan bahawa yang menjadi tonggak BN adalah orang Melayu dan Bumiputera lain.

Malah majoriti calon bukan Melayu BN yang menang pilihan raya menang di kawasan majoriti Melayu.

Tetapi akibat kelemahan Umno, orang bukan Melayu bulat-bulat menolak BN pada pilihan raya 2008 manakala ramai orang Melayu memihak kepada Pas.

Perimbangan kuasa antara Umno dan Pas sudah berubah. Tidak mustahil Pas akan menjadi parti utama Melayu yang terpaksa berpakat dengan parti-parti bukan Melayu untuk memerintah.

Itulah yang akan terjadi apabila peranan Umno sebagai parti induk politik Malaysia tidak dapat dipulihkan lagi.

Dan harapan memulihkan Umno sehingga boleh diterima kembali oleh majoriti orang Melayu dan dihormati oleh bukan Melayu tidak akan berjaya jika kepemimpinannya terus dicurigai dan dipertikaikan.

Tindakan tidak menyingkirkan anasir-anasir rasuah daripada kepemimpinan Umno, malah melantik mereka semula, tidak membantu proses pemulihan Umno.

Ironinya, masyarakat perniagaan yang didominasi oleh bukan Melayu boleh hidup makmur sama ada dalam suasana bebas rasuah atau penuh rasuah!

Apabila orang Umno sendiri mendapati sukar mempertahankan parti mereka, adalah sukar bagi Umno mendapat sokongan orang lain, terutamanya sokongan bukan Melayu. Orang bukan Melayu mempunyai banyak pilihan.

Kesimpulannya, janganlah sewenang-wenangnya ditolak kebaikan DEB semata-mata untuk memancing undi atau kerana ia tidak berjaya sepenuhnya.

Itu bukan salah DEB. Itu adalah pengkhianatan oleh pelaksana yang dangkal, lemah, malas dan korup.

Sementara itu Chua Soi Lek dalam penjelasan selepas lebih seminggu beliau menafikan beliau mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB), sekali gus meminta hak dan kepentingan orang Melayu diketepikan khususnya soal pengagihan ekuiti.

Presiden MCA itu berkata beliau hanya menyentuh soal pembangunan di Malaysia, agar bukan satu kaum mendapat semua manakala kaum yang lain dinafikan.

“Mana saya sentuh mengenai DEB (Dasar Ekonomi Baru)... tengok ucapan saya, satu benda pun tak sentuh.

“Saya cakap terus terang, tetapi bagaimanapun penjelasannya, sebahagian orang Melayu tak akan boleh terima, semua seronok dengan agenda sendiri,” kata bekas Menteri Kesihatan itu.

“Saya minta siapa yang tak faham, tengok balik teks ucapan saya dalam laman web MCA pun ada, saya cuma cakap pasal pembangunan di Malaysia, bukan satu kaum dapat semua, (kaum) yang lain dinafikan, tak ada. Semua orang punya kepentingan bersama, untung sama-sama ada yang melatah,” kata beliau dalam temu bual bersama Berita Minggu hari ini.

Pelbagai pihak membidas Dr Chua ekoran ucapan dan resolusi yang diputuskan oleh kongres itu.

Dalam kenyataan baru-baru ini, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mendakwa kenyataan Dr Chua supaya ekuiti Bumiputera dikurangkan adalah bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan negara.

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung resolusi Kongres Ekonomi Cina itu.

Anggota Mapem dan juga Yang Dipertua Dewan Perniagaan Melayu Selangor (DPMMS) Tan Sri Rozali Ismail berkata memorandum berkenaan akan dihantar bertujuan menyatakan pendirian Mapem berhubung resolusi dan kenyataan Presiden MCA yang tidak mengambil kira sensitivity masyarakat Melayu.

Ketika bercakap kepada pemberita di Ipoh semalam, Dr Chua berkata ucapan beliau yang menyentuh isu ekuiti Bumiputera dalam Kongres Ekonomi Cina Malaysia pada Sabtu lalu adalah sekadar pandangan dan bukannya satu bentuk desakan.

Katanya apabila diadakan kongres, maka pelbagai pandangan akan dikemukakan dan ia adalah untuk kepentingan negara dan bukan untuk sesuatu kaum saja.

Sambil berkata beliau tiada kuasa menghalang orang daripada bercakap, Dr Chua berkata beliau hanya katakan saya tidak bercadang merampas hak sesiapa dan hanya kemukakan pandangan bagaimana negara dapat berdaya saing pada peringkat antarabangsa.

“... bagaimana yakinkan pelabur dan pertingkat pertumbuhan negara supaya dalam masa singkat, 10 tahun ini kita mencapai negara berpendapatan tinggi... itu saja, bukan saya nak hentam sesiapa,” katanya.

Berhubung soala MCA tidak takut berkongsi pandangan dengan DAP dalam perkara yang bawa keuntungan kepada masyarakat Cina, Dr Chua berkata, kalau pandangan berkaitan kepentingan Cina, itu bukan monopoli DAP.

“... jangan cakap DAP jadi jaguh masyarakat Cina. Kalau kita (MCA) sentuh kepentingan Cina, (orang) kata MCA macam DAP... jadi, orang Cina kata betullah DAP jaga Cina sebab (orang) Umno pun cakap macam itu.

“Jadi, MCA jaga siapa? Hujah macam ini sudah tak boleh pakai. Apa yang saya dan pemimpin MCA sentuh... macam DAP.

“Jadi, DAP cakap mereka jaga kepentingan Cina sebab tengok Umno pun cakap macam itu dan orang Cina pun percaya, MCA tak boleh pakai. Apabila kita (Barisan Nasional) tak dapat sokongan orang Cina, kita cakap sebab Cina tak suka MCA, tapi yang bunuh MCA siapa?” kata beliau.

Sehubungan itu, Dr Chua juga menyangkap pandangan tokoh sejarah yang berpendapat perbahasan mengenai isu Melayu-Cina kini mula kelihatan seperti kempen pilihan raya umum 1969 yang kemudian membawa kepada rusuhan kaum.

Dr Chua menyoal: “Anda ingat sekarang Cina dan Melayu gaduh?”

Sebaliknya kata beliau, pada masa sekarang rakyat lebih rasional dan mereka tahu bagaimana duduk semeja dan berhujah memberikan pendapat.

“Perdana Menteri pun hadir (kongres) dan tak merajuk, ada juga peserta Melayu. Saya lihat susah nak kerja macam ini.

“Semua suka kita berpura-pura sehingga sekarang pemuda Cina dan Melayu di bandar tak sokong kerajaan. Sekarang kita dibelenggu budaya pura-pura,” katanya.

Karpal Singh Tolak Hudud: Sampai bila Nik Aziz kata pendapat peribadi?

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud adalah pandangan peribadi pemimpin parti pembangkang itu.

Menteri Besar Kelantan berkata suara-suara sumbang yang timbul mengenai hukum hudud adalah pendapat peribadi dan bukan kenyataan rasmi parti itu.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di Kota Baharu hari ini.

Nik Abdul Aziz (kiri) berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal semalam yang tidak bersetuju dengan cadangan beliau pada Khamis lepas bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," kata Karpal.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau yakin Karpal menentang hukum hudud kerana tidak mendapat penerangan yang jelas mengenainya.

"Kebanyakan pemimpin DAP adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, mereka sepatutnya mendapat penerangan mengenai perkara itu (hudud) daripada mereka yang arif di peringkat pusat," katanya dan menurutnya beliau sedia memberikan penerangan mengenai hukum hudud kepada Karpal.

Ketika ditanya apakah tindakan PAS untuk mengelak wujudnya suara-suara sumbang daripada rakan politiknya berhubung isu hukum hudud itu, Nik Abdul Aziz berkata ia adalah sesuatu yang sukar.

Thursday, August 19, 2010

Perlu M16: Tony Pua hantar sendiri?

11 ogos lalu Tony Pua wakil rakyat DAP mendakwa menerima kiriman peluruh hidup M16.

Pihak polis telah memanggil Tony Pua dan pembantunya untuk melengkapkan sissatan mengenai kiriman tersebut.

Cap jari Tony dan pembantunya juga diambil oleh pihak polis untuk tujuan ujian DNA.

AYT dari awal-awal lagi mengsyaki bahawa peluru hidup itu ada kemungkinan dikirim daripada pihak Tony Pua sendiri.

Matalamat wakil rakyat DAP ini adalah untuk mengaburi mata rakyat, bahawa kononnya kenyataannya yang mahukan diskaun 7% terhadap pemilikian hartanah bumiputera bagi harta yang bernilai RM500 ribu keatas dimansuhkan.

Ekoran daripada kenyataan tersebut beberapa NGo termasuk perkasa pribumi negara telah mendesak agar Tony pua disiasat di bawah isa kerana mencabar kontrak sosial yang terkandung dalam perlembagaan negara.

Akibat daripada desakkan tersebut, maka Tony Pua atau pihaknya menzahirkan keadaan yang tidak selamat bagi dirinya dan mengirimkan kepada dirinya sendiri peluru M16 hidup agar boleh menggambarkan bahawa peluru hidup tersebut dikirim oleh pihak tertentu daripada kaum bumiputera.

Pada 11 Ogos lalu, sebuah bungkusan dialamatkan ke pejabat Pua di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu khas di pejabatnya dan beliau menjumpai sebitir peluru hidup bagi senapang M-16 dan sepucuk surat ugutan.

Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani?

"Sekarang lu mau apa?

"Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas.

"Apa pasal?

"Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah tau.

Kapal selam tidak boleh selam: Apa nak heboh? buktikan pada yang tak percaya

Kalau pihak pembangkang nak tahu sangat bahawa kapal selam Malaysia tidak boleh menyelam, buktikan lah sendiri.

Apa nak heboh.

Kepada menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, buktikan dakwaan tersebut palsu dan bohong.

Rakyat bukan lah bangang sangat percaya bahawa dakwaan pembangkang kononnya kapal selam pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

Siapa yang percaya dakwaan itu? Mana ada kapal selam tidak boleh menyelam.

Kenyataan Nurul Izzah wakil rakyat lembah Pantai di Jakarta pada 4 Ogos lalu adalah kenyataan dari sesorang yang hanya tahu menabur fitnah dan bohong. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Rakyat dak tahu bahawa KD Tunku Abdul Rahman adalah sebuah kapal selam yang canggih, kerana itu baru-baru ini berjaya melancarkan perlu berpandu excocet dari dasar laut ke permukaan dan keputusannya, sasaran adalah tepat.

Namun, AYT menganggap bahawa kenyataan Nurul Izzah kepada warga luar mengenai asset pertahanan negara adalah sifat seseorang yang tidak setia kepada negara.

Pihak keselamatan negara perlu bertindak kepada wakil rakyat lembah pantai itu, kerana mencuba mendedahkan pertahanan negara kepada pihak luar.

Apa kata Anwar pada polis isu kain rentang berlambang Sultan Johor?

Anwar Ibrahim berkata isu kain rentang provokatif itu yang bertujuan mengheret institusi diraja ke kancah politik kepartian sebagai muslihat dan niat buruk dengan matlamat menimbulkan kemarahan rakyat Johor, terutamanya di kawasan majoriti Melayu di luar bandar.

"Sudah tentu perkara ini tidak menguntungkan PKR ataupun Pakatan Rakyat. Ia sengaja dihantar ke kawasan majoriti orang Melayu, seolah-olah kita memperkenalkan Datuk Chua Jui sebagai Menteri Besar Johor.

"Ini tidak benar. Apa yang diputuskan oleh parti adalah beliau dilantik untuk membina kekuatan bagi PKR dan Pakatan Rakyat di negeri Johor. Apabila kuat dan boleh menubuhkan kerajaan, maka kita pertimbangkan bakal menteri besar johor.

Sekiranya Pakatan rakyat menguasai Johor, ini bermakna Datuk Chua diterima di negeri itu, apa salahnya jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar. Dalam pelembagaan negara tidakpun disebut bahawa kaum lain tidak boleh dilantik ke jawatan menteri besar.

Namun kata Anwar tulisan pada kain rentang itu bukan amalan pakatan.Apatah lagi apabila ia melibatkan nama baik Tuanku Sultan Johor. Jadi kita minta pihak polis siasat dengan segera dan teliti," kata Anwar.

Keterangan itu dibuat mengikut seksyen 112 kanun Prosedur Jenayah.

Tiga anggota polis hari ini merakam kenyataan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibupejabat parti itu di Tropicana, Petaling Jaya.

Wednesday, August 18, 2010

Teoh Beng Hock mungkin dipukul di tengkuk sebelum ditolak jatuh:Dr Pornthip

Pornthip memberi keterangan hari ini melalui inkues kematian Teoh Beng Hock. Dr pakar Thailand itu berkata bahawa beliau mendapati pendarahan di tengkuk Teoh sehingga ke bahagian otot mangsa. Kesan berkenaan juga, katanya lebih luas daripada kesan dicekik kerana cengkaman fizikal di bahagian leher adalah lebih kuat.

Menurut Pornthip berdasarkan 34-35 kes kajiannya hasil jatuh daripada tempat tinggi sebelum ini, tidak ada yang mempunyai kesan seumpama itu. Katanya, dia berpendapat tidak mungkin lebam adalah kerana impak akibat jatuh.

Pornthip juga menolak kemungkinan lebam itu disebabkan keretakan tulang belakang. Beliau mempertahankan pemerhatiannya sebelum ini bahawa ia adalah kecederaan sebelum jatuh yang dilakukan dengan “tekanan dan kuasa yang lebih besar” yakni Beng Hock dipukul di bahagian tengkuk sebelum di tolak jatuh berbanding dicekik.

Pakar Thai itu juga mengatakan bahawa temuannya melalui postmortem ke-2 adalah konsisten dengan anggapannya bahawa , ia mungkin “ seseorang meletakkan sesuatu di tengkuk Teoh atau menekan kepalanya ke atas sesuatu”.

Ahli patologi forensik Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand mula memberi keterangan di bangunan mahkamah di Shah Alam, jam 9.31 pagi bagi menyambung keterangan inkues kematian Teoh Beng Hock.

Beliau menceritakan penemuan dan kesimpulannya berhubung bedah siasat kedua yang dijalankan.

Pornthip, sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan mendakwa hasil pemerhatiannya mendapati kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah kerana dibunuh manakala 20 peratus lagi akibat bunuh diri.

Kehadirannya di mahkamah pagi ini disambut tepukan gemuruh oleh penyokong Teoh yang memenuhi bilik perbicaraan hari ini.

Aktivis telah berkumpul bagi menghadiri inkues ini bukan sahaja sebagai sokongan kepada Teoh dan mendengar keterangan terbaru Pornthip tetapi juga untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada pejabat Peguam Negara berhubung sekeping 'nota misteri'.

Bekas ketua forensik Unit Siasatan Lokasi Jenayah, Amidon Anan, juga berada di mahkamah hari ini. Beliau hadir atas kapasiti peribadi.

Koroner Azmil Munthapa Abas memulakan prosiding dengan memanggil Pornthip sebagai saksi pertamanya.

Beliau kemudian disoal oleh peguam, Malek Imtiaz Sarwar, yang mewakili kerajaan negeri Selangor dengan meneliti laporannya dan beberapa gambar yang diambil pada bedah siasat kedua. Banyak lagi laporan menyusul

AWAS!!! MCA tiada setia kawan lagi

UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP.

Soi Lek telah membuat pendirian bahawa pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.

MCA kini terutama Soi Lek sebagai pemimpin MCA telah lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.

Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain telah lupa bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.

Soi Lek kini sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.

Sepatutnya Soi Lek belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.

Tindak tanduk presiden MCA itu akhir-akhir ini mengarah kepada sikap cauvanis ala DAP. Soi Lek secara tersirat sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN.

Tuesday, August 17, 2010

Hanya belasah melayu maka MCA tetap kekal relevan

MCA kini senada dengan parti DAP. Membelasah melayu adalah agenda utama parti itu untuk kekal relevan kepada kaum cina.

Kini MCA bersaing untuk mendapat sokongan kaum cina. Keputusan PRU-12 lalu, MCA nampak, apabila agenda utama DAP membelasah melayu, maka DAP hampir menyapu bersih kerusi kawasan cina.

MCA lupa bahawa MCA dan DAP berlainan ideologi. DAP bersama Pakatan, manakala MCA bersama BN.

Presiden MCA melakukan kesilapan besar apabila mengambil jalan senada dengan DAP. Walaupun senada kaum cina tahu betul, bahawa MCA dan DAP adalah tidak sama.

AYT tidak yakin bahawa kaum cina akan kembali kepada MCA hanya kerana mengikuti tindak tanduk DAP. Chua Soi Lek tersilap langkah.

Parti melayu dalam hal ini Umno dimana sejak awal kemerdekaan berganding bahu dengan MCA, kini mula curiga kepada kesetiaan parti cina itu.

Dua orang pemimpin utama Umno yakni Timbalan presiden(Muhyiddin Yassin) dan Naib presiden (Hishammuddin Hussien) telah memperingkatkan Chua agar jangan melakukan tuntutan yang mengundang kemarahan kaum lain terutama melayu/bumiputera.

Apapun alasan Chua, hak melayu tidak boleh dipertikai kerana ianya sudah termaktub dalam perlembagaan negara melalui artikel 153.

Apa sangat penyakit melayu/bumiputera ini? sehinggakan hak mereka dipertikai dan menjadi alasan kepada kemunduran ekonomi negara?

Tahun 80-an hingga tahun 2005 lebih 20 tahun, ekonomi negara begitu pesat sekali, sehingga Anwar pernah menulis, bahawa Malaysia akan muncul sebagai naga ekonomi asia.Bukan kah pada masa-masa itu hak-hak melayu/bumiputera adalah tetap sama.

Jangan lah kerana kaum sendiri menolak kerana faktor sentimen perkauman, maka asas perjuangan yang telah lama sebati diubah demi mengikuti rentak parti yang dari awal-awal lagi menunggu merosakkan kontrak sosial yang telah diasaskan oleh pemimpin terdahulu.

Kepada MCA tindak tanduk anda belum terlambat. Tiada kaedah lain kah menarik sokongan kaum cina selain daripada membelasah kaum melayu/bumiputera?

Terlalu banyak jalan untuk sampai ke satu destinasi, biarlah jalan itu jauh tetapi jalan itu selamat dan tidak berperiuk api.

Jalan dekat melalui membelasah melayu, akan mengundang padah yang amat dahsyat. Pertimbangkan lah.

Lagi-lagi RPK: Kini skandal romantis Gani Patail pula

Panas: Lagi Skandal, Raja Petra Kamaruddin Kini Dakwa Peguam Negara Pula Ada Hubungan Sulit Dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa.

Tidak cukup dengan pendedahan mengenai hubungan pengadu dan saksi utama perbicaraan liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan hubungan sulit Saiful dengan Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Prof Datuk Khairil Annas Jusoh, kini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin melontarkan 'bom' yang bakal menggegarkan badan kehakiman negara - dakwaan hubungan sulit antara Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad.

Dalam kolumnya 'No Holds Barred' Raja Petra atau RPK menulis dalam artikel berjudul 'Okay, What About This Affair Then?' bertarikh 16 Ogos, hubungan sulit antara Abdul Gani dan Azailiza adalah 'rahsia terbuka' dikalangan kakitangan Jabatan Peguam Negara.

"Ya, semua orang tahu mengenai hubungan sulit ini. Ia bukan rahsia. Peguam Negara dan Azailiza selalu ke luar negara bersama, dan untuk menjimatkan wang pembayar cukai, mereka memilih untuk berkongsi bilik daripada menyewa bilik berasingan.

"Nampak gayanya banyak sangat skandal seks di Istana Keadilan. Apatah lagi Ketua Hakim Negara mengahwini isteri kedua di Thailand secara tidak sah dan kemudiannya menghapuskan bukti bagi mengelak pendakwaan, seperti juga kawan kita Ahli Parlimen dari Sabah. Terfikir kita sama ada mereka mempunyai cukup masa untuk menyediakan kes di mahkamah," kata RPK secara sinis.

Patutlah Gani Tak Mahu Sah Atau Nafi Cinta Saiful

RPK mengaitkan pendedahan beliau terhadap Abdul Gani dengan dakwaan skandal antara Saiful dan Farah.

"Kenapa Peguam Negara tidak mahu mengesah atau menafikan dakwaan bahawa salah seorang anggota pasukan pendakwaan mengadakan hubungan dengan saksi utama?

Alangkah mudah sekiranya beliau terus menafikannya dan selesai semua masalah?

"Beliau tidak mahu mengambil risiko ke atas dirinya kerana pertamanya beliau tahu sekiranya beliau menafikan lebih banyak keburukan akan terdedah. Lebih-lebih lagi beliau risau saya akan mendedahkan satu lagi hubungan sulit iaitu antara beliau dengan Ketua Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Datuk Azailiza Mohd Ahad," kata RPK dalam artikelnya.

RPK mendakwa mahkamah pada hakikatnya akui hubungan romantis Saiful-Farah kerana ia tidak berminat samada perkara itu berlaku atau tidak.

Mahkamah hanya mahu tentukan sama ada hubungan itu akan jejaskan kes atau tidak. "Dalam erti kata lain, adalah berlaku ‘pillow talk’ semasa hubungan diadakan? Dan mahkamah pun sudah yakin tidak ada 'pillow talk' hanya hubungan intim sahaja. Jadi tidak ada salah pendakwaan dan maka itu pertuduhan terhadap Anwar tidak harus digugurkan," katanya. Beliau juga buat kesimpulan terhadap keputusan menolak permohonan pasukan pembelaan membuang kes itu

Golongan pelampau indonesia "laskar merah putih" menyerang kedutaan kita di Jakarta

Golongan pelampau laskar merah putih juga lalu pada tahun lalu mengancam rakyat Malaysia yang ada di Indonesia dengan bambu runcing.

Semalam gerombilan ini juga lah yang datang mengepung kedutaan kita di negara itu.

Penunjuk perasaan yang berjumlah lebih 60 orang itu datang mengepung kedutaan selama 1 jam.

Dalam masa kepungan tersebut, gerombolan tersebut sempat merosakan pintu masuk Kedutaan dan mereka juga memasang bendera nasional indonesia Merah Putih.

Semasa tujuk perasaan tersebut mereka melaung-laungkan siap berperang dengan Malaysia.

Hari ini 17 Ogos adalah hari kemeredekaan Indonesia yang ke 65. Rupanya salah satu agenda gerombolan laskar merah putih Indonesia itu adalah menginginkan perang.

Dalam perkembangan berkaitan Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia semalam telah menghantar nota bantahan kepada Kementerian Luar dan Polis Republik Indonesia kerana gagal mengawal keamanan dan keselamatan harta di kawasan kedutaan.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afzaruddin Syed Hassan berkata, beliau telah menghantar nota bantahan itu kerana sekumpulan orang yang mengadakan tunjuk perasaan telah merosakkan harta-benda di kawasan bangunan milik kedutaan pada isnin.

"Saya kecewa kerana anggota polis yang bertugas gagal menghalang para penunjuk perasaan daripada merosakkan harta milik kedutaan," kata Dubes kita itu.

Tunjuk perasaan yang diadakan bagi membantah penahanan tiga pegawai Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia oleh Pasukan Gerakan Marin Malaysia Jumaat lalu ketika mereka menahan sejumlah nelayan Malaysia yang dikatakan menceroboh perairan negara jiran tersebut.

Sementara itu, pemantauan Utusan Malaysia di hadapan Kedutaan Besar Malaysia yang menjadi lokasi tunjuk perasaan itu mendapati sejumlah anggota penunjuk perasaan telah merosakkan tulisan 'Kedutaan Besar Malaysia dan Perwakilan Staf Malaysia ke ASEAN Jakarta' yang dipasang pada tembok kedutaan tersebut.

Mereka juga menutup jalan utama menuju ke kedutaan dan pintu utama kedutaan dengan menggunakan bendera berwarna merah dan putih sepanjang 20 meter.

Ketua Umum Laskar Merah Putih, Edy Hartawan berkata, bendera itu akan terus dipasang pada pintu utama kedutaan Malaysia sebagai tindakan protes atas penangkapan tiga rakyat Indonesia oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Pintu utama kedutaan kita tutup, tetapi terserah kakitangan kedutaan untuk menggunakan dua lagi pintu bahagian belakang bangunan berkenaan," katanya ketika ditemui pada demonstrasi yang berlangsung kira-kira dua jam bermula pukul 2.30 petang yang dikawal 30 anggota polis itu.

Terdahulu, Syed Munshe Afzaruddin menemui Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Fadel Muhammad bagi menjelaskan situasi kejadian tersebut.

Syed Munshe Afzaruddin ketika ditemui pemberita berkata, Malaysia berjanji menyelesaikan masalah itu dengan segera.

"Ibaratnya mengambil rambut dari dalam tepung kerana ia masalah kecil. Kita sudah melakukan penyelesaian dengan baik," kata beliau.

Beliau berharap masalah tersebut tidak akan merosakkan hubungan baik Malaysia-Indonesia pada masa ini.

Ditanya bilakah tiga pegawai terbabit akan dibebaskan, Syed Munshe Afzaruddin hanya berkata; "Insya-Allah."

Dalam pada itu, Fadel berkata, ketiga-tiga petugas yang ditahan akan dibebaskan dalam masa terdekat.

"Dalam waktu satu dua hari ini (dilepas)," ujar Fadel ketika ditemui selepas pertemuan dengan Duta Besar Malaysia.

Jumaat lalu, tujuh nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia kerana didakwa menangkap ikan di perairan negara jiran tersebut.

Bagaimanapun, Pasukan Gerakan Marin (PGM) Malaysia menahan tiga anggota penguat kuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia itu ketika sedang menunda bot nelayan Malaysia ke perairan republik itu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot dilaporkan berkata, nelayan Malaysia itu ditahan ketika menangkap ikan di perairan Kota Tinggi, Johor.

Beliau turut mengakui PGM melepaskan dua das tembakan suar sebagai amaran setelah bot penguat kuasa itu enggan berhenti sebaliknya memecut meninggalkan perairan Malaysia.

Hasil pemeriksaan di dalam lima bot nelayan tersebut menemui lapan nelayan tempatan bersama tiga anggota penguat kuasa terbabit.

Tujuh nelayan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia difahamkan kini berada di Pekan Baru, Riau.

Blog Archive