Saturday, October 31, 2009

Nizar: Pergolakan Dalaman Parti Pas dan PKR Menguntungkan UMNO

Bagi kebanyakan pemimpin dan pemerhati politik, krisis dalaman yang sedang melanda Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS di Selangor sejak kebelakangan ini bukan sesuatu yang memeranjatkan.

Malah ada di antara mereka percaya masalah ini akhirnya akan melumpuhkan kerjasama tidak rasmi di antara parti-parti pembangkang itu.

"Inilah yang akan berlaku apabila beberapa parti bergabung secara tidak rasmi untuk mentadbir kerajaan. Mereka bekerjasama dengan parti yang berlainan ideologi untuk mentadbir rakyat, tapi pada masa yang sama nak kena jaga wakil rakyat dan pemimpin masing-masing," kata pemerhati politik Prof Madya Shaharuddin Badaruddin.

Pensyarah di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara itu membayangkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar dari PKR sebagai bukti kegagalan PKR menjaga wakil rakyatnya.

"Malah saya menjangka akan ada lagi wakil rakyat-wakil rakyat kerajaan pakatan pembangkang ini yang akan keluar parti, masing-masing sebab tak puas hati," katanya kepada Bernama.

Menghurai lanjut permasalahan yang melanda PKR dan PAS dan kesan permasalahan itu kepada pakatan pembangkang, Shaharuddin berkata keadaan mungkin berpunca daripada dasar `ketelusan' yang cuba diamalkan oleh kerajaan pakatan, selain kegagalan pemimpin-pemimpin parti memisahkan ideologi parti dan dasar kerajaan.

"Kadang-kadang ada keputusan kerajaan tidak disenangi oleh beberapa pemimpin parti dan mereka meluahkan perasaan masing-masing berasaskan prinsip ketelusan, tetapi dalam hal ini akan ada pihak dari parti lain yang tersinggung maka timbullah masalah baru," katanya.

Semua itu kata beliau berpunca daripada perbezaan ideologi parti masing-masing dan ketiadaan saluran rasmi untuk menyelesaikan masalah berbangkit telah memburukkan keadaan.

"Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang mempunyai saluran rasmi dan setiap masalah diselesaikan melalui saluran itu, pakatan pembangkang tidak ada dan ini menyukarkan mereka untuk bekerja menyelesaikan masalah antara parti," kata Shaharuddin.

Beliau berpandangan cara terbaik untuk pakatan pembangkang menyelesaikan masalah di antara mereka adalah menubuhkan gabungan secara rasmi.

"Sekarang cuma bergabung secara `sleeping partners', tak ada satu ideologi yang dipersetujui semua, justeru tidak boleh mentadbir sebagai satu parti. BN walaupun dianggotai pelbagai parti tetapi mereka mentadbir sebagai satu parti.

"Pada saya pakatan sepatutnya begitu. Tambahan pula ROS (Pendaftar Pertubuhan) dah kata syarat tujuh anggota itu tidak terpakai kepada parti politik, jadi apa lagi yang ditunggu? Rasmikan saja dan jadikan sistem politik negara kita sebagai sistem dua parti," katanya.

Bagaimanapun menurut Prof Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk dari Universiti Sains Malaysia, agak sukar untuk pakatan pembangkang merasmikan gabungan mereka.

"Masing-masing berpakat cuma untuk menang pilihan raya, dan sama sekali tidak mempunyai kesefahaman daripada segi ideologi, khususnya antara PAS dan DAP, malah PAS dan PKR pun.

"Malah saya tidak pasti perbezaan ideologi antara PAS dan DAP ini boleh diatasi sebab terlalu jauh berbeza," kata pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan itu.

Azeem juga berpendapat ketiga-tiga parti itu memerlukan masa yang lebih lama untuk membentuk gabungan rasmi kerana ada isu-isu tertentu seperti penentuan parti induk dan ideologi bersama yang harus dipersetujui terlebih dahulu.

Mengulas lanjut, Azeem menyifatkan pakatan pembangkang adalah rapuh dan hanya berpaut pada satu dahan iaitu ketua pembangkang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya melihat Anwar sebagai gam yang menyatukan ketiga-tiga parti ini tetapi sekarang beliau sendiri menghadapi masalah, yang pada saya akan menjejaskan kerjasama pakatan itu sendiri, " katanya lagi.

Beliau juga berpendapat kegagalan parti-parti pakatan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman masing-masing akan beransur-ansur melumpuhkan kerjasama di antara mereka.

"Kalau dasar-dasar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak diterima baik rakyat, tidak mustahil pakatan pembangkang akan menghadapi masalah mengekalkan pentadbiran di negeri-negeri yang ditawan mereka sekarang," kata Azeem.

Sementara itu seorang lagi pemerhati politik yang juga sumber dalaman PAS memberitahu Bernama adalah mustahil untuk parti bertunjangkan agama Islam itu mengenepikan matlamat mereka iaitu menubuhkan negara Islam.

Malah kata beliau, perbezaan ideologi adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada pertelingkahan antara PAS dan DAP di Selangor.

"Saya akui memang payah untuk pakatan ini menjadi satu gabungan rasmi sebab PAS tidak akan sekali-kali mengetepikan perjuangannya untuk menubuhkan negara Islam, dan DAP pula tidak akan bersetuju.

"Tetapi saya akui ada di kalangan pemimpin PAS Selangor ini yang tidak kisah untuk menggadai perjuangan parti asalkan dapat kuasa dan ini yang sedang berlaku sekarang," katanya yang merujuk kepada siasatan oleh jawatankuasa disiplin parti terhadap beberapa pemimpin PAS Selangor yang didakwa bermasalah.

Meneliti hujah-hujah yang dikemuka pemerhati-pemerhati politik ini timbul persoalan sama ada parti-parti dalam pakatan pembangkang itu mampu mencapai kesepakatan sebenar seperti yang berlaku dalam BN atau akhirnya akan terungkai seperti yang berlaku sebelum ini.

Nizar News: Gerakan Oh Gerakan Nak Keluar BN! Keluar Lah

Cadangan supaya Gerakan membuat pertimbangan serius untuk keluar daripada BN dalam masa setahun mencetuskan pelbagai reaksi dalam persidangan Pemuda parti itu.

"Ia (keluar BN) merupakan satu cadangan. Bagaimanapun, menimbulkan banyak reaksi daripada perwakilan kerana ia tidak dapat diterima sama sekali.

"Jadi, dengan sebulat suara, kami tolak cadangan itu," kata Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin.

Tidak dapat dipastikan sejauh mana reaksi perwakilan terhadap usul tersebut kerana persidangan tahunan Pemuda dan Wanita Gerakan dilangsungkan secara tertutup.

Beliau diminta menjelaskan sama ada usul kontroversi itu diterima setelah Pemuda Gerakan selesai melangsungkan persidangan tahunannya ke-22 kira-kira jam 3.30 petang tadi.

Usul daripada negeri yang dirahsiakan itu menyebut: "Pemuda Gerakan menyeru agar parti Gerakan membuat pertimbangan dengan serius sama ada untuk berundur dari BN dalam tempoh satu tahun yang seterusnya."

Ditemui selepas persidangan pergerakan itu ditangguhkan, Lim mengibaratkan Gerakan sebagai penumpang dalam sebuah kereta, iaitu BN.

"Kalau kamu sedang berada dalam sebuah kereta yang laju, kamu tidak akan buka tingkap dan lompat keluar. Ini tidak masuk akal. Bila berada dalam kereta, kita kena pastikan kereta itu berjalan lancar dan sampai ke destinasinya.

"Bila sampai ke sana, baru kita boleh buat keputusan, kamu hendak masuk balik atau tidak dalam kereta, itu masalah kamu," katanya.

Ditanya kenapa usul tersebut dimuatkan untuk dibincang, beliau berkata:

"Untuk berlaku adil, kita kena terima semua resolusi daripada negeri. Kalau tidak, apa gunanya mengadakan persidangan tahunan."

Lim menegaskan, setelah berbincang terdapat cadangan yang diterima, ditolak dan diterima dengan pindaan.

Usul yang telah dikemaskini akan diserahkan kepada media selepas ini, tambahnya.

Sebanyak sepuluh usul dibincangkan, antaranya mendesak kerajaan memansuhkan ISA, meminda Akta Penerbitan dan mesin Cetak dan mengambil alih Lebuhraya Utara Selatan bagi mengurangkan beban rakyat./ENDS

Nizar News: Pernahkah Anda Nampak Pokok Ini!!

Spesies pokok Piper methysticum telah dikenal pasti dapat memperlahankan aktiviti minda dan mengurangkan tekanan (migraine) dan keresahan akibat kerja berlebihan sama ada di pejabat, di sekolah dan lain-lain..

Pokok yang dikenali sebagai Kava kava boleh ditemui dengan banyaknya di negara pulau Polynesia termasuk Hawaii. Spesis ini telah digunakan sejak berzaman-berzaman sebagai herba mujarab.

Daun dan batang yang besar dan hijau ini dipercayai dapat mengurangkan kesan toksik dalam pemakanan. Pada bahagian akarnya boleh digunakan sebagai ubat migraine dan keresahan.

Mungkin inilah pilihan yang terbaik untuk menggantikan ubat dan pil-pil yang dibeli atau dibekalkan oleh doktor

Nizar News: Satu Delima Kah Atau Satu Takdir?? Oh Kota Belud Ku!!

Minggu lepas saya sempat berborak-borak dengan pemimpin periangkat bawah umpamanya pemaju mukim, ketua kampung, pengerusi JKKK dan pemimpin masyarakat non-formal.

Melalui borak-borak tersebut terungkai perasaan tersemat dalam sanubari masing-masing yang lama terpendam. Satu perkataan sahaja semuanya boleh menjawab perasaan tersebut. Perkataan tersebut adalah :DENDAM!!!

Melalui artikel ini saya kecilkan skop berfikir saya hanya menulis soal Kota Belud. Sebabnya Kota Belud adalah daerah kelahiran, di mana membesar dan di mana mendapat pendidikan sedikit.

Melalui borak-borak tersebut tergambar sangat bahawa perasaan sebahagian mereka yang menjadi PEMIMPIN formal maupun non-formal perasaan yang tersemat dan menebal adalah DENDAM. Antara mereka tersemat sifat itu, kerana sepanjang hayat mereka, keadaan SEPERTI ENAU DALAM BELUKAR terus menguasai kehidupan mereka.

Kerana sifat DENDAM ini perasaan mereka untuk menidakkan hak orang lain sangat mudah dilakukan. Pertimbangan agama apatah lagi akal, tidak lagi menjadi pautan atau panutan, yang penting DENDAM mesti diteruskan.

Perasaan DENDAM ini tidak terhad kepada para pemimpin bawahan, malah telah merebak diperingkat organisasi seperti pejabat-pejabat kerajaan maupun bank-bank. Alasannya, lingkungan mempengaruhi mereka.

Para petugas atau pemimpin ini hidup bergaul dengan lingkungan yang penuh dengan rasa DENDAM, kerana itu tindak tanduk dan tindakan mereka bercermin kepada satu perkataan itu: DENDAM.

Perasaan DENDAM ini lah yang mengakibatkan Daerah tumpah darah saya ini terus MUNDUR. Ramai penganalisis politik daerah terus melompat kepada PARA pemimpin Politik kelas kakap baik yang terdahulu maupun yang terkini merupakan penyebab kenapa daerah ini terus MUNDUR.

Namun melalui borak-borak tersebut dengan menggunakan ilmu sosiologi, ternyata KEMUNDURUAN daerah ini sebahagian besarnya terletak kepada para pemimpin bawahan dan non-formal serta organisasi-organisasi yang di daerah ini. Sumbangan Kemunduran ini datang dari para pemimpin kelas kakap kalau diterjemah dalam bentuk angka hanya pada tahap 20%.

Sumbangan tingkat kemunduran ini datang daripada organisisi kerajaan yang ada di daerah tidak terkecuali pejabat daerah yang diketuai oleh Pegawai daerah. Alasan diberikan demikian adalah: perancangan, data yang disalurkan, penerangan situ sebenar tidak digambarkan dalam bentuk laporan. Misalnya data kemisikinan, senantiasa tidak kemas,kerana sebahagian besar data dihasilkan melalui meja kedai kopi.

Selain itu kecenderungan para staff organisasi ini yang bersaing dengan rakyat dalam mempopularkan diri, mendapat projek-projek bantuan kerajaan yang disalurkan ke daerah, biasanya 90% akan dilaksanakan dan dianugerahkan kepada mereka yang "makan Gaji" dengan kerajaan malah masih berkerja di organisasi kerajaan tersebut.

Ambil contoh data kemisikinan tegar, miskin, miskin muda, coba tanya pada Pegawai Daerah, apa kah data yang ada adalah yang benar? Kononnya benar kerana diperoleh dari data perangkaan. Data perangkaan itu betul? Saya sempat melihat senari-senarai tersebut, penduduk-penduduk yang jelas dalam kategori miskin tegar umpamanya tidak tersenarai, akan tetapi mereka yang boleh dikata terlalu jauh berupaya tersenarai. Contoh ini kata orang hanya "tips of iceberg".

Kenapa ini boleh BERLAKU ATAU TERJADI? sebabnya adalah DENDAM. Jangan Jadikan dia HIDUP Selesa: MOTTO dalam sanubari. Biarkan mereka terus mengemis, agar mudah diperkotak katikan.

Para pemimpin peringkat daerah MENGANGGAP diri mereka lebih tahu dibanding Perdana Menteri atau Menteri-menteri. Kerana itu apabila perdana menteri memberi garis panduan tentang kemiskinan, mereka ubah! Sipulan walaupun tiada pendapatan tetap, tetapi BADANNYA SUSUK, TEGAP. Kerana itu bukan termasuk definsi perdana menteri.

Mereka menilai pada zahirnya untuk masa jangka pendek. Mereka tidak diajar oleh Tauke mereka melihat untuk jangka panjang. Mereka diajar oleh tauke politik mereka dalam spin 5 tahun, bukan dalam spin panjang atau lama, kerana itulah setelah lebih 40 tahun, daerah Kota Belud merupakan Daerah termiskin di negara ini.

Nizar News: Ezam Challange Wan Azizah To Kick's Her Hubby From PKR

Former PKR Youth chief Ezam Mohd Nor has challenged party president Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail to kick her husband Datuk Seri Anwar Ibrahim out of the party.

He also called on Anwar to stop hiding behind Wan Azizah’s skirt.

Ezam said it was high time Wan Azizah made a choice, as she should not serve the interest of her husband at the expense of the party as Anwar is facing sodomy charges.

“Azizah should resign as president if she does not have the heart to sack her husband from the party,’’ he said yesterday.

Ezam was commenting on Port Klang assemblyman Badrul Hisham Abdullah’s decision to quit PKR on moral grounds.

Ezam said Wan Azizah should support Badrul’s decision to quit if she is consistent in upholding the principle of morality.

“As a wife, Wan Azizah has a responsibility to her husband, and she cannot possibly tell all to the public.

“But Wan Azizah should remember that she also has a responsibility to the party and its members, “If there is conflict of interest, Wan Azizah should just resign,’’ he said.

Badrul, when announcing his decision to quit PKR on Thursday, said Wan Azizah knew what was happening in the party and asked why she had been evasive.

He also said Wan Azizah was willing to cover up her husband’s weaknesses for the sake of her family but at the expense of the party and the rakyat. He said as a PKR member and an elected representative, he had a right to ask for the party president’s explanation on the matter.

Wan Azizah’s failure in fulfilling her duties and in addressing the serious moral problems affecting the party, was the main reason he quit, Badrul claimed.

Friday, October 30, 2009

Nizar News: Kes Liwat Anwar: Spesimen Saiful Akan Diketahui 6 November

Pihak pendakwaan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menunggu sehingga 6 Nov bagi keputusan Mahkamah Rayuan terhadap rayuan berhubung dokumen dan sampel spesimen yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Hasan Lah, yang mengetuai panel dianggotai hakim-hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulaiman Daud, selepas mendengar penghujahan daripada kedua-dua pihak, berkata mahkamah memerlukan masa untuk menimbangkan perkara itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap perintah Mahkamah Tinggi bagi pendakwaan membekalkan dokumen kepada Anwar, manakala Anwar membuat rayuan balas terhadap perintah Mahkamah Tinggi yang sama yang menolak permohonannya mendapatkan sampel spesimen daripada Mohd Saiful.

Sebelum itu, Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan, berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi dalam keputusannya memaksa pihak pendakwaan untuk membekalkan dokumen kepada Anwar mengikut Seksyen 51 Kanun Atur Cara Jenayah (CPC) telah terkilaf dalam menafsir seksyen itu kerana ia diterjemahkan tanpa sebarang justifikasi perundangan atau autoriti.

"Lebih penting lagi, pentafsiran baru yang diletakkan pada Seksyen 51 Kod itu oleh Mahkamah Tinggi adalah bertentangan dengan semua prinsip yang telah dibuat dan peraturan pentafsiran sesebuah statut," katanya.

Mohamed Yusof berkata masa yang sesuai bagi Anwar membuat permohonan mendapatkan dokumen itu ialah pada peringkat pembelaan kerana beliau mahukan dokumen itu untuk pembelaannya.

Peguam R Sivarasa berhujah bahawa Hakim Mahkamah Tinggi adalah betul dalam keputusannya selepas membaca secara menyeluruh skop Seksyen 51 dan oleh itu mahkamah tidak mempunyai asas untuk campur tangan berhubung perintah Mahkamah Tinggi.

Dalam rayuan balasnya, Sivarasa berkata bahawa pihak pembelaan memerlukan laporan kimia berhubung sampel spesimen bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.

Katanya mahkamah perlu memberikan sampel itu walaupun ia telah dimeterai oleh ahli kimia kerana ia boleh dibuka di bawah pengawasan mahkamah.

Mohamed Yusof berkata sebaik sampel spesimen itu dibuka ia akan tercemar.

Pada 16 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membenarkan permohonan pemimpin pembangkang itu untuk memaksa pihak pendakwaan membekalkan kenyataan saksi yang dirakam dari pengadu Mohd Saiful, Dr Osman Abdul Hamid dari Pusrawi, pemilik kondominium Hassanuddin Abdul Hamid, tiga keterangan saksi lain dan dokumen-dokumen lain.

Bagaimanapun, Anwar gagal mendapatkan sampel spesimen Mohd Saiful selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya.

Pada 24 Julai 24, mahkamah membenarkan penggantungan pelaksanaan bagi perintah itu kepada pihak pendakwaan, sehingga penyelesaian rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.

Anwar, 62, didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 3 Nov.

Nizar News: Hassan Ali Terperangkap Mainan Dap dan Khalid Ibrahim

Hassan Ali jadi mangsa keadaan. Isu beer yang Hassan tentang memakan dirinya. Nik Aziz Nahkoda Pas lebih percaya Khalid dan Roonie Liu dibanding Hassan Ali. Akibatnya Nik Aziz mengelar Hassan Ali sebagai pemimpin Pas yang bermasalah.

Akibat gelaran Nik Aziz tersebut, maka diadakan mesyuarat JK Pusat Pas secara tertutup. Melalui mesyuarat tersebut telah diambil 3 ketetapan: Pas tetap bersama Pakatan, Hassan Ali dan Pas Selangor diseret kepada JK Disiplin dan ketiga Pas akan mengadakan seminar bagi mengganti EGM yang dicadangan Nik Aziz bagi memecat Hassan Ali, Mustapha Ali dan Nasharuddin Mat Isa.

Hassan Ali dikatakan memberi masalah kepada kerajaan Pakatan di Selangor, kerana caranya yang memperjuangankan pentadbiran Islam, sementara Khalid menentangnya apatah lagi Roonie Liu dan Exco Dap lain.

Hassan Ali malah pernah mencadangkan agar Roonie Liu digugurkan sebagai exco walaupun kemudian ditarik balik.

Pentadbiran Khalid Ibrahim menyebabkan tumbuhnya kongsi gelap di Selangor, perjudian, kelab Malam, dan kedai-kedai menjual arak. Keadaan ini tidak menyenangkan Hassan Ali. Namun tegurannya secara tertutup bagaikan mencurah garam ke laut, kerana itu Hassan mengambil jalan bersuara melalui media.

Cara Hassan Ali ini tidak disenangi oleh Khalid dan Roonie Liu, kerana itu mereka memperalatkan Nik Aziz. Cara Khalid dan Roonie Liu ini hampir berjaya, kerana kini Hassan Ali kemungkinan akan dipecat dari Pas.

Bagi Hassan Ali, adalah lebih baik ikut jejak Badul Hisam untuk keluar Pas demi rakyat yang diwakilinya. Rakyat mahukan kemajuan. Jika Hassan Ali masih terikat dengan kerajaan Pakatan, sudah tentunya semua peruntukan akan dikekang. Apabila peruntukan tidak mengalir, maka tuduhan akan muncul, bahawa Hassan tidak mampu menjaga rakyat kawasannya, sepertimana tuduhan kepada Badrul. Badrul tidak diberi peruntukan untuk memajukan DUN Port Klang, sebaliknya peruntukan untuk kawasan tersebut dipindahkan ke tempat lain. Apabila rakyat merungut, Khalid Ibrahim kata Badrul tidak mampu menjalankan tugas dan memintanya letak jawatan sebagai ADUN.

Permainan Khalid dan Roonie Liu ini seperti permainan Nizar dan Ngeh di Perak. Jika ADUN yang ada dapat menelaahnya, lebih baik mereka keluar Pakatan demi rakyat yang memilih mereka, kerana jika tidak pun melalui PRU akan datang, mereka tidak akan dicalonkan lagi.

Nizar News: Disebalik Mesyuarat Tertutup JK Pusat Pas: 75% Ahli Mahukan Hassan Ali Digugurkan

Tindakan mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplinnya belum dapat meredakan konflik dalaman apabila komen-komen negatif berhubung perjalanan mesyuarat khas parti itu kelmarin mula tersebar.

Beberapa blog yang mengamat perkembangan PAS menggambarkan seolah-olah terdapat sesuatu yang tidak kena dalam mesyuarat panjang sehingga jam 1 pagi jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negerinya.

Ada yang mengatakan bahawa ada cadangan meminta Dr Hasan dipecat daripada jawatan mengetuai PAS negeri dan juga exco hal-ehwal Islam negeri itu.

"Alasannya kerana terlibat untuk mengadakan pakatan dengan Umno. "Bagaimanapun dikatakan TG Hadi Awang telah mempertahankan Dr Hassan dengan meminta agar tuduhan itu disiasat,".

"Alasan Abdul Hadi, kalau ada tuduhan, penyiasatan perlu dilakukan.

"Sehubungan itu jawatankuasa disiplin PAS yang diketuai (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man akan menjalankan siasatan ke atas Dr Hassan bersama ahli jawatankuasanya."

Ada bloger mendakwa 75 peratus ahli mesyuarat pada malam itu mahukan Dr Hassan digugurkan daripada jawatan pesuruhjaya PAS Selangor.

"Namun, permintaan majoriti ahli jawatankuasa pusat PAS ditolak begitu sahaja dan dibuat pengumuman bahawa keseluruhan PAS Selangor akan dihadapkan ke jawatankuasa disiplin," tulis Tulang Besi, penulis blog yang sering mendedahkan konflik dalaman parti.

"Keputusan yang diumumkan oleh Tuan Guru Presiden malam tadi bukan keputusan yang dipersetujui oleh para ahli jawatankuasa pusat PAS.

"75 peratus daripada keseluruhan ahli jawatankuasa yang hadir bercakap dan hanya Cikgu Pa (setiausaha agung, Datuk Mustafa Ali) serta Datuk Abu Bakar Chik sahaja yang menyokong Dr Hassan.

"Yang lebih menyedihkan apabila Tok Guru (mursyidul am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang membentangkan tulisan beliau dalam blog beliau jelas tidak mahu berganjak daripada apa yang dituliskan oleh beliau.

"Yakni, jelas beliau mahu ketiga-tiga yang dinamakan dalam blog beliau dibuang."

Selain Dr Hassan dan Mustafa, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa juga disebut di Blog Tok Guru yang dianggap antara "beberapa kerat pemimpin bermasalah "

Sementara itu Malaysiakini sedang mendapat penjelasan daripada beberapa sumber dalaman PAS berhubung dakwaan-dakwaan di blog tersebut.

Nizar-DAP: Masalah Pakatan Di Selangor Karenah Dr Hassan Ali Bukan Pas

Masalah hubungan antara parti gabungan dalam Pakatan Rakyat di Selangor berpunca daripada Pesuruhjaya PAS Datuk Dr Hassan Ali dan bukannya pemimpin lain dalam parti itu, kata seorang ahli parlimen DAP.

"Masalahnya dengan Dr Hassan sahaja. Dengan wakil rakyat yang lain tidak ada masalah. Macam wakil rakyat PAS Dr Shafie Abu Bakar (di Bangi) semua ini tidak masalah," kata wakil rakyat Serdang, Teo Nie Ching.

Beliau diminta mengulas keputusan mesyuarat khas PAS kelmarin yang memutuskan untuk mengheret PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu ekoran isu-isu yang ditimbulkannnya – antaranya melibatkan kontroversi kawalan alkohol dan kritikannya terhadap siasatan DUN Selangor.

Dihubungi Malaysiakini, Teo berkata, kontroversi dalam pentadbiran di Selangor yang diakibatkan PAS selama ini berpunca daripada "masalah komunikasi" dalam menyalurkan pandangan masing-masing.

"Masalahnya komunikasi. Dalam parti, terdapat pelbagai pandangan tetapi soalnya bagaimana cara sesuatu pandangan itu hendak disuarakan?

"Dr Hassan yang selalu mengkritik keputusan exco di akhbar sebelum berbincang (dengan DAP dan PKR), itu memang tidak elok," katanya.

Mengalu-alukan campur tangan jawatankuasa pusat PAS semalam, Teo bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk meramalkan keberkesanan tindakan itu selagi jawatankuasa disiplinnya belum membuat keputusan.

"Saya rasa kita perlu juga tengok apa keputusannya (jawatankuasa disiplin) nanti.

"Perkara ini masih belum tentu, kalau keputusan jawatankuasa disiplin PAS memutuskan Dr Hassan tidak bersalah, bagaimana?" katanya, yang juga timbalan ketua publisiti DAP.

"Bagaimanapun, saya rasa ia sesuatu yang bagus. Saya harapkan campur tangan pihak tertinggi PAS supaya perjalanan parti itu bertambah baik, sekali gus melancarkan hubungan dengan parti-parti lain dalam Pakatan di Selangor."

Ditanya sama ada tindakan mengheret PAS Selangor kepada jawatankuasa disiplin parti itu terlalu lambat, Teo berkata:

"Setidak-tidaknya tindakan diambil. Ia sesuatu yang amat menggalakkan. Lebih baik lambat daripada tidak melakukannya."

Thursday, October 29, 2009

Nizar News: JAMBATAN MAUT Jabatan Pelajaran Tiada Kaitan

Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPN) tidak terlibat dalam proses kelulusan pembinaan jambatan gantung yang roboh dan mengorbankan tiga pelajar sekolah yang menyertai perkhemahan 1Malaysia di Kampar malam Isnin lalu.

Pengarahnya Mohd Radzi Abd Jabar berkata urusan pembinaan jambatan gantung merentasi Sungai Kampar itu diselia sepenuhnya oleh pihak yang bertanggungjawab membuat sumbangan berkenaan.

"Kalau ada orang yang nak bagi sumbangan seperti jambatan ini, terpulang kepada mereka sendiri," katanya ketika diminta menjelaskan prosedur lazim untuk membina struktur di dalam kawasan sekolah apabila melibatkan sumbangan luar.

"Dia yang nak sumbang, dia yang cari orang (untuk bina) dan dia buat sendiri. (JPN) tidak terlibat," katanya lagi yang enggan mendedahkan identiti pihak yang terlibat membuat sumbangan berkenaan.

"Kita sudah dimaklumkan identiti mereka (yang membuat sumbangan dan membina jambatan) dan kita akan panggil mereka nanti ke jawatankuasa khas yang menyiasat perkara ini," katanya lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Beliau yang turut menganggotai jawatankuasa berkenaan juga enggan mendedahkan kos yang terlibat untuk pembinaan jambatan gantung tersebut.

"Kalau orang nak bagi sumbangan, takkanlah kita nak tanya berapa dia nak bagi," katanya.

Jelasnya lagi, jambatan itu dibina bagi menghubungkan pusat kokurikulum di seberang sungai tersebut yang terletak berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan Kuala Dipang

"Pusat kokurikulum itu bukan untuk kegunaan sekolah itu saja tapi untuk semua sekolah dalam daerah Kinta Selatan," katanya.

Walaupun mengakui pusat ko-kurikulum itu terletak bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Selatan (PPD), tetapi beliau enggan mengesahkan sama ada proses pembinaan jambatan itu juga berada bawah tanggungjawab pejabat tersebut.

"Itu kita tidak tahu," katanya, termasuk apabila ditanya sama ada sumbangan untuk pembinaan jambatan tersebut juga dibuat melalui PPD tersebut.

Ditanya lagi sama ada JPN akan menggantikan jambatan yang runtuh itu, beliau sekadar berkata: "Setakat ini tak ada lagi. Kita tak tahu lagi".

Semalam, pengarah Jabatan Kerjaraya Perak, Datuk Dr Safry Kamal Ahmad juga dilaporkan berkata jambatan gantung dibina tanpa mendapat kelulusan jabatannya.

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya juga tidak mengetahui kontraktor yang terlibat dengan pembinaan jambatan tersebut.

Manakala Guru besar SK Kuala Dipang, Alwi Hashim memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Ketika dihubungi Malaysiakini, beliau mengesahkan lima pegawai suruhanjaya bertemunya di pejabatnya di sekolah berkenaan selama dua jam mulai 12 tengah hari.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan butiran soal siasat

Nizar News: Kerusi Pakatan Berkurang Lagi!! ADUN Klang- Bebas Pro BN: Hassan Ali-Pas ON The Way

Seorang lagi wakil rakyat PKR meninggalkan parti itu dan menjadi ADUN bebas - kali ini di Selangor selepas dua di Perak awal tahun ini dan seorang di Kedah pada Ogos.

ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, sejak beberapa bulan lalu menimbulkan spekulasi bakal menyertai Umno, membuat pengumuman itu di sebuah hotel di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beliau sejak sekian lama menimbulkan masalah dalam parti itu apabila didakwa tidak menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat di situ.

Pagi ini, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengusulkan kepada PKR agar mendesak Badrul Hisham melepaskan jawatan wakil rakyat.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar hari ini, kerajaan Selangor prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang mengenai ketidakupayaan Badrul Hisham menjalankan kewajipan beliau sebagai wakil rakyat.Badrul menang kerusi DUN Pelabuhan Klang dalam pilihan raya umum dengan majoriti 4,407 undi, ekoran rasa tidak puashati terhadap bekas ADUN kontroversi Umno, Datuk Zakaria Md Deros.

Badrul merupakan ADUN pembangkang kelima yang keluar parti, selepas tiga ADUN di Perak (dua PKR, satu DAP) dan seorang lagi ADUN PKR di kedah dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.Tindakan Badrul Hisham ini mencemarkan lagi imej PKR yang kini sedang bergelut dengan beberapa konflik dalaman yang negatif berhubung kepemimpinan di Sabah dan juga spekulasi peletakan jawatan Setiausaha Agungnya Datuk Salehuddin Hashim.

Nizar-Anwar: Jeffery dan Christina Liew Tidak Mampu Membentuk Barisan PKR Yang Kuat

PKR Sabah menghadapi satu lagi tamparan, dengan ketua bahagian Kota Kinabalu Christina Liew mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi parti hari ini, mengikut jejak naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

Liew, yang telah digantikan bagi jawatan timbalan pengerusi PKR Sabah, berkata bagaimanapun beliau kekal sebagai anggota parti dan mengekalkan jawatan ketua bahagian Kota Kinabalu.

"Saya akan menyerahkan surat peletakan jawatan saya kepada presiden parti hari ini," katanya kepada Bernama.

Liew berkata selama ini beliau percaya yang parti itu adalah adil dan telus sehingga pelantikan Datuk Kong Hong Ming sebagai timbalan pengerusi PKR Sabah dan Ahmad Thamrin Jaini sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

"Ibu saya terpaksa berdepan dengan pandangan serong orang ramai kerana saya telah digantikan (sebagai timbalan pengerusi) atas alasan yang tidak diketahui.

"Saya telah bekerja keras selama sembilan tahun untuk mempromosikan PKR Sabah. Oleh kerana parti tidak menghargai sumbangan saya, saya berundur dengan bermaruah sekarang," katanya.

Dr Jeffrey telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden PKR, anggota majlis tertinggi dan anggota biro politik, memberikan tamparan hebat kepada cubaan PKR untuk memperkukuhkan parti itu di Sabah.

Dr Jeffrey, yang dijangka menghantar surat peletakan jawatan ke ibu pejabat parti menjelang hari ini, akan kekal sebagai anggota biasa parti, menurut bekas pembantu kanannya Kanul Gindol.

Dipercayai majoriti ketua bahagian termasuk Dr Jeffrey sendiri, kecewa dengan keputusan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik Ahmad Thamrin sebagai ketua parti yang baru di Sabah.

Ahmad Thamrin, anak kelahiran Sabah dinamakan sebagai ketua PKR negeri yang baru pada hujung minggu lalu selepas ketua-ketua bahagian menyatakan tidak yakin dengan naib presiden PKR Azmin Ali untuk menerajui PKR negeri.

Di TAWAU, Kong berkata beliau terkejut dengan keputusan Dr Jeffrey untuk meletak jawatan sebagai naib presiden parti, menyatakan Dr Jeffrey telah bersetuju dengan keputusan berhubung pelantikan Ahmad Thamrin sebagai pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru.

"Saya menghormati keputusan (Dr) Jeffrey meletakan jawatannya sebagai naib presiden PKR, namun tidak bersetuju dengan andaian bahawa pelantikan pengerusi perhubungan PKR Sabah yang baru sebagai tidak mengikut kehendak ketua-ketua cabang (bahagian)," katanya.

Mesyuarat perhubungan PKR Sabah yang diadakan pada 22 Okt lalu di Kota Kinabalu, yang dihadiri semua pemimpin 25 cabang parti dan perhubungan negeri termasuk Dr Jeffrey, bersetuju supaya isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri diserah kepada presiden parti, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan anggota dan ketua cawangan PKR zon Tawau.

"Kita anggap isu pelantikan pengerusi perhubungan PKR negeri dalam mesyuarat malam itu sudah selesai. Jadi keputusan yang dibuat Dr Jeffrey ini memang di luar jangkaan saya.

"Sebagai pemimpin berpengalaman, kita harus hormat keputusan mesyuarat rasmi," katanya.

Kong bagaimanapun yakin keputusan Dr Jeffrey tidak akan menjejaskan kekuatan parti.

Dalam perkembangan lain, penasihat PKR Anwar Ibrahim telah menjangka perletakan jawatan dua pemimpin tersebut,kerana desas desus mengenainya telah berlangsung lama. Atas sebab itu saya nasihat Presiden parti supaya melantik pemimpin baru yang mempunyai komitmen dalam perjuangan parti. Kata Anwar.

Nizar: Kamu Tamak Jawatan Mu Hilang

Sidang DUN Perak semalam menyaksikan bagaimana ketamakan Nizar sebenarnya. Nizar tidak dapat mengakui bahawa kejatuhan kerajaan Pakatan Perak, bukan oleh BN tetapi kerana ketamakannya sendiri.

Semasa menarajui kerajaan selepas PRU-12, Nizar dan Ngeh serta Ngo menunjukan kekkuasaan yang luarbiasa mengatasi kuasa seluruh ADUN yang dipilih rakyat termasuk ADUN Dap-Pas-Pkr.

Nizar menganak tirikan beberapa ADUN termasuk Jamaluddin, Osman Hee. Nizar hanya melayan karenah Ngeh dan Ngo serta Sivakumar.

Kerakusan kuasa Nizar ini membuatkan 3 ADUN terpaksa keluar Pakatan untuk menyelamatkan negeri Perak daripada negeri muflis.

Dengan kelurnya mereka, maka kerja rakus Nizar dan DAP terutama untuk mengagih-agihkan tanah-tanah reseve melayu terselamat.

Oleh kerana baru terngadah setelah teratuk, maka Nizar sejak kehilangan jawatan pada 5 Februari yang lalu, hingga kini menunjukan bahawa Nizar dan kawan-kawan mendapat sokongan rakyat.

Rakyat Perak secara kesuluruhan ini pada masa ini sudah merasa muak, lihat sahaja kehadiran para penyokong Nizar semakin hari semakin berkurang, alasan mereka, kerja Nizar hanya tertumpuh pada mengejar Jawatan MB.

Persidang DUN Perak semalam walaupun agak bising dipenghujung sidang, namun sidang DUN tersebut berjalan dengan baik. Demokrasi dan toleransi kerajaan dan pasukan keselamatan sangat baik. Coba bayangkan kejadian tersebut terjadi di Cina, Pakistan atau Iran, sudah tentunya Nizar, Ngeh, Ngo dan Sivakumar sekarang masih dalam penjara.

Para penyokong Nizar seharusnya berkata benar, bahawa demokarsi still alive in Malaysia.

Nizar Mahu JK Disiplin Parti Bertindak Cepat Demi Parti

Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam ini memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke depan jawatankuasa disiplin parti itu.

Mesyuarat yang melibatkan ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri juga memutuskan untuk mengadakan seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

Dua keputusan penting itu diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi ini.

Beliau juga menegaskan kembali kenyataan sebelumnya bahawa PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

Mesyuarat ini dipanggil bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh Nik Abdul Aziz di Blog Tok Guru minggu lalu.

Beliau pada asalnya mendesak muktamar khas untuk membincangkan gelagat beberapa pemimpin yang masih berminat dengan idea kerajaan perpaduan.

Mesyuarat bermula jam 8.45 malam ini untuk membincangkan pertikaian Nik Abdul Aziz terhadap beberapa tokoh PAS, khususnya timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Selain Nik Abdul Aziz yang menghadiri mesyuarat tersebut sehingga jam 11 malam, semua tokoh yang dipertikai oleh beliau turut hadir.

Selain kenyataan Abdul Hadi di sidang media itu, butiran mesyuarat dan kehangatan perbincangannya, setakat ini, belum dapat dipastikan.

Ramai pemimpin PAS yang ditemui selepas mesyuarat itu enggan mengulas lanjut.

Nizar Puashati Hassan Ali Dihadapkan Ke JK Disiplin Parti

Nizar: Bermesyuarat Hingga Larut Malam: Pemimpin Bermasalah Jadi Dipecat Kah?

Semua Jawatankuasa Pusat Parti Pas masih bermesyuarat hingga larut malam, hanya membincangkan isu EGM yang dicadangkan oleh Nik Aziz agar 3 kerat pemimpin bermasalah disingkirkan.

Apa kah kesudahan mesyuarat ini? EGM adakah atau hanya cukup mesyuarat JK Pusat.

Wednesday, October 28, 2009

Nizar News: Kerajaan Perpaduan Hanya Nik Aziz Tak Setuju

Jawatankuasa pusat PAS diminta mengambil tindakan tegas terhadap pemimpinnya yang didapati mencetuskan konflik dalaman parti, termasuk dalam isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Kalau kita berani dan tegas membuat keputusan dan mengambil tindakan, masalah ini akan dapat diselesaikan secara tuntas.

"Dan dengan sendirinya cakap-cakap tentang EGM (muktamar khas) tidak lagi berbangkit, kerana yang pentingnya matlamat itu tercapai," kata seorang ahli jawatankuasanya Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau diminta mengulas sama ada mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS dan pesuruhjaya negerinya malam ini dapat menyelesaikan krisis dalaman berpanjangan parti itu, terbaru dalam isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah" yang ditimbulkan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Dr Dzulkefly berkata, walaupun ketegasan jawatankuasa pusat PAS mungkin boleh menyebabkan perasaan tidak puas hati, ia mesti diteruskan demi kepentingan parti.

"(Perasaan tidak puas hati) itu tidak menjadi perhitungan kita. Yang penting, parti mesti berada dalam keadaan baik,” kata ahli parlimen Kuala Selangor.

Ditanya sama ada konflik dalaman PAS sentiasa berpanjangan ekoran tiadanya ketegasan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menguatkuasakan keputusan mesyuarat, Dr Dzulkefly enggan mengulas perkara itu.

Malam ini, PAS mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" berhubung isu kerajaan perpaduan yang dibangkitkan Nik Aziz dalam blognya Khamis lalu.

Nik Aziz, juga menteri besar Kelantan, yang asalnya dilaporkan "keberatan" untuk hadir – kerana DUN negeri masih bersidang – kini mengubah pendiriannya untuk berdepan dengan jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negeri di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Tiga pemimpin PAS yang dipertikaikan Nik Aziz di blognya itu: timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan pula berkata, dalam mesyuarat malam ini, beliau akan mengusulkan agar lembaga displin – yang dipengerusikan naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man – diaktifkan sepenuhnya bagi menangani pihak yang mencetuskan masalah dalam parti.

"Ia melibatkan isu-isu perbalahan di luar (parti), cara mengendalikan maklumat parti, mendedahkan minit mesyuarat parti, tuduh-menuduh dalam media.

"Misalnya tuduh sesuatu pihak ini pro-Umno, mestilah ada bukti. Kalau tuduhan tanpa bukti, boleh menyebabkan prejudis sesama sendiri," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau juga berpendapat, jika parti sentiasa mengadakan perbincangan, setiap isu dalaman dapat diselesaikan dengan mudah.

"Boleh selesai. Konsep syura (bermesyuarat) itu telah menjadi prinsip kita. Selama ini, yang tidak selesai itu sebab tidak bermesyuarat," katanya.

Ditanya tentang sejauh mana Abdul Hadi boleh bertegas dalam menguatkuasakan keputusan mesyuarat, Nasrudin tidak menjawab secara jelas, sebaliknya berkata:

"Ini berpunca daripada diri sendiri. Jangan biarkan masalah berlarutan. Ia terpulang kepada disiplin dalam parti.

"Kita minta pimpinan tidak menggunakan media (bertelagah)."

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan daripada Nik Aziz pada mesyuarat malam ini.

"Perkara ini memerlukan penyelesaian segera, dengan mendengar penjelasan sendiri daripada pihak yang menyatakan berlaku beberapa perkara terhadap tokoh-tokoh tertentu.

"Jadi malam ini kita akan dengarlah. Selepas itu kita berikan pandangan kita,” katanya selepas mesyuarat exco kerajaan negeri petang ini di Kuala Lumpur.

Mengulas isu muktamar khas seperti desakan awal Nik Aziz, pesuruhjaya PAS Kedah berkata:

"Tok Guru (Nik Aziz) beri pandangan. Bukan kata beliau paksa. Beliau sayang kepada parti. Saya bersetuju dengan Tok Guru yang menyatakan 'saya siram, saya dah membajai, dah pagarkan PAS ini ibarat kebun'.

"Jadi kalau ada yang merosakkan tanaman, maka beliau bimbanglah. Itu persepsi beliau.”

Azizan berkata beliau tidak nampak jalan bagaimana muktamar khas boleh diadakan dan berhubung isu apa ia perlu dibuat.

Tambahnya, jawatankuasa sisplin dan biro politik sudah boleh menyelesaikan masalah dalaman parti.

"Tetapi kalau berlarutan mungkin adalah wajar (diadakan). Masalah itu berlarutan ke, masalah serius ke, kita akan tengok masalah kita malam ini,” katanya.

"Saya secara peribadi, sebagai ahli jawatankuasa, (masalah) tak seteruk yang digembar-gemburkan oleh media dan akhbar. Mungkin benda itu maksud lain, dilaporkan lain. Tafsiran berbeza."

Ditanya sama ada mesyuarat khas nanti boleh menyelesaikan isu ini dengan tindakan displin diambil kepada individu terbabit, Azizan berkata:

"Saya tidak nampak masalah disiplin, yang saya tahu ada pandangan yang berbeza. Salahkah pandangan berbeza?"

Nizar-Nik Aziz: Tok Guru Nik Aziz Enggan Hadir Bincang 3 Kerat Pemimpin Pas: Harakahdaily

Tumpuan mereka yang mengikuti konflik dalaman PAS semuanya kepada mesyuarat khas malam ini bagi membincangkan isu "beberapa kerat pemimpin bermasalah" yang dibangkitkan oleh mursyidul amnya.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tiba-tiba mengubah pendirian - asalnya dilaporkan "keberatan" untuk hadir - dengan kesediaan berdepan dengan jawatankuasa pusat dan barisan pesuruhjaya negeri.

Memetik kenyataan setiausaha politik menteri besar itu Anual Bakhri Haron, media rasmi PAS Harakahdaily semalam melaporkan keberatan antaranya kerana DUN Kelantan masih bersidang.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata Nik Aziz, yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan, akan diundang untuk membentangkan pendapatnya dalam mesyuarat khas itu.

Ia dijadualkan diadakan jam 8.30 malam ini di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur susulan desakan tegas Nik Aziz untuk menganjurkan muktamar khas berhubung beberapa pemimpin kanan parti yang suka pada idea kerajaan perpaduan.

Selain Mustafa sendiri, mereka yang dipertikaikan oleh tokoh besar PAS itu termasuklah timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Pertukaran sikap Nik Aziz dalam tempoh 24 jam sebelum mesyuarat itu menjadikan pertemuan malam ini lebih menarik dan bakal menjadi fokus utama penyokong parti itu.

Dr Hassan, yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS, dijangka hadir. Beliau menjadi sasaran utama kritikan Nik Aziz susulan kontroversi dalam pentadbiran kerajaan Selangor yang dikaitkan dengannya.

Nizar-Zambry News: Demokrasi Jadi Circus Kerana Karenah Nizar-Sivakumar

Persidangan DUN yang pada awalnya lancar dan tertib akhirnya jadi kecoh dan bising kerana kelakuan Nizar dan Sivakumar.

Nizar-Sivakumar menjadikan DUN Perak bagaikan circus dan kedai kopi. Perlakuan Nizar-Sivakumar ini mencorakan tingkah laku mereka, dan tidak wajar.

Nizar-Sivakumar memang terbukti hanya mahu kuasa demi diri sendiri, bukan berjuang untuk rakyat.

Nizar-Zambry News: SIDANG DUN Perak Lancar

Tepat pukul 10.15 pagi Zambry membentangkan bajet Negri Perak untuk tahun 2010. Sivakumar yang masuk dengan memakai jubah speaker diarahkan membuka jubah tersebut. Kerana tidak berpuashati, Sivakumar bersama Nizar,Ngeh dan Ngoh dan 10 yang lain keluar sidang Dewan.

Namun 18 ADUN Pakatan yang lain tetap di dalam DUN Perak mengikuti bajet yang dibentangkan oleh Zambry.

Dalam perkembangan lain 10 ADUN Pakatan dihalang masuk DUN kerana ingin membuat kekecohan.

Speaker Ganesan menangguhkan sidang DUN ke pukul 11.20

Nizar: 22 Tahun operasi Lalang. ISA Masih Releven?

17 Julai lalu, Tun Abdullah Badawai, mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya."

Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.

"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.

"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.

abdullah ahmad badawi pm pc 160908 01Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.

Dicemari stigma negatif

Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.

Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.

"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.

"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.

Pemuda Gerakan berdemo

Pada 16 Julai lalu, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.

NONEParti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.

Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.

Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.

Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.

Namun sambutan 1 Ogos demo apa yang dikatakan GMI tidak mendapat sambutan, walaupun beratus FRU ditempatkan di Ibu Negara.

Setelah 22 tahun operasi lalang yang terkenal itu, hari ini merupakan peristiwa itu berlaku. Setelah 22 tahun, ISA tetap ada, dan masih releven demi keselamatan negara. Kata orang membendung lebih baik daripada ,mengubati.

Tuesday, October 27, 2009

Nizar-Pas: Anak Nik Aziz Kata: Ahli Pas Hanya Berani Berbohong

Exco Pemuda PAS Nik Abduh Nik Aziz berkata sesetengah ahli PAS cukup berani berbohong dan memfitnah melalui MASANYA MEMILIH JALAN LURUS.

Saya melihat sesetengah ahli PAS cukup berani di dalam berblog. Malangnya, mereka hanya berani berbohong, memfitnah dan menyebar semua kata-kata manusia dan peristiwanya. "Lebih malang, mereka tidak berani untuk berkata benar, apatah mengakuri pada yang benar," tulis anak Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat dalam blog peribadinya hari ini.

"Jika anda gian sangat nak menulis, menulislah yang kekal baik hingga ke lubang kubur. Yang memberkati anda dan kehidupan manusia." Nik Abduh menulis dengan tajuk 'EGM' atau muktamar khas yang dicadangkan bapanya - isu panas yang melanda parti itu sekarang dengan alasan membincangkan isu beberapa pemimpin kanan "bermasalah" berhubung idea kerajaan perpaduan.

Berikutan itu, setelah saranan mengadakan muktamar khas ditolak, satu pertemuan khas ahli-ahli jawatankuasa pusat PAS dan barisan pesuruhjaya negeri akan diadakan malam esok untuk membincangkan isu tersebut.

Mengulas lanjut isu tersebut, Nik Abduh menulis: "Adapun isu EGM, saya yakin ia akan selesai. Ia bukan perbalahan orang jahil. Ia isu orang alim yang disayangi dan yang tidak ingin kecuali kebaikan untuk ummah.

"Justeru ia mungkin panas di awal, tetapi akan ada penyelesaian selepas ada persefahaman.

"Yang payah nak selesai ialah perbalahan orang jahil, payah nak faham apatah nak bersefahaman."Yang saya takut ialah perbalahan ini sengaja dipanjangkan selepas ia disurutkan dan diredakan.

Saya harap saya dan anda tidak terlibat walaupun saya tidak mungkin boleh mengharapkan semua jangan terlibat."

Monday, October 26, 2009

Nizar!! Tan Sri Muhiyiddin Jemput Berbincang. Datang Lah!

UMNO menegaskan komitmennya untuk mengadakan rundingan dengan Pas dalam mengukuhkan perpaduan ummah tidak ada titik noktah meskipun parti pembangkang itu kini mengalami krisis kepimpinan yang kritikal akibat isu kerajaan perpaduan.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, malah UMNO menerusi pendirian presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak turut menyatakan kesediaan untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak kerana perpaduan ummah yang akan dicapai kelak membabitkan kepentingan menyeluruh orang Melayu dan bukan Melayu.

Sehubungan itu, beliau menyeru seluruh orang Melayu termasuk sebilangannya yang 'meninggalkan' parti itu sebelum ini supaya kembali bertaut di bawah UMNO demi menjayakan proses perubahan khususnya gagasan 1Malaysia yang digerakkan oleh Perdana Menteri.

''UMNO tidak tetapkan tempoh tertentu (rundingan dengan semua pihak untuk kukuh perpaduan ummah), tidak ada titik noktah dan penutupnya. ''Maka atas dasar perubahan yang digerakkan oleh kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib yang mahu melihat perpaduan itu terjalin, maka marilah kita tanpa mengira ideologi politik mencari jalan untuk memajukan negara ini, ini untuk kebaikan orang Melayu dan bukan Melayu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pertandingan Akhir Mighty Minds Challenge 2009 anjuran The Star di sini hari ini.

Muhyiddin ditanya adakah hasrat UMNO untuk berbincang dengan Pas dalam usaha mengukuhkan perpaduan ummah akan pudar berikutan krisis kepimpinan yang berlaku dalam Pas ketika ini.

Menurut Muhyiddin, UMNO percaya krisis kepimpinan dalam Pas bukan semata-mata disebabkan isu kerajaan perpaduan. ''Apabila Datuk Nik Abdul Aziz nak adakan EGM untuk menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang tidak sehaluan dengannya, ia bererti perpecahan kepimpinan sudah sedia ada dalam parti itu,'' katanya.

Cadangan kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang dicetuskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta disokong Nasharuddin yang juga timbalannya bagaimanapun ditentang hebat oleh Nik Abdul Aziz serta semua sekutu mereka dalam pakatan pembangkang.

Nizar-Pas: Doa Nik Aziz Memakan Diri Sendiri

Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat agar PAS mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun beliau mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu "masalah dalaman" PAS, tetapi berkata ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang."Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam PAS).

Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam PAS. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa," katanya kepada pemberita hari ini.Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran dan timbalan presiden Umno berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di Muar, lapor Bernama.Beliau mengulas tulisan menteri besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM itudiadakan bagi menukar 'dua tiga kerat' pemimpin PAS yang bermasalah.

Nik Aziz menamakan tiga pemimpin bermasalah yang perlu 'dibersihkan' iaitu Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Ali.

Mursyidul Am PAS itu berkata beliau sedih dengan tindakan pemimpin terbabit kerana tidak menghargai keputusan Muktamar Agung PAS di Ipoh, Perak tahun lalu yang menolak kerjasama dengan Umno.'Zahirnya PAS bersatu'Muhyiddin berkata secara zahirnya PAS nampak bersatu tetapi sebenarnya ia tidak, memandangkan terdapat kumpulan di dalamnya yang bersetuju dan ada yang tidak dengan cadangan kerajaan perpaduan di antara parti itu dengan Umno.

"Dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang baru-baru ini, masyarakat tahu keadaan sebenar bahawa mereka (PAS) tidak sepakat kerana di dalam parti terdapat banyak masalah," katanya.Beliau berkata Umno sebagaimana diperkatakan oleh Presidennya Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada perhimpunan agung parti itu baru-baru ini, memandang serius tentang isu perpaduan ummah di kalangan umat Islam negara ini.

Bagaimanapun, katanya banyak pihak di dalam PAS memandang sepi usaha Umno untuk mengukuhkan perpaduan umat Islam menerusi cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di antara kedua-dua parti itu.Mengenai kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam "kurang terperinci," Muhyiddin menafikannya.

Sebaliknya, kata Timbalan Perdana Menteri Bajet 2010 itu amat terperinci membabitkan semua golongan dan kumpulan di dalam negara ini."Semua golongan dan kumpulan sama ada dalam dan luar bandar menerima faedah daripada Bajet 2010 semalam, tidak ada golongan yang terpinggir.

Semuanya disentuh oleh Perdana Menteri," kata Muhyiddin.'Doa dimakbulkan'Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula berkata cadangan Nik Aziz Nik Mat agar parti itu mengadakan EGM bagi membersihkan kumpulan prokerajaan perpaduan mungkin ada hikmahnya.

Ahmad Zahid berkata, cadangan itu menunjukkan wujudnya masalah dalam PAS."Saya tidak berhajat untuk campur tangan dalam parti PAS tetapi saya fikir doa mereka (PAS) telah dimakbulkan kerana sebelum ini mereka yang mendoakan agar Umno BN berpecah."

Saya percaya doa yang tidak baik itu kembali kepada mereka," katanya selepas merasmikan Karnival Kelab Kakitangan Awam Kementerian Pertahanan (Kakep) di ibunegara hari ini."Sebelum ini Nik Abdul Aziz mengalu-alukan EGM MCA berikutan masalah dalaman parti itu. Jadi kali ini apa yang beliau sebut itu terkena pada batang hidung sendiri," katanya.

Sunday, October 25, 2009

Nizar: Doa Pas dan Nik Aziz Terkabul

Saturday, October 24, 2009

Nizar: Musuh Pas ada 3: Hadi Awang, Hassan Ali, Mustapha Ali

Nizar: Najib Tak Ada Ole-ole Untuk Kami

Daerah Kota Belud merupakan satu dearah yang dihuni 2 rumpun terbesar yakni bajau dan dusun.

Daerah ini adalah daerah di mana Umno bertapak pertama kali. Setelah Umno masuk secara rasmi pada tahun 1991, PRK Kecil Usukan salah satu DUN Parlimen Kota Belud dimenangi oleh Tun Mustapha.

Daerah ini juga dikenal sebagai the cowboy town of the east, kerana banyaknya pengembala kuda, kerbau dan lembu.

Di Daerah ini juga diperkenalkan The First TAMU Besar, yakni setiap hari Ahad.

Penghidupan penduduk kampung ini hanya tertumpu pada pertanian dan perikanan. Namun ada juga yang bekerja disektor awam dan swasta,namun jumlah hanya sedikit.

Daerah ini terkenal dengan kemisikinannya. Hingga kini tidak kurang 2000 keluarga masih dalam taraf miskin tegar, 2500 keluarga miskin.

Dalam tempoh 46 tahun meredeka, kerajaan tidak banyak membantu daerah ini,kecuali pembangunan pertanian secara in-situ, misalnya melalui lembaga getah dan jabatan pertanian.

Hingga kini belum ada dasar khas pembangunan yang dirancang oleh kerajaan agar supaya daerah ini terkeluar daripada dearah miskin, kecuali projek model agropolititan dan jelapang padi yang masih dalam proses.

Daerah ini terkenal sebagai daerah yang tinggi politikingnya; sebabnya kerana tiada kesibukan lain, omong-omong politik lah jadi hiburan. Atas asas itu, maka daerah ini ramai menghasilkan pemimpin negeri mahupun nasional. Gaint seperti Tun Mustapha berabad bertapak di daerah ini, demikian juga Tun Said mantan TYT Sabah.

Kini para pemimpin yang masih aktif dan berposisi politik adalah Datuk Salleh Said, Datuk Musbah dan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Apa kah pengiktirafan 16 September sebagai hari Nasional, akan membawa impak yang besar bagi daerah Kota Belud? kerana melalui bajet 2010, tidak disentuhpun peruntukan 1billion sepertimana yang diumumkan oleh Datuk Noh Omar di Papar Sabah awal tahun ini. Najib dalam bajetnya hanya menyebut 137 juta peruntukan untuk pemuliharaan jelapang padi yang sedia ada.

Sampai bila rakyat Kota Belud menunggu? Para pemimpin daerah ini tidak akan dapat berbuat banyak, tanpa rancangan khas kerajaan.

Nizar-Anwar: Najib-Musa Aman-Salleh-Musbah: Mampukah Bajet Sulong Najib Basmi Kemiskinan Kota Belud

Intipati Bajet Negara Tahun 2010

Berikut ialah intipati Bajet 2010 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini.

* Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 2-3 peratus pada 2010

* Perlombongan dijangka meningkat 1.1 peratus, pembuatan 1.7 peratus, pertanian 2.5 peratus, pembinaan 3.2 peratus dan perkhidmatan 3.6 peratus.

* penggunaan swasta berkembang 2.9 peratus manakala pelaburan swasta 3.4 peratus

* pendapatan per kapita meningkat 2.5 peratus kepada RM24,661

* TNB akan membelanjakan RM5 bilion untuk melaksanakan penjanaan, penghantaran dan pengagihan elektrik pada 2010.

* Usaha sama awam-swasta akan meliputi kompleks imigresen, kastam dan kuarantin bersepadu di Bukit Kayu Hitam, pembinaan enam kampus UiTM dan pusat MATRADE

* 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mewujudkan dana tanggungjawab sosial korporat berjumlah RM100 juta sebagai permulaan untuk membiayai aktiviti masyarakat.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM899 juta untuk meningkatkan industri pelancongan

* Kerajaan akan meningkatkan insentif cukai kepada para penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan yang menawarkan perkhidmatan kepada pelancong kesihatan rakyat asing, dengan pengecualian cukai pendapatan ditingkatkan daripada 50 peratus nilai peningkatan pendapatan eksport kepada 100 peratus.

* Pembayar cukai pendapatan individu diberikan pengecualikan cukai ke atas langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun mulai 2010 hingga 2012

* Penjawat awam dibenar membuat pinjaman untuk membeli komputer setiap tiga tahun sehingga maksimum RM5,000 berbanding sekali setiap lima tahun

* Merangka Akta Halal dengan usaha sama Majlis Agama Islam negeri-negeri

* Memperbadankan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) sebagai agensi di bawah MITI

* Menyegerakan Pensijilan Halal oleh JAKIM menerusi usaha sama dengan institusi antarabanga bagi memperoleh pensijilan standard seperti HACCP dan GMP.

* Menyediakan RM24 juta untuk membangunkan produk sistem antipenyeludupan produk Halal di tiga pintu masuk utama dan tiga pelabuhan utama.

* Memperuntukkan RM137 juta untuk meningkatkan dan memperbaiki infrastruktur saliran dan perparitan di jelapang padu membabitkan 180,000 petani

* Memperuntukkan RM70 juta untuk melaksanakan Projek Empangan Paya Peda di Terengganu bagi meningkatkan keupayaan bekalan air untuk Skim Pengairan Padi di Besut

* Memperuntukkan RM82 juta untuk memodenkan industri akuakultur dan pelaksaan skim latihan keusahawanan bagi ternakan akuakultur, dengan tumpuan terhadap pengeluaran benih ikan dan ikan hiasan.

* Peruntukan RM149 juta untuk untuk bangunkan industri perladangan makanan seperti makanan, sayur-sayuran, perladangan organik, herba, rumpai laut dan sarang burung layang-layang

* Peruntukan RM58 juta untuk bangunkan infrastruktur asas ladang ternakan dan mewujudkan rangkaian bekalan untuk pengeluaran daging dan kambing.

* Konsortium FELDA, FELCRA dan RISDA akan diwujudkan menjelang akhir tahun 2009, dengan modal berbayar RM300 juta dengan setiap agensi menyumbang RM100 juta

* Kerajaan menyediakan subsidi, insentif dan bantuan berjumlah RM2 bilion untuk petani dan nelayan untuk menjaga kepentingan mereka

* Peruntukan RM9 bilion untuk biayai projek infrastruktur, dengan RM4.7 bilion untuk projek jalan dan jambatan, RM2.6 bilion untuk bekalan air dan perkhidmatan pembentungan, RM899 juta untuk kemudahan rel, RM820 juta untuk perkhidmatan pelabuhan dan laut serta RM276 juta untuk projek lapangan terbang

* Menyepadukan 79 dana PKS kepada 33 untuk memudahkan akses kepada pembiayaan PKS. Akan diselaraskan oleh SME Corp.

* Memperuntuk RM350 juta kepada SME Corp, dengan RM200 juta untuk pinjaman mudah PKS, RM100 juta peningkatan keupayaan dan bankinya untuk penjenaman dan promosi

* Institusi kewangan meluluskan pembiayaan makro pada purata enam hari dan penyerahan dalam tempoh empat hari

* Memperuntuk RM538 juta untuk pelaksanaan pelbagai program PKS dengan RM281 juta kepada perbadanan kemajuan ekonomi negeri, RM200 juta untuk TEKUN dan RM57 juta untuk membeli premis perniagaan, infrastruktur dan sebagainya.

* Memperuntukkan RM20 juta untuk mempergiatkan aktiviti kesedaran hijau dan amalan mesra alam sekitar

* Menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau yang akan menjadi pelopor kepada pembangunan bandar lain

* Mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion bagi membolehkan syarikat pengeluar dan syarikat pengguna teknologi hijau membuat pinjaman mudah untuk membiayai aktiviti mereka, dengan RM50 juta untuk syarikat pengeluar dan RM10 juta untuk syarikat pengguna. Permohonan pinjaman boleh dibuat melalui Pusat Teknologi Hijau Negara. Skim ini dijangka memberi faedah kepada lebih 140 syarikat dan dimulakan pada 1 Jan 2010

*Pemilik bangunan yang memperoleh sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Dis, 2014 diberi pengecualian cukai pendapatan bersamaan perbelanjaan modal tambahan bagi memperoleh sijil berkenaan

*Pengecualian duti setem kepada pembeli yang membeli bangunan dengan sijil GBI mulai 24 Okt, 2009 hingga 31 Disember 2014.
* Mempekenal insurans asas dan skim takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Memperluas liputan takaful dan insurans mikro kepada peniaga kecil, dengan manfaat perlindungan daripada RM10,000 kepada RM20,000, pada premium serendah RM20 sebulan.

* Pasaran saham akan diliberalisasikan lagi untuk meningkatkan kecekapan.

* Meliberalisasi aturan perkongsian komisyen antara broker saham dan
remisier dengan membenarkan perkongsian pembrokeran fleksibel pada kadar minimum 40 peratus dan meliberalisasikan sepenuhnya perkongsian komisten berkuat kuasa 1 Januari, 2011

* Membenarkan penyertaan 100 peratus ekuiti asing dalam syarikat perancangan kewangan dan kewangan korporat

* Semua syarikat senaraian awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat pemerokeran saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai sedia ada untuk perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen pembangunan kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke aras keuntungan bank dariapda operasi luar negara.

* Potongan berganda perbelanjaan yang ditanggung untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan antarabangsa

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penubuhan syarikat-syarikat pembrokeran Islam

* Potongan ke atas perbelanjaan yang ditanggung bagi penerbitan sekuriti

* Kerajaan akan menggalakkan semua institusi perbankan dan kewangan yang mematuhi syariah seperti Bank Muamalat dan Bank Islam untuk menawarkan skim Ar-Rahnu

* Kerajaan akan memastikan koridor pembangunan serantau dimajukan mengikut jadual. Setakat ini 126 daripada 195 projek perancangan di pelbagai peringkat pelaksanaan. Pelaburan yang dirancang berjumlah RM221 bilion sudah mengatasi sasaran perbelanjaan Rancangan Malaysia Kesembilan sebanyak RM145 bilion

* Kerajaan akan memperuntukkan RM3.5 bilion untuk kemudahan asas dan infrastruktur serta program latihan dan projek sosio ekonomi untuk menyokong pelaksaan projek sektor swasta

* Kerajaan kini dalam peringkat awal menyiapkan kajian pelaksanaan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST). Kadar itu akan dikurangan berbanding cukai perkhidmatan dan jualan semasa.

* Cukai pendapatan bagi 2010 berdasarkan pendapatan yang diperoleh mulai 2009 akan dibenar dibayar secara ansuran dalam lima tahun.

* Cukai lima peratus akan dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan hartanah mulai 1 Jan, 2010.

* Cukai perkhidmatan RM50 dikenakan ke atas setiap kad kredit utama dan kad caj serta RM25 setahun bagi setiap kad tambahan mulai 1 Jan, 2010.

* RM100,000 dikenakan untuk setiap AP untuk pemegang kad AP terbuka berkuatkuasa 1 Jan, 2010. Sebahagian daripada kutipan akan disalurkan kepada dana pembangunan Bumiputera dalam sektor automatif.

* Akan memperkenal skim insurans asas dan takaful untuk perlindungan insurans motor pada pertengahan 2010

* Akan memperluas liputan insurans mikro dan takaful untuk peniagaan kecil mendapat manfaat daripada perlindungan RM10,000 hingga RM20,000 dengan premium serendah RM20 sebulan

* Pasaran saham diliberalisasikan untuk kecekapan

* Membenarkan penyertaan ekuiti asing 100 peratus dalam kewangan korporat dan perancangan kewangan.

* Semua syarikat senarai awam akan menawarkan e-Dividen dan syarikat broker saham menyediakan opsyen e-pembayaran

* Insentif cukai semasa untuk majukan perkhidmatan kewangan, terutama kewangan Islam, dilanjutkan hingga 2015.

* Pengecualian duti setem 20 peratus ke atas instrumen kewangan Islam

* Pengecualian cukai ke atas keuntungan perbankan yang diperoleh menerusi operasi luar negara.

* Mulai 1 Jan 2010, kerajaan bersetuju membenarkan agensi kerajaan mengekalkan 50 peratus sewa yang diterima manakala baki 50 peratus lagi dimasukkan dalam perolehan kerajaan

* Kerajaan akan laksana sistem pengurusan subsidi bahan api pada awal 2010.

* Kerajaan mencadangkan kadar cukai pendapatan maksimum dikurangkan kepada 26 peratus daripada 27 peratus berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kadar cukai maksimum koperasi akan dikurangkan kepada 26 peratus manakala kadar cukai tetap bagi individu bukan pemastautin akan dikurangkan kepada 26 peratus

* Pengecualaian cukan persendirian akan dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000 berkuat kuasa mulai tahun penilaian 2010

* Kerajaan mencadangkan cukai pendapatan bagi pendapatan pekerja Malaysia dan pekerja asing yang menetap dan bekerja di Iskandar Malaysia sebanyak 15 peratus berbanding maksium 26 peratus untuk seluruh negara

* RM14.8 bilion diperuntuk untuk mengurus, membangun dan menaik taraf hospital dan klinik

* Kerajaan akan terbitkan Sukuk 1Malaysia bernilai RM3 bilion.

* Kerajaan akan mewujudkan Skim Persaraan 1Malaysia yang diurus oleh KWSP

Nizar: Tian Chua Memang Penjanyah! Ingat Kisah Mike Tyson Gigit Telinga Holyfield: Masuk Penjara Bukan!!

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Jika Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu.

Sebelum ini, Majistret Mohd Faizi Che Abu mendapat Tian Chua bersalah terhadap tuduhan tersebut. Katanya, beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.Katanya, ia tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku.Tian Chua mendakwa hukuman tersebut adalah untuk menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen.

"Saya akan terus berkhidmat kepada rakyat dan hukuman tersebut tidak akan menjejaskan agenda untuk perubahan dan pembaharuan," katanya.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Nizar: Tak Lama Lagi Negara Dibanjiri Orang Asing

Kerajaan akan mempermudahkan pelaksanaan program pemberian Taraf Pemastautin Tetap (PR) kepada individu berbakat dan berkemahiran tinggi.

Langkah tersebut bertujaun untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dan proses transformasi.

Ketika membentangkan bajet di Parlimen hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata usaha gigih untuk menarik individu berbakat dan berkemahiran tinggi dari luar negara adalah kritikal.

Selain itu, katanya, kini ahli keluarga ekspatriat yang masih berada di bawah tanggungan, akan diberi visa secara automatik dalam tempoh 14 hari sahaja.

Dengan itu juga, kemudahan PR akan dipanjangkan kepada lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita warganegara Malaysia sepertimana yang diberikan kepada wanita warga asing.

Friday, October 23, 2009

Nizar: Osman Jailu Kata Seronok Jadi ADUN BN Banding ADUN PKR-Pas-DAP

ADUN bebas di Perak Kapten (B) Mohd Osman Jailu bersyukur mendapat lebih banyak peruntukan untuk disalurkan ke kawasannya selepas keluar daripada PKR dan menyokong BN.

Beliau menerima dana hampir RM1 juta tahun ini berbanding hanya RM275,000 ketika menjadi ADUN Pakatan Rakyat dan tambahan ini membantunya memulihkan sokongan masyarakat kepadanya.

"Alhamdulillah, saya dapat peruntukan hampir RM1 juta untuk projek-projek senggaraan di DUN Changkat Jering.

"Berbanding tahun lepas, semasa saya jadi ADUN Pakatan, dapat cuma RM75,000 sebagai wakil rakyat dan RM200,000 ribu sebagai exco (kerajaan Perak)," katanya ketika dihubungi.

Mohd Osman berkata, penambahan dana itu membolehkannya berkhidmat dengan lebih berkesan kepada kira-kira 28,000 pengundi di DUN tersebut.

"Kalau masa dalam Pakatan, kita cuma dapat peruntukan daripada kerajaan negeri sahaja, tetapi ini dapat juga peruntukan daripada kerajaan persekutuan," katanya.

Mengulas kes rasuah yang sedang dibicarakan, beliau berkata ia tidak akan menjejaskan sokongan pengundi kepadanya di kerusi tersebut.

"Saya yakin boleh menang (kes ini) kerana saya yakin diri saya tidak bersalah," katanya kepada Malaysiakini lewat petang semalam.

"Bagus juga (dibicarakan) kerana ini menjadi peluang untuk saya membersihkan nama dan mengembalikan sokongan pengundi kepada saya."

Tambah Mohd Osman, makin ramai pengundi kini kembali semula kepadanya setelah beliau meninggalkan Pakatan pada Februari lalu – bersama dua lagi ADUN Pakatan – yang memulakan krisis sehingga menumbangkan kerajaan Pakatan di Perak sejurus selepas itu.

"Alhamdulillah, sokongan pengundi bertambah baik berbanding sebelum ini. Saya adakan satu majlis rumah terbuka minggu lepas, ramai yang datang dan minta maaf kepada saya," katanya.

Wakil rakyat PKR Jamaluddin Mohd Radzi, yang keluar parti bersama Osman, juga dibicarakan atas pertuduhan sama di Mahkamah Sesyen Ipoh.

Selain mereka berdua, pergolakan besar di Perak disumbangkan oleh tindakan wakil rakyat DAP Hee Yit Fong yang menyokong BN selepas meninggalkan parti lamanya.

Menjelang persidangan DUN Perak pada 28 Oktober ini, timbul pula cakap-cakap yang mengatakan Osman dan Jamaluddin kini berkira-kira untuk menyertai semula PKR dengan dakwaan tidak berpuas hati dengan BN.

"Ada yang kata saya ingin berbalik semula kepada PKR, ada yang kata saya telah meluat dengan BN," kata Mohd Osman lagi.

"Ini semua karut. Sokongan saya tetap konsisten (terhadap BN)."

Jelasnya, pandangan itu sengaja ditimbul-timbulkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang tidak mempunyai banyak pilihan lain lagi untuk mendesak pembubaran DUN Perak.

"Sebenarnya mereka kini hanya boleh mainkan sentimen saja. Mereka tidak ada cara lagi untuk membubarkan DUN Perak, kecuali berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan ke atas status (kesahihan Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar negeri itu).

Tambahnya, beliau tetap akan menghadiri sidang DUN pada 28 Oktober dan akan menyokong usul bajet yang akan dibentangkan oleh Menteri Besar BN Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Nizar: Osman Jailu Kata: ADUN BN Lebih Baik Banding ADUN Pakatan

Blog Archive