Tuesday, June 30, 2009

Royalty Minyak dan Manek Urai

Hadi Awang mengatakan bahawa Kelantan ada pelantar minyak. Beliau sendiri pernah melawat pelantar minyak itu. Saifudin Nasution juga mengatakan bahwa Kelantan ada minyak, sambil menuduh kerajaan berbohong di parlimen,menafikan perkara ini.

Isu tuntutan royalty minyak oleh pemimpin-pemimpin Pakatan ini merupakan isu utama mereka menjelang PRK Manek Urai. Mereka mengeluarkan hujah, bahawa minyak memang ada di perairan Kelantan, kerana terdapat pelantar yang bernama melayu, seperti Kekwa, Cakrawala, Seroja, Bintang dan Lawen, ini membuktikan bahawa pelantar-pelantar itu adalah milik Malaysia.

Namun dakwaan ini disangkal oleh Dato Mustatpha Muhamad (Tok Pa), pengarah pilihanraya UBN Manek Urai. Tok Pa kata, bahawa carigali minyak itu berada diperairan bertindih Malaysia dan Thailand, bukannya di perairan Kelantan.

Isu royalty minyak ini memang menarik untuk menjadi isu, kerana hasil dari emas hitam itu cukup lumayan sebagai pendapatan sesebuah negeri. Untuk sementara negeri Sabah, Sarawak dan Terengganu adalah negeri-negeri yang mendapat bayaran royalty 5% daripada hasil emas hitam tersebut.

Persoalannya kenapa isu ini menjadi isu utama Pakatan sempena PKR Manek Urai?. Bukan kah penggalian dan penyedutan minyak di negara ini telah bermula sejak tahun 1971, dan perjanjian-perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri yang mempunyai minyak ditandatangi pada tahun 1976.

Apakah melalui PRK Manek Urai ini, Pakatan tidak mempunyai isu lagi untuk dibawa berkempen, sehinggakan pemimpin Pakatan tega memesongkan rakyat Kelantan, untuk mempercayai bahawa Kelantan mempunyai minyak, tetapi royalty dinafikan. Ataukah cara ini adalah taktik mendapatkan bantuan kewangan dari kerajaan pusat!.

Pada PRK Bukit Gantang, UBN mengumumkan beberapa projek untuk rakyat di kawasan parlimen itu, akan tetapi keikhlasan UBN ini diputar belit, seolah-olah usaha UBN merasuah rakyat. Oleh kerana itu, melalui PRK Manek Urai ini, Pakatan mengubah taktik, bahawa isu mereka bukan kepada isu pembangunan fizikal kepada Kelantan, akan tetapi diubah kepada bentuk lain, yakni menuntut sesuatu yang seolah-olah masuk akal dan betul, yakni royalty minyak.

Pemimpin Pakatan memang suka memainkan isu, misalnya di Sabah dan Sarawak, mereka memainkan isu bahawa royalty minyak 5% tidak cukup, sebaiknya kata mereka, royalty seharusnya lebih tinggi dari itu. Pemimpin Pakatan mengatakan jika Pakatan mengambil alih kerajaan, maka royalty minyak untuk Sabah dan Sarawak akan dinaikkan kepada 20%.

Meminta untuk perkara yang tiada bersamaan dengan istilah memaksa, mengisukan perkara yang tiada ertinya bohong, apakah pemimpin Pakatan sempena PRK Manek Urai memaksa kerajaan Pusat untuk memberi bantuan kewangan dengan cara lain, ataukah hanya berbohong untuk mengelirukan penduduk Kelantan amnya dan khasnya Manek Urai? semata-mata untuk mendapat undi!. Hanya pemimpin ini sahaja yang boleh menjawab persoalanan ini.

Monday, June 29, 2009

Tukun Tiruan untuk Kg Rampayan Kota Belud

Kali ini saya membuat catitan mengenai ikan. Kenapa ikan, petang tadi saya sempat berjumpa dengan Yb DUN Tempasuk Kota Belud, Datuk Musbah Haji Jamli. Dalam sembang-sembang petang kami di rumahnya, Datuk ini bercerita tentang projek jabatan perikanan negeri yakni pembuatan tukun-tukun tiruan yang kebetulan akan dilabuhkan di laut rampayan Kota Belud tidak lama lagi.

Menurunnya sumber ikan akbiat pukat tunda yang dilesenkan oleh jabatan itu pada suatu masa dahulu,mengakibatkan karang-karang habis binasa, sehinggakan tempat bernaung ikan telah habis dan punah.

Daerah Kota Belud 10 tahun yang lalu merupakan salah satu pembekal ikan di Sabah, selain perairan Kudat, Sandakan dan Semporna. Namun pada masa kini, ikan-ikan yang diperjual belikan di pasar Kota Belud, bukan lagi berasal dari daerah Kota Belud,akan tetapi terpaksa di import dari daerah-daerah lain.

Mengingatkan bahawa sumber pendapatan daerah ini selain daripada pertanian, juga perikanan, maka adalah dirasakan bahawa pembinaan tukun-tukun tiruan adalah usaha yang sangat mendesak untuk mengembalikan populasi ikan di dearah tersebut.

Sunday, June 28, 2009

PAS: Tiada Isu Buat UMNO

Dahulu isu mengkafirkan Umno sudah redah, sekarang pula isu agak lunak cuma menyamakan UMNO dengan Ayahpin dan Chin Ping. Pas sudah ketandusan isu menyerang UMNO. Demi memontem agar kenampakan bahawa pimpinan PAS tidak ketandusan idea, maka terpaksa membuat isu-isu baru.

Tujuan PAS ini ada muslihat disebaliknya, tujuan sebenar PAS agar Umno terpancing supaya dapat menerima ajaran ayahpin dan juga membenarkan Chin Ping pulang ke Malaysia. Ajaran ayahpin sejak awal-awal lagi telah diharamkan oleh kerajaan Terengganu, demikian juga kepulangan Chin Ping dari awal-awal lagi telah di tolak oleh UMNO, Pas dan pimpinannya telah tahu dan maklum pendirian UMNO.

Kenapakah Nik Aziz tega menyamakan UMNO sama dengan ayahpin dan komunis?? Seperti diawal tulisan ini, Nik Aziz pasti ada muslihat disebalik tuduhan ini. UG misalnya adalah cetusan Hadi Awang,akhirnya pula UBN dituduh sebagai dalang idea UG. Nampak sekarang, sejak Nik Aziz berkawan dengan Anwar Ibrahim,Tok Guru itu telah terjangkit ilmu putar belit, ilmu tipu menipu, sehinggakan isu yang tidak berasaspun boleh menjadi isu seolah-olah benar dan betul.

Ahli Umno dan penyokong Umno tidak akan terpancing isu Nik Aziz ini,cuma sebagai bahan tulisan dan memperbetulkan keadaan, maka isu ini mahu tidak mahu terpaksa diulas.

Rakyat di negara ini semua mempunyai kepercayaan agama masing-masing, mereka paham benar, bahawa mereka yang terpancing anjaran ayahpin adalah mereka-mereka yang tidak mendalami kepercayaan agama mereka, mereka yang masih percaya bahawa selain kuasa Tuhan, kononnya manusia juga ada kuasa seperti Tuhan, mereka ini lah yang terpancing oleh ajaran seumpama ini. Umno tidak pernah mengatakan bahawa parti itu mempunyai kuasa melebihi Tuhan, jika ada yang mengatakan demikian, maka itulah yang dinamakan ketandusan isu atau idea, kerana mengatakan bahawa kambing telah bertukar menjadi lembu, lembu bertukar jadi gajah, kecuali kuasa Tuhan sahaja, binatang-binatang ini akan bertukar, tiada kuasa lain.

Bagi mereka yang terpancing menerima idea, bahawa Umno seperti ajaran ayahpin dan komunis, terpaksa berjumpa dengan doktor jiwa, kerana adalah pasti orang itu mengalami penyakit jiwa, kerana melihat lembu seperti gajah.

Selagi lembu dilihat seperti lembu dan gajah dilihat seperti gajah, dan masih lagi menerima bahawa UMNO seperti ajaran ayahpin dan komunis, adalah pasti orang itu tidak suka Umno, bukan penyokong Umno, bukan ahli Umno, bukan pemimpin Umno, itulah Nik Aziz dan Pas mengelarkan Umno demikian.

Isu menyamakan Umno seperti ayahpin dan komunis, hanya laku untuk orang-orang PAS, Pakatan, kerana apapun Umno buat pasti mereka tidak suka. Jadi adalah pengajaran kepada Umno, tidak usa lagi menarik hati atau coba mempenagruhi ahli Pas dan Pakatan yang telah taksub kepada pimpinan dan parti mereka, kerana bidalan berkata mencurah garam ke laut tidak membawa erti apa-apa.

Friday, June 26, 2009

Anwar minta Kerajaan BN Salur Kewangan Lebih kepada negeri-negeri di kuasai Pakatan

Tidak adil kata Anwar! Kerajaan BN menyalur bantuan kewangan yang rendah perkapita kepada negeri-negeri di bawah kekuasaan Pakatan. Tarifan rendah itu, Anwar tidak perincikan, kerana perinciannya hanya untuk negeri Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Selangor dan Perak juga di masukkan. Anwar tidak menyebut berapa pula bantuan kewangan perkapita untuk Sabah, Sarawak dan negeri-negeri lain yang diperintah oleh BN. Entah-entah, negeri-negeri di pemerintahan BN terutama Sabah dan Sarawak jauh lebih rendah dibanding Kelantan, yang kata Anwar diberikan hanya RM119 perkapita!.

Anwar adalah mantan menteri kewangan Malaysia!, Seharusnya beliau lebih arif mengenai pengagihan perkapita kepada negeri-negeri di bawah naungan Malaysia. Angka agihan tidak boleh di buat-buat, ianya dibuat berasaskan sumbangan negeri itu kepada perbendaharan negara. Jika sumbangan negeri itu terhadap perbendaharan negara, umpamanya melalui kutipan cukai, jika kutipan rendah., maka wang bayaran perkapita negeri itu juga rendah. Wang agihan perkapita adalah berasaskan sifir yang telah ditetapkan, ianya tidak boleh diubah sesuka hati. Sepatutnya isu seumpama ini tidak dipolitikan, kerana agihan negara perkapita adalah perkara pokok dalam pembentukan negara.

Sebaiknya Anwar menumpukan kepada negeri-negeri yang di perintah Pakatan. Kuasa eksekutif ada di tangan, pentadbiran ada di pangkuan, dewan undangan di kuasai, semua asas untuk membangunkan negeri telah ada. Seharusnya Anwar tunjukkan kepada BN, bahawa Pakatan lebih berupaya membangun negeri, apakah melalui pembasmian kemiskinan, peningkatan taraf hidup, kerancakan pembangunan fizikal, pengurangan kadar jenayah dan program-program memperbaiki keruntuhan gejala sosial.

Mempolitikkan bahawa kerajaan BN tidak banyak memberi bantuan kewangan kepada negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan, seharusnya tidak timbul, kerana perkara ini adalah perkara biasa, apabila negeri atau negeri-negeri di bawah kerajaan pembangkang, maka kewajiban kerajaan persekutuan hanyalah terhad kepada peruntukan per kapita negeri-negeri itu. Anwar seharusnya tahu, bahawa apabila Sabah ditadbir oleh PBS, maka masa itu kerajaan negeri Sabah, hanya mendapat peruntukan perkapita sahaja (jangan lupa menteri kewangan masa itu adalah Anwar sendiri). Di Sabah masa itu, untuk mentadbir urus bantuan-bantuan persekutuan,bukan melalui kerajaan negeri, sebaliknya disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah (JPPS) yang baru sahaja dimansuhkan.

Membangkitkan isu peruntukan perkapita kepada negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan masa ini yang kebetulan semuanya berada di Semenanjung, menggambarkan bahawa Anwar semasa menjadi menteri kewangan menganak tirikan Sabah! Sebaliknya jika ianya berlaku untuk negeri-negeri di semenanjung, barulah dikatakan tidak ADIL!!!!.

Sifat dan cara Anwar berpolitik ini sekarang terkangkang luas untuk di nilai oleh rakyat terutama rakyat Sabah dan Sarawak. Rakyat Sabah khasnya sangat mengikuti sepak terajang Anwar dalam usahanya merebut kuasa daripada BN dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.

Seharusnya rakyat dari awal-awal lagi telah sedar, jika memilih pembangkang, maka adalah tanggungjawab pembangkang itulah membawa kemajuan kepada mereka. Bagi BN kenapa perlu menyusukan kera di hutan, sedangkan penyokong-penyokongnya masih terbelit dengan desakan hidup. BN mempunyai tugas yang juga berat untuk membangun negeri-negeri yang dikuasainya, perlu mempamirkan bahawa rakyat yang menyokongnya merasa berbaloi mengundi BN.

Isu penindasan oleh BN kepada negeri-negeri di bawah Pakatan seharusnya tidak timbul, kerana rakyat di negeri-negeri itu telah membuat keputusan, bahawa membangun bersama BN tidak boleh diteruskan, kerana menurut mereka membangun bersama Pakatan adalah lebih baik dalam semua perkara. Bagi rakyat yang menyokong BN Teruskan bersama BN, bagi rakyat yang menyokong pembangkang, teruskan bersama pembangkang. Sama-sama lah kita membangun dengan cara masing-masing dan sama-sama kita tunggu.. mana yang mencapai distinasi yang di harapkan.

Micheal Jackson dan Farrah Fawcett telah Tiada!

Dunia hiburan dunia telah kehilangan idol dunia hiburan, MJ dan Farrah Fawcett. MJ sebagai idola dalam dunia muzik juga dikatakan sebagai penyatu dunia kulit hitam dan kulit putih. Bagi mereka yang mengikuti dunia hiburan dan celebreti, nama MJ dan Farrah bukanlah asing bagi mereka.
.
Suatu masa dahulu saya sempat menyaksikan secara live persembahan MJ di stadium negara, walaupun saya bukanlah peminat beliau, akan tetapi persembahannya pada malam itu sungguh bertenaga dan sungguh menghiburkan.
.
Farrah Fawcett mantan istri Lee Majors adalah watak yang saya senangi dalam filem The Six Million Dollar Man, walaupun lakonannya lebih menyerlah melalui siri Charlie Angels!.
.
Perginya MJ dunia kehilangan

Thursday, June 25, 2009

MACC Nabs Lecture Who Demanded Sex and Money to Pass Students

A lecturer at a private international university who allegedly demanded sex and money from his students in return for better grades has been arrested by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

The man, a foreigner in his 40s who lectures in Cyberjaya, was arrested at about 5pm after a victim lodged a report with the MACC.

It is learnt the woman, 24, sat for a qualifying exam to enable her to continue her Masters’ degree.

After sitting for her papers, she was allegedly approached by her lecturer who told her she did not do well in her exam.

He then allegedly told her that he could help her provided she agreed to give in to his demands.
He was said to have initially asked her for sexual favours but when she refused, he demanded money as well if she wanted to pass the exam.

The lecturer was also said to have uttered words that caused the woman to be fearful.
MACC director of investigations Datuk Mohd Shukri Abdull confirmed the arrest but declined to elaborate. (The Star :25/6/2006)
.
Apa pula cerita ti.. harapkan pagar, pagar makan padi. Kejadian seumpama ini malah sering berlaku, cuma mangsa malu dan segan membuat laporan.
.
Telah tiba masanya sistem permarkahaan dikaji semula, kerana pemarkahan yang menghadalkan kepada seorang pemeriksa dapat mengundang gejala sedemikian.

Ulamak Pun Kecewa UG Batal

"Maka haramlah memutuskan tali persaudaraan islam" kata Tan Sri Harussani Zakaria, mufti negeri Perak. Sampai begitu sekali ulasan tokoh maal hijrah kebangsaan 2008 ini mengenai kegagalan UG.

Beliau merasa sedih dan kecewa,kerana baginya perpaduan ummah itu amat penting, di luar kotak parti. Kekecewaan beliau ini ada asas, sebagai alim ulamak, maka tanggungjawab penyatuan dan perpaduan ummah merupakan salah satu tugasnya sebagai khalifah di muka bumi ini.

Wujudnya puak-puak dalam ummah merupakan perkara yang paling meyedihkan bagi para ulamak seperti Tan Sri ini.

Dalam kes UG ini, kita tidak boleh mempersalahkan sepenuhnya kepada para pemimpin PAS yang menolak UG, kerana pemimpin mempunyai agenda tersendiri, demikian juga parti, mempunyai matlamat sendiri. Bagi pemimpin sesebuah parti, terlalu banyak faktor yang perlu dipertimbangkan, demikian juga terlalu banyak faktor yang mempengaruhi pertimbangan ke arah mengambil keputusan. Faktor-faktor dalaman dan luaran adalah faktor gabungan yang boleh mempengaruhi seseorang atau kelompok pemimpin membuat keputusan.

Dalam permainan UG ini, Hadi sebagai presiden PAS menganggapnya sebagai "bola politik" pinjam istilah kedahline.blogspot.com. Kalau benarlah istilah ini, maka ada benarnya juga anggapan saya selama ini, bahawa UG ini adalah muslihat Hadi dalam memancing UBN dan kelompok-kelompok dalam PAS yang tidak sehaluan dengan presiden PAS tersebut.

Nah, sekarang telah jelas, bahawa penolakan UG dan cetusan idea UG bukan berpaksikan kepada keikhlasan, akan tetapi sebagai permainan politik Hadi. DS Najib terperangkap dengan permainan Hadi ini, sehinggakan DS Najib menyangka bahawa idea UG ini benar-benar dari lubuk hati Hadi atau Tuan Guru Dato Haji Hadi Awang.

Seorang ulamak seperti Tan Sri Mufti Perakpun terperangkap dengan bola politik dan pancingan Hadi ini dan seterusnya seketika dahulu menganggapnya bahawa UG akan benar-benar terlaksana dan benar-benar wujud.

Pemimpin seperti Hadi untuk sementara telah menang dalam permainannya sendiri, atau sekurang-kurangnya dalam parti Pas dan seterusnya dalam Pakatan. Akan menang kah Hadi menghadapi rakyat, yang di luar sana ramai yang menginginkan UG. Jika Pemimpin dan parti tidak inginkan UG, tetapi rakyat inginkan UG, pemimpian dan parti tidak akan boleh membendung arus ini. Terserah kepada UBN bagaimana menginterprtasi kehendak ramai ini!!!

Wednesday, June 24, 2009

PAS TAKUT DAP BUKAN ANWAR

Bukan rekaan. PAS takut DAP, bukan takut Anwar. Sebab disebaliknya adalah PAS lebih nampak bahawa pemimpin dan penyokong DAP memberi tentangan padu kepada sebarang isu yang berbangkit melemahkan PAS.

Di Perak walaupun PAS mempunayi kerusi yang sedikit di banding DAP, DAP menyokong padu apa sahaja tindakan mantan MB Mohd Nizar Jamaludin, termasuk kekecohan di dewan rakyat baru-baru ini.

Sangkaan awal bahawa PAS terpengaruh dengan desakan Anwar Ibrahim dan kelompok dalam PAS yang digelar Erdogan semasa menolak UG sebenarnya hanya bersifat anggapan. Keputusan muktamad Hadi Awang menolak UG sebenarnya berpunca daripada bisikian Lee Kuan Yew kepada Hadi dan juga Nik Aziz.

Asas kepada bisikan LKY ini adalah DAP itu adalah cerminan PAP Singapura. Adalah lazim pada perkara ini, apabila anak kesayangan akan terjepit, maka menjadi tanggungjawab seorang ayah untuk membantunya.

DAP adalah parti yang menerima tamparan hebat sekiranya UG akan terwujud. Kawasan-kawasan marjinal atau grey area adalah pasti tidak akan boleh dimenangi tanpa sokongan orang melayu dan islam.

Sandaran kepada kekuatan Anwar seorang untuk menarik kaum melayu dan islam mengundi DAP tidak akan dapat mengimbangi kekuatan Hadi Awang dan Nik Aziz. Percaturan ini lah yang dilihat oleh Lee Kuan Yew, kerana itu mentor Singapura itu melawat Malaysia dengan masa yang panjang dan salah satu agendanya adalah bertemu Hadi Awang dan Nik Aziz, bukan Anwar!.

Perisik-perisik CIA dan Yahudi terhidu, jika perpaduan kaum melayu melalui UG terwujud, maka Malaysia akan semakin kuat, suara negara ini di peringkat antara bangsa semakin terdengar dan mungkin peranannya di peringkat rantau ini akan lebih terserlah di banding Singapura.

Isu UG ini cukup besar, bukan setakat dalam negara sahaja, isu UG ini mendapat perhatian negara-negara jiran malah salah satu agenda negara-negara tertentu yang suka campur tangan dalam hal ehwal rumah tangga negara berdaulat. Alasan menimbulkan harubiru ini adalah demi ekonomi, bagi mereka, negara yang tidak aman, adalah lombong ekonomi bagi mereka.

Negara-negara tertentu ini kalaupun tidak dapat menjual senjata untuk digunakan berperang antara penduduk kepada negara yang tidak stabil, paling tidak negara itu akan terus menjadi pengeksport barangan kepada negara yang tidak stabil tersebut.

Secara tersirat UG akan terus ditentang oleh musuh-musuh perpaduan dan akan terus dihalang oleh agen-agen negara-negara tertentu ini. Kerana itu, bagi kita yang memikul masalah perpaduan ini,perlu membuka mata dan hati kita, kenapa kah kita menolak idea murni ini???

Manek Urai Bagi UMNO/BN

14 Julai adalah tarikh pengundian N41 Manek Urai, Kelantan. Penamaan calon bagi DUN tersebut ditetapkan pada 6 Julai 2009. Pengiraan undi akan berlangsung di Dewan Petra, SMK Sultan Yahya Petra 1 Kuala Krai.

PRK ini terpaksa diadakan kerana kematian penyandangnya Ismail Yaacob (60) kerana akibat serangan jantung pada 22 Mei lalu.

DUN Manek Urai terletak di kawasan parlimen Kuala Krai termasuklah 3 DUN lain yakni DUN Guchil, DUN Dabong dan DUN Mengkebang.

Pada PRU-12 lepas kesemua kawasan tersebut termasuk parlimennya dikuasai PAS. DUN Manek Urai dimenangi Ismail Yaacob mengalahkan penyandangnya Mohamed Zulkifli Omar dengan majoriti 1,352 undi meningkat 1299 dibanding kekalahannya pada calon yang sama pada tahun 2004 (hanya 53 undi).

PRK Manek Urai menurut Pengerusi SPR akan menelan belanja 400 ribu ringgit dan akan melibatkan 350 orang jentera pilihanraya.

Jumlah pengundi N41 Manek Urai adalah 12, 292 dan komposisinya pula adalah 99% pengundi melayu dan selebihnya adalah pengundi cina dan india.

Sehubungan dengan PRK itu UBN telahpun mengumumkan akan meletakan calon dan sudah tentunya PAS yang akan mempertahankan kerusi itu dan seterusnya akan mengumumkan calonnya pada 26/6/2009.

Bagi PAS menang kalah dalam PRK ini tidak mempunyai impak kepada kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz,kerana DUN Kelantan dikuasai oleh PAS walaupun terselit 6 DUN UBN.

Demikan juga jika kemenangan berpihak kepada UBN, impak kepada kerajaan negeri pun tidak signifikan, kerana UBN tidak cukup korum dalam DUN Kelantan.

Persoalannya sekarang apa rasional dan untung UBN bertanding di DUN Manek Urai? Apakah melalui pertandingan itu hanya semata-mata untuk menghidupkan demokarsi berparlimen negara? ataukah salah satu taktik menaikan semangat, ataukah sekadar servis jentera pilihanraya UBN yang mungkin agak berkarat kerana absent bertanding di DUN Penanti?.

Tok Pa selaku penggerak jentera UBN telah awal-awal lagi mencangkan bahawa jangan under estimate UBN di Manek Urai. UBN akan memperoleh sekurang-kurangnya 6,000 undi, dengan jumlah itu, maka UBN akan di istiharkan menang!.

Khairy Jamaludin, ketua pemuda UMNO akan mengetuai GEMPUR pemuda masuk Manek Urai, seperti mana caranya menggempur Kelantan sebelum PRU-12,mungkin kali ini slogan popularnya "18 dok??" tidak akan diulang??.

Walau apapun alasan UBN bertanding di Manek Urai tidak membawa kesan terhadap senerio politik tanah air,kerana telah terbukti bahawa sebelum PRU-12 DUN Kelantan cuma memiliki majoriti satu DUN, pun demikian UBN tidak dapat berbuat banyak, malah hampir kehilangan seluruh DUN di Kelantan pada PRU-12.

Adalah dirasakan bahawa penyeretaan UBN di Manek Urai adalah semata-mata untuk meramaikan sistem demokrasi tidak lain daripada itu.

Tuesday, June 23, 2009

UG Idea Hadi: Sekarang Jadi Fitnah, Bohong

Kata Hadi Awang, idea UG hanya relevan semasa Tun Abdullah Badawi, masa DS Najib Tak releven lagi, pasal itu lah idea ini TUTUP. Alasan tersirat Hadi Awang, sebab mereka nampak, TAB lemah,mudah mereka tunggangkan, berlain dengan DS Najib yang mantap juga dalam liku-liku permainan, baik di belakang layar maupun depan layar.

Anwar Ibrahim, dengan kepakaran memutar belitkan ISU, mengatakan bahawa idea UG hanya fitnah dan permainan kotor UMNO untuk melemahkan PAKATAN government in waiting!!!. Inilah kekuatan dan kelebihan Anwar, fakta yang jelek akan terkikis darinya, sebaliknya dipalitkan pada orang lain, hatta ramai yang percaya, termasuk para penyanya berita, mereka terpukau, mereka terhipnotis, seolah-olah apa saja yang diperkatakan oleh Anwar adalah benar belaka.

UBN telah terbiasa dengan kemenagan besar, telah terbiasa dengan kemenangan 2/3 dan menganggap simple majoriti adalah lemah. Perasaan lemah inilah yang menghantui UBN, sehingga para pemimpin terlalu gelisah, gunda gulana apatah lagi bebagai tumahan yang dilimparkan akibat keputusan PRU-12 dan PRK-PRK setelahnya. Pemimpin telah hilang semangat, sehingga menular kepada pemimpin akar umbi. Akibat rasa anggkuh kerana merasa sangat kuat, apabila tersandung sedikit yang diperkirakan tidak akan berlaku, maka perasaan rendah diri yang amat sangat berkecamuk di dada, di kepala, sehingga memeningkan, membingungkan, akal, fikiran, ilham,minda terkongkong, sehingga idea bernas sukar dilahirkan lagi.

Cetusan UG oleh Hadi Awang.. sekarang nyata hanya pancingan, mencoba kebingungan UBN, terus disambut, walaupun DS Najib sempat berfikir sejenak.

Mereka-mereka yang paling bahagia sekarang (juga termakan idea pancingan Hadi) adalah pemimpin DAP, PKR, orang PKR dalam PAS dan orang DAP dalam PAS. Akibat kurang arif dalam permainan Hadi, 10 MP Pas terpaksa membuat pendirian awal sama dengan Nik Aziz yang benar-benar percaya bahawa Hadi dan Nasa hendakkan UG. Dalam permainan ini, paling tidak Hadi, telah tahu siapa-siapa yang benar-benar menyokongnya, dan siapa-siapa yang menentangnya dalam PAS. Hadi dalam menyusun langkah-langkah seterusnya, paling tidak dapat berwaspada lebih awal, kerana terang dan jelas siapa-siapa yang ikut berkorban dengannya.
.
Hadi telah menjelma sebagai pemain politik kawakan, pemain politik yang membelakangkan sifat-sifat yang selama ini melekat padanya, yakni TOK GURU AGAMA ISLAM. Dalam menentukan cengkaman, Hadi terpaksa mencipata muslihat yang orang lain sukar membacanya , dan muslihat itu adalah UG.

UG telah dinoktahkan. Tiada lagi perbincangan. Walaupun kata DS Najib dalam politik semuanya boleh belaku. Benar.. dalam politik semua possible, nothing is immpossible. Dahulu lawan, sekarang kawan, demikian juga sebaliknya.
.
Nah sekarang... senerio politik tanah air sudah terbuka luas, khasnya kepada kaum melayu beragama islam, telah terang dan jelas, siapa yang tidak menginginkan perpaduan ummah. Terserah kepada penilaian dan penerimaan mereka, mereka bebas menafsirkan kejadian yang berlaku, mereka juga bebas membuat keputusan, manakah yang perlu diberi sandaran untuk membela negara, bangsa, dan agama.
.
UBN dalam langkah menawan semula penyokong-penyokongnya yang telah berubah arah, mesti mengotakan apa yang di kata, apa yang diucap, baik yang tersirat maupun yang tersurat. UBN khasnya para pemimpinnya maupun wakil-wakil rakyat yang menang kerananya, mulai sekarang perlu mengubah tingkah laku, tabiat serta pendekatan, agar, penyokong lama akan kembali dan kalau boleh mendapat penyokong baru.

Pendekatan konvesional yang dipraktikkan selama ini perlu diubah, perlu diperbaharuhi, kerana pendekatan itu telah usang, tidak berbisa lagi. Akibat pendekatan UBN yang masih konvesional ini, maka pancingan Hadi mengenai UG pun tidak terbaca apa yang tersirat daripada cadangan itu, sehinggakan UBN merasa terlena, seolah mimpi ngeri yang selama ini menghantui UBN akan lenyap, terkikis kerana UG!!!.

Sungguh malang bagi UBN... sudahlah bukan ideanya mengenai UG.. sekarang pula dilimparkan kepadanya, seolah UBN lah yang merancang UG untuk menganggu gugat PAKATAN seperti dakwan Anwar Ibrahim semalam selepas meeting selama 2 jam bersama pemimpinan PAKATAN. Nahuzubillah!!

Next Moves UMNO!!!

Mana sudah pakar strategi UMNO!!! Hanya sekali mesyuarat kes UG tutup kedai. Panas berlanjutan berbulan-bulan, cuma hujan sejam.. dah habis semua!. Common UMNO... kini tibanya tantangan untuk pakar strategi UMNO.. mana sudah hujah-hujah mu, mana sudah idea-idea Mu.. keluarkanlah!.

Nostalgiamu..tak akan terpakai lagi... idea baru yang berbeza..tentunya berlainan dari yang kelamrin, dari yang semalam... dulu, kini dan selamanya dah basi... perlu branding... perlu-- repositioning!!! perlu.. know how.. perlu... perlu.................... Kini penyokong UMNO terkapai-kapai... seolah.. semalam terasa mati... tak boleh tunggu esok!!!

Jangan guna amarah... tak boleh... guna akal boleh.. guna minda boleh... guna projek tak boleh... tunjuk ceramah emosi.... agak-agak juga tak boleh... guna.... underground... mungkin boleh... common UMNO... used your grassroots!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. NOW!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, June 22, 2009

Unity Government?? Lupakan: Pakatan said NO!!!

Para penulis rencana, para blogger yang mengharapkan UG akan akan menjelma, terpaksa melupakannya. Dengan sekali mesyuarat pada hari ini 22/6/2009 Majlis kepimpinan PAKATAN telah membuangnya jauh-jauh ONCE FOR ALL!!!. UMNO terpaksa melupakan UG.. kalau bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk sementara waktu.

Pakatan dalam penolakan idea UG telah menyenaraikan faktor-faktor berikut seperti yang diuraikan oleh DSAI.
.
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

azlishukri.blogspot.com telah mengulas lebih lanjut mengenai faktor penolakan pakatan ini. Sila layari blog tersebut, kerana pandangannya telah tepat dan betul menurut pendapat saya.

Sunday, June 21, 2009

Parti Berbilang Kaum - Pembangkang tidak dapat bentuk PAKATAN politik seperti BN: MELESET

BUKAN mudah untuk menjadi parti politik berbilang kaum di Malaysia. Apalagi parti berbilang agama. Dan lebih susah lagi untuk membentuk pakatan politik terdiri daripada parti-parti yang berlandaskan kaum.

Datuk Onn Jaafar telah cuba membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu pada tahun 1950, tetapi ditolak mentah-mentah. Ekorannya beliau keluar dari UMNO dan menubuhkan Parti Negara yang tidak dapat bertahan lama.

Idea membuka pintu UMNO kepada bukan Melayu terpendam selama 41 tahun sehinggalah pada tahun 1991 apabila parti Melayu terbesar itu membenarkan kaum bumiputera bukan Islam menjadi ahli iaitu orang-orang Siam di Perlis, Kedah dan Kelantan serta kaum bumiputera bukan Islam di Sabah dan Sarawak.

Oleh kerana bilangan bumiputera bukan Islam ini kecil, UMNO terus menjadi parti dominan Melayu hingga kini.

DAP memutuskan menjadi parti berbilang kaum sejak lama dengan membuka pintu kepada orang-orang bukan Cina, tetapi hingga kini ia tetap menjadi parti dominan Cina. Walaupun ada satu dua tokoh Melayu, India dan Sikh di dalamnya, namun imej parti berbilang kaumnya tidak tertonjol.

Gerakan juga merupakan parti berbilang kaum pada dasarnya, tetapi pada realitinya ia terus menjadi parti dominan Cina. Pemimpin parti itu sedar yang kebanyakan sokongan datang daripada kaum Cina yang tidak mahu menyertai MCA ataupun DAP.

Pengalaman DAP dan Gerakan yang telah begitu lama mahu menjadi parti berbilang kaum tetapi belum berjaya sepenuhnya, menceritakan hakikat sebenar politik Malaysia. Rakyat negara ini masih terus mahukan parti yang berlandaskan satu kaum sahaja.

Pari terbaru yang mewarani poltik tanah air Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga adalah parti berbilang kaum. Sejauh mana parti ini dapat benar-benar menjadi parti berbilang kaum masih belum dapat dipastikan. Apakah ia juga akan menjadi seperti DAP dan Gerakan, hanya masa menentukan.

Perkembangan paling mutakhir ialah Pas bercadang membuka keahliannya kepada bukan Islam. Pas yang menonjolkan dirinya sebagai parti Islam sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951, kini berura-ura untuk menjadi parti berbilang agama.

Di akhir muktamar parti tersebut di Kuala Lumpur suatu masa dahulu, mantan Naib Presidennya Hassan Shukri memberitahu yang Pas sudahpun menyiapkan satu cadangan pindaan perlembagaan untuk membuka parti itu kepada bukan Islam sebagai ahli bersekutu., kemudian cadangan ini dibawa ke muktmar yang ke-55 di Shah Alam yang baru sahaja melabuhkan sauhnya.

Apa yang sangat menarik ialah betapa sebuah parti yang selama ini "tidak mahu berkawan dengan kafir'' dan menuduh UMNO "kurang Islam'' kerana berganding dengan bukan Melayu dalam Barisan Nasional (BN), kini berhasrat untuk membuka pintu parti itu kepada bukan Islam. Tok Guru Hadi Awang, menyamakannya dengan kilang pakaian semasa mejawab satu soalan semasa sesi soal jawab di Cirus Hotel London pada 13/6/2009 yang lalu. Menurut TGHA, proses membuat pakaian melibatkan banyak pihak, bukan berlandaskan agama.

Setakat ini sudah kedengaran pro dan kontra ahli-ahli Pas yang memberi pandangan . Bekas Penasihat Undang-undang Pas, Datuk Wan Mustapha Ali dan sekarang ini Setiausaha Agung pada suatu masa dahulu PERNAH berkata yang beliau akan keluar Pas jika parti itu menerima bukan Islam sebagai ahli. Beliau percaya ramai lagi ahli Pas akan meninggalkan parti itu kerana tindakan tersebut dilihat sebagai mengkhianati perjuangan asal Pas.

Kumpulan yang menyokong cadangan ini diketuai oleh Husam Musa, mencoba agar cadangan ini diterima pada muktamar ke-55 PAS, namun cadangan ini belum menadapat persetujuan kerana usahanya menjatuhkan Ustaz Nasaharudin Mat Isa tidak kesampaian.

Cadangan ini akan meletakkan ahli-ahli Pas dalam keadaan tidak menentu. Ia memperlihatkan pertembungan dua kumpulan dalam Pas yang jelas iaitu golongan modenis YANG LEBIH DIKENAL SEBAGAI KELOMPOK ERDOGAN yang mahukan pembaharuan dan golongan konservatif yang mahu menjaga Pas terus kekal dengan perjuangan Islamnya.

Jika cadangan itu diterima bermakna Pas tidak lagi boleh mendakwa ia sebuah parti Islam, tetapi ia adalah parti berbilang agama. Apa perasaan ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi? Mereka selama ini berkempen menggunakan nama Islam, apakah bunyi kempen mereka kali ini?

Walau apapun hujah yang diberikan oleh para pemimpin parti itu, Pas ternyata mengambil keputusan paling berat yang menukar sama sekali haluan parti itu daripada matlamat asal penubuhannya.

Apakah orang-orang bukan Melayu berminat menyertai sebuah parti berbilang agama? Ini satu perkembangan menarik untuk dilihat. Kalau PKR menarik orang-orang bukan Melayu (berdasarkan kaum), Pas mahu menarik orang bukan Islam (berdasarkan agama).

Dari komen yang didengari hingga kini, bukan Islam nampaknya tidak berminat menyertai sebuah parti berbilang agama yang mengenakan label Islam. Bukan setakat itu, mereka berhak merasa tersinggung dengan cadangan itu yang meletakkan taraf mereka sebagai ahli kelas ketiga selepas wanita Pas menjadi ahli kelas kedua.

Mereka hanya dibenarkan menjadi ahli bersekutu yang ada hak menjadi calon menggunakan lambang Pas, tetapi tidak ada hak memegang jawatan dalam parti serta hak menentukan pucuk pimpinan parti. Tidak mungkin orang bukan Islam mahu diperbodohkan sehingga begitu sekali. Sekiranya pun terjadi motif tersirat kelompok tersebut adalah menjadi tandatanya besar.

Cadangan pindaan perlembagaan itu bukan saja mengubah imej Pas, tetapi juga akan memberi kedudukan yang berbeza dalam pakatan pembangkang. Jika Pas meluluskan pindaan perlembagaan itu, bermakna dalam pakatan pembangkang terdapat tiga parti yang merebut ahli daripada kumpulan yang sama.

Kalau kini hanya DAP dan PKR merebut ahli bukan Melayu, kelak Pas terlibat sama dalam perebutan itu. Kalau BN memberi tanggungjawab untuk menarik undi Melayu kepada UMNO, undi Cina kepada MCA dan Gerakan, undi India kepada MIC, Kadazan kepada PBS serta parti-parti lain di Sarawak yang berasaskan kaum ini nampaknya tidak berlaku dalam pakatan pembangkang.

Cadangan Pas itu serta penubuhan PKRl sebagai parti berbilang kaum membuktikan yang kedua-dua parti itu tidak yakin dengan DAP untuk membawa undi Cina kepada pakatan pembangkang.

Dalam suasana yang begini, apakah akan wujud pakatan pembangkang yang kuat? Apakah ikatan tiga parti ini melalui PAKATAN akan bertahan lama? ataukah ikatan longgar untuk mencapai objektif jangka pendek? ataukah ikatan ini hanya berdasarkan GERAM DAN DENDAM ?

Pakatan pembangkang yang dinamakan Gagasan terbentuk ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Isu Anwar menjadi faktor penyatu. Apabila Anwar tidak lagi menjadi isu, apa akan jadi pada Gagasan?

Perbalahan antara DAP dan PKR suatu masa dulu walaupun telah menajdi catitan akademik berhubung kemasukan bekas Ketua DAP Sarawak, Sim kwang Yang yang dipecat kerana dituduh merancang menggulingkan Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, sebagai ahli PKR adalah permulaan kepada drama rebutan ahli antara ahli-ahli pakatan pembangkang. Perbalahan lama antara Pas dan DAP mengenai pembentukan negara Islam masih belum selesai hingga kini.

Kenapa pakatan politik seperti BN boleh kekal, sedangkan pakatan politik pembangkang seperti APU tidak dapat bertahan lama?

Kebanyakan pakatan politik pembangkang dibuat berdasarkan perasaan kecewa, dendam, marah, benci. Sedangkan BN yang asalnya Perikatan dibentuk di atas asas yang murni iaitu untuk membolehkan negara mendapat kemerdekaan daripada British.

Pihak Inggeris memberi syarat supaya ketiga-tiga bangsa - Melayu, Cina dan India bersatu, barulah mereka akan memberi kemerdekaan. Mereka mengenakan syarat ini dengan harapan supaya kemerdekaan akan lebih lambat lagi, kerana dalam perkiraan British tidak mungkin orang-orang Melayu, Cina dan India boleh bersatu.

Tetapi Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Sambanthan telah melakukan satu "keajaiban'' dengan berjaya membentuk sebuah pakatan politik, - Perikatan - yang bukan saja berjaya mendapatkan kemerdekaan, tetapi telah berjaya meletak asas politik yang baik bagi Malaysia hingga ke saat ini.

Pakatan pembangkang dibentuk hanya untuk menghadapi pilihan raya, sedangkan BN untuk menyatukan rakyat negara ini di bawah satu payung politik yang lebih besar. BN memberi hak kepada 14 buah parti komponennya yang berlandaskan kaum mewakili kaum masing-masing dalam menjaga kepentingan mereka.

Inilah asas kekuatan BN dan kekuatan inilah yang memberi kestabilan politik kepada Malaysia sejak merdeka sehingga negara dapat dibangunkan dalam keadaan aman. BN muncul sebagai satu-satunya pakatan politik yang paling berjaya sekali di dunia sehingga kini, walaupun keputusan PRU-12 ternampak ada krisis yang melanda gabungan 14 parti ini (hanya di Sememanjung).

Setiap kali pilihan raya, pembangkang akan cuba membentuk satu pakatan tetapi semuanya tidak kekal lama. Dalam pilihan raya 1990 mereka menubuhkan Gagasan Rakyat dan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). APU - pakatan Pas dan Semangat 46 - berjaya menawan Kelantan, tetapi kini telah menjadi sejarah. Berasaskan kepada pengalaman itu, defacto leadar PAKATAN DSAI memcoba meneruskan memontum sokongan kepada PAKATAN dengan berbagai strategi dan taktik termasuklah mengistiharkan bahawa 16 Sep 2008 adalah hari PAKATAN mengambil alih kerajaan persekutuan, melakukan pengosongan kawasan-kawasan tertentu agar pilihanraya kecil dapat diadakan, memainkan isu-isu perkauman, pendidikan, ISA, kehakiman, polis dan sebagainya.

Hakikatnya adalah sangat sukar membentuk pakatan politik yang berjaya. Dalam konteks pilihan raya, BN telah dapat menyelesaikan masalah mencari formula pembahagian kerusi sejak pilihan raya pertama pada tahun 1951 lagi. Berasaskan kepada panduan ini, semasa PRU-12 buat pertama kalinya PAKATAN berjaya mengelak bertembung sesama sendiri, walau terdapat satu-dua kawasan di mana pertembungan telah berlaku.

Faktor kejayaan PAKATAN sepakat meletakan calon dan mengelak pertembungan sesama sendiri merupakan bayang-bayang yang paling negerunkan UBN kerana seolah-olah senjata makan tuan telah berlaku. Jika dahulu pertembungan sesama sendiri merupakan masalah pembangkang, masa ini perkara ini tidak lagi berlaku.

Berupayakah UBN mencari penempis fenomina ini, ataukah UG sebagai satu jawaban???

Saturday, June 20, 2009

Krisis?? Krisis UMNO?? -UMNO-PAS Unity Goverment??

UMNO jelas ada krisis, yakni krisis penolakan sebahagian besar pengundi muda, krisis kerana ada pemimpin-pemimpin yang dicap rasuah: rasuah politik, rasuah jawatan, rasuah projek.

Krisis kempimpinan UMNO hampir selesai, tatkala dr Mahathir dan lain-lain keluar UMNO, kerana faktor Abdullah Badawi, dan kemudian masuk semula kerana Najib dan Muhiyidin mengambil alih teraju kepimpinan UMNO.

Memulihkan krisis tidak semudah salin baju, sebaliknya perlu masa, perlu pendekatan berbeza, perlu anjakan, perlu pro aktif, perlu pandangan jauh.

DS Najib berusaha secapatnya mengatasi krisis dengan berbagai pendekatan. Bermula dari konsep, tindakan, pendekatan dan gaya.

Konsep: 1 Malaysia, People First, Performance Now; Tindakan: liberaliasi ekonomi termasuk pemansuhan ekuti bumiputera dalam 27 bidang, mengeluarkan model ekonomi baru, pendekatan: mesra rakyat dan turun padang; gaya: lebih terbuka, bersedia menerima pandangan: pendekatan : Bottom-UP.

Di atas kertas seluruh inovasi PM baru ini, cukup ideal, untuk suatu negara yang diduduki berbagai bangsa,kaum dan agama.

Persoalannya sekarang.. delivery ramuan ini.. agak lembab sampai ke akar umbi, sebabnya pemimpin peringkat berikutnya tidak dapat mengikuti corak ini, kerana mengakibatkan kemusnahan kepentingan-kepentingan individu-individu tertentu.
.
Saya tidak dapat mengambil contoh di tempat lain kerana keterbatasan maklumat, cuma yang dapat dipaparkan dalam artikel ini adalah yang bersangkutan dengan negeri di bawah bayu, di mana saya di lahirkan, di besarkan, di pekerjakan dan seterusnya dipendudukkan.

Sabah Development Corridor misalnya yang telah dilancar pada januari 2008 oleh mantan PM, yang kononnya akan menelan kos 105 billion ringgit untuk tempoh 18 tahun, yakni sehingga tahun 2025. Tujuan murni projek ini adalah: a gateway for trade, investment and tourism, transform the state into harmonius states, to create job opportunities, make the state more technology savvy, and make the state a comportable state to live in.

Malangnya uraian, maklumat, cara, kepada siapa, untuk siapa, siapa pelaksana, terlalu sukar untuk mencarinya. Kerajaan negeri melalui IDS atau SEDIA terlalu tertutup mengenai maklumat apatah lagi panduan kepada rakyat yang berminat mengetahui dan berkeinginan ikut serta dalam projek besar ini. Web Site SDC telah lama under maintenace, apabila kita coba melayarinya.

Kerajaan Sabah, tidak menyahut pendekatan pimpinan DS Najib yang bottom- up approach, sebaliknya mengekal cara lama, yakni top-bottom approach, yang ternyata menjadi faktor penolakan rakyat di Semenanjung kepada kerajaan UBN.

Maklumat yang didengar mengenai projek-projek yang berjalan di Sabah, hanya bersandarkan kepada hear-say, kerana, maklumatnya mengenainya sukar di perolehi, kalaupun diiklankan, biasanya akan diketahui apabila tarikh tutup menghantar sebutharga telah pun tutup atau masa terlalu suntuk untuk ikut meramaikan sebutharga.

UMNO Telah Taubat Nasuha

Salahkah PAS berkerjasama dengan UMNO? UMNO telah berubah, kalaupun belum seluruhnya , paling tidak UMNO sudah bertaubat, bertaubat nasuha. TPM Muhiyidin memberi pengakuan mengundi UMNO boleh juga masuk syurga, kerana UMNO juga berjuang berasaskan lunas-lunas islam.

Kata TPM itu lagi, manusia masuk syurga atau neraka kerana perbuatan manusia itu sendiri, bukan kerana mengundi parti. Kenyataan TPM ini ada benarnya, kerana selama ini PAS mengatakan, mengundi PAS maka kita masuk syurga.
.
Tidak salah mengundi mana-mana parti, umpamanya pada PRK atau PRU lepas, ramai ahli-ahli dan penyokong PAS mengundi calon-calon DAP maupun PKR, ini bukan bermakna mereka akan masuk neraka, kerana berbalik kepada kenyataan TPM itu, kita masuk syurga kerana perbuatan kita sendiri, dosa yang kita buat sendiri.
.
Seandainya benar siapa yang mengundi UMNO tidak akan masuk syurga, maka keputusan PRU-12, ramai kalangan ahli PAS akan masuk neraka, kerana mereka mengundi DAP dan PKR. Persoalannya sekarang, kita berbalik kepada kenyataan TPM itu, mengundi parti pilihan kita tidak akan mengakibatkan kita masuk syurga ataupun neraka.
.
Nah! telah nyata bahawa mengundi sesebuah parti itu bukan soal masuk syurga atau neraka, bukan juga mempersoalkan akidah, akan tetapi mengundi sesebuah parti itu hanya merupakan permainan demokarsi, permainan dimana kita dapat menentukan pemimpin, tidak lebih dari itu.

Soal akidah, iman adalah urusan kita dengan Maha Pencipta, ketakwaan kita kepadaNya sahaja yang menjamin kita masuk syurga-amin.
.
Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan (unity government @UG) antara PAS-UMNO, tidak melibatkan akidah, akan tetapi melibatkan perpaduan penduduk teras, yakni kaum melayu dan bumiputra. Melalui perpaduan ini, maka pada gilirannya nanti, apabila kita benar-benar bersatu dan padu, maka mudah bagi kita berbicara soal-soal akidah, soal-soal keimanan, soal-soal ketakwaan, soal-soal ketuhanan, dan seterusnya soal-soal menuju syurgawi.

Tidak molek bagi kita mengambil alih kuasa Tuhan, kerana hanya Tuhan sahaja yang dapat memutuskan apakah seseorang itu masuk syurga atau neraka. Tugas kita di dunia ini sebagai khalifah ALLAH selain menyempurnakan keiaman kita sendiri juga menjaga perpaduan ummah, menjaga kesejahteraan ummah, saling berkenalan antara satu sama lain, apatah lagi sesama islam itu seluruhnya bersaudara.

Lupakan yang keroh ambil yang jernih. Bagi TGNA, lupakan peristiwa 40 tahun lalu, melangkah lah ke depan, demi generasi akan datang. Jangan lagi menaruh curiga kepada UMNO, UMNO telah berubah, UMNO telah bertaubat atas kesilapan-kesilapan yang lalu yang dilakukan oleh petualang-petualang UMNO, jangan salah kami yang tertinggal ini, kerana perjuangan kami adalah juga ingin masuk syurga.

Mari kita bermunajatkan kepadaNya semoga petualang-petualang dalam UMNO yang menjadikan kebencian ahli-ahli PAS dan penyokongnya kepada UMNO sehingga terkelurnya amanat HADI, telah terhakis kerana UMNO telah bermuhasabah diri akibat PRU-12.

DS Najib berserta timbalannya secara terang-terang mengakui bahawa PAS mempunyai keikhlasan menerima perpaduan dengan UMNO, kerana kedua-dua pemimpin UMNO itu telah yakin, bahawa perjuangan UMNO menghampiri perjuangan PAS, yakni untuk kesejahteraan penduduk teras baik dunia maupun akhirat.

Diharapkan kepada TGNA, maafkanlah Ustaz Nasa, kerana Timbalan Persiden PAS itu menyokong cetusan rasa Persiden parti, kerana mereka berdua dapat merasai bahawa UMNO memang benar-benar telah berubah, UMNO memang ikhlas terhadap PAS, tiada maksud lain, selain memperkukuh kekuatan kaum teras semoga selamat di dunia dan akhirat.

Friday, June 19, 2009

10 MP PAS Menentang Presiden Parti

Matalamat penubuhan parti politik selain untuk berpolitik juga sebagai saluran membela rakyat, bangsa, negara dan agama. Selain itu maksud tersirat penubuhan parti adalah memenuhi kepentingan peribadi.

10 MP Pas dalam dewan rakyat memilih untuk mempertahankan kepentingan peribadi apabila mereka menentang Presiden dan Timbalan Presiden parti mereka.

Idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Tok Guru Hadi Awang dan disokong oleh Ustaz Nasa merupakan cetusan idea murni memperkukuh ummah dan membela bangsa, agama dan negara tidak mendapat tempat di hati Tok Guru Nik Aziz yang juga menteri besar kelantan, kerana idea ini akan melucutkan kuasa-kuasa individu dalam parti itu.

Karpal Singh mengambil kesempatan ini dan menyeru agar TGHA dan Ustaz Nasa keluar PAS selari dengan keinginan TGNA, kerana selagi dua individu ini berada dalam PAS; mengekalkan PAS sebagai kuda tunggangan DAP tidak akan terserlah.

DAP adalah pihak yang sangat diuntungkan dalam perpecahan PAS ini, kerana bagi parti itu, selagi majoriti kaum ulama masih berada dalam PAS usaha mereka mengkotak-katik parti itu mengalami laluan sukar .

Mungkin ramai pembaca atau rakyat biasa menganggap bahawa perpecahan dalam PAS ini menguntungkan UMNO, akan tetapi kenyataannya tidak demikian. UMNO tidak sesekali merasa diuntungkan dalam krisis ini, sebaliknya musuh-musuh islam yang diuntungkan. Sebagai contoh muktamad, sebaik sahaja perpecahan ini tersiar Karpal Singh adalah orang pertama yang menyambut baik krisis ini, dan berlaga sebagai ahli PAS yang mempunyai kuasa mutlak dalam parti itu.

Penyiaran sidang akhbar oleh 10 MP Pas yang menolak kerajaan perpaduan melalui surat khabar The Star seolah-olah membawa message "Looks the muslim party is cracking!). Kaum melayu dan umat islam perlu melihat pesanan ini sebagai iktibar, bahawa kaum melayu dan islam adalah mudah diperkotak-katikkan dan terlalu sukar bagi mereka bermuafakat. Pesanan ini membawa erti bahawa kaum melayu sebagai teras dan pemimpin dalam negara ini serta islam sebagai agama yang boleh menyatupadukan rakyat tidak dapat dihandalkan dan diharapkan.

Perlu diingat setiap pemimpin parti mempunyai sokongan yang kuat, jika tidak ada sokongan kuat, sudah tentulah pemimpin itu tidak akan sampai ke mana-mana dalam hiraki parti. TGHA dan Ustaz Nasa adalah individu yang mendapat sokongan kuat ahli parti, jika tidak, jawatan No 1 dan No 2 tidak akan berpehak kepada mereka.

Merasa dan memikul tanggungjawab serta amanah daripada ahli-ahli PAS, maka TGHA dan Ustaz Nasa terpanggil untuk menyatupadukan ummah, kerana bagi mereka kaum melayu dan beragama islam yang menyokong parti selain PAS adalah juga merupakan amanah kepada mereka, mereka mesti mencari jalan dan cara agar penyatuan kaum dan agama menjadi satu, agar supaya agenda memertambatkan bangsa dan agama berjalan dengan baik dan sempurna.

TGHA dan Ustaz Nasa boleh saja memilih seperti tindakan TGNA dan 10 MP PAS tersebut, akan tetapi jalan tersebut difikirkan hanya perjuangan sempit dan tidak memberi manafaat sebenar kepada perpaduan Ummah secara jangka panjang. Pendekatan TGNA dan 10 MP Pas itu adalah pendekatan jangka pendek sesuai dengan agenda DSAI dan DAP agar dalam waktu sesingkat-singkatnya dapat menakluk Putrajaya, kerana masa tidak memehak kepada DSAI kerana faktor usia.

Walau bagaimanapun, kejadian yang kita saksikan sekarang seolah-olah krisis telah melanda PAS belum muktamad lagi. Kenyataan TGNA yang akan mengadakan mesyuarat pemimpin tertinggi parti dalam waktu terdekat akan memperhalus, akan merungkai permasalahan yang timbul akbiat cetusan kerajaan perpaduan.

Sama-sama kita tunggu keputusan muzakarah tersebut, semoga salahfaham dapat terungkai dan diselesaikan once for all. Untuk Karpal Singh, janganlah meneguk di air keruh, kerana bidalan berkata carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga, beduk lalu kiambang bertaut, bidalan inilah yang belaku dalam parti PAS sekarang.

Thursday, June 18, 2009

Peguam Anwar Kata: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

By Anwar Ibrahim
Categories: Anwar, Media, Politik and Sidenotes
Dari Malaysia kini
Oleh S Pathmawathy
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam (17/6/2009) untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.

Persoalan Yang Perlu Dijawab

1. Setelah hampir setahun peguam DSAI meneliti laporan doktor HKL, baru ditemukan bahawa tidak terdapat “tusukan” berlaku pada dubur Mohd Saiful.

2. Setelah pembicaraan sudah ditetapkan (1 Julai 2009), kenapa hanya semalam memfailkan agar supaya pembicaraan tersebut dibatalkan kerana atas sebab item 1?.

SANDIWARA LAGI... KITA TUNGGU ENDING SANDIWARA DSAI INI.

Awan Mendung Hampir Berlalu: untuk PAS-UMNO

Sesi brainstorming antara PAS-UMNO hampir ke penghujung. Ustaz Nasa dah buat pendirian. DS Najib dah buat pendirian. Ahmad Maslan Ketua Penerangan Umno dah memberi komitmen, bahawa perpaduan 2/3 rakyat menguntungkan 1/3 yang lain. Dato Seri Hadi tentunya akan setuju kerana idea awal berpunca darinya. Cuma masa ini menunggu kepulangan Dato Hadi dari luar negara bersama misi yang akan di sampaikan kepada TGNA agar dapat menerima kerajaan perpaduan.

DSAI dah mula kepanasan. DSAI ke mahkamah lagi memohon agar perbicaraan kesnya bermula 1 Julai agar dibatalkan. Taktik ambil masa digunakan DSAI untuk mempengaruhi keputusan PAS dalam menerima kerajaan Perpaduan.

PAS dah muak dengan taktik DSAI. Bermula dengan rancangan pembentukan kerajaan pada 16 September 2008, berbagai propaganda dilontarkan DSAI untuk mengelabui PAS, namun semua propaganda itu tidak menjadi kenyataan aka palsu.

Penyusupan antik-antik DAP dalam PAS hampir berjaya mempengaruhi muktamar ke-55 PAS. Namun kebijaksanaan para perwakilan dapat menempis rancangan itu, keputusannya majoriti pemimpin yang dipilih satu aliran dengan presiden parti.

Gagal dalam usaha mereka menentukan corak kepimpinan PAS, antik-antik DAP ini mencoba melilit TGNA, agar supaya terus menolak kerajaan perpaduan. Malaysiakini ada melaporkan bahawa TGNA begitu marah terhadap Ustaz Nasa. Namun umum dapat menganalisa, cara itu bukan cara TGNA. TGNA adalah pemimpin yang banyak pertimbangan, cetusan rasa demikian adalah cetusan rasa antik-antik yang melilit TGNA. Adalah dirasakan apabila Ustaz Nasa memberi penjelasan secara bersemuka dengan TGNA, adalah pasti TGNA akan menyebelahi No.2 parti itu.
.
TGNA memberi reaksi terhadap soalan wartawan mengenai laporan-laporan akhbar,kerana beliau belum menerima maklumat terkini daripada Ustaz Nasa rasional daripada kenyataannya terhadap komen DS Najib. Adalah diharapkan setelah mendapat penjelasan yang first hand, TGNA akan menggunapakai maklumt itu, agar supaya perahu lalu kiambang bertaut.

Usaha dan niat murni memang mempunyai tentangan besar, tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha yang gigih. Demikian juga usaha para pemimpin baik PAS dan UMNO dalam merealisasikan kerajaan perpaduan.

Doa rakyat majoriti, tanpa mengira fahaman politik, bahawa penyatuan ummah perlu disegerakan, perlu diikat agar supaya penduduk teras dapat melangkah bersama menghadapi rintangan dan onak-onak berduri negara, bangsa dan agama. Terlalu banyak agenda penduduk teras belum selesai, usaha memerdekakan saudara-saudara sesama dalam kancah kemisikinan, kedaifan adalah agenda yang perlu ditangani dengan segera.

Berdoalah kita agar penyatuan Ummah akan terjadi dalam masa yang segera-segeranya kerana awan mendung yang menyelubungi hampir berlalu. PAS-UMNO bersatulah!!!

Wednesday, June 17, 2009

Sabah Development Corridor (SDC)

Sayang website Sabah Development Corridor (SDC) terlalu lama memasang notis: website under maintenance, thank you.

Mungkin Umum mengetahui dan mungkin juga sebahagian kecil penduduk Sabah mengetahui bahawa SDC telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi pada 29 Januari 2008, bertempat di Sepanggar, Menggatal Kota Kinabalu.

Pembangunan koridor Sabah dijangka mengambil masa 18 tahun, bermula tahun ini untuk menyiapkan perancangan atas kertas yang telah dibuat. Melalui perancangan atas kertas tersebut diperkirakan bahawa projek ini akan menelan kos RM 105 billion dengan perincian tahunan sebesar 6 billion ringgit.

Pengwujudan projek ini akan memberi peluang pekerjaan kepada 900 ribu penduduk yang akan tersebar kepada 3 bahagian, yakni bahagian pantai barat, pendalaman dan pantai timur negeri ini.

Melalui projek ini telah dikenal pasti pengkhususan setiap bahagian, misalnya bahagian Pantai Barat dikhaskan untuk koridor industri dan agro-food zone khusus SME; Bahagian Pendalaman dikhaskan untuk internal agropolitan, pelancongan, highland agriculture dan agroforestry zone, manakala Bahagian Pantai Timur dikhaskan untuk kawasan industri, marine tourism, integrated agro food, agro-biotechnology dan palm oil industry zone.

Sebagai tambahan dan menyokong ke tiga-tiga pembangunan kawasan-kawasan ini, maka akan dibangun zon perdagangan bebas di Sepanggar dan sebuah pusat perdagangan di Sandakan. Selain itu untuk memperlancar arus lalu lintas baik untuk kegunaan harian penduduk dan juga pengangkutan barang, maka akan dibina rangkaian keretapi yang akan menelan belanja 600 juta ringgit.

Bagi tujuan kordinasi dan pusat maklumat serta pengagihan peruntukan bagi SDC, kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan agensi pelaksana yang di sebut Sabah Economic Development Authority (SEDIA) yang di ketuai oleh Encik Anthony Kihob sebagai Chief Operating Officer (CEO).

Untuk sementara waktu, maklumat ini sahaja yang dapat dipaparkan disebab keterhadan akses mendapat maklumat mengenai projek mega ini yang katanya untuk tujuan murni yakni membasmi kemiskinan di negeri Sabah.

Faktor keterhadan maklumat berhubung projek mega ini merupakan faktor utama yang mengekang rakyat biasa mendapat peluang melalui projek ini walaupun diuar-uarkan bahawa melalui projek ini, rakyat Sabah akan terkeluar dari genggaman kemiskinan menjelang tahun 2025.

Sifat pelaksanaan projek ini adalah top-bottom approach, yakni pihak pelaksanalah yang mencorakkan kehidupan penduduk sasaran. Pelaksana menganggap bahawa melalui merekalah taraf kehidupan penduduk sasaran akan tertentukan.

Timbul tanda tanya besar di sini, jika pelaksanaan projek SDC bercorak perusahaan, maka tentulah melibatkan syarikat-syarikat sederhana besar maupun syarikat-syarikat besar. Pertanyaan seterusnya adalah siapakah pemilik-pemilik syarikat-syarikat tersebut? Jika syarikat-syarikat dilantik sebagai pelaksana, pertanyaan seterusnya adalah siapa yang mendapat manafaat terhadap projek-projek SDC ini?

Telah banyak bualan yang beredar bahawa projek-projek melalui SDC ini hanya menguntungkan syarikat-syarikat besar dan sederhana, bukan seperti tujuan asalnya, yakni projek ini digerakkan oleh rakyat untuk rakyat. Adalah dikhuatirkan apabila menjelang tahun 2025, sasaran awal yakni membasmi kemiskinan tidak tercapai, sebaliknya rakyat miskin bukan sahaja tetap miskin malah semakin miskin.

Telah banyak projek kerajaan seumpama ini pernah wujud di negeri ini, umpamanya SLDB, KPD, SAFODA, SFI, Sabah Shipyard, KOJASA, SAMA, SAFMA, SEDCO, SUDC, PERKASA, dan banyak lagi. Tujuan asal agensi-agnesi selain dalam usaha membangun negeri tetapi juga sebagai usaha kerajaan mempertingkatkan taraf hidup rakyat dan peluang-peluang pekerjaan.

Pertanyaan kita, sejauh manakah peranan agensi-agensi ini menyumbang kepada taraf pendapatan penduduk negeri ini?. Jawabannya nahi, perangkaan menunjukkan, bahawa rakyat Sabah adalah penduduk termiskin di Malaysia, malu kepada Kelantan dan Melaka, walaupun kurang sumberdaya alam, akan tetapi taraf kehidupan penduduk mereka jauh lebih baik dari Sabah.

Apakah SDC melalui SEDIA akan ikut jejak agensi-agensi ini? hanya masa yang menentukan.

BAKTI Menghibur Kanak-kanak

" Perkembangan serta kemajuan sesebuah negara dan rakyatnya bermula dari kanak-kanak justeru menaruh keyakinan modal insan yang berkualiti dan kreatif berupaya memacu negara ke arah era pembangunan dan kegemilangan" Datin Rosmah Mansor.
.
Sungguh bertuah kanak-kanak yang berkesempatan hadir dalam majlis tersebut selain dihadiri oleh istri TPM juga oleh ahli kehormatan Tun Hasmah Mohd Ali.
.
Kanak-kanak tersebut sempat dihibur oleh pengacara idola remaja Aznil Nawawi dan diperdengarkan lagu Cliff Richard "young one".
.
Tidak dinafikan bahawa perkembangan setiap individu adalah bermula dari peringkat muda. Bidalan ada berkata melentur buluh biar daripada rebung.
.
Kanak-kanak ibarat kain putih, tergantung kita bagaimana mencorakannya. Jika kain putih itu dicorak menjadi kain batik seperti kegemaran Puan Sri Endon, maka kain putih itu menjadi ia kain batik. Terserah kepada inspirasi pembatik, kualiti warna yang digunakan, adunan warna yang digunakan untuk menentukan kualiti kain batik itu.
.
Kualiti batik bermacam-macam, ada kain batik yang beribu harganya, ada kain batik yang murah dan melambak di pasar-pasar kain umpamanya chowkit.
.
Adalah benar pernyataan isteri pemimpin No 1 negara tersebut, akan tetapi tingkat dan kelas masyarakat kita bermacam-macam. Masyarakat kita terbahagi kepada beberapa kelas mula dari yang daif kepada mereka yang billioner.
.
Perkembangan kanak-kanak bermula dari janin lagi, selain ketentuan oleh Maha Pencipta faktor biologis dan pemakanan juga menentukan perkembangan kanak-kanak.
.
Pemakanan yang disajikan dan menjadi kebiasaan kanak-kanak di peringkat awal lagi sangat menentukan perkembangan mereka, selain susuk galur dan pendedahan awalan mereka.
Jika diinginkan oleh Maha Pencipta, maka adalah tidak mustahil semua kanak-kanak kita akan menjadi terbilang dan gemilang. Akan tetapi kekangan yang dihadapi oleh sebahagian daripada masyarakat menjadikan cita-cita dan harapan Datin Rosmah Mansor itu hanya tinggal angan-angan.
.
Kita bertanya pada diri kita sendiri, bagaimanakah kita membangun anak-anak kita kepada kanak-kanak yang terbilang dan gemilang, jika sarapan pagi pun tidak berkualti, cuma 1/2 bungkus mee segera jenama maggi, itupun hanya kadangkala. Belum lagi mereka berhadapan berbagai kemuskilan di pagi hari, terpaksa meredah belukar, jalan-jalan berdebu, sungai-sungai deras.
.
Harapan dan keinginan isteri No 1 pemimpin negara itu adalah harapan ideal, akan tetapi kemuskilan-kemuskilan masyarakat kita memungkinkan harapan itu tinggal harapan. Tidak ada ibubapa yang tidak menginginkan anak-anak mereka tidak berjaya, semua ibubapa menginginkan anak-anak mereka menjadi manusia yang terbaik
.
Malangnya keinginan ibubapa itu hanya tinggal keinginan dan harapan seperti kata bidalan niat di hati memeluk gunung apakan daya tangan tak sampai.

Tuesday, June 16, 2009

Kerajaan Perpaduan Tunggu Saat Dilahirkan

DS Najib telah yakin dengan keikhlasan PAS, sementara itu Ustaz Nasa telah menerima kenyataan itu dengan hati terbuka dan seterusnya akan memaklumkan kepada presidennya. Nah! sekarang hanya menunggu tindak balas dan keputusan TGNA.

Dato Seri Hadi Awang pada masa ini berada di luar negara untuk satu misi, yakni bertemu dengan para pemimpin islam yang mempuyai hubungan rapat dengan TGNA. Tujuannya agar supaya para pemimpin islam dapat memberi pandangan sebagai third party dalam usaha memujuk TGNA menerima kerajaan perpaduan.

Ustaz Nasa terhidu bahawa kes DSAI yang akan mula dibicarakan bulan depan akan mendapati bahawa DSAI didapati bersalah terhadap kes yang dituduh kepadanya. Hakikat kepada keputusan tersebut, maka gabungan pakatan akan terumbang ambing, justru dengan keadaan ini, PAS tidak mahu bersengkokol atau terlibat dengan pakatan yang mempunyai pemimpin yang moralnya bercanggah dengan nilai-nilai islam.

Selain itu,hakikat yang ada adalah kekosongan parti melayu yang berada dalam BN. Kaum cina di wakili oleh MCA dan Gerakan, sementara india oleh MIC dan PPP, sementara melayu hanya oleh UMNO. Penggabungan PAS dalam BN, bukan mengorbankan apa-apa, akan tetapi hanya mengisi kekosongan yang ada, agar supaya kekuatan kaum seimbang dalam BN.

Cetusan idea Dato Seri Hadi Awang dan Ustaz Nasa untuk mengwujudkan kerajaan perpaduan dengan UMNO merupakan idea yang perlu diterima dengan hati yang terbuka oleh semua pihak. Cetusan idea ini bukan hanya meredakan suasana politik tanah air, akan tetapi akan menjadi landasan yang kuat untuk menyatupadukan rakyat di semua lapisan dalam usaha menjadikan negara sebagai negara maju pada tahun 2020.

Keseimbangan pembangunan kaum berlandaskan kepada gagasan 1Malaysia akan mudah terwujud jika PAS-UMNO dan parti kaum lain dalam BN berganding bahu dan bergerak bersama ke suatu arah yang sama.

PAS-UMNO akan komplemen antara satu sama lain, membuang yang keruh dan hanya memilih yang jernih, menghasilkan pimpinan yang berpaksi kepada perintah Allah dalam kanca membangun bangsa, negara dan agama.

Hadiah kepada bangsa, agama dan negara dalam meneruskan pembangunan ummah di tanah air ini, adalah pengorbanan parti PAS-UMNO untuk berkerjasama. Sanjungan yang luar biasa tinggi perlu diberikan kepada gandingan Najib-Muhiyidin, TGNA-Hadi-Nasa. Pada merekalah terserah bagaimana mencorakan politik, kemajuan dan arah tuju negara ini.

Monday, June 15, 2009

Kerajaan Perpaduan: Tunggu Keputusan TGNA

Setelah mengelarkan dirinya NAHKODA PAS, sekarang golongan PAS yang menyokong kerajaan PERPADUAN digelar pula BONEKA UMNO.

Sebagai nahkoda; TGNA secara pribadi menolak kerajaan perpaduan PAS-UMNO, namun isu kerajaan perpaduan terus muncul, dibincangkan, malah mendapat liputan media massa maupun para blogger baik yang pro UMNO maupun pro PAS.

Setelah penolakan demi penolakan yang dicanangkan oleh TGNA tentang kerajaan perpaduan, sesering itu juga isu mengenainya terus dikumandangkan dan ditiupkan.

Menyedari bahawa penolakan pribadi mengenai isu kerajaan perpaduan, tidak berhasil meredahkan perbincangan mengenainya, TGNA pula mengambil langkah seterusnya, yakni bersifat uggutan dan megelarkan bahawa golongan yang bersetuju dengan kerajaan perpaduan adalah Boneka UMNO.

Menurut pendapat TGNA dengan memberi ugutan seumpama ini adalah diharapkan isu kerajaan perpaduan akan terlipat baik-baik dan tidak akan mendapat perhatian lagi.

Penolakan dan memberi kata-kata ugutan yang bersumber dari pemimpin setinggi TGNA mesti bersandar kepada fenomena yang terjadi dalam parti yang dipimpinnya itu. Apakah fenomena ini berpunca kepada khabar-khabar angin bahawa parti PAS mengalami krisis keyakinan sesama pemimpin ataukah tindakan TGNA ini merupakan kata-kata penguji “ testing the water” dalam usaha menilai sejauh manakah sambutan ahli-ahli akar umbi terhadap idea DHH terhadap kerajaan perpaduan?

TGNA adalah pemimpin yang dilahirkan melayu, dilahirkan islam. TGNA adalah pemimpin warak dan dihormati semua pihak. Secara peribadi boleh sahaja beliau mengeluarkan kata-kata yang bersifat menolak,kata-kata yang bersifat ugutan, akan tetapi sebagai pemimpin sebuah parti besar, beliau juga terpaksa akur dan setuju kehendak akar umbi yang menjadikan parti pimpinannya parti besar.

Seorang pemimpin bijaksana seperti TGNA tidak akan tergamak menolak keinginan majoriti ahlinya, jika majoriti menginginkan bahawa kerajaan perpaduan lebih banyak membawa erti dan manafaat kepada bangsa, agama dan negara.

Kejadian demi kejadian terpampang di mata TGNA, bahawa mantan menteri besar Perak menjadi budak suruhan DAP, menjadi kuda tunggangan DAP, sehinggakan sifat kemelayuan dan cara-cara islamnya terhakis, kerana dipandu arah oleh DAP melalui Dato Nga. Mantan MB Perak itu seolah-olah kehilangan arah dan panduan, sehingga langit yang dijunjungpun beliau tidak nampak lagi, bumi yang dipijakpun tidak tahu rendah dan tingginya. TGNA dalam hati kecilnya sebenarnya tidak sanggup menyaksikan kejadian-kejadian ini, akan tetapi sebagai pimpinan beliau terpaksa menunggu kelibat para ahli akar umbi, sebelum membuat langkah simpul yang benar-benar ampuh.

Kelibat rakan-rakan dalam Pakatan terutama DSAI yang mencangkan bahawa Chin Peng perlu dibenarkan pulang ke Malaysia, merupakan tantangan kepada TGNA. TGNA sebagai pemimpin veteran dan lama terlalu masak dengan sejarah dan kejadian-kehadian yang pernah dilakukan oleh PKM dibawah pimpinan Chin Peng. TGNA benar-benar arif tentang keganasan PKM terhadap kaum melayu dan penduduk yang tidak bersimpati kepada mereka.

Slogan ketuanan rakyat yang diagungkan oleh DSAI dan LKS, menjadi jadam kepada TGNA. TGNA adalah seorang melayu sejati, seorang pejuang agama yang sukar dicari ganti. Adalah tidak terlintas difikirannya, bahawa Malaysia akan bertukar republik, menghapuskan fungsi raja berpelembagaan.

Cabaran-cabaran kepada TGNA bukan terhad kepada kelibat rakan-rakannya dalam Pakatan yang bersifat idealogi akan tetapi cabarannya terhadap perilaku warga kaum melayu sendiri baik yang ada dalam PKR maupun UMNO. TGNA perlu mengorbankan ego sendiri untuk menyelamatkan individu tertentu dalam UMNO maupun PKR yang bertopengkan islam akan tetapi perbuatan mereka sama sekali bukan berlandaskan ajaran islam yang sebenar.

TGNA perlu bertindak agar kerajaan perpaduan yang sekarang sedang hangat dibincangkan cepat-cepat dipersetujui, agar supaya “ enggang pulang ke gagang” menjadi kenyataan. Melalui kerajaan perpaduan, bukan sahaja PAS akan menjadi semakin kuat, parti UMNO pula akan ikut kuat, kerana akan terbersih daripada petualang-petualang yang berjuang bukan kerana agama, bangsa dan tanah air akan tetapi demi kepentingan diri sendiri.

Dato Ir Nizar Jamaludin: Di Halau Di Dewan Rakyat


Setelah mengangkat sumpah, ahli parlimen Bukit Gantang Dato Ir Nizar Jamaludin di halau keluar kerana melalungkan "Hidup Rakyat" dan memakai lilit kepala " Bubar DUN".

Turut mengiringi Nizar termasuklah 10 ahli parlimen dari pakatan pembangkang.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia memerintahkan ahli parlimen Bukit Gantang tersebut kerana melanggar tata susila dan peraturan dewan rakyat.

Tan Sri Speaker sudah tentu mempunyai sebab-sebab menghalau Nizar,kerana sebagai seorang peguam dan mahir tentang peraturan-peraturan dewan, maka tindakan speaker ini sudah tentu mempunyai merit yang kokoh dan perlu demi kehormatan dewan rakyat.

Sebagai ahli parlimen, Dato Ir Nizar sepatutnya tahu bahawa dewan rakyat mempunyai peraturan-peraturan yang perlu diikuti dan tidak sepatutnya menyamakannya sebagai tempat awam.

Tiba masanya, pendidikan mengenai peraturan-peraturan dewan perlu diberikan kepada bakal-bakal ahli parlimen agar supaya mereka tahu dan pandai menghormati peraturan-peraturan dewan agar supaya gelaran sebagai wakil rakyat, mencerminkan sebagai wakil rakyat, bukan sebagai gangster jalanan.

Sunday, June 14, 2009

Bahasa Inggeris: Pelajar Kita Jadi Bahan Uji Coba Lagi


Rekod mengatakan bahawa guru-guru bahasa inggeris belum mencukupi terutama di sekolah-sekolah di Pendalaman khususnya di peringkat sekolah rendah. Manakala guru-guru yang mengajar matematik dan sains tidak dilatih menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar mengajar 2 mata pelajaran tersebut.

Saban tahun ada saja murid-murid yang dianggap berbakat tetapi gagal mendapat 5A, kerana bahasa inggeris.

Sementara kelemahan ini belum teratasi, ura-ura mewajibkan bahasa inggeris sebagai mata pelajaran teras di peringkat SPM adalah usaha ke belakang dan usaha meminggirkan pelajar-pelajar pendalaman agar terus gagal bersaing dengan pelajar-pelajar yang cukup terdedah terutama di bandar-bandar atau pekan-pekan.

Sebelum tahun 1977, di mana terdapat dua pilihan persekolahan di Malaysia, yakni aliran Inggeris dan Bahasa Malaysia, isu pengajaran bahasa inggeris bukan masalah pada masa itu. Akan tetapi usaha kerajaan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan untuk semua bidang, rupanya menjadi kekekangan kita di peringkat antarabangsa dan pengusaan ilmu sejagad.

Menyedari kelemahan penguasaan ilmu-ilmu yang semakin bertambah pesat dan disedari bahawa untuk tidak ketinggalan terus, maka dilaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris. Tujuan pendekatan ini adalah serampang dua mata, yakni penguasaan istilah-istliah yang digunapakai disenterio dunia, juga sebagai usaha mengetahui dan memahami bahasa inggeris.

Akhir-akhir ini akbiat usaha-usaha pihak pencinta bahasa kebangsaan, mungkin atas sebab-sebab politik, maka pengajaran dua mata pelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris dipersoalkan dan ditentang, malah diminta untuk dihapuskan. Pihak-pihak penentang pengajaran 2 mata pelajaran ini dalam bahasa inggeris tidak cukup melalui penghantaran memorendum, akan tetapi telah berkembang kepada tindakan demonstrasi.

Akibat desakan pihak-pihak tertentu ini dan pada masa yang sama digunakan sebagai isu politik, maka pihak kerajaan yang kekurangan taring pada masa ini terpaksa mengalah dan menemukan tindak balas melalui pengurangan mata pelajaran teras di peringkat SPM dan salah satunya adalah pengwajiban bahasa inggeris.

Pendekatan ini sudah tentunya mendapat jawaban kontra dan pro, kerana keadaan sistem pendidikan kita yang bersifat “big numbers”, yakni yang berasaskan kepada kuantiti bukan kepada kualiti “small numbers”.

Sistem pendidikan kita berkehendakan agar seluruh rakyat mengecapi pendidikan, sekurang-kurangnya celik hurup, celik angka akan tetapi pengabaian terhadap aplikasi pendidikan itu kurang mendapat tempat.

Sistem pendidikan kita berkehendakan pelambakan lulusan-lulusan menengah dan sekarang ini lulusan-lulusan lepasan universiti. Beribu lepasan universiti di negara kita pada masa ini terkategori menganggur, kerana tidak menemukan jawatan-jawatan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Kelajuan menghasilkan lepasan-lepasan universiti terlalu laju dibanding kelajuan pengwujudan peluang-peluang pekerjaan baik di peringkat awam maupun swasta. Ketimpangan ini telah mengakibatkan sistem saringan di peringkat awam dan swasta; mutunya semakin di pertingkat atau kayu pengukurnya dipertingkat, mengikut kaedah piramid, agar supaya lepasan-lepasan universiti yang mendapat ilmu dan pengetahuan di luar kotak universiti atau sekolah sahaja yang dipertimbangkan mengisi jawatan-jawatan yang perlu diisi.

Bersandarkan kepada maklumat semu yakni lepasan-lepasan universiti kita tidak dapat bersaing diperingkat global atau tidak dapat mengisi jawatan-jawatan tetentu dalam syarikat-syarikat multi-nasional di negara ini kerana mereka tidak menguasai bahasa inggeris, menjadikan kementerian pelajaran melakukan pendekatan untuk kembali mewajibkan bahasa antarabangsa ini di peringkat SPM.

Suara-suara sumbang mengenai cadangan ini, mulai sekarang telah kedengaran dengan lantangnya, kerana sistem pendidikan kita terlalu jauh ketinggalan untuk melaksanakan cadangan ini. Mengatasi kekurangan guru-guru bahasa inggeris baik diperingkat sekolah rendah hinggalah ke menengah perlu di atasi terlebih dahulu, sebelum cadangan ini dilaksanakan. Jika tidak, akhirnya pencapaiannya akan dipersoal kemudian hari seperti isu PPSMI dan akhirnya “kata-kata” pelajar kita hanya dijadikan “kelinci percobaan” tidak akan berulang lagi.

Friday, June 12, 2009

Tanpa Tajuk: PAS-PKR-UMNO

PAS terbentuk dari tulang rosok UMNO, bukan sebab dendam: PAS terbentuk, tetapi disebab pertembungan fahaman antara Tunku dan para ulama UMNO.

Berbeza dengan pembentukan PKR; parti itu terbentuk kerana dendam setelah DSAI dipecat dari UMNO dan jawatan timbalan perdana menteri. Kronis DSAI dalam UMNO juga keluar ada yang masuk PAS dan sebahagian yang lain masuk PKR (ADIL), malah masih lagi ada dalam UMNO bertindak merusak UMNO secara dalaman.

Barat terhidu bahawa peluang mencampuri politik Malaysia yang selama ini sukar ditembus, memanfaatkan dendam kesumat DSAI terhadap UMNO, kerana mereka tahu bahawa dendam kesumat DSAI terhadap UMNO setinggi langit, seluas lautan.

DSAI tahu benar, berjuang sedirian tidak mungkin dapat menumbangkan UMNO. DSAI perlu mengorbankan prinsipnya sendiri dan berkerjasama dengan DAP, dengan satu pendekatan yakni menang-menang. DSAI meminta DAP agar prinsip penolakan hukum islam diperlembut agar supaya PAS boleh menerima DAP.

Berpaksikan kepada prinsip win-win, maka DSAI mampu membawa PAS dan DAP duduk semeja, walaupun sekian lama PAS dan DAP ibarat kucing dan anjing, saling bermusuhan.
DSAI berjaya memujuk PAS berlembut terhadap DAP, pada masa yang sama, DSAI mampu memujuk DAP agar berlembut juga terhadap PAS yang ultra islam.

Walhasil pendekatan win-win DSAI ini, maka DAP-PAS-PKR bermula dengan meletak calon tunggal bagi setiap kawasan pada PRU-12, walaupun ada yang bertembung di beberapa tempat, kerana masalah individu, bukan masalah parti.

Kita semua tahu bahawa keputusan PRU-12 di Semenanjung jika dikira peratusan jumlah undi, Pakatan mengalahkan Barisan, walaupun dari segi kerusi hampir seimbang. Kalau bukan kerana sokongan padu rakyat Sarawak dan Sabah, kerajaan Barisan mungkin kecundang.

Kerjasama DAP-PAS-PKR sangat berhasil, tumbangnya kerajaan Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutan, di samping hampir menyapu bersih kerusi negeri Kelantan, mengurangkan majoriti 2/3 kerajaan Negeri Sembilan; menunjukan, bahawa gabungan coba-coba ini sungguh berjaya.

Seperti ujian statistik DSAI ,ingin membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap gabungan percubaan ini signifikankah atau tidak, maka dicuba melalui PRK, yang bermula di Pematang Pauh, kemudian Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Penanti, sedangkan di Bukit Gantang bukan termasuk dalam strategi mereka. Kesemua kawasan yang di ambil sebagai pengujian sokongan ini terbukti bahawa sokongan terhadap gabungan ini signifikan.

DSAI sangat yakin, bahawa jika PRU diadakan sekarang, adalah besar kemungkinan gabungan DAP-PAS-PKR boleh menguasai Semenanjung Malaysia, walaupun Johor dan Pahang masih di perintah oleh Barisan.
Berasaskan kepada keputusan PRU ini, ada kemungkinan besar gabungan 3 parti ini akan membentuk kerajaan dengan simple majority di peringkat persekutuan. Empat negeri akan di perintah pembangkang dalam hal ini Barisan,yakni Negeri Sabah, Sarawak, Johor dan Pahang.

Johor akan tetap diperintah BN kerana atas faktor bahawa negeri itu melahirkan UMNO, manakala Pahang kerana negerinya DS Najib. Sedangkan Sabah, rakyatnya belum boleh menerima gabungan 3 parti ini, Sarawak pula, penguasaan TS Pehin Taib Mahmud terlalu gah dan sukar diganggu gugat.

Kedudukan BN sangat terancam. Sesuatu tindakan luarbiasa perlu diambil. DS Najib sebagai ketua BN perlu berkorban. DS Najib perlu meyakinkan kawan-kawannya terutama dalam UMNO, bahawa kedudukan mereka bagai telur di hujung tanduk, bila-bila masa sahaja akan jatuh dan berkecai. Ego sebagai berjawatan dalam kerajaan perlu dilupakan, jika tidak hendak kehilangan kuasa bukan secara terhormat.

DS Najib dan para pemimpin UMNO perlu dengan serius mengambil kira sokongan mutlak kaum melayu, agar supaya pemerintahan melayu akan terus bersemadi di bumi bertuah ini. Pemantapan sokongan kaum melayu melalui berbagai slogan, konsep dan tindakan yang bersifat reotik dan ekonomi, tidak lagi menjadi umpan yang mujarab. Demikian juga pembangkitan isu-isu sejarah atau peristiwa nostalgia, tidak akan mudah menarik kembali sokongan kaum melayu, kepada UMNO dan BN.

Mengatur lawatan-lawatan pemimpin asing bukan melayu ke dalam negara dan memberi mereka sambutan yang luarbiasa caranya, juga tidak akan berjaya menarik sokongan kaum bukan melayu kepada BN. Pendekatan ini dengan sendirinya mudah dibaca dan ramai yang menuduh bahawa lawatan seumpama itu ada udang disebalik batu.

Menaruh harap sokongan kaum bukan melayu dan mengandaikan bahawa dengan sokongan sebahagian kaum melayu seperti yang terjadi pada PRU-12, yang mana BN masih dapat membentuk kerajaan pusat walaupun kehilangan beberapa negeri, tidak akan berulang lagi.

Majoriti kaum melayu telah penat, mereka merasa jenuh terhadap pimpinan UMNO/BN. Setiap kali ada kemerosotan sokongan kaum melayu terhadap UMNO/BN, tindakan yang biasa dilakukan adalah mengganti pemimpin. Melalui pemimpin baru itu, diharapkan kaum melayu akan melupakan peristiwa lama, sebaliknya akan ikut bermula lagi bersama-sama pemimpin baru.

Tindakan-tindakan demi tindakan dibuat, walaupun bunyinya tidak sama, tetapi matalamatnya sama, pendekatannya serupa,para pelakunya adalah sama.

Setiap ada kejadian pertukaran kepimpinan ada saja yang disakitkan, ada saja yang cemburu, ada saja geram dan dendam. Putaran ini terus terjadi, pertukaran jawatan antara Tun Hussein- Dr Mahatahir, Tun Hussein malah sempat menyokong Angkatan-46, pertukaran Dr Mahathir- Tun abdullah Badawai- mengakibatkan Dr Mahathir keluar UMNO, pertukaran Tun Abdullah-DS Najib, perasaan tidak puas hati terjadi pada kelompok lapisan menengah terutama, jawatan-jawatan setiausaha poltik ke bawah.

Perasaan kehilangan jalinan mendapatkan habuan kontrak yang biasa didapat semasa ketua mereka berada dipuncak, terus terganggu dan tergugat, malah ada yang langsung putus jambatan. Perasaan amarah mereka dijajah dengan pendekatan yang memesongkan maklumat. Walhasilnya, pertukaran pimpinan tidak dapat memperbesar kek yang ada, yang berubah hanya bentuk dan ramuan kek.

Impak kepada keadaan ini,maka dalam UMNO itu sendiri terdapat golongan yang berpuas hati dan golongan yang terpinggir. Golongan yang terpinggir ini yang menjadi duri dalam daging dalam UMNO, jika tidak cepat diubati, maka akan merebak dengan cepat malah boleh menjadi kanser peringkat akhir.

Asas mereka yang terpinggir ini menjadi penyakit yang membunuh; sangat kuat, kerana kejadian-kejadian pertukaran status di kalangan ahli UMNO terutama yang mempunyai jalinan dengan pemimpin tertentu cukup ketera dan menonjol. Sifat menunjuk-nunjuk dipamerkan oleh individu-individu tertentu ini, bukan sahaja memuakkan penyokong UMNO atau ahli UMNO, malah rakyat yang bersifat atas pagar.

Sepatutnya perbuatan dan tingkahlaku ini tidak seharusnya berada dalam UMNO lagi, sepatutnya perbuatan seumpama ini telah di buang jauh-jauh dan di kuburkan, ekoran merosotnya sokongan terhadap UMNO hasil keputusan PRU-12.

Sepatutnya golongan yang berkesempatan ini memperluas jariangan dengan cara membantu kawan-kawan yang tidak berpeluang, agar supaya jaringan terus bertambah, seperti konsep MLM dalam direct selling. Membolot peluang untuk diri sendiri keuntungan hanya dalam jangka pendek,malah mengakibatkan parti yang menolong akan kecundang kerana membantu mereka yang hanya menolong diri sendiri.

Blog Archive