Thursday, April 30, 2009

Membangun Negara: Konsep Najib



Telah empat tindakan yang telah diambil oleh Datuk Seri Najib untuk beliau mengemudi negara. Pertama membentuk kabinetnya berasaskan konsep Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan. Kedua penyusanan majlis tertinggi Umno, Ketiga liberalisai kewangan dan keempat perkayasaan sistem pentadbiran.

Melalui tindakan-tindakan ini adalah jelas beliau mahu transformasi berlaku baik dalam bentuk kemanusian maupun cara pengurusan negara. Liberaliasi kewangan misalnya, beliau menginginkan bahawa sektor ini ditransforamsikan sebagai wahana untuk memacu pendapatan negara kasar (GDP) Disamping itu, beliau ingin mencetuskan sistem persaingan dalam peringkat kemanusian dengan cara membuka seluas-luasnya pasaran tenaga kerja baik dalam sektor kewangan maupun dalam sektor perkhidmatan awam atau swasta dalam usaha menemukan bakat-bakat luarbiasa dalam pengurusan. Beliau memberi cabaran kepada seluruh warganegara, bahawa dalam negara ini semua rakyatnya adalah kelas pertama, tiada kelas lain, oleh itu, semua warga bebas besaing antara satu sama lain dalam suasana yang sama rata, dan akhirnya yang terbaik dari yang terbaiklah akan muncul sebagai pendahulu digarisan penamat. Datuk seri Najib sangat sedar dan maklum, bahawa diluar kotak warga pentadbir negara ada terdapat bakat-bakat yang terbaik, oleh kerana itu, beliau berani mengatakan bahawa sikap warga pentadbir negara yang bermotto serba tahu telah berakhir dan perlu dijadikan sejarah.

Anjakan cara yang dikehendaki oleh Datuk Seri Najib mengambarkan bahawa seluruh warganegara telah siap jiwa dan raga serta mental dan siap sedia menjadi pelakon dalam pentas transformasi ini, kerana jika masih ada hambatan, maka wawasan untuk mencapai negara maju yang hanya berbaki sebelas tahun tidak akan tercapai. Tindakan Datuk Najib ini, sepatutnya menjadi katalist atau pendorong bagi setiap warga untuk berinovasi diri agar mampu bersaing di pentas ini.

Seluruh lapisan rakyat patut berbangga kerana attribute mereka telah diiktiraf dan dinaik taraf keperingkat yang tertinggi dalam era ketamadunan manusia, yakni tamadun berilmu dan mental yang padu. Tanpa pengitirafan maupun penaikan tarafan, sudah pasti hanya sebahagian kecil rakyat sahaja yang dianggap berkualiti boleh masuk gelanggang pentas persaingan.

Slogan: rakyat mesti membuka mata seluas-luasnya, berfikir mesti melangkau kota pemikirannya, berfikir secara global boleh berjaya; berpaksi kepada rakyat yang telah maju tarafnya. Maju dalam segi berfikir, maju dalam segi bertindak, maju dalam segi budaya, maju dalam segi ekonomi, maju dalam segi komunikasi, dan tidak ketinggalan maju dalam segi ilmu.

Dua tindakan pelaksanaan yang dicanangkan oleh Datuk Najib adalah merupakan acuan yang kuat bagi menghadapi perekonomian dunia kini dan laluan kepada negara ini sehingga tahun 2020.

Mampukah rakyat menghadapi cabaran-cabaran ini, bagaimana keberkesanannya dan bagaimana hasilnya, seluruhnya terletak dibahu rakyat jelata, para pentadbir di peringkat kerajaan, para pelaksana kebijakan dan sudah tentunya kepada pemimpin yang telah diberi mandat oleh rakyat.

Tuesday, April 28, 2009

Ingatan Untuk Diri Ku

Manusia adalah makhluk Tuhan yang paling mulia, indah dan sesempurna-sempurna kejadiannya (Quran 95:4). Menerusi akal manusia dapat menguasai alam dan segala kandungannya sehingga manusia dapat membina tamadun yang agung sejak dari zaman berzaman. Sebaik manusia menjadi 'dewasa' dan kemudiannya bergelut dengan segala macam cabaran, penderitaan dan bencana dan malapetaka sama ada dari perbuatan manusia sendiri atau pun dari kejadian semulajadi alam, manusia telah melakukan berbagai persepsi,pemikiran, pemerhatian, pencerapan, pengamatan, penaakulan, teori dan hypothesis, konsep dan rumusan serta kesimpulan yang akhirnya dijelmakan menerusi susunan kata-kata yang bukan sahaja indah tetapi mengandungi maksud tersurat dan tersirat yang amat padat, tepat dan bernas lagi mendalam sifatnya mencakupi seluruh kehidupan manusia. Dari sepanjang perjalanan hidup manusia ini melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis itulah sampai kepada kita kini bermacam bentuk dan pokok persoalan yang menggambarkan betapakebijaksanaan dan tajamnya pemerhatian mata hati, betapa halusnya perasaan, betapa kudus dan mulusnya kalbu manusia-manusia bijak bistari ini telah meninggalkan begitu banyak madah, ungkapan, pepatah dan petitih, bidalan dan kiasan, tamsil dan ibarat, kata-kata dan pengucapan yang saya rangkumkan di dalam "ingatan ku" ini. Rungkaian kata-kata ini disimpul dari seorang hamba Allah yang telah menghabiskan masa muda dan dewasanya hanya sebagai seorang pendidik anak-anak bangsa.

Benarkah Pemimpin Yang Dipilih Oleh Sesebuah Parti Adalah juga Pemimpin Rakyat?



Sebelum PRU-12, pernyataan ini ada benarnya bagi pemimpin barisan nasional, kerana sebelum itu siapa sahaja pemimpin sesebuah parti yang mempunyai hierakhi dalam parti, pasti menang dalam pilihanraya. Tidak hiranlah apakah pemimpin yang dipilih oleh parti itu ada skandal tertentu, tetapi apabila bertanding pasti menang. Disebabkan itulah, disetiap pemilihan parti, individu yang ingin mendapatkan tempat dalam parti bertungkus lumus jiwa dan raga serta kewangan untuk mendapatkan tempat dalam parti.

Selepas PRU-12, imuniti yang ada kepada pemimpin sesebuah parti BN ternyata tercacat, kita menyaksikan ramai pemimpin parti BN yang tercundang. Melalui PRU-12, rupanya pemimpin sesebuah parti yang dipilih oleh ahli-ahli parti, bukan lagi merupakan pemimpin di mata rakyat.

Pada 24hb April, 2009, Perdana Menteri yang juga presiden UMNO telah mengumumkan senarai kepimpinan UMNO dalam majlis tertinggi UMNO maupun Pengerusi perhubungan UMNO negeri berserta timbalannya. Dalam perlantikan tersebut, asasnya adalah mereka yang telah menang dalam parti, walaupun ada yang tewas dan tidak bertanding turut juga dilantik atas alasan bahawa pemimpin yang dilantik itu dirasakan masih dapat menyumbang kepada parti.

Pesanan rakyat melalui PRU-12 rupanya telah menjadi asas utama kepada Datuk Seri Najib dalam melantik safnya dalam MT UMNO. Beliau merasakan bahawa kemenangan dalam pilihanraya tidak semestinya calon itu adalah mereka-mereka yang dipilih oleh ahli-ahli parti, kerana ahli parti hanya sebahagian kecil daripada pemilih pada masa pilihanraya.

Diharapkan bahawa barisan kepimpinan UMNO kali ini dapat menghakis anggapan rakyat , bahawa pemimpin sesebuah parti itu bukan merupakan pemimpin di mata rakyat. Krisis anggapan atau persepsi bahawa pemimpin tertinggi atau pemimpin yang diketengahkan kepada rakyat bersifat “saya ini pemimpin”. dapat diperbaiki dan kalau boleh dijadikan sempadan serta dilipat baik-baik dalam lipatan sejarah para pemimimpin yang pernah melakukannya.

Slogan Perdana Menteri” Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian diutamakan” semoga mejadi landasan kepada saf baru ini selain prinsip 6M: Musyaratah (menepati syarat kejayaan) Mua'tabah (menghakis sifat-sifat buruk) Mu'aqabah (mengekalkan tindakan yang benar) Muraqobah (mengawal diri secara berterusan) Muhasabah (menilai diri) dan Mujahadah (berusaha bersungguh-sungguh).

Rakyat yang menolak sebahagian pemimpin BN melalui PRU-12 maupun pada 4 pilihanraya kecil, tiga parlimen dan satu DUN selepas PRU-12 menunjukan rasa geram sebahagian pengundi dan masih tidak dapat menerima bahawa mereka perlu diwakili oleh parti BN. Selain rasa geram sebahagian rakyat, ada juga rakyat yang beranggapan bahawa pilihan alternatif terpampang di depan mata, bagi mereka yang berpandangan demikian, siapapun yang mewakili mereka dan pihak manapun yang dapat menubuhkan kerajaan status mereka tetap sama, mereka bukan dapat menjadi peneraju negara secara keseluruhan. Mereka telah bosan dengan keadaan yang serupa selama berpuluh-puluh tahun, mereka ingin berubah. Mereka terbiasa dengan kapal yang sama, mereka merasakan bahawa kapal yang sedia ada tidak dapat menampung lagi muatan yang banyak, kerana telah mengalami renovasi sana sini. Mereka hendak merasakan kapal baru. Lumrah manusia, selalu berkehendakan yang baru-baru. Hendak pakaian baru sempena menyambut hariraya, tahun baru atau perayaan-perayaan keagamaan lain. Mengubah persepsi ini amat sukar, mengubah pola berfikir manusia memerlukan masa, walaupun merubah keputusan amat mudah dilakukan jika kehendak dan aspirasi seorang itu terkena “butitiknya”.

Sebahagian anggota parti pemerintah menyalahkan penolakan sebahagian rakyat ini kepada nahkoda yang mengendali. Menurut mereka, kerana nahkoda yang tidak becus, maka rakyat berpaling tadah. Mereka inginkan penggantian nahkoda untuk mengemudi kapal yang sama. Menurut mereka, semoga nahkoda yang baru, dapat mengemudi kapal dengan berhati-hati, mengelak terlanggar karang-karang di laut, mengelak badai yag bertiup, mengurangkan muatan yang bersifat “melukut ditepi gantang”, menenggalamkan muatan yang dianggap kedaluwarsa, disamping menjemput naik muatan baru yang segar-segar dan dianggap baru dan masih berbungkus kerana baru.

Nampaknya melalui nahkoda baru dengan para kelasi yang baru, cara pengemudian yang baru, cara menentukan arah yang serba baru, walaupun tujuan destinasi adalah sama. Para pengendali kapal lama yang serba baru, diharapkan dapat mengubah anggapan rakyat, bahawa kapal lama tidak boleh ditumpangi lagi, boleh tertarik semula menumpang kerana walaupun kapal lama, tetapi kapal ini telah dilakukan “overhull” yang menyeluruh, di mana peralatan yang lapok telah diganti dengan yang canggih-canggih, enjin lama telah digantikan enjin terkini, Cuma mempertahankan badan yang lama kerana ada unsur sejarah dan warisan.

Pertaruhan barisan atau saf baru UMNO ini adalah kapal lama yang telah canggih menghadapi kapal baru yang belum teruji dilautan badai dan masih separuh jalan menuju destinasi yang masih di cari-cari. Semoga saf baru ini dapat mencari pemimpin seperti mereka untuk diketengahkan kepada rakyat yang benar-benar pemimpin di mata rakyat, bukan di mata ahli-ahli parti. Kata bidalan: Biar riuh seluruh kampung, kampung terus maju dan tidak tersia-sia.

Monday, April 27, 2009

Orang Miskin Berkereta Perlu Dibantu

KLANG 26 April – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) diminta mengkaji semula kaedah bantuan kepada kumpulan sasar kerana orang yang memiliki kereta mungkin berhak menerima bantuan.


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, pendekatan yang digunakan sekarang seharusnya tidak menyukarkan kumpulan itu untuk mendapatkan bantuan.


Katanya, masalah yang membabitkan kumpulan berkenaan iaitu orang miskin, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit mesti diberi perhatian sewajarnya.Katanya, bantuan yang disalurkan perlu realistik kerana pada masa ini memiliki televisyen atau peti sejuk bukan lagi boleh dianggap barangan mewah.Malah katanya, memiliki kereta atau motosikal juga merupakan keperluan dan perlu diambil kira oleh JKM. “Jadi perkara ini perlu dikaji. JKM pada saya paling mustahak kerana ia mendampingi masyarakat, kalau kita bagus rakyat dapat faedah, kalau kita kurang bagus, kita bakal berhadapan risikonya,” katanya.


Katanya, bagi memastikan sistem bantuan dan penyampaian JKM itu berjalan lancar, beliau akan berada di pejabat untuk memastikan urusan pentadbiran mengikut perancangan.
Shahrizat memberitahu, selebihnya iaitu 90 peratus waktu kerja akan diperuntukkan kepada program turun padang dalam usaha mendampingi rakyat.


Beliau juga, katanya, akan membuat lawatan mengejut ke sesuatu kawasan bagi melihat sendiri kemajuan yang dicapai.‘‘Ini perlu dilakukan kerana 90 peratus kumpulan sasar berada di peringkat akar umbi,’’ ujarnya.


Secara keseluruhan, katanya, pegawai-pegawai JKM menjalankan tugas dengan baik.
‘‘Cuma banyak orang memerlukan bantuan, tetapi ini tidak harus dijadikan alasan kerana kalau orang perlu bantuan, kita kena bantu mereka,” katanya.

Mari Berteka Teki

Saya ingin mengajak anda berteka teki. Teka teki berikut bukan hasil temuan saya, tetapi teka teki yang ditunjuk ajar oleh anak tahun empat saya. Teka teki tersebut seperti berikut:-

Kalau semua binatang jadi ikan, ikan jadi apa? Jawabnya: Ikan jadi banyak

Banyak-banyak ikan, ikan apa yang selalu sakit perut? Jawabnya: ikan kembong

Kereta apa yang orang tidak pernah panggil kereta?. Jawabnya: Teksi

Burung apakah yang boleh berdiri, boleh berbaring tetapi tidak boleh duduk? Jawabnya: Burung penguin.

Gajah lalu, titih patah, lepas itu kambing pula lalu, apa yang patah? Jawabnya: Patah Balik

Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Jawabnya: Telur

Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang dimakan tepinya saja? tengahnya tidak dimakan. Jawabnya: Donat

Apabila ditarik yang diatas grmbira dan yang di bawah merana. Apakah ia? Jawabnya: Pengail yang dapat ikan.

Mana lebih panjang ekor tikus atau ekor kuda? Jawabnya: Ekor tikus, kerana tikus bila berjalan ekornya menyentuh tanah.

Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan nak bersalin, lalu suaminya bawa isterinya ke hospital melalui ladang kopi dan lombong biji timah. Lepas anaknya dilahirkan, anak itu dinamakan fatimah, kenapa? Jawabnya: sebab anak itu perempuan.

Moral daripada teka teki ini, adalah apabila setiap kejadian yang tersirat itu pasti ada jawaban yang tersurat.
Melalui blog saya ini, sesuai dengan tajuknya, apa yang saya paparkan adalah kejadian-kejadian yang tersirat dan anda akan dapat jawabnya jika melihat keadaan sekeliling anda, isu-isu yang hangat diperkatakan dan menjengok sejarah

Sifat Tanaman Dapat Mencegah Kerosakan Alam

Dalam pertanian terutama yang diamalkan oleh jabatan yang menamakan dirinya pertanian ada dua tunjang utama: Pembangunan Pertanian dan Pengembangan Pertanian, kemudian dua tunjang ini disokong oleh Penyelidikan Pertanian.

Pertanian dalam erti sempit adalah apabila manusia menggunakan tanah untuk bercocok tanam. Tanaman yang sesuai dan tumbuh dengan baik pada keadaan tanah tertentu, tidak semestinya tanaman itu akan tumbuh dengan baik pada keadaan tanah yang sama, di mana kawasan sekelilingnya tidak homogen. Pendeknya, sifat pertanian adalah in-situ. Tetapi kerana adanya proses penyelidikan dan perkembangan teknologi pertanian, maka sifat tanaman telah dimanipulasi sehingga memungkinkan, tanaman yang tadinya tidak tumbuh dengan suburnya tetapi kerana inovasi teknologi maka memungkinkan tanaman itu akan tumbuh dengan subur dan menghasilkan hasil yang banyak.

Tanaman untuk tumbuh selain perlu media tanah yang sesuai, juga perlu air yang hanya cukup-cukup. Tanaman tidak boleh berlebihan air, begitu juga tidak boleh kekurangan air,jika diinginkan tanaman itu menghasilkan hasil yang maksima dan optima.

Kerana pertambahan penduduk, maka keluasan tanah untuk pertanian semakin menyempit. Demi memaksimakan pengeluaran demi mencukupi permintaan atau keperluan akan hasil pertanian, maka penggunaan tanah pada keluasan yang sama ditingkatkan, samaada melalui “double cropping” atau “tri cropping”. Sebagai akibat daripada daya guna tanah ini, maka ramuan keperluan tanaman yang sememangnya telah tersedia dalam tanah, telah berkurangan, malah ada yang menjadi tandus.

Mengingat kepada keadaan tanah yang tidak subur lagi, maka diperkenalkan penggunaan baja-baja, demi mempercepat penyerapan, maka pengamal-pengamal pertanian melalui program pengembangan menyarankan agar baja-baja kimia digunakan secara meluas.

Akibat daripada penggunaan baja kimia yang meluas ini, serba sedikit telah mengubah komposi kandungan mineral dalam tanah, ikatan molekul tanah dan kehomogenan tanah. Akibat daripada gangguan ini, maka tanah tidak lagi dapat menyesuaikan kepada keadaan semulajadinya, maka tambahan luaran itu tidak terikat dengan sempurna pada molekul-molekul tanah, sehinggakan terjadi perlimpahan. Perlimpahan ini akan tersalur ke alor-alor mata air yang kecil dan seterusnya ke sungai-sungai.

Akibat terlimpahnya excess baja ini ke sungai, maka mengakibatkan pencemaran sungai. Jika dahulu, sungai yang berhampiran dengan kawasan-kawasan berpenduduk terdapat kerang-kerangan dan ikan-ikan yang menjadi sumber protein penduduk, juga sebahagian menjadi sumber pendapatan, pada masa ini populasi mahkluk tuhan ini tidak lagi suka mendiami sungai-sungai ini, bukan sahaja sungai-sungai ini tercemar tetapi telah menjadi sumber berbagai penyakit kulit.

Juga akibat hakisan di hulu sungai dan membawa hakisan itu secara pelahan ke muara, sehingga mengakibatkan pengendapan, maka akibatnya arus sungai semakin perlahan. Dengan perlahannya aliran sungai ini, maka pengembiakan bakteria semakin cepat, maka menambahkan lagi tingkat pencemaran sungai. Kerana ketentuan Tuhan, maka apabila air ciptaanya tercemar dan aliran sungai tidak lancar kerana penyempitan dan pengendapan sungai sehingga memudaratkan manusia juga ciptaanya, maka didatangkan hujan agar supaya kejenuhan air akibat pencemaran dapat dikurangkan serta sungai-sungai yang menyempit dan tidak lurus dapat diluruskan semula. Malangnya proses alam semulajadinya ini, membawa malapetaka kepada karenah ciptaan manusia, seperti rumah-rumah, kedai-kedai, sekolah-sekolah,jalan-jalanraya, jambatan-jambatan malah dam-dam penambat banjir.

Kejadian alam semulajadi ini, bagi manusia yang dianggap bijak pandai dalam pengubahsuian alam ciptaan Tuhan tidak pernah belajar daripadanya, walaupun usaha-usaha mengubah alam semulajadi itu telah memakan kos yang berjuta atau berbillion ringgit. Seringkali kita dengar, saban tahun apakah melalui persidangan dewan rakyat, dewan negara maupun dewan undangan negeri perbincangan mengenai malapetaka banjir terus dibicarakan. Kerajaan saban tahun membelanjakan berjuta-juta ringgit berbentuk bantuan kepada rakyat yang terkena banjir. Saban tahun jumlah rakyat yang terkena bencana banjir terus bertambah. Kawasan yang sebelumnya tidak banjir, dewasa ini pula mengalami banjir.

Peristiwa demi peristiwa mengenai banjir, saban tahun banjir memakan mangsa, saban tahun banjir merosakan harta benda, saban tahun kerajaan terpaksa berbelanja kerana banjir, pun demikian, manusia tidak pernah kapok, malah semakin rancak proses mengubah alam semulajadi.

Melalui ilmu pertanian, pembelajaran mengenai alam sekitar kita diberi pentunjuk yang amat mudah. Tuhan menunjukan tanda-tanda yang jelas melalui tanaman. Sifat tanaman adalah tanaman akan tumbuh baik jika keperluan airnya cukup-cukup, jika keperluan sinar mataharinya cukup-cukup, jika keperluan logam-logamnya cukup-cukup, jika keperluan udara cukup-cukup. Jika kita mengambil iktibar mengenai keperluan tanaman yang tumbuh sihat, maka kita tidak akan mengalami malapetaka seperti banjir, jerubu, tanah runtuh dan bentuk-bentuk bencana alam lain.

Sunday, April 26, 2009

Bahana nafsu

Bahana nafsu
Oleh Mohd Azis Ngah azis@bharian.com.my

SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah. Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah. Cukup menarik untuk membicarakan topik ini kerana umumnya ia membabitkan pasangan yang mengadakan hubungan intim membawa kepada perlakuan seks terlarang. Soal sah atau haram diketepikan pelakunya, asalkan hasrat nafsu serakah dicapai.

Istilah ‘mengawan’ mungkin lebih menjurus kepada binatang dan konteks ini ia memang normal, bahkan soal bertukar pasangan bukan masalah besar. Bagaimanapun, dalam lingkungan penghidupan manusia normal, apatah lagi umat Islam yang tergolong dalam kategori berpelajaran dan pendidikan tinggi, ia sepatutnya tidak berlaku. Menariknya, ‘musim mengawan’ ini berlaku serentak setiap kali adanya sesuatu sambutan membabitkan cuti umum atau dikaitkan dengan meraikan bersama kekasih seperti Tahun Baru, kemerdekaan atau ‘Hari Kekasih’ (Valentine’s Day). Ketika itu jugalah, anak muda bergelar pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS) tidak terkecuali ‘mengawan’ sama ada mendapat persetujuan bersama atau tidak sengaja bersama pasangan masing-masing.

Soal hukum agama diketepikan sama sekali, soal baik buruknya perbuatan mereka yang bergelar pelajar universiti juga dibuang ke dalam tong sampah. Paling penting, naluri hati dan nafsu mesti dipenuhi. Kenyataan ini bukan omongan kosong. Hakikatnya, jika dilihat pada statistik kes buang bayi atau kes gadis mengandung anak luar nikah, ia secara konsisten menunjukkan trend ini selepas beberapa bulan atau maksimum sembilan bulan selepas sesuatu perayaan berlangsung. Ini diakui Pengarah Kem Modal Insan Kewaja, Yahya Mohamed Yusof, 45, yang kini sudah mengendalikan lebih 3,000 kes mengandung anak luar nikah sejak 1998. Rata-ratanya berusia 17 hingga 23 tahun yang mana mereka sebenarnya dalam peringkat mencari ilmu, bukannya mencari keseronokan seks. Kewaja yang ditubuhkan atas inisiatif Yahya bersama isterinya, kini dikhaskan untuk membantu dan menguruskan gadis mengandung anak luar nikah, bertujuan membawa mereka kembali ke pangkal jalan dan pada masa sama mengelak meningkatnya kes membuang bayi.

Pesta hiburan dan sambutan Hari Kekasih banyak menyumbang kepada perlakuan seks bebas.
“Kira-kira 50 peratus daripada mereka pelajar sekolah menengah atas dan IPT. Memang diakui, setiap kali tiba musim perayaan, kami akan menerima banyak kemasukan baru beberapa bulan selepas itu. “Kita perlu melihat ke belakang untuk mengkaji fakta itu dan ia dikira berdasarkan usia kandungan mereka. Kebanyakan mereka mengandung pada bulan yang memang ada sesuatu perayaan atau sambutan berlangsung. Kononnya itu masa bersuka ria. “Kita jangka pada sambutan Hari Kekasih pada Februari lalu kes gadis mengandung di luar nikah akan meningkat selepas Mei kerana kebiasaannya, gadis terbabit hanya menyedari mereka mengandung tiga bulan selepas itu,” katanya. Ketika ini pusat itu menguruskan 55 peserta wanita yang sedang menunggu masa kelahiran bayi mereka mengikut tempoh berbeza. Puratanya, dianggarkan antara 15 hingga 20 orang akan keluar masuk pusat itu setiap bulan. Logiknya, itu hanya statistik daripada sebuah pusat sukarela, belum dikira pusat lain, kes mendiamkan diri atau yang nekad menggugurkan anak semata-mata mahu mengelak menanggung aib diri dan keluarga. Berdasarkan kaji selidik dan pengalaman Yahya menguruskan pusat itu sejak 21 tahun lalu, ada antara peserta yang beranggapan pertemuan romantik pasangan kekasih sempena Hari Kekasih atau cuti umum sebagai simbolik upacara ‘pecah dara’. Berlainan bagi Yahya yang tetap menganggap semua gadis di bawah jagaannya sebagai mangsa rogol walaupun ada yang mengadakan seks atas dasar suka sama suka. “Seks mestilah melalui proses yang betul, mesti ada peraturan. Tiada wanita yang merancang membuatkan diri dilanda musibah, ini semua disebabkan tipu daya lelaki. Tiada yang teringin nak mengandung anak luar nikah. “Saya anggap semua kes di sini sebagai kes rogol disebabkan mereka jadi pemuas nafsu lelaki. Apa yang boleh disimpulkan ialah bencana maksiat iaitu semua jenis maksiat di negara kita semakin teruk, perlu ada sikap menegur dan mencegah,” katanya. Gadis serah tubuh selepas terjerat umpan cintaBAGI sesetengah pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT), ada yang sanggup memendekkan cuti semester dua bulan di kampung bersama keluarga semata-mata mahu menghabiskan masa bersama teman lelaki di kampus di penghujung musim cuti. Tempoh masa cuti semester itu juga dianggap masa paling sesuai untuk berpacaran dan lebih teruk ia adalah masa ‘tepat’ untuk mengawan kerana mereka baru saja selesai melepaskan beban menduduki peperiksaan dan semester baru belum bermula. Mengakui hakikat itu, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Mariani Md Nor, menjelaskan apabila dalam keadaan berdua-duaan, ia akan mengaktifkan naluri ghairah manusia. “Itu sebenarnya memberi ruang dan peluang. Waktu mengawan ini juga bermusim, sama seperti jenayah lain, ada kesinambungan tetapi kesannya akan sentiasa diingati. Ia berlaku pada masa tertentu, musim balik bercuti semester, waktu perayaan, misalnya sambutan tahun baru dan Hari Kekasih. “Jika dibincangkan dalam aspek IPT, sesetengah universiti ketika ini adalah musim peperiksaan dan cuti akan bermula Mei hingga Julai ini. Tetapi peliknya, ramai yang akan datang awal, itulah masa nak memadu kasih, jumpa kekasih,” katanya. Selain aspek hubungan pasangan kekasih, Dr Mariani juga menegaskan ada antara pelajar yang sebenarnya terhutang budi dengan ‘pelabur’ terdiri daripada individu yang sudah bekerja, bahkan berumahtangga yang banyak membantu mereka mengatasi masalah kewangan kritikal. Mereka berkawan rapat, diberi sokongan kebendaan, komputer riba dan wang ringgit menyebabkan mereka mudah merelakan apa saja kehendak teman lelaki mereka. “Apabila ada individu yang boleh memudahkan kehidupan, keperluan mereka akan mudah terjerumus ke arah perbuatan moral tidak sihat. Bagaimana seseorang berpendidikan tinggi tidak boleh menilai bahawa seseorang yang memberikan kemewahan sebenarnya mengharapkan ganjaran. “Berdasarkan pengalaman dalam mengendalikan kes begini, kebanyakan mereka hanya sedar apabila berlaku sesuatu yang tidak sepatutnya, terlanjur atau mengandung. Ini belum dikira kategori bersekedudukan... sudah macam suami isteri,” katanya. Apabila keadaan bertambah genting, pasti mereka akan mencari jalan penyelesaian, jika bernasib baik, mereka akan ditunjukkan jalan yang betul, mendapatkan nasihat tetapi jika tersalah tempat sudah pasti akan ada yang mengesyorkan supaya menggugurkan kandungan. “Mendapatkan pertolongan keluarga adalah perkara paling berat dan sukar kerana sudah pasti akan dimarahi. Caranya ialah mereka mendapatkan pandangan rakan rapat, tetapi kami nasihatkan supaya teruskan kandungan, pergi ke saluran tertentu, kaunselor atau badan bukan kerajaan (NGO). “Mereka sudah buat salah, jangan buat kesalahan kedua membuang atau membunuh bayi dalam kandungan. Masih ada ruang untuk perbaiki dan pulihkan akhlak. Namun, tegasnya dalam mengendalikan masalah ini, masyarakat perlu mengubah stigma negatif yang memandang serong mengandung anak luar nikah kerana ada kes teraniaya, misalnya dirogol ketika dalam keadaan khayal. Kes pelajar mengandung sebelum kahwin Kes pertama: SARA (nama samaran), kini berusia 21 tahun. Ketika rakan sekelasnya sedang berjuang menghabiskan masa belajar di dewan kuliah, beliau kini menunggu masa saat kelahiran bayinya yang dijangka penghujung Mei ini. Kejadian yang berlaku bukan keinginannya, tetapi akibat ledakan nafsu yang gagal dikawal, beliau menanggung sengsara mengandung anak luar nikah. Teman lelakinya menuntut di IPT sama meneruskan pengajian, meneruskan lakonan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Biarpun bergelar pelajar universiti yang sepatutnya berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu, ia bukannya tembok kebal yang kukuh menahan nafsu serakah, segala-galanya bermula ketika musim cuti semester pada 2008, ketika usia Sara baru mencecah 20 tahun. Sara dan temannya lelakinya sudah lama berkenalan sejak di bangku sekolah di selatan Semenanjung. Boleh dikatakan, sama-sama masuk universiti dan berulang alik ke kampung setiap kali cuti kerana haluan mereka juga sama. Detik malang hidupnya bermula pada September lalu ketika beliau bersama teman lelakinya tiba di ibu negara menaiki bas untuk pulang ke kampus. Ketika itu Ramadan, bulan mulia bagi umat Islam mengerjakan puasa. Hendak dijadikan alasan atau itu memang perancangan, mereka tiba lewat malam di ibu negara. Anehnya, ketika jam 11 malam, mereka mendakwa kebuntuan bagaimana mahu pulang ke kampus, lantas menyewa hotel murah sekadar untuk bermalam sementara menunggu siang untuk pulang. Meskipun bas atau komuter, transit aliran ringan (LRT) sudah tamat perkhidmatannya, ibu kota sebenarnya tidak pernah sunyi untuk mendapatkan khidmat teksi, ke mana saja destinasi. Apabila berdua di dalam bilik hotel, sudah tentu ada pihak ketiga. Meskipun Sara dan pasangannya penuntut kursus agama, ternyata bekalan ilmu agama mereka masih kurang sekali gus hanyut atas desakan syaitan. “Ini bukan soal ganjaran, soal hadiah atau suka sama suka. Kami hanya lakukan sekali saja. Terus melekat dan saya hanya sedar mengandung apabila masuk bulan kelima. Perut saya kecil, sebab itu tidak ketara. “Walaupun agak pelik kerana sudah beberapa bulan tidak datang haid, saya anggap perkara biasa hingga masuk bulan kelima. “Kami berusaha mencari jalan termasuk melalui internet. Akhirnya kami menemui pusat Kewaja dan datang ke sini. Saya akan serahkan anak ini kepada keluarga angkat dan teruskan pengajian selepas ini,” katanya dengan air mata bergenang. Sehingga kini, ibu bapanya masih belum tahu bahawa anak kesayangan mereka sebenarnya bercuti daripada pengajian kerana menunggu masa menyambut kelahiran anak yang tidak dirancang. Kes kedua. INA (nama samaran) juga mempunyai masalah dan jalan cerita hampir sama dengan Sara. Semuanya berlaku ketika cuti semester. Gadis Pantai Timur ini juga bermalam bersama kekasihnya gara-gara kehabisan tiket bas ekspres untuk pulang bercuti ke kampung halaman di negeri berjiran. Ketika itu, usianya baru 18 tahun dan kini pelajar sebuah institut pendidikan itu bakal bergelar ibu ketika usianya memasuki 19 tahun. Beliau mendakwa dipaksa teman lelakinya mengadakan seks. Sebaik saja mereka mendapati tiket bas ekspres habis, teman lelaki Ina membawanya bermalam di rumah nenek dan di situlah bermula detik hitam dalam hidupnya. “Kami hanya lakukan hubungan seks sekali saja dan saya teruskan pengajian seperti biasa. Teman lelaki tidak bekerja dan sebenarnya kami baru beberapa bulan berkenalan. Saya hanya sedar mengandung selepas tiga bulan. “Memang keluarga mengamuk dan ibu saudara yang menghantar saya ke sini. Mereka bimbang masa depan saya dan anak,” katanya. Ditanya kenapa tidak membuat laporan polis jika dirogol, Ina terdiam dan jelasnya, bapa anak itu adalah teman lelakinya.

Beza Bantuan Kerajaan dengan Bantuan Projek

Menarik betul keputusan kementerian kabajikan yang terpampang di surat-surat khabar aliran perdana, dimana orang kurang upaya (OKU) atau daif tidak mendapat bantuan kementerian tersebut, disebabkan ada kemudahan siaran ASTRO di rumah.

Rupanya asas seseorang yang berada dalam kategori OKU dan daif menurut tafsiran kerajaan yang diwakili oleh kementerian kebajikan atau jabatan kebajikan adalah mereka-mereka yang hanya perlu makan dan minum untuk tidak cepat mati, Tidak lebih dari itu. Bantuan hanya sekadar menyambung nyawa sebelum ketentuan Tuhan tiba.

Dalam negara ini, dimana asas ekonomi adalah berorentasikan kepada kapitalisme,maka siapa yang dikurniakan fizikal yang lengkap dan mendapat peluang kerana jalinan yang ada sahaja yang boleh hidup. Mereka yang termasuk dalam golongan bukan OKU atau daif dan mempunyai jalinan dan jaringan tertentu sahaja yang mendapat bantuan bermilion ringgit dalam bentuk projek; sehingga menghasilkan kaya terus kaya, kerana konsep: wang mendapatkan wang. Hanya golongan bukan OKU atau daif sahaja yang mempunyai keluarga untuk dimajukan, diangkat dan diketengahkan agar menjadi aset negara. Orang-orang atau individu yang sempurna fizikal dan akal sahaja yang boleh mendiami negara ini, kerana sebagai negara yang mengarah kepada negara maju, maka rakyatnya mesti yang sihat-sihat dan kaya sahaja yang boleh mendiami negara ini.

Bagi kerajaan, kehadiran rakyat yang tergolong OKU atau daif hanya mencacatkan peringkat kehidupan rakyat negara ini. Menimpangkan pengiraan pendapatan perkapita negara, kerana kehadiaran mereka menyumbang kepada angka pendapatan isi rumah yang sangat rendah, sehingga apabila pemurataan pendapatan perkapita negara dikira, maka angkanya menjadi rendah kerana jumlah mereka hampir sama dengan mereka yang mempunyai pendapatan tinggi. Tujuan negara agar ternampak negara makmur dengan berpandukan kepada pendapatan perkapita negara agak terbantut. Untuk mencapai pendapatan perkapita yang tinggi, maka diteruskanlah pemberian bermilion ringgit kepada mereka yang sempurna fizikal dan akal, dan menyekat bantuan kepada mereka yang mempunyai fizikal dan akal yang sebaliknya.

Menjelang tahun 2020, hanya 11 tahun lagi, negara diperkirakan menjadi negara maju, pada masa itu diperkirakan tiada lagi rakyat yang tergolong OKU atau daif, kerana semua rakyat negara ini mempunyai susuk tubuh yang lengkap dan semunya kayaraya. Pada masa itu, negara telah makmur dengan pendapatan perkapita yang tinggi setaraf dengan dengan negara maju yang telah lama maju. Pada masa itu, kementerian kebajikan atau jabatan kebajikan hanya tinggal sejarah,kerana kewujudannya tidak diperlukan lagi. Pada masa itu pemilikan siaran Astro bukan menjadi ukuran lagi, tetapi jet peribadi telah menjadi ukuran.

Saturday, April 25, 2009

Bangau Terbang Kedua Kali

Saya tertarik dengan tulisan wartawan Borneo Post Saudara Abdul Naddin Haji Sahiddin yang bertajuk "Terbang Bangau". Bidalan kata: Setinggi-tinggi terbangnya bangau akhirnya ke belakang kerbau juga. Asas kepada bidalan ini mungkin berdasarkan kepada pengalaman orang-orang zaman dahulu yang kehidupannya hanya berladang dan kerbau merupakan pembantu khas dalam membajak, sementara burung-burung termasuk burung bangau asyik meredah sawah untuk mencari makanan, boleh jadi ikan, belalang, ulat dan serangga-serangga lain. Bangau yang suka hinggap di belakang kerbau, biasanya bangau putih, bangau hitam, pengalaman saya, belum ternampak.


Kemudian bidalan ini diaplikasikan kepada kehidupan manusia, yang membawa pengertian, bahawa sejauh mana manusia bermigarsi atau merantau, pasti suatu ketika akan pulang ke kampung halaman.


Dewasa ini, apabila pendidikan bertambah maju, dan setiap anak yang dilahirkan setelah merdeka dituntut untuk hadir ke sekolah untuk diajar berbagai mata pelajaran. Telah mejadi kewajiban bagi setiap ibubapa untuk menghantar anak mereka dari usia 7 tahun ke sekolah untuk belajar.


Masa terus berjalan, jumlah rakyat yang mendapat pendidikan telah bertambah, walaupun ilmu itu bersifat hafalan dan sukar diterjemahkan kepada aplikasi harian. Di sekolah yang di ajar adalah formula-formula matematik, kontour-kontour bumi, sejarah peradaban manusia, gabungan logam-logam, hukum-hukum fizik dan sebagainya. Selama 12 tahun anak-anak yang mula bersekolah pada usia 7 tahun, tamat belajar sekolah pengafalan pendidikan,bagi mereka yang bernasib baik, dapat meneruskan ke peringkat yang lebih tinggi, yakni fasa pendidikan aplikasi. Kerana keterhadan tempat diperingkat pendidikan aplikasi , maka sebahagian besar remaja tertinggal ke dalam kelompok yang mempunyai pendidikan hanya fasa penghafalan.


Remaja ini, tidak lagi dapat menyesuaikan diri mereka kepada asas penghidupan awal, yakni berinovasi melalui coba dan gagal. Mereka tidak diajar secara praktik apa yang mereka pelajari. Mereka tidak diajar tentang ranjau-ranjau yang akan ditemui. Mereka hanya tahu, penghafalan mata-mata ajaran yang diajar berpandukan kepada sukatan pelajaran yang diberikan. Dalam proses belajar itupun juga, mereka diajar oleh tenaga penghajar yang terdidik melalui penghafalan teori jauh sekali diperoleh melalui praktikal.

Akibatnya, para pelajar lepasan sekolah biasa (bukan teknikal atau vokasional) apabila tidak berpeluang belajar ke peringkat mengetahui ilmu aplikasi atau gunaan, mereka akan masuk ke alam pekerjaan. Akhirnya satwa bangau yang terbang tinggi akhirnya kembali ke tempat asal.

Kenapa Mereka kembali ke alam permulaan?

Oleh kerana pelajar lepasan menengah ini, dari awal lagi tersajikan dengan alam ibubapa mereka atau alam sekeliling mereka, mereka menyaksikan bagaimana guru-guru yang mengajar mereka bertalileher, berkereta atau paling tidak bermotosikal. Apabila kembali ke rumah pula menyaksikan bagaimana ibubapa mereka seawal 7 pagi berpakaian rapi untuk bersiap-siap ke tempat kerja. Bagi anak-anak petani dan nelayan pula, mereka meyaksikan bagaimana ibubapa mereka membanting tulang di sawah atau kebun atau melihat bagaimana ayah mereka menimbang dan memikul ikan-ikan untuk dijual kepada orang tengah atau pasar.

Sifat manusia berkecenderungan untuk meniru yang mudah dan senang. Apabila ayah atau ibu adalah doktor, anak kemungkinan hendak jadi doktor. Begitu juga, jika ayah atau ibu seorang peguam, maka anak mungkin ingin jadi peguam. Jika ayah atau ibu jadi orang korporat, maka anak mungkin jadi ahli korporat. Jarang kita temui, jika ibubapa seorang petani atau nelayan atau penjual digerai anak ingin jadi seorang petani atau nelayan atau penjual digerai.

Bagi anak-anak yang mempuyai ibubapa yang berjaya dalam dunia masing-masing, agak mudah bagi anak-anaknya mendapat pekerjaan sesuai dengan ilmu penghafalan yang ada berasaskan kepada pengaruh mereka. Bagi anak-anak yang mempuyai ibubapa yang kurang berjaya terpaksa meredah bandar, pejabat-pejabat,kilang-kilang,syarikat-syarikat untuk mendapat pekerjaan. Mereka terpaksa berhijrah ke bandar-bandar atau pekan-pekan, dengan tujuan untuk mengubah bentuk kehidupan dari muasal mereka kepada bentuk baru.


Disebabkan asas pendidikan mereka bersifat hafalan, walaupun mereka terdedah kepada alam kerja yang telah ditentukan oleh siempunya usaha atau perniagaan, mereka gagal memanafaatkan pendedahan ini, kerana sifat pendidikan yang ada pada mereka, yakni hanya menghafal. Mereka dengan tekun bekerja bertahun-tahun lamanya, sumbangan mereka dan majikan kepada kumpulan wang simpanan pekerja, saban tahun terus bertambah dengan pulangan kadang-kadang lebih 5% setahun.

Bertahun-tahunlah mereka diperantauan, berumah tangga, beranak penak, berpenghidupan dengan pendapatan bersandarkan upah yang diperoleh melalui fizikal mereka, bukan berasas kepada mental atau kemahiran. Selagi tempat bekerja mereka memerlukan tenaga fizikal selagi itu pula terus bekerja dan terus dapat upah. Sementara mereka bertungkus lumus bekerja, anak-anak hasil perkahwinan terus disekolahkan dan menjadi lepasan sekolah menghafal,meskipun ada juga yang terlepas ke alam pendidikan aplikasi.


Malangnya perubahan dalam teknologi pembuatan, serba sedikit menghakis keperluan fizikal manusia, sektor pembuatan semakin memerlukan produk yang seragam. Kerana keperluan sektor pembuatan, dan alam pekerjaan yang semakin canggih, maka sistem pendidikan yang bersifat menghafal tidak dapat menyesuaikan dirinya kepada perkembangan ekonomi, akhirnya pada masa mutakhir ini, kebanyakan pelajar keluaran sistem pendidikan kita tidak dapat diserap ke dalam alam pekerjaan, kerana ilmu yang ada pada mereka masih lagi dalam suasana penghafalan. Demikian juga, lepasan pendidikan aplikasi telah menjadi sebahagian dari kelompok penghafal ini.

Dengan melihat kecenderungan ini, maka mantan perdana menteri Tun Abdullah Badawai mencanangkan agar negara kembali ke sektor agraria, kerana melalui bidang ini, tenaga pekerjanya bukan memerlukan latihan metal, sebaliknya memerlukan latihan fizikal. Akhirnya bangau yang terbang begitu tinggi terpaksa kembali ke tempat bermula tetapi kali ini membawa bermacam-macam warna kehidupan yang boleh mencorakan pola sosial di tempat asal.

Thursday, April 23, 2009

Cerita-cerita

Orang politik di mana-mana saja suka bercakap politik. Sebabnya itulah kerjaya mereka. Demikian juga pelajar yang minat belajar, di mana-mana suka bercelotah tentang pelajaran. Orang bisnes juga demikian, di mana-mana suka bercakap tentang bisnes. Anak-anak yang suka main game di internet atau permainan video, juga tidak ketinggalan bercakap mengenai permainan terkini dan cd-cd yang telah beredar.
Apabila kita merupakan salah satu daripada kelompok ini, maka apabila kita kebetulan tersempak dengan minat yang sama, maka kenal atau tidak kenal dengan dengan kelompok yang berlain, ada saja cara untuk menyampuk. Manakala, apabila kita terserempak dengan kelompok yang tidak sama minat dengan kita, betapa riuh rendahnya kelompok yang berceloteh tentang minatnya, meskipun ada ruang untuk menyampuk,ruang dan peluang itu biasanya kita tidak pergunakan, malah sebaliknya kita merasa bosan, jelak dan terganggu.
Kerana itu, apabila kita perhatikan masyarakat kita, seolah-olah masyarakat kita hidup berkelompok. Atas sebab itulah, bagi penyatuan dan kebersamaan telah tertubuh berbagai-bagai persatuan apakah pertubuhan yang berorentasi politik maupun bukan. Tujuannya tiada lain, hanya mempertemukan kelompok-kelompok yang berbeda ini di bawah satu bumbung.
Kerajaan umpamanya mengujudkan berbagai agensi atau jabatan dan menamakannya dengan berbagai nama,tujuannya tiada lain yakni mengurus karenah berbagai kelompok masyarakat ini.
BPR, kini MACC, mengurus orang-orang atau individu yang salah laku rasuah atau salah guna kuasa, PDRM, mengurus perkara-perkara yang bercanggah dengan ketenteraman masyarakat, Angkatan Tentera Malaysia, mengurus tentang keselamatan negara daripada ancaman luar, Jabatan Imigresen.mengurus keluar masuknya orang-orang ke dalam dan keluar daripada negara., sehinggalah kepada penguatkuasa tempatan yang mengurus letak-letak kereta di pekan-pekan maupun bandar dan tidak ketinggalan JKKK di pedesaan.
Di persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah yang berakhir kelmarin secara panjang lebar isu JKKK ini diterangkan, demikian juga di Negeri Perak isu JKKK jadi perhatian surat-surat khabar aliran perdana.
Kerana keinginan dan kecenderungan berkelompok ini, maka Perdana Menteri terpaksa mengumumkan penarikan balik keperluan 30% ekuiti bumiputera dalam 27 sektor demi menarik pelabur katanya.
Rupanya hidup berkelompok lebih banyak membawa kebaikan daripada keburukan, kerana itulah asas mengurangkan hidup berkelompok seperti dasar sebelum ini, yakni apa-apa syarikat yang beroperasi di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai 30% ekuiti bumiputera terpaksa diubah.

Wednesday, April 22, 2009

Pernahkah Kenderaan Anda Disaman DBKK

Seperti telah dirancang, sebaik sahaja seluruh kotak lentak kenderaan penuh, para penguatkuasa DBKK secara serentak dengan buku saman di gengaman memulakan kerja-kerja menyaman. Penguatkuasa ini secara rutin mejalankan aktiviti ini saban hari kecuali kelepasan am. Apabila sahaja masa makan tengah hari tiba, pasti mana-mana kenderaan yang tidak terletak di tempat meletak kenderaan yang dikhaskan pasti disaman. Yang anehnya, semasa kerja-kerja menyaman ini, arus atau jumlah kenderaan yang lalulalang telah lengang, sebabnya para pemandu berhenti sejenak untuk mengalas perut, yang semimangnya perlu untuk menambah energi tubuh yang telah habis digunakan seawal pagi lagi.

Yang aneh lagi, jika para pemandu mula beredar yang selalunya mengakibatkan kesesakan, para penguatkuasa ini tidak ternampak langsung, memperlancar arus lalu lintas akibat kenderaan berhenti berganding dengan pemandu ada dalam kenderaan.

Asas menyaman bagi kenderaan jika semua keperluan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) dipenuhi, adalah jika kenderaan itu diletakan menghalang lalu lintas, sehingga arus lalu lintas tertanggu. Malangnya asas bagi penguatkuasa DBKK menyaman bukan berpaksikan kepada asas ini, sebaliknya berpaksikan kepada kotak yang telah digaris agar supaya tikit syarikat yang diberi konsesi mengurus letak kenderaan dapat diletakan dicermin setiap kenderaan

Penganguran

Jumlah penganggur di negara kita cukup banyak, walaupun data sebenar saya tidak miliki. Pernyataan ini ada benarnya jika kita mengambil kira data rawak yang dapat di lihat melalui tempat membelah belah, kedai-kedai internet, restoran-restoran, terminal-terminal bas, warung-warung di kampung-kampung dan tempat berkumpul anak-anak muda yang berusia produktif. Yang menyokong handaian ini adalah dengan mengambilkira masa berkerja yang biasa di negara kita dimana ada yang bermula seawal 7 pagi hingga ke jam 6 petang., walaupun ada yang berkerja mendapat giliran di sebelah malam hingga ke pagi. Data rawak yang dapat dilihat pada masa-masa ini, jumlah rakyat yang berusia produktif terlihat pada tempat-tempat yang disebutkan di atas cukup ketara jumlahnya.
Kemudian apabila kita berkesempatan berjalan-jalan di pedesaan, kita dapat menyaksikan luasnya tanah-tanah yang menganggur tidak bertanaman produktif sebaliknya ditumbuhi oleh rumput rumpai yang tidak berkepentingan kepada keperluan manusia.
Akhir-akhir ini, banyak terpampang di surat-surat khabar, ramainya para pekerja yang terpaksa diberhentikan kerana akibat kemelesatan ekonomi dunia, sehinggakan tenaga manusia kurang diperlukan, kerana kerja-kerja yang menggunakan tenaga manusia semakin menyusut
.
Kerajaan terpaksa membentangkan pakej berjumlah RM 67 bilion untuk meransang ekonomi bagi menghadapi merundumnya ekonomi dunia. Persoalannya sekarang apakah pakej ini ada kena mengena dengan penghapusan pengangguran atau paling tidak memperkecil jumlah pengangguran baik dalam bentuk manusiawi atau harta tuhan yang dikurniakan kepada kita, yakni tanah-tanah menganggur.

Pakej RM60 Bilion: Impaknya pada ADUN Sabah

Persidangan DUN Sabah yang bermula pada 16 April,2009 menjadi tempat perbahasan ADUN Sabah untuk mencadangkan agar elaun ADUN dikaji untuk kenaikan. Pengerusi penyokong kerajaan Datuk Rubin Balang mecadangkan, agar elaun ADUN dinaikan, umpama bonus sepertimana dibayar kepada kakitangan kerajaan. Cadangan ini mendapat sokongan yang begitu padu ahli-ahli dewan Barisan Nasional.

Cadangan kenaikan elaun ini merupakan impak pertama pakej kerajaan persekutuan untuk mengerak perekonomian negara bagi menghadapi merundumnya ekonomi terbesar dunia, yakni negara pakcik Sam ( Uncle Sam). Kata orang: timpah besi selagi panas, agar besi itu mudah lentur.

Dalam istilah kewangan, selagi wang itu berada dalam gengaman kerajaan atau bank, maka wang tersebut tidak bernilai. Wang akan bernilai, jika wang itu mengalir ke gengaman individu atau syarikat. Untuk mempercepat pengedaran wang, maka jalan terbaiknya memindahkan wang tersebut kepada individu-individu, apakah dalam bentuk elaun, gaji, atau bayaran kepada syarikat-syarikat.

Tindakan pengerusi penyokong kerajaan DUN Sabah membentangkan cadangan ini sudah kena pada masanya, agar supaya impak pakej kerajaan ini cepat sampai ke tempat sasaran, yakni rakyat jelata. Apabila ADUN mempunyai elaun yang lumayan, maka semakin ramailah rakyat mendapat huluran bantuan peribadi wakil-wakil rakyat, bukan itu sahaja, dayabeli wakil-wakil rakyat ini akan meningkat, ini bermakna semakin banyak barangan keluaran rakyat cepat menjadi wang.

Apabila rakyat memiliki wang, maka rakyat pula menggunakan wang tersebut untuk mendapatkan impian seperti membeli kereta, motosikal dan paling tidak biskal. Berpusing-pusinglah wang itu, semakin cepat pusingannya maka semakin baik untuk ekonomi negara.

Kenaikan elaun wakil-wakil rakyat atau gaji kakitangan kerajaan, sehingga ke tahap yang membolehkan mereka memenuhi seluruh keperluan mereka, mengelak gejala tidak baik seperti bayaran berpusing (kick back payment) atau orang mengistilahkannya rasuah. Di Singapura, wakil-wakil rakyat maupun menteri-menteri mendapat elaun dan gaji yang cukup lumayan. Dengan cara ini, mereka dapat menumpuhkan seluruh masa dan tenaga mereka kepada pembelaan rakyat.

Sesebuah kerajaan akan lenyap, pengalaman Sabah, setiap 9 tahun, kecuali kerajaan BN-UMNO yang mengambil alih pada tahun 1994, masih bertahan hingga kini. Tertumbangnya kerajaan disebabkan lambatnya atau tidak sampainya perancangan kerajaan ke tangan rakyat. Setiap kerajaan ada kakitangannya. Jika kaki dan tangannya lambat bergerak, maka rakyat yang memilih kerajaan semakin gusar, geram, jemu dan akhirnya marah. Kata orang: Penantian adalah suatu perkara yang sangat membosankan.

Dalam sidang ADUN Sabah, ada wakil rakyat yang membangkitkan bahawa kakitangan kerajaan yang diberi amanah melaksanakan perancangan kerajaan, tidak dapat bergerak dengan mudah dan cepat kerana terhadnya elaun-elaun perjalanan. Terhadnya elaun-elaun keraian, terhadnya minyak-minyak perjalanan.

Apabila timbul sesuatu masalah atau pemberontakan rakyat di kawasan-kawasan yang diwakiki oleh wakil rakyat, wakil rakyat akan mensasarkan kemarahan atau teguran yang kadang beremosi kepada kaki dan tangan kerajaan. Jika teguran ini munasabah, ketidak puasan hati kaki dan tangan kerajaan ini tidaklah begitu menggunung, tetapi jika teguran ini tidak membina, maka ekorannya timbul protes dalaman, yang hanya pecah apabila adalah pilihanraya. Sebab inilah, sesebuah kerajaan itu dilihat dari luaran cukup utuh, tetapi apabila selesai mengundi, kerajaan itu tumbang, contohnya kerajaan BERJAYA. Begitu juga hasil PRU-12, kerana protes dalaman ini, maka kerajaan BN hampir tumbang.

Cadangan Pengerusi Penyokong Kerajaan DUN Sabah Datuk Rubin Balang adalah jitu dalam konteks ini, dan jika boleh cadangan ini dipanjangkan kepada kaki dan tangan kerajaan. Kerajaan tidak perlu risau tentang perekonomian dunia,kerana ekonomi sesebuah negara akan terus mantap secara mikro, jika permintaan dan penawaran wang dalam negara cukup dan mempunyai pusingan yang cepat.

Tuesday, April 21, 2009

Jangan Sentuh: Ini Orang Atas Punya

Saya sempat datang ke persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) hari ini 21 April, 2009. Saya hadir disebelah petang. Di situ saya berkesempatan mendengar perbahasan daripada wakil-wakil rakyat, bermula daripada wakil rakyat Sekong Datuk Samsudin Yahya yang saya kenal lama hinggalah kepada wakil rakyat Membakut. Perbahasan di sebelah petang agak terhad kerana kesuntukan masa, Speaker terpaksa berulang kali mengingatkan wakil rakyat yang asyik berhujah kerana masa untuknya telah habis.

Dalam perbahasan ini, saya tertarik dengan anak muda dan kebetulan seorang wakil rakyat yang mewakili DUN Kuamut. Cara berbahas anak muda ini mengingatkan saya kepada cara Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia mengeluarkan hujah-hujahnya, berhujah tanpa teks, tetapi lancar, hujahnya bernas dan penuh semangat.

YB Masiung Banah begitulah nama DUN Kuamut ini. Dalam hujahnya tercermin dan tergambar jiwa rakyatnya. Dalam mukadimah ucapannya tidak serupa dengan permulaan ucapan wakil-wakil rakyat lain dimana penuh dengan kata-kata puji-pujian, wakil rakyat ini memulakan ucapannya dengan meluahkan keperhatinan rakyat yang diwakilinya. YB ini menceritakan pengalamannya semasa belum menjadi wakil rakyat hinggalah bernama wakil rakyat. Dalam ucapan YB ini semalam, beliau masih mengakui bahawa keadaan pembangunan di kawasannya hampir serupa semasa beliau belum terfikir menjadi wakil rakyat hinggalah pada masa ini. YB ini meneruskan ucapannya dengan mengakui, bahawa beliau terpaksa menggunakan masanya selama 6 jam membawa kenderaannya keluar disuatu tempat di kawasannya, yang mana jika dijalan biasa hanya perlu masa kurang dari sejam. Kenapa demikian, beliau terpaksa bergelut dengan keadaan jalan yang berlumpur, berlubang dan licin.
Sebagai wakil rakyat katanya, beliau sering mendengar peruntukan-peruntukan pembangunan telah mengalir ke kawasannya, tetapi peruntukan-pertuntukan tersebut dialokasikan kepada bentuk pembangunan yang tidak segera, ertinya bukan pembangunan yang mendesak. Sebagai wakil rakyat di mana peruntukan disalurkan perlu tahu, tetapi akunya: jangan sentuh: Ini Orang Atas Punya.

Monday, April 20, 2009

Perubahan Ekonomi Pendokong perubahan sosial

Dalam ilmu sosial kita disudurkan dengan empat istilah: asimilasi, akomodasi, akultrasi dan amalgamasi. Dalam menilai proses budaya antar masyarakat, pengamal ilmu sosiolgi menklasifikasikan perkembangan budaya itu berasaskan kepada empat peringkat ini yang mana penilaiannya berjalan sejajar, yakni setiap peringkat mempunyai bobot yang sama. Manakala dalam ilmu ekonomi pula pengklasifikasian masyarakat dilukiskan dalam bentuk piramid atau dalam bentuk botol.

Menilai proses perubahan budaya sesuatu masyarkat tidak mudah dilaksanakan kerana proses budaya memerlukan waktu yang panjang, boleh berdekad-dekad, boleh berabad-abad, manakala proses perubahan ekonomi sesuatu masyarakat boleh terjadi dalam masa sekonyong-konyong atau dalam masa serba singkat.

Kita ambil contohlah negara kita Malaysia, yang dibentuk pada 16 September, 1963 dan sekarang telah berusia hampir 46 tahun. Pada awal kemerdekan, jumlah penduduk negara ini hampir 6 juta orang dibanding sekarang hampir 27 juta orang. Dalam masa belum seabad, pertambahan penduduk telah meningkat 350 peratus atau purata 7.61 peratus setahun. Dalam perjalanan mengecapi kemerdekaan ini, berbagai ragam fenomena telah berlaku dalam negara ini, baik dari segi sosial mapun ekonomi.

Perubahan Ekonomi

Kawasan-kawasan yang dikurniakan dengan harta karun seperti timah, dari mula lagi menjadi tumpuan penduduk, akibatnya perkembangan pesat kawasan-kawasan ini lebih cepat dibanding kawasan-kawasan yang tidak berharta karun. Untuk kesimbangan pembangunan wilayah dilancarkan buku merah dan buku hijau. Akibat daripada pelancaran ini, maka telah terjadi migrasi penduduk antara wilayah.

Untuk kemudahan perhubungan dan pengedaran hasil barangan, maka jalan-jalan raya dibina, untuk kemudahan air minum di tubuhkan jabatan-jabatan atau agensi yang mengurus air-minum, untuk kemudahan mendapatkan litrik, ditubuhkan lembaga litrik negara atau semacamnya., untuk kemudahan pengairan sawah-ladang dibina empangan-empangan dimana terdapat lebihan air di waktu monson. Demi kemudahan kapal-kapal laut berlabuh dibina pelabuhan-pelabuhan, untuk kemudahan pendaratan kapal terbang dibina landasan-landasan kapal terbang, untuk kemudahan siaran tv, dibina pemancar-pemancar bumi, sekarang ini satelite. Untuk kemudahan komunikasi dua arah, ditubuhkan jabatan telekom, sekarang sudah diswastakan. Sedemikian rupanya perkembangan dari segi ekonomi di negara kita ini. Yang menjadi persoalan sekarang ini, apakah semua perubahan ekonomi ini sudah menyebar secara meluas dari Kangar hingga ke Kudat??.

Demokrasi berparlimen kita membolehkan pembahagian kawasan-kawasan yang dijaga dan diurus oleh ahli-ahli parlimen, sementara di peringkat wilayah atau negeri dijaga dan diurus oleh ahli-ahli yang disebut ahli dewan undangan. Pembuat-pembuat kebijaksanaan ini (policy maker) dibantu oleh penjawat-penjawat awam untuk melaksanakan dan mentadbir urus seluruh kebijakan yang telah diputuskan.

Selama 46 tahun, proses serupa terus berjalan sehinggalah pada hari ini. Kata pakar pengurusan, menilai sesuatu itu hendaklah dikaji melalui empat faktor: perancangan, organisasi, pelaksanaan dan pengawasan atau penilaian. Untuk tahap usia negara yang telah hampir setengah abad ini, maka telah tiga tahap pengurusan yang telah dilalui. Tahap atau fasa sekarang adalah tahap penilaian. Apa yang dinilai? yang dinilai adalah dimanakah tiga fasa pengurusan itu berada.

Perancangan yang telah dibuat sebenarnya telah melangkau kedepan dibanding usia negara, demikian juga pengurusan organisasi yang tersimpul baik melalui perlembangan negara dan rukun negara. Sementara pelaksaannya, telah ditubuhkan berbagai organisasi untuk menjadi pelaksana dari peringkat teknikal sehinggalah keperingkat tadbir urus kewangan.( walaupun Key performance indicator belum diperkenalkan).

Sedemikian elok dan cantiknya Perancangan, organisasi dan pelaksanaan, kenapakah apabila tiba ke tahap atau fasa penilaian, rakyat kecoh, geram bercampur sedih sebabnya hanya satu: TABURAN PELAKSANAAN TIDAK MERATA.

Melalui taburan pelaksanaan yang tidak merata inilah yang menjadi punca begitu banyaknya parti-parti yang berorentasikan politik ditubuhkan. Walaupun menjamurnya parti-parti politik yang kononnya memperjuangkan ketidak sama rataan ini, sehingga kini pelaksanaan tetap saja timpang. Ambil contoh Negeri Sabah misalnya dengan kawasan Parlimen Belud yang ada tiga kawasan dewan undangan negeri, Usukan, Tempasuk dan Kedamaian. Jarak kawasan parlimen ini dengan ibu kota negeri Sabah hanya 60kilometer atau 30 minit perjalanan dengan kereta. Parlimen Kota Belud pernah diwakili oleh tokoh-tokoh negeri Sabah yang dianggap “giant” antaranya Allahyaraham Tun Mustapha Datu Harun, Allahyaraham Tun Said Keruk, anaknya Datuk Salleh Said, Datuk Yahya Lampong, dan sekarang oleh anak muda dari Tuaran Datuk Rahman Datuk Haji Dahalan. sementara DUN usukan dan Tempasuk pernah diwakili oleh Speaker Dewan Rakyat Kini Tan Sri Datuk Pandikar Amin Haji Mulia.

Manusia atau rakyat katakanlah, untuk hidup perlu udara untuk bernafas, perlu makanan untuk kekal sehat, perlu pakaian untuk kelihatan rapi dan cantik (mungkin tuntutan manusia sebagai fitrahnya),kemudian perlu tempat berteduh misalnya rumah, perlu kawasan untuk mencari makanan dan perlu yang semacamnya.

Pertambahan penduduk yang begitu cepat (7.6% setahun) mengakibatkan kawasan-kawasan untuk perumahan, perladangan semakin kurang. Juga, sebagai akibat pertambahan penduduk ini mengakibatkan kerosakan alam sekitar yang luar biasa. Jika dahulu, sungai boleh menjadi sumber air untuk keperluan harian, sekarang tidak boleh lagi.,sehinggakan masyarakat beralih kepada air yang disedut dari dalam tanah yang pastinya tidak terawat (tidak diketahui kandungan logam yang membahayakan kesehatan). Akibat penemuan baru ini, ramai rakyat yang mati muda kerana penyakit hepatitis ( yang ditemui adalah hepatitis B), ramai rakyat yang kehilangan gigi, bukan kerana tidak menggosok gigi, tetapi difikirkan berpunca dari pengambilan air yang tidak terawat. Hingga kini, setelah negara mengalami dan menikmati kemerdekaan selama hampir seabad sebahagian besar masayarkat di sana tidak menikmati apa yang dikatakan air terawat atau apa yang disebut air paip.

Sungguh sedih bukan!. Sementara ada rakyat negara ini pernah ke angkasa, pernah ke puncak Gunung Everest, pernah menyeberangi teluk Inggeris, pernah keliling dunia, pernah ke dua kutub, sementara sebahagian rakyat masih hidup dalam keadaan daif. Sedih bukan!, tetapi itulah perjuangan yang telah dirancang, diatur dan dilaksanakan bagi parlimen Kota Belud yang sejak dahulukala dibawah naungan kerajaaan yang memerintah sekarang. Jadi, hipotesis, saya pada awal tulisan ini, bahawa perubahan dalam segi ekonomi boleh berlaku sekonyong-konyong atau dalam masa singkat adalah terbukti tidak benar bagi kawasan Parlimen Kota Belud.

Keperluan asas seperti air terawatpun tidak boleh dibawah oleh tokoh-tokoh seperti yang saya sebutkan diatas, apatak lagi mempertingkat pembangunan insan yang berpaksi kepada ekonomi, ilmu dan kemahiran? Di Setengah kawasan di Kota Belud, penghidupan rakyatnya seperti di jaman primitif, dimana kehidupannya tergantung kepada kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang, walaupun ada juga sebahagian yang sudah ke tahap tamadun pertanian, dimana sifatnya masih ke fasa mengumpul makanan untuk keperluan masa tertentu. Tahap seterusnya adalah Tamadun industri belum lagi menjama kawasan ini, walaupun tamadun ini telah lahir lebih seabad yang lalu.

Sungguh sedih bukan!, sementara rakyat-rakyat lain di negara ini telah menikmati tamadun industri, sekarang ini telahpun melangkah ke tamadun ICT dan tidak berapa lama lagi akan melangkah ke tamadun kebijaksanaan.; sedangkan sebahagian rakyat Kota Belud masih terlalu jauh untuk mendekati tamadun-tamadun ini.

Apakah dalam fasa penilaian ini, perancangan, pengurusan dan perlaksaanan yang telah dicipta sebelumnya berpaksi kepada keadaan sebenar yang ada pada masa kini? Apakah yang dirancang adalah untuk membentuk dan memperbanyak manusia-manusia yang kekar, kuat anggota tubuhnya demi kelangsungan hidup mereka. Di tamadun industri, manusia dianggap sebagai barang, hasil keluaran manusia ini dinilai dalam bentuk wang, pun demikian, ada masyarakat Kota Belud belum sampai ke tahap ini. Benarlah hasil pilihanraya bagi kawasan-kawasan seumpama ini adalah asset besar kepada kerajaan yang memerintah kini.

Coba kita tanya tokoh-tokoh Kota Belud yang masih berguna kepada kerajaan yang memerintah, berapa ramaikah penduduk Kota Belud yang mereka ketengahkan menjadi manusia-manusia atau insan-insan yang telah mengalami perubahan dari segi ekonomi, berkemahiran, berilmu atau bijakpandai. Kalau adapun, rakyat Kota Belud yang “nyakaledtus = maknanya melampaui makna muncul” bukan hasil dari perancangan mereka, tetapi anugerah dan rezeki kepada individu itu sendiri.

Ada diantara tokoh-tokoh ini pernah mendakwa, bahawa mereka jadi tokoh atau pemimpin, bukan kerana disebabkan oleh sesiapa tetapi kerana anugerah dan rezeki mereka. Mereka jadi tokoh dan pemimpin kerana kebetulan, suratan dan takdir mereka menjadi pemimpin. Rakyat yang memilih mereka semasa pilihanraya disebabkan ketokohan selain kekuatan mereka dalam ekonomi yang mereka perolehi tanpa bantuan atau sokongan sesiapa. Mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk melahirkan tokoh atau pemimpin atau melahirkan insan yang kuat dari segi ekonomi atau insan yang berkemahiran kerana itu bukan misi mereka dari awal-awal lagi. Mereka tidak boleh dipertanggungjawabkan kenapa kurangnya pembangunan di kawasan yang mereka wakili, kerana mereka hanya “tools” kerajaan yang memerintah. Mereka berdalih, bukan mereka yang membawa pembangunan, kerana mereka bukan penyimpan wang kerajaan, kerajaan yang membawa pembangunan ke mana saja yang diperlukan demi misi menang-menang kerajaan, wang untuk wang. Wang dikeluarkan mesti membawa wang masuk semula.

Misi Kerajaan Di bawah Datuk Seri Najib

Datuk Seri Najib semasa kepulangannya ke Pahang, telah mencanangkan bahawa misi perjuangannya adalah berteras kepada gabungan antara dua misi Perdana Menteri sebelumnya, yakni wawasan 2020 dan melahirkan masyarakat cemerlang, gemilang dan terbilang dan dirangkumkan ke dalam konsep “ One Malaysia, People First and Performance Now” melalui konsep ini, dari awal-awal lagi PM-6 ini telah mencanangkan bahawa penumpuhan kepada: High value atau nilai tinggi apakah menyangkut barangan tetapi juga menyangkut manusia Malaysia itu sendiri. Nilai tinggi dapat dilahirkan jika telah terjadi transformasi menyeluruh dan berfondasi kukuh sehinggakan fasa nilai tambah telah terlangkaui. Perubahan dan transformasi yang menyeluruh dalam bidang ekonomi merupakan paksi kepada perubahan sosial, bukan sebaliknya.

Melalui konsep PM-6 ini diharapkan pada tahun 2020 selain negara sudah menjadi negara maju, seperti kata Rostow- lepas landas, juga dalam negara telah terjadi perubahan sosial berasaskan kepada empat prinsip: asimilasi, akomodasi, akultrasi dan amalgamasi. Rakyat berbilang kaum apabila ada yang mencari pasangan untuk hidup tidak lagi terkongkong dalam etnik mereka, telah menganggap warna kulit atau kesukuan bukan lagi satu kareteria kerana pada masa itu status dalam segi ekonomi telahpun bersamaan- inilah yang dikatakan asimilasi.

Semasa negara telah menjadi negara maju, tiada lagi yang mengkategorikan bahawa pakaian masyarakat yang biasa berhariraya puasa, merayakan hari kelepasan am tahun baru cina ataupun hari gawai hanya terkongkong kepada golongan masyarakat yang biasa merayakannya.. tetapi telah bermasyarakat- inilah yang dikatakan akultrasi.

Dua prinsip sosial ini ( asimilasi dan akultarsi) apabila telah menyerap dan membudaya, maka penyusunan semula masyarakat telah menjadi satu, tiada lagi yang berprinsip bahawa aku adalah aku, awak adalah awak, kamu adalah kamu. Pada masa itu semua berprinsip kita adalah kita.

Apakah pencapaian ini boleh dinikmati masyarakat Kota Belud, sedangkan ambang negara menuju negara maju hanya tersisa sebelas tahun!!!

Apakah dalam tempoh sebelas tahun ini, boleh terjadi kejutan yang luarbiasa apakah proses perubahan atau transforamsi ekonomi yang melangkaui tamadun industri, tamadun ICT tidak perlu dialami oleh masyarakat Kota Belud sebaliknya terus melangkah ke tamadun kebijaksanaan.?? dimana manusia-manusia yang menjadi masyarakat Kota Belud telah kukuh sosok tubuhnya, kuat fizikalnya, padu metalnya dan sehat rohaninya.? Apakah hepotisis : Perubahan ekonomi boleh terjadi dalam waktu sekonyong-konyong atau dalam masa singkat boleh dibuktikan di kawasan P-169 Kota Belud.. sama-sama kita tunggu menjelang tahun 2020.

Saturday, April 18, 2009

Idea dr Mahathir 20 tahun lalu - Kini satu realiti

Idea Mahathir 20 tahun lalu - Kini satu realiti
Oleh Rozaman Ismail dan Aznan Bakar

Tan Sri Musa Hitam sudah lama mengenali Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad malah pernah duduk dalam satu Kabinet sejak tahun 1974 lagi.
Musa juga pernah menjadi Timbalan kepada Dr. Mahathir sewaktu beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981.
Walaupun `jodoh' Musa dalam kabinet Dr. Mahathir hanya berusia lima tahun, bekas Timbalan Perdana Menteri ini sempat melihat banyak sifat yang `menakjubkan' pada diri Dr. Mahathir.
Musa melihat kepelbagaian sifat Dr. Mahathir dari jurus pandang seorang Perdana Menteri, manusia biasa dan seorang kawan yang sama-sama berkecimpung dalam politik.
Pada masa yang sama Dr. Mahathir juga dilihatnya sebagai seorang yang degil, tidak sabar, terlalu bercita-cita tinggi, sukar mengaku kalah dan salah, gigih dan `provocator' .
``Mengaku kalah dan mengaku salah bukan karakter yang ada dalam diri Dr. Mahathir,'' kata Musa.
Dari satu sudut lain, Dr. Mahathir pada beliau memiliki sifat pemalu, lemah lembut, inovatif, pendengar yang baik, setia dan menghargai erti persahabatan selain sangat menyintai ilmu.
Sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah melakukan dua perkara besar kepada orang Melayu dan masyarakat Malaysia keseluruhannya.
Pertama beliau berjaya menukarkan mentaliti orang Melayu dan peranan orang Melayu keseluruhannya dalam masyarakat Malaysia.
Keduanya, Perdana Menteri berupaya mewujudkan satu kelas rakyat - kelas menengah yang bukan sahaja berskala besar tetapi juga dibentuk dengan jayanya yang sukar dilihat di negara-negara rantau ini atau kalangan negara membangun yang lain.
Dalam menukarkan mentaliti orang Melayu, Dr. Mahathir pada pandangan Musa menggunakan satu taktik yang jarang dan sukar digunakan oleh para pemimpin lain iaitu provokasi.
Perdana Menteri selama 22 tahun memegang tampuk pemerintahan negara tidak putus-putus mengkritik secara keras dan membuat pelbagai tuntutan melampau yang sehingga pada satu tahap ada orang Melayu menganggap beliau telah menghina kaum keturunannya sendiri.
``Banyak di antara kita yang marah kerana kritikan dan desakan yang dibuat sudah kelihatan seperti satu penghinaan kepada orang Melayu sendiri.
``Tetapi pada saya ia bukan penghinaan tetapi satu taktik provokasi Dr. Mahathir bagi membangkitkan kesedaran di jiwa orang Melayu.
``Kemarahan yang meluap-luap membuatkan orang Melayu bangkit dan berazam untuk membuktikan kritikan Perdana Menteri salah.
``Hasilnya dalam tempoh 20 tahun ini orang Melayu telah menjadi satu masyarakat yang berani berhadapan dengan cabaran khususnya di kalangan golongan muda dan terpelajar,'' katanya.
Golongan muda dan terpelajar yang berpeluang menikmati kemudahan pendidikan yang tidak terkira banyaknya pada zaman ini sedaya upaya mahu membuktikan pada Dr. Mahathir bahawa orang Melayu `bukan tidak bagus' dan hasilnya pada masa ini ternyata begitu positif.
``Banyak orang tidak nampak ..tetapi taktik provokasi Dr. Mahathir telah mendorong orang Melayu supaya menjadi bangsa yang berani menghadapi cabaran dan menjadi lebih maju daripada tahap yang ada sebelum ini,'' katanya.
Musa turut melihat satu lagi sumbangan besar Dr. Mahathir iaitu mewujudkan golongan kelas menengah yang begitu besar di sebuah negara yang baru mencapai 46 merdeka.
Walaupun kelas menengah di negara ini telah wujud sejak negara mencapai kemerdekaan dan ketika Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, ia tidaklah sebesar yang ada sekarang.
Dulu kata Musa, golongan kelas menengah di negara ini dikuasai oleh satu golongan tertentu sahaja iaitu golongan comprador iaitu kalangan para peniaga dan tauke-tauke bagi orang Cina, kalangan profesional seperti peguam dan doktor bagi masyarakat India dan pegawai-pegawai kerajaan bagi orang Melayu .
Ia juga ia tidak begitu besar dan kelihatan berpetak-petak.
Tetapi hasil pembangunan selama 20 tahun yang begitu pesat itu, Dr. Mahathir berjaya mewujudkan satu kelas menengah yang begitu besar tanpa mengira keturunan.
``Ia tidak mengenal keturunan dan melibatkan semua kaum semua peringkat sama ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dayak.
``Mereka adalah golongan terpelajar yang cara berfikir, kehendak serta cita rasa adalah sama dan tidak berpetak-petak lagi.
``Mereka mempunyai mentaliti yang sama, ingin kereta kedua, hantar anak-anak ke sekolah yang baik, bermain golf, bercuti, beriadah. Dengan kata lain: They speak the same language,'' ujarnya.
Kewujudan kelas menengah ini memberi makna yang besar kepada masyarakat dan negara ini sendiri khususnya bagi orang Melayu seperti menjadikan mereka lebih positif dan boleh menghadapi dan menyahut cabaran.
Mereka juga sudah mempunyai kematangan berfikir yang sekali gus membawa kepada kesedaran dalam berpolitik.
``Suka atau tidak kewujudan kelas menengah yang begitu besar dalam masyarakat Malaysia pada hari ini telah mewujudkan satu kumpulan yang `apolitical' atau yang tidak peduli dan kisah pada politik.
``Bagaimanapun apabila tiba masanya untuk menggunakan hak mengundi bagi menentukan untung nasib negara mereka akan menggunakan sepenuhnya.
``Lebih menarik lagi apabila timbul sesuatu isu mereka akan keluar menyuarakan pandangan tetapi bukan dengan cara berdemonstrasi yang boleh membawa kepada kekacauan tetapi dengan cara yang lebih matang dan sofistikated menerusi memorandum atau petisyen.
``Berbeza dengan era 60-an dan 70-an, hasil bercampur dengan kelas bawahan mereka akan keluar beramai-ramai berdemonstrasi, membawa sepanduk membuat bantahan yang kadang kala bertukar menjadi rusuhan perkauman sehingga menjadi ancaman kepada keselamatan,'' katanya lagi.
Musa mengambil contoh bagaimana kelas menengah Malaysia pada masa ini memberi respons kepada langkah kerajaan mahu memperkenalkan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris sedikit masa dahulu.
``Kalau dulu cendekiawan-cendekiawan Melayu akan adakan mesyuarat, tetapi sekarang mereka sain petisyen atau memorandum bagi nyatakan pandangan mereka.
``Pada saya ini adalah implikasi daripada kemajuan serta kematangan politik golongan kelas menengah ini yang ternyata telah memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan negara secara keseluruhannya.''
Musa melihat kewujudan kelas sedemikian penting dalam mengukur kejayaan dan kemajuan sesebuah masyarakat.
Sesebuah negara yang kelas piramidnya hanya terdiri daripada kelas atasan dan kelas bawahan seringkali berhadapan dengan pergolakan politik dan keganasan sebagaimana yang berlaku di negara-negara Afrika dan Amerika Latin.
``Inilah satu legacy yang ditinggalkan oleh Dr. Mahathir yang memberi makna yang begitu besar kepada kestabilan negara,'' ujarnya.
Sebagai seorang ahli politik, pada Musa, Dr. Mahathir adalah super politician.
``Dr. Mahathir mahir dan tahu bila perlu bertindak dan jangan sesekali melawan dia kerana bila Dr. Mahathir bertindak....habislah kau...
``Beliau juga tidak pernah mengalah, berani buat dan berani menanggung risikonya.
``Bagi saya dia super politician kalau tidak masakan dia boleh hidup begitu lama dalam politik.
``Saya ni minor politician dibandingkan dengan dia. Saya sempat lima tahun je,'' katanya.
Sebagai manusia biasa pula Dr. Mahathir pada Musa adalah seorang yang pemalu dan lembut tutur bicaranya yang seringkali disalah anggap sebagai satu kelemahannya.
Itulah pandangan tipikal kebanyakan orang tetapi sebenarnya tidak.
``Beliau adalah seorang yang `degil' Apabila beliau telah buat satu-satu keputusan, beliau tidak akan berganjak.
``Inilah salah satu kelemahan yang juga satu kekuatan beliau. Dr. Mahathir tidak akan berganjak kecualilah bagi kes-kes ekstrem.
Lebih 90 peratus keputusan Dr. Mahathir pada ingatan Musa, kekal dan tidak berubah..
``Kalaupun dia salah, jarang sekali dia berkata : ``Maaflah saya salah.''
Dengan kata lain mengaku salah dan mengaku kalah ialah satu karakter yang tidak ada pada Dr. Mahathir.
Karakter-karakter inilah yang menjadi Dr. Mahathir seorang yang berjaya dalam politik sama ada dalam negara mahu pun di peringkat antarabangsa.
Mahathir juga seorang yang gigih, tekun dan `selagi tak dapat selagi itulah dia ingat. Orang lain mungkin boleh lupa tetapi Dr. Mahathir tidak.
Musa mengimbas kembali satu peristiwa pada satu mesyuarat kabinet bagaimana Dr. Mahathir menegur seorang menteri kabinet mengenai kedudukan barisan tiang lampu yang tidak lurus.
Pada minggu depannya menteri terlibat memaklumkan kepada Dr. Mahathir, masalah itu telah diatasi.
Pada mesyuarat kabinet berikutnya, Dr. Mahathir sekali lagi memperingati menteri berkenaan bahawa kedudukan tiang lampu itu masih belum lurus.
Ini menunjukkan bahawa dia seorang yang bersungguh-sungguh. Dia akan bertanya sampai perkara itu diselesaikan.
Dr. Mahathir juga kata Musa, seorang yang sentiasa terlibat secara langsung (hands on) dan teliti.
Musa menceritakan pernah pada satu mesyuarat kabinet, Dr. Mahathir mengedarkan satu bungkusan kecil yang dibalut rapi.
Semua menteri kabinet kelihatan seperti kebingungan dan saling memandang antara satu sama lain.
``This is the way you wrapped thing,'' kata Dr. Mahathir ringkas yang sekali gus membuktikan dia seorang pemerhati dan peneliti selain inovatif.
Beliau selalu menggunakan contoh-contoh yang ada untuk diperbaiki dan dimajukan.
Beliau jugalah yang melontarkan idea `Muslim toilet' tandas untuk orang Islam sebagaimana terdapat di PWTC sekarang ini dan di hotel-hotel bertaraf bintang.
Sebagai pendengar yang baik, beliau akan mendengar apa-apa sahaja idea yang dilontar selain menghargainya dan mana-mana yang baik akan dilaksanakan.
``Dengan kata lain dia seorang pendengar yang baik kepada idea-idea baru,'' ujar Musa.
Sebagai seorang kawan, Dr. Mahathir meletakkan batas yang membezakan antara kawan politik dan kawan peribadi.
Perkara itu dibuktikan apabila beliau sudi hadir ke majlis perkahwinan anak Musa walaupun ketika itu mereka `tengah hangat berperang dalam politik.'
Dr. Mahathir juga dilihat sebagai seorang yang amat setia pada persahabatan dan apabila beliau menghormati seseorang, beliau akan memberi penghormatan yang begitu tinggi.
``Sekali beliau rasa seseorang itu baik, dia akan mempertahankannya bermati-matian,'' kata Musa.
Perdana Menteri juga menurut Musa adalah `one man show.' Itu bukan satu kejian tetapi satu pujian untuk beliau. Barangkali Dr. Mahathir tidak suka tetapi hakikatnya begitulah.
Apa tidaknya kata Musa, Mahathir yang mengeluarkan idea, melaksanakannya dan terlibat secara langsung dan kalaupun bukan dia yang buat, dia akan pastikan ia dilaksanakan.
Idea-ideanya pula sangat menakjubkan dan kebanyakannya dikeluarkan pada peringkat awal beliau menjadi Perdana Menteri.
Hari ini kalau dibandingkan dengan apa yang beliau ucapkan 20 tahun dahulu kebanyakannya sudah menjadi kenyataan.
``Kira-kira 20 tahun dahulu Dr. Mahathir dah bercakap mengenai Sodom dan Gomorrah pasal penyakit AIDS dan sekarang kita baru faham pasal AIDS.
``Samalah dengan perkembangan teknologi komputer yang pernah disuarakan oleh Dr. Mahathir pada tahun 80-an dahulu dan kini terbukti sudah menguasai sebahagian besar kehidupan masyarakat kita pada masa ini.''
Perkara-perkara itu kata Musa, pernah disebut dan dibayangkan oleh Dr. Mahathir dan menjadi kenyataan akhirnya.
Dr. Mahathir juga terlalu bercita-cita tinggi dan tidak sabar. Bak kata Musa, dia mahukan sesuatu dilaksanakan dengan segera.
``I want to be done yesterday'' itulah pemikirannya yang terlalu ke hadapan dan ideanya sentiasa mencurah-curah .
``Setiap hari ada sahaja tembakan idea daripada Dr. Mahathir sehingga menjadikan para pengikutnya terkejut dan keliru,'' kata Musa.
Justeru tidak hairanlah kadang-kala Dr. Mahathir menjadi kecewa dengan pengikut-pengikut serta pelaksana-pelaksana di belakangnya yang dianggap terlalu perlahan.
Segala idea yang menakjubkan itu kata Musa diperoleh hasil daripada mentelaah dan pergaulan sejagat.
Oleh itu kata Musa, untuk menjadi pemimpin seseorang itu tidak boleh jahil dan menjadi seperti `katak di bawah tempurung.'
``Saya bimbang, generasi sekarang lebih ghairah nak atur strategi politik bagi mendapatkan dan mempertahankan kuasa tanpa memberi banyak masa membuat persediaan yang diperlukan untuk berada di peringkat yang lebih tinggi.
``Saya takut akibat keghairahan yang melampau ini mereka sudah tidak ada lagi kekuatan untuk mengekalkan kuasa yang ada.
``Segala apa yang telah Dr. Mahathir perlakukan kepada orang Melayu dan masyarakat Malaysia akan menjadi legacy yang akan dikenang oleh sejarah dan masyarakat.''

ISU PPSMI

Apakah pengajaran Matematik dan Sains boleh membunuh bahasa ibunda.? Pernyataan ini perlu dikaji dengan mendalam. Di Sabah, misalnya ada 36 bahasa ibunda, selain bahasa melayu, bahasa Inggeris dan bahasa cina. Bagi yang pernah belajar matematik dan sains, pasti mengakui bahawa istilah-istilah dalam mata ajaran ini, sukar diterjemahkan atau dialih bahasakan.

Pengalaman belajar di Indonesia, dimana bahasa Indonesia merupakan bahasa pendidikan, bahasa pertuturan, bahasa perhubungan,,kerana Bahasa Indonesia adalah bahasa bangsa Indonesia, sesuai dengan Sumpah Pemuda Indonesia, Bangsa Indonesia berbahasa Indonesia. Tetapi yang anehnya, dalam proses pemebelajaraan itu, kebanyakan buku rujukan baik mata ajaran sains, matematik, ekonomi, ilmu kependudukan dan sebagainya, semuanya dalam bahasa Inggeris. Pertanyaannya sekarang, apakah bahasa Indonesia itu mati, kerana menggunakan rujukan dalam bahasa bukan bahasa Indonesia?

Terus terang saya katakan, dirumah saya hanya bertutur bahasa suku saya, jarang sekali menggunakan bahasa lain, kecuali kepada tetamu yang tidak sesuku dengan saya. Anak-anak saya bersekolah di sekolah kebangsaan, dengan perantara bahasa melayu. Oleh kerana pengajaran matematik dan sains dalam bahasa Inggeris, maka anak-anak saya paling tidak tahu menulis dan berbahasa Inggeris. Tanpa sistem ini, saya yakin dan percaya, mereka tidak akan boleh berbahasa Inggeris. Contoh yang paling baik dan sangat ketara adalah adik-adik saya sendiri. Mereka belajar berperantara bahasa melayu hinggalah ke universiti, mereka lulus dan mendapat keputusan yang dikira baik, tetapi malangnya, mereka hanya faham dan mengerti tulisan bahasa inggeris, tetapi jauh sekali dapat menggunakannya dalam komnukasi. Dalam keadaan ini, siapa yang rugi? setelah belajar hampir 20 tahun, Cuma boleh bertutur bahasa kesukuan dan bahasa kebangsaan sebagai bahasa kedua mereka.

Kementerian pelajaran dalam beberapa laporannya hasil daripada keputusan UPSR, PMR, SPM dan STPM, saban tahun sejak mata ajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris, semakin tinggi peratusan pelajar memilih menjawab dalam bahasa Inggeris sahaja walaupun mereka diberi pilihan boleh menjawab dalam dwibahasa. Hal hasil, peratusan yang lulus kedua-dua mata ajaran ini,lebih tinggi dibanding peratusan yang lulus dalam bahasa melayu.


Apabila kita baca dan lihat, poster-poster yang terpampang dalam beberapa blog anti PPSMI, tulisan berikut ada tertulis: HANYA GOLONGAN ANTI BAHASA MELAYU MENYOKONG PPSMI. Di tambah pula dengan: RAKYAT BANTAH! PPSMI. Poster ini bersifat provokator, bersifat sepihak dan mungkin ada unsur politik. Sekiranya tulisan poster ini diganti dengan: HANYA GOLONGAN ANTI PENGUASAAN ILMU SEJAGAT MEMBANTAH PPSMI. RAKYAT TIDAK BANTAH!!! PPSMI. RAKYAT MENYOKONG PPSMI!!!. tentu perlu referndum secara menyeluruh, bukan secara tempat. Refendeum itu hanya berisukan PPSMI, tiada lain yang diikutsertakan. Tiada unsur keagamaan, tiada unsur kesukuan, tiada unsur ekonomi, tiada unsur penonjolan individu serta tiada unsur politik.













Friday, April 17, 2009

Tolak Ansur dan Saingan Kaum

Mukadimah

Sejak akhir-akhir ini, gejolak antara kaum telah menjadi-jadi, apatak lagi hasil tiupan parti-parti yang ingin menonjolkan parti masing-masing agar supaya mendapat sokongan rakyat. Akibat, kegahiraan tersebut, maka isu perkauman ditonjolkan demi membangkitkan semangat kaum-kaum masing, sehinggakan asas pembentukan negara ini diketepikan. Berdasarkan kepada gejala ini, eloklah kita ikuti hasil tulisan Dr Hassan Ahmad di bawah ini yang membicarakan serba ringkas sejarah pembentukan negara kita.

Oleh DR. HASSAN AHMAD

SERING kita mendengar orang berkata bahawa penduduk pelbagai kaum atau bangsa, agama, budaya dan bahasa di Malaysia selama ini dapat hidup ``bersatu padu, aman dan damai'' kerana adanya semangat ``tolak ansur''. Siapakah yang bertolak ansur dan siapakah yang tidak bertolak ansur atau yang menjadi mangsa tolak ansur itu - isu ini makin terasa sejak mutakhir ini.

Sebenarnya, tolak ansur ini merupakan salah satu ``formula khusus'' yang dipersetujui antara orang Melayu dengan kaum-kaum lain semasa Persekutuan Tanah Melayu hendak mencapai kemerdekaan dahulu. Formula itu ialah, orang Melayu bersetuju untuk memberikan hak kerakyatan kepada kaum-kaum bukan Melayu yang berada di Tanah Melayu berdasarkan prinsip jus soli. Sebagai balasannya, kaum-kaum lain itu diminta menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini, bersetuju supaya Islam dijadikan agama rasmi negara, dan menerima beberapa ``hak istimewa'' Melayu, misalnya dalam bidang perkhidmatan awam.

Sebenarnya, istilah ``hak istimewa'' orang Melayu itu tidak sesuai digunakan, kerana istilah ini boleh membayangkan atau boleh disalahtafsirkan oleh orang lain bahawa orang Melayu telah mengisytiharkan dirinya sebagai bangsa yang ``istimewa'', sebagai golongan kelas pertama, manakala kaum-kaum lain jatuh ke tahap kelas kedua dan ketiga.

Padahal apa yang dikatakan ``hak istimewa'' orang Melayu itu adalah ``hak'' yang diwarisi oleh bangsa Melayu dalam sejarahnya sejak ratusan tahun dahulu, sebelum kedatangan bangsa-bangsa lain di rantau Melayu ini. Misalnya, bahasa Melayu sudah menjadi bahasa kerajaan Melayu, bukan sahaja di Tanah Melayu bahkan di seluruh rantau yang disebut rantau kepulauan Melayu ini sejak sekurang-kurangnya abad ke-12 lagi. Agama Islam juga adalah agama yang dominan di rantau ini.

Jadi, apa yang berlaku ialah warisan atau sejarah ini dikekalkan dalam negara Melayu yang merdeka, yakni yang dibebaskan daripada penjajahan British. British menjajah Tanah Melayu, negeri dan kerajaan Melayu dan bangsa Melayu, bukan negeri, kerajaan dan bangsa bukan Melayu. Hal ini memang disedari oleh kaum-kaum bukan Melayu, maka kerana itulah apabila orang Melayu bangkit menentang gagasan atau muslihat Malayan Union dalam tahun 1946-1948, kaum-kaum lain tidak menyokong atau tidak ikut menentangnya; mereka menganggap bahawa Malayan Union itu adalah masalah antara orang Melayu, kerajaan Melayu, raja-raja Melayu, dengan kerajaan British, bukan masalah mereka. Lagipun, pada masa itu mereka bukan rakyat Tanah Melayu, yakni bukan rakyat raja-raja Melayu, jadi tentulah rasa taat setia kepada kerajaan atau raja Melayu tidak ada dalam hati mereka. Mengapa mereka mesti menentang British untuk mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu?

Tetapi oleh kerana salah satu isu yang dibangkitkan oleh pihak British ialah isu perpaduan kaum setelah pihak British meninggalkan Tanah Melayu (seolah-olah semasa British memerintah negeri ini, kaum-kaum itu bersatu padu) maka orang Melayu dan pemimpin kaum-kaum lain bersetujulah mencari `formula'nya. Dari situlah timbulnya semangat tolak ansur tadi, dan sebahagian daripada formula tolak ansur ini dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang digubal oleh Suruhanjaya Reid yang anggotanya semuanya orang luar, dari England, dari India, Pakistan dan Australia - tidak ada seorang pun wakil Melayu atau wakil kaum-kaum lain yang duduk dalam suruhanjaya itu.

Selain formula yang diperlembagaankan itu, terdapat pula tolak ansur lain, misalnya, kuasa politik dan pemerintahan Persekutuan Tanah Melayu hendaklah dikongsi oleh orang Melayu dengan orang bukan Melayu. Maka dibentuklah Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang memerintah negara ini dari tahun 1957 hinggalah ke hari ini. Teras parti atau kerajaan Barisan Nasional yang ada sekarang ialah perikatan UMNO-MCA-MIC yang dahulu itu.

Jadi, kalau Malaysia mahu terus menjadi negara yang dikatakan ``aman dan damai'', penduduk pelbagai kaumnya hidup ``bersatu padu'', maka formula tolak ansur yang asal itulah yang patut dipertahankan dan dihormati, jangan dipersoalkan, dijadikan isu lagi dan dicairkan dengan pelbagai tuntutan dan desakan yang lain, atau dimusnahkan dengan pelbagai tolak ansur lain yang dibuat oleh mana-mana kaum berdasarkan kepentingan politik, budaya dan ekonomi etnik masing-masing.

Istilah tolak ansur ini, dari segi maksud harfiahnya, boleh ditafsirkan berdasarkan perasaan dan kepentingan pelbagai pihak, dan orang tidak semestinya selama-lamanya menerima ``formula'' yang asal itu. Cuba kita lihat ragam-ragam makna dan implikasi psikologi istilah ini yang boleh timbul dalam situasi perhubungan etnik, politik, budaya dan sosial di negara ini.

Istilah tolak ansur terdiri daripada dua perkataan yang mempunyai makna yang berlainan, iaitu ``tolak'' dan ``ansur'', Perkataan ``tolak'' bermacam-macam maknanya. Makna asasnya ialah `mendorong' atau `menyorong'. Apabila kita menolak sesuatu, kita menggerakkan sesuatu itu dari tempat asalnya ke tempat lain, atau kita mengalih kedudukannya. Misalnya, menolak kereta yang enjinnya tiba-tiba mati kerana bateri lemah, atau menolak meja atau kerusi. Tetapi perbuatan ini tidak sampai menyebabkan benda yang ditolak itu tumbang atau jatuh. Tetapi perkataan ``menolak'' juga bererti perbuatan yang boleh menyebabkan sesuatu atau seseorang jatuh, tersungkur, tumbang, dan tergolek. Misalnya, kita boleh menolak seseorang yang sedang berada di tepi parit atau di tepi kolam, sehingga menyebabkan dia jatuh ke dalam parit atau kolam itu. Tolak juga boleh bererti `mengurangkan'. Misalnya, ``10 tolak 8'' jadi 2. Dalam bahasa Melayu, makna ini digunakan dalam ilmu kira-kira. Maknanya sama dengan perkataan Inggeris minus atau subtract, lawannya `campur' atau `tambah' (dalam bahasa Inggeris plus atau add).

Perkataan tolak dalam bahasa Melayu juga boleh bererti `tidak mahu menerima sesuatu' atau `membuang sesuatu'. Misalnya, `pinangannya ditolak orang', atau `permohonannya untuk mendapat pekerjaan itu ditolak kerana dia tidak fasih berbahasa Inggeris', `calon itu ditolak pengundi', `menolak rezeki', dan lain-lain lagi. Perkataan ini juga digunakan secara metafora atau kiasan, misalnya dalam ungkapan seperti `menolak ombak' dan `menolak angin' (maksudnya, melakukan kerja yang sia-sia). Simpulan bahasa ``tolak tepi'' bererti tidak dipedulikan orang, atau dipinggirkan.

Lawan perkataan tolak ialah perkataan ``tarik''. Apabila kita menarik sesuatu kita melakukan perbuatan menghela sesuatu itu supaya bergerak ke arah kita. Simpulan bahasa ``tarik tali'' bererti sekejap mahu mengalah, sekejap tidak.

Perkataan ``ansur'' pula bererti `sedikit demi sedikit', misalnya dalam ayat seperti `keadaan ekonomi negara beransur baik', `hutang kereta (atau rumah) dibayar secara beransur-ansur tiap-tiap bulan'. Perkataan ansur juga bererti bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit, yakni tidak serentak, misalnya `para tetamu mulai beransur meninggalkan majlis'.
Jadi, kalau kita melihat makna istilah tolak ansur ini berdasarkan makna kata-kata yang membentuk istilah ini, bermacam-macam maknalah yang dapat kita berikan kepada istilah ini. Istilah ini baru wujud dalam bahasa Melayu. Menurut kamus, ungkapan ini bermakna `saling menuruti atau saling memberi, atau berkompromi. Maksudnya barangkali sama dengan maksud ungkapan bahasa Inggeris give and take, makna harfiahnya ialah, memberi dan menerima, tetapi makna simpulan katanya ialah `beralah' atau `mengalah'. Kata akarnya ialah ``alah'' yang bermakna kalah atau tewas.

Tidak merugikan

Apabila seseorang itu beralah atau mengalah, dia menyerahkan kehendaknya kepada kehendak orang lain. Si suami boleh jadi mengalah kepada kehendak isterinya, boleh jadi kerana si suami itu terlalu menyayangi isterinya, lalu beralah atau mengalah kerana tidak mahu menyakiti hati isterinya dalam hal-hal tertentu. Orang yang berasa dirinya tidak akan rugi kalau dia beralah kepada orang lain, misalnya dalam pertengkaran atau perbahasan, maka dia akan beralah. Dalam hal ini, beralah belum tentu bererti `kalah'. Orang yang beralah itu boleh jadi hanya pura-pura ``mengalah''. Tetapi ``mengalah'' boleh bererti mengaku kalah.

Bertolak ansur, kalau menurut makna asalnya, boleh bermakna `beralah'', dan boleh juga bererti ``mengalah''. Dalam perundingan diplomasi, misalnya, sering berlaku perbuatan `sorong tarik'; satu pihak cuba mempertahankan pendiriannya, pihak yang lain cuba memujuk untuk mendapatkan sedikit sebanyak `konsesi'. Biasanya, pihak yang berasa dirinya kuat, tidak mahu mengalah, malah tidak mahu beralah. Pihak yang lemahlah yang biasanya selalu beralah dan akhirnya mengalah. Tolak ansur ``yang adil'' hanya berlaku antara pihak-pihak yang berasa bahawa tolak ansur itu tidak akan merugikan pihak masing-masing. Jika satu pihak berasa dirinya kuat, yang satu lagi lemah, tolak ansur selalunya akan menguntungkan pihak yang kuat itu. Pihak yang lemah tidak ada kuasa dan pengaruh untuk memaksa pihak yang kuat supaya beralah atau mengalah kepadanya. Contoh yang baik ialah, konfrontasi Amerika terhadap Iraq atau terhadap Saddam Hussein: Apa pun kehendak Amerika, termasuk kehendaknya yang terang-terang jahat, Iraq tidak mempunyai kuasa tentera untuk menentang kehendak itu. Beralah dia rugi, mengalah lebih lagi ruginya. Seperti kata pepatah Melayu, menang jadi arang, kalah jadi abu.

Jadi, soal menang kalah dalam dunia hari ini tidak lagi bergantung pada taktik tolak ansur tetapi bergantung pada kuasa, kekuatan (baik kekuatan politik, ekonomi, mahupun kekuatan tentera dan senjata perang) dan daya saingan. Di Malaysia sekarang, kita perhatikan bahawa orang Melayu tidak dapat dikatakan bangsa yang mampu bertolak ansur lagi, kerana sebagaimana kita tahu, masalah yang dihadapi oleh orang Melayu hari ini, dalam hampir semua lapangan, makin lama makin serius. Setelah sekian lama merdeka - kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu setelah mereka menentang Malayan Union - orang Melayu masih lemah dalam bidang ekonomi, berbanding dengan kaum-kaum lain. Bangsa Melayu tidak menguasai sektor swasta - sektor pembangunan negara ini. Pengaruh sektor awam atau sektor pentadbiran awam yang masih didominasi oleh orang Melayu tentunya bergantung pada kecekapan dan keberkesanan birokrasinya untuk mengawal kuasa sektor swasta yang kian berpengaruh dalam menentukan kemajuan kaum-kaum di negara ini dalam bidang ekonomi, perniagaan dan teknologi.

Dalam bidang pendidikan, masalah orang Melayu tidak habis-habis. Walaupun kemajuan orang Melayu dalam bidang ini sudah jauh lebih baik daripada keadaannya sebelum kemerdekaan, tetapi jurang ketidakseimbangannya dengan kemajuan kaum-kaum lain dalam bidang ini makin lama makin meluas. Dalam bidang politik kuasa demokrasi Melayu tidak lagi sekuat dahulu. Para pemimpin politik Melayu sendiri mengakui keadaan ini apabila mereka berkata bahawa orang Melayu terpaksa bergantung kepada undi bukan Melayu untuk terus berkuasa atau berkongsi kuasa di negara ini. Dalam BN hanya ada parti UMNO sahaja, tidak ada parti Melayu lain. Ini bererti, lemah UMNO lemahlah kuasa politik dan kuasa pemerintahan Melayu. Apakah ada alternatif lain?

Dalam situasi seperti ini, gagasan bahawa orang Melayu mesti mengekalkan ``ketuanan''nya atau menjadi bangsa contoh di negara ini, tidak akan bermakna lagi. Akibatnya nanti, formula tolak ansur yang dipersetujui dalam tahun 1957, seperti yang tersebut di atas, boleh sahaja ditolakansurkan lagi melalui persaingan yang lebih pragmatik. Bangsa yang lemah tidak mampu bertolak ansur secara beralah atau secara mengalah. Mereka akan menghadapi masalah untuk mengekalkan apa jua hak yang masih ada padanya dalam dunia yang nasibnya tidak lagi dapat diselamatkan melalui ideologi tolak ansur yang formal itu, melainkan diselamatkan melalui kecekapan bangsa itu, melalui daya saingnya dalam segala bidang, dan lebih penting lagi melalui kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpinnya. Para pemimpin yang tidak mempunyai mutu moral yang tinggi, para pemimpin yang korup, misalnya, pasti tidak akan dapat menyelamatkan bangsanya.

Walhasil, tolak ansur tidak sama dengan perbuatan sorong papan tarik papan atau seperti permainan tarik tali, satu pihak melonggarkan tarikan talinya, yang satu lagi menarik tali yang sudah longgar itu. Jika ``permainan diplomasi'' seperti ini terus berlaku di negara ini, belum tentulah perpaduan antara kaum akan dapat berkekalan.

Puisi Dr Mahathir

Di atas Runtuhan Kota Melaka Kita Dirikan Putrajaya'


Demikian gema gempita semangat Merdeka
Kuasa sudah pada kita
Ayuh kita hiasi wajah bangsa
Dengan jurai-jurai kilauan permata
Yang menyelusuri zaman Merdeka
Kita jadi semakin mengerti
Semata-mata kuasa di tangan bukan pertanda bangsa berjaya
Kemiskinan, kedaifan, kejahilan dan timbunan peluang tersia-sia
Mendamparkan bangsa itu
Pada taman asing yang mereka
pertuankan
Yang lain pula menjadi gelojoh
Oleh runtunan haloba
Segalanya mereka rempuh
Menganggap diri mereka panglima belantara
Pada musim kemarau nurani
Embun serta keringat Merdeka tidak lagi sudi menitis
Melayu tidak belajar dari sejarah 450 tahun terjajah
Mewarnakan sejarah mereka
Dengan dendang dan hibur hati bangga
Dengan ceritera dongeng yang mereka cipta
Yang remeh itu utama
Yang utama itu remeh
Yang kecil dialamkan
Yang alam dihamakan
Melodi ceritera yang sungguh
mengasyikkan
Kata mereka: Takkan Melayu hilang di
dunia
Sambil menggigit jari jemari
Merekapun menjadi kuli di negaranya sendiri
Lama sudah runtuhnya Kota Melaka
Kita tidak kembalikan kota itu dengan papan dijawa
Pun tidak kita bina tugu ingatan
Di Prang Besar kita tidak selera berperang
Dengan tangan-tangan halus arkitek anak watan
Dengan iringan doa dari rekahan bibir
Petani di bendang
Nelayan di lautan
Di sini kita bina mercu tanda bangsa
Suatu gergasi megacity
Suatu jaringan menjangkau seluruh jagat
Suatu taman himpunan segala bau-bauan jutaan flora
Suatu simbosis insan dan alam
Kita namakan sempena nama bapa putera negara
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Di mercu ini kita zahirkan seni budaya bangsa
Dengan segala kelazatan muzik alam
Serta hidangan dan hamparan seni taman
Bersih - indah - tertib - teratur
Adunan tamadun tinggi
Jumlah segala cita-cita dan harapan
Membongkar segala-gala yang telah hilang
Dan kita tidak payah mengambil nyawa sendiri
Untuk menebus maruah itu
Dari sini kita menyusun langkah dengan yakin
Membina bangsa dengan cara kita
Dengan apa yang ada
Menghadapi cabaran dengan segala ketahanan
Cukup tangkas menangkis dari menjadi korban kali kedua
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka
Putrajaya
Lambang negara bangsa Merdeka

Thursday, April 16, 2009

Najib: Slogan Kerajaan

One Malaysia, People First and Performance Now: Antara slogan dan tindakan

Datuk Seri Najib menguraikan serba ringkas apa yang dimaksudkan tentang konsep: One Malaysia, People First and Performance now selepas mempengerusikan masyuarat pertama kabinetnya. Dalam uraian tersebut tersingkap, bahawa pendekatan silang antara kaum di Malaysia merupakan paksi konsep ini. Melalui konsep ini, maka perasaan kebersamaan antara berbagai kaum dapat dipupuk dengan cepat dan mesra.

Melalui konsep ini, budaya aku, awak dan kamu diketepikan, sebaliknya konsep kita yang digunapakai.

Dalam menerapkan dan memperkayasa konsep ini, maka penyusunan semula masyarakat terutama dari segi budaya, pendekatan malah perilaku harus diwujudkan melalui tindakan yang tersusun dan terstruktur agar tidak terjadi pertembungan budaya antara suku kaum.

Dalam perjalanan menerapkan konsep ini tentunya melalui tindakan, maka seluruh kaum di negara ini akan mengalami kejutan budaya yang luarbiasa, kerana faktor-faktor berikut:-

Budaya aku, awak dan kamu telah menjadi anutan harian rakyat negara ini sejak merdeka lagi. Penubuhan parti-parti yang berasaskan kaum memperkuat lagi pengembangan budaya ini. Penonjolan individu-individu yang berpaksikan kaumnya telah berleluasa sedemikian rupa, sehinggakan pada suatu ketika dahulu pernah menjadi titik hitam dalam sejarah negara.

Pengenalan konsep pembangunan manusiawi apakah melalui pendekatan keagamaan, ekonomi, pendidikan dan pembangunan fizikal yang masih digunapakai disemua peringkat lapisan pentadbiran negara yangmana pada masa ini masih berpaksi kepada budaya aku, awak dan kamu.

Taburan pembangunan fizikal, pembangunan mental dan spritual yang berpaksikan kepada perlembagaan menucorakkan lagi, budaya aku, awak dan kamu.

Sistem pengambilan kakitangan baik kerajaan maupun swasta, juga terasa sangat pekatnya lagi budaya aku, awak dan kamu.

Taburan penduduk terutama di kampung-kampung baru dan bandar-bandar baru, merancakkan lagi budaya aku, awak dan kamu.

Pengekalan dan atau mungkin pengenalan sekolah-sekolah yang bercorak perkauman,merupakan puncaknya budaya aku, awak dan kamu.

Pengelompokan maklumat dalam penentuan etnik dan agama dalam borang-borang rasmi kerajaan, juga memperkaya budaya aku, awak dan kamu.


Cabaran-cabaran budaya, atau paling tidak kebiasaan harian rakyat di negara ini berasaskan kepada faktor-faktor di atas, merupakan titik tolak berjayakah konsep ini untuk membentuk rakyat negara ini kepada budaya KITA, sehingga terwujudlah masyarakat Malaysia yang bersifat KEKITAAN. Atau, apakah konsep ini akan terbujur sama seperti slogan-slogan yang pernah lahir seumpamanya; lebik baik sama-sama kita tunggu hasilnya disuatu masa kelak.

Blog Archive