Friday, July 31, 2009

Kematian Teoh Beng Hock: Akhirnya dua suspek utama?? setuju memberi sampel DNA

Setelah Lim Kit Siang campur tangan, akhirnya ahli majlis daerah Kajang Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing bersetuju memberi sampel darah untuk penentuan DNA. Persetujuan mereka ini kononnya ada kaitan dengan kemunculan blog t4tbh.blogspot.com yang secara berturut-turut menjadi tajuk utama TV3 berita pukul 8 malam.

Persoalanya sekarang kenapa hanya sekarang mereka bersetuju, sedangkan pihak polis telahpun mengambil 102 sampel DNA untuk tujuan mempercepat perungkaian misteri kematian Teoh?

Ada kemungkinan kah Boon Hwa dan Wye Wing terus tidak akan memberi sampel DNA mereka seperti tindakan Anwar Ibrahim yang enggan memberi DNAnya dalam kes liwat Saiful? jika tidak munculnya blog t4tbh.blogspot.com?

Di sinilah terletaknya faktor bahawa kematian Beng Hock ini dipolitikkan oleh pihak Pakatan, mereka secara padu mendesak agar misteri kematian ini dirungkai dengan cepatnya, tetapi dilain pihak mereka mengatur taktik agar kes perungkaian ini terus menjadi teka teki. Pihak Pakatan sebenarnya mahu menjadikan SPRM kambing hitam dalam kes kematian Beng Hock ini, tetapi the truth selalu akan muncul.

5 Ogos depan merupakan lanjutan inkues kematian Beng Hock, apakah ada kejutan baru? sama-sama kita tunggu.

Thursday, July 30, 2009

Eramin-5 dirampas di Pulau Pinang: Kongsi gelap ada kaitan kah?

Pihak polis sedang menyusun rampasan dadah tersebut

Dadah Eramin-5 sejumlah 1 juta biji bernilai 20 juta ringgit dirampas polis di Pulau Pinang hari ini. Pihak polis juga merampas wang tunai lebih 3 juta ringgit berserta kenderaan yang gunakan.

Dalam sidang akhbar hari ini, diberitakan bahawa pihak polis telahpun menahan reman 5 orang termasuk seorang Dato. Dato tersebut dipercayai adalah ketua sindikit menyeludup dadah E5 tersebut daripada Taiwan melalui lapangan terbang Bayan Lepas.

Dato tersebut selain kes ini, mempunyai kes sebelumnya termasuk kes senjata api.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah dadah sebanyak ini boleh dengan mudah terlepas daripada lapangan terbang.? Bagi mengabui mata pihak kastam atau pasukan keselamatan lapangan terbang tersebut, pihak sindikit mengistiharkan bungkusan tersebut sebagai barangan elektronik.

Pihak polis suspek bahawa kejadian ini kemungkinan ada hubungan dengan orang dalam di lapangan terbang Bayan Lepas.

Rampasan sejumlah dadah ini apakah ada kaitan dengan dakwaan dr khir Toyo, bahawa di Selangor sekarang terdapat hampir 4,000 kegiatan haram yang ditunjang oleh kongsi gelap?.

Apakah rampasan di Pulau Pinang ini hanya tips of iceberg? bahawa sebenarnya kegiatan ini ada net working tertentu sebagai balas budi? Biar pihak polis merungkainya dengan tuntas!

Siapa kata Selesema babi (H1N1) semakin bahaya

Sejak ditemukannya serangan H1N1 di Meksiko 3 bulan lepas dan kemudiannya merebak di senetrio dunia termasuk negara kita dan mengakibatkan kematian 4 orang setakat ini, pakar-pakar kesihatan mengatakan bahawa serangan virus ini sangat mencemaskan.

Akibat merebaknya virus ini telah banyak sekolah-sekolah dan juga insitusi pendidikan tinggi diarah tutup demi mengekang merebaknya virus ini.

Setakat ini hampir 1000 orang dikatakan menghidap virus ini, namun disebabkan tindakan pantas kementerian kesihatan, hampir kesemuanya sembuh kecuali 3 orang dan se orang dari Melaka yang tidak sempat dirawat.

Jika angka statistik yang digunapakai, kematian disebabkan oleh virus H1N1 ini terlalu kecil dibanding kematian disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Pun demikian, jarang yang mengatakan bahawa kematian disebabkan kemalangan jalan raya semakin bahaya. Barang kali sebabnya adalah, kita telah terbiasa mendengarnya. Atau sebahagian dari kita telah lali dengan kematian disebabkan kemalangan.

Kalau dikira nyawa dan harta benda yang hilang, kematian disebabkan kemalangan jauh lebih signifikan dibanding disebabkan oleh virus H1N1. Pun demikian, kita seolah-olah terbangun, bahawa disebabkan serangan virus ini kita beranggapan bahawa kejadian ini sungguh mencemaskan. Moralnya adalah apa perbezaan nyawa yang hilang kerana Virus H1N1 atau nyawa yang hilang kerana kemalangan?

Teka teki kematian Teoh Beng Hock hampir tersingkap

Inkues hari ini diberitahu bahawa terdapat dua DNA lelaki misteri yang ditemui di bahagian pakaian dan talipinggang yang dipakai oleh mendiang TBH semasa ditemukan mati di tingkat 5 Plaza Masalam pada 16 Julai yang lalu.

102 sampel DNA yang telah dianalisis oleh pihak Jabatan Kimia, untuk sementara tidak menemukan padanan dua DNA lelaki misteri tersebut. Hingga pada masa ini ada dua orang lelaki cina yang ada hubungkait dengan kematian TBH menolak sampel DNA mereka diambil, iaitu Tan Boon Hwa dan Lee Wye Ming.

Demi merungkai masalah DNA ini dan opini massa waktu ini mengarah kepada dua lelaki ini, adalah lebih baik kedua lelaki cina ini memberikan sampel DNA mereka. Jika sekiranya mereka enggan juga, pihak polis perlu bertindak.

Jangan kerana dua orang ini, perjalanan inkues kematian mendiang TBH terhalang dan teka teki punca kematian ini akan terus menjadi tanda tanya.

Wednesday, July 29, 2009

Anwar mahu Musa Hassan berhenti

Anwar Ibrahim betul-betul mahukan ketua polis negara Musa Hassan berhenti. Dalam mesyuarat Pakatan baru-baru ini, Pakatan sebulat suara mahukan DS Najib jangan melanjutkan khidmat IGP itu dan hendaklah digantikan dengan IGP yang lebih berwibawa. Alasan yang dikemukakan Pakatan adalah IGP itu gagal mengurangkan jenayah di negara ini.

Tuesday, July 28, 2009

Nik Aziz Kata: Kerjasama PAS-Umno tak mungkin

Kisah lama kerjasama Pas-Umno semasa Tun Razak sangat menghantui Nik Aziz. Sebarang kerjasama Pas-Umno selagi Nik Aziz ada tidak mungkin. Nik Aziz malah menuduh Umno despredo terhadap Pas.

Kenapa kah Umno sangat terigih-igih berkerjasama dengan Pas? jawapannya mudah! pimpinan Umno melihat hasil PRU-12, dan 5 PRK selepas itu, di mana ke lima-lima PRK itu UBN kalah.

UBN melihat bahawa hanya sokongan kaum melayu dan bumiputra sahaja akan dapat mengekalkan kedudukan UBN se masa PRU-13. UBN melihat bahawa sokongan kaum India dan Cina, tidak dapat ditembus, kerana komponen UBN MCA, MIC dan gerakan tidak mampu lagi menarik kaum india dan cina memilih UBN.

Dalam usaha menarik pengundi cina misalnya, ketua pegerakan wanita MCA merasa ke hadapan dengan mendesak menteri dalam negeri mengiktiraf anak kandungan teman wanita mendiang Teoh Beng Hock sebagai anak sah, walaupun semua ajaran agama mengatakan bahawa anak luar nikah tetap sahaja anak luar nikah.

Anggapan bahawa UBN telah lemah mengakibatkan ada pemimpin UBN yang keluar parti dan masuk parti pembangkang. Chua Jui Meng dan rakan misalnya telah keluar MCA dan masuk PKR, disusuli SS Subramaniam mantan naib presiden MIC, juga masuk PKR.

Melemahnya sokongan terhadap UBN selain anggapan kerana keputusan-keputusan PRK akan tetapi isu-isu semasa yang melanda negara. Isu ISA, SPRM, PDRM dan badan kehakiman terus dimainkan oleh pihak lawan, sehinggakan sedikit sahaja cela yang disebabkan oleh badan-badan ini akan terus di gembar gemburkan, seolah-olah kiamat dah hampir tiba.

Esok inkues terhadap kematian mendiang Teoh Beng Hock akan bermula. TBH sangat istimewa kerana bernama Teoh Beng Hock, bukan Wan Farihan atau Mustakizah. Kerana namanya, maka kerajaan terpaksa tunduk kepada desakan. Sungguh malang nasib mu Wan Farihan dan Mustakizah, bumi di mana namamu terpahat tidak dapat membela mu. Malah tokoh yang menganggap dirinya pejuang islam pun sama dengan agama mu tidak mau membela mu. Oiiiiiii nasib ku

Sunday, July 26, 2009

Mahathir di bidas: Kenapa??

Kenapa Tun Mahathir di bidas melalui tulisannya KAKI DALAM KASUT. Mantan Perdana menteri hanya mengatakan data dan fakta yang sebenar. Kenapa data dan fakta di persoal?? Coba fikir, jika bukan Tun dr Mahathir yang menulis artikel ini, apa kah mantan PM ini akan dituduh racist, divide and rule at work again dan semacamnya?

Mereka yang membidas data dan fakta adalah mereka yang menidakkannya, yang sebenarnya mereka lebih arif mengenainya, kalau tidak, mereka tidak akan membidasnya. Mereka tidak mahu fakta dan data yang benar dirungkai dan diketengahkan. Mereka mahu data dan fakta dibungkus dengan kuat agar tidak terbongkar.

Siapa kata melayu terbela dalam negaranya, melayu sebenarnya terkorban dalam negaranya,melayu terpaksa mengorbankan dirinya kerana mahu cepat-cepat keluar dari gengaman penjajah. Melayu, tidak mampu lagi menderita dalam gengaman penjajah,kerana itu, peluang untuk merdeka, disambar dengan cepat, walaupun bahagiannya terpaksa dikorbankan.

Semasa mengisi kemerdekaan, melayu mengatur langkah, hanya memertabatkan bangsanya, hanya membantu bangsanya supaya terkeluar dari malapetaka penjajahan. DEB diwujudkan, semata-mata pembahagian kek ekonomi tidak mengorbankan milik bangsa melayu, kerana jika tidak dilakukan demikian, bangsa melayu, tidak tahu bagaimana mendapatkan bahagiannya,kerana bangsa melayu terdidik mengorbankan miliknya.

Setelah 39 tahun, milik bangsa melayu, tidak juga berjaya mereka genggam, malah dasar yang menunjuk ajar bangsa melayu, bagaimana memiliki haknya, dipersoal, dijadikan bahan politik, sehinggakan, bangsa melayu yang ingin terus berkuasa, terpaksa mengorbankannya.

Mereka mahu bangsa melayu, menjadi pengemis dalam negaranya, tanah tumpah darahnya, mereka tidak mahu melayu maju, kerana jika bangsa melayu maju, maka bagining powernya menjadi kuat, maka suara-suara yang menentangnya tidak akan mampu mengoyangnya.

Tindakan kerajaan masa kini, hanya menguntungkan bangsa melayu yang ada di bandar-bandar dan pekan-pekan, sedangkan bangsa melayu yang berada non ceruk di desa masih sangat terbelakang, seperti berada di ambang kemerdekaan. DEB masih mereka perlukan!!!

Kematian Teoh Beng Hock ala Mafia

Kalau ada kebenaran maklumat yang ada dalam t4tbh.blogspot.com,maka kematian TBH ini seperti ala mafia. TBH dibunuh kerana maklumat dan bukti yang dia ketahui, bukan kerana TBH itu sebagai SU exco DAP kerajaan Pakatan Selangor.

Dalam filem-filem mafia, aku janji taat setia antara jalinan anggota mafia adalah kunci menjadi rangkaian mereka, akan tetapi sesiapa yang tidak taat kepada aku janji itu, jawapannya hanya MATI.

Apakah melalui inkuies jawapan-jawapan kematian TBH akan terungkai?, Dalam filem mafia,biasanya persoalan-persoalan penyebab kematian terlalu sukar dirungkai,sehinggalah filem itu tamat.

Di Amerika dengan teknologi yang canggih serta teknik mencari bukti yang juga canggih, penyebab kematian John FK, hingga kini masih misteri.

Apakah PDRM mampu merungkai kematian TBH?, apakah kebenarannya dapat diterima oleh mereka yang mempolitikkan kematian TBH ini? ataukah fakta yang ditemui kelak, akan menemukan hanya kambing hitam, sehingga kambing yang berwarna hitam, yang sebenarnya,tidak tahu apa-apa menjadi mangsa? Kita tunggu cerita-cerita mengenainya.

Saturday, July 25, 2009

Nizar: Nyala Lilin Nawitu saya Betul

Mantan MB Perak dari Pakatan Mohd Nizar Jamaludin kata, mereka yang mengutuknya menyalahkan lilin, mereka tidak salah, kerana mereka mengutuk sesuatu yang salah. Laporan sebelum ini semuanya salah, kerana katanya beliau menyalahkan lilin bukan dalam upacara belangsungkawa terhadap mendiang Teoh Beng Hock, tetapi semasa menghadiri satu majlis di pejabat DAP.

Dalam upacara menyalahkan lilin bersama pengerusi DAP,walaupaun kata Harussani di larang kepada umat islam,kerana menyamai cara-cara agama kristian, bagi Nizar dan Nik Aziz perbuatan itu tidak salah, kerana semasa melakukan perbuatan itu yang penting NAWAITU Nizar.

Bagi kita yang melihat gambar ini, tergantung kepada penilaian kita, kerana mungkin satu ketika, para pemimpin pakatan yang beragama islam melakukan upacara yang bertentangan dengan praktis islam, tetapi bagi mereka itu semua dibolehkan, kerana yang penting NAWAITU semasa menjalankan upacara itu.

Bagi Nizar dan Nik Aziz apa pun perbuatan yang membolehkan mereka mendapat sokongan orang bukan islam,akan dilakukan demi sokongan dalam politik. Astagfirullah!!!!

Friday, July 24, 2009

Istimewanya Teoh Beng Hock: Kerajaan dipaksa berlutut

Kematian Teoh Beng Hock semasa dalam kawalan SPRM, memaksa kerajaan membuat tiga keputusan. Pertama: Kerajaan mengwujudkan inkues yang diketuai oleh seorang majisterit untuk mencari punca-punca kematian, kedua: Kerajaan melantik suruhanjaya diraja untuk meneliti dan mengkaji cara-cara soal siasat yang digunakan oleh SPRM, dan yang ketiga: Siasatan akan diumumkan kepada umum.

Namun sebelumpun tindakan-tindakan itu dimulakan,pihak pembangkang telah membuat andaian, bahawa tindakan kerajaan itu tidak memadai untuk merungkai kematian mendiang Teoh Beng Hock (TBH).

Kerajaan yang dipilih rakyat melalui proses demokrasi terpaksa berhadapan dengan karenah yang dilakukan oleh penjawat-penjawat awam,apakah mereka yang mewakili PDRM,Kehakiman dan kini SPRM.

Saya yakin dan percaya ke tiga-tiga badan kerajaan ini mempunyai SOPnya yang dapat diterima pakai sebelumnya, akan tetapi disebabkan human error, terpaksa secara keseluruhan badan itu menanggung akibat, dan seterusnya kerajaan yang menjadi sasaran. Ibarat kata pepatah nila setitik menyebabkan susu sebelanga rosak.

Kerana nila setitik ini lah, kerajaan terpaksa sanggup membuat keputusan yang sepatutnya tidak perlu, kerana terpaksa bertanggungjawab kepada segelintir tindakan human error yang tidak mengikut SOP yang telah tersedia.

Kesanggupan kerajaan membuat keputusan ini selain desakan pihak pembangkang, tetapi juga parti kerajaan itu sendiri, sehinggakan kerana kematian TBH kerajaan dipaksa berlutut, pun demikian keputusan kerajaan ini masih juga dipertikaikan. Berbaloikah keputusan kerajaan ini?? sama-sama kita tunggu kesudahannya.

Thursday, July 23, 2009

Anwar sembayang cara lain

Anwar Ibrahim mengetuai sembayang dengan CARA lain semasa memberi penghormatan terakhir mendiang Teoh Beng Hock. Dalam gambar, Anwar di kelilingi berbagai kaum, termasuk yang berkopiah, dipercayai penyokong pas menjadi jemaah semasa "majlis ritual" tersebut.

Nik Aziz apabila di tanya berhubung perkara ini, mengatakan perbuatan tersebut merupakan "perbuatan politik" tidak kena mengena dengan agama.

Dalam majlis yang berlainan, bekas menteri besar Perak Mohd Nizar Jamaludin bersama Mohd Idham Lim Abdullah menggunakan lilin sebagai perantara semasa "sembayang" memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh Beng Hock.

H1N1: Menyerang Sekolah Menengah Sains (smesh) Kota Kinabalu


Virus H1N1

Update: 3 pelajar positif, 17 di kurantin: jam 16:02 24/7/09

Anak saya pada 18:31 se kejap tadi memberitahu saya, bahawa ramai pelajar sekolah di asrama penuh itu di curigai terkena jangkitan Virus H1N1. Mereka yang dicurigai terjangkit akan menjalankan kurantin. Jumlah dijangkiti belum saya ketahui.

Sekolah menengah sains Kota Kinabalu (smesh) terletak di Bukit Padang,Kota Kinabalu berhampiran dengan hospital mesra bukit padang, sekolah agama kota Kinabalu, dan taman perumahan Khidmat.

Anak Ayam pun pandai demonstrasi

4,000 anak ayam di lepas di pejabat veteriner Johor

100 peternak ayam pedaging di Johor merasa geram dengan cara pembahagian insentif bantuan kegawatan ekonomi yang mereka dakwa tidak telus, melepaskan 4,000 ekor anak-anak ayam di pejabat veteriner di Kota Iskandar, Nusajaya, 2 hari lepas.

Anak-anak ayam yang seolah mengerti keluhan tuan-tuannya membuat kecoh di pekarangan pejabat itu.

Akibat tidak telus, bentuk bantuan kerajaan yang bersifat mulia menjadi senjata makan tuan. Bagi penjawat awam yang di amanahkan membantu rakyat, bekerja lah dengan telus dan ikhlas, agar kerajaan yang di terajui oleh orang-orang politik tidak di tuduh tidak peduli rakyat.

Kerajaan sekarang dipenuhi dengan berbagai sentimen, persepsi dan tohaman yang amat dahsyat ter utama karenah-karenah SPRM, PDRM dan kehakiman. Jangan di tambah lagi.

Wednesday, July 22, 2009

Umno bukan Syarikat: Baru saya tahu !!!

Timbalan pengerusi Umno Sabah, Datuk Salleh Said mengatakan bahawa Umno bukan syarikat, kerana ianya hanya merupakan pertubuhan siasa, yang hanya berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Dalam ucapannya semasa merasmikan bengkel anjuran Umno bahagian Sepanggar,Kota Kinabalu pada 19 Julai lalu, menlontarkan idea "cuba pejamkan mata, dan bayangkan bahawa Umno itu bukan parti kerajaan- apakan jadi pada Umno ?). Jika idea ini lah benar-benar ada pada seluruh peringkat ahli, Umno.. adalah pasti..umno langsung tidak bermasalah di mata rakyat. Akan tetapi, Umno yang kita tahu bukan demikian.

Tidak ada sesiapapun yang mengatakan bahawa Umno itu syarikat, agensi kerajaan,kementerian,akan tetapi, umno itu sendiri dikelilingi oleh syarikat-syarikat, di dukung oleh syarikat-syarikat malah ada yang mensyarikatkan Umno.

Dahulu sebelum merdeka, memang benar bahawa pemimpin Umno itu adalah seperti ahli biasa yang ada pada hari ini, tidak berduit, akan tetapi, pada pasca merdeka ini, coba cari mana pemimpin Umno yang tidak berduit.

Parti mendukung sementara penyokong, menyokong para pemimpinnya untuk menjadi kaya raya, dan tinggal di singgahsana seperti maharaja, sedangkan para ahli yang mendukung nya tetap sahaja jadi ulun dan orang suruhan. Berlainan dengan syarikat, apabila syarikat maju dan mendapat keuntungan, para pekerja akan mendapat habuan naik gaji serta bonus tahunan dan habuan-habuan lain.

Semasa majlis itu lagi Datuk Salleh melontarkan definisi temuannya bahawa minda itu sukar di bentuk dan diubah, lontaran idea ini saya tidak berapa dapat memahaminya, mungkin dalam pengertian,bahawa ahli-ahli Umno di minta terus berjuang untuk melonjak pemimpin dalam hal ini nahkoda tanpa pamreh. Memgubah minda para ahli dari yang ingin balasan kerana berjuang kepada perjuangan yang iklas tanpa ganjaran atau pesangon, kerana Umno itu BUKAN SYARIKAT.

Monday, July 20, 2009

Kaum Nabi Luth: Merebak di Negara Kita: Kenapa

Lokasi Club-Club di Kuala Lumpur
Dua hari lalu di jalan Yap Kwan Sing Kuala Lumpur pihak penguatkuasa pencengahan maksiat DBKL telah melancarkan serbuan di salah sebuah club yang hanya dikunjungi oleh kaum lelaki.

Semasa serbuan pada tengah malam itu, di dapati kaum adam ini tengah asyik berdansa, ada yang bercumbuan dan juga melakukan aksi mengiurkan mata memandang.

Semasa serbuan itu juga dilaporkan bahawa ectasy eramin-5 bertaburan di atas lantai, dan setelah dilakukan tes air kecing ramai yang didapati postif dadah.

Persoalannya sekarang, negara ini adalah negara islam, apa kah dari segi undang syariah atau pun civil, hubungan antara kaum se jenis merupakan satu kesalahan, namun kenapa, kes seumpama ini mudah berada dalam negara ini?? satu penjelasan sangat diperlukan.

Teoh Beng Hock Mati: Negara Sibuk

Yang di cari adalah punca kematian setiausaha sulit Exco DAP kerajaan Pakatan Selangor itu.

Dalam keadaan sihat walafiat semasa di siasat oleh SPRM dan keterangan kawan-kawan rapatnya bahawa Teoh tidak menunjukan apa-apa stress sebelum datang memberi keterangan sebagai saksi SPRM berakitan kes penyelewengan dana kerajaan yang di salurkan ke Majlis Daerah Petaling, kematiannya yang sungguh mengejutkan itu tentunya menimbulkan 1001 satu tandatanya.

Hanya yang hidup terpaksa membuat andaian dan spekualsi serta rekaan punca-punca kenapa Teoh Beng Hock mati jatuh bangunan.

SPRM sebagai pihak yang terakhir berada di samping Teoh Beng Hock sebelum di temui mati terbunuh akbiat kecederaan teruk kerana akibat terjatuh, merupakan pihak yang bertanggungjawabkan menjawab kejadian ini.

Pada kebiasaannya, pihak SPRM sangat teliti dalam penyiasatan, mereka bekerja berkelompok, mereka tidak memberi ruang kepada sesiapa untuk berlegar-legar terutama dalam premis mereka. Ke tandas pun pasti di temani.

SPRM dalam mencari maklumat sangat teliti, memerlukan masa yang sangat panjang, ini kerana semua soalan-soalan akan direkodkan dan jawapannya juga direkodkan. Di samping itu, soalan-soalan yang sama di ulang-ulang oleh beberapa pegawai penyiasat, setelah berpuas hati, maka pihak pegawai yang dipertanggungjawabkan akan mengulang soalan-soalan yang sama, pihak saksi atau OKT diminta bersumpah, bahawa semua jawapan TIADA YANG TIDAK BENAR SEMUANYA BENAR. Proses mengulang soalan-soalan dan jawapan ini memerlukan masa yang panjang, kerana setelah seluruhnya siap, pihak yang di tanya terpaksa membaca seluruh yang di tulis, jika berpuas hati, maka tanda tangan perlu diturunkan, kerana setuju, jika sebaliknya, maka pembetulan sana sini di perlukan.

Yang menjadi tanda tanya sekarang, sesi soal jawab antara mediang Teoh Beng Hock, ter sangat singkat, kerana menurut laporan, Teoh merupakan saksi SPRM. Selang waktu antara sesi soal jawab dan di temukannya Teoh jatuh bangunan, merupakan... turning point kepada kejadian ini???

Oleh itu, biarkan PDRM menyasat kejadian ini, beri mereka masa yang cukup, sebelum, jari kita mengarah ke mana-mana. Beri PDRM kepercayaan, kerana saya yakin, masih ada yang berintegriti di situ, kerana dalam se tandan pisang tidak semua rosak.

Sunday, July 19, 2009

Umno Back to School !!!!!



Jadual hari ini
1. Bruch 7.00 - 12.00 hrs
2. High Tea 15.00 - 16.00 hrs
3. Dinner 19.30 hrs- selesai

Jadual Esok: Lihat buku acara

Malam Penutup: 18.30 hrs on ward

Note: Cendarahati: kain pelikat

Kematian Teoh Beng Hock: MACC hanya boleh berkata: We've Nothing to Hide

Susulan kematian Teoh Beng Hock terlalu banyak reaksi dan spekulasi. Pihak pembangkang mengatakan, kematian SU exco DAP Selangor ini adalah faktor "kesengajaan", sementara itu, pihak kerajaan curiga bahawa kes ini adalah faktor perancangan rapi Pakatan dan AnWar untuk lari dari fakta sebenar yakni siasatan SPRM terhadap 12 anggota Pakatan Selangor yang ada kaitan dengan salah guna peruntukan yang di salurkan melalui majlis daerah petaling.

Kematian Teoh menghilang semua fakta maklumat mengenai salah guna kuasa itu, sebaliknya SPRM dan kerajaan berhadapan dengan kes kematiannya. Ini yang dikatakan lain orang makan nangka lain orang kena getah.

Isu sebenar adalah siasatan salah guna kuasa 12 ahli pakatan, sekarang isu ini ditelan oleh desakan siasatan kematian Teoh!.

Kematian Teoh mengundang reaksi dari semua peringkat bermula dari DS Najib Sendiri, TPM, menteri dalam negeri, pihak tertinggi PDRM, dan sudah tentunya dari pihak AnWar sendiri.

Isu menubuhkan suruhanjaya di raja untuk menyiasat kematian Teoh di desak oleh pihak pembangkang dan Suhakam serta Ngo-Ngo, sehingga menteri dalam negeri Hisahamudin mengatakan.. I want a speedy investagtion. Sementara Persuruhjaya SPRM mengatakan We have nothing to hide. Sebaik siasatan selesai.. kami akan umumkan fakta sebenar apa yang berlaku atas kematian Teoh (Tan Sri Hamdan).

Kematian Teoh adalah menjadi faktor menaikan semula imej Pakatan dan memperburuk imej Kerajaan.

Yang menjadi suatu kemuskilan sebaik PRU-12 setiap terdapat memontem di mana imej kerajaan mula menanjak, ada sahaja peristiwa yang tercipta untuk menurunkan imej itu, apakah dalam bentuk politik maupun dalam kes-kes ekstrim seperti kematian!!. Kerajaan patut mengalisa... faktor-faktor ini.

AnWar Menang Isu!!! Apa Tindakan DS Najib?

AnWar sebagai mantan aktivis pelajar memang mahir mencari isu,kerana sebagai aktivis,hanya isu sahaja yang menjadikannya survive.

2. AnWar dan PKR sejak timbulnya UG, PRK Manek Urai dan beberapa kes masalah dalaman Pakatan, populariti mereka merundum, di lain pihak pula UBN dan DS Najib semakin diterima oleh rakyat.

3. Kes liwat Anwar telah mula dibicarakan, tumpuhan rakyat dan media mengarah kepada kes ini, namun kes kematian Teoh Beng Hock semasa dalam tahanan SPRM, mengalih pandangan rakyat, dan kes ini dapat memulihkan rating AnWar dan Pakatan.

4. Keluarnya AYAM-AYAM Tua MCA yang diketuai oleh Chua Jui Meng dan desakan mantan PM Tun Abdullah Badawi agar ISA dihapuskan serba sedikit mengurangkan rating DS Najib dan UBN.

5. AnWar mendapat flatform baru menaikan semangat para penyokongnya yang semakin menurun ekoran kematian Teoh Beng Hock.

Saturday, July 18, 2009

Chua Jui Meng Masuk PKR

Chua Jui Meng


Chua Jui Meng (66) (gambar) sah masuk PKR. Punca keluarnya mantan menteri kesehatan ini daripada parti MCA kerana kecewa tidak dapat memenuhi hasratnya menjadi orang nombor 1 parti komponen BN itu.

Setelah mengecap keistimewaan selama 22 tahun sebagai menteri penuh kabinet, maka pada tahun 2005 mencoba nasib bertanding presiden parti melawan Ong Ka Ting, tetapi kecundang. Hasratnya menduduki kerusi no 1 MCA dicuba lagi pada 2008 menentang Ong Tee Kiat, pun tewas juga.

Dengan hanya berpegang jawatan ketua bahagian MCA bagi Bakri, Johor, anak watan Johor ini merasakan bahawa masa depan politiknya hampir padam. Kerana itu lah, angin perubahan bagi dirinya perlu ditiup agar namanya tidak lenyap di kanca politik tanah air.

Apakah andaian ini benar ataukah kerana terlalu kecewa mengejar jawatan mengakibatkan Chua Jui Meng keluar MCA?? hanya Ong Tee Kiat yang dapat menjelaskannya.

Harga barang Naik atau Turun menejelang Bulan Puasa??

Harga siling 20 barang kawalan diumum 2 minggu sebelum Aidilfitri

PETALING JAYA 17 Julai - Kerajaan akan mengumumkan harga siling 20 barangan kawalan dua minggu sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengumuman itu adalah untuk memastikan bekalan barangan mencukupi dan pada harga terkawal.

''Antara barang kawalan yang akan ditetapkan harganya adalah ayam, daging, santan dan beberapa barangan yang sering digunakan semasa musim perayaan.

''Pengumuman akan dibuat dua minggu sebelum hari raya dan harga siling itu akan diguna pakai seminggu sebelum dan selepas perayaan tersebut,'' katanya.


Ulasan

Telah menjadi kebiasan kerajaan menetapkan harga siling (maksima) bagi barangan yang dianggap barangan asas bagi setiap perayaan. Kenapa tidak diganti menambah produk-produk ini, gunakan hukum pasar demand and supply law?. Kelebihan menggunakan hukum demand and supply law, penguatkuasa kerajaan tidak dibebani dengan kerja-kerja memantau, ertinya baik pengguna dan penjual dibiarkan mengawal sendiri penentuan harga.

Memperkenalkan bentuk larangan seumpama ini mengundang kerja-kerja malpractice, seperti rasuah. Kerajaan sepatutnya belajar dari pengalaman dan data simpanan kementerian di mana saban ada perayaan, terlalu ramai pedagang yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah, kerana melanggar larangan harga siling!!.

Persoalannya sekarang.. kenapa kerajaan suka mengulang-ulang pendekatan yang tidak JITU?

Friday, July 17, 2009

Sesuatu Tidak Kena Pada Rakyat Tertentu INI!!!


Mayat Setiausaha Sulit exco DAP Mati terjatuh


Mogok kerana Kematian yang disengajakan
Ulasan

Di lain pihak mengakibatkan mogok, menuding jari, kenapa tiada yang mempersoalkan bahawa kejadian ini ada kaitannya dengan rating kerajaan di bawah DS Najib sekarang. Pihak Pakatan tertengelam isu kerana kes DSAI bermula dibicarakan di mahkamah. Untuk membenamkan isu Anwar ini, maka isu panas mesti dijelmakan.

Kenapa tiada mogok terjadi apabila akibat kejadian kes ragut seperti keratan akhbar di atas???

Kenapa kes penjenyah seperti A.Kugan di agung-agungkan???

Benarkah Pemimpin yang Di Pilih Parti juga Pemimpin Rakyat???

Sebelum PRU-12, pernyataan ini ada benarnya bagi pemimpin barisan nasional, kerana sebelum itu siapa sahaja pemimpin sesebuah parti yang mempunyai hierakhi dalam parti, pasti menang dalam pilihanraya. Tidak hiranlah apakah pemimpin yang dipilih oleh parti itu ada skandal tertentu, tetapi apabila bertanding pasti menang. Disebabkan itulah, di setiap pemilihan parti, individu yang ingin mendapatkan tempat dalam parti bertungkus lumus jiwa dan raga serta kewangan untuk mendapatkan tempat dalam parti.
.
Melalui PRU-12, imuniti yang ada kepada pemimpin sesebuah parti BN ternyata tercacat, kita menyaksikan ramai pemimpin parti BN yang tercundang. Melalui PRU-12, rupanya pemimpin sesebuah parti yang dipilih oleh ahli-ahli parti, bukan lagi merupakan pemimpin di mata rakyat.
.
Pada 24hb April, 2009, Perdana Menteri yang juga presiden UMNO telah mengumumkan senarai kepimpinan UMNO dalam majlis tertinggi UMNO maupun Pengerusi perhubungan UMNO negeri berserta timbalannya. Dalam perlantikan tersebut, asasnya adalah mereka yang telah menang dalam parti, walaupun ada yang tewas dan tidak bertanding turut juga dilantik atas alasan bahawa pemimpin yang dilantik itu dirasakan masih dapat menyumbang kepada parti. Tetapi rasa terkilan juga ada pemimpin yang dituduh pengamal politik wang,masih juga mendapat tempat!!!
.
Pesanan rakyat melalui PRU-12 rupanya telah menjadi asas utama kepada Datuk Seri Najib dalam melantik safnya dalam MT UMNO. Beliau merasakan bahawa kemenangan dalam pilihanraya tidak semestinya calon itu adalah mereka-mereka yang dipilih oleh ahli-ahli parti, kerana ahli parti hanya sebahagian kecil daripada pemilih pada masa pilihanraya.
.
Diharapkan bahawa barisan kepimpinan UMNO kali ini dapat menghakis anggapan rakyat , bahawa pemimpin sesebuah parti itu bukan merupakan pemimpin di mata rakyat. Krisis anggapan atau persepsi bahawa pemimpin tertinggi atau pemimpin yang diketengahkan kepada rakyat bersifat “saya ini pemimpin”. dapat diperbaiki dan kalau boleh dijadikan sempadan serta dilipat baik-baik dalam lipatan sejarah para pemimimpin yang pernah melakukannya.
.
Slogan Perdana Menteri” Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan” semoga mejadi landasan kepada saf baru ini selain prinsip 6M: Musyaratah (menepati syarat kejayaan) Mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh).
.
Rakyat yang menolak sebahagian pemimpin BN melalui PRU-12 maupun pada 5 pilihanraya kecil, tiga parlimen dan dua DUN selepas PRU-12 menunjukan rasa geram sebahagian pengundi dan masih tidak dapat menerima bahawa mereka perlu diwakili oleh parti BN.
.
Selain rasa geram sebahagian rakyat, ada juga rakyat yang beranggapan bahawa pilihan alternatif terpampang di depan mata, bagi mereka yang berpandangan demikian, siapapun yang mewakili mereka dan pihak manapun yang dapat menubuhkan kerajaan status mereka tetap sama, mereka bukan dapat menjadi peneraju negara secara keseluruhan.
.
Mereka telah bosan dengan keadaan yang serupa selama berpuluh-puluh tahun, mereka ingin berubah. Mereka terbiasa dengan kapal yang sama, mereka merasakan bahawa kapal yang sedia ada tidak dapat menampung lagi muatan yang banyak, kerana telah mengalami renovasi sana sini.
.
Mereka hendak merasakan kapal baru. Lumrah manusia, selalu berkehendakan yang baru-baru. Hendak pakaian baru sempena menyambut hariraya, tahun baru atau perayaan-perayaan keagamaan lain. Mengubah persepsi ini amat sukar, mengubah pola berfikir manusia memerlukan masa, walaupun merubah keputusan amat mudah dilakukan jika kehendak dan aspirasi seorang itu terkena PILARNYA.
.
Sebahagian anggota parti pemerintah menyalahkan penolakan sebahagian rakyat ini kepada nahkoda yang mengendali. Menurut mereka, kerana nahkoda yang tidak becus kurang luwes, maka rakyat berpaling tadah. Mereka inginkan penggantian nahkoda untuk mengemudi kapal yang sama. Menurut mereka, semoga nahkoda yang baru, dapat mengemudi kapal dengan berhati-hati, mengelak terlanggar karang-karang di laut, mengelak badai yag bertiup, mengurangkan muatan yang bersifat “melukut ditepi gantang”, menenggalamkan muatan yang dianggap kedaluwarsa, disamping menjemput naik muatan baru yang segar-segar dan dianggap baru dan masih berbungkus kerana baru.
.
Nampaknya melalui nahkoda baru dengan para kelasi yang baru, cara pengemudian yang baru, cara menentukan arah yang serba baru, walaupun tujuan destinasi adalah sama. Para pengendali kapal lama yang serba baru, diharapkan dapat mengubah anggapan rakyat, bahawa kapal lama tidak boleh ditumpangi lagi, boleh tertarik semula menumpang kerana walaupun kapal lama, tetapi kapal ini telah dilakukan “overhull” yang menyeluruh, di mana peralatan yang lapok telah diganti dengan yang canggih-canggih, enjin lama telah digantikan enjin terkini, Cuma mempertahankan badan yang lama kerana ada unsur sejarah dan warisan.
.
Pertaruhan barisan atau saf baru UMNO ini adalah kapal lama yang telah canggih menghadapi kapal baru yang belum teruji di lautan badai dan masih separuh jalan menuju destinasi yang masih di cari-cari. Semoga saf baru ini dapat mencari pemimpin seperti mereka untuk diketengahkan kepada rakyat yang benar-benar pemimpin di mata rakyat, bukan di mata ahli-ahli parti. Kata bidalan: Biar riuh seluruh kampung, kampung terus maju dan tidak tersia-sia.

Jakarta: Jemaah Islamiah Mengganas lagi kah?? atau suatu agenda!!!


Gambar yang dirakam dari stesen Metro TV dan diedarkan melalui APTN menunjukkan kerosakan akibat letupan bom di Hotel JW Marriott di Jakarta, Indonesia hari ini ini. Hotel Ritz Carlton di sebelahnya turut dibom dalam kejadian pagi ini. Gambar - AP



Dua Hotel di Jakarta di Bom!!! yakni JW Marriot dan Ritz Carlton. Di laporkan ada 7 kematian termasuk Timoty Macky dan 48 yang cedera.

Hotel JW Marriot pernah dibom pada tahun 2003 dan mengorbankan 12 orang.

Kejadian ini apakah angkara Jemaah Islamiah yang dikatakan ada kaitan dengan Al-qaida.. atau suatu agenda keselamatan???

Kenapa Kita Suka Meramal




Kenapa kita suka meramal. Pagi-pagi buta ini, saya terfikir mengenai perkara ini. Dalam tulisan ini,meramal tidak langsung dilihat dari segi agama,tetapi berasaskan kepada tabiat kita, sebagai manusia termasuk diri saya.

Kita suka meramal terutama dari segi politik, walaupun data atau maklmuat yang simpang siur, kita tegaskan dalam tulisan atau laporan bahawa berita itu adalah sahih dan benar belaka. Tujuan si penulis adalah semata-mata untuk menarik perhatian, apatah lagi jika suatu hari tulisan atau laporannya itu menemukan kebenaran dan betul pula.

Coba kita layari tulisan-tulisan dalam blog kawan-kawan kita,misalnya PRK Manek Urai yang baru sahaja melabuhkan tirainya. Meskipun PRK itu telah selesai, malah pengiraan undipun telah selesai, pemenang pun telah di ketahui, tetapi ulasan-ulasan susulan masih meriah dan bertali arus.

Macam-macam andaian dibuat, macam-macam analisa dan berbagai faktor dikemukakan, samada faktor yang menjadi punca kemenangan tetapi juga faktor-faktor yang menjadi punca kekalahan.

Anwar Ibrahim sendiri mengulas dan memberi andaian, bahawa calon UBN Tuan Aziz Tuan Mat adalah bukan pilihan DS Najib, kerana katanya DS Najib tidak turun padang berkempen di Manek Urai. Malahan kata DSAI lagi, sebenarnya Tuan Aziz juga bukan pilihan Ketua Umno Bahagian, kerana itu calon UBN ini tidak mencapai kemenangan.

Taktik Anwar ini adalah taktik menimbulkan isu untuk orang lain meramal, apabila isu itu berkembang, diulas, dan dilapor berulang-ulang, maka isu yang sebenarnya tiada itu akan menjadi ada. Isu yang tadinya sebenarnya tiada akan menjadi ada. Taktik seumpama ini, telah digunakan oleh pihak Amerika semasa perang dunia ke-2 dan juga semasa perang dingin. Walhasilnya, pihak Amerika telah menang ke dua-duanya.

Bagi penyokong UBN, terpaksa berhati-hati menganalisa gejala ini, kerana saya yakin, pihak Pakatan terutama DSAI mempuyai net working yang kemas dan rapi untuk menganlisa keadaan, baik di media massa bercetak, audio maupun lisan. Net working DSAI ini berkerja dengan gigihnya mencari, menganalisa kandungan-kandungan seluruh bentuk komunikasi, dan akan melontarkan serta membangkitkan isu, yang tidak terfikirkan oleh kita sebelumnya.

Kejadian kematian SU exco DAP Selangor umpamanya, adalah kejadian diluar dugaan sama sekali, kerana kejadiannya kebetulan bersamaan dengan pembicaraan kes liwat DSAI.

Content Analysis adalah satu keadah yang jitu mencorakan isu untuk mengalih pandangan terutama kepada mereka yang tidak pro sesiapa. Coba.. fikir-fikirkan

Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor dijumpai Mati

Gambar Teo Beng Hock yang terbaring di atas bumbung bangunan SPRM

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua. Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo. Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Thursday, July 16, 2009

TS Muhyiddin Kata: Keputusan PPSMI Muktamad

Usaha mantan PM melalui blognya untuk melihat reaksi rakyat terhadap keputusan kerajaan yang memansuhkan PPSMI kerana desakan pihak-pihak tertentu terutama pembangkang dan Ngo pro pembangkang adalah muktamad. TPM TS Muhyiddin berkata keputusan kabinet minggu lalu mengenai pemansuhan PPSMI adalah konsisten dengan keputusan kerajaan yang tidak mahu mengekalkan status quonya.
.
Pada pukul 12.52 petang waktu Malaysia 16 Julai 2009 dengan pernyataan pollnya "Do you support the government's decision to teach maths & secince in Bahasa Malaysia". Dalam blog Mantan PM tersebut, dari jumlah pengundi 95,745, 82,568 (86%) memberi jawapan tidak setuju PPSMI diajar dalam bahasa Malaysia, sementara yang menyokong adalah 13,177 (14%).
.
Poll ini walaupun tidak semestinya mewakili keseluruhan rakyat,akan tetapi poll ini menunjukan bahawa ada indikator bahawa secara umumnya rakyat tidak setuju dengan keputusan kabinet itu.
.
Walau bagaimanapun, kerajaan telah membuat keputusan muktamad, ertinya kerajaan tidak akan mungkin melayan apa-apa desakan mengenai perkara ini.
.
Bagi saya yang sangat bersetuju agar PPSMI diajar dalam bahasa Inggeris, hanya boleh berkata: Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya.

Politik Pembangunan UBN masih ampuh kah? atau perlu ada formula baru?

Dari dahulu lagi politik pembangunan memang melekat pada UBN. Setiap PRU dan PRK,isu utama UBN adalah pemabangunan, sehinggakan ditafsir oleh lawan sebagai usaha merasuah rakyat.
.
Kerajaan yang mana tidak membawa isu pembangunan, jika ianya berkuasa,kerana melalui pembangunan sajalah rakyat dapat menilai bahawa kerajaan itu membela rakyatnya. Persoalannya sekarang, kenapa isu pembangunan ini kurang mendapat tempat di hati majoriti rakyat? Dapat dikatakan demikian, kerana pada PRU-12, isu utama UBN adalah pembangunan, kemudian isu pembangunan ini terus diuar-uarkan untuk 6 PRK setelah pRU-12. Dalam 6 PRK itu,hanya di Batang Ai, Sarawak sahaja rakyat menerima isu pembangunan ini.
.
UBN mulai sekarang mesti mencari formula baru, di samping isu pembangunan, juga mesti dilengkapkan dengan isu-isu kemasyarakatan, terutama isu-isu agama,keadilan sosial, keadilan agihan kekayaan negara, di samping merubah pendekatan kepada rakyat. Melalui PRK Manek Urai, mungkin UBN boleh mengguna pakai pendekatannya di situ sebagai penanda aras pendekatan kepada rakyat dan sudah tentunya di tokok tambah apa yang patut dan terasa terlepas pandang.
.
Para kempener UBN di Manek Urai kena berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan UBN di seluruh negara, agar penyelarasan berkempen dapat dirumuskan dan nantinya diguna pakai pada pilihanraya berikutnya. Tujuan penyelarasan ini adalah agar supaya pendekatan UBN itu senantiasa tersusun, luwes dan kompak.
.
Para pemimpin pelapis UBN kena berkerja keras mulai sekarang di samping menterjemahkan arah tuju kepimpinan tetapi juga penyampaian arah tuju ke peringkat akar umbi mesti dilaksanakan dengan telus tanpa agenda terselindung.

Jika DS Najib merasakan bahawa masa 24 jam terasa terlalu singkat, kerana memikirkan bagaimana memajukan negara dan rakyat, para pemimpin pelapis juga kena turut agar supaya, rakyat mengerti bahawa UBN serta para pimpinannya berjuang demi negara dan rakyat.

Hasil PRU-12 dan PRK kecil, memaksa seluruh kader-kader dan pemimpin UBN berkerja dari permulaan demi menarik hati rakyat. Melalui 6 PRK, hanya di Manek Urai sentuhan naluri rakyat di temukan, di sini adalah jelas, menawan hati rakyat tidak semudah seperti yang kita fikirkan, kerana perlu waktu dan proses.

Wednesday, July 15, 2009

Air tercemar dan Bau Busuk: Kg Merabau, Kota Belud

Air Kotor di Sungai Merabau Kota Belud
.
Kalau keadaan air seumpama ini berlaku di Sungai Labu dan Semenyih di Sepang, adalah dipastikan bahawa pengambilan air sungai ini oleh SYABAS akan ditutup, kerana kualiti air yang tercemar dan tidak menepati piawaian kesihatan. Namun, tidak demikian hal nya bagi penduduk kampung Merabau, kerana mereka tiada pilihan lain, kecuali menyedut air ini untuk keperluan sawah mereka, dan rembesan air ini untuk keperluan harian seperti untuk minum dan membasuh pakaian.
.
Keadaan ini, telah berlaku sejak 20 tahun lalu, kerana akibat pencemaran ekces baja dan racun daripada skim jawi-jawi dan kawasan-kawasan sawah sekitarnya.
.
Air sungai ini pada masa ini merupakan sumber penyakit kulit bagi sebahagian besar petani, kerana sifatnya yang berbau busuk dan berasid.
.
Pada musim kemarau apabila air menjadi tohor, pemandangan seperti ikan yang mengelupar ini adalah pemandangan biasa di sungai ini.


Beginilah keadaan ikan mengelupar kerana air tercemar

Apabila keadaan ini dikemukan kepada wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli yang juga merupakan pembantu menteri pertanian dan asas tani negeri, wakil rakyat ini mengatakan bahawa isu ini akan terselesaikan mulai tahun 2010-2012, kerana tahun depan pemulihan dan pelebaran sungai itu berserta pembinaan saluran-saluran air akan bermula. Menurutnya lagi pihak JPS negeri akan memanggil sebutharga untuk tujuan ini pada tahun ini juga.
.
Jika projek pembinaan pengairan air ini terlaksana, maka pengairan untuk kegunaan sawah di kampung-kampung sekitarnya yang dianggarkan meleibihi 3,000 ekar tidak akan mengalami kekurangan air lagi. Tambah Datuk Musbah lagi, jika sawah seluas 3,000 ekar ini dapat diusahakan 2 kali setahun dengan keluaran minima 2 ton seekar, maka setahun kawasan ini akan dapat menghasilkan padi sekurang-kurangnya 12 ribu ton dan kalau diterjemahkan kepada wang ringgit,maka 12 juta ringgit setahun merupakan tambahan kewangan yang berlegar-legar di kampung-kampung yang terlibat.
.
Datuk Musbah memberi jaminan, pembinaan sistem pengairan untuk kampung-kampung yang terlibat ini merupakan prioriti utamanya dan merupakan "baby" beliau sebelum penggalnya sebagai Dun tamat.
.
Pembinaan sistem pengairan yang kekal adalah matalamat utama Datuk Musbah untuk menjadikan kawasan-kawasan ini produktif dan sekaligus sebagai cara dan metoda beliau membangun kawasan-kawasan ini agar penduduk yang mendiami kawasan-kawasan ini dapat mempertingkatkan kehidupan mereka dalam segi ekonomi dan terkeluar daripada taraf miskin.
.
Saya sebagai anak watan kampung-kampung ini, hanya dapat menunggu dan mahu menyaksikan bahawa semua perancangan ini akan terlaksana dengan jayanya.

Tuesday, July 14, 2009

PRK Manek Urai: Harapan UBN belum ke Tahap Kemenangan

Sah PAS masih mempertahankan Dun 41 Manek Urai,apabila calonnya Mohd Fauzi Abdullah (Abe Uji) mendapat undi 5,348 manakalah calon UBN Tuan Aziz Tuan Mat memperolehi 5,283 undi, undi rosak adalah 117.

Melalui perbezaan undi yang amat kecil ini (0.61%), UBN yang pada awal-awalnya merupakan underdog, hampir-hampir melakukan kejutan, memandangkan jumlah majoriti jauh kebih kecil dibandingkan undi rosak.

Dalam situasi yang underdog seperti yang dikatakan oleh DS Najib semasa lawatan ke Kelantan, harapan untuk melakukan upset tetap ada kata PM itu lagi. Berasaskan kepada kemenagan Pas ini, maka harapan PM itu belum cukup diterjemahkan kepada kemenangan.

Bagi UBN, walaupun keputusan PRK Manek Urai ini belum memihak kepadanya, namun trend kepercayaan dan penerimaan rakyat kepada UBN hampir pulih. Jika kita mengimbas kembali kemenangan UBN pada tahun 2004 dengan majoriti 58, dan kemudian kalah dengan majoriti 1,352 pada PRU-12, maka pelonjakan jumlah undi UBN ini merupakan petanda, bahawa penyokong UBN telah kembali semula.

Bagi Pas pula, kemenangan dengan majoriti yang sangat menurun ini, ketokohan Nik Aziz bukan lagi sandaran para pengundi Kelantan. Perasaan bahawa kepimpinan Nik Aziz sebagai untouchable di Kelantan, keputusan Manek Urai ini menerangkan segala-galanya.

Namun, secara nasional UBN tidak boleh bertepuk dada, kerana setiap negeri mempuyai isu yang berlainan, terutama negeri-negeri yang telah maju.

Melalui PRK ini juga, rekod UBN sebelum PRU-12, yang mana setiap PRK kemenangan selalunya berpihak kepada UBN, tetapi setelah PRU-12 setiap ada PRK kemenangan berpihak pula kepada Pakatan. Dengan mengambil kira PRK Manek Urai ini, maka kedudukan sementara bagi setiap PRK di Semenanjung adalah 5 Kosong!!!. kepada UBN. Apa kah dengan kedudukan ini, adalah petanda UBN akan kecundang pada PRU-13, hanya rakyat yang boleh mejawabnya.

Ismail Shah Abdul Wahab: Kena penjara 50 tahun dan sebatan 34 kerana rogol, liwat

Hukuman Rogol di Brazil

Apa perasaan kamu ketika melalukan perbuatan ini? Mangsa kanak-kanak dan wanita, kamu rogol dan liwat, ada antaranya kamu ambil gambar bogel mereka, apa yang kamu fikir masa itu?

Soalan itu dibangkitkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd. Sheriff sebelum membuat keputusan rayuan bekas penjual barangan antik Ismail Shah Abdul Wahab,26 tahun yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara berjumlah 50 tahun dan 34 kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan Ampang.

Ulasan

Kes rogol,liwat dan hubungan sex luar tabii serta pembunuhan mangsa telah menjadi kronik di negara kita. Pencegahan,undang-undang dengan hukuman yang keras terhadap pejenayah ini telah dilaksanakan di negara ini. Pun demikian tanpa hari kita terlepas dengan laporan dan berita mengenai jenis jenayah ini.

Hukuman keras dan cara-cara pencegahan jenayah seumpama ini perlu dikaji keberkesananya, kerana jika ianya berkesan, sudah tentulah hukuman berat yang pernah dijatuhkan oleh para hakim akan menjadikan gejala seumpama ini terhapus kalau tidak pun berkurang.

Kalau di ikutkan hati, manusia seperti Ismail Shah Abdul Wahab ini, tidak perlu di penjarakan atau di sebat, kerana selain ianya tidak berbaloi lagi, unsur menyedarkan tidak timbul lagi dalam kes ini. Hukuman yang seharusnya adalah hukum gantung!!! kerana binatang buas seumpama ini, perlu dinyahkan dari muka bumi ini serta merta.

Monday, July 13, 2009

Mana Hadiah Kami Dato' Seri PM

Tempat pukul 11:11 pada 11 julai di KLCC, DS Najib mengumumkan hadiahnya kepada rakyat. Senarai hadiah itu tidak lah penting di senenaraikan di tulisan ini, kerana sungguh mengecewakan, kerana hadiah untuk daerah ku tidak tersenarai.

Datuk seri PM, Kampung kami telah wujud sebelum meredeka lagi, sila rujuk peta-peta lama terutama yang dikeluarkan oleh pihak British, adalah pasti Kampung Tamau ada dalam peta itu.

Namun kampung kami ini walau hanya 16 kilometer dari tempat pemerosesan air, namun hingga kini, kami tidak menikmati apa itu air bersih. Air merupakan keperluan tubuh yang sangat penting, kerana itu dalam sehari para pengamal perubatan menasihatkan kita sekurang-kurangnya meminum 5 gelas sehari.

Pengumuman hadiah PM kita hanya untuk rakyat yang sememangnya telah menikamti apa itu kemudahan asas kehidupan, tetapi kenapa kami-kami yang masih belum pernah menikamti ke mudahan asas ini tidak mendapat perhatian?? sedangkan kami adalah penyokong kuat kerajaan sejak merdeka lagi.

Kawasan Kuala Lumpur khasnya mendapat perhatian Dato Seri PM,kerana kawasan-kawasan ini telah menolak kerajaan UBN melalui PRU-12, kerana itu perlu dirayu semula melalui "pembaharuan" amalan kerajaan sekarang.

Kerajaan negeri Sabah telah bersilih ganti, pemimpin kawasan ini telah bersilih ganti, dari yang tertinggi kepada sederhana tinggi, tetapi keadaan kami serupa, tetap serupa. Air bersih kami pun tidak terurus, apatah lagi kemahuan meningkatkan taraf hidup kami.

Sekolah kami pun, hanya sekolah rendah, pun demikian pembinaannya terbengkalai kerana kurangnya perhatian dari jabatan yang bertanggungjawab, kerana bagi mereka, kami tidak patut mengecap pembangunan, kami tidak patut mendapat pembelaan kerana kami adalah penyokong kerajaan.

Dahulu semasa Tun Mustapha masih hidup, walaupun pembangunan kami dibelakangkan, tetapi kami rasa ketidak puas hatian terubat juga, kerana bapa kemerdekaan Sabah, selalu melawat kampung dengan helikopternya dan mendarat di padang sekolah rendah Tamau, di mana pada masa ini pembangunannya tidak tahu kapan selesainya.

Dato'Seri PM, saya tahu bahawa artikel ini tidak akan sampai ke pengetahuan Dato Seri PM, tetapi demi catatan, ianya suatu hari akan menjadi catatan sejarah.

Sunday, July 12, 2009

Manek Urai: Isu Umno Lawan Isu Pas

Hari selasa 14 Julai merupakan penentuan di Dun 41 Manek Urai Kelantan. Pas bersandarkan kepada isu bukan kebendaan manakala Umno membawa isu kebendaan. Manakah pilihan pengundi Manek Urai, akan diketahui selepas pukul 8.30 malam hari selasa mendatang.

Apabila keputusan memihak Pas, Umno atau UBN akan memberi kesimpulan, bahawa penduduk Manek Urai tidak suka kebendaan dalam hal ini pembangunan. Mereka lebih suka membangun mengikut masa, ertinya pembangunan yang sekadarnya berasaskan kepada kemampuan pemerintahan Pas. Mereka tidak mahu menerima kemajuan secara mendadak kerana takutkan rutin harian mereka terganggu dengan kilauan pembangunan. Walhasil, Umno atau UBN akan boleh menggunakan kewangan itu untuk membangun kawasan-kawasan yang menyokong UBN, kerana adalah lebih berbaloi demikian.

Pengumunan TS Muhiyidin untuk mengwujudkan agropolitan dan penggantian jambatan di Manek Urai boleh terlaksana, jika penduduk Manek Urai menghendaknya, yakni memilih UBN. Alasan demikian adalah memang patut diberikan oleh TPM ini, kerana kalau tidak pihak Pas dan Pakatan akan menuduh UBN memberi rasuah kepada para pengundi sepertimana terjadi di PRK Bukit Gantang, Perak.

UBN kena pintar dalam mengagih-agihkan projek pembangunan, adalah lebih bermakna membangun kawasan-kawasan yang dikuasai oleh UBN, kerana para pengundi dan penduduknya dahagakan pembangunan, demi penaik tarafan pendapatan dan ekonomi mereka.

Kawasan-kawasan yang bukan dikuasai oleh UBN lebih suka kepada pembanguan yang perlahan mengikut masa,kerana takut kepada akibat pembagunan yang mendadak, kerana impak kepada gejala-gejala pengiring kepada pembangunan itu,misalnya kenaikan harga barang, kenaikan harga tanah, kenaikan harga rumah, mencendawannya peruncit-peruncit atau pedagang mikro dan terjadinya migarsi tempatan ke kawasan yang maju itu.

Di samping itu,kawasan-kawasan yang maju ini akan menjadi sibuk dengan aktiviti-aktiviti ekonomi, sehinggakan boleh mengurangkan waktu beribadat kepada Allah subhannawatala. Kehidupan di dunia ini hanya sementara,oleh itu sekadar cukup makan dan sihat adalah cukup memadai. Rakyat tidak perlu memperbesar kotak berfikir, tidak perlu memikirkan soal-soal persaingan atau memikirkan soal-soal global, kerana adalah lebih baik menumpukan masa kepada situasi dan kondisi setempat.

Penduduk Manek Urai mulai sekarang adalah wajib meniru dan ikut cara-cara sembayang atau solat Nik Aziz,kerana melalui cara-cara Nik Aziz sahaja akan menjamin seseorang itu ada tempat di syurga. Sembayang islam lain yang bukan ahli Pas atau tidak ikut cara Nik Aziz kemnugkinan besar tidak bertempat di syurga.

Kerana itu, dalam PRK Manek Urai ini, Pas tidak membawa isu-isu pembangunan atau isu-isu yang ada di Manek Urai, kerana bagi Pas, isu-isu penduduk Manek Urai adalah bukan masalah, kerana masalah utama bagi mereka adalah: penyamaan Nik Aziz kepada Umno adalah parti yang menolak Islam, sama dengan ajaran ayahpin dan komnuis. Bagi Nik Aziz ahli-ahli Umno adalah bukan Islam, kerana baginya DAP dan PKR lebih menerima islam, atas sebab itulah NIk Aziz menulis surat kepada Dato Nga Koh Meng, memberi puji-pujian atas keberanian wakil rakyat DAP ini membaca surah-surah Al-quran.

Pada 14 Julai, 2009, apakah kelibat Nik Aziz ini menjadi pilihan pengundi Manek Urai berbanding keinginan UBN membangun Manek Urai dan mengelurkan kawasan-kawasan itu dari kemunduran,sama-sama kita tunggu jawapanya selepas 8.30 malam pada tarikh tersebut.

SR Tamau: Lambat Siap

Semalam saya sengeja mengambil laluan melintasi SR Tamau, sekolah yang di rasmikan pada 2 Januari 1966 dan saya kebetulan adalah murid pertamanya. Setiba di sekolah itu jam menunjukan pukul 5 petang dan cukup jelas dipandang di tepi jalan.

Bagunan sementara yang digunakan untuk proses membelajaran telah dibina sebaik sahaja sekolah lama dirobohkan untuk digantikan dengan bangunan baru yang bermaterialkan konkrit.

Melalui papan tanda projek itu tarikh siap projek itu adalah 2/6/2009 seperti pada papan tanda dalam gambar ini, namun di lapangan work in progress hanya 40%. Persoalannya sekarang, di mana silapnya sehingga projek sekolah ini terbengkalai.
.
Adalah dipercayaai sdr depu-depu sedang follow-up masalah sekolah ini, kita tunggu hasilnya.

Friday, July 10, 2009

Isu Para Bloger Kota Belud

Isu para bloger Kota Belud terutama yang berkait dengan perkampungan masyarakat Irranun menarik untuk di tulis. Setelah mengikuti tulisan para bloger ini dan maklumat lapangan, saya juga ikut menulis mengenainya.

1.Bermula dengan jalanraya yang baru dinaik taraf di Rampayan Ulu, secara fizikalnya memang saya tahu, kerana saya bermastautin di kampung itu. Jalan raya itu di bangun pada tahun 2006 dan siap pada Oktober 2008. Jalan raya sepanjang 2km itu di bangun pada jalan lama dengan sedikit pengubahsuaian dan pelurusan. Namun, mungkin kerana kerja-kerja yang maha kelamkabut, maka foundation jalan raya itu kurang diperhatikan, terutama kandungan batu kisar, kerana itu belumpun setahun keadaan jalan raya itu terpaksa ditampal sana sini, kerana terjadinya lubang-lubang kecil. Namun pada masa kini, jalan raya itu sudah elok dan di dua belah bahu jalan telah di semen (bukan aspal) untuk mencegah pergerakan aspal baik ke kiri atau pun ke kanan. Para penduduk kg Rampayan sangat berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan kerana akhirnya penantian kampung mendapatkan jalan raya beraspal tertunaikan setelah menunggu lebih 50 tahun.

2. Isu pemilikan tanah kampung di Tandu Magarang dan Lok Padang, telah menjadi tanya orang kampung bagaimana Datuk Yahya Lampung boleh memilki tanah seluas 900 ekar, dan individu tertentu memilki beratus ekar di situ, sedangkan orang-orang kampung yang tidak bertanah di ketepikan permohonan mereka. Yang cukup menjadi tanda besar lagi, begitu mudah bagi kawasan-kawasan rezab itu menjadi geran, sedangkan tapak-tapak rumah penduduk yang telah mendiami kampung itu sejak zaman british, geran tapak rumahpun belum dikeluarkan oleh jabatan tanah, walaupun permohonan di kemukakan sekian lama.

3. Status tanah rezab Kampung Pintasan. Saya terlalu ingat semasa saya bersekolah di Kampung Tamau, saya juga terlibat meneroka tanah-tanah di Kampung Pintasan itu melalui penanaman padi. Akan tetapi, misi yang berlainan, ayahanda saya terpaksa melepaskan bendang sawahnya kepada penduduk muda agar bendang tersebut menjadi produktif. Tanah rezab pintasan itu, menurut ceritanya adalah untuk padang ragut, bagi kampung-kampung di sekitarnya, akan tetapi pada awal tahun 70-an, jumlah lembu dan kerbau yang amat berkurangan, maka penduduk kampung Tamau, Lilud serta Mibpulu, merasakan membiarkan tanah rezab itu sebagai tapak lalang, maka adalah lebih baik diusahakan menjadi produktif. Bermulalah migarsi penduduk kampung ke tanah "Rejab" dengan membina pondok-pondok untuk berteduh di siang hari, akan tetapi bermalam di rumah asal pada waktu malam. Hasil usaha para penduduk, tanah rejab yang tadinya dipenuhi oleh lautan rumput rumpai telah menjadi bendang yang produktif.

4. Pada tahun 80-an apabila saya balik dari luar negara, dalam selang waktu 10 tahun, saya amat terkejut, bahawa tanah rejab itu telah menjadi perkampungan dan namanya telah berubah kepada kampung Pintasan. Pada zaman kerajaan Parti berjaya, kebanyakan penduduk di situ berganding bahu dengan pendatang asing bertanam tembikai dan usaha ini hingga kini masih berterusan walaupun bilangannya telah berkurangan dengan drastiknya. Pada masa itu, kampung Pintasan ini mempuyai kolam udang yang diusahakan oleh Aquabayu sdn bhd, walaupun peternakan udang itu di tutup pada awal tahun 90-an, kerana tidak produktif. Akibat penutupan kilang udang itu, maka kawasan tanah yang diberikan kepada syarikat Aquabayu telah berpindah milik, kerana syarikat itu telah menjual tanah miliknya kepada penduduk kampung. Telah difahamkan juga, bahawa hampir 1000 ekar tanah di situ telah menjadi milik syarikat besar yang tersenarai di bursa saham kuala Lumpur, selain itu, tapak untuk kegunaan angkatan tentera juga telah diluluskan.

5. Kerana menurut sejarah yang dibuat oleh kerajaan british, bahawa kawasan tanah rejab itu adalah untuk tanah rejab (uraian yang jelas oleh sdr Azrone), maka ulasan mengenainya saya tidak panjangkan.

6. Isu tanah rejab kampung Pintasan ini menjadi panas, kerana rancangan kerajaan untuk memajukan kawasan itu melalui projek agropolitan. Tidak diketahui, kenapakah isu tanah rejab ini tiba-tiba mejadi panas sehinggakan penduduk Kg Labuan dan Kg Wakap menunjuk perasaan secara aman,kerana menunut hak tanah mereka. Penduduk ke dua-dua kampung itu bertindak sehingga melibatkan SPRM, Suhakam dan pihak polis. Tidak dapat dipastikan, apakah status tanah sebenar tanah rejab yang menjadi rebutan ini, apakah memang hak penduduk ataukah hak kerajaan. Jika tanah rejab itu memang telah diberikan kepada penduduk, kerajaan juga masih ada hak untuk melucutkannya, kerana demi kepentingan rakyat yang benar-benar memerlukannya, akan tetapi jika tanah itu masih hak kerajaan, maka tiada isu yang perlu dipersoalkan.

7. Isu yang terlepas pandang juga adalah isu tanah rejab kampung Tawadakan, yang telah hilang kerana berubah status. Di fahamkan bahawa tapak SMK Taun Gusi dan SK Kesapang serta tapak kilang padi individu tertentu bersebelahan sungai Kg Tawadakan adalah tanah rejab untuk penduduk kampung Tawadakan. Akan tetapi, penduduk kampung Tawadakan tidak dapat berbuat apa-apa mengenai pertukaran status ini, kerana kuasa bargin tidak mereka miliki.

8. Isu pembinaan SK Tamau yang terlambat penyiapannya. Di khabarkan, bahawa kelambatan penyiapan sekolah ini kerana ke tidak mampuan kontarktor dalam segi kewangan. Pembinaan sekolah adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan, dalam hal ini diwakili oleh jabatan pelajaran negeri. Pihak wakil rakyat walaupun boleh membuat pemantauan, akan tetapi kuasa sepenuhnya adalah pada kerajaan persekutuan. Kelambatan ini, adalah keselipan memilih kontraktor, kerana pihak pemberi tender tidak mengenal pasti kewibawaan kontraktor.

9. Projek Jelapang Padi yang diumumkan baru-baru ini yang akan menelan kos sebanyak 1000 juta ringgit untuk tempoh masa 5 tahun. Dalam segi jumlah memang jumlah ini cukup besar, akan tetapi, apakah benar-benar jumlah wang sebesar ini akan mengalir kepada penduduk Kota Belud atau kah kepada kontraktor-kontraktor pelaksana.

Thursday, July 09, 2009

PPSMI: Parents unhappy over decision to revert

KUALA LUMPUR: Many parents and students are very disappointed at the Cabinet’s decision to reverse the Teaching of Science and Mathematics policy.

Said mother of three Kam Swee Har: “Language is not just about teaching grammar and writing essays; it is the whole application of the language.

“The exposure is different when you’re learning technical subjects like Science or Maths.”

Engineer and father of four, Sulaiman Mahran, agreed: “Technical terms need to be absorbed in English, so strengthening English in general is not going to help in Maths and Science.”

Azra Banu, who has a child in Year Six, pointed out that it is the rural students who will lose out in the long run.

Businesswoman Haili Abdul Jamil, who has two children in Years One and Two, is seriously considering enrolling her children in an international school following the decision.

The impact of the decision is particularly hard on students who will enter Form Four in 2012.

Form One student Anisa Sulaiman is anxious about switching to Bahasa Malaysia in the two subjects when she gets into Form Four in 2012.

“I have been learning Maths and Science in English, so it will be difficult if we change the medium of instruction later on,” she said.

In Penang, Han Chiang High School Just English centre adviser Ooi Lay Le said the standard of English among students would drop if the two subjects were not taught in the language.

“We are going backwards,” said Ooi who has been teaching for 40 years.

SJK (C) Union Bahasa Malaysia Committee head Cheah Choo Suan, 55, said teaching the subjects in English would have helped broaden students’ knowledge of new terminologies and improve their command of the language.

Year Five student R. Abirami, 11, from SK Convent Green Lane, said it would be hard for her to adapt to the new system.

“We have memorised the scientific terms in English,” she said. “I’m afraid it will be hard to re-learn them in Bahasa Malaysia.”

In Johor, some parents are even considering sending their children to Singapore where they can learn in English.

Dr Santhi Sivalingam Moorthy, 41, said she would seriously consider transferring her three children, aged between five and 10, to Singapore schools now. (petikan dari The Star 9 Julai 2009)

Ulasan saya


Saya mewakili diri saya sendiri, tidak dapat menerima keputusan kerajaan ini. Tetapi saya ini ikan bilis. Bagi pendapat saya kerajaan mengambil keputusan yang amat terdesak tanpa melihat objektif jangka panjang PPSMI. Alasan, tidak cukup guru yang boleh mengajar matematik dan sains dalam bahasa inggeris, adalah alasan yang sangat dangkal dan dibuat-buat.


Sekiranya pelkasanaan PPSMI adalah punca penolakan rakyat kepada UBN, kenapa pada tahun 2004 UBN menang besar???


Jika alasan kekurangan guru yang mengajar kenapa tidak diberi latihan? Betul ke.. jika PPSMI di mansuhkan maka kemahiran guru-guru yang mengajar dalam 2 mata pelajaran ini meningkat?? Ada jaminan ke.. bahawa pengajaran 2 mata pelajaran ini dalam bahasa melayu.. bahawa bahasa melayu telah dimartabatkan???


Kenapa kita suka membandingkan diri kita dengan negara-negara yang telah lama bertamadun di mana penggunaan bahasa ibunda mereka boleh juga maju. Jangan lupa kita adalah negara bekas jajahan.. hanya setengah abad merasa merdeka. Untuk mengejar kemajuan itu.. kita mesti melalui jalan pintas dan cepat mengekses maklumat, dan kebetulan maklumat itu adalah dalam bahasa inggeris.


Jangan kerana bahasa adalah jiwa bangsa menjadi faktor kita mundur. Saya.. bukan menghina.. cuba jalankan penyelidikan rawak.. dalam 10 orang pelajar universiti tempatan kita.. berapa orang ke.. yang mampu menulis dan berbahasa inggris yang baik? Buat kajian juga.. dalam 10 orang bijakpandai kita.. berapa orang yang benar-benar mengunakan bahasa melayu sebagai bahasa penulisan dalam kajian mereka.

Wednesday, July 08, 2009

PRK Manek Urai: Pertembungan antara Dua Aziz

Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden Pas merangkap ahli parlimen Bahcok dan pengarah operasi pilihanraya kecil Manek Urai tidak dibenarkan berceramah, kerana beliau bukan ulamak,menurut pengarah pilihanraya Pas Manek Urai Abdul Fatah Harun.

Menurut Fatah lagi, PRK Manek Urai, PAS hanya mempergunakan Nik Aziz sebagai ikon bagi menarik para pengundi.

Nasharudin menjadi isu apabila beliau menyokong cadangan Presiden Pas Haji Hadi Awang untuk mengwujudkan unity government bersama Umno. Ekoran sokongan beliau tersebut, Nik Aziz mengecamnya dan memintanya keluar Pas dan masuk Umno. Kecaman Nik Aziz ini masih belum padam sepenuhnya di hati rakyat kelantan, walaupun Nik Aziz telah memberi maaf kepada timbalan presiden itu. Inilah tersirat sebalik sebab muasabab kenapa Ustaz Nasa tidak dijemput berkempen di Manek Urai.

Apakah faktor Nasharudin tidak dibenarkan berkempen di Manek Urai dapat mempengaruhi pengundian pada 14 Julai ini? Ataukah faktor Nik Aziz akan menambah majoriti kemenangan Pas, daripada 1,352 majoriti allahyaraham Ismail Yaacob mengalahkan Zulkefli Omar pada PRU-12?

PRK Manek Urai kali ini dirasakan bukan pertembungan yang ketara antara PAS dan Umno,kerana DS Najib mengatakan bahawa PRK ini merupakan pertandingan persahabatan. Pilihan parti mana yang di pilih oleh para pengundi adalah terserah kepada kelibat personaliti yang terlibat. Di Pihak Pas adalah Nik Aziz, Nik Mat manakala di pihak Umno adalah calon Umno sendiri Tuan Aziz. Tuan Mat.

Dengar khabarnya poster Tuan Aziz Tuan Mat yang telah dipasang diserta Manek Urai telah berjumlah 300 ribu helai, manakala lawan sebenarnya Abe Uji atau Mohd Fauzi Abdullah, hanya terpampang di beberapa tempat strategi sahaja, manakala poster Nik Aziz terpampang di mana-mana di seluruh pelosok Manek Urai.

Dalam PRK ini, jika Tuan Aziz Tuan Mat kalah sekalipun, adalah wajar, kerana calon Umno ini terpaksa berdepan dengan Tuan Guru Pas, yakni Nik Aziz Nik Mat sendiri.

Blog Archive